Takde sape di sini-3hari. huhu…

InsyaAllah perginya hamba untuk menuntut ilmu.

Hidup ini takkan sempurna rasanya jika ilmu didada tidak berganda. Mengenang wahyu pertama, kita disuruh membaca-signifikan kepada menuntut ilmu. Jadi marilah kita bersama-sama berusaha bersungguh-sungguh untuk menuntut ilmu, supaya memberikan dimensi dan pandangan baru dalam setiap inci kehidupan. Supaya hidup ini lebih cerah. Supaya hidup ini lebih yakin. Supaya hidup ini lebih sempurna. Menjadi bekal untuk kita jawab ‘di sana’.

MENGHAYATI MAKNA KEHIDUPAN, MENGENAL HAKIKAT TUHAN.

Seminar berkaitan ajaran-ajaran sesat yang akan berlangsung di Jakarta. Atau mungkin lebih tepat, di kota Bogor, untuk 3hari dan 3 malam. Di samping beberapa aktivit-aktiviti ‘outbond’. Biasalah kehidupan, mesti diselang-selikan dengan rehat dan hiburan yang memanfaatkan. Hehe… Dan kepada teman-teman Bandung, aktiviti ini bebas dan terbuka untuk semua. Maaf jika ada yang tidak mengetahuinya, tapi kalau anda baca ‘iklan’ ini sebelum asar petang hari ini, hubungilah khalis. Katanya masih banyak lagi tempat kosong. Kebanyakan tak mahu pergi kerana masalah keuangan. Hmm….harta bukan segala-galanya tetapi kebanyakan sesuatu takkan diperolehi tanpa harta. Dunia….Dunia…

Semestinya penggandaan ilmu akan selaras dengan perluasan amal. insyaAllah…Chaiyyok2!! Bismillahi tawakkaltu ‘alallah…

Rinduilah daku,

Saudaramu….. Cewah! Hehe, gurau je sahabat-sahabat…=p

Diterbitkan dalam:  on Jun 26, 2008 at 6:13 am Komentar (4)

Aku Bercakap Tentang Cinta

Biismillahirrahmanirrahim….

Sangat-sangat ganjil rasanya ketika menulis post ini. Kebanyakan ‘post-post’ku sebelum ini berkisar tentang tajuk-tajuk ilmiah dan penghuraian fakta agama mengikut cara berfikirku. Jarang sekali aku menulis tentang pengalaman mahupun ‘diary’ku di blog ini. Namun, hari ini terdetik untuk menulis sesuatu yang luar dari kebiasaanku, iaitu kehidupanku. Mungkin sedikit aneh untuk dibaca, tetapi atas dasar ‘perkongsian pemikiran’ yang aku tanamkan ketika mula-mula ingin menulis di blog, aku ingin berkongsi…

Aku sebak……

Kehidupanku mula berubah semenjak keberadaaanku di Intec, Pusat Persediaan Pelajar Ke Luar Negeri di Shah Alam. Aku diperkenalkan dengan agama yang bukan warisan. Aku diingatkan untuk mencari siapa Tuhan. Aku dikelompokkan dengan hamba-hamba yang dambakan kebenaran. Namun, di sebalik kehidupan sebegitu aku terjumpa si dia. Hatiku sering menolak untuk mengenal, merapati, apatah lagi bertemu si dia. Namun imanku masih lemah untuk menolak kewujudan fitrah. Aku gagal. Entah mengapa kenangan ini mengundang airmata yang tidak dapat ku tahan. Aku mohon ampun Ya Allah…

Ya Allah, kenapa Kau biarkan aku dengan ujian beratMu itu???

Kenapa Kau lemahkan aku dengan cabaranMu itu???

Hanya milikMu lah airmata ini…

“Mak, orang nak kahwin. Boleh tak, mak?”

“Ish, kamu jangan nak mengada.”

Mungkin aku belum cukup matang pada pandangan ibuku untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami, untuk memimpin sebuah keluarga, apatah lagi menjaga hal ehwal anak gadis seseorang. Aku pasrah. Aku bertekad untuk berubah. Aku tetap diriku, namun aku berusaha untuk menunjukkan kecerdasan dan kematangan berfikir. Aku berubah dari seorang yang selalu tidak serius kepada orang yang lebih ‘dewasa’. Aku berubah dari seorang yang malas mengemas dan mengatur bilik kepada seorang yang lebih tersusun. Aku berubah dari seorang yang ‘sendiri’ kepada seorang yang lebih peka dan bertanggungjawab terhadap orang lain. Kebanyakan masalah dalam keluarga dan adik beradikku, aku pasti menyumbang idea untuk menyelesaikannya. Perubahan ini bukan sekejap. Setelah berjuang mengubah diri, aku bertanya lagi…

“Mak, orang ada kawan dengan seorang perempuan ni. Orang rasa orang nak jadikan dia sebagai isteri. Kalau boleh, orang nak kahwinla mak. Apa pendapat mak?”

Mata ibu sayu memandang wajahku. Mungkin terasa akan kehilangan seorang anak yang dilahirkannya. Mungkin terasa akan ‘berjauhan’ dari anaknya. Mungkin sebak memikirkan pengorbanannya sepanjang menjaga dan membesarkan anak lelakinya ini.

“Mak takde duit. Kamu ada ke duit nak kahwin ni?”

Aku kecewa lagi…

Betapa beratnya seksaan dan ujian yang ku tanggung sepanjang ‘persahabatan’ku dengan si dia. Betapa pedihnya diri ini memikirkan dosa yang ku’rutini’. Betapa sayunya hati ini menangis menahan malu di depan Ilahi…

Ya Allah, Kau tahu dosaku.

Ya Allah, aku benci diriku. Aku benci dosaku. Aku berazam!!!

Ya Allah, kasihanilah aku…

Entah kenapa aku sering menangis, mataku sering basah memohon keampunan dan petunjukNya.

Ke seberang laut aku menuju, meninggalkan keluarga, dan si dia di Malaysia. Aku mengumpul duit. Biasiswaku di Indonesia ini dirancang sebaik mungkin. Makanku tidak terurus, aku sering berkorban untuk tidak makan dengan mewah. Cukuplah jika ianya dapat mengisi perut, menjadi tenaga untuk meneruskan kehidupan. Biarlah diri ini merasakan kelaparan dan kesusahan sepertimana orang-orang yang berjuang di jalan Allah. Ya, aku rasakan diriku sedang berjuang di jalan Allah. Mengumpul duit untuk mendapatkan pernikahan yang halal. Sekembalinya ke Malaysia setelah setahun, aku disambut dengan pelukan rindu seorang ibu.

“Ya Allah, kurusnya ko ni erol… Dengan rambut panjangnye… Apa ko buat kat Indonesia tu, ko tak makan ke…”,

nada ibu bersahaja namun riak mukanya cuba menyembunyikan kepiluan. Cukup ku fahami. Dia menahan sedih. Anaknya tidak makan dengan enak, tidak makan dengan selesa, tidak makan dengan gembira. Dia tahu walau tanpa kata-kataku. Ibu bersedih di dalam hati, terasa dengan perbuatanku.

Arghhhh! Aku menyedihkan ibu lagi!

Dia tahu aku sedang mengumpul duit. Dia tahu apa yang didalam hatiku. Seorang ibu boleh menyelami hati anaknya. Seorang ibu sangat mengenal setiap sudut hati anak-anaknya.

“Mak, jom teman orang gi kedai emas yang mak selalu pegi tu.”

“Nak buat apa?”

“Nak beli cincin”

Ibu diam seribu bahasa, mengikut sahaja tingkah laku anaknya. Mungkin diam tanda setuju, mungkin juga diam tanda faham kedegilan anaknya. Di sana, ibu yang memberikan pandangan. Dia juga yang membuat pilihan. Alhamdulillah, kubeli cincin belah rotan emas berselang emas putih.

“Mak, boleh panggil ayah? Nak bincang sikitla..”

Ayah adalah rujukan terakhir, kerana dia selalunya bersikap memerhati dari jauh perkembangan anak-anaknya tanpa melibatkan diri jika ianya tidak mustahak. Tetapi sememangnya sebagai memegang watak ‘ketua keluarga’, sebarang keputusan, dialah yang akan memberikan pendapat, pandangan, dan usul-usul yang menurutnya adalah yang terbaik. Ayahku memang seorang yang ‘cool’ dan berfikiran jauh.

“Mak, ayah, orang harap mak dengan ayah janganlah marah orang nak cakap ni. Orang ada berkawan dengan seorang perempuan ni. Dia orang **, mak ayah dia orang **. Orang kenal dia kat Intec dulu. Orang rasa orang serius dengan dia, dan orang nak jadikan dia sebagai isteri orang. Bukan apa, orang tak sedap hati berkawan dengan dia tanpa ada sebarang ikatan apa-apa. Orang tau mak dengan ayah takde duit, orang tak nak menyusahkan mak dan ayah. Orang ada kumpul duit sikit. Ni orang dah beli cincin, orang harap mak dengan ayah boleh pergi berjumpa dengan family dia, kita boleh kenal-kenal dan bincang-bincang…”

Mataku berkaca lagi…

Ayah memberikan hujah-hujahnya, ibu hanya memandang sayu. Tidak inginku membiarkan airmataku mengalir di depan mereka. Percakapanku tersekat-sekat, aku sebak. Airmataku ku tahan, emosiku ku kawal. Bukan kerana keinginan dan pendapatku ditolak, tetapi kerana aku merasakan telah mengecewakan kedua ibubapaku. Mereka merasa seperti aku tidak menghiraukan keinginan mereka untuk melihat aku menghabiskan pelajaranku dahulu. Aku punya hujah dan sebabku tersendiri kenapa aku ingin berkahwin namun begitu aku tetap berasa bersalah. Aku yakin keputusanku benar. Tetapi keputusan mereka tidak boleh dianggap salah. Mungkin dengan perbuatanku itu tadi membuatkan mereka dianggap salah.

Tidak mak, ayah… Kamu berdua tidak salah…

Saya yang salah…

Arghhhhh!!! Aku buat mereka sedih. Anak apakah aku ini!!!

Pandanganku benar, penilaianku benar, perkiraanku juga benar, kerana aku telah mempelajari agamaku dengan bersungguh-sungguh. Tetapi pandangan mereka tidak salah. Pandangan seorang wanita yang membawa ‘beban tambahan’ dibadannya selama lebih sembilan bulan. Pandangan seorang manusia yang kurang tidur dan rehatnya selama lebih tiga tahun. Pandangan seorang lelaki yang membawa rezeki ke dalam rumahtangga semenjak berpuluh-puluh tahun. Pandangan seseorang yang telah berkorban tanpa impikan balasan. Pandangan manusia yang paling dekat dengan kita setelah 22 tahun.

Ya Allah, kenapa Kau uji kami yang mengharap redhaMu?

Ya Allah, kenapa terlalu berat ujian yang melanda kami?

Ya Allah, kenapa terlalu lama kami dibiarkan diuji?

Kenapa Ya Allah…

Akhirnya keputusan diambil. Kami berpisah.

Jagalah dirimu. Hiasilah peribadimu dengan ilmu-ilmu agama. Dekatkanlah dirimu dengan Sang Pencipta. Semoga dengan pengorbanan kita ini, berkorban demi kebahagiaan kedua ibubapa, menghasilkan natijah hubungan yang diredhai seterusnya kelak melahirkan generasi yang diimpikan Nabi. Kita berpisah…

Mungkin inilah yang terbaik. Disunnahkan anak Adam untuk menyempurnakan sebahagian agamanya dengan bernikah. Namun kata Nabi Penghulu Segala Nabi, jika kamu tidak mampu, berpuasalah. Ya, berpuasa. Insan Mulia mengajar kita berpuasa. Di samping berpuasa zahiriah, aku bertekad untuk berpuasa batiniah. Tiada lagi si dia di hati. Cukuplah Allah menjaga, mengambil berat, memberikan kasih saying kepada si dia. Aku dan dia hanya halal setelah pernikahan. Akan tiba suatu masa nanti kita kembali bersatu, di atas tali pernikahan, di atas senyuman restu ayah dan ibu.

Keputusan yang berat, pedih, dikala melihat sahabat-sahabat lain dipermudahkan urusan pernikahan mereka. Aku redha.

Titisan airmataku mengalir lagi…

Ampuni daku Ya Allah. Berikanlah daku syurgaMu, kurniakanlah pada diriku RedhaMu.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Diterbitkan dalam:  on Jun 25, 2008 at 4:20 pm Komentar (42)

Kisah-kisah ‘Ajaib’ Islam-yang diragui

Kisah 1,

“Pernah suatu ketika, Saidina Umar R.A. cedera dan banyak darah yang keluar. Beliau pengsan lalu ada seorang tabib/doktor yang ingin menyedarkannya. Setelah gagal mencuba, seorang sahabat berkata : Cubalah kau bisikkan pada telinganya, “telah masuk waktu solat”, nescaya dia akan bangun. Ternyata, Saidina Umar terbangun mendengar bisikan tersebut.”

———————————————————————————————————-

Kisah 2,

“Ketika Tariq bin Ziad telah sampai dari pelayarannya bersama pejuang-pejuang Islam ke sebuah pulau, dibakarnya kapal lalu dikatakan kepada mereka : “Kamu semua ada dua pilihan, samada maju ke hadapan berjihad atau mati syahid di medan pertempuran.” Tiada lagi jalan pulang untuk mereka kerana kapal telah dibakar, dan di belakang mereka adalah lautan.”

————————————————————————————————————

Kisah 3,

“Rabiatul Adawiyah tidak mahu berkahwin walaupun yang meminangnya orang yang hebat. Atas alasan, cinta kepada Allah tiada tolok bandingnya dengan cinta manusia.”

————————————————————————————————————

Kisah 4,

“Seorang alim, bersandar di bawah sebuah pohon di tepi sungai. Beliau telah terlihat sebuah epal hanyut dari sungai tersebut. Beliau lalu mengambil dan memakannya untuk menghilangkan rasa lapar. Setelah itu terasa kurang enak di hati lalu berusaha mencari siapa pemilik epal untuk meminta maaf dan mohon dihalalkan. Apabila berjumpa dengan pemilik epal, maaf hanya diberikan jika si alim tersebut bekerja untuknya 10 tahun.

Setelah 10 tahun berlalu, masih lagi ada syarat tambahan. Iaitu terpaksa menikahi anak gadis pemilik epal tersebut. Namun kata si pemilik epal anaknya buta, pekak dan bisu. Kerana ingin mengharapkan maaf dan halal dari pemilik epal, si alim rela untuk dinikahkan. Tetapi Allah telah mengurniakan rahmatNya kepada si alim tersebut, anak gadis itu rupanya tidak buta, pekak mahupun bisu bahkan cantik rupawan. Itulah akibatnya orang yang baik dan alim….”

————————————————————————————————————

Nyata amat menginsafkan. Betapa sahabat amat sensitif dengan waktu solat dan berjihad kerana Allah untuk syahid tanpa ada niat untuk pulang atau berputus asa. Betapa sucinya wanita tidak mahukan cinta lelaki hanya mendambakan cinta Allah. Betapa zuhud dan rendah dirinya seorang alim untuk menjaga makanan yang halal. Yang mendengarnya jadi kagum. Insaf. Teruja. Dan terasa rendah diri.

Tetapi dari manakah sumber cerita ini? Adakah ianya benar-benar terjadi atau bayangan seorang penglipur lara? Bayangan bahawa kehebatan Islam itu begitu dan begini…

Islam itu hebat, unggul, tetapi telah dicemari dengan kisah-kisah yang ‘menumpulkan minda’. ISLAM dipenuhi dengan pelbagai kisah-kisah AJAIB. Tanpa usul periksa, tanpa diselidik latar belakang dan kesahihannya, kisah-kisah itu disebarkan. Islam di’sensasi’kan. Islam di’gempaq’kan. Tanpa ada usaha pembuktian untuk mencari kebenaran fakta dan dalil, manusia hanya percaya…

Kisah 1 : Seseorang yang tidak sedar (unconscious) kerana kehilangan banyak darah dan kekurangan bekalan oxygen untuk tubuh, mampu bangun dengan suatu bisikan. Subhanallah! Menjadi penambah keimanan kepada orang mukmin tetapi bahan tawa dan gurauan para saintis perubatan. Islam itu sempurna, ianya tertegak dengan ilmu dan fakta. Jangan malukan Islam dengan kerendahan ilmu perubatan kita.

Kisah 2 : Seorang panglima perang, yang amanah dan ikhlas, telah membakar kapal atas tujuan untuk ‘membakar’ semangat pejuang-pejuang Islam. Padahal kapal tersebut adalah harta orang- orang Muslim. Justeru membakarnya adalah suatu pembaziran yang besar! Islam itu adil, jangan cacatkan Islam dengan ‘semangat melulu’ dan dusta.

Kisah 3 : “Katakanlah (wahai Muhammad) : Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku. Nescaya Allah mecintaimu dan mengampunkan dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun Maha Penyayang.” Surah Ali-Imran 3:31

Cintai Allah adalah dengan mengikut apa yang diajar dan dicontohkan oleh Nabi Muhammad SAW. Baginda amat suci, lebih suci dari seluruh wanita di dunia, lebih suci dari seluruh manusia, namun masih bernikah dan berumahtangga. Salah satu dari sunnah yang mulia. Siapakah yang lebih layak diikuti dan dicontohi? Islam itu fitrah, jangan sempitkan Islam dengan kenyataan yang ‘luar biasa’.

Kisah 4 : Seseorang tidak dimaafkan kerana memakan epal yang hanyut di sungai, yang kalau dibiarkan juga akan rosak. Disuruh bekerja –dibuat perjanjian- namun ditambah lagi hukuman untuk bernikah. Anak gadis yang buta, pekak dan bisu rupanya sempurna dan rupawan. Dimanakah sunnahnya bernikah tanpa melihat pasangan? Islam itu mudah, jangan dipersusahkan dengan kecetekan fikiran kita.

p/s: Tiada penafian pada kisah-kisah  ghaib yang sahih, cuma tidak perlu Islam ini dibanggakan dengan cerita-cerita sebegitu. Hendak mengajak pada Islam tidak perlu pada kisah ajaib, cukup dengan ‘fact n figure’ dalil dari quran dan sunnah. Kerana kebanyakan orang yang ‘beriman terkejut’ seperti selepas mendengar cerita bertukar jadi khinzir, jadi anjing dan sebagainya ini tidak lama. Selepas dari melihat tulisan ‘Allah’ di pokok atau sebagainya. Iman seperti ini iman yang tidak kekal. Seperti Bani Israel yang beriman apabila diselamatkan Allah dengan mukjizat-mukjizat Nabi Musa, berasa kagum, namun apabila kembali susah, mereka mempersoalkan kenabian Nabi Musa A.S. Tetapi jika iman dibina atas dasar ilmu dan aqidah yang kuat, ia takkan goyah. Mari bersama mencari Islam yang sebenar. Wallahu’alam…

Diterbitkan dalam:  on Jun 21, 2008 at 5:33 pm Komentar (35)

Exam vs Tawakkal??

“Usaha Tangga Kejayaan, Doa Kunci Pertolongan, Tawakkal saksi ke’Esa’an”

Pepatah orang kampung saya.

Bukan main lagi orang kampung saya ye? Tak lulus DBP lagi tu, tapi takpelah, just a wish for my friends n me menjelang exam yang akan berlangsung.=) Usahalah sedaya mungkin, berjuanglah semampu mungkin, keluarkanlah segala keringat untuk mencapai kejayaan. Sesungguhnya disebalik segala usaha, terselit ’sebab’ dan ‘alasan’ untuk ALLAH kurniakan kejayaan kepada kita. Percayalah, DIA Maha ADIL dalam memberikan satu keputusan. Lagipun, janjiNya adalah untuk mengubah nasib sesuatu kaum setelah kaum itu mengubah diri mereka sendiri…betul tak? Check balik, surah ar-Ra’du (13:11). Tanpa usaha, syaria’tullah tak dapat dibantu dengan sunnantullah.

Syaria’tullah ialah DIA penentu kejayaan, tapi Sunnatullahnya-usaha!
Bercerita tentang syariatullah dan sunnatullah, akhi Abu Saif ada memberi analogi mudah. Dua orang pekebun, seorang cina kafir bernama Tommy ( pekebun nama Tommy???=p ) dan seorang lagi muslim bernama Jalaludin ( tiada kene mengena yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia ye? hehe..) Kedua-duanya menanam kubis bunga. Si Jalaludin turun ke kebunnya jam 10 pagi selepas selesai solat dhuha, siram-siram sikit apa yang patut, kemudian berehat semula manakala si Tommy turun jam 7 pagi, menggembur tanah, menyiram tanaman, membubuh baja, mengawal racun dan mengawas dari binatang ternak yang menceroboh. Jam 5 petang baru dia pulang ke rumah untuk merehatkan badan. Berikut merupakan dua soalan cepumas :

Syariatullahnya, siapa yang meng’hidup’kan kubis bunga tersebut?

Sunnatullahnya, apa yang menyebabkan kubis bunga dapat tumbuh subur, segar dan sihat?

Jawapannya…. jeng3. Jap lagi kita jawap.=)

“InsyaAllah Jalaludin akan mendapat hasil pulangan yang mewah dari tanamannya. Dia kan muslim? Dia kan menjaga solatnya? Siap solat dhuha lagi. Sudah pasti DOA dia lebih dikabulkan berbanding Tommy. Lagipun Tommy mane pernah berdoa???”

Agak-agak siapakah yang akan mendapat habuan yang lebih? Dalam erti kata lain, kubis bunga siapakah yang lebih bermutu, yang memberikan pulangan yang lebih lumayan? Tepuk dada tanya Tommy. Saya yakin Tommy akan lebih berjaya dalam perusahaan kubis bunganya. Bagaimanakah nasib Jalaludin? Dia seorang muslim, dia lebih dekat dengan Allah?

Alhamdulillah amat bagus bagi Jalaludin untuk menghadapi Pre Exam Syndrome ( mungkin lebih sesuai dalam kisah ini sebagai “Pre Menuai Syndrome” iaitu mendekatkan diri pada Allah mengharapkan pertolonganNya.=p) tetapi “Syndrome” ini sahaja tidak akan mampu menolongnya untuk mencapai kejayaan jika tidak disertakan dengan USAHA yang BETUL dan BERSUNGGUH-SUNGGUH.

Ya, kita dah berusaha, berdoa dan tawakkal. Namun adakah BETUL dan BERSUNGGUH-SUNGGUH cara kita berusaha? Berbalik cerita kubis bunga, solat dhuha semua dijaga, tetapi tak dibaja, disiram, ‘hukum Science’ (sunnatullah) untuk kubis bunga itu hidup tak dijaga, tak disempurnakan. Bagaimana kita mahu mengharapkan sesuatu dari Allah tanpa kita berbuat sesuatu itu dengan betul? Kita berada di kutub utara dan mahu memanaskan badan, berdoa kepada Allah untuk dipanaskan suhu badan kita, tetapi tidak memakai baju. ‘Magic’ apakah yang kita harapkan dari Allah? ISLAM itu BUKAN MAGIC.

Kemudian dengan selambanya kita menyalahkan Allah dan berputus asa dengan takdirnya.

“Kenapalah aku ni asyik fail je, apelah dosa aku…

“Mamat tu punyela ‘lagho’ pon boleh lulus, aku yang ‘biasa-biasa’ ni tak lulus…

“Sia-sia aku usaha, bukan berjaya pun…

“Penat aku bangun tahajud, solat hajat banyak-banyak, last-last orang yang tak semayang jugak yang dapat highest mark. Malaslah alim-alim lagi lepas ni. Exam ke tak exam ke lepas ni aku nak buat biasa-biasa je… rugi je Pre Exam Syndrome, result sama gak. Arghh…!!!

“Hadoi…apelah nasib aku ni. Takpelah, maybe memang bukan rezeki aku kot, Allah nak kifarah dosa aku kot..

Usaha kita tidak seberapa tetapi sudah kita sandarkan pada Allah. Manusia, hanya tahu meminta, jika tidak dipenuhi, dikesali.

Ya Allah, sekali lagi aku memohon ampun….

Ya Allah, sekali lagi aku memohon ampun….

Ya Allah, aku memohon ampun…

Alhamdulillah exam sudah berlalu, namun usaha akan terus kuperbaharu. Usaha yang benar, dan bersungguh-sungguh… Dan setelah itu kepada Kaulah aku mengharapkan pertolongan, perlindungan, kebahagiaan, keselamatan.

“Bismillahi tawakkaltu ‘alallah, wa la haula wa la quwwata illa billah hil ‘aliyyil ‘azhim”

“Usaha Tangga Kejayaan, Doa Kunci Pertolongan, Tawakkal saksi ke’Esa’an”

p/s : Alhamdulillah dapat juga dihabiskan tulisan ni setelah terhenti di tengah jalan akibat persediaan peperiksaan. Hehe..

p/ss : Afwan Abu Saif, ana tambah dan tukar serba sedikit analogi pokok jagung kepada kubis bunga. Kerana kisah ‘kubis bunga’ berkaitan dengan kenangan menarik penulis bersama seorang rakan suatu ketika dahulu.=)

Diterbitkan dalam:  on Jun 19, 2008 at 5:48 am Komentar (2)
Tags:

Ayah

Ayah…

Terima kasih…

Tiada tawaku penawar duka

Tiada kataku pemanis bicara

Tiada senyumanku pengubat jiwa

Maafkan aku

Bukan maksudku untuk lupa

Ayah…

Siapa tahu pengorbananmu

Siapa tahu penat lelahmu

Siapa tahu jeritan hatimu

Siapa tahu kesedihanmu

Siapa tahu beban tanggungjawab dirimu

Alangkah susahnya membanting tulang

Tidak mungkin kau luahkan

Kau hanya tahu membahagiakan…

Kau gagahkan tenagamu

Kau ikhlaskan keringatmu

Kau lupakan kedegilan anak-anakmu

Kau maafkan kesombongan mereka

Kau hanya tahu membahagiakan…

Ayah…

Darimu ku kenal hidup

Darimu ku kenal bahagia

Darimu ku kenal senyum

Darimu ku kenal tawa

Terima kasih…

Ya Allah…

Balaslah setiap titik peluhnya

Sihatkanlah setiap sendi tubuhnya

Gembirakanlah setiap sudut hatinya

Kerana tiada apa yang mampu menandingi pengorbanannya

Selama dia berbakti hingga ke saat ini

Ayah…

Terima kasih…

Diterbitkan dalam:  on Jun 14, 2008 at 10:03 am Komentar (2)

Subhanallah

Subhanallah….

Subhanallah, yang bermaksud Maha SUCI Allah; yang sangat-sangat SUCI dari segala kesalahan, kecacatan, ketidaksempurnaan, kelemahan, mahupun sekutu. Tiada yang layak untuk disamakan denganNya, samada yang hebat, apatah lagi yang jelek….. Kerana Dia tiada yang sama…. Kerana Dia MAHA SUCI!!!!!!!

Subhanallah

p/s : sekadar nak mencuba attach gamba kat post ni je. sori saye budak baru blajar..=p

Diterbitkan dalam:  on Jun 12, 2008 at 2:01 pm Tinggalkan Komen

Di sebalik kata2 abang2 RAIHAN

“Ya Rab…Ya Rab…Ya Rabbi Ya Rabbi…

“Tuhanku, ampunkanlah,segala dosaku…

“Tuhanku, maafkanlah kejahilan hambamu…

Betapa banyaknya dosaku, tak terkira, betapa hinanya diri ini di hadapan Pencipta yang AGUNG. Kalau di hadapan ‘agung manusia’ sahaja kita sudah “ampun tuanku, beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun”, ni kan pula AGUNG kepada SELURUH SISTEM KEAGUNGAN!!!!! Sudah seharusnya kita memohon ampun. Entah berapa banyak dosa yang telah kita buat padaNya.

Jahil. Kami jahil… Dalam erti kata lain, manusia memang bodoh. Perkataan bodoh sangat sensitif, tetapi itulah hakikatnya manusia. Namun dengan selamba masih lagi leka, masih lagi bongkak dan sombong merasakan dirinya tak perlu kembali pada tuhan. Tak perlu rapatkan diri kepada tuhan, tak perlu belajar tentang agama, tak perlu ‘alim-alim’ sangat, tak perlu ibadah-ibadah sangat, padahal kebodohan diri tu amat terserlah kalau tanpa IlmuNya yang dipinjamkannya pada kita.

“Ku sering melanggar laranganmu dalam sedar atau pun tidak…

“Ku sering meninggalkan suruhanmu walau sedar aku milikmu…

Sedar, atau tidak, aku sering melanggar laranganmu. Dalam sengaja ataupun tidak, aku lalai… Maafkan aku…

Aku manusia, aku sedar aku milikmu tuhan Yang Maha Hidup….

Mustahil sesuatu itu diciptakan tanpa pencipta. Jika ianya ‘ciptaan’, ia pasti mempunyai pencipta. Robot dicipta, pasti ade pencipta. Namu robot dimaafkan kalau dia ‘tak kenal’ penciptanya. Logiklah kalau dia ‘tak sedar’ akan kewujudan penciptanya. Kerana robot tidak boleh berfikir. Tak mampu untuk melihat sekeliling tanda-tanda yang ada pada penciptanya. Tapi manusia?

(Hud 11)

24. Perbandingan kedua golongan itu (orang-orang kafir dan orang-orang mukmin), seperti orang buta dan tuli dengan orang yang dapat melihat dan dapat mendengar. Adakah kedua golongan itu sama keadaan dan sifatnya? Maka tidakkah kamu mengambil pelajaran (daripada perbandingan itu)?

Jadi manusia, jika dia tidak MELIHAT dan MENDENGAR sekelilingnya, dia tidak akan mengenal penciptanya. Nabi Ibrahim sendiri mencari siapa ‘tuhan’ yang sebenar.

(Surah Al-An’am 6)

76. Ketika malam telah gelap, dia melihat sebuah bintang (lalu) dia berkata: “Inilah Tuhanku”, tetapi tatkala bintang itu tenggelam dia berkata: “Saya tidak suka kepada yang tenggelam.”

77. Kemudian tatkala dia melihat bulan terbit dia berkata: “Inilah Tuhanku.” Tetapi setelah bulan itu terbenam, dia berkata: “Sesungguhnya jika Tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku, pastilah aku termasuk orang yang sesat.”

78. Kemudian tatkala ia melihat matahari terbit, dia berkata: “Inilah Tuhanku, ini yang lebih besar.” Maka tatkala matahari itu terbenam, dia berkata: “Hai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan.

“Tuhanku, ampunkanlah, segala dosaku…

“Tuhanku, maafkanlah kejahilan hambamu…

“Bilakah diri ini kan kembali, kepada fitrah sebenar…

“Pagi kuingat petang ku alpa, begitulah silih berganti…

“Oh tuhanku, kau pimpinlah diri ini…

“Yang mendamba cintamu…

“Aku lemah, aku jahil, tanpa pimpinan darimu…

Oh tuhanku, kau Maha Tahu keadaan hambaMu. Pimpinlah kami ke jalanMu. Dekatkanlah kami ke sunnah kekasihMu. Lembutkanlah hati kami untuk menerima kebenaran wahyuMu. Gerakkanlah kaki kami untuk mencari sumber ilmu agar mendapat HidayahMu. Kami mencarimu, Ya Allah…

“Kusering berjanji depanmu, sering jua ku memungkiri…

“Ku pernah menangis, keranamu kemudian ketawa semula…

“Bilakah diri ini kan kembali, kepada fitrah sebenar…

“Pagiku ingat petangku alpa begitulah silih berganti…

“Oh tuhanku, kau pimpinlah diri ini, yang mndamba cintamu…

“Aku lemah, aku jahil, tanpa pimpinan darimu…

“Kau pengasih, kau penyayang, kau pengampun, kepada hamba2mu…

“Selangkahku kepadamu seribu langkah kau padaku

Aku bertaubat. Entah untuk yang ke berapa kali, kerana ku sedar, fitrah ku sering berubah-ubah dikala pagi dan petang hari…

Kau Yang Maha Pengasih, berilah perlindungan kepadaku. Aku memohon perlindungan dan keampunan dari zat yang Menciptakan Neraka, zat yang Menciptakan Syurga.

“Tuhan diri ini tidak layak ke syurgamu..tapi tidak pula aku sanggup kenerakamu…

“Ku takut kepadamu ,kuharap jua padamu

“Mogaku kan selamat dunia akhirat, seperti rasul dan sahabat…seperti rasul dan sahabat…

Seperti RASUL dan SAHABAT……..

Diterbitkan dalam:  on Jun 11, 2008 at 9:05 am Komentar (5)

“adik tak dapat 9a, sedihla bang..”

“Hmm… Tak taula erol, risau mak tengok adik ko. Sedih beno die tak dapat 9a.”

“Adik ade kat situ mak? Ce bagi kat die jap, bio oghang cakap ngan die”

Handphone bertukar tangan…

“Ha….. Hello….”, adik menjawab dengan suara sedih dan malas. Sepertinya tidak mahu bercakap dengan sesiapa lagi setelah kecewa dengan keputusan PMR yang diambilnya di Sekolah Izuddin Shah pagi tadi.

“Hai, lemah je gaye ni ape he??? Sape meningge???”

Adik tergelak kecil, die faham perangai abangnya yang suke bergurau walaupun nada suaranya seolah-olah tengah berbisik ingin memberitahu yang die tengah bersedih. Tak payah bagitau, abang dah tau. Cuma malas nak layan kesedihan dia tu, pandai-pandaila dia ‘cover’ kesedihan tu..

“Mane ade oghang meningge…adik tak dapat 9a. sedihla bang…”

“Dapat bape?

“6a jer..”

“Ooh, okla tu.. Alhamdulillah.”

“Ghame ke dapat 9a? bape oghang? Kawan-kawan sekelas?”

“Kelas adik takde yang dapat 9, 8 adela. Kelas lain adela yang dapat 9a.”

“Ooo… So, ape cite?”

Terdiam seketika tanpa sebarang suara dari hujung talian sebelah sana. Hanya terdengar bunyi bising talian…

“Adik……….?”

Setelah beberapa ketika baru dia menjawab,

“Nape adik selalu je dapat macam ni….??? Adik selalu je tak dapat apa yang adik nak. Dulu tak dapat 5a, sekarang ni pon tak dapat 9a. Adik dah berusaha bersungguh-sungguh dah. Adik dah buat banyak latihan dah. Macam-macam adik buat untuk dapat 9a PMR ni, tapi kenapela Allah tak bagi jugak. Sedih betula…”

Terdiam sebentar, kaku dengan pernyataan tersebut. Seorang ‘hamba’ mempersoalkan keputusan ‘tuan’nya. Seorang ‘hamba’ mempertikaikan tindakan ‘tuan’nya. Oh, manusia…

“Ya Allah, adik sedar tak ape yang adik cakap ni? Adik sedar tak adik cakap tu refer pada siape? Tahu tak sape yang bagi adik dapat keputusan tu? ALLAH, tahu tak?

“Tahuu…”, adik membalas lemah. Mana mungkin dia tidak tahu, dia sekolah agama.

“ Habis tu..??? Adik, cuba bawak bertenang, sabo… ”

“Cuba adik bukak quran surah al-Baqarah ayat 216. Mungkin adik suka sesuatu,tetapi benda tu tak baik, dan mungkin adik tak suka sesuatu tapi benda tu baik bagi adik. Cube pikir elok-elok, Allah lagi tau ape yang akan jadi. DIA tahu ape yang telah, sedang dan akan terjadi, so bersangka baikla dengan Allah…. Adik tahu tak adik cakap camtu tadi adik dah bersangka buruk dengan Allah. Berdosa tahu tak?”

“Tahu…”, kembali menjawab dengan jawapan yang sama, tapi kali ini diiringi perasaan berdosa dan bersalah…

“Dengo abang nak cakap ni, ade dalam satu hadith sahih riwayat Muslim, nabi kata orang mukmin ni beruntung… Sebab ape? Sebab takde ape yang boleh menyedihkan orang mukmin ni kerana mereka ada Allah… Kalau diberi nikmat mereka bersyukur dan kalau ditimba musibah mereka sabar. Mereka tahu walau terkena duri pun itu adalah kifarah dosa. Jadi kalau ade musibah yang lagi besar dari itu, mesti lagi banyak kifarah dosa. Ringan hisab mereka di mahsyar kelak.

“Dah2, jangan nak sedih-sedih lagi. Bersyukur, orang lain lagi la, dapat 2,3a je… Rilex,ok?”

“Ok…………….”

“Dah bagi balik hp kat mak abang nak cakap ngan mak.”

Aku faham kenapa dia sedih, dia telah berubah dari seorang yang pemalas kepada seorang yang rajin setelah mendengar nasihat aku. Jika ingin berjaya seperti abang, buat begini, begini…. Banyakkan buat latihan, begini, begini…. Banyakkan doa, tawakkal, dekat dengan Allah. Begitu banyak nasihatku padanya memandangkan dia agak hormat padaku berbanding kata-kata kedua ibu bapaku. Bukan salahnya juga, anak bongsula katakan…

Dia berazam untuk keluar dari sekolah itu selepas tingkatan 3 sama sepertiku, dan mungkin jika ada rezeki juga berharap dapat ke KISAS. Oleh itu dia bersungguh-sungguh untuk PMR nya, aku faham kekecewaannya….

Namun itu bukan tiket untuk berburuk sangka pada Sang Pencipta. Sesungguhnya, mintalah pada Allah dengan jalan sabar dan solat. Sabar adalah kunci utama. Kunci pembeza antara hamba-hambaNya dikala ujian menimpa. Sedangkan ujian itu sendiri adalah dariNya….

Dua bulan kemudian aku diberitahu dia mendapat tawaran ke MRSM Berseri, Perlis. Terkejut!!! Haha, tapi itulah hakikatnya…

“Oit, camne bole dapat tawaran tu? Seghonokla tu?? Dah tak sabo-sabola nak pindah sekolah tu? Kalau tak dapat kelas sains camne?”

“Takpe, nanti adik tukar cite-cite”

“Haha, hangguk nak tuka cite-cite apenye. Kejap nak jadi doctor kejap nak jadi lain plak. Anyway, tahniah. Adik patut MALU HARITU ADIK BERSANGKA BURUK DENGAN ALLAH. Tengok ape DIA bagi kat adik? 6a pon dapat panggilan pertama MRSM.” Soalan yang tidak diharapkan jawapan. Biarlah dia memikirkannya sendiri. Sempat lagi aku bagi tazkirah dikala semua orang sedang gembira dengan berita tersebut. Aku juga gembira…

p/s: Sekarang adikku form 4, sedang belajar di sekolah barunya, MRSM Berseri, Perlis. Semoga dia berjaya mencapai cita-citanya dan di ‘faqih’kan agamanya. Amiiiiin…..=)

Diterbitkan dalam:  on Jun 10, 2008 at 12:32 pm Komentar (8)

aku takkan jemu…

Ya ALLAH….

aku memohon keampunanmu….

aku memohon keredhaanmu….

aku memohon kasih sayangmu….

aku memohon perlindunganmu….

aku memohon belas kasihanmu…

aku hamba yang lemah,

yang penuh dengan kelemahan,

yang penuh dengan kepura-puraan,

kerana sering mempermainkan taubatku kepadamu….

aku ikhlas kepadamu Ya Allah….

aku bersungguh-sungguh ketika bertaubat padamu Ya Allah…

aku menangis sepuas hatiku Ya Allah…

aku menghina diriku dihadapanmu Ya Allah…

namun sering jua aku memungkirinya.

aku mohon maaf,

aku mohon ampun,

ku tahu rahmatMu luas,

meliputi segala-galanya,

akan ku terus bertaubat padamu,

selagi nafasku masih ada,

Ya ALLAH,aku takkan jemu….

Ya ALLAH,ampuni daku….

Diterbitkan dalam:  on Jun 9, 2008 at 3:58 pm Komentar (3)

“ambik hati” TUHAN

“Dia sangat berkuasa dapat menciptakn langit tanpa tiang, angkasa yang luas, siang dan malam, pelbagai lagi, jadi bagaimanakah kita mahu mengenal dan mendekati dia? Dalam erti kata lain, bagaimanakah kita nak ‘bodek’ dan ‘ampu’ dia supaya dengan kuasa yang hebatnya itu dia dapat melindungi kita dari bala bencana?”
Begitu monolog dalaman salah seorang dari penduduk terpencil yang tidak pernah mendapat pendedahan dunia luar.

Mengapa begitu?
Mengapa sebuah penempatan orang asli, atau di gua-gua tinggalan zaman batu atau zaman perang dunia kedua itu ada seorang yang akan berfikir seperti itu?

Setelah mereka berjaya ‘mewujudkan tuhan’ dalam erti kata berhala atau sembahan-sembahan mereka, mereka kini mencari sebab untuk mereka ‘beribadah’. (Dalam artikel yang lepas yang bertajuk Who’s God, penulis memberikan contoh seorang yang cerdik dari kalangan kaum terpencil yang tidak pernah mndapat pendedahan ilmu luar, cuba ‘mencipta’ tuhan kerana beliau sedar tentang kewujudan ‘satu kuasa besar’ yang mengawal alam semesta ini. Berikut adalah sambungan fantasi mereka mencari dan mengenal tuhan TANPA BIMBINGAN WAHYU)

Mencari sebab untuk beribadah kepada tuhan semesta alam.
Ibadah?
Ya, konsep penghambaan dengan rasa penuh rendah diri kepada satu kuasa besar yang diyakini keagungannya.

“Oo, mcm ni rupanya tuhan ni…Err, tok batin, anda tahu rupa bentuk tuhan, semestinya anda tahu apa yang dia mahukan supaya kita mendapat perlindungannya? bagaimana kita nak buat suapaya dapat ‘ambik hati’? supaya tiada lagi bencana-bencana alam, kesusahan melanda kampung kita ini?

“Hmm,begini….setelah bertapa dan bermunajat kepada tuhan, tuhan memberitahu begini….
Kamu hendaklah berpuasa sekian-sekian cara….sekian-sekian hari. Dengan sekian-sekian syarat.
Kamu hendaklah membaca ‘mantera’ ini pada malam rabu, mlm ahad dan mlm ahad isnin.
Kamu hendaklah mandi dengan air putih bersih lebih dari 10 kolah.
Kamu hendaklah minum air hanya dari Sungai Gangga.
Kamu hendaklah membakar kayu lalu membaca doa untuk meminta hajatmu.
Dan terakhir, kamu harus menghormati aku. Berilah hartamu yang bernilai padaku.”

(part yang terakhir tu tok batin amik kesempatan.=p)

Sedar ataupon tidak, FITRAH manusia itu setelah mengenal tuhannya adalah, beribadah kepada tuhannya. Apa yang menjadi masalah dalam beribadah ni? Kan kita nak beribadah, nak menyembah tuhan? Apa yang tak kene lagi? Biarkanlah mereka dan keluarga mereka menyembah tuhan…hmm…..

Mengingat kembali taktik atau strategi yang telah diajarkan oleh seorang bijak pandai, untuk mengenal tuhan kita tidak boleh membayangkan dengan imaginasi kita sendiri. Begitu juga dengan konsep penghambaan kepada tuhan, kita tidak boleh sewenang-wenangnya ‘mencipta’ satu ‘modul’ ritual, kemudian menyebutnya sebagai ibadah kerana itu bukan yang dikehendaki oleh tuhan. Sembahlah tuhan dengan cara yang tuhan ajar.

“Apalah salahnya, kan kami menyembah tuhan…kami mendekati tuhan? Kami berbakti pada-Nya, kami beramal untuk mendapat ganjaran syurga-Nya!! Kami beramal untuk mendapat redha-Nya!!!”

Jika kita beranggapan seperti itu, maka sangtlah naifnya diri kita ini seumpama penduduk kawasan terpencil yang saya kisahkan tadi. M ereka mencari-cari tuhan mereka kerana tiada bimbingan wahyu seterusnya ingin mendekati tuhan mereka lantas mencipta ‘ritual-ritual’ yang dianggap dapat mendekatkan diri mereka kepada ‘tuhan’. Lalu diciptakanlah ritual-ritual ini oleh ‘orang-orang alim’ mereka. Tanpa bimbingan wahyu, ‘orang-orang alim’ ini hanya akan memikirkan sesuatu yang menurut mereka ‘baik dan mulia’,itu sahaja. Kerana mereka sendiri tidak mampu untuk menjadi tuhan dan menentukan bentuk ibadah yang dikehendaki.

Kembalilah pada quran dan sunnah…

Apa yang kita mahukan dari agama ini?
Apakah fungsi agama ini?
Apakah agama hanya sekadar pelengkap identity, pelengkap kad pengenalan kita? Siapakah kita ini dibandingkan alam semesta?
Perlukah kita pada agama?
Perlukah kita kepada tuhan?

“Kita hidup selesa, hidup aman, serba cukup, serba bahagia, maka kita tak perlukan tuhan”.

Tapi adakah kita SENTIASA serba cukup? SENTIASA bahagia? SENTIASA gembira? SENTIASA kaya? Sehat dan sebagainya? Ya, kita memang perlukan tuhan!!!!! Percayalah…….

Sembahlah tuhan, beribadahla pada tuhan, dengan cara yang DIA tetapkan….
Dengan cara yang DIA ajarkan…..
Dengan cara yang DIA kehendaki…..
Dengan cara yang DIA beritahu kepada utusan-Nya.

Aqidah dan Ibadah, kamu tidak akan mengenal tuhanmu tanpa bimbingan wahyu dan sunnah rasul. Dekati Allah dengan quran dan sunnah, kita tidak mungkin sesat selamanya. InsyaAllah. Amiiiiiiin….

p/s : ade orang kata kita tak perlu baca hadith, kita orang awam. Tapi orang yang mengatakan begitu sepatutnya mengatakan, kita tak perlu baca quran juga, kita orang awam!=p Jangan memberatkan, memburukkan keadaan dengan berfikiran negative, semua orang yang ‘claim’ ingin kembali pada agama harus kembali pada Quran dan sunnah. Barulah setelah itu, sebarang kekeliruan, ulama’ lah rujukan.=)

Diterbitkan dalam:  on at 3:55 pm Tinggalkan Komen