Allah bersama sangkaan para hamba-Nya


Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang-orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada Ku. Hendaklah mereka memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepada Ku, agar mereka memperoleh kebenaran. –al Baqarah 2:186-

Mat Rempit = Hamba Tuhan

Mat Rempit = Hamba Tuhan

“hmm,aku ni budak jahat…mesti doa aku tak makbul…”
“aku ni bukan budak alim….”
“tak pelah, dah memang aku dilahirkan macamni, nak wat macam mane….”
“tak pela, aku suruh tok imam jelah doakan untuk arwah ibu aku. makbul sket.”
“aku doa pon bkn makbul pon,malaslah..”

Ya Allah…..
Akulah manusia, kuli dan hamba-Mu yang MAHA KAYA. Aku tidak layak menerima apa-apa. Aku banyak dosa. Aku banyak melanggar perintahmu,aku tidak layak mendapat apa-apa, namun aku tetap mahu bermohon kepadamu, TUHAN YANG MAHA MEMAAFKAN DAN YANG MAHA MEMANJAKAN.

Sedarkah anda dengan nama tuhan yang satu ini? Tuhan sangat sayangkan kita. SANGAT. Sampai anda takkan mampu untuk membayangkan betapa sayangnya DIA pada kita. Kerana apa? Kerana sifat PENYAYANG allah tiada noktahnya.

Kita SANGAT2 sayang mak ayah kita. Duduk jauh beberapa bulan, terasa rindu untuk pulang, berjumpa, paling koman pon untuk mendengar suara mereka. Kalau ada yang mahu menghina mereka, mencela mereka,menindas mereka, pasti telanggarlah “pantang nenek moyang!!!!” kita kerana memikirkan usaha dan pengorbanan mereka membesarkan kita. Itulah secebis nikmat kasih sayang yang tuhan berikan pada kita dr sekian byk kasih sayangNya. Bayangkan, betapa besarnya ‘kasih sayang’ yang Allah miliki melalui sifat penyayangNya tu.

'kasih sayang' antara anak dan ibu adalah cebisan dari sifat 'kasih sayang' Allah....

"kasih sayang" ibu dan anak adalah cebisan dari sifat "kasih sayang" Allah....

Jadi mengapakah kita ‘sempitkan skop’ kasih sayang Allah itu dengan mengatakan tuhan tidak menyayangi kita,
tuhan tidak mengabulkan doa kita,
tuhan tak nak dengar doa kita,
tuhan jauh dari kita……kerana kita banyak dosa,
Mengapa?
Mengapa?
Mengapa?

Tuhan yang maha memanjakan? Kenapa ‘memanjakan’?

Kerana kita DIBIAR melakukan dosa, kita DIBIAR melakukan maksiat, kita DIBIAR melakukan perkara yang ALLAH marah tapi ALLAH tetap tak timbus kita dengan tanah. Tak jadikan muka kita tiba-tiba berubah jadi macam khinzir. Tak jadikan kaki kita kudung dilanggar bas. ALLAH MARAH TAPI ALLAH TETAP TAK HUKUM KITA. ALLAH MANJAKAN KITA!!!!!!!!!!!!!!!!

Tak malukah kita? Asyik meminta2, tapi sering berbuat dosa,membuat DIA marah. kemudian dengan selambanya ‘merajuk’ kalau apa yang kita nak, yang kita doa, tak dapat. Dengan selambanya ‘merajuk’ bila diuji dengan kehilangan barang, kecederaan, kesedihan dan sebagainya.

“Hmm, asyik2 aku je yang dapat kesusahan. Aku baik pon ALLAH tak perkenankan doa aku. Napela malang sangat nasib aku ni……”

Siapa kita untuk ‘merajuk’ dan ‘merungut’ dgn ALLAH? Kuli dan hamba sahaja. Tu pon die dh bagi oxygen, bagi tangan boleh tepuk nyamuk, bagi kaki bole lari2 kejar kucing, bagi mulut boleh makan nasi ayam TANPA KITA MINTA. Yang kita tak minta tu lagi penting, tapi DIA bagi jugak.(kalau kita terlupa nak mintak dan ALLAH terlupa nak bagi benda2 ape macam?) Tapi bila kita mintak, kite nak jd bos plak.  Nak on da spot. Pastu ‘mrajuk’ dengan ALLAH.

“tak naklah solat.”
“tak naklah pakai tudung”
“tak naklah pegi kuliah2/ceramah2/tazkirah2 agama”
“tak naklah baca buku agama”
“malaslah nak solat awal waktu”
“malaslah nak doa malam2 lagi”
“malaslah nak menangis2 waktu qiamullail lagi”
“malaslah”

ALLAH BERSAMA SANGKAAN PARA HAMBANYA. Bagaimana kita sangka ALLAH akan buat,begitulah yang dibuat olehNYA. Bagaimana kita sangka ALLAH,begitulah yang akan terjadi. Jadi sangkalah yang baik-baik sahaja dariNya. InsyaAllah yang akan kita dapat pon yang baik-baik belaka.

Bersangka baiklah, kan DIA yang lebih mengetahui? Eh silap, kan DIA lah yang MAHA mengetahui…..=)

Allah berfirman :

Aku bersama sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku.

Dan Aku akan selalu bersama hamba-Ku jika dia mengingati-Ku.

Kalau dia mengingati-Ku didalam dirinya,Aku mengingatinya dalam diriku.

Apabila dia mengingatiku di khalayak ramai, Aku mengingatinya di tgh khalayak yang lebih ramai lagi (para malaikat dan seluruh makhluk).

Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, Aku akan mendekatinya (lebih dekat lagi) sehasta.

Apabila dia mendekati-Ku sehasta, Aku mendekatinya sedepa.

Apabila dia mendekati-Ku dengan berjalan, Aku mendekatinya dengan setengah berlari”

Hadith Qudsi (hadith yang dilafazkan oleh nabi tetapi mengandungi firman Allah) riwayat al-Bukhari

About these ads
Published in: on Oktober 9, 2008 at 1:26 pm  Comments (16)  

The URI to TrackBack this entry is: http://drrazi.wordpress.com/2008/10/09/allah-bersama-sangkaan-para-hamba-nya/trackback/

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini.

16 KomenTinggalkan komen

  1. sbnany dh bc mlm td lg, tp ms tu tgh blurr sbb ngntuk so 2day br send comment..terasa terkene btg hidung sndri plak..slalu complaint bnasib malang pdhal bnyk lg nikmat Allah yg kita sdg rasai..tp bile only 1 prob strikes our life, we tend 2 blame HIM, 4getting all d mercy & kindness HE has given us b4 dis & on d time being..insafnya..tp biasela manusia slalu tlupa, skjp insaf, pas2 lupa blik..so ikutla saranan Dr. Radzi, slalula dgr tazkirah, pling min pn, bc tafsir/terjemahan Quran..ble menginsafkn kita, disamping mberi kite idea& motivasi utk jd muslim yg lbih baik every seconds in our time left 2 breath&live..

  2. syukran ya ukhti….
    ana sendiri terkesan dgn komen nti ni. huhuhuhu…
    semoga kita same2 SENTIASA menginsafi diri. taqabbalallahu minna wa minkum….semoga diterima oleh Allah amalan dari kami dan kamu. amiiiiiiiin………..

  3. salam,
    artikel yg sgt berguna..minta izin nk copy ye..thx

  4. Alhamdulillah artikel yg baik utk muhasabah diri..
    terkena juga skit2 ni.. moga jadi peringatan juga buat pembaca lain :)

  5. emmm… btol tu.. aku pom prnh gk rse mcm nasib ni x adil je bg diri aku. then, pkir2 blik, mesti ALLAH dah sediakan yg trbaik buat aku dan aku sentiasa akn sabr menunggu kurnian-Nya itu,… ;-)

  6. thanx a lot kc artikel yg begune nih..hihi..sgt mendalam ertinyeee…moga jd pringatan bt pmbc lain..

  7. jzzkllh krn sharing ..
    Dalam stiap doa yg ktia mnta pd Allah,kita kna yakin pd Nya bhwa Allah akan memakbulkan doa kita,yakin lah pd Nya,tp dlm kt bdoa n mnjadi baik,mari kt sama2 mngajak kwn2 kt n sume org utk jd baik n mngembalikn islam ke dunia ni,spya tgn kt bkn lg mnadah mmnta ptolongan d r kafir..dan tu mmg tugas kt di hntar ke dunia ni,x lain xbukan hnyalah utk beribadah kpd Allah n mnjadi khalifah..
    “Dan tidak di jadikan jin dan manusia selain untuk beribadah kpd ku” Al-Dzariyat:56

  8. salamun alaik..hmm..ana pn ske artikel ni..ana copy gak ye..syukran:)
    lg satu..sampaikan salam ana pd nurtilawati(unpad-07)

  9. berbaik sangka lah pada Allah..

    kasih yang dirasa atas dunia ni satu rahmat Allah..kasih sayang dari Nya.

    cuma terkadang manusia sering lupa hakikat antara kurnia Allah dan usaha sendiri. lupa, diri hanya berasal dr tanah. sombong meniti kedustaan dunia.

    thanks. artikel yg sesuai utk org bermasalah supaya kembali kepada Allah..

  10. maaf kerana lama tidak me’response’ di sini. hehe…

    to cik n : terima kasih. dialu-alukan…
    to sinar : amiiiin….
    to S.N.A : sedih memikirkan kesilapan-kesilapan kita, semoga kita tidak mengulanginya lagi di masa akan datang. huhu~
    to jue : begitulah harapan dan hendaknya…
    to anonymous : benar..
    to TriSakTi : tafaddhal…
    to puding caramel : juga untuk orang yang tidak sedar dia bermasalah. huhu~

  11. salam’alayk.

    mabruk . tahniah .
    semoga allah terus memberi hidayah untuk kekal beriman sehingga penghujung kehidupan didunia .

    p/s : maaf , walaupun xkenal , saya nak jugak respon . atas dasar persamaan pegangan–sbg muslim .

    wallahu a’lam .

  12. ermm…
    untuk muhasabah diri mmg sangat2 sesuai..
    :~D

  13. salam(^-^)
    mahu berkongsi,sejak akhir2 ni ada skumpuln org yg mempersendakan diri ini mungkin kerna perubahan diri..
    & mungkin juga kerna sejarah ttg sukan2 neh dgn mereka..
    terasa diri ni terfitnah dek komitmen sukan smkin berkurang.
    tp bkn kerna dsbbkn diri ini da’ie xbleh bsukan(salah sama sekali),cuma ku kurangkn bsukan buat sementara waktu kerana perlu mengejar mjdi sebaris dgn para da’ie yg laen..
    ya,diri ini sedih..lemah..
    tp apalah sgt pandangan manusia jika dbandingkan dgn pandangan Allah kan(^-^)
    Sesungguhnya,Dia yg menutup hati mereka..pasti ada hikmahnya.
    Mahu berhempas pulas melakukn sesuatu utk mengambil hati mereka?tidak perlu,stp perbuatanku diniatkan keranaNya,bkn mereka..jika Dia boleh menutup hati mereka,Dia jugalah yg akan membuka hati mereka satu hari ini..

    “Allah bersama sangkaan para hambaNya”
    ya,bersangka baik dgn Allah~

    jzkk

    —-DR.RADZI says: terima kasih dan tahniah buat ukhti. teruskan mujahadah,insyaAllah balasan dan ganjaran yang lebih tinggi menanti,amiiiin.=)

  14. baca lagi setiap tahun.. Subhanallah.. keep posting bro… senyap je blog lening.. =P

    • terima kasih atas sokongannya, doakan kita sama-sama kuat dan terus istiqamah.=)

  15. Reblogged this on Shalinaabdulmanap's Blog and commented:
    allah bersama sangkaan hambanya


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 44 other followers

%d bloggers like this: