Tips Mencari Isteri..??? JENG3…

subhanallah....=)

subhanallah....=)

Kriteria isteri idaman adalah:
1. Seorang isteri yang cantik, pandai bersolek, memasak dan mengurus rumah.
2. Seorang isteri yang periang, bertenaga, dapat membuat kita tertawa dan menghibur dikala duka.
3. Seorang isteri yang memahami, soleh, jujur, taat beribadah dan dapat dipercaya.
4. Seorang isteri yang dapat memahami dan memuaskan anda secara lahir batin dan di tempat tidur.
5. Tapi yang paling penting adalah ke empat-empat istri tersebut di atas tidak saling mengenal satu sama lain…

Hehe, main2 je, bukan tips yang sebenar tu. Hamboi3…bersemangat guys2 kat luar sana ye? (Mane yang dalam dan mane yang luar saya pon kurang pasti, maaf..=p) Bercakap mengenai mencari calon isteri, sudahkah anda menjadi ‘carian’ calon suami? Maksudnya secara mudah,sudahkah anda melayakkan diri menjadi calon suami? Hmm, mungkin lelaki tak perlu ambil berat tentang ini, sebab lelaki sedang kepupusan!! Perempuan sedang mencari lelaki!!

Hehe..oklah, kembali dalam nada serius, sudahkah anda? Yang sudah, syabas! Anda layak untuk menjadi suami dan bapa yang baik. Yang belum, mari kita renungkan bersama. Seorang lelaki bertanggungjawab memimpin keluarganya ke jalan yang benar…

Bak bapa ketam yang berjalan bengkok, yang ingin mengajar anaknya berjalan lurus. Mahukah anaknya berjalan lurus? Tidak mungkin…Mungkin si anak ketam itu akan mengungkapkan satu firman tuhan, “Besarlah kemarahan/kemurkaan Allah bagi sesiapa yang tidak melakukan ape yang die perkatakan” (AQ 61:3)

Perghhhh, alim si anak ketam ni kan? Hmm, adakah seorang ayah yang tak cukup ‘baik’ layak untuk mendapat anak atau isteri yang baik? Saya selalu mengatakan, kita sebagai orang melayu yang beragama Islam, mestilah mengikut ajaran Islam…tidak kira kita baik atau tidak, alim atau tidak, sekolah agama atau tidak, kite harus mempelajari dan ambil tahu tentang Islam. Ape itu Islam? Benarkah Islam itu dari tuhan? Apakah yang diajar oleh Islam? Apakah yang dilarang dalam Islam? Kan soalan2 yang bagus tu? (Hehe…mungkin korang bole timbulkan soalan yang lagi bagus dari tu. =p)

Yang penting, kita CUBA belajar dan ambil tahu tentang apa sebenarnya agama Islam. Jadi,bukalah minda dan fikiran anda apabila mendengar tentang agama. Janganlah melenting dan mengelakkan diri dari perkara2 agama. Ye kawan2? Hehe, selamat mengkaji. Selamat berfikir. Berfikirlah. Do your best effort.=)

TIPS mencari isteri??? Jeng3….Hehe….

-S.U.R. Muslim-

Diterbitkan dalam:  on November 30, 2008 at 8:19 am Komentar (16)

Mari Baca! Mari Baca!

200504546-001

“PERATURAN DAN TIPS-TIPS UNTUK HIDUP : TELAH DIBUKUKAN!!

SEGERA DAPATKAN DI KEDAI-KEDAI BUKU BERHAMPIRAN!!”

“Betul ke ni?”

“Ko biar benar….serius???”

“Kalo ade, aku nak belilah. Buku Ayat2 Cinta tu je aku dh beli 5 bagi kat mak aku, mak teh, mak usu, tok wan ngan anak sedare aku yang baru lahir sebagai hadiah hari jadi.

“Serius ni?????”

“Seriuuuus!! Masak aku mau boongin kamu loh…”*

Pernah nampak iklan promosi ini? Saya rasa berkemungkinan besar tidak pernah. (sebab saya sendiri tidak pernah melihatnya. Hehe ). Tetapi itulah hakikat sebenarnya.

Ya,peraturan, tips-tips dan panduan hidup telah dibukukan!! Dah lame jugak dibukukan sebenarnya,Cuma takde promosi jer

Buku apa sebenarnya tu? Hmm, itulah buku panduan manusia. Diberi nama Al-Quran.

“Ooooooohhhhh……

Ingatkan buku ape tadi. Buku yang tulisan arab tu kan?

Buku tu untuk orang agama Islam je. Eh,actually buku tu untuk orang arab je. Kan?

Yela, tulisan jawi, mane faham.

Bahasa arab, lagila tak faham.”

Kan dah cakap tadi buku tu buku peraturan, panduan, dan tip-tips hidup untuk manusia? Jadi skopnya adalah luas. Dengan kata lain, ia adalah sumber untuk manusia, yang merangkumi manusia yang hidup zaman sebelum merdeka, selepas merdeka, Parameswara, Mahathir dan sekarang ni, iaitu zaman Pak Lah. (Zaman Najib akan datang kot..Hehe…) Setiap kaum dan bangsa yang berbeza pasti mempunyai ‘buku sumber’ yang tersendiri. Oleh itu sesiapa yang sedang MENCARI KEBENARAN dan petunjuk, haruslah membuka buku panduan dan buku sumber masing-masing. Janganlah mencari alasan untuk MALAS mengikut panduan dan peraturan. Kerana tanpa peraturan kita akan ke jalan yang salah.

Kadang-kadang kita tidak pernah terfikir untuk kembali merujuk kepada buku sumber ini. Kita ‘mencipta’ alasan untuk ‘menjauhi’ buku sumber ini. Untuk tidak membaca kitab petunjuk ini. Seperti alasan-alasan di atas, kita mengatakan Quran ditulis di dalam bahasa Arab, kita tidak faham, dan kita tidak membacanya. Sekadar baca yang bahasa Arab tapi tak faham bukankah sama macam tak membaca langsung? Sebab? Sebab kita baca tapi tak dapat apa-apa. Seolah-olah….

“Eh,U baca buku ape td wei?”

“Hmm,I baca buku Quran..”

“Oo, yeke, buku tu cite pasal ape?”

“Ntahla, banyak gak I baca tadi, nak dekat separuh dah. Tapi die cite pasal ape ntahla, tak paham. Die tulis arab daa…”

“Haiyyo…tadi baca manyak concentrate, sudah tutup buku ape pon talak dapat ka???

Baik lu baca buku Novak’s Gynecology, lu belum 2nd year pon lu boleh faham ooooo!!!”

IQRA'...Bacalah, Dengan Nama Tuhanmu yang Menciptakan

IQRA'. Bacalah... Dengan Nama Tuhanmu Yang Menciptakan

Jadi analogi orang yang ‘membaca’ tanpa mengetahui makna adalah seperti ‘tidak membaca’. Sememangnya membaca Quran yang asal di dalam Bahasa Arab mempunyai pahala. Ya, benar. 1 huruf sama dengan 1 pahala. Sifir matematik yang mudah. Tetapi, fungsi sesuatu bahan bacaan adalah untuk difahami, setidak-tidaknya jika ada orang yang bertanya, kita tau apa yang kita ‘telah baca’ sebentar tadi.

“Apa yang ko ‘baca’ tadi? Ape yang penulis tu nak sampaikan dalam buku tu?”

“Pendek kata, ape yang ko dapat lepas ko baca tu? Cuba ko summary sket kat aku.”

Maka orang yang membaca boleh memberi penerangan serba sedikit. Orang yang ‘membaca’ mampu menambah ilmu dengan bacaannya itu. Itulah fungsi membaca ; menambah ilmu pengetahuan. Dan sifat buku panduan pula, adalah untuk me’mandu’ diri kita ke arah yang benar. Kebanyakan dari kita tidak terfikir langsung untuk me’rujuk’ buku panduan ini jika timbulnya sesuatu masalah. Jika ada sebarang persoalan, maka kita lebih suka menyimpan dan membiarkannya di dalam hati.

“Siapa tuhan? Dimanakah tuhan? Adakah tuhan itu benar?”

“Siapakah musuh kita di dunia ini? Siapakah Iblis, dan dari apakah dia diciptakan?”

“Adakah kehidupan selepas kehidupan di dunia ini?”

Carilah dalam ‘buku rujukan’!! Dan jika tidak yakin dengan Quran kerana ia berbahasa Arab, bukalah kitab-kitab atau buku-buku panduan agama lain yang anda faham maksudnya setelah membacanya. (tidak faham bukanlah alasan kerana terjemahan ke dalam pelbagai bahasa telah banyak diterbitkan). Ramai orang mendakwa mereka mempunyai kitab atau ‘buku panduan’ masing-masing tetapi berapa ramai yang mahu membuka dan membaca isi di dalamnya. CARILAH KEBENARAN. Kita MENGAKU BERAGAMA tetapi tidak ‘mengambil agama’ dari sumber agama itu sendiri. Apakah sumbernya? Sudah pastinya ‘buku panduan’ yang ditulis oleh tuhan Pencipta Alam.

Marilah kita membaca makna dan memahami maksud ayat-ayat di dalam quran, seterusnya menjadikan Quran sebagai sumber kita. Ya, sumber bermaksud bahan rujukan kita, dalam setiap tingkah laku dan pergerakan kita. Juga dalam setiap SALAH FAHAM yang timbul di pemikiran kita.

“Aku ingin beragama.”

“Aku ingin ‘status’ agama di dalam kad pengenalanku bukan sekadar ‘status’ kosong.”

“Jadi aku harus ambil agamaku dari buku sumber, dari buku panduan yang telah diciptakan oleh tuhan…”

Analoginya adalah seperti game-game yang biasa dimainkan oleh para remaja. Sudah tentu terciptanya sesuatu game baru itu disertakan cara-cara bermainnya. Disertakan manualnya.

Disertakan 'Manual'nya....

Akan Disertakan Manualnya

‘Pencipta’ game tersebut akan memberitahu di mana kelemahan musuh, memberitahu bagaimana untuk mengalahkan musuh, bagaimana untuk mendapat markah bonus, untuk mendapat jalan short-cut, dan bagaimana untuk ‘menang’. Apa yang harus dilakukan, dan apa panduan yang perlu diikut, sudah pasti semuanya telah disertakan bersama oleh ‘pencipta’ game tersebut. Jadi begitulah juga suasananya kita sebagai ‘pemain game’ yang perlu merempuh pelbagai rintangan di dunia ini. Quran adalah manualnya, guideline untuk kita terus ke hadapan. Siapakah musuh kita, apa yang perlu dilakukan untuk mengalahkan musuh (syaitan), apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mendapat bonus (pahala) sepanjang hidup ini, semuanya telah termaktub di ‘buku panduan’ ini. Cuma, ada dua pilihan, mengikut panduan itu, atau membiarkannya sahaja menjadi sekadar ‘buku suci’ yang tiada kesan kepada diri.

“Dipilih-dipilih!!!!!”

* “Takkan saya nak menipu anda kot…”

Diterbitkan dalam:  on November 20, 2008 at 9:27 am Komentar (7)

Pantun – Santai

aji7

p/s : credit to mohd farid md kamal and zulhazwan ahmad kasim for the background picture. hehe~

Diterbitkan dalam:  on November 17, 2008 at 1:57 pm Komentar (10)

Janganlah BANGGA…..

So I lay my head back down,

And I lift my hands and pray

To be only yours,

I pray to be only yours…

I know now your my only hope

Perghh..seronoknya ketika ‘bersama’. Kau kekasihku, aku kekasihmu. Tiadalah yang lebih membahagiakan selain dari dapat berada disisimu, kekasihku…

Diriku amat bertuah kerana memilikimu, janganlah kau meninggalkanku, duhai kekasih hatiku…

83146253

Hamboi, hamboi..

Bak kata Orang Perak,“sayang beno kome kt ‘gepren’ kome ye?” (‘kome’ means ‘kamu semua’. Belajar loghat tempatan sekali-sekala, ye? Hehe..)

Apa pon jawapan anda, berfikirlah dengan sebaiknya. AKU CINTA KAMU. Islam tidak melarang ‘kecenderungan’ lelaki kepada wanita, juga wanita kepada lelaki. Kerana itu fitrah. Siapa yang menciptakan fitrah? PENCIPTA LELAKI dan WANITA. Tidak salah kiranya mencintai seseorang. Namun, haruslah menyalurkan cinta itu mengikut ‘fitrah’nya juga. Jikalau TIDAK MAMPU untuk melaksanakan tanggungjawab ‘mencinta didalam fitrah’, jagalah adab-adab dan hukum-hukum agama sebelum anda menuju ‘fitrah’ yang sebenar. (Perkataan ‘kahwin/nikah’ tidak disebutkan disini kerana sangat di’geruni’ oleh mahasiswa-mahasiswi. “Tengah belaja camne nak kawin beb? Belajala bagi habis dulu…”). Namun……..

Janganlah BANGGA ber‘photo’ berdua.

Janganlah BANGGA bersentuh mesra.

Janganlah BANGGA berkata-kata manja.

Janganlah BANGGA kami bahagia.

Janganlah BANGGA kami berpunya.

Adab-adab dan hukum-hukum tuhan sudah ditetapkan. Kita tahu, tapi ‘mungkin’ sengaja membiarkannya. Menyedapkan hati kita sendiri dengan ‘perkara-perkara baik’. Buat sesuatu kesalahan tapi sedapkan hati sendiri, pujuk diri sendiri, dengan perkara-perkara yang diharap dapat men’cover’ balik perkara tersebut.

“Aku nak mengeratkan silaturrahim”

“Aku tak pegang tangan, aku tak buat benda bukan-bukan, sumpah!”

Hati kite dipujuk supaya ‘bersetuju’ dengan perkara-perkara tersebut. Kan? (tak perlu menipu orang berpengalaman.=p)

Janganlah kamu bersunyi-sunyi (berdua-duaan) dengan perempuan kecuali disertai muhrimnya, hadith Bukhari Muslim.

“Alah,aku jumpe sekejap je”

“Kami nak study group. Niat kami nak belajar. Wahyu pertama kan ‘bacalah!’?”

Benar, tapi adakah dengan bermonolog dalaman sebegitu mampu mengurangkan nilai dosa? Ataupun mungkin, “Aku bukan budak sekolah agama,aku bukan alim sangat,tak payahla ‘cover-cover’ kalau bercinta.”

Tapi anda orang Islam!

Sememangnya sangat-sangat-sangat sukar melawan nafsu ini.

Ye,aku tahu semua tu, tapi aku tak mampu melakukannya. Aku sedar semua tu, tapi aku tak mampu. Aku bukanlah orang yang kuat agama dan kuat iman sangat.”

Tiada kaitan anda baik atau tidak, anda harus mengikut ajaran islam.

Jadi, bagaimana? Nak kawin mama tak bagi, lagipun nak tumpu study dulu. Nak putus tak boleh, sayang. Jadi? JAGALAH. Jagalah adab-adab anda. Tidak perlu rasanya keluar berdua, bermesra-mesra, mununjukkan ke’romantik’an pasangan bahagia anda. Nak bagi orang semua orang tahu supaya tak di’kebas’? Bertunanglah dulu.=) Juga tak mampu? Sebenarnya, jika kita malu untuk berbuat kesalahan di depan orang ramai, itu lebih baik. Kenapa disyariatkan kita jangan mengintip? (AQ49:12) Jangan ketuk pintu hotel/mengendap bilik orang? Kenapa TEGUR dan CEGAH hanya yang kita nampak depan mata? Kerana orang yang berbuat kesalahan ‘secara sembunyi’ tu mungkin sedar akan kesalahannya. Dia tahu hukum perkara tersebut. Cuma ‘belum mampu’ untuk melaksanakannya. Lama-kelamaan die akan bertaubat, insyaAllah. Kite doakan je.=) Tapi yang di taman-taman, library, ’pa-un’secara TERANG-TERANGAN ni, bukan sahaja mencipta ‘saham’ baru kepada junior-junior atau generasi seterusnya, malah juga tidak merasa bersalah melakukan kesalahan itu.

Malulah! Tampilkanlah sifat malu. Tebalkanlah rasa malu. Malulah! Kerana malu akan menutup keaiban diri, juga mengelakkan saham akhirat perosak diri.

Tidak malu bercinta, tapi MALU MELAKUKAN DOSA cinta sebelum nikah

Tidak malu bercinta, tapi MALU MELAKUKAN DOSA ketika bercinta

Ber’kasih’an sesama bukan muhrim, ianya tiada dalam petunjuk. Jadi malulah, wahai sahabat dan saudaraku.

Anda mahu berkasih-kasihan, mahu bebas bersentuhan tangan, mahu mesra saling berdekatan, terpulanglah. Kerana anda tahu dosa dan pahala. Tapi janganlah dizahirkan di hadapan umum. Malu mata orang lain memandangnya. Semoga anda berbahagia hingga ke jinjang pelamin, menambah zuriat Islam ke anak cucu, dan tetap berdua juga menuju syurga. (target, misi, visi dan misi untuk akan datang kenela ade. Barula orang kata couple paling bahagia dan berjaya.) Hehe, fikir-fikirkanlah….

Janganlah BANGGA……

Diterbitkan dalam:  on November 8, 2008 at 9:47 am Komentar (31)

BLOG – BerdiaLOG?

MAAF - gambar hiasan. hehe...

MAAF - gambar hiasan. hehe...

Mr.X : Assalamualaikum bro, ape kaba? Lame tak dengar berita.. Rindu siot kat member-member lama.

Dr.Radzi : Waalaikumussalam….Alhamdulillah,ok je. Haha, aku pon rindu gak. Takde citer baru pon, biase-biase je. Lagipon tengah exam ni…

Mr.X : Ooohh…samela. Esok paper Epidemiology. Boring nye alahai…

Dr.Radzi : Haha, kitorang kat sini takde amik paper epidemiology secara khusus, dalam Public Health belaja benda tu. Jumaat ni paper Public Health. Banyak lagi tak baca ni. Huhu~

Mr.X : Ko tau tak kawan kita faridzul sakit?

Dr.Radzi : Ha?? Sakit??? Tak tau pon? Baru je bulan 8 aritu aku gi lepak UIA jumpe budak-budak sane. Dia dah jadi orang besar dah sekarang… Haha.

Mr.X : Baru lagi sakit tu. Takpelah, kita doa jelah yang terbaik. Err, die orang besar, ko tu, tak besar?

Dr.Radzi : Haha,besar apenye…. Takde besar mana pon.

Mr.X : Yeke ni? Aku tengok blog ko insof jerrhuhu. Aku tengok yang insof-insof ni aku tak bacela. Hahaha…..

Dr.Radzi : Ooh…haha, saje je tu tulis-tulis nak kongsi-kongsi

Mr.X : Pastu ko punye cite mesti ade dialog je, nape ek?

Dr.Radzi : Haha…ha,kalini betul soalan yang lawak. Haha, ntahla bro, “trademark” tulisan aku kot. (hambik ko, kalini aku buat skrip siap!=p ) Hahamungkin ini cara aku untuk mengajak orang menyelami apa yang aku rasa kot. Dialog-dialog yang aku gunakan pon adalah dialog-dialog yang biasa diguna, didengar.. Familiar. So senang sikit nak melekat di hati. Harap-harapnyala…. Yang tak berminat nak baca perkongsian-perkongsian macam ni tak payahla baca. Untuk yang berminat je… atleast bila dah membaca, ada dapat something. Kalau nak baca, biar yang memberi manfaat. So kita yang menulis kalau nak menulis, tulis yang bermanfaatla.=)

Mr.X : Ha, ko buat buku la bro!

Dr.Radzi : Haha, timekasih, banyak betul aku gelak sembang ngan ko ni. Hehe…

Diterbitkan dalam:  on November 6, 2008 at 6:06 am Komentar (10)