Palestin, saudaraku…

Tuhan,
Berikanlah kekuatan, hilangkanlah kelemahan.

Tuhan,
Ku pohon bantuan dan belas kasihan,
Lindungilah mereka yang tertindas kesakitan,
Janganlah biarkan mereka tertekan,

AKU SANGGUP MATI DARI MEMBIARKAN!!!

Tuhan,
Kau tahu rintihan hambaMu yang lemah ini,
Hanyalah kerana kecintaanku,
Hanyalah kerana kasih sayangku,
Hanyalah kerana jiwa dan ragaku,
Menangisi penderitaan Palestin.

Tuhan,
Kalau umat sedunia tidak peduli,
Biarlah aku yang jadi ganti,
Aku rela mati berkali-kali,
Dari membiarkan musuhMu menjadi BANCI,
Menyerang saudaraku sesuka hati!

Tuhan,
Dengarlah rintihanku,
Terimalah air mataku,
Bersaksilah atas kemarahanku,
HANCURKANLAH MEREKA wahai Tuhanku!
HANCURKANLAH MEREKA wahai Maha Satu!
HANCURKANLAH MEREKA, AKU MERAYU…

Diterbitkan dalam:  on Disember 31, 2008 at 6:49 pm Komentar (10)

Muharram

Selamat Datang Ya Muharram!

Saya terbaca satu blog tentang kelaziman dan kebiasaan yang perlu kita ubah. Bersedia dan mampu untuk berubah dari yang salah kepada benar adalah pemikiran orang yang cerdas. Blog tersebut bercerita tentang amalan-amalan ‘ibadah’ tokok tambah (atau boleh saya kategorikan sebagai bid’ah) yang sering kita lakukan menjelang datangnya Muharram.

“Kemunculan bulan Muharram sebagai bulan pertama bagi kalendar umat Islam sentiasa dihiasai dengan beberapa amal ibadah tertentu. Upacara-upacara tersebut bermula pada hari terakhir bulan Dzulhijjah iaitu diambang menjelangnya 1 Muharram. Umat Islam digalakkan untuk berpuasa pada hari terakhir bulan Dzulhijjah dan membaca doa akhir tahun selepas solat Asar. Seterusnya setelah menjelangnya 1 Muharram iaitu selepas solat Maghrib dibaca pula doa awal tahun, bacaan Surah Yassin, zikir-zikir tertentu malah ada juga yang mengerjakan solat sunat sempena 1 Muharram dan berpuasa pada siang harinya.

Sebenarnya kesemua amalan-amalan yang disebutkan di atas atau apa jua amalan sempena tibanya tahun baru hijrah tidak memilki dalil-dalil yang sah daripada Rasulullah s.a.w. bahkan para Imam-Imam mazhab seperti Abu Hanifah, Malik, Syafi’i dan Ahmad r.h juga tidak pernah mengamalknnya. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak pernah menyambut kehadiran bulan Muharram atau kedatangan tahun baru dengan upacara yang tertentu. Kalendar Hijrah juga tidak wujud pada zaman Rasulullah kerana ianya hanya diperkenalkan pada zaman pemerintahan ‘Umar al-Khaththab r.a iaitu tujuh tahun setelah baginda wafat. ‘Umar yang memperkenalkan kalendar ini juga tidak pernah melakukan atau menganjurkan upacara terterntu sempena kedatangan tahun baru dan begitu juga para sahabat serta para al-Salafussoleh yang lain.”

“Daripada Ibn ‘Abbas, dia berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: Barangsiapa berpuasa pada hari akhir bulan Zulhijjah dan hari pertama di bulan Muharam, maka sesungguhnya dia telah menghabiskan tahun yang lalu dan memulakan tahun baru dengan puasa yang Allah jadikannya sebagai penghapus dosanya lima puluh tahun”. Menurut Ibnul Jauzi di dalam al-Mawdhu’at bahawa hadis ini PALSU (maudhu’)

Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa berpuasa sembilan hari dari awal Muharram maka Allah membina untuknya sebuah kubah di udara yang luasnya satu batu persegi dan mempunyai empat buah pintu. Hadis ini adalah PALSU (mawdhu’) menurut Ibnul Jauzi di dalam al-Mawdhu’aat dan Imam al-Suyuthi di dalam La’aali al-Mashnu’ah.”

Tapi kurang enak pulak rasanya mengatakan sesuatu itu tidak benar dan tiada dalil sahih dari nabi, tetapi tidak menyatakan alternatif yang dibenarkan oleh Islam. Dalam erti kata lain, alternatif bagi umat Islam yang pernah dilakukan oleh nabi dan dianjurkan oleh baginda untuk melakukannya. Jadi, mahu berdoa, tafaddhal. Tapi bukan dengan doa awal tahun akhir tahun yang tidak diketahui sumber hujung pangkalnya itu, tapi dengan doa ini…

“Allah Maha Besar. Ya Allah! Tampakkan bulan tanggal satu itu ke-pada kami dengan membawa keaman-an dan keimanan, keselamatan dan Islam serta mendapat taufik untuk menjalankan apa yang Engkau senang dan rela. Tuhan kami dan Tuhanmu (wahai bulan sabit) adalah Allah.”

HR. At-Tirmidzi 5/504, Ad-Darimi dengan lafazh hadits yang sama 1/336 dan lihat Shahihut Tirmidzi 3/157.

-salah satu hadith di dalam Hisnul Muslim-

p/s: Doa dan hadith ini adalah doa yang dianjurkan oleh nabi untuk setiap awal bulan dan tidak dikhususkan untuk bulan muharram sahaja.

Wallahu’alam

Diterbitkan dalam:  on Disember 28, 2008 at 4:28 pm Komentar (21)

Islam dan Prioriti

“Radzi, minggu ni ko bagi ta’lim kat Bale 4 sempena Program Jom Ke Masjid yang budak-budak 1st year anjurkan ek? Tajuk dia Equilibrium Of Life”

“Equilibrium Of Life?? Nak cite hape tu?? Aduuhh….”

Handphone suatu keperluan

Handphone suatu keperluan

Tiiit…tiiit…
“Assalamualaikum… Minggu ini abang radzi akan bagi ta’lim kan? Ada apa-apa yang diperlukan? LCD projector, kerusi atau meja yang boleh kami sediakan lebih awal?”, begitu bunyi SMS dari pihak ‘penganjur’. Alhamdulillah, bagus cara kerja mereka mengendalikan program dan aktiviti. Saya selaku ‘orang lama’ di Unpad ni (dibandingkan dengan adik-adik junior setidak-tidaknya) bangga dengan junior-junior yang bersemangat dan berdedikasi sebegini. Hehe, alhamdulillah…

Cuma tajuk yang perlu disampaikan…..

“Kalau boleh cerita pasal keseimbangan hidup dunia dan akhirat. Jangan asyik kejar dunia je. Dan kalau boleh lagi, dedahkan kelebihan solat jemaah di masjid, jangan asyik nak study je kat bilik”

“Hmm, insyaAllah saya akan kongsikan apa yang mampu”

Apa yang perlu disampaikan berkenaan keseimbangan dunia dan akhirat? Adakah ‘audience’ faham tentang apa itu dunia dan apa itu akhirat? Adakah yang datang mendengar nanti sudah kenal siapa tuhan dan siapa rasul? Adakah sesuai mengajak orang untuk menyeimbangkan dunia akhirat kalau mereka sendiri hanya kenal dunia tanpa yakin benar akan kewujudan akhirat?

Ajak manusia berfikir.

Ajak manusia berfikir.

Banyak persoalan yang perlu dijawab sebelum menyediakan slide presentation untuk slot tersebut. Teringat nasihat seorang sahabat,
“Ana tak halang anta untuk menulis artikel menegur tentang aurat, dan couple sebegini. Ana tahu niat anta, dan ana yakin tulisan anta mampu membuat orang berfikir. Tapi, ini adalah ‘approach’ badan-badan agama kat sekolah-sekolah menengah dulu. Orang yang bawak agama, memperjuangkan benda-benda yang kurang prioritinya berbanding aqidah. Agama Islam agama AQIDAH. Kalau kita berdakwah tak bawak aqidah, dakwah kita jadi kosong.”

Islam agama aqidah. Nabi junjungan mulia Muhammad S.A.W. datang ke dunia bukan untuk memperkenalkan kewujudan tuhan. Semua orang sudah akur tentang kewujudan tuhan (kecuali golongan yang melawan kehendak fitrah-tidak mengakui kewujudan tuhan). Bapa nabi sendiri bernama ‘hamba Allah’. Abu Jahal sendiri ketika marah mendoakan nabi dengan doa,“Ya Allah, hancurkan Muhammad!”. Tetapi kedatangan nabi adalah untuk men’suci’kan tuhan – Allah Jalla Wa ‘Ala. Membuang segala kekotoran dan debu-debu syirik yang dikaitkan dengan tuhan Yang Maha Esa, yang tiada sekutu bagiNya.
Islam diperkenalkan tanpa melalui pintu aqidah akan kosong. Akibatnya…

Tangkal Azimat

Tangkal Azimat

ISLAM, islam juga. Tapi bomoh pergi merata!
ISLAM, islam juga. Tapi tangkal tak pernah lupa!
ISLAM, islam juga. Tapi mengaku nabi baru pula!
ISLAM, islam juga. Tapi nabi dilupa tok-tok kiyai di’dewa’!

Kebiasaan ‘isu’ badan-badan agama.
Jeans itu haram. Couple itu haram. Tak pakai tudung itu haram. Rambut punk itu barat. Skin head itu barat. Itu yahudi. Ini yahudi. Itu kristian. Ini kristian. Itu tak boleh ini tak sah. Itu batal ini makruh. Menyerupai perempuan tak boleh. Tukar jantina berdosa.

Tapi apa itu Islam? Islam yang asas tak dikenali. Islam di zaman nabi ditolak tepi. Islam hanya ketika iman tinggi.

AKU BERSAKSI, TIADA SATU TUHAN PUN YANG LAYAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH! DAN AKU BERSAKSI, NABI MUHAMMAD ITU, PESURUHMU YA ALLAH!

Agama dicari, tuhan dikenali, rasul dicontohi. Setelah ini terpasak di dalam hati, ombak badai mana pun takkan mampu meruntuhi.

Pasak ditanam, baru kemudian layak dilakukan kerja-kerja ‘menghias’.
Amalan sunnah diperbanyakkan, sedekah jariah dibiasakan, solat berjemaah di’wajib’kan, tutur kata disopankan, pakaian di’sempurna’kan, iman ditingkatkan, akhlak dicantikkan. Peribadi di’muslim’kan!

Pasak, pasak juga. Amar ma’ruf nahi mungkar jangan dilupa.

-Ya ALLAH, janganlah kau balikkan hati ini setelah kau berikan hidayah dan kebenaran. Kurniakan daku Redha dan SyurgaMu. Berilah kami umat Islam, kemuliaan dan kekuatan seperti yang Engkau janjikan untuk menghapuskan segala musuh-musuhMu. Amiiin Ya Rabbal Alamiiiin.-

Diterbitkan dalam:  on Disember 26, 2008 at 10:13 am Komentar (14)

Tuhanku…

Tuhanku,

Aku menangis lagi Ya ALLAH….
Aku pohon ampun Ya ALLAH….

KepadaMu aku berharap,
kepadaMu jua aku meminta pertolongan.

Aku takut padaMu, takut yang tak terhingga,
Tuhanku yang Maha Kuasa.
Aku takut kerana kekerdilanku di hadapan diriMu yang Agung.
Aku takut kerana aku dhaif Ya Allah….
Aku takut kerana aku jahil…
Aku takut kerana aku jahat…
Aku takut kerana aku selalu leka….

Ya ALLAH, terimalah airmataku…
Yang mengalir membasahi pipiku…
Sebagai tanda cintaku padaMu…
Mataku berkaca mengenangkan dosa-dosa ku…
Terimalah ia sebagai taubatku Ya ALLAH….

Kasihanilah daku….
Kasihanilah daku….

Tanpa belas kasihanMu, siapalah diriku…
Tuhan Yang Maha Tahu, ampunkan dosaku….

HAMBA-MU

Diterbitkan dalam:  on Disember 22, 2008 at 4:59 am Komentar (4)

Men From Mars And Women From Venus-Part 2 : Nafsu

Sahabat….

Jangan biarkan nafsu mengawal kita. Jangan biarkan perasaan mengawal segala-galanya. Semua manusia diciptakan dengan fitrah. Dan salah satu fitrah itu adalah cenderung kepada berlawanan jenis. Jadi, sebelum dirimu berkahwin, janganlah kau melanggar larangan Allah. Janganlah kau membuat DIA murka. Kerana DIA adalah tuhan kita. Tuhan yang menyayangi kita walaupun kita sering berbuat dosa padaNya. Hormatilah dan balaslah ‘kebaikan’ itu dengan kepatuhan dan keinsafan….

Sahabat….

Sekuat mana pun seorang perempuan, sealim mana pun dia, once dia dah ada seorang lelaki istimewa dalam hidupnya, dia akan serahkan segala-galanya pada lelaki itu. (tambah-tambah lagi kalau lelaki pun pandai/kene cara memujuknya) Even yang tudung labuh sekali pun. Sekali dia dah ter’couple’, dia dah ‘zass’!! (sambil buat sign tangan potong tengkuk tu. Huhu..)

Maksudnya, sekali dia dah ter’couple’ terserah kepada lelaki tu untuk ‘mencorakkan’ hubungan diorang. IF LELAKI TU BAIK, dia akan tegur dan bimbing mana yang salah. (perempuan yang dah ada ‘kekasih’ dah tak tau mana betul dan mana yang salah. Diorang nak dibelai/dimanja-dimanja seperti perempuan lain gak-ni pompuan tudung labuh. Means merujuk kepada agama yang agak kuat. Pun stil macam ni.) Lelaki tu akan cakap, kita tak patut buat macam ni, kita kena kawal diri etc2…..

Maka perempuan tu pun akan tersedar dan ingat balik kat ilmu2 agama yang dia ada (terjaga dari mimpi dan kehendak nafsu diorang!)

Tetapi, kalau LELAKI YANG TAK FAHAM AGAMA, yang tak mahu menjaga, the girl is all his. Dia dah boleh buat apa sahaja pada perempuan tu! She’s all yours!!

Bagi wanita, keberadaan lelaki menenangkan. Diciptakan sang Adam adalah untuk sang Hawa. Namun itu adalah untuk hubungan selepas pernikahan. Perempuan, gadis, wanita, hawa, atau apa sahaja yang digelarkan, sangat-sangat memerlukan lelaki apabila lelaki tersebut telah menjadi miliknya. Termasuklah ‘miliknya’ secara sah, ataupun tidak. Couple telah meng’isytihar’kan perempuan itu ‘milik’ lelaki tersebut dan itu tidak sepatutnya terjadi kerana perempuan itu akan berubah cara pandangnya terhadap sesuatu yang di’miliki’nya itu – manusia bernama lelaki. Ilmunya mungkin boleh mengatasi pertimbangannya terhadap segala permintaan ‘miliknya’ itu, tetapi, hanya MUNGKIN…

Bagi lelaki, keinginan untuk sentiasa berada di samping wanita adalah tinggi. Mereka senang menjadi pelindung wanita. Mereka lapang untuk membantu wanita. Mereka malah di’hadiah’kan oleh Allah-Sang Pencipta Yang Paling Memahami Lelaki untuk mendapat bidadari-bidadari yang cantik dan suci yang mengelilingi sekiranya mereka layak… Tetapi itu di syurga! Tanggungjawab seorang lelaki sangat berat dan jauh beribu-ribu tahun cahaya mengatasi apa yang dijanjikan dan bakal diperolehnya itu. Syurga tidak murah! Syurga tidak mudah! Syurga bukan percuma!

Lelaki harus berkorban…

Kerana anda pemimpin yang menetukan….

Hala tuju masa depan….

Sahabat…..

Wanita atau permpuan memainkan peranan, membantu dan meringankan beban. Jangan libatkan mereka dalam kancah hubungan sebelum pernikahan. Kerana mereka selalunya lemah untuk mengingatkan. Mengingatkan kita tentang hukum tuhan andai kita dilalaikan….

HANYA lelaki yang boleh kawal hubungan antara lelaki dan perempuan. Sebab hanya lelaki yang boleh decide dengan wise sesuatu perkara mengatasi perasaan dan keinginan. Tegurlah mana yang anda rasa anda atau korang berdua tak patut buat. Be brave to tell the truth, sahabat…

Apakah punca ramai couple/ pasangan lelaki perempuan hanyut dibuai syaitan? Kerana sang lelaki *lembik dan lemah membuat keputusan melawan kehendak dan keinginan! Mereka mahu terus mendapat nikmat, jadi ilmu dan kewarasan di’letak belakang’kan.

“Malaslah tegur mana yang salah mana yang betul. Nanti dia segan-segan dengan aku. Nanti dia dah tak manja-manja dengan aku. Nanti dia dah tak mengadu masalah-masalah dia kat aku”

“Nanti mesti dia malu-malu/mintak maaf kalau tersentuh. Nanti mesti die duk jauh-jauh kalau keluar dengan aku. Nanti mesti die tak nak keluar berdua. Nanti mesti die tak cakap sweet-sweet dengan aku dah. Nanti mesti macam-macam! Aku akan kehilangan macam-macam!”

Lelaki yang lemah melawan kehendak nafsu, atau perempuan yang lalai terbuai dengan nafsu. Keputusan ditanganmu, wahai sahabat…

Sahabat….

Hindarkanlah segala kemaksiatan kepada tuhan, samada dirimu sedar atau pun terlalaikan. Ku pohon kekuatan buat diriku dan juga teman, kepada tuhan yang Maha Memaafkan. Hindarkanlah kami dari dosa hubungan sebelum pernikahan, couple, atau apa sahaja yang kami sifatkan, supaya tidak termasuk dalam golongan yang telah dihuraikan. Ampunkan kami Ya Rabb…

*penulis juga lelaki.

Diterbitkan dalam:  on Disember 11, 2008 at 1:40 pm Komentar (40)

Apa Jadi Lepas Exam??

err..tiada exam dijalankan waktu gambar ni diambil, harap maklum.=)

err..tiada exam dijalankan waktu gambar ni diambil, harap maklum.=)

-Peperiksaan tamat. Keluar dewan peperiksaan.-

“Argghhh…tidakk….soalan cam si**!”
“Kurang ha*** sape yang buat soalan tu…”
“Pergh, soalan tadi macam ha***…”
“Aku takde mood nak cakap pape, soalan susah gile!!!”

Memang tidak dinafikan, soalan yang memeranjatkan dan mengejutkan. Ketika membuka dan membaca soalan, aku hanya bisa tercengang, tersenyum lebar sendirian. LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ‘ALIYYIL ‘AZHIM… Hanya itu bisa ku ungkapkan… Hebat ujian-Mu Ya Allah… Senyumku berpanjangan hingga ke akhir peperiksaan

Bukanlah semua soalan yang diberikan tidak dapat dijawab, cuma kekadang manusia suka untuk men’exaggerate’ keadaan. Mungkin ungkapan-ungkapan ‘tak puas hati’ di atas hanyalah gurauan exaggerate teman-teman atau mungkin juga sekadar ‘plastic’ untuk memalsukan kejayaan.

Yelah, kadang-kadang ada orang yang pandai dan dapat jawab semua soalan tapi sengaja ngade-ngade cakap susah, tak boleh buat, dan sebagainya untuk mengaburi orang lain. Sedar-sedar keputusannya excellent. Wujudkan orang seperti itu? Haha, tak perlu jawab.=)

Mungkin juga luahan itu adalah sejujurnya dari hati. Sedih, kecewa dan sebagainya seusai menjawab soalan-soalan peperiksaan yang ‘sebegitu’. Saya juga merasakannya, tetapi apa yang ingin dikongsi adalah bagaimana perlakuan dan tindakan yang tanpa kita sedari itu telah menjauhkan kita dari Tuhan tempat kita mengadu segala-galanya….

Habis keluar semua carut marut dan maki hamun usai menjawab soalan kerana marah dan kecewa tidak dapat menjawab dengan baik. Tetapi kepada siapakah kita menujukan kemarahan kita itu? Siapakah yang menetapkan, menggerakkan hati para lecturer untuk meletak soalan-soalan itu? Siapakah yang ‘membenarkan’ soalan itu diluluskan untuk diberikan kepada kita. We are referring to our Almighty. Huhu…. Sedeyh2…

“Hasbiallahu La Ilaha Illahua ‘Alaihi Tawakkaltu Wahua Rabbul ‘Arsyil ‘Azhim”

Cukuplah Allah sebagai penolongku. Tiada yang berhak di ibadati secara benar melainkan DIA. KepadaNya aku bertawakkal, dan DIAlah pemilik al-‘Arsy yang Agung.

Barangsiapa yang mengucapkannya tujuh kali setiap pagi dan petang pasti akan dicukupkan oleh Allah dengan segala perkara dunia dan akhirat yang diperlukannya

Dikeluarkan oleh Ibnu Sinni nombor 71 secara marfu’ dan oleh Abu Dawud secara mauquf IV/321. Sanadnya dinyatakan sahih oleh Syuaib dan Abdul Qadier Al-Arnauuth. Lihat Zaadul Ma’aad II/376

Cukuplah Allah sebagai PENOLONGKU. Aku tidak perlukan siapa-siapa lagi untuk menolongku. Untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan baik, untuk dapat markah yang baik, untuk dapat keputusan dan CGPA yang baik. Hanya Allah tempatku mengadu dan memohon pertolongan. Oleh itu berdoalah kita kepadaNya setelah selesai ujian dan bukan merungut susah, tak tahu dan sebagainya.

Tiada yang susah melainkan ENGKAU menjadikannya susah.
Tiada yang mustahil melainkan ENGKAU menjadikannya mustahil.

rakan-rakan 3rd year di waktu 1st year. hehehe...

rakan-rakan 3rd year di waktu 1st year. hehehe...

p/s : kawan-kawan, jangan marah dosen yang buat soalan ye? Memang entah celah buku mana dia amik tu tapi bukan salah dia. Kita yang kene studi lebihla maknanya tu. Hehe…chaiyok2! Medicine is a long life study!

Diterbitkan dalam:  on Disember 10, 2008 at 4:48 am Komentar (8)

Men From Mars And Women From Venus-Part 1 : Aurat


Artikel ini dikeluarkan sempena anjuran Futsal KUBI 2007. Yang ingin dikongsi adalah perbezaan cara pandang kita – antara pandangan lelaki dan pandangan perempuan.

9 Dec 2008,

http://drrazi.wordpress.com

—————————————————————————————————

Go, go girl!! Belah kiri tu,kosong!! U can do it!!

Common, sket lagi nak gol tu, go, go!!

Hmm…..mesti meriah suasana di liga futsal anjuran kubi yang akan berlangsung tak lame lagi. Di situlah terbitnya rasa persaudaraan dan per’team’an yang mantap. Di situ juga wujud suasana ‘keluarga malaysia’ yang harmoni, serta di situ jugalah terlihatnya fesyen-fesyen anggun yang diperagakan oleh mahasiswi-mahasiswi di sini tidak terkecuali para pemain futsal wanita. Warna-warni dan ‘pelbagai’. Menarik…=)

Mahasiswi-mahasiswi di sini amat beruntung kerana tidak dikongkong dan di‘cop’ sebagai “minah skema”, “nerdy” (ade ke istilah tu? Nak refer pada ulat buku je sebenanye.=p) hanya kerana kita adalah pelajar perubatan. Pernyataan kononnya pelajar perubatan itu hanya kenal Tortora, Anatomy Moore atau buku-buku je adalah salah. Kite juga bersukan! Jadi tahniah kepada MT dan exco sukan kubi kerana memberi peluang bersukan. Mungkin ade yang berpendapat tidak perlu untuk mencampurkan kejohanan lelaki dan perempuan tapi itu bukanlah yang ingin saya perkatakan di sini. Cuma, kembali pada tajuk di atas, apakah tubuhku menawan? “Ya, of course”, jawab kaum adam. Terang-terang ‘menawan’ tu refer pada girls, tapi lelaki pulak sibuk jawab kan? Ish3..( maaf ye guys, kite tengah cerite tentang girls sekarang ni.=p)

Bukan ape, kadang-kadang kite terlepas pandang tentang beberapa perkara yang berkaitan dengan dosa pahala. Kite sering memandang pakaian wanita sekarang (termasuklah jersi futsal) dari segi fesyen dan ‘availability’. Asal ade orang pakai, dijual, dibuat oleh kilang-kilang pakaian, maka ianya dipakai. Tetapi, fesyen-fesyen sekarang ni banyak yang tidak ‘menepati’ hukum menutup aurat yang telah kite semua ketahui. T-shirt dan blouse yang ade banyak yang mengikut bentuk tubuh menawan wanita. Seluar dan skirt juga tidak terkecuali. Dan mungkin yang lebih difocuskan kali ini adalah jersi atau seragam pemain-pemain futsal itu sendiri.

3f16e1d96470b980


Ini sebenarnya telah menyesakkan,merimaskan dan men’dilate’kan mata-mata dan hati-hati insan bernama lelaki. Tidak kiralah mereka itu bekas pelajar sekolah sbp ke, sbpi ke, sekolah agama ke, mrsm ke, sekolah biase ke,( ade lagi yang saya tak sebut? Sori,hehe..) even ‘budak biro agama’ sekalipun, kalau dah bergelar lelaki sejati, pasti akan merasa resah melihat tubuh menawan kaum wanita. Kerana, itu adalah fitrah mereka (untuk merasa terangsang) kepada kaum yang berlawanan jenis.

Alhamdulillah, ramai, (saya rase semua,insya Allah) yang memakai tudung tidak meninggalkan tudung mereka ketika bermain futsal. Mungkin menjadi motivasi lepas ni kepada yang ‘belum’ bertudung.=)

Namun, pakaian dan seragam yang dikenakan masih terlihat bentuk-bentuk tubuh menawan mereka. (saya sering sifatkan menawan kerana wanita sememangnya menawan seperti yang dijanjikan dan di’aturkan’kan oleh PENCIPTA LELAKI, rujuk Buku Panduan Manusia(AQ)24 :30). Mungkin ade yang berpendapat, nak main bola/futsal, takkanlah nak pakai baju dan seluar besar-besar, longgar-longgar, tak selesala…nak lari-lari, kejar bola, susahla seluar panjang-panjang, lipatlah sikit. Bukan ape, yang diperhatikan oleh lelaki ketika berlangsungnya pertandingan itu sebenarya bukanlah permainan yang bermutu yang dipersembahkan sangat. Bukan juga skill-skill menarik yang dimiliki oleh pemain-pemain wanita @ mahasiswi-mahasiswi unpad ini. Tetapi ‘lebih kepada’ keberadaan pemain-pemain wanita itu. Kerana ‘adanya’ mereka di situ. “Wei,ada perempuan main futsal, jom tengok.” Itulah yang terdetik di hati kaum lelaki. ‘Tengok’. Adapun niat yang lain seperti nak bagi sokongan, bantuan moral, itu adalah niat-niat yang kedua dan ketiga je.

Persoalannya, apa yang ingin di’tengok’ tu?

Mahasiswi-mahasiswi bakal doktor sekalian, gerak geri anda menyenangkan hati kami.(baru gerak geri.=p) Tubuh anda menawan. Kulit anda cantik. Janganlah ‘membiarkan’ kami dapat dengan percuma. Bak kate Orang Perak, “seghonok benola deme nanti”. Biarlah suami je yang dapat tengok kulit betis anda, kulit lengan anda, bentuk anatomi anda. Sememangnya bagi wanita,“kami bukan nak tayang body, tunjuk kat lelaki bentuk tubuh badan kami, kami nak main bola je..” tetapi jagalah tindakan yang ‘diluar kawalan anda’. Benda yang tak perasan dan tak sengaja dilakukan. Tubuh anda terdedah mesti anda tak perasan, tapi kami mesti perasan.=)

d06b47263a6a4db8

Peraturan dan etika berpakaian telah pon ditetapkan oleh ajk dan penganjur pertandingan. Tiada jersi yang mengikut bentuk tubuh ( ketat dan ‘bersaiz kecil’) serta seluar haruslah panjang dan tidak dilipat ke paras betis ketika bermain.. Sebenarnya, sebagai orang yang mengaku beragama Islam, aurat tidaklah seharusnya menjadi perkara yang ‘disertakan’ bersama syarat-syarat pertandingan. Semua orang perempuan tahu tentang aurat mereka, kepala harus ditutup, baju harus berlengan panjang, seluar harus panjang menutup mata kaki. Semua orang tahu, kan? Cuma mungkin ada yang masih belum termotivasi untuk melakukannya. (Motivasi akan diperoleh dengan cara mencari dan berusaha. Same-samelah kite berusaha ye?=) )

Oleh itu, perkara asas dalam agama, yang diketahui oleh semua orang Islam ini, tidak perlulah dibahaskan dan dibantah lagi. Sepakat. Semua dah tahu dan faham disebalik keperluan ‘penjagaan’ tubuh menawan anda, ‘advantage’nya bagi lelaki. Jadi alangkah eloknya jika dapat dikongsikan ‘hikmah’ penjagaan aurat ini kepada non-muslim. Hukum tidak dilaksanakan ke atas mereka, tetapi hikmah boleh dikongsi agar mereka tahu kelebihan Islam. Suka atau pun tidak meng’advantage’kan lelaki itukan pilihan?=) (bukan ‘pilihan’ bagi orang islam). Peraturan dan undang-undang hanya alat, justeru kitalah yang akan menentukan perlaksanaannya. Semua ini tergantung kepada individu. Berfikirlah. Do your best effort.=)

Diterbitkan dalam:  on Disember 9, 2008 at 9:28 am Komentar (10)

SUATU PETANG YANG NYAMAN…

HAJI dan QURBAN

HAJI dan QURBAN

HASSAN : Ape yang ko tau pasal bulan zulhijjah?

KAMAL : Err….aku kurang amik tau sangat pasal bulan Islam ni. Err…hehe. Sorila bro, hehe..

HASSAN : Oo…ok. Okla, aku bagi ko clue. Raya Haji!

KAMAL : OOOoooOOOOooooohhh…… Raya Haji tau arHmm, ko nak aku citer pasal ape?

Kisah nabi Ibrahim A.S. bersama anaknya ke ko nak suruh aku citer pasal naik haji a.k.a. ibadah haji? Hehe, ko sebut Raya Haji baru aku teringat pasal bulan zulhijjah, hehe…

HASSAN : Hadoi, nilah masalah umat islam zaman sekarang ni. Ape jadi dalam bulan-bulan islam pon tak tau. Tu aku baru tanye pasal zulhijjah. Belom tanya safar, jamadil akhir or rejab lagi. Hehe…

KAMAL : Err… hehe…

HASSAN : Ha, ape ko tau pasal naik haji? Citer sket?

KAMAL : Aku tak dapat jawab soalan first ko tak bermakna aku tak tau agama beb. Allah berfirman : Dan (diantara) kewajiban manusia terhadap Allah adalah melaksanakan ibadah haji ke baitullah, yaitu bagi orang-orang yang mampu mengadakan perjalanan ke sana. Ali Imran 3:197. Amacam??? Heh heh heh (gelak keji)…

HASSAN :P ergh, mantap syak! Haha… betul3, (upin ipin mode~) So, bila nak gi haji?

KAMAL : Hehe, nanti dah ade duit insyaAllah aku gi, tak nak tunggu tua, kang kene pijak-pijak je ngan pak-pak arab sana. Huhu~

HASSAN : Bagus3, aku respekla ko bro. Hehe. Nabi bersabda, Umrah kepada umrah, menghapuskan dosa yang terdapat di antara keduanya, sedang haji yang mabrur tidak ada ganjarannya selain syurga. HR Bukhari dan Muslim.

Terimalah ibadah ku Ya ALLAH...

Terimalah ibadah ku Ya ALLAH...

KAMAL : Perghhh….tak ade ganjaran untuk yang wat haji MELAINKAN SYURGA. Yang wat umrah pon diampunkan dosa, cara senang masuk syurga ni beb! Hehe…

HASSAN : Tula pasal, kalau mampu, umrah tu kite patut wat banyak kali. Haji sekali jela. Tiket masuk syurga la katakan. Hehe…

KAMAL : Ko sebut pasal senang masuk syurga aku teringat sorang kawan aku ni, die orang kristian. Tapi die pernah dengar orang Islam yang hafaz quran akan dapat bawak isteri dan keluarganya masuk syurga. So die kata die bercita-cita dapat kawin ngan laki Islam yang soleh. Bole die enjoy-enjoy di dunia ni, nanti dapat masuk syurga gak.

HASSAN : Haha, mantap cara fikir dia. Target for syurga tuuuu… malu kite orang Islam kalau tak target masuk syurga. Hehe… Ha, tadi cakap pasal nabi Ibrahim tu ape plak?

KAMAL : Ooh…if cite nabi Ibrahim tu plak, die mengisahkan tentang pengorbanan seorang ayah terhadap anaknya. Tu sebab kita pon kene korbankan haiwan korban macam lembu, kambing, dan sebagainya. Macam lagu P.Ramlee tu,

“Berkorban Apa Saja… Harta Ataupun Nyawa…Itulah Kasih Mesera… Sejati Dan Mulia…”

HASSAN : Cececeh….menyanyi plak dieHmm, actually, pengorbanan yang kita buat, mengorbankan haiwan tu sume takkan mampu menyamakan korban kita dan korban Nabi Ibrahim A.S. Nabi Ibrahim atas dasar aqidah yang kuat, yang mengagungkan keesaan dan kekuasaan Allah, menurut perintahNya tanpa mengharap/mendoakan leher anaknya diganti dengan haiwan lain, tidak akan sama dengan kita yang mengeluarkan sedikit dari wang kita dan menyembelih seekor haiwan. Tidak my fren, takkan sama….

Tapi kita disunnahkan untuk mengorbankan haiwan ternakan untuk memperingati pengorbanan agung dua insan mulia itu.

KAMAL : Ooh… baru aku sedar. Betul jugak tu. Malu aku mengatakan pengorbanan kita sama dengan pengorbanan nabi-nabi mulia tu. Huhu~

Oh ya, mak ayah aku akan ke sana menunaikan haji bulan ni, bolehla kita mintak diorang tolong doakan untuk kita kan?

HASSAN : Boleh, apa salahnya… Nabi ade ajar INTRO doa yang canteek untuk kita amalkan. Ya Allah, aku memohon kepadaMu, sedang aku mengakui bahawa Engkau adalah Allah, tiada tuhan melainkan Engkau, yakni tuhan yang maha Esa dan satu-satunya tempat bermohon yang tidak beranak dan diperanakkan, serta tidak satupon yang menyerupaiMu…

Baca doa tu before nak doa apa-apa. Nabi kata if baca tu, lepas tu doa apa yang kita nak, doa kita takkan ditolak. Bez kan? Hehe… Tu hadith hasan Riwayat Abu Dawud dan Tamizi.

KAMAL : Oh yeah, thank you bebeh. Hahaha….

p/s : Bahasa mencerminkan bangsa dan budaya. So jangan ditiru bahasa yang ber’italic’ tu ye? Nak menyedapkan cerita je..=p

Diterbitkan dalam:  on Disember 4, 2008 at 8:28 am Komentar (6)

Ya Allah, Sibukkan Diriku…

Isnin-Rabu : Class full.

Khamis : Tiada class.

Jumaat : Class full.

Sabtu dan Ahad : Tiada class.

Sepanjang bermulanya semester baru, jadual yang menunjukkan ‘tiada class’ tak pernah benar-benar kosong.

Tetapi makhluk yang mengaku bernama manusia, harus sentiasa bersyukur. Lima perkara harus direbut sebelum datangnya lima lagi perkara yang menghambat.

Kenapakah dunia tidak seperti yang kita inginkan? Leka bermain dan bersenda gurau. Santai berehat dan bergelak ketawa. Kenapakah dunia ini penuh cabaran….

Al-Ankabut (29:2)

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?

Ampunkan daku kerana mengharapkan kesenangan dan keseronokan dunia Ya Allah…. Aku rela diuji, kerana aku redha dengan Kau sebagai Tuhanku, Muhammad sebagai pesuruhMu. Aku pasrah melawan nafsu, kerana iman memanduku. Aku beriman padamu Ya Allah, tuhanku yang satu, tuhan sekalian makhluk….

Al-Baqarah (2:216)

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui

Mungkin kepenatan dan kesibukan melemahkan jasad kami. Mungkin sedikit kegagalan melonglaikan semangat kami. Tapi tidak pernah sesekali iman dan tawakkal kami luntur dan tunduk kepada musuh kami, Syaitan yang Kau murkai…

Akan ku kuatkan semangatku, akan ku tekadkan hatiku, akan ku perkuatkan sahabat-sahabatku, akan ku lawan segala musuh-musuhMu, di setiap inci peredaran darahku, di setiap hela hembusan nafasku….

Sesungguhnya solatku, setiap amalanku, hidupku, matiku, adalah keranaMu!!

Surah Al- Asr 103 : 1-3

  1. Demi masa.
  2. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
  3. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan berpesan-pesan/nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan berpesan-pesan/nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

AMAT RUGILAH MANUSIA YANG TIDAK MEMANFA’ATKAN WAKTUNYA UNTUK BERBAKTI

Sebaik-baik MANUSIA adalah yang memberi manfaat kepada orang lain. Sebaik-baik MANUSIA adalah yang mengetahui tujuan dan fungsi hidupnya.

Hindarkanlah kami dari perkara dunia yang melalaikan. SIBUKKANLAH kami dengan perkara dunia yang memberi ganjaran. Sebagai bekalan di hari depan, menuju RedhaMu yang berpanjangan. Amiiiiiiiiin Ya Rabbi…..

orintasi pelajar baru

orintasi pelajar baru

program KUBI-bantuan kepada warga miskin

program KUBI-bantuan kepada warga miskin

malam bersama duta besar malaysia di indonesia

malam bersama duta besar malaysia di indonesia

Expidisi KUBI ke Gunung Geulis

Expidisi KUBI ke Gunung Geulis

wakil Bandung dan wakil Jogja

wakil Bandung dan wakil Jogja

Delegasi Bandung ke Karnival sukan di Jogja

Delegasi Bandung ke Karnival sukan di Jogja

Family Day KUBI bersama dato' Adham Baba

Family Day KUBI bersama dato’ Adham Baba

Latest : Karnival Sukan Tahunan Anjuran Batch 2006 (sukaneka je.=p)

Akan datang ni : Qurban Demi Cinta

Diterbitkan dalam:  on Disember 3, 2008 at 4:14 pm Komentar (5)