Isnin-Rabu : Class full.
Khamis : Tiada class.
Jumaat : Class full.
Sabtu dan Ahad : Tiada class.
Sepanjang bermulanya semester baru, jadual yang menunjukkan ‘tiada class’ tak pernah benar-benar kosong.
Tetapi makhluk yang mengaku bernama manusia, harus sentiasa bersyukur. Lima perkara harus direbut sebelum datangnya lima lagi perkara yang menghambat.
Kenapakah dunia tidak seperti yang kita inginkan? Leka bermain dan bersenda gurau. Santai berehat dan bergelak ketawa. Kenapakah dunia ini penuh cabaran….
Al-Ankabut (29:2)
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?
Ampunkan daku kerana mengharapkan kesenangan dan keseronokan dunia Ya Allah…. Aku rela diuji, kerana aku redha dengan Kau sebagai Tuhanku, Muhammad sebagai pesuruhMu. Aku pasrah melawan nafsu, kerana iman memanduku. Aku beriman padamu Ya Allah, tuhanku yang satu, tuhan sekalian makhluk….
Al-Baqarah (2:216)
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui
Mungkin kepenatan dan kesibukan melemahkan jasad kami. Mungkin sedikit kegagalan melonglaikan semangat kami. Tapi tidak pernah sesekali iman dan tawakkal kami luntur dan tunduk kepada musuh kami, Syaitan yang Kau murkai…
Akan ku kuatkan semangatku, akan ku tekadkan hatiku, akan ku perkuatkan sahabat-sahabatku, akan ku lawan segala musuh-musuhMu, di setiap inci peredaran darahku, di setiap hela hembusan nafasku….
Sesungguhnya solatku, setiap amalanku, hidupku, matiku, adalah keranaMu!!
Surah Al- Asr 103 : 1-3
- Demi masa.
- Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
- kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan berpesan-pesan/nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan berpesan-pesan/nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
AMAT RUGILAH MANUSIA YANG TIDAK MEMANFA’ATKAN WAKTUNYA UNTUK BERBAKTI
Sebaik-baik MANUSIA adalah yang memberi manfaat kepada orang lain. Sebaik-baik MANUSIA adalah yang mengetahui tujuan dan fungsi hidupnya.
Hindarkanlah kami dari perkara dunia yang melalaikan. SIBUKKANLAH kami dengan perkara dunia yang memberi ganjaran. Sebagai bekalan di hari depan, menuju RedhaMu yang berpanjangan. Amiiiiiiiiin Ya Rabbi…..
Latest : Karnival Sukan Tahunan Anjuran Batch 2006 (sukaneka je.=p)
Akan datang ni : Qurban Demi Cinta







Kesemua Majlis Ilmu seperti jadual dibawah ini akan diadakan di Masjid Baitul Aman 102 Jalan Damai di Jalan Ampang, Kuala Lumpur:
Majlis Bacaan Ratib Al-Haddad serta Syarahan dan Huraiannya setiap Selasa malam Rabu selepas Solat Maghrib
Hari Sabtu 20 Dec 2008 mulai Solat Maghrib sehingga jam 9:30 malam huraian buku berjudul ‘Nasihat Agama dan Wasiat Iman’
Hari Ahad 21 Dec 2008 mulai Solat Maghrib huraian buku berjudul ‘Dakwah yang Sempurna dan Peringatan yang Utama’
http://pondokhabib.wordpress.com
budak bandung suke wat blog yg macam artikel…
macam ceramah pn ade sikit2…urm…
can u plis try, at any time dat u are free or u feel like okay to do so, write about The Respect of a Man towards a Woman, before and after marriage.
budak bandung? sape lagi? actually dis blog is my collection of articles. memang nk buat style article pon. coz tak berapa pandai nk berkongsi perjalanan hidup tanpa ada ’sesuatu topik’ untuk dihuraikan.=)
nk kene ade tajuk jugak untuk dihuraikan, baru rasa puas=bermanfaat bila menulis dan untuk orang yang membaca. hehe…
“respect of man towards woman” hmm….tajuk besar dan berat tu. insyaAllah if Allah membenarkan,dan if saya pon berkemampuan untuk menulis, saya akan tulis insyaallah…=)
Salam,
Terbit rasa bersyukur atas kesibukan ini.
Right entry for the right moment.
Thanks for sharing
haiss,padjajaran banjir x?tensennye xdpt jln2 kat pantai barat sumatera…
xmasal terkeluar tajuk.radzi ni bz orgnye yer.ic…so do i.xtvt kat ukm ni padat daa…tense2 esp ble ade tesis,huhu…tp itu lebih baik drpd membuat sesuatu yg ngga’2 kan.kalo asik goyang duyu je abes laa,har3…
indomie~~seleraku!!!tibak jah!!!
[lapar mode]