
Southpark : kanak-kanak yang BERFIKIR
Alhamdulillah, kita memujiNya, dan memohon pertolonganNya, dan memohon keampunanNya. Dan kita memohon perlindungan Allah daripada keburukan diri kita dan dari kejahatan-kejahatan amalan kita. Sesiapa yang diberikan petunjukNya kepadanya, maka tiada siapa yang mampu menyesatkannya. Dan sesiapa yang dibiarkan sesat olehNya, maka tiada siapa yang mampu memberikan Hidayah padanya. Aku bersaksi tiada Tuhan yang layak disembah dan diibadati melainkan hanya Allah, dan aku bersaksi Nabi Muhammad itu pesuruh, utusan dan contoh terbaik daripada Allah yang harus aku contohi. Amma ba’d…
Izinkan saya memulakan kata-kata dengan analogi mudah tetapi melalui situasi yang berbeza-beza.
Situasi 1 :
Seorang adik ’Junior’ datang kepada kita, dan mengaku dia ahli IMAN.
”Kak, saya ahli IMAN.”
Melihat kepada gayanya, kita ragu-ragu. Lantas membuat kesimpulan.
”Bukanlah. Kamu bukan ahli IMAN”, lalu membiarkan sang adik tadi berlalu.
Beberapa waktu/hari kemudian, kita melihat sang adik tadi menolong biro agama Buddha mengedarkan pamplet tentang agama Buddha. Dengan perasaan terkejut dan marah,
”Eh, apa nak jadi kamu ni? Kenapa kamu mengedarkan risalah agama Buddha di Universiti kita ni?”
”Laa…haritu akak kata saya bukan ahli IMAN??? Saya buat kerja biro agama Buddha akak marah????”
———————————————————————————————————————————————
Situasi 2 :
Seorang awam bertemu dengan seorang ustaz.
”Ustaz, saya ISLAM.”
Melihat kepada gayanya yang ’mat narkoba’, perwatakannya yang ’mat romeo’, cara bercakapnya yang ’mat bond’, cara berpakaiannya yang ’mat saleh’, ustaz itu ragu-ragu. Lantas membuat kesimpulan.
”Bukanlah, kamu bukan Islam”
Muncul bulan Ramadhan, sang ustaz bertemu dengan pemuda tadi yang sedang enak menikmati roti canai di kedai mamak. Dengan perasaan terkejut dan marah,
”Eh, kamu ni tak tahu ke sekarang ni bulan puasa? Kamu ni mesti dihukum!”
”Laa….ustaz kata haritu saya bukan Islam, saya tak puasa ustaz marah pulak?????”
———————————————————————————————————————————————–
Situasi 3 :
Seorang abang menerangkan kepada adik-adik juniornya yang baru masuk.
”Ini Presiden Kelab Umno Bandung Indonesia (KUBI), dan saya pula adalah Exco Biro Agama dan Kerohanian KUBI ni.”
Melihat dan mendengar nama kelab tersebut, adik-adik ’junior’ pantas terkenang kembali situasi dan suasana politik di Malaysia, mereka ragu-ragu. Lantas membuat kesimpulan.
”Kelab ni politik ni. Nama je biro agama, tapi kalau dah nama UMNO tu, politik la tu.”
Hidup sebagai pelajar diteruskan…
Suatu ketika, Kelab Umno Bandung Indonesia menganjurkan aktiviti, pertandingan, yang ada unsur politik dan tidak Islamik. Adik-adik ’junior’ tadi bingkas bangun dan mengkritik. Dengan perasaan terkejut dan marahnya,
”Apa ni, kata kelab kebajikan pelajar kat luar negara ni tak berkaitan dengan politik???? Mana pergi biro agama dalam kelab ni???? Kenapa tak tegur??? Takkan tugas biro agama hanya jadi tukang baca doa je???”
”Laa….. Dulu korang kata kelab ni kelab politik? Buat aktiviti politik korang marah? Dulu korang kata biro agama KUBI takde fungsi, sekarang korang suruh biro ni tegur pulak?”
————————————————————————————————————————————————

zikir fikir
Sahabat-sahabat yang ku kasihi,
Islam mengajar kita untuk berfikiran luas dan cerdas. Tidak sempit dan kolot hanya jumud mengikut membuta tuli tanpa memeriksa dan meneliti. Islam tidak memukul rata buruk semua yang ’bukan’ Islam. Islam tidak mengukur kebenaran melalui pendapat dan kata-kata’geng’ atau ’kumpulan’nya. Islam berpandukan dua sumber. Al-Quran dan As-Sunnah.
YANG BENAR TETAP BENAR, YANG SALAH TETAP SALAH.
Segala tentang Islam, yang diajar didalam Al-Quran, yang diceritakan didalam As-Sunnah, itulah yang benar. Tidak kira siapa yang mengatakannya!
Berbalik kepada analogi-analogi tadi, kenapakah kita senang ’membantah’ dan ’menghukum’ tetapi susah untuk ’bersetuju’ dan ’memperbaiki’?
Surah Al-Asr 103
2. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
3. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan NASIHAT MENASIHATI supaya mentaati kebenaran dan NASIHAT MENASIHATI supaya menetapi kesabaran.
Dimanakah hilangnya amalan nasihat-menasihati ini?
Bukankah lebih elok sekiranya jawapan kepada persoalan-persoalan tadi,
”Oh, kamu ahli Iman ke? Baguslah kalau begitu dik… tapi kan, kalau ahli IMAN kamu kena komited dengan IMAN. Kamu harus menjaga akhlak, kamu harus menjaga prestasi akademik, kerana kamu akan dibandingkan dengan orang yang bukan biro agama. Kamu harus jadi contoh… ye dik, ye?”, sambil menjamu senyuman kepadanya. Kan cantik?
———————————————————————————————————————————————–
”Kamu Islam? Oh, baguslah…. Seronok ustaz mendengarnya. Bagus, bagus…. tapi saudara, dalam Islam kena begitu…begini, ye? Kalau sudah mengaku Islam baguslah, tapi harus begitu…begini,ye?”, sambil diselang-seli senyuman kepadanya. Kan indah?
———————————————————————————————————————————————–
”Oh, ni kelab kebajikan pelajar ye? Bagus, bagus… Nanti buatlah aktiviti-aktiviti begitu, begini…ye? Untuk kebaikan kita bersama disini. Hehe…”
”Biro Agama KUBI? Alhamdulillah, bolehla kita menegakkan al-quran dan sunnah melalui biro ini dan mendedahkan kepada semua pelajar di sini tentang ISLAM AGAMA TAUHID YANG BUKAN WARISAN melalui platform ini, kan? Dengan adanya biro ini bolehlah kita menegur sekiranya ada aktiviti KUBI yang tidak sesuai, kan?”, sambil memberikan senyuman gembira tanda sokongan. Kan bagus?
————————————————————————————————————————————————
Janganlah kita mendabik dada mengatakan diri kita yang paling benar dan menyalahkan orang lain. Siapakah yang berani menjamin dirinya akan mati di dalam kalimat LA ILAHA ILLALLAH dan yakin ’musuhnya’ @ ’seterunya’ @ ’orang yang digolongkan JAHAT olehnya’ akan mati menuju neraka????!!
Berfikir biar jelas, bercakap biar beralas, beraqidah biar tuntas.
Surah Al-Ankabut 29:2
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?
Wallahua’lam…