Password Syurga

“Syurga itu bukan hak istimewa orang Islam sahaja! Bukankah nabi menyebut ANAK ADAM di dalam sebuah hadith sahih riwayat Imam Muslim? Nabi tidak menyebut ORANG ISLAM. Hadithnya berbunyi ;

Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak shaleh yang berdoa kepadanya.

Maka sesiapa sahaja yang beramal (dengan memberikan sedeqah) dan mengajar ilmu yang bermanfaat kepada orang awam, selagi sedeqah dan ilmu itu digunakan, maka dia akan terus mendapat pahala! Maka syurga itu layak untuk semua yang beramal dengan amalan yang baik dan kebajikan!

Begitu bunyinya petikan tausiah (tazkirah) daripada tokoh terkenal seorang pensyarah fakulti komunikasi kalau tidak silap saya, ketika mengisi waktu kosong sementara menunggu waktu berbuka. Sambutan Welcoming Party 2009 –majlis sambutan pelajar-pelajar baru- diadakan di Bale 4, untuk memperkenalkan para pelajar dengan Dekan, Pembantu Dekan, Dosen-dosen (pensyarah-pensyarah) dan kakitangan Universiti. Saya dan sahabat-sahabat V.O.U. dijemput untuk mengisi ruang kosong dengan persembahan nasyid. Alhamdulillah, tugas kami selesai, kami meluangkan masa mendengar tausiah tersebut….

ANDA SETUJU?

Ya, benar!

Mungkin benar….

Ntahlah, ada benarnya barangkali…

***

Amin mempunyai dua orang anak lelaki, Ali dan Abu. Kedua-duanya selalu diingatkan dan dinasihati untuk menabung demi kesenangan di masa hadapan. Mereka disuruh untuk membawa Buku Akaun Bank ketika hendak memasukkan simpanan ke dalam bank.

“Bawak buku warna biru tau? Jangan bawak buku warna kelabu tu pulak”, pesan Amin kepada anak-anaknya ketika mereka mula-mula diajar untuk menabung.

Buku Akaun Simpanan

Buku Akaun Simpanan

Ali seorang yang boros, dia jarang menyimpan wang sakunya. Sering sahaja dia menghabiskan untuk barang-barang keperluannya. Namun begitu, nasihat ibu bapanya tidak pernah dilupa.

“Untuk senang dan bahagia di masa hadapan harus menabung”, jadi kadang-kadang dia menyimpan sedikit baki wang setelah dia berbelanja. Hanya sedikit, tidak sampai satu persepuluh wang sakunya. Buku biru dibawa bersama.

Berbeza dengan Abu, dia seorang yang berjimat-cermat. Abu sering dipuji dan dikatakan anak kesayangan kerana sering menghadiahkan sesuatu buat ibu bapa. Dia sering juga menyimpan wang saku pemberian mereka. Dia akan membawa buku akaun berwarna kelabu ketika dia ingin menyimpan wang di bank.

10 tahun berlalu,

Ali dan Abu masing-masing mahu mengeluarkan wang simpanan untuk kegunaan mereka. Namun yang mengejutkan adalah, Ali si pemboros dan jarang menyimpan wang mempunyai simpanan yang lebih banyak berbanding Abu. Simpanan Abu kosong! RM 0.00!

Apa yang telah terjadi? Bukankah Abu yang lebih sering ke bank untuk menyimpan wang?

KERANA ABU MENYIMPAN PADA AKAUN YANG SALAH!

Abu tidak menggunakan buku akaun yang betul, dan tidak juga menyalurkan wang simpanannya ke akaun yang betul. Password yang digunakan Abu ketika membuat simpanan tabungan tidak tepat. Maka wang yang disimpannya selama ini entah ke mana…

Entah masuk ke akaun siapa…

Tiada siapa yang tahu…

***

Benar, setiap anak Adam merujuk kepada setiap makhluk berkaki dua yang bernama manusia. Tetapi untuk beramal yakni ‘menyimpan untuk kebaikan di akhirat sana’, perlulah menggunakan cara dan password yang telah diajarkan kepada kita. Password/ kata kuncinya adalah ;

Aku Bersaksi Tiada Tuhan Yang Layak Disembah di dunia ini MELAINKAN ALLAH!

Dan Aku Bersaksi Nabi Muhammad Itu Pesuruh/Utusan Dari ALLAH!

Tanpa password ini, amalan dan kebaikan kita tidak ke mana! Kita berasa bahawa kita telah beramal dengan secukupnya, merasakan telah ‘menyimpan’ pahala dengan secukupnya, namun jika tidak benar dan tidak tepat kata kuncinya, PASTI KITA AKAN MENDAPATI BUKU CATATAN AMALAN KEBAIKAN KITA KOSONG di akhirat nanti. Rugilah mereka yang ‘menyimpan’ tetapi tidak dapat mendapat kembali ‘hasil simpanan’ mereka.

Sebaliknya, jika benar dan tepat password kita ketika menyimpan, PASTI SIMPANAN ITU BERBALOI walaupun sedikit cuma. Ia pasti dikira!

Jadi kurang tepatlah pemahaman Hadith tersebut oleh pemberi tausiah itu. Saya menyedari ada sesuatu yang kurang enak pada ucapannya ketika beliau lebih suka menceritakan tentang kelebihan dirinya berbanding topik tazkirah lain. Beliau menegaskan,

“Bunga Ros kalau dia mengatakan dirinya berwarna merah, dia bukan memuji diri. Itu adalah hakikat dirinya. Begitu jugalah saya. Ini adalah fakta tentang diri saya.”

Dan beliau juga turut menegaskan di akhir-akhir tausiahnya itu ;

“Biar riya’ asal dermawan,

Jangan ikhlas tetapi kedekut.”

APAKAH????

Haihh~~  (-_-)

Diterbitkan dalam:  on September 17, 2009 at 6:37 pm Komentar (3)

Mengamuk dapat apa??

Apa perasaan anda melihat dua orang mahasiswa, tidak berbaju dan mengecat badan mereka berdiri di khalayak ramai?

Marah lagi???

Marah lagi???

Petang tadi dua orang pelajar berdiri di kawasan fakulti sambil mengecat bendera Indonesia di kepala mereka dan bendera Malaysia di badan mereka tertulis “ban**at”. Saya hanya memerhatikan sambil tersenyum sendirian tanpa henti. Adakah mereka mahasiswa? Benarkah?

Mahasiswa, yang selayaknya mempunyai fikiran yang matang dan bernas. Mampu berfikir dengan matang mana yang kaca, mana yang berlian. Telah hilang sifat malu dan kewarasan, hanya kerana beberapa isu emosi yang tidak berkesudahan. Kenapakah manusia sering mengikut hawa nafsu memberontak dan marah tidak menentu?

INDONESIA dengan isu hak dan budaya yang dikatakan dicuri. Kecoh satu negara ini menuntut hak mereka dan memberontak di kedutaan besar Malaysia di Jakarta.

MALAYSIA pula dengan isu kuil dan ‘perarakan kepala lembu’ yang kononnya diketuai oleh orang yang ‘berkopiah dan bertakbir’. Ketika diberi peluang berbincang habis keluar caci maki dan karutan kesat yang tidak terbayangkan.

Saya terfikir….

Abende yang kome maghah meno tu yob??

Ate boleh ke setel kalo dah gitu gaye maghahnye???

Kome buat sume tu dah pikio abeh ke??

Idak ke malu conten badan, menjerit sana sini tuu???

Bak kata Riz –kawan saya di Izzuddin dulu- APE KEHENYE YOB???

Surah Al-An’am 6:108.

Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.

Nak mengamuk? Nak tunjuk perasaan? Nak berdebat? Nak buat sesuka hati?

Daripada Abu Mas’ud, Uqbah bin Amru Al-Anshari Al-Badri r.a, katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : “Di antara sabda para Nabi yang terdahulu yang masih dipakai untuk orang ramai ( sehingga kini ) ialah : APABILA ENGKAU TIDAK MALU, MAKA KERJAKANLAH APA YANG ENGKAU KEHENDAKI.”

(Riwayat Bukhari)

DR.RADZI says : Sukati komela…. Banyak lagi kerja nak kena buat. Kalau ISLAM boleh jadi agung hanya dengan bercakap ‘degung degang’ lama dah Hitler masuk ISLAM. Cakap banyak, kerja kurang!

Diterbitkan dalam:  on September 8, 2009 at 12:14 am Komentar (5)

Sucikan hati

“Assalamualaikum… mak, abang ada? Nak cakap dengan abang.”

“Waalaikumusalam… jap.”

Kami di rumah bapa saudara di Sungai Buloh sehari sebelum bertolak pulang ke Indonesia. Adik tidak ikut menghantar ke LCCT kerana cuti mereka dibekukan berikutan kelas-kelas intensif yang dibuat oleh guru-guru MRSM Beseri, Perlis.

“Assalamualaikum, pekabo?”

“Alhamdulillah sehat… makan ape berbuka tadi bang?”, adik berbasa basi memulakan perbicaraan.

“Uish, banyak gile makan. Depa tamu abang macam abang dah takkan makan sebulan. Haha…

Cedapnyee... pose, sabo2.=p

Cedapnyee... pose, sabo2.=p

Ada ikan bakar, ayam percik, ayam masak kurma, sayur ulam, sambal belacan, pengat pinsang. Perggghhhh, sedapnya dik…. Abang makan ikan bakar 5 ekor, ayam percik 4 cucuk. Bukan abang nak, pakcik yang bagi. Tak baik plak kalau membazir nanti kannn….Haha, rugila adik takde, sedap ooo…”, bersemangat saya bercerita, sengaja, kasi bakar sikit.=p

“Alah, nanti abang takde adik plak makan camtu. Heh..”, ayat penyedap hati kot? Layaan…

Kami berborak lagi. Bukan seperti adik dan abang, tetapi lebih kepada seperti sesame teman dan sahabat. Namun setelah berbasa basi memulakan bicara, akhirnya sampailah ke point utama perbualan telefon tersebut…

“Abang, adik nak exam percubaan selasa 2hb ni.”

“Ooh… a’a lupa. Exam ape? Berapa paper selasa ni?”

“Tiga paper. BM dua dengan Sejarah satu. Sejarah pukui 2 petang tu… time sedap-sedap tido bulan-bulan pose ni.”

“Haha… selambe je la. Bukan selalu.”

“Tula. Tau… Adik nak buat betul-betul exam ni bang, doakan adik ek?”

Ha,insyaAllah… dah ready ke nak exam ni?”

“Bolehla. Adala lagi sikit-sikit yang belum. Hmm, abang doakanla adik ek? Suruhla kawan-kawan abang doakan adik sekali”

“Aik, pelik benor bunyinye tu dik? Hahahaha…. Ngape ni??”, saya bertanya meminta penerangan. Agak janggal permintaan adik yang terakhir tadi. Mungkin ada sesuatu yang sedang bermain di fikirannya, yang agak sukar dikongsi dengan mak ayah sehingga dia ingin bercakap personal dengan saya.

Takdela, bukan apa. Adik ni hati tak berapa nak suci sangat. Adik dah usaha, dah doa semua dah, tapi abang tolongla doa-doakan adik jugak…ek?

berdoa

Laa…itu yang dirunsingkan. Tak suci, sucikanla. Senang je. Hahaha…”eh ape punya nasehat daa..

Oklah, serius.

“Allah cakap, dalam surah Al-Baqarah ayat 186,

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”

“Seelok-eloknya doa tu dari adik sendiri. Kebanyakan orang tak nak doa sebab takut tak diterima, tak layak untuk berdoa dan macam-macam lagi. Tapi tu salah, Allah suka orang berdoa padaNya. Allah suka orang mintak tolong padaNya. Mintak pada Dia. Mintak sungguh-sungguh. Kalau boleh nangis, nangis depan Dia. Tak hilang machonye nangis depan Tuhan. Tuhan Yang Maha Agung tu…”

“Adik ni tak warak sangat. Kalau kat sekolah ni ada dua kelompok, satu geng warak, qiyamullail, baca quran kat surau semua lagi satu geng yang tak berapa baik. Adik dalam geng yang tak berapa baik sangat tula.”

“Ha, ada budak yang qiyamullail nape tak join? Ikut jela. Apa salahnya kite geng dua-dua? Abang dulu bukan geng budak-budak baik pon tapi abang campo gak dengan budak-budak baik. Join diorang qiyamullail, usrah. Atleast kita boleh tunjuk contoh yang baik kat golongan budak-budak ‘gila-gila’ tu. Kenapa? Takut hilang kawan kalau join budak-budak baik? Takut kawan-kawan gelakkan? Bior la diorang, kita bukan tak boleh hidup tanpa diorang. Akhirnya siapa yang untung? Kita jugak. Diorang bukan boleh tolong apa-apa kat kita pon.”

Tau, adik tak kesah pon diorang nak kata apa. Adik ok je. Diorang je tak boleh hidup tanpa adik. Hak3…” –ada unsur perasan dalam gurauan itu. Nak poyo la tu. Entah perangai siapalah diikutnya suka sangat perasan tu.=p

“Ha, baguslah. Boleh pengaruh kawan-kawan pulak jadi baik. Dah, jangan runsing-runsing. Buat yang terbaik, buat betul-betul percubaan ni. Banyak masa lagi boleh usaha. Biar dapat fly guna result trial macam kawan-kawan abang. Ok? Trial buat elok-elok, SPM nanti pon buat elok-elok, ganti cita-cita abang nak pergi UK, ok? Hehe…”

“Okeh! insyaAllah. Hehe… kimsalam kat mak ngan ayah ek? Assalamualaikum….”

Hud 11:61.

Dan kepada Tsamud (Kami utus) saudara mereka Shaleh. Shaleh berkata: “Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada bagimu Tuhan selain Dia. Dia telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu pemakmurnya[726], karena itu mohonlah ampunan-Nya, kemudian bertobatlah kepada-Nya, Sesungguhnya Tuhanku amat dekat (rahmat-Nya) lagi memperkenankan (doa hamba-Nya).”

[726]. Maksudnya: manusia dijadikan penghuni dunia untuk menguasai dan memakmurkan dunia.

P/s: Sebagai bahan bacaan tambahan -

Allah tidak jauh, doa sentiasa mustajab – http://drmaza.com/home/?p=409

Diterbitkan dalam:  on September 5, 2009 at 1:45 pm Komentar (3)

Dua syarat ; Ikhlas dan Benar -Updated

Beramal biarlah dengan IKHLAS dan BENAR.

Beramal biarlah dengan IKHLAS dan BENAR. Barulah kemudian akan diikuti YAKIN dan KHUSYUK.

Taqabbalallahu minna wa minkum! -Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan kamu!

Terima kasih kepada hafizi yang memberikan masukan dan input berguna di ruangan komen di bawah. Ulama’ yang terkemudian kadang-kadang lebih tahu tentang sesuatu perkara berbanding Ulama’ terdahulu. Jadi tidak boleh disalahkan Ulama’ terdahulu, tidak boleh juga diabaikan perkataan Ulama’ terkemudian.

Berikut penjelasan al-akh hafizi,

1. Boleh terus berdoa dengan doa itu kerana fiqh doa salaf tidak ketat (Imam Bukhari memasukkan doa dari hadis yang lemah kerana boleh beramal dengan hadis dha`if dalam doa TANPA isbat -dikaitkan- kepada Nabi)

2. Alternatif: jika mencari doa berbuka puasa yang sahih, saya tak jumpa. Doa dengan hadis dha`if dibolehkan.

3. Perlu diingatkan, hadis doa itu dihukum hasan oleh Al-Albani. Namun kebanyakan muhaddisin mutaqaddimin -pakar hadith terdahulu- melemahkannya. Jadi, ia termasuk dalam khilaf muhaddisin.

****************

BIJAKLAH dalam beramal.

IKUT MEMBUTA TULI akan memandulkan umat Islam, kerana lain yang diajarkan oleh nabi lain pula yang kita lakukan. Umat yang dicorakkan oleh tunjuk ajar nabi pasti MEMIMPIN DUNIA!

Selagi kita tidak mengikut pesanan tunjuk ajar nabi, selagi itu umat ini mati… Wallahua’lam.

Diterbitkan dalam:  on September 3, 2009 at 7:20 am Komentar (3)

Kami sayang perokok

rokok1

“Uih, cuak nengok kotak rokok kat Malaysia ni. Boleh stress nak beli rokok ni mak.”, saya mengadu pada mak kerana terkejut dengan tindakan bijak dan bernas kementerian kesihatan Malaysia.

“Hmmh… ayah ko apah tak ghasenye.”, jawab mak dengan muka selamba. Kata-kata mak disambut ketawa kami sekeluarga. (-bertiga je sebenarnya, kakak dan adik tiada di rumah)

tiadalah yang merasa sakit dan rugi melainkan anda sendiri, wahai perokok

Tiadalah yang merasa sakit dan rugi melainkan anda sendiri, wahai perokok

Kagum saya dengan ‘usaha pencegahan’ merokok di Malaysia. Bermula dengan tulisan “Amaran : Merokok Membahayakan Kesihatan” di tepi kotak rokok yang dijual, kepada kenaikan menggila harga rokok, sehinggalah yang terbaru, GAMBAR-GAMBAR NGERI akibat dari merokok. Gambar paru-paru menjadi hitam berkulat, tengkuk bernanah dan berdarah, kaki terpotong, jari-jari menjadi hitam berkulat mati dan harus dipotong, otak yang berair dan bernanah. Bermacam-macam. Cancer otak, paru-paru, leher, tulang, jantung, perut, semua gambar diletakkan di hadapan kotak-kotak rokok ini. Setiap kotak diletakkan gambar penyakit yang berbeza. HORROR!! Serius!

Ditambah pula dengan iklannya – seorang jururawat bangsa India melihat nasib perokok-perokok yang dirawatnya. Ibu berketurunan Cina memanggil dan ingin menyatakan sesuatu kepada anaknya, seorang suami yang kehilangan kaki. Diakhiri dengan anak jururawat itu sendiri memegang kotak rokok. Dinasihati anaknya, “Don’t disappoint me…”

n_06cigarettes

Tahniah! Suatu usaha yang harus dipuji!

Tetapi saya cuma mampu tersenyum melihatkan ianya ‘tak lut’ pada bapa kesayangan saya. Katanya, dia mempunyai alasan tersendiri.

Gambar-gambar ini tak berkesan pada perokok-perokok kot, bisik saya dalam hati.

Namun, apabila berjumpa dengan rakan-rakan yang merokok, mereka mengakui agak terkesan dengan gambar-gambar itu. Takut juga nak merokok. Fikir dua tiga kali juga sebelum beli. Hmm…. Maksudnya agak berkesanlah usaha itu, tahniah sekali lagi pada pencetus idea! Mungkin bapa saya sahaja yang keras sedikit untuk terkesan dengan ‘ancaman’ itu. Maklumlah, sudah lebih 30 tahun ayah merokok.

“Sepanjang hidup ayah hisap dua jenis rokok je.”, ayah memulakan cerita ketika kami makan di kedai mamak dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Dulu ayah hisap BENSON & HEDGES, sekarang SALEM Menthol. Ni dua jelah. Ayah tak pernah hisap yang lain.”

“Ayah tak ikut macam budak-budak muda lain, main hisap je rokok apa yang di sua kat muka. Ayah hisap rokok ayah je. Rokok mahal ni kurang sikit bahaya.”

“Ayah pergi jumpa doctor gigi dia terkejut ayah kata ayah hisap rokok dah 30 tahun lebih. Gigi ayah elok, tak rosak.”

Berasa sedikit tidak puas hati kerana ayah berbangga giginya tak seperti perokok, saya cuba untuk ‘mematikan hujah’ ayah.

“Ayah, cuba tengok kuku sikit.”, mari kita kenekan ayah – fikirku.

Agak memeranjatkan, kuku jari telunjuk dan jari tengah ayah tidak kuning!

Hmm, kalahla aku nak berdebat ngan ayah ni. Dia ada hujah kuat dia sihat.

Patutla ayah tetap istiqamah dengan pendiriannya untuk merokok. Kerana dia percaya dengan prinsipnya yang dianggap betul. Dia hisap rokok mahal dari muda, dan dia istiqamah. Bukan senang nak istiqamah ketika dia pun bukan dari keluarga berada. Haduih, ayah…ayah…

Saya cuma mampu berbisik di dalam hati.

“Tapi ayah ko tak pernah hisap masa mak mengandungkan korang tiga beradik. Sembilan bulan sepuluh hari ayah ko tak merokok.”, mak mencelah.

“Eh, boleh pulak stop-stop????”

“Mana ayah tahu, ayah?”

“Ayah tahula. Ayah tak pergi Universiti pon tapi ayah banyak membca.”

Aduh… mencucuk-cucuk rasanya kata-kata itu. Kena lagi diriku…

*************

Pengajaran dari cerita :

  1. Pencegahan mungkar WAJIB dilakukakan, walaupun kesannya belum tentu.
  2. Jangan berdebat dengan sifu kalau tak bersedia sepenuhnya. (harapkan idea spontan, bungkuslah hujah-hujahmu itu jawabnya. Huhu..)
  3. Tuntutlah ilmu. Dengan ilmu, kita tahu membezakan yang benar dan yang palsu, yang bermanfaat dan yang memudaratkan, yang halal dan haram, yang diredhai dan dimurkai. Tahu tetapi belum mahu dan mampu? Kupanjatkan segala doa dan harapanku pada Tuhanku Yang Satu.
  4. Sayangilah orang sekelilingmu dengan terus menasihati ke arah kebaikan dan berdoa untuknya tanpa jemu.
  5. Merokok biar yang mahal. Oops! Haha…
Diterbitkan dalam:  on at 6:45 am Komentar (3)