“Dengan ini, rasmilah Saiful sebagai ketua kita…”
“Biar benar ni, boleh ke dia jadi ketua ni?”
“Eh, die ni bagus, cuma…..”
“Alah, nanti kita gulingkan la dia.”
“Hmm…”
Orang yang paling layak untuk menjadi ketua adalah orang yang tidak mencalonkan dirinya, dalam erti kata lain, yang tidak berkehendakkan jawatan tersebut. Kerana dia tahu amanah dan tanggungjawab seorang ketua, bukan untuk dibangga-bangga dan mendapat nama. Seorang ketua itu dilantik, bukan melantik dirinya sendiri. Dia dipilih, bukan merasakan bahawa dirinya ‘akan dipilih’.

-Gambar Hiasan-
Seseorang ketua harus dipilih, berdasarkan ‘dua kekuatan’ yang ada padanya. Integrity (amanah), dan kompetensi (kemahiran, ilmu, pengaruh). Saya lebih suka mendefinasikan kompetensi sebagai berpengaruh berbanding berkemahiran atau berilmu.
Sepertimana yang diajarkan oleh Tuhan Pakar Segala Ilmu, di dalam surah 12 ayat ke 55 yang menyebutkan tentang Nabi Yusuf, seorang yang “Hafidzun”= yang sangat menjaga/amanah. Dan “Alim” = yang mempunyai ilmu.
Allah juga men’describe’ Nabi Musa sebagai pekerja yang “al-Qowiy”= yang kuat dan “al-Amin”= yang amanah di dalam surah ke 28 ayat 260.
AMANAH, untuk memimpin dengan benar dan tidak bermaksiat. Tahu membezakan yang halal dan yang haram. Mengasingkan yang dosa dengan pahala. Meluruskan jalan dan cara pandang hidup yang sememangnya sudah bercabang dua atau tiga.
Dan PENGARUH, untuk bersaing dengan orang lain. Berkemahiran untuk bersikap kreatif dan merealisasikannya. Mampu mengumpul idea dan membahagikan kerja. Membawa orang yang dipimpin ke arah yang ditetapkan.
Orang yang berpengaruh tetapi tidak amanah adalah “orang rosak yang kuat”. Segala kata-katanya bagaikan hikmat! Mengajak dan mengarah orang tanpa perlu berkeringat. Disayang bagaikan raja, menyayangi bagaikan ibu, namun arah pimpinannya kelabu tidak menentu!
“Sebaik-baik pemimpin kalian adalah yang kalian mencintai mereka dan mereka mencintai kalian, kalian MENDOAKAN mereka dan mereka MENDOAKAN kalian. Dan seburuk-buruk pemimpin kalian adalah yang kalian membenci mereka dan mereka membenci kalian, kalian melaknat mereka dan mereka melaknat kalian.” (HR. Muslim no. 1855 dan Ahmad no. 24027)
Orang yang amanah tetapi tidak berpengaruh adalah ibarat “orang soleh yang lemah”. Inilah kecacatan yang sering melambak di mana-mana.
Katanya pandai agama, kawannya ‘berpakaian pelik’ sikit jangan harap nak ditegur sapa olehnya.
Katanya pandai agama, orang ‘bercouple’ dilaknat terus tanpa dia berusaha untuk mendekatinya.
Katanya pandai agama, bagi tazkirah di depan tiada siapa yang mendengarnya!!!
Nabi Muhammad seorang tokoh agama, tetapi dia cukup disayangi keluarga dan musuhnya. Tidak pernah baginda mengajar kita untuk prejudis pada sesiapa, apatah lagi menjauhkan diri dari komuniti yang ‘tidak islami’. Pemimpin harus ada pengaruh! Belum berpengaruh dan mahu belajar mencipta dan memperolehnya?—> Magnet Diri

Bagusnya kalau ada orang nak bagi buku ni kat saya sebagai hadiah. Hmm...=p
Ustaz mahupun gelaran ‘al-Hafidz’ semata-mata masih tidak melayakkan dia menjadi ketua yang baik. Nabi pernah menolak Abu Dzar al-Ghifari padahal kesholehannya tidak pernah diragukan sama sekali oleh Nabi sendiri. Penolakan Nabi terhadap Abu Dzar lebih kepada karena Abu Dzar tidak mempunyai kompentensi dalam kepemimpinan, tidak kuat pengaruhnya untuk memimpin. “Kamu jangan memimpin dua orang dan mengurusi harta anak yatim!” (HR. Muslim no. 1826).
AMANAH perlu ditanam. PENGARUH perlu dicipta. Kerana setiap dari kita adalah khalifah yang akan membawa kemakmuran kepada bumi ini dengan menyebarkan ajaran-ajaranNya. Jika tanpa dua kekuatan ini, Islam tidak akan tersebar. Dikhuatiri akan makin menjauh pula. Pimpinlah dengan adil. Setiap dari kita adalah pemimpin, dan kita pasti akan ditanya tentang kepimpinan kita. Setidak-tidaknya kepimpinan kita pada diri sendiri dan umat manusia!
Arahlah dengan bijaksana.
Sayanglah dengan seikhlasnya.
Kembangkanlah semajunya.
Bawalah kejayaan di dunia dan di sana.
“Ya Allah siapapun memimpin umatku dengan mempersulit, maka persulitlah dia. Dan siapa yang memimpin dengan kasih sayang/kelembutan, maka sayangilah dia.” (HR. Muslim no. 1828)