“Namaku ISLAM, aku sudah benar???”

Apalah erti sebuah nama,

Jika kehadiranmu DIBENCI dan DICACI.

Apalah erti sebuah nama,

Jika kewujudanmu DIJAUHI dan TAK DIHORMATI.

Apalah erti sebuah nama,

Jika kedatanganmu DITAKUTI dan DIGERUNI.

KAU HANYA SYOK SENDIRI!!!

Banggakah dikau memegang nama Islam tetapi tiada satu pun yang mencontohi???

Banggakah dikau memegang nama kebenaran tetapi tiada satu pun yang mengikuti???

Banggakah dikau mencipta kelompokmu sendiri namun kewujudanmu dibenci???

Banggakah dikau mencipta sloganmu sendiri namun prinsip dan peganganmu tidak mahu didekati???

Siapa kamu hendak berbangga dengan nama rekaanmu jika tiada pahala yang boleh kau cipta???

Siapa kamu hendak bergembira dengan kumpulan kelompokmu jika tiada manusia yang ingin dekat dan bertanya???

Siapa kamu hendak mendabik dada jika hanya kamu sahaja yang menerima???

Islam untuk semua.

Islam bukan hanya pada nama.

Berpegang pada prinsip asasnya.

Berpegang tidak kira apa suasana.

Islam bukan HANYA milik ‘kita’.

Islam patut disebar dan dicerita.

Dirimu betul, sampaikan!

Kelompokmu betul, sebarkan!

Prinsipmu betul, permudahkan!

Niatmu betul, ramaikan!

Jangan cuba kau sempitkan!

Kerana nama dan label yang ada padamu,

Prinsip dan agamamu ditakuti.

Orang makin jauh, dirimu sahaja yang selamat.

Berbahagialah dirimu dengan kelompok kecilmu itu!

Islam ini bukan hanya pada nama,

ISLAM HARUS MERENTASI SEMUA!!!

Diterbitkan dalam:  on November 28, 2009 at 11:14 pm Komentar (1)

Si Adik Si Abang

Si Adik Si Abang - "Awang Design Sdn.Bhd."

-17hb 10-

Si Adik : Bang, nasihat sikit apa-apa kat adik ni bang. Tengah tak tenang ni, tengok kawan-kawan semua study macam nak gila. Pressure tinggi ni. Huhu…

Si Abang :Relax, study je elok-elok. Buat je kerja kita. Jangan sibuk fikir oranglain. Bila first papernya? 18 hari bulan ek?

Si Adik : A’ah, paper first BM. Petang tu sejarah.

Si Abang : Takpe, banyak masa lagi… Selagi belum masuk dewan selagi tu adik ada masa lagi nak study. Jangan risau tak sempat habis study, banyak masa lagi. Masa tiga bulan tu orang yang bodoh pun boleh berubah jadi pandai. Sangat banyak masa lagi! Ok?

Selagi belum masuk dewan peperiksaan selagi itu kita ada masa untuk habiskan semua strategi ‘USAHA’.

Even esok nak periksa pun, sebelum sampai esok pagi tu kita ada masa BANYAK JAM lagi untuk digunakan. Kalau rasa kurang bilangan jam, kita still ada BANYAK MINIT lagi. Jangan berhenti berusaha selagi belum masuk dewan. Jangan cepat ‘putus asa’ dengan berhenti berusaha.

Si Adik : Selalu dah nak dekat exam tu pasrah je lah mana yang tak baca lagi…

Si Abang : Ha, itu mana boleh!? Mana boleh BERHENTI BERUSAHA dan MULA BERTAWAKAL sedangkan ruang usaha masih belum ditutup oleh Allah? Apa kita nak jawab dengan Allah kalau kita berhenti berusaha awal tetapi mahukan keputusan cemerlang? Boleh ke kita menjawab “AKU DAH BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH YA ALLAH” padahal kita berhenti berusaha, berhenti membaca, berhenti sebelum sampai masanya untuk bertawakal?

Malulah sikit nak MENGAKU DAH BERUSAHA depan Allah kalau macam tu cara fikir kita.

Study sampai saat akhir, barulah boleh bertawakal dan berharap sepenuh hati. Ini berharap sepenuh hati, berdoa bersungguh-sungguh, namun usaha ‘gitu-gitu’ je…

Si Adik : Ok…

-17hb 12-

Si Abang : Amacam? Ok tak?

Si Adik : Bukan setakat ok, setenang air di kali…

Si Abang : Pergh… Itu dah mantap tu. Jangan overconfident sudah.

Si Adik : Eh, ni bukan tenang yang overconfident tu bang, ni tenang takde perasaan. Hahaha…” (mungkin sebab dah bosan dan penat dah untuk rasa risau agaknya.=p)

Si Abang : Hahaha…apa-apa pun, JANGAN BERHENTI BERUSAHA! Kalau rasa tension or tak tenang, mengadu kat DIA. DIA faham perasaan kita. Dan jangan berhenti berdoa dan meminta padaNya. Mintak betul-betul. Minta dengan bersopan, beradab, khusyuk. Ni nak meminta dengan Tuhan ni!  USAHA KENALAH 100-150%, jangan berhenti usaha. Tetapi DOA,TAAT DAN BERHARAP KEPADANYA MESTI 150-200%!

Si Adik : Pressure nya jadi anak last. Nak mengekalkan rekod kakak dan abang ni yang susah ni. Kalau tak cemerlang macam bodoh benor rasenya! Nanti sedara mara cakap-cakap belakang, “Anak Zubir ngan Faridah yang last tu tak menjadi sangat. Anak bongsula katakan, biasala. Manja lebih…” TAK NAK!!!! Kalau ada adik-adik ramai lagi kan bagus? Haha…

Si Abang : Haha…ALLAH BERSAMA SANGKAAN PARA HAMBANYA. So kita kena start berfikir dan membayangkan benda-benda yang positif dan baik-baik je. Barulah dimakbulkan…

Si Adik : Ok, ok. Adik akan sambung kegemilangan keluarga kita! Adik akan jadi orang ketiga dapat SPM cemerlang, jadi orang kedua pergi oversea dalam keluarga kita!

Si Abang dan Si Adik : AMIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIINNNNNNNNNNNNN…………….

————————————————-

Cerita tersebut tiada kena mengena dengan sesiapa yang telah mati mahupun yang sedang nazak. Hanya berkaitan sedikit dengan kehidupan Dr.Radzi namun ditambah dan disesuaikan untuk manfaat orang yang membaca di sini. Semoga bermanfaat.

p/s: Adik akan menjalani peperiksaan SPM esok, 18hb 12. Semoga beliau mendapat kejayaan yang diinginkannya seterusnya menjadi pembawa risalah kebenaran, bercerita tentang hakikat insan dan ketuhanan. Amiin….

Diterbitkan dalam:  on November 19, 2009 at 8:12 am Tinggalkan Komen

Ubat Menghadapi Ujian = Istiqamah + Ihsan

Tahun keempat sudah mencecah ke satu perempat dari keseluruhannya. Semua orang sedang berusaha sedaya mungkin untuk cuba menyesuaikan diri, membahagikan masa, menenangkan jiwa, semata-mata kerana tahap kesibukan yang tinggi serta tahap ‘stress threshold’ yang sudah hampir mencapai maksimum.

Rakan-rakan yang dahulunya aktif kini mula menyendiri.

Rakan-rakan yang dahulunya ceria kini mula mengawal ‘benci’.

Rakan-rakan yang dahulunya pemaaf kini mula terasa hati.

Rakan-rakan yang dahulunya ‘lasak’ kini mula berdiam diri melayan emosi.

“Eh, kenapa dia tadi? Tak pernah aku tengok dia macam tu?”, tanya seorang junior.

“Alah, KKN…”, jawapan bersahaja mengisi ruang bicara.

Dengan urusan Minor Thesis yang masih belum nampak hujung pangkalnya. Belum tentu tajuk dan dosen pembimbingnya, kami pelajar tahun keempat seolah-olah sibuk tak berkesudahan. Baik sibuk luaran mahupun dalaman. Otak berkerja sehari-harian!

Namun saya masih ingat kata-kata seorang teman sebelum kami melangkah ke tahun keempat.

“Kita datang sini kitalah yang membuat dan mengisi program. Semenjak dari tahun pertama tiap-tiap tahun kitalah yang memenuhkan dewan. Tahun depan kita buat rekod jadi angkatan tahun keempat pertama yang masih aktif walaupun sibuk dengan belajar dan pelbagai urusan.”

Sebagai orang yang aktif berpersatuan, sekarang kata-katanya itu diuji. Mampukah dirimu bertahan wahai teman? Jangan jadikan diri dan rakan-rakan, mangsa semangat waja tanpa pengendalian.

AKUDANKAMU poster2 copy

Filem pendek pertama arahan Dr.Radzi - Poster edited by zulhazwan

~~~Sempat lagi menghantar penyertaan untuk program-program yang dianjurkan. Bukan penyertaan ‘cukup syarat’, tapi penyertaan yang memberikan saingan dan menang pertandingan! Kerana nabi berpesan dengan pesan IHSAN, membuat sesuatu haruslah bersungguh-sungguh. Bak kata orang tua-tua, “alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan!”. Jadi alang-alang bertanding biar sampai menang! Tak kiralah sesibuk mana pun.~~~

Lain pula dengan kata-kata seorang sahabat seperjuangan.

“Masa kita di tahun pertama dahulu tiada apa pun program rohani yang mengisi jiwa. Mungkin ada sekali dua bacaan yasin dan tahlil dijalankan di surau permata. Itupun sekadar ingin mengisi ‘laporan aktiviti tahunan’ ketika AGM menjelang tiba.

Program-program mengenal tuhan dikongsikan. Aktiviti-aktiviti mengawal pergaulan diusulkan. Bermula dari idea dan gagasan, lantas diikuti kerja yang berterusan, sehinggalah ke saat ini setelah dilantik menjadi antara orang yang ‘mengawal keadaan’.

Apakah hasil yang telah kita dapatkan?

Adakah perubahan yang telah kita bawakan?

Ataupun hanya mengubah suasana agar ‘konon-kononnya’ menjadi pemimpin yang berlatar belakangkan ilmu agama, namun tidak nampak perbezaannya?

Apakah keputusannya?

Tahun keempat ini adalah kemuncak ujian perjuangan. Samada akan tetap BERTERUSAN, ataupun GUGUR DI TENGAH JALAN”

Benar, tahun keempat adalah puncak ujian!

Ujian mengurus kehidupan, agar tetap dengan ‘ikrar’ dahulu dan pendirian.

Ujian mengurus amalan, agar tetap dengan prinsip walaupun penuh rintangan.

Manusia AKAN DIUJI! Dan itulah tujuannya kita DISINI!

-Dr.Radzi’s Weblog, Bandung 5/11/2009-

(Cenderahati dari dr.radzi kepada pembaca blog ini…Filem Pendek – AKUdanKAMU)

Diterbitkan dalam:  on November 5, 2009 at 3:41 pm Komentar (13)