Gambar dan Perempuan


Wahai saudaraku kaum perempuan….
Tak kesahlah kau rupawan atau peragawan,
Kau agamawan mahupun pahlawan,
Jangan diletak gambar yang bukan-bukan,

Kerna lelaki itu fikirannya luar jangkauan….
Simpanlah gambar itu buat kenangan,

Semoga suami rasa keberuntungan…

Ada yang bertanya,

“Berdosa ke saya kalau ada orang tengok gambar saya masa kecik-kecik?

Gambar Hiasan

Zaman sudah semakin maju, pelbagai kecanggihan teknologi telah meresap ke dunia manusia. Tetapi satu kelemahan teknologi adalah ianya tidak ditetapkan hukum yang tetap halal dan haram. Boleh jadi halal dan bermanfaat, boleh jadi juga haram dan bermudharat.

Saya pernah melompat-lompat blog (blog jumping ke apa ntah istilah dia, maaf dewan bahasa dan pustaka. Hehe..) dan terjumpa seorang pemilik blog yang berpurdah.

Barangkali beliau hanya memakai purdah untuk satu gambar itu sahaja, tetapi beliau seorang yang suka menulis tentang nasihat-nasihat dan bertudung.

Namun malangnya, saya telah ‘berjaya melihat’ jenis rambut dan kulit beliau.

HANYA DARI SEKEPING GAMBAR BELIAU KETIKA BERUMUR SEKITAR 5 TAHUN.

Seorang muslimah, sudah berjubah….

Seorang muslimah, sudah berakhlak indah…

Seorang muslimah, sudah beraqidah…

Tetapi membiarkan ‘aurat’nya dibuka dan dipamer ‘seluruh negara’….

LELAKI, TUNDUKKANLAH PANDANGAN….

PEREMPUAN, JANGANLAH DIPAMER-PAMERKAN….

****

p/s: Dialog pilihan…..

“Aku gemuk tak sekarang?”, tanya seorang perempuan kepada teman sekelasnya SANG LELAKI.

“Taklah. Manada ko gemuk, ok je aku tengok….”, jawab sang lelaki TANPA MELIHAT perempuan tersebut DARI ATAS SAMPAI BAWAH.

****

Published in: on April 20, 2010 at 12:51 am  Comments (21)  

The URI to TrackBack this entry is: http://drrazi.wordpress.com/2010/04/20/gambar-dan-perempuan/trackback/

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini.

21 KomenTinggalkan komen

  1. “Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom”
    Maksudnya: “Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang.”

    Hendaknya mukminah lebih peka terhadap segala isu yang boleh mengaitkan dirinya dengan kebatilan..kadangkala gambar wanita yang menutup aurat pun boleh dijadikan pemuas hawa nafsu lelaki.

    Berhati-hatilah dalam mempamerkan dirimu di khalayak umum walaupun di alam maya.

  2. peringatan yang sangat sangat bagus…
    Jazakillah…
    Sungguhlah perempuan ni banyak fitnahnya…
    risau risau…moga ini menjadi ingatan buat kami selaku wanita…

    Mujur time kecik2 ummi pakaikan tudung =)

  3. maaf salah pengunaan nahu..jazakallah.. =)

  4. to cassandra ‘ashiq : kalimah arab itu merujuk kepada perancangan barat melalui teknologinya ya? hmm, kita patut mempelopori ilmu lebih dari barat sebenarnya…baru kita dapat melawan ‘perang fikir’ yang mereka lancarkan itu….

    to sinar: dah perasan dah mula-mula, sekali anda betul-betul berusaha betulkan jugak kat komen lagi satu ye? haha…takpe2, faham dah maksudnya tu….

    ini sekadar peringatan buat penulis dan yang membaca….biar lelaki ingtkn wanita kalau wanita lupa. mungkin wanita juga boleh mengingatkan lelaki kalau lelaki juga terlupa…=)

  5. haaa???bior betol…gambar umor 5tahun je pon.. yang duk pikir wat pe..huhu..

  6. salam kunjungan..
    urmm..ni kes kajiselidik ape sampai berjaya melihat gambar 5 tahun??
    kalau tak carik,tak jumpa kot,takda lah terpikiaq macam mana kulit ngan rambut dia hak sebenar tuh.payah gak lagu ni.

  7. qausunisak: jangan pandang rendah kuasa imaginasi. prevention is better than cure

    lizard: pastilah dia letak di blog dia juga…di bhgian tepi yang selalu untuk tulis profile tu..idaknya saya rajin nak bukak album dia aih,banyak lagi kerja lain. huhu….
    btw, terima kasih atas kunjungan. maaf kalau entry ini tidak disetujui. ambillah yang baik, yang buruk tinggalkanh ye, terima kasih…=)

    • insyaAllah..terima kasih juge atas perkongsian.

      • sama-sama….=)

  8. hurmmm…tak sangka teruk camtu pikir..lelaki3~ish3..

  9. assalamualaikum..
    kamu cte psal pmpn pakai purdah la..aurat dia la..
    tp kamu letak pic kamu ngn kwn pmpn kamu yg xpakai tdung 2 cmne 2 wahai “DR” radzi????

    kamu pn dh menayang aurat sorg pmpn??
    cmne 2 wahai tuan nye blog nie..
    sekadar brtnye je…
    nk th..
    sy jenis baru belaja..

    assalamualaikum..

    • waalaikumusalam….
      terima kasih bo, saya faham maksud anda.
      anda pelik kenapa saya berkawan dan bergambar dengan kwn pmpn yang tak pakai tudung ye? mungkin itu kekurangan saya, berkawan dgn org sebegitu dan tak mampu menyuruh dia memakai tudung dahulu sebelum tangkap gambar. terima kasih atas teguran…

      tetapi seperti tujuan asal blog ini dibuat, ianya ” Just for sharing…. Terpulangla kepada anda pembaca untuk menilai segala apa yang ditulis”, saya menulis untuk sama-sama kita FIKIRKAN. saya tidak menulis dengan menganggap saya mulia…saya hanya ingin berkongsi sahaja….

      • –anda pelik kenapa saya berkawan dan bergambar dengan kwn pmpn yang tak pakai tudung ye?–

        tidak..tidak sama skali sy pelik..
        nape sy nk pk cm 2 lak..xsalah pn kte brkawan ngn pmpn yg xpakai tdung walhal ngn org yg bukan beragama Islam..mb ble kte dh brkwn ngn mereka.insyaAllah kte ley ubah mereka slow2 ke arah Islam.insyaAllah..

        wat pengetahuan ‘DR’ radzi..
        yg sy pelik.anda menulis psal pmpn pakai purdah,tp tunjuk gmbr dia time dia kecik..
        tp anda xpulak mnunjuk kn gmbar kwn anda yg xpakai tdung kt org ramai??

        pe kah mksd/niat utama anda wahai ‘DR’ radzi berbuat demikian??

        untuk menyedarkn org ramai tentang penting nye aurat,kesilapn yg x disedari mnunjuk kn aurat sedabg kn anda pn mnunjuk kn aurat sorg pmpn kepada org ramai.berapa ramai yg menengok.brape ribu pasang mata kah yg telah melihat?

        atau….

        nk memerlikan pempuan yg memakai purdah.yg mengikut sunnah2..mencari salah mereka dimasa mereka belum matang atau baligh lg..

        hanya Allah SWT n anda saje yg tahu wahai ‘DR’ radzi..

        “tujuan asal blog ini dibuat, ianya ” Just for sharing…

        mmg..kte digalakn.tp kte kne berhati2 juga untuk menyampai kn..
        jgn myampai kn benda yg kte xpasti..dikhuatiri ley memesong kn sesorg..

        x terpikir kah ‘DR’ radzi yg pebila org tgk blog nie..

        “dia nie ckp pasl aurat rambut pmpn,last2 dia letak gak pic dia ngn pmpn xpakai tdung..cmne 2??”

        renung2 kn la wahai ‘DR’ radzi

      • ooh…faham2…
        terima kasih sekali lagi. tapi saya menegur dengan nada sayang, bukan perli….
        sayang…kalau sekarang elok bertutup, tetapi ada lelaki yang ‘berniat buruk’ membayangkan aurat beliau.
        sayang…..sayang sangat-sangat.
        WALLAHI saya tegur sebab sayang. saya berlindung dari azab Allah jika saya ingin memburukkan muslimah yang saya tidak kenal. tidak pernah terniat langsung nak memburukkan….

        berkaitan gambar tak pakai tudung, mungkin saya sudah menyebut secara tidak langsung di dalam entry-entry saya sebelum ini. kita doakan dia dilembutkan hati untuk memakai tudung. amiiiin…..
        (jangan pula setelah dia memakai tudung nanti kita sebarkan gambar dia ketika belum memakai tudung. kita harus tarik balik gambar-gambar yang ada. kalau tak, kita pun ada saham)

        p/s: yang mana satu ye gambar nya? biar saya tarik balik supaya tenang hati saudara bo dan saya malam ini.=)
        wallahua’lam…..

  10. dan sy terjumpa nie dalam blog ‘DR’ radzi gak..

    Bak bapa ketam yang berjalan bengkok, yang ingin mengajar anaknya berjalan lurus. Mahukah anaknya berjalan lurus? Tidak mungkin…Mungkin si anak ketam itu akan mengungkapkan satu firman tuhan, “Besarlah kemarahan/kemurkaan Allah bagi sesiapa yang tidak melakukan ape yang die perkatakan” (AQ 61:3)

    btol pe yg sy bce ayat nie.tp 2la…

  11. bagus la ‘DR’ radzi dh myedari akn kesilapan tu dan tros menarik balik gmbar tu..alhamdulillah..
    tenang sudah ati sy.terima kasih wahai ‘DR’ radzi..

    –(jangan pula setelah dia memakai tudung nanti kita sebarkan gambar dia ketika belum memakai tudung. kita harus tarik balik gambar-gambar yang ada. kalau tak, kita pun ada saham)–

    btol tu ‘DR’ radzi..
    tp kan..

    bkn hanya lps dia pakai tdung je kte xley tayang gmbr dia..walhal gambar2 dia yg mnunjuk kn aurat wlpn dia xpakai tdung g pn,kte tetap xley tayang kt sape2..

    mau kah kte bersubahat ats saham dosa yg xsengaja 2??

    so..perbetulkan ayat anda sebagai tuan punye blog..

    niat sy nk perbetulkan ape yg kesalahan yg kte xsedari lakukan samaada kecil atau besar..

    p/s:mudahan2 ‘DR’ radzi mengambil iktibar dr kesilapan ‘DR’ sblum nie..

    assalamualaikum..

    -bo

    • tak semestinya salah baru ambil iktibar. komen2 anda ni pon boleh dijadikan iktibar. mungkin anda membaca saya sebagai orang yang ingin menjatuhkan maruah wanita berpurdah padahal sayalah paling sayang kaum wanita ni, jadi mungkin ada kesalahan dalam tulisan saya yang membuatkan anda salah interprete. saidina umar alkhattab pon pernah menangis mengenang dosa, tak hilang pon macho die…bak kata mat-mat rempit,
      “don worry, takde hal lah….”

      tegurlah kalau saya salah, saya tak takut ditegur kerana saya tak pernah sempurna. saya kejar syurga!=)

  12. Assalamualaikum.
    thanks for the advices.
    i know your intention is good but maybe next time you can try to ‘arrange’ your words a little less ‘hurtful’ becoz not every woman understands what they are suppose to understand.
    most of your entries regarding women are sometimes ‘killing’ n i don’t think women wud want to accept the fact that they have been ‘struck by a thunder’,especially bcoz u r a man.be careful not to be ‘hated’ by us.
    that’s just a woman’s POV.
    (feel awkward for calling myself “woman”.oh whatever!)
    sorry if u cudn’t understand me.
    i’m totally not going against u but we women do have feelings.
    yup i 100% agree to correct one another in this context,nobody is perfect.
    wassalam.

    • waalaikumusalam….
      thank you miss aidaN, i really appreciate it.
      yup, understood clearly. maybe i’ll stop writing bout women after this.

      anyway, im waiting for your entries! u should write, speak up your mind. especially bout women (or maybe bout gilrs, if u dont feel like a woman yet.=p),because i bet u know “kaum hawa” better~

    • ahaha..komen ni best!!!bravo!bravo!
      killing…killing…ooohh~~
      ha,betol tu miss aidaN,cuba tuleh pasal pompuan sikit..hehe

  13. magnificent submit, very informative. I’m wondering why the opposite
    specialists of this sector don’t realize this. You should
    continue your writing. I’m confident, you’ve a great readers’ base already!


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 44 other followers

%d bloggers like this: