Tumpang gembira!


Hari ini nak menulis tanpa idea dan tajuk khusus. Hanya mahu menulis kerana terlalu gembira dan teruja. Subhanallah, Maha Suci Tuhan yang bersih dari segala bentuk persamaan atau bayangan, baru hari ini ku sedar perasaan dan kegembiraan seorang pendidik. Sungguh menggembirakan! \(^^,)/

Hari ini kuliah “Meet The Expert” bersama specialist Anak Sub-Bahagian Tumbuh Kembang (mungkin disebut Subdivision Growth & Development dalam Englishnya) berkisar tentang kanak-kanak. Sedang asyik mendengar taklimat dan curahan ilmu dari sang pakar bahagian kanak-kanak itu, tiba-tiba handphone berbunyi menandakan SMS masuk.

“Rol sonok guru bsar sek seputeh 7org dpt 5a thn ni”

Terjemahan dari mesej tersebut (mungkin diperlukan akibat kekurangan noktah, koma mahupun tanda seru) :

“Rol, seronok guru besar sekolah seputeh. Tujuh orang dapat 5A tahun ini!!!”

“Wahhhhhhhhh!!!!!!!”, bisikku dalam hati. Takut kalau menjerit di luar hati nanti dipelangkung dengan kasut pula oleh Specialist yang sedang memberikan kuliah di hadapan.

Maka hatiku pun berbunga-bunga….

******

“Apalah kena mengena pelajar sekolah itu dengan dr.radzi ni sampai dia gembira sangat ye?”, kata pembaca yang sedang membaca sambil mengerutkan dahi mereka.

******

Kerana sekolah itulah sekolah pertama yang daku hadiri seorang diri memberikan motivasi di waktu cuti. (Oh, sungguh bosan cerita ini. Pedulikan~)

Sekolah tersebut adalah sekolah luar bandar yang tidak terkenal. Namun, kesungguhan guru besarnya yang berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan prestasi murid-muridnya amat patut dicontohi. Beliau bahkan membenarkan seorang mahasiswa yang belum habis belajar untuk memberikan motivasi secara ‘tiba-tiba’ pada anak muridnya. Bermula dengan cadangan gurauan kepada mak, ianya lantas disampaikan kepada guru besar dan terus diizinkan.

“Anak akak nak buat motivasi kat budak-budak sekolah ni? Ha, eloklah tu. Saya panggil semua budak darjah 6 dengan budak darjah 5 sekali ye? Dalam sekitar 200 orang. Boleh tak kita buat sebelum puasa? Takut budak-budak ni ngantuk je kalau buat time puasa…”, balas guru besar setelah pelawaan dibuat oleh mak. Waktu itu dua minggu menjelang puasa. Program dibuat seminggu selepas pelawaan tersebut.

Dan hari ini, berita ini sangat menggembirakan!!!

Dengan semangat, kerendahan hati, dan kerajinan guru besar itu, saya yakin beliau telah menjemput ramai motivator dan mengadakan pelbagai kursus persediaan untuk anak muridnya menempuh ujian. Tapi saya turut merasakan tempias kejayaan. Entah mengapa, kegembiraan ini sungguh tidak tergambarkan!

“Dulu yang tak lulus nak dekat separuh. Tapi kalini yang dapat 4A 1B ramai, 3A 2B pun ramai. Yang tak lulus sedikit sahaja!”

“Alhamdulillah….Mak, cakap kat guru besar ucapan sebesar-besar tahniah!”, balasku ringkas. Termenungku seketika mengenangkan nasibku yang juga sedang belajar dan menempuh ujian. Mungkin tahapnya sudah berbeza tetapi situasinya tetap sama. Diuji untuk kehadapan, harus berjaya untuk meneruskan impian. Semoga kita semua berjaya menjadi insan berguna, berbakti mencipta saham buat kehidupan yang kekal ‘di sana’.

Kembali di ruangan kuliah, hati dan perasaan yang sedang gembira ditambah pula dengan cerita dan kata-kata doctor yang mengajar.

“Anak masa ini adalah generasi masa hadapan. Setiap yang berkahwin, berkeluarga pasti mahukan anak. Supaya dapat kita didik menjadi lebih baik dan hebat dari kita. Dan akhirnya dapat mengubah dunia!”

Waahhhhhh, sungguh inspiring~

(Ok, stop fikir pasal anak.)

p/s: Kepada adik-adik rakan-rakan yang mengikuti program pendidikan ketika BAKTI SISWA di kedah tahun lepas dan di Pahang tahun ini, sila tunaikan janji anda hubungi saya selepas anda berjaya mendapat keputusan SPM nanti. Kakak-kakak dan abang-abang fasi anda pasti turut gembira. Selamat berjaya!!!!

-Entry yang sangat tidak penting, tamat-

Assalamualaikum. (^^,)

Published in: on November 11, 2010 at 5:45 pm  Comments (4)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2010/11/11/tumpang-gembira/trackback/

RSS feed for comments on this post.

4 KomenTinggalkan komen

  1. wah~tahniah pak aji!semoga dapat menubuhkan team motivasi yang unggul.huu
    nanti jangan lupa crew lama. 😀

  2. hurm…

  3. qish:
    bukan tahniah pada saya, tahniah pada mereka. saya tumpang gembira mereka sahaja.=)

    farhani:
    hurm…
    tu maksudnya?

  4. congratez boosss!!aku pon tumpang sonoks gaks..WOHA!
    *btw–aku ade kat j-town skunk nie.haha


Tinggalkan komen