Dua syarat ; Ikhlas dan Benar -Updated

Beramal biarlah dengan IKHLAS dan BENAR.

Beramal biarlah dengan IKHLAS dan BENAR. Barulah kemudian akan diikuti YAKIN dan KHUSYUK.

Taqabbalallahu minna wa minkum! -Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan kamu!

Terima kasih kepada hafizi yang memberikan masukan dan input berguna di ruangan komen di bawah. Ulama’ yang terkemudian kadang-kadang lebih tahu tentang sesuatu perkara berbanding Ulama’ terdahulu. Jadi tidak boleh disalahkan Ulama’ terdahulu, tidak boleh juga diabaikan perkataan Ulama’ terkemudian.

Berikut penjelasan al-akh hafizi,

1. Boleh terus berdoa dengan doa itu kerana fiqh doa salaf tidak ketat (Imam Bukhari memasukkan doa dari hadis yang lemah kerana boleh beramal dengan hadis dha`if dalam doa TANPA isbat -dikaitkan- kepada Nabi)

2. Alternatif: jika mencari doa berbuka puasa yang sahih, saya tak jumpa. Doa dengan hadis dha`if dibolehkan.

3. Perlu diingatkan, hadis doa itu dihukum hasan oleh Al-Albani. Namun kebanyakan muhaddisin mutaqaddimin -pakar hadith terdahulu- melemahkannya. Jadi, ia termasuk dalam khilaf muhaddisin.

****************

BIJAKLAH dalam beramal.

IKUT MEMBUTA TULI akan memandulkan umat Islam, kerana lain yang diajarkan oleh nabi lain pula yang kita lakukan. Umat yang dicorakkan oleh tunjuk ajar nabi pasti MEMIMPIN DUNIA!

Selagi kita tidak mengikut pesanan tunjuk ajar nabi, selagi itu umat ini mati… Wallahua’lam.

Diterbitkan dalam:  on September 3, 2009 at 7:20 am Komentar (3)

Aku Pulang

“Semua orang balik Malaysia ni siapa nak tolong kami dengan ekspo tu nanti?”, rungut ahli-ahli BAIK yang bertanggungjawab untuk acara sempena Bulan Kesenian Islam.

Airport Jakarta

Airport Jakarta

Takpe, kerja tak banyak pon. Just inform kat wakil setiap booth je, jangan risau. Nanti dah sampai Malaysia nanti ada nombor contact apa-apa boleh contact, ok?”, pujuk si Bos dengan rasa bersalah meninggalkan anak buah terkontang-kanting disini menjalankan tugas. Huhu…

Maafkan saya, tiada niat langsung untuk melepaskan tanggungjawab kepada orang lain, apatah lagi berlepas tangan. Tiket dibeli (dengan harga yang mahal dibandingkan rakan-rakan yang memang rancang untuk balik-waktu tu airasia promosi tiket murah) sejurus selepas mendapat panggilan rakan yang mengatakan ibunya disahkan menghidap ‘pancreatic cancer’.

“Mak, nak balik ke tak, mak? Orang rasa macam nak balikla, doctor dia kata dah tak boleh nak buat apa. Haduuh,sedih dengar… Kesian dia ngan family dia.”

“Kamu rasa nak balik, balikla. Mak pun belum pergi melawat dia lagi sejak dia sakit haritu. Mak cadang nanti nak ajak ayahlah pergi tengok.”

Alhamdulillah, peperiksaan selesai. Farid pulang ke Malaysia dahulu. (dia pun decide last minute setelah tahu saya pulang. Rindu roti canai katanya. Hehe..)

“Farid, nanti amik aku kat airport esok, kita pergi HKL sama-sama ek? Ko rasa nak bawak apa buah tangan?”, kebetulan farid sudah pun berada di Malaysia setibanya saya nanti.

“Bawak apa tu tak kesah lagi… nak buat apa/ nak cakap apa kat sana nanti tu yang aku tengah fikir tu”

“Alahai, nak cakap apa sangat pun. Kita datang, ziarah, itu pun dah buat dia senang. Itu SUNNAH tu. Melawat,menziarahi,menggembirakan orang sakit. Sekejap je, lepas tu kita balikla. Ko drop aku kat mana-mana nanti aku balik ikut Pudu. Ok?”

“Ok2…”, angguk farid tanda setuju.

Ingin saya kongsikan Hadith Sahih berkenaan Keutamaan Menjenguk/Menziarahi Orang Sakit dan Doa ketika Menziarahi Orang Sakit berdasarkan ‘buku zikir dan doa, Hisnul Muslim’. Buku kecil yang harus ada pada setiap muslim kerana menghimpunkan doa-doa dan zikir-zikir (seperti ma’thurat)nabi berdasarkan hadith sahih (yang disertakan sebagai nota kaki). Amat bermanfaat. Beramal dengan lebih yakin kerana kita tahu ianya benar dari nabi. =)

KEUTAMAAN MENJENGUK ORANG SAKIT

Rasulullah SAW bersabda :

“Kalau seseorang Muslim mengunjungi saudaranya sesame Muslim, (seolah-olah) ia berjalan di taman Jannah ( syurga), hingga ia duduk. Bila ia duduk, rahmat Allah akan menaungi dirinya. Di pagi harinya, aka nada tujuh puluh ribu malaikat yang mendoakan dirinya, hingga petang hari. Di petang hari, aka nada tujuh puluh ribu malaikat yang mendoakannya, hingga pagi hari.”

Diriwayatkan oleh At-Tarmizi, Ibnu Hibban dan Ahmad. Lihat Sahih Ibnu Majah I/244 dan Sahih Tarmizi I/286 dan dinyatakan Sahih juga oleh Ahmad Syakir.

DOA KETIKA MENJENGUK ORANG SAKIT

Tidak apa-apa, penghapus dosa insyaAllah.

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam Al-Fath X/118

Aku memohon kepada Allah yang Maha Agung, Rabb dari Al-Arsy yang Agung, agar menyembuhkan dirimu. 7X

“Setiap muslim yang menjenguk orang sakit sebelum meninggalnya lalu mengucapkan doa di atas sebanyak tujuh kali:..(alhadith) pasti akan disembuhkan (penyakitnya).

Dikeluarkan oleh At-Tarmidzi, Abu Daud. Lihat Sahih at-Tarmizi II/210 dan Sahih Al-Jamaie 5/180

Awang ketika disahkan mendapat penyakit HATItis A

Awang ketika disahkan mendapat penyakit HATItis A

Sebelum pulang ke Malaysia, pergi ke Bandung untuk membeli oleh-oleh buat ibu di kampung. Dalam perjalanan pulang, ketika bersesak-sesak di jalan raya, saya sempat meletakkan kaki sebelah untuk balancekan motor yang sedang berhenti. Tiba-tiba datang dari belakang sebuah kenderaan dengan enaknya melewati sebelah saya, sangat dekat! Dan akibatnya, kaki digelek Angkot! (van yang berfungsi sebagai taksi di Kota Indonesia) Arghhhh!!! Menjerit dan menangis di dalam hati, sambil berkata…

~TIDAK MENGAPA, PENGHAPUS DOSA INSYAALLAH~

Diterbitkan dalam:  on Mac 16, 2009 at 11:34 pm Komentar (12)

Muharram

Selamat Datang Ya Muharram!

Saya terbaca satu blog tentang kelaziman dan kebiasaan yang perlu kita ubah. Bersedia dan mampu untuk berubah dari yang salah kepada benar adalah pemikiran orang yang cerdas. Blog tersebut bercerita tentang amalan-amalan ‘ibadah’ tokok tambah (atau boleh saya kategorikan sebagai bid’ah) yang sering kita lakukan menjelang datangnya Muharram.

“Kemunculan bulan Muharram sebagai bulan pertama bagi kalendar umat Islam sentiasa dihiasai dengan beberapa amal ibadah tertentu. Upacara-upacara tersebut bermula pada hari terakhir bulan Dzulhijjah iaitu diambang menjelangnya 1 Muharram. Umat Islam digalakkan untuk berpuasa pada hari terakhir bulan Dzulhijjah dan membaca doa akhir tahun selepas solat Asar. Seterusnya setelah menjelangnya 1 Muharram iaitu selepas solat Maghrib dibaca pula doa awal tahun, bacaan Surah Yassin, zikir-zikir tertentu malah ada juga yang mengerjakan solat sunat sempena 1 Muharram dan berpuasa pada siang harinya.

Sebenarnya kesemua amalan-amalan yang disebutkan di atas atau apa jua amalan sempena tibanya tahun baru hijrah tidak memilki dalil-dalil yang sah daripada Rasulullah s.a.w. bahkan para Imam-Imam mazhab seperti Abu Hanifah, Malik, Syafi’i dan Ahmad r.h juga tidak pernah mengamalknnya. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak pernah menyambut kehadiran bulan Muharram atau kedatangan tahun baru dengan upacara yang tertentu. Kalendar Hijrah juga tidak wujud pada zaman Rasulullah kerana ianya hanya diperkenalkan pada zaman pemerintahan ‘Umar al-Khaththab r.a iaitu tujuh tahun setelah baginda wafat. ‘Umar yang memperkenalkan kalendar ini juga tidak pernah melakukan atau menganjurkan upacara terterntu sempena kedatangan tahun baru dan begitu juga para sahabat serta para al-Salafussoleh yang lain.”

“Daripada Ibn ‘Abbas, dia berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: Barangsiapa berpuasa pada hari akhir bulan Zulhijjah dan hari pertama di bulan Muharam, maka sesungguhnya dia telah menghabiskan tahun yang lalu dan memulakan tahun baru dengan puasa yang Allah jadikannya sebagai penghapus dosanya lima puluh tahun”. Menurut Ibnul Jauzi di dalam al-Mawdhu’at bahawa hadis ini PALSU (maudhu’)

Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa berpuasa sembilan hari dari awal Muharram maka Allah membina untuknya sebuah kubah di udara yang luasnya satu batu persegi dan mempunyai empat buah pintu. Hadis ini adalah PALSU (mawdhu’) menurut Ibnul Jauzi di dalam al-Mawdhu’aat dan Imam al-Suyuthi di dalam La’aali al-Mashnu’ah.”

Tapi kurang enak pulak rasanya mengatakan sesuatu itu tidak benar dan tiada dalil sahih dari nabi, tetapi tidak menyatakan alternatif yang dibenarkan oleh Islam. Dalam erti kata lain, alternatif bagi umat Islam yang pernah dilakukan oleh nabi dan dianjurkan oleh baginda untuk melakukannya. Jadi, mahu berdoa, tafaddhal. Tapi bukan dengan doa awal tahun akhir tahun yang tidak diketahui sumber hujung pangkalnya itu, tapi dengan doa ini…

“Allah Maha Besar. Ya Allah! Tampakkan bulan tanggal satu itu ke-pada kami dengan membawa keaman-an dan keimanan, keselamatan dan Islam serta mendapat taufik untuk menjalankan apa yang Engkau senang dan rela. Tuhan kami dan Tuhanmu (wahai bulan sabit) adalah Allah.”

HR. At-Tirmidzi 5/504, Ad-Darimi dengan lafazh hadits yang sama 1/336 dan lihat Shahihut Tirmidzi 3/157.

-salah satu hadith di dalam Hisnul Muslim-

p/s: Doa dan hadith ini adalah doa yang dianjurkan oleh nabi untuk setiap awal bulan dan tidak dikhususkan untuk bulan muharram sahaja.

Wallahu’alam

Diterbitkan dalam:  on Disember 28, 2008 at 4:28 pm Komentar (21)

Apa Jadi Lepas Exam??

err..tiada exam dijalankan waktu gambar ni diambil, harap maklum.=)

err..tiada exam dijalankan waktu gambar ni diambil, harap maklum.=)

-Peperiksaan tamat. Keluar dewan peperiksaan.-

“Argghhh…tidakk….soalan cam si**!”
“Kurang ha*** sape yang buat soalan tu…”
“Pergh, soalan tadi macam ha***…”
“Aku takde mood nak cakap pape, soalan susah gile!!!”

Memang tidak dinafikan, soalan yang memeranjatkan dan mengejutkan. Ketika membuka dan membaca soalan, aku hanya bisa tercengang, tersenyum lebar sendirian. LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ‘ALIYYIL ‘AZHIM… Hanya itu bisa ku ungkapkan… Hebat ujian-Mu Ya Allah… Senyumku berpanjangan hingga ke akhir peperiksaan

Bukanlah semua soalan yang diberikan tidak dapat dijawab, cuma kekadang manusia suka untuk men’exaggerate’ keadaan. Mungkin ungkapan-ungkapan ‘tak puas hati’ di atas hanyalah gurauan exaggerate teman-teman atau mungkin juga sekadar ‘plastic’ untuk memalsukan kejayaan.

Yelah, kadang-kadang ada orang yang pandai dan dapat jawab semua soalan tapi sengaja ngade-ngade cakap susah, tak boleh buat, dan sebagainya untuk mengaburi orang lain. Sedar-sedar keputusannya excellent. Wujudkan orang seperti itu? Haha, tak perlu jawab.=)

Mungkin juga luahan itu adalah sejujurnya dari hati. Sedih, kecewa dan sebagainya seusai menjawab soalan-soalan peperiksaan yang ‘sebegitu’. Saya juga merasakannya, tetapi apa yang ingin dikongsi adalah bagaimana perlakuan dan tindakan yang tanpa kita sedari itu telah menjauhkan kita dari Tuhan tempat kita mengadu segala-galanya….

Habis keluar semua carut marut dan maki hamun usai menjawab soalan kerana marah dan kecewa tidak dapat menjawab dengan baik. Tetapi kepada siapakah kita menujukan kemarahan kita itu? Siapakah yang menetapkan, menggerakkan hati para lecturer untuk meletak soalan-soalan itu? Siapakah yang ‘membenarkan’ soalan itu diluluskan untuk diberikan kepada kita. We are referring to our Almighty. Huhu…. Sedeyh2…

“Hasbiallahu La Ilaha Illahua ‘Alaihi Tawakkaltu Wahua Rabbul ‘Arsyil ‘Azhim”

Cukuplah Allah sebagai penolongku. Tiada yang berhak di ibadati secara benar melainkan DIA. KepadaNya aku bertawakkal, dan DIAlah pemilik al-‘Arsy yang Agung.

Barangsiapa yang mengucapkannya tujuh kali setiap pagi dan petang pasti akan dicukupkan oleh Allah dengan segala perkara dunia dan akhirat yang diperlukannya

Dikeluarkan oleh Ibnu Sinni nombor 71 secara marfu’ dan oleh Abu Dawud secara mauquf IV/321. Sanadnya dinyatakan sahih oleh Syuaib dan Abdul Qadier Al-Arnauuth. Lihat Zaadul Ma’aad II/376

Cukuplah Allah sebagai PENOLONGKU. Aku tidak perlukan siapa-siapa lagi untuk menolongku. Untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan baik, untuk dapat markah yang baik, untuk dapat keputusan dan CGPA yang baik. Hanya Allah tempatku mengadu dan memohon pertolongan. Oleh itu berdoalah kita kepadaNya setelah selesai ujian dan bukan merungut susah, tak tahu dan sebagainya.

Tiada yang susah melainkan ENGKAU menjadikannya susah.
Tiada yang mustahil melainkan ENGKAU menjadikannya mustahil.

rakan-rakan 3rd year di waktu 1st year. hehehe...

rakan-rakan 3rd year di waktu 1st year. hehehe...

p/s : kawan-kawan, jangan marah dosen yang buat soalan ye? Memang entah celah buku mana dia amik tu tapi bukan salah dia. Kita yang kene studi lebihla maknanya tu. Hehe…chaiyok2! Medicine is a long life study!

Diterbitkan dalam:  on Disember 10, 2008 at 4:48 am Komentar (8)