KKN

“Kita nggak kenal-kenalan dulu nih? Kamu aja deh, jadi kordes nya. Dimulai aja. Masak diam terus gini…??”, saya berbisik memberi saran pada Bayu, rakan Indonesia yang baru berkenalan di sebelah tempat duduk. Sudah lebih setengah jam duduk dalam kelompok tetapi masing-masing membuat hal sendiri, sunyi sepi.

“Seenaknya aja… Kamu aja deh”, balasnya dengan ketawa kecil sambil memandang rakan di sebelahnya. Berfikir bahawa Bayu mungkin akan mencadangkan nama saya kepada rakan-rakan lain sebagai Kordes (Kordinator Desa@ ketua kumpulan) kalau saya terus mendesaknya untuk memulai perkenalan kelompok kami, saya mula membisukan diri.

Bukannya tidak mahu menjadi ketua. Tetapi jadual fakulti yang padat dan kurang fasih berbahasa Sunda akan menyulitkan keadaan kalau saya dipilih menjadi ketua. Nanti harus sering berjumpa dan berbincang dengan Kepala Desa (Ketua Kampung), menentukan pelbagai perkara dan menyelesaikan masalah orang kampung, pasti sulit komunikasi antara kami kiranya saya yang dilantik menjadi Kordes. Jadi, senyap dan meng’kera sumbang’kan diri lah jawabnya. Hmm…

Harini pembekalan KKN. Boleh dikatakan sebagai pertemuan awal untuk briefing tentang Kuliah Kerja Nyata (Program Pengabdian Kepada Masyarakat) yang telah diwajibkan untuk semua pelajar Unpad. Namun kami pelajar Malaysia berasa agak kekok kerana bersendirian di dalam kelompok kecil yang telah dibahagi-bahagikan. Entah bagaimana suasana di kampung tu nanti, hanya kepadaMu Ya Allah sahajalah kami bertawakal. Semoga urusan kami dipermudahkan, amiiinnn….

Diterbitkan dalam:  on Oktober 10, 2009 at 2:46 pm Komentar (4)

Mengamuk dapat apa??

Apa perasaan anda melihat dua orang mahasiswa, tidak berbaju dan mengecat badan mereka berdiri di khalayak ramai?

Marah lagi???

Marah lagi???

Petang tadi dua orang pelajar berdiri di kawasan fakulti sambil mengecat bendera Indonesia di kepala mereka dan bendera Malaysia di badan mereka tertulis “ban**at”. Saya hanya memerhatikan sambil tersenyum sendirian tanpa henti. Adakah mereka mahasiswa? Benarkah?

Mahasiswa, yang selayaknya mempunyai fikiran yang matang dan bernas. Mampu berfikir dengan matang mana yang kaca, mana yang berlian. Telah hilang sifat malu dan kewarasan, hanya kerana beberapa isu emosi yang tidak berkesudahan. Kenapakah manusia sering mengikut hawa nafsu memberontak dan marah tidak menentu?

INDONESIA dengan isu hak dan budaya yang dikatakan dicuri. Kecoh satu negara ini menuntut hak mereka dan memberontak di kedutaan besar Malaysia di Jakarta.

MALAYSIA pula dengan isu kuil dan ‘perarakan kepala lembu’ yang kononnya diketuai oleh orang yang ‘berkopiah dan bertakbir’. Ketika diberi peluang berbincang habis keluar caci maki dan karutan kesat yang tidak terbayangkan.

Saya terfikir….

Abende yang kome maghah meno tu yob??

Ate boleh ke setel kalo dah gitu gaye maghahnye???

Kome buat sume tu dah pikio abeh ke??

Idak ke malu conten badan, menjerit sana sini tuu???

Bak kata Riz –kawan saya di Izzuddin dulu- APE KEHENYE YOB???

Surah Al-An’am 6:108.

Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.

Nak mengamuk? Nak tunjuk perasaan? Nak berdebat? Nak buat sesuka hati?

Daripada Abu Mas’ud, Uqbah bin Amru Al-Anshari Al-Badri r.a, katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : “Di antara sabda para Nabi yang terdahulu yang masih dipakai untuk orang ramai ( sehingga kini ) ialah : APABILA ENGKAU TIDAK MALU, MAKA KERJAKANLAH APA YANG ENGKAU KEHENDAKI.”

(Riwayat Bukhari)

DR.RADZI says : Sukati komela…. Banyak lagi kerja nak kena buat. Kalau ISLAM boleh jadi agung hanya dengan bercakap ‘degung degang’ lama dah Hitler masuk ISLAM. Cakap banyak, kerja kurang!

Diterbitkan dalam:  on September 8, 2009 at 12:14 am Komentar (7)

Kami sayang perokok

rokok1

“Uih, cuak nengok kotak rokok kat Malaysia ni. Boleh stress nak beli rokok ni mak.”, saya mengadu pada mak kerana terkejut dengan tindakan bijak dan bernas kementerian kesihatan Malaysia.

“Hmmh… ayah ko apah tak ghasenye.”, jawab mak dengan muka selamba. Kata-kata mak disambut ketawa kami sekeluarga. (-bertiga je sebenarnya, kakak dan adik tiada di rumah)

tiadalah yang merasa sakit dan rugi melainkan anda sendiri, wahai perokok

Tiadalah yang merasa sakit dan rugi melainkan anda sendiri, wahai perokok

Kagum saya dengan ‘usaha pencegahan’ merokok di Malaysia. Bermula dengan tulisan “Amaran : Merokok Membahayakan Kesihatan” di tepi kotak rokok yang dijual, kepada kenaikan menggila harga rokok, sehinggalah yang terbaru, GAMBAR-GAMBAR NGERI akibat dari merokok. Gambar paru-paru menjadi hitam berkulat, tengkuk bernanah dan berdarah, kaki terpotong, jari-jari menjadi hitam berkulat mati dan harus dipotong, otak yang berair dan bernanah. Bermacam-macam. Cancer otak, paru-paru, leher, tulang, jantung, perut, semua gambar diletakkan di hadapan kotak-kotak rokok ini. Setiap kotak diletakkan gambar penyakit yang berbeza. HORROR!! Serius!

Ditambah pula dengan iklannya – seorang jururawat bangsa India melihat nasib perokok-perokok yang dirawatnya. Ibu berketurunan Cina memanggil dan ingin menyatakan sesuatu kepada anaknya, seorang suami yang kehilangan kaki. Diakhiri dengan anak jururawat itu sendiri memegang kotak rokok. Dinasihati anaknya, “Don’t disappoint me…”

n_06cigarettes

Tahniah! Suatu usaha yang harus dipuji!

Tetapi saya cuma mampu tersenyum melihatkan ianya ‘tak lut’ pada bapa kesayangan saya. Katanya, dia mempunyai alasan tersendiri.

Gambar-gambar ini tak berkesan pada perokok-perokok kot, bisik saya dalam hati.

Namun, apabila berjumpa dengan rakan-rakan yang merokok, mereka mengakui agak terkesan dengan gambar-gambar itu. Takut juga nak merokok. Fikir dua tiga kali juga sebelum beli. Hmm…. Maksudnya agak berkesanlah usaha itu, tahniah sekali lagi pada pencetus idea! Mungkin bapa saya sahaja yang keras sedikit untuk terkesan dengan ‘ancaman’ itu. Maklumlah, sudah lebih 30 tahun ayah merokok.

“Sepanjang hidup ayah hisap dua jenis rokok je.”, ayah memulakan cerita ketika kami makan di kedai mamak dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Dulu ayah hisap BENSON & HEDGES, sekarang SALEM Menthol. Ni dua jelah. Ayah tak pernah hisap yang lain.”

“Ayah tak ikut macam budak-budak muda lain, main hisap je rokok apa yang di sua kat muka. Ayah hisap rokok ayah je. Rokok mahal ni kurang sikit bahaya.”

“Ayah pergi jumpa doctor gigi dia terkejut ayah kata ayah hisap rokok dah 30 tahun lebih. Gigi ayah elok, tak rosak.”

Berasa sedikit tidak puas hati kerana ayah berbangga giginya tak seperti perokok, saya cuba untuk ‘mematikan hujah’ ayah.

“Ayah, cuba tengok kuku sikit.”, mari kita kenekan ayah – fikirku.

Agak memeranjatkan, kuku jari telunjuk dan jari tengah ayah tidak kuning!

Hmm, kalahla aku nak berdebat ngan ayah ni. Dia ada hujah kuat dia sihat.

Patutla ayah tetap istiqamah dengan pendiriannya untuk merokok. Kerana dia percaya dengan prinsipnya yang dianggap betul. Dia hisap rokok mahal dari muda, dan dia istiqamah. Bukan senang nak istiqamah ketika dia pun bukan dari keluarga berada. Haduih, ayah…ayah…

Saya cuma mampu berbisik di dalam hati.

“Tapi ayah ko tak pernah hisap masa mak mengandungkan korang tiga beradik. Sembilan bulan sepuluh hari ayah ko tak merokok.”, mak mencelah.

“Eh, boleh pulak stop-stop????”

“Mana ayah tahu, ayah?”

“Ayah tahula. Ayah tak pergi Universiti pon tapi ayah banyak membca.”

Aduh… mencucuk-cucuk rasanya kata-kata itu. Kena lagi diriku…

*************

Pengajaran dari cerita :

  1. Pencegahan mungkar WAJIB dilakukakan, walaupun kesannya belum tentu.
  2. Jangan berdebat dengan sifu kalau tak bersedia sepenuhnya. (harapkan idea spontan, bungkuslah hujah-hujahmu itu jawabnya. Huhu..)
  3. Tuntutlah ilmu. Dengan ilmu, kita tahu membezakan yang benar dan yang palsu, yang bermanfaat dan yang memudaratkan, yang halal dan haram, yang diredhai dan dimurkai. Tahu tetapi belum mahu dan mampu? Kupanjatkan segala doa dan harapanku pada Tuhanku Yang Satu.
  4. Sayangilah orang sekelilingmu dengan terus menasihati ke arah kebaikan dan berdoa untuknya tanpa jemu.
  5. Merokok biar yang mahal. Oops! Haha…
Diterbitkan dalam:  on September 3, 2009 at 6:45 am Komentar (3)

PSB ‘09

Program Semaian Bakti '09

Program Semaian Bakti '09

“Masuk TV tak? Masuk paper tak?”

“Entahla…. Harap-harap masukla.”

Bisik Abu dan Amin dalam hati mereka sejurus selesai program perasmian.

Alhamdulillah, segala puji dan kesyukuran dipanjatkan kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana telah mengizinkan suatu program amal bersifat kebajikan. Berbakti dan berkhidmat, memberi manfaat kepada manusia. Selesai sudah Program Semaian Bakti ’09 di Kuala Kedah anjuran Badan Perhubungan Negara Indonesia dan Kelab UMNO Bandung Indonesia. (Maaf kepada yang allergic dengan perkataan ‘UMNO’)

Panjang cerita di sebalik penganjuran program ini. Tapi dengan semangat dan kerjasama yang baik, niat asal berjaya direalisasikan. Program yang bermula tanggal 6hb Ogos ini diisi dengan tiga aktiviti/program besar iaitu Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan. Program Kesihatan yang melibatkan empat buah kampung terdiri daripada pemeriksaan kesihatan percuma, penyuluhan (penjelasan) tentang penyakit-penyakit, pemberian topeng muka untuk pencegahan H1N1 dan program ‘Doctor Kecil’ bersama adik-adik tadika.

Penyuluhan H1N1 dan pemberian barang-barang makanan

Penyuluhan H1N1 dan pemberian barang-barang makanan

Program Kebajikan pula, memberikan barang-barang makanan kepada keluarga-keluarga yang kurang mampu. Juga melibatkan empat buah kampung, diberikan kepada 60 buah keluarga.

Manakala Program Pendidikan, Seminar Motivasi Kecemerlangan diadakan untuk 100 orang pelajar tingkatan empat yang melibatkan 10 buah sekolah sekitar kawasan Kuala Kedah. Seramai 99 orang pelajar mendaftarkan diri dari 7 buah sekolah, Alhamdulillah berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada Team Pendidikan kerana sudi memberikan kerjasama yang baik pada saya. InsyaAllah saya akan memanggil anda semua semula jika kita dijemput melakukan program-program motivasi di tempat lain. – berangan! Hehe. (^^,)

Para fasilitator. cayalah korang!!

Para fasilitator. cayalah korang!!

“Suatu program amal bersifat kebajikan. Berbakti dan berkhidmat, memberi manfaat kepada manusia.”

Sebaik-baik manusia adalah manusia yang bermanfaat untuk orang lain. Namun jika ‘memberi kemudian berbangga’, itu bukanlah sifat kita. Itu bukan contoh dari nabi kita.

Berkenaan penganjuran dan penglibatan dari Badan Perhubungan Negara Indonesia dan Kelab UMNO Bandung Indonesia, mungkin ramai yang meragukannya.

Adakah kerana adanya perkataan UMNO, maka ia tidak dikira sebagai program kebajikan?

Adakah kerana adanya perkataan UMNO, maka ia tidak dikira sebagai program yang ‘memberi manfaat’ kepada orang lain?

Saya yakin ia tidak begitu. Ini adalah platform pelajar-pelajar Bandung dan beberapa pelajar dari luar negara lain ‘memberi manfaat’ kepada manusia lain.

Berpolitik

Politik berkaitan kepimpinan. Kepimpinan akan dipersoalkan. Tidak dinafikan, orang politik harus pandai berkata-kata, memberi ucapan dan mendapat sokongan. Namun, politik bukan medan berhujah. Apatah lagi memburuk-burukkan orang lain, mengeluarkan kata-kata kesat dan menyakiti hati orang lain. Ia adalah medan memimpin dan memberi khidmat. Orang yang memimpin harus ada matlamat, dan matlamatnya harus selari kehendak Allah dan Rasul. Berkhidmat kepada orang lain tidak terletak hanya pada bahu pemimpin, ia adalah saranan kepada semua umat manusia. Tetapi seorang pemimpin lebih berpeluang untuk mencurahkan bakti dan khidmat kepada orang lain berbanding rakyat biasa.

Jadi para pemimpin politik, kenapa hanya pandai berkata-kata???!!

Saya lebih selesa pemimpin yang menang pilihanraya kerana ‘saling berlawan memberi khidmat’ berbanding pemimpin yang menang kerana ‘saling berlawan merendah-rendahkan lawan, kutuk-mengutuk, caci mencaci, hina menghina pihak lawan’.

Berlawan memberi khidmat adalah BERLUMBA UNTUK BERAKHLAK MULIA DAN MENCARI PAHALA.

Berlawan dengan mencaci dan mengumpat adalah TAMAKKAN KUASA DAN NAMA!!!!

PSB '09

PSB '09

Program Semaian Bakti ’09.

Majlis perasmian dan penutupan program kami ini dimeriahkan dengan kehadiran ‘orang-orang kuat’ UMNO. Sebelum merasmikan, tentunya mereka diberi peluang memberi pandangan dan ucapan. Saya amat menghormati dan mengkagumi kesungguhan ‘orang-orang kuat’ ini berbakti dan berkhidmat. Benar, saya juga menyayangi negara, menyayangi bangsa, menyokong Dasar Ekonomi Baru, menyokong Hak Istimewa Melayu dan Raja-Raja Melayu, namun kenapa perlu taasub dan obsess kepada UMNO dan melayu padahal ISLAM lah punca kita bersatu?????

“Inilah semangat UMNO yang kita perlukan…

“Inilah jiwa UMNO yang kita harapkan…

“Kita orang UMNO harus berbuat begitu dan begini…

“Kita orang melayu harus memimpin di bumi sendiri…

Kenapa tidak ditukarkan perkataan UMNO dan melayu itu kepada Islam? Semangat ISLAM, jiwa ISLAM, orang ISLAM. Benar, kebanyakan kata-kata itu tidak salah di sisi agama. Dan saya akan tetap menyokong selagi ianya tidak menyanggahi Allah dan Rasul. Tetapi sangat menyedihkan jika kita lebih taasub kepada parti berbanding taasub kepada agama.

Fanatik dan taasublah kepada dua sumber agama, alquran dan hadith. Nescaya kita akan memerintah di tanah sendiri, seiring tugas kita sejak azali, menjadi khalifah memakmurkan bumi!

p/s : Mingguan Utusan sekarang diisi dengan kolum tulisan dua tokoh besar agama yang tidak taasub parti, Dr Muhamad Asri dan Dr. Ridhuan Tee. Bacalah tulisan-tulisan mereka, luruskan minda teguhkan jiwa. Mereka ikhlas menegur demi agama. Kita pun harus begitu juga.

http://hanzoushinrei.blog.friendster.com/2009/07/nasib-melayu-di-bumi-melayu-nukilan-dr-ridhuan-tee-abdullah-utusan-repost/

http://ridhuantee.blogspot.com/2009/08/bahaya-matlamat-menghalalkan-cara.html

http://drmaza.com/home/?p=685

http://drmaza.com/home/?p=691

-kepada yang tidak mahu membaca tulisan-tulisan mereka kerana merasa Utusan adalah lidah UMNO dan mereka ‘mungkin’ menyebelahi UMNO, berbahagialah anda dengan semangat ‘kutuk-mengutuk parti selain parti kesayangan anda itu’.

Diterbitkan dalam:  on Ogos 14, 2009 at 1:26 am Komentar (4)

Nak balik Malaysia..

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh….

%$^&%#@@*  (bahasa yang tak berjaya difahami) ALLAH  subhanahu wataala perintahkeun &#^$*@&#*^$^#@#$  azab &@*#^$&&*….

Jeung rasul ^&%#%*^$##%^&*….

Hadirin Jumaat yang dirahmati Allah,

Jeung #$&@^$*$^#@&$*  aya @&#%%^#^$  sadayana….

Baarakallah….

Melihat kelibat imam yang berserban dan jubah putih menaiki mimbar hati ini sudah pun bersangka khutbah hari ini pasti akan pendek dan ringkas. Selalunya, khutbah beliau takkan lebih dari 7 minit. Mungkin kalau ditulis tidak sampai satu muka surat buku latihan pelajar sekolah rendah yang kulit warna coklat (yang biasanya ada lambing sekolah) tu. Tapi kali ini, dalam bahasa sunda?? Syabbas bethe…

Termenungla beberapa ketika didalam masjid tadi memerhatikan setiap perkataan yang disebut sambil menyambungkan dengan beberapa perkataan yang saya faham agar menjadi ayat yang dapat menunjukkan maksud perkataan-perkataan tersebut. (macam soalan SPM pulak gayanya. Haih~) Akhirnya, ada la jugak dua tiga butir yang dapat difahami.

Perintahkeun = perintahkan

Jeung = dan

Aya = ada

Ditambah dengan keadaan hidung yang berlari-lari (running/runny nose) sejak dari semalam, saya tidak pasti apa nasihat yang dapat saya perolehi dari khutbah hari ini. Ayat Al-Quran pun tidak perasan dibacakan. Tapi ada di khutbah kedua mungkin, mustahil rukun khutbah jumaat ditinggalkan.

PERISTIWA MENJELANG KEPULANGAN KE MALAYSIA

ISNIN : Rasa tak sedap badan, macam nak demam. Melihat trend kawan-kawan yang demam dan sakit 2,3 hari sebelum pulang saya pun mengambil inisiatif telan 2 biji panadol lalu menidurkan dan merehatkan diri. Rehat dulu sebentar supaya paracetamol tersebut dapat memberikan kesan walaupun sedar minggu ini ada 3 paper yang harus ditempuh. “Takpe, lepas ni study”, pujuk diri sendiri.

SELASA : Alhamdulillah paper Neuro Behaviour System Berjaya diambil dengan dipermudahkan oleh Allah. Soalan-soalan familiar, alhamdulillah. Petang menjelma bersama batuk dan demam. Denyutan kepala tidak lupa juga turut menyapa. “Aduh, janganla demam nak exam-exam ni…” Tak boleh jadi, motor dipacu menuju klinik. “ Ya fahrul, ada apa? Sejak kapan sakitnya? Ayo di check… Oh suhunya normal koq. Saya kasih FLUCADEX ubat batuknya ama COROBION vitamin ya? Cepat sembuh ya?” —suhu saya normal sebab saya makan panadol la doctor, kan dah cakap dah??? Hmm…

RABU : Malam semalam sebelum makan ubat batuk (doctor bagi yang capsule bukan air) dan vitamin doctor bagi tu takdelah teruk sangat batuk. Bangun pagi ni, batuk tak henti, suhu badan panas sangat-sangat! Paper Cardiovascular harini pukul 7pagi. Tak laratnya nak bergerak, bahang badan terasa sampai ke luar. Dalam hati dah marah-marah kat doctor semalam tak bagi ubat demam, huhu… Kuatkan diri, pergi ke fakulti amik exam. Alhamdulillah Allah bantu dan dipermudahkan jawab peperiksaan tersebut.

Sampai bilik terus tidur sampai tengahari. Bangun badan masih panas, kepala masih berdenyut kuat. Tak boleh jadi, kena pergi klinik mintak ubat lain ni. Ubat yang ada ni tak mujarab ni. Alhamdulillah doctor lain yang bertugas, regimen ubat yang diberikan pun berbeza. Harap-harap cepat sembuh. Dalam perjalanan pulang..

“Assalamualaikum tgh wat apa sehat bila kamu balik exam mcm mana. Mak dgr bom dkt Jakarta tu mak takut nak tanya kamu ada kena apa2. Tp mak bedoala takde pape”

“Waalaikumusalam, Alhamdulillah takde pape kat sini. Cuma tak berapa sehat sket jela.”

“Ha kamu jangan kena selsema babi pulak kang kene tahan kat airport kang”

p/s: mak punye mesej memang takde noktah, koma, tanda seru mahupun tanda soal. haha…

ITULAH YANG JADI SANGGUP PERGI KLINIK 2 KALI! TAK NAK KENA TAHAN KUARANTIN KAT AIRPORT HANYA SEMATA-MATA DISEBABKAN LAGI SEMINGGU NAK BALIK SAYA KENE DEMAM!!!! HUAAAA….=(

Bukan selsema babi yang dikhuatiri, tetapi kuarantin. Huhu..

Orang yang cuma sedikit kurang sihat, tetapi dikepung bersama orang lain yang sakit dan disyaki selsema babi. Kemungkinan anda dijangkiti ketika kuarantin adalah jauh lebih tinggi! Ya Allah, lindungilah hambaMu ini, permudahkanlah urusanku, amiiiiiin….

KHAMIS : Alhamdulillah, bermandi peluh dan lebih ringan kepala rasanya. Demam dan batuk sudahpun berkurang. Mungkin boleh dikatakan sudah sembuh. Alhamdulillah…. Tetapi penyakit baru pula timbul. Resdungku datang pulak! Esok ada paper Reproductive System, macam mana nak study dengan keadaan resdung ni? Mata berair, hidung berair meleleh tak henti-henti, bersin selang 5 minit. “Alhamdulillah, atleast demam dah hilang”, pujuk hatiku menahan seksa resdung. Huhu…

JUMAAT : Harap-harap Allah bantu dengan keputusan peperiksaan paper hari ini. Alhamdulillah selesai 5 paper yang diambil, tinggal berdoa munajat mohon Allah berikan keputusan yang cemerlang dan membanggakan mak dengan ayah. Amiiiiin… Bertemu dengan ‘uncle’ (bukan nama sebenar) dalam perjalanan pulang ke kosan (bilik/rumah sewa).

“Radzi, bila nak meeting? Pukul berapa ko free? Eh,apsal mata kau, tak tidur ek?”

“Tak tidur apanya, nila penangan resdung aku. Sukatilah, nanti ko mesej aku. Aku takde buat apa-apa pun harini.”

“Oh, meh datang rumah aku amik anti histamine. LORATADINE.”

“Oh, ok. Terima kasih uncle”

Anti histamine dah telan mata masih lagi berair, hidung masih lagi ‘berlari’. Khutbah pulak bahasa Sunda, confirm tak boleh concentrate. Allah, aku berserah padaMu…

Semoga hilang penyakitku ini cepat, setidak-tidaknya ketika pemeriksaan di airport Jakarta dan LCCT petang esok. Flight ke Kuala Lumpur jam 2.50 Indonesia Barat, insyaAllah sampai di Malaysia jam 6pm waktu semenanjung. Bismillah….

*** Kapan = bila

Kasih = beri/bagi

Ama = sama/dengan

Diterbitkan dalam:  on Julai 24, 2009 at 2:23 pm Komentar (9)

Boleh jadi DIRECTOR?

“Akh, nanti PKPMI dengan KUBI akan buat pertandingan filem pendek. Kalau setuju, kita gabungkanlah tenaga kerja BAIK dengan IMAN buat suatu filem pendek. InsyaAllah yang bermanfaatlah.”

MAISEN'09

MAISEN

MAISEN atau “Malam Inspirasi Seni” yang dianjurkan oleh PKPMI-CB dan Kelab UMNO Bandung (KUBI) akan berlangsung dari bulan Mei hinggalah Oktober 2009. Dengan bertemakan “Emosi, Ekspresi, Seni”, acara ini bakal mengetengahkan bakat-bakat para pelajar Malaysia melalui pertandingan:

1. Pertandingan Filem Pendek

2. Pertandingan Fotografi

3. Pertandingan Reka Cipta Arca

4. Pertandingan Puisi

5. Pertandingan Lirik Lagu

*setiap karya-karya akan diadili oleh juri-juri yang professional…

Suatu cadangan yang baik, menyampaikan kebaikan melalui filem. (perkataan dakwah sensitive bagi ‘budak bukan sekolah agama’, terlalu ‘berat’ mungkin…)

Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

Agama bukan hanya di kitab, bukan hanya di surau, bukan hanya di Biro Agama atau di Persatuan Agama sahaja. Agama itu cara hidup. Kenapa tidak kita berdakwah melalui hiburan?

Saya berminat. Sangat berminat sebenarnya.

“Boleh ke jadi director,radzi?”

InsyaAllah boleh…kot? Hehe… Kalau ada rakan-rakan seangkatan di Izzuddin yang membaca artikel ini pasti memori boleh kembali di zaman form3, pertandingan pentomin di dewan besar sekolah Izzuddin Shah. Setiap batch wajib menghantar satu penyertaan. Dan seperti diketahui umum, batch Form3 lah selalunya yang paling ‘otai’, dengan pelbagai ragam dan ’style’ terkini… Hip Hop, Black Metal, Punk Skin Head, apa yang tiada di Izzuddin? Pertanyaan yang lebih khusus sepatutnya, ‘geng’ apa yang tiada di dalam batch Form3 Sekolah AGAMA Izzuddin Shah, Ipoh? Semua ada. Kami telah menghantar penyertaan, dan saya salah seorang co-director. Pening ‘mengarah’ dan melayan kerenah manusia yang pelbagai. Masing-masing mahu menunjukkan kehebatan ‘group’ atau ‘geng’ masing-masing. Dan alhamdulillah kerana ‘ukhuwwah’ yang mantap dikalangan ahli batch, pentomin berunsur ‘jiwa remaja’ kami berjaya. Mungkin mudah melafaz kata, mengenang cerita lama. NAMUN….

Filem berunsur ‘mengajak kepada kebaikan’?

Kerja ini bukan mudah…

Banyak cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi. Banyak ‘cakap-cakap orang’ yang perlu ditanggapi.

SULGE CINTE. =p

SULGE CINTE. =p

“Sulge Cinte  adalah sebua flem bejonle romantic comedy dan menlandaskan keagamaan. Memang jonle ini lain daripada yang lain”

“Kepada wanita2 bertudung di luar sana yang balu nak becinta atau mengenali cinta, anda disalankan menonton flem ini”

-Syurga Cinta adalah sebuah filem bergenre romantic komedi dan berlandaskan keagamaan. Memang genre ini lain daripada yang lain.

-Kepada wanita-wanita bertudung di lura sana yang baru hendak bercinta atau mengenali cinta, anda disarankan menonton filem ini….DAVID TEO

Ramai yang telah mencuba, namun masih lagi di tahap berusaha. David Teo pun berusaha (jangan fikirkan apa motifnya), apatah lagi kita? Alhamdulillah, usaha harus diteruskan, muhasabah harus dilakukan.

Dan saya? Idea sudah pun nyata, cuma pelakon tak kunjung tiba! Haha… Doakan sahaja, wallahu’alam.=)

Diterbitkan dalam:  on Julai 7, 2009 at 10:45 pm Komentar (19)

Manusia ‘fitrah’ yang mencari Tuhan

Hang Tuah lawan Hang Jebat. Hang Tuah dah dapat anak dah sekarang..

Hang Tuah lawan Hang Jebat. Hang Tuah dah dapat anak dah sekarang..

“Tu dia, geng Wahabi Intec dah mai dah…”

“Uih, macam mana geng Wahabi tak buat sunnah ni? Pelik ni?”

Kata-kata gurauannya yang membuat kami tertawa bersama-sama. Umat manusia yang tidak tahu hujung pangkal, melabel orang sesuka hati tanpa berfikir dan mengkaji. Dan kami, golongan minoriti di Intec yang mempelajari ilmu-ilmu nabi merasa senang dilabel ‘pengamal sunnah’. Senang dan gembira sekali.

Kami tidak ME’LABEL’orang sana dan sini, kerana itu tidak dicontohkan nabi.

Kami tidak juga MEMUTUSKAN UKHWAH islami, kerana itu dibenci nabi.

Kami tidak jugaMENJAUHKAN DIRI dari golongan majoriti, kerana nabi kami nabi yang ‘friendly’.

Itulah yang diperjuangkan, mahu mencontohi nabi dengan terperinci. Kami cuba dan cuba lagi, menuntut ilmu dan berbagi. Di dalam halaqah Al-Farouq, banyak yang kami pelajari. Saya tidak tahu dari mana datang ilhamnya , tetapi nama mujahid mudanya itu sangat nostalgic. Mengukir senyuman di setiap bibir sahabat ‘al-farouq Intec’ yang mengenali.

Shiraaj Zainul Abiddin, seorang bekas pelajar High School, sahabat yang pintar dan bijaksana, cekap lagi berwibawa. Menjadi bahan bukti kepada manusia dan remaja di luar sana, bahawa tidak semestinya seorang ‘budak sekolah agama’ untuk menjadi penegak dan pengamal agama.

Mulanya dari seorang yang mencari. Belajar merendahkan diri mendengar dari senior dan rakan-rakan yang rajin berkongsi dan berbagi. Kemudian mengkaji.

SURAH FATHIR 35: 37.

Dan mereka berteriak di dalam neraka itu : “Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami niscaya kami akan mengerjakan amal yang saleh berlainan dengan yang telah kami kerjakan.” Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk BERFIKIR bagi orang yang MAHU BERFIKIR, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan? maka rasakanlah (azab Kami) dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolongpun.

Tiada siapa memaksanya berjuang menegakkan sunnah.

Tiada siapa menyuruhnya komited untuk berdakwah ( dakwah: baca sebagai sebarkan kebenaran pada orang lain)

Tiada siapa menahannya dari berpaling dan bertukar arah, kembali kepada keseronokannya sebelum menjadi pendakwah.

Kerana orang yang sudah bertemu kebenaran dengan cara BERFIKIR dan MENGKAJI, takkan mudah untuk berpatah balik kembali kepada sesuatu yang keji. Mereka nampak jalan lurus mereka, mereka jelas apa tujuan mereka, mereka tahu kenapa mereka harus berkata-kata, mereka akan cuba berkongsi dan bercerita, kerana mereka mahu yang lain juga turut merasa, kebahagiaan dan keseronakan yang dirasa. Itulah ‘motivasi’ para nabi, mengejar dan mengajak kepada sesuatu yang pasti tanpa mengira ‘orang jahil dan sombong’ mencaci. Orang yang membutakan hati dari kebenaran, memekakkan telinga dari bukti-bukti Tuhan.

“Hradec Kralove, 25 Jun – Muhammad Hamzah Faruq bin Shiraaj telah selamat dilahirkan di Porodnická a Gynekologická Klinika, Fakultní Nemocnice pada jam 8.34 malam waktu tempatan. Anak Malaysia pertama yang dilahirkan di bumi Hradec Kralove ini telah menjadi buah mulut masyarakat pada masa ini sekaligus menenggelamkan berita mengenai Micheal Jackson atau nama Islamnya, Mikaeel Jackson.”

“BarakAllahu laka filMawhoobi laka, wa shakartal Waahib, wa balaghal Ashooddahu, wa ruziqta birrahu”
(Semoga Allah memberkatimu dengan kurniaanya, dan semoga kamu bersyukur, dan semoga anakmu ini membesar, dan semoga kamu dikurniakan kebaikan)

An-Nawawi, Kitdbul-’Athkarp. 349, and Sahihul-’Athkar2/7l3 by Saleem Al-Hilali.

Alhamdulillah, lahir generasi pertama pewaris agama. Setidaknya diantara kami kalangan ‘al-farouq’. Doaku panjatkan kepada Tuhan Yang Maha Bijaksana, semoga zuriatmu itu menjadi jiwa tegar dan berani, segagah HAMZAH di zaman nabi. Menjadi kegerunan para musuh yang tidak mahu menerima kebenaran. Dan menegakkan agama, menjadi “pembeza yang haq dan batil” seperti maksud namanya, FAROUQ. Doaku sentiasa bersamamu, MUHAMMAD HAMZAH FARUQ IBNU SHIRAAJ.

Dari Pamanmu di Indonesia,

Ar-Razi

Muka dia ikut Aini kot sheikh...tapi takpa, semangat dia ikot hang.=)

Muka dia ikut Aini kot sheikh...tapi takpa, semangat dia ikot hang.=)

Muhammad Hamzah Farouq

Muhammad Hamzah Faruq

p/s:  Entry ini untuk bacaan Hamzah Faruq suatu masa nanti. Tegarlah seperti bapamu. Macholah seperti pamanmu. Hak3..

p/ss: Entry ni jugak sedikit lambat kerana sibuk exam dan Program Expedisi Ruhul Jadid selepas exam. Tetaplah mem’bz’kan diri! “Fa Iza Faraghta, FANSOB!” (Surah Al-Insyirah 97: 7. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain)

p/sss: Berita tersebut saya ambil dari salah sebuah blog ternama di Hradec, Republic Czech. (Blog rakan-rakan je sebenarnya. Hehe..)

Diterbitkan dalam:  on Jun 30, 2009 at 1:44 pm Komentar (8)

Sayang kawan perempuan, tinggal-tinggalkan…

“Sayang, sayang… kenapa kita tak pernah keluar berdua?
Tengok diorang tu, pergi mana-mana pun berdua je, sweet kan? Kenapa kita tak macam tu?
Kawan honey kan, nak pergi mana-mana mesti boyfriend dia temankan. Bukan setakat PAUN, nak pergi ‘potostet’ pun boyfriend dia temankan. Sweet sangat! Romantic couple! Kan? Kan sayang kan? Mesti diorang tak pernah gaduh, sweetnyeee…..
Kenapa sayang tak nak keluar dengan honey,teman honey jalan-jalan, shopping… tak macam boyfriend lain buat kat girlfriend diorang? Sayang malu keluar dengan honey ek? Honey tau la honey tak cantik…. Hmm….”

***** IKLAN *****
Gulp….
(Perhatian kepada wanita mengandung, lelaki yang ada allergy tekak, sila sediakan ubat anti-emetic anda. Jangan biarkan muntah-muntah menghilangkan electrolyte dalam badan. Minumlah, UsuTah! Ubat Susah Muntah. Ngee~)

**** IKLAN ABIS, TAPI SEBAB TAK SANGGUP TENGOK CERITA TERSEBUT, TUKAR CHANNEL ****

“Ustaz, boleh tak sebenarnya lelaki dan perempuan keluar berdua? Tak kisahla diorang couple ataupun tidak. Boleh tak? Keluar sebab ada urusan kerja ke, saja-saja ke, tapi tak buat apa-apa. Means tak sentuh-sentuh, just borak-borak je…”

“Hmm… Drama sebelah tadi pun cerita pasal lelaki perempuan keluar berdua jugak”

**** PENONTON TERCENGANG! ****

“Oklah, oklah, ustaz jawab insyaAllah…
Tapi kamu nak ustaz jawab ikut ilmu ke nafsu ke exclusive?”

“Exclusive hape plak tu ustaz?”

“Ok satu-satu ye? Mula-mula,jawapan ikut nafsu dulu. Kalau ikut nafsu, EH, MESTILA BOLEH! BUKAN BUAT APA-APA PUN KAN??!!!?”

“Astaghfirullah terkejut saya, ustaz ni….”

“Hehe… mestila boleh. Kata kamu tadi diorang tak buat apa-apa pun kan? Takpelah, takkan tak boleh keluar berdua kot, nak pergi makan-makan ke, apa ke, ye dak? Lagi pulak kalau ada kerja, ada urusan, apa salahnya berdua, bukannya cakap benda bukan-bukan pun… kan?”

“Err, ustaz tanya saya ke tu? saya nak jawab apa ni? Blurr kejap, heh….”

“Tapi kalau jawab ikut ilmu, Nabi Muhammad SAW ajar kita untuk ‘berjaga-jaga’ dalm perhubungan antara lelaki perempuan. Didalam pergaulan sehari-hari antara lelaki dan perempuan. Disebut dalam bab muamalat, ikhtilat. Dalam satu hadith sahih,

Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Di dalam riwayat yang lain,

Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang darikalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya.(Hadis Riwayat Ahmad &Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

Di dalam surah An-Nur surah yang ke 24 ayat yang ke 30 Allah bagitau,

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”

Ayat lepas tu Allah nasihat kaum Hawa pula untuk menjaga pandangan….

“Sedangkan Aisyah, yang digelar Ummul Mukminin, ibu orang-orang mukmin, pun menggunakan tabir untuk menyampaikan ilmu pada para sahabat yang lelaki setelah kewafatan nabi. Para sahabat yang mempunyai iman setinggi gunung, pun mengambil langkah ‘berjaga-jaga’ dalam perhubungan antara lelaki perempuan. Bukan menyuruh bertabir, tetapi ‘berjaga-jaga’ dengan mengelakkan dari ‘berdua’. Kerana lelaki di zaman sekarang tidaklah lebih hebat dari para sahabat, perempuan pula tidaklah setanding iman Aisyah.

“Berdua pasti akan ada yang ketiga. Syaitan tidak menghasut playboy sahaja, ulama’ pun tidak terkecuali. Cuba bagi seorang perempuan duduk dengan seorang ulama’. Mampu beliau tahan ’fitrah’nya selama setahun? Sebulan? Seminggu? Sehari pun masih ragu-ragu jika tiada ikatan yang halal.

“Kalau jawab ikut ‘exclusive’, Allah nasihatkan jangan mendekati zina bukan bermaksud jangan berbuat zina. Tetapi Allah bermaksud, jangan ‘pergi ke arahnya’. Sebab? Yang pertama, kamu akan cenderung melakukan zina. Sebab yang kedua,adalah kerana itu akan menimbulkan fitnah. Cakap-cakap orang…
Apa kata orang bila nampak lelaki perempuan berdua?
Apa terdetik di hati orang yang melihat mereka berdua?
Adakah orang akan tahu mereka berbincang tentang apa?
Adakah orang akan sangka mereka cuma berbual sahaja?

“Yang baik akan bersangka baik dengan mereka, ‘mungkin hal persatuan agaknya’…
Tetapi yang tidak baik, apa yang difikirkan mereka?
Inilah yang Allah nak elakkan, ‘peluang-peluang’ untuk orang mengata.’ Peluang-peluang’ untuk orang berdusta. ‘Peluang-peluang’ inilah FITNAH.

“Fitnah ini tidak memberi kesan pada lelaki.
But women? Kita bercakap soal ‘exclusive’. Seorang perempuan, adalah seperti mutiara yang tersimpan kemas. Mahu menikmati ketenangannya, menyentuh emosinya, mendengar kemanjaannya, merasakan kelembutannya, HARUS NIKAH DULU!

“Kenapa ustaz kata lelaki tidak terkesan dengan fitnah ini? Kerana lelaki bebas untuk ‘touch n go’. Sudah jemu? Terpulang untuk tinggalkan, cari sahaja alasan, asalkan dapat yang baru. Yang lama konon-konon masih sayang, tapi di hadapan teman-temannya???
“Perempuan tu ke? Ooh… aku pernah keluar berdua dengan dia dulu. Teman dia pergi shopping.”
“Perempuan tu? Alah, senang je nak ajak dia keluar, aku pernah keluar dengan dia dulu…”
“Perempuan tu ke? Haha… Aku dah pernah rasa dah…”
“Perempuan tu? Alah, dia minat aku dulu.”
“Perempuan tu??? Nampak je baik tu, bekas aku je dulu tu…”

EVEN DIA TIPU DAN REKA CERITA SEKALIPUN KAWAN-KAWANNYA BUKANNYA TAHU!

“Dimana kaum hawa ketika itu untuk membela diri dan martabat????
Dimana maruah, hak exclusive seorang suami terhadap isteri jika sudah begitu nilai diri?
Lelaki…. Didepan sahabat tunjuk hebat, konon dialah lelaki terdahsyat, pernah mencairkan wanita-wanita memikat.
Perempuan… Biar dikerat empat, lelaki tersayang itulah yang paling jujur dan hebat.
Perempuan… Biar dikerat empat, ‘kawan baik’ itulah tempat dia curhat.
Perempuan… Biar dikerat empat, sering terlupa mana mimpi mana hakikat.

Lelaki selagi belum jadi suami tetap ada peluang untuk ‘berpisah’.
Kalau ditakdirkan berpisah, badan mahupun ruh, apa tinggal untuk bakal suami?
‘Sayang’? Dah bagi kat boyfriend.
‘Keluar berdua’? Dah bagi kat kawan study group.
‘Suara bangun tidur’? Dah bagi kat abang angkat.
‘Body’? Malasnya nak tutup-tutup, rimasnya pakai baju longgar-longgar.
‘Muka makeup’? Tiap-tiap kali dinner kot???

***** TERASA PEDAS, TUKAR CHANNEL *****

“Sayang sayang….. sayang sayang sayang?”
“ Of course sayang…..sayang saaaaaaaaaaaaaaaaaaaayang sayang!”

(Erk….???? Apakah?
Gastric juice is over secreted, help!!! )

**** TUKAR CHANNEL BALIK *****

“Amatlah rugi orang yang sudah sampai kebenaran padanya namun dia menolak dengan perasaan bongkak dan benci.
Allah menyebut didalam al-Quran,

35 : 24. Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada suatu umatpun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan.

6: 104. Sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti-bukti yang terang; maka barangsiapa melihat (kebenaran itu), maka (manfaatnya) bagi dirinya sendiri; dan barangsiapa buta (tidak melihat kebenaran itu), maka kemudharatannya kembali kepadanya. Dan aku (Muhammad) sekali-kali bukanlah pemelihara(mu).

“Ustaz, lelaki memang semua macam tu ke?”

“Mungkin tak semua, tapi perempuan kena sentiasa berjaga-jaga. Elakkanlah ‘fitnah’ kepada diri sendiri. Dan lelaki pula, harus hormat martabat dan darjat wanita, jaga dan bimbing mereka ke jalan yang benar….”

***** BLACKOUT, TUTUP TV *****

Diterbitkan dalam:  on Jun 13, 2009 at 12:50 am Komentar (47)

Post Exam Syndrome

POST EXAM SYNDROME?

Uish, ape tu???

Ha, mari kite lihat secara overall case ni. Kalau nak buat mind mapping lepas ni pon boleh, terserah…=)

Definition : Syndrome of people right after the examination

Classification : – Right after exam

-Days after exam

-Weeks after exam

Etiology : Finish completing the exam ( both-successfully or badly).

Epidemiology : -Occur to people so-called “student”.

-More often in students who claim as a Muslim.

Sign & Symptom : * will be explain more in this article

Diagnosis : -Simple observation.

-Self confession.

-Whenever there are two or more of Sign & Symptom present.

Differential Diagnosis : -Post Success Syndrome

-Post Failure Syndrome

-Post Taubat Syndrome

Pathogenesis & Pathophysiology : * also will be explain later in this article

Treatment : Iman & Taqwa

Management : -Continuously follow up with Him, as-solah 5 times a day

-Life long treatment of prescription “Al-Quran dan Sunnah”

-Increase dosage of “doa” everyday.

Prognosis : Good provided patients with compliance

Jeng3…. familiar? Tidak mengapa, ia hanyalah acute disease je…still benign, and can be treated. Yang tak biase kenela biasekan dengan terms2 kesihatan ni ye? Penting untuk masa hadapan. Hehe…

Alhamdulillah, puji dan syukur dipanjatkan kepada Tuhan Yang Maha Pengasih kerana masih memberikan nyawa kepada kita. Setelah selesai satu bahagian dari peperiksaan, lega rasanya. Alhamdulillah…

Manusia di’define’ kan oleh Penciptanya sebagai lemah, lupa, jahil, dan pelbagai sifat ketidaksempurnaan yang lain. Perhatikan di setiap ayat al quran yang menggunakan perkataan ‘insan’, pasti akan diikuti dengan kata sifat di belakangnya.

“ Innal INSANA la fi KHUSRIN” al-asr 103:2

“ Wa khuliqol INSANU DHOI’FA” an-nisa’ 4:28

“Wa hamalahal INSAN. Innahu kana ZHOLUMAN JAHULA” al-ahzab 33:72

Insan-rugi

Insan-lemah

Insan-jahil

Insan-zalim

Justeru, dengan kesedaran segala sifat kelemahan dan ketidaksempurnaannya, manusia memohon pertolongan dan kekuatan dari Sumber Kekuasaan iaitu penciptanya-Tuhan.

Sedar ataupun tidak, itulah Fitrah manusia. Mahu kembali kepada tuhan. Tetapi seringkali kembalinya manusia kepada tuhan ini adalah disebabkan keperluan tertentunya yang ingin dipenuhi.

Ingin selamat dari bencana.

Ingin keluar dari kesusahan.

Ingin berlindung ketika dizalimi.

Ingin dibantu ketika susah.

Di waktu sebegini, ketaatannya bukan main. Keikhlasannya susah diragu. Amalnya bersungguh-sungguh.

Inilah Sign & Symptom penyakit ini…

Iman, amal, dan tawakkalnya kepada Allah Yang Maha Pengasih, Maha Pengampun, Maha Menerima Doa, ketika dalam kesusahan atau dalam waktu peperiksaan bukan kepalang. Amat bersungguh-sungguh, amat ikhlas, tetapi selepas itu…

Lupa…

Leka…

Gembira…

Bahagia…

Lalai…

TAK MENGENANG BUDI!!!

Itulah manusia. Sering terleka setelah mendapat nikmat. Diuji dengan sedikit kesusahan sedikit ujian, menangis mencari Allah meminta bantuan. Namun setelah itu, Allah dilupakan, rutin hidup kembali seperti dulu…

Solat jemaah tidak lagi di jaga…

Solat subuh tidak lagi di awak waktu…(di waktu peperiksaan, subuh awal waktu kerana tidak tidur selepas qiamullail)

Kembali malas untuk bertahajud…

Kembali malas untuk ‘berlama-lama’ di dalam solat…

Kembali malas untuk segala-galanya…

Bangunlah Ummat MUHAMMAD! Sedarlah kita tiada masa untuk kembali pada masa lampau. Istiqamahlah dengan ‘amalan ketika susah’, tingkatkanlah mutu ‘ibadah ketika exam’, kekalkanlah berharap dan berdoa ‘tawakkal sesudah exam’.

Sesungguhnya PRE EXAM SYNDROME adalah pemangkin terhebat untuk berubah dan istiqamah!!!

Diterbitkan dalam:  on Mei 26, 2009 at 5:49 am Komentar (10)

Seputar program COMREL’09

Biro Agama Islam Kubi

Biro Agama Islam Kubi

Alhmdulillah penuh dewan

Alhmdulillah penuh dewan

edit3

edit4

wakil christian bertanya...

wakil christian bertanya...

edit41

Nak jawapan??? jeng3....=p

Nak jawapan??? jeng3....=p

P/S: Kalau ada saranan dan masukan, insyaALLAH kami sedia menerima.

Diterbitkan dalam:  on Mei 7, 2009 at 10:58 am Komentar (11)