Kami sayang perokok

rokok1

“Uih, cuak nengok kotak rokok kat Malaysia ni. Boleh stress nak beli rokok ni mak.”, saya mengadu pada mak kerana terkejut dengan tindakan bijak dan bernas kementerian kesihatan Malaysia.

“Hmmh… ayah ko apah tak ghasenye.”, jawab mak dengan muka selamba. Kata-kata mak disambut ketawa kami sekeluarga. (-bertiga je sebenarnya, kakak dan adik tiada di rumah)

tiadalah yang merasa sakit dan rugi melainkan anda sendiri, wahai perokok

Tiadalah yang merasa sakit dan rugi melainkan anda sendiri, wahai perokok

Kagum saya dengan ‘usaha pencegahan’ merokok di Malaysia. Bermula dengan tulisan “Amaran : Merokok Membahayakan Kesihatan” di tepi kotak rokok yang dijual, kepada kenaikan menggila harga rokok, sehinggalah yang terbaru, GAMBAR-GAMBAR NGERI akibat dari merokok. Gambar paru-paru menjadi hitam berkulat, tengkuk bernanah dan berdarah, kaki terpotong, jari-jari menjadi hitam berkulat mati dan harus dipotong, otak yang berair dan bernanah. Bermacam-macam. Cancer otak, paru-paru, leher, tulang, jantung, perut, semua gambar diletakkan di hadapan kotak-kotak rokok ini. Setiap kotak diletakkan gambar penyakit yang berbeza. HORROR!! Serius!

Ditambah pula dengan iklannya – seorang jururawat bangsa India melihat nasib perokok-perokok yang dirawatnya. Ibu berketurunan Cina memanggil dan ingin menyatakan sesuatu kepada anaknya, seorang suami yang kehilangan kaki. Diakhiri dengan anak jururawat itu sendiri memegang kotak rokok. Dinasihati anaknya, “Don’t disappoint me…”

n_06cigarettes

Tahniah! Suatu usaha yang harus dipuji!

Tetapi saya cuma mampu tersenyum melihatkan ianya ‘tak lut’ pada bapa kesayangan saya. Katanya, dia mempunyai alasan tersendiri.

Gambar-gambar ini tak berkesan pada perokok-perokok kot, bisik saya dalam hati.

Namun, apabila berjumpa dengan rakan-rakan yang merokok, mereka mengakui agak terkesan dengan gambar-gambar itu. Takut juga nak merokok. Fikir dua tiga kali juga sebelum beli. Hmm…. Maksudnya agak berkesanlah usaha itu, tahniah sekali lagi pada pencetus idea! Mungkin bapa saya sahaja yang keras sedikit untuk terkesan dengan ‘ancaman’ itu. Maklumlah, sudah lebih 30 tahun ayah merokok.

“Sepanjang hidup ayah hisap dua jenis rokok je.”, ayah memulakan cerita ketika kami makan di kedai mamak dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Dulu ayah hisap BENSON & HEDGES, sekarang SALEM Menthol. Ni dua jelah. Ayah tak pernah hisap yang lain.”

“Ayah tak ikut macam budak-budak muda lain, main hisap je rokok apa yang di sua kat muka. Ayah hisap rokok ayah je. Rokok mahal ni kurang sikit bahaya.”

“Ayah pergi jumpa doctor gigi dia terkejut ayah kata ayah hisap rokok dah 30 tahun lebih. Gigi ayah elok, tak rosak.”

Berasa sedikit tidak puas hati kerana ayah berbangga giginya tak seperti perokok, saya cuba untuk ‘mematikan hujah’ ayah.

“Ayah, cuba tengok kuku sikit.”, mari kita kenekan ayah – fikirku.

Agak memeranjatkan, kuku jari telunjuk dan jari tengah ayah tidak kuning!

Hmm, kalahla aku nak berdebat ngan ayah ni. Dia ada hujah kuat dia sihat.

Patutla ayah tetap istiqamah dengan pendiriannya untuk merokok. Kerana dia percaya dengan prinsipnya yang dianggap betul. Dia hisap rokok mahal dari muda, dan dia istiqamah. Bukan senang nak istiqamah ketika dia pun bukan dari keluarga berada. Haduih, ayah…ayah…

Saya cuma mampu berbisik di dalam hati.

“Tapi ayah ko tak pernah hisap masa mak mengandungkan korang tiga beradik. Sembilan bulan sepuluh hari ayah ko tak merokok.”, mak mencelah.

“Eh, boleh pulak stop-stop????”

“Mana ayah tahu, ayah?”

“Ayah tahula. Ayah tak pergi Universiti pon tapi ayah banyak membca.”

Aduh… mencucuk-cucuk rasanya kata-kata itu. Kena lagi diriku…

*************

Pengajaran dari cerita :

  1. Pencegahan mungkar WAJIB dilakukakan, walaupun kesannya belum tentu.
  2. Jangan berdebat dengan sifu kalau tak bersedia sepenuhnya. (harapkan idea spontan, bungkuslah hujah-hujahmu itu jawabnya. Huhu..)
  3. Tuntutlah ilmu. Dengan ilmu, kita tahu membezakan yang benar dan yang palsu, yang bermanfaat dan yang memudaratkan, yang halal dan haram, yang diredhai dan dimurkai. Tahu tetapi belum mahu dan mampu? Kupanjatkan segala doa dan harapanku pada Tuhanku Yang Satu.
  4. Sayangilah orang sekelilingmu dengan terus menasihati ke arah kebaikan dan berdoa untuknya tanpa jemu.
  5. Merokok biar yang mahal. Oops! Haha…
Diterbitkan dalam:  on September 3, 2009 at 6:45 am Komentar (3)

Buat diriku, yang sering lupa..

“Maaf doc, saya akan tuntut markah saya kat akhirat nanti.

“Takde sape amik soca harini. I mean it”

Tanpa saya sedari, banyak yang kaget dan terpaku sendiri. Samada dari jauh memerhati mahupun yang dekat yang mengenali. Status di YM menjadi saksi, kealpaan diri terhadap sang Murabbi, pemilik yang abadi. Membiarkan diri terbuai emosi, lantaran pertama kali mendapat B. Dalam hati, “padan muka ko radzi, banyak dosa lagi.” Alhamdulillah tuhan kifarah dosa ku di sini, daripada aku terseksa menanggung berat dosa di hari perhitungan nanti.

Tiba-tiba,seorang adinda bertanya, “ingat lagi post ADIK TAK DAPAT 9A, SEDIHLA BANG..tu? saya terkesan, mungkin anda patut membacanya supaya menjadi pengubat kepada luka kecewa.”

Ya, mungkin perlu ku ‘post’ semula, sebagai peringatan kepada diriku dan yang membaca. Daku percaya, cuma semalam daku terlupa…

Wallahu’alam…

Dr.radzi -10/06/2009

—————————————————————————————-

“Hmm… Tak taula erol, risau mak tengok adik ko. Sedih beno die tak dapat 9a.”

“Adik ade kat situ mak? Ce bagi kat die jap, bio oghang cakap ngan die”

Handphone bertukar tangan…

“Ha….. Hello….”, adik menjawab dengan suara sedih dan malas. Sepertinya tidak mahu bercakap dengan sesiapa lagi setelah kecewa dengan keputusan PMR yang diambilnya di Sekolah Izuddin Shah pagi tadi.

“Hai, lemah je gaye ni ape he??? Sape meningge???”

Adik tergelak kecil, die faham perangai abangnya yang suke bergurau walaupun nada suaranya seolah-olah tengah berbisik ingin memberitahu yang die tengah bersedih. Tak payah bagitau, abang dah tau. Cuma malas nak layan kesedihan dia tu, pandai-pandaila dia ‘cover’ kesedihan tu..

“Mane ade oghang meningge…adik tak dapat 9a. sedihla bang…”

“Dapat bape?

“6a jer..”

“Ooh, okla tu.. Alhamdulillah.”

“Ghame ke dapat 9a? bape oghang? Kawan-kawan sekelas?”

“Kelas adik takde yang dapat 9, 8 adela. Kelas lain adela yang dapat 9a.”

“Ooo… So, ape cite?”

Terdiam seketika tanpa sebarang suara dari hujung talian sebelah sana. Hanya terdengar bunyi bising talian…

“Adik……….?”

Setelah beberapa ketika baru dia menjawab,

“Nape adik selalu je dapat macam ni….??? Adik selalu je tak dapat apa yang adik nak. Dulu tak dapat 5a, sekarang ni pon tak dapat 9a. Adik dah berusaha bersungguh-sungguh dah. Adik dah buat banyak latihan dah. Macam-macam adik buat untuk dapat 9a PMR ni, tapi kenapela Allah tak bagi jugak. Sedih betula…”

Terdiam sebentar, kaku dengan pernyataan tersebut. Seorang ‘hamba’ mempersoalkan keputusan ‘tuan’nya. Seorang ‘hamba’ mempertikaikan tindakan ‘tuan’nya. Oh, manusia…

“Ya Allah, adik sedar tak ape yang adik cakap ni? Adik sedar tak adik cakap tu refer pada siape? Tahu tak sape yang bagi adik dapat keputusan tu? ALLAH, tahu tak?

“Tahuu…”, adik membalas lemah. Mana mungkin dia tidak tahu, dia sekolah agama.

“ Habis tu..??? Adik, cuba bawak bertenang, sabo… ”

Cuba adik bukak quran surah al-Baqarah ayat 216. Mungkin adik suka sesuatu,tetapi benda tu tak baik, dan mungkin adik tak suka sesuatu tapi benda tu baik bagi adik. Cube pikir elok-elok, Allah lagi tau ape yang akan jadi. DIA tahu ape yang telah, sedang dan akan terjadi, so bersangka baikla dengan Allah…. Adik tahu tak adik cakap camtu tadi adik dah bersangka buruk dengan Allah. Berdosa tahu tak?”

“Tahu…”, kembali menjawab dengan jawapan yang sama, tapi kali ini diiringi perasaan berdosa dan bersalah…

“Dengo abang nak cakap ni, ade dalam satu hadith sahih riwayat Muslim, nabi kata orang mukmin ni beruntung… Sebab ape? Sebab takde ape yang boleh menyedihkan orang mukmin ni kerana mereka ada Allah… Kalau diberi nikmat mereka bersyukur dan kalau ditimba musibah mereka sabar. Mereka tahu walau terkena duri pun itu adalah kifarah dosa. Jadi kalau ade musibah yang lagi besar dari itu, mesti lagi banyak kifarah dosa. Ringan hisab mereka di mahsyar kelak.

“Dah2, jangan nak sedih-sedih lagi. Bersyukur, orang lain lagi la, dapat 2,3a je… Rilex,ok?”

“Ok…………….”

“Dah bagi balik hp kat mak abang nak cakap ngan mak.”

Aku faham kenapa dia sedih, dia telah berubah dari seorang yang pemalas kepada seorang yang rajin setelah mendengar nasihat aku. Jika ingin berjaya seperti abang, buat begini, begini…. Banyakkan buat latihan, begini, begini…. Banyakkan doa, tawakkal, dekat dengan Allah. Begitu banyak nasihatku padanya memandangkan dia agak hormat padaku berbanding kata-kata kedua ibu bapaku. Bukan salahnya juga, anak bongsula katakan…

Dia berazam untuk keluar dari sekolah itu selepas tingkatan 3 sama sepertiku, dan mungkin jika ada rezeki juga berharap dapat ke KISAS. Oleh itu dia bersungguh-sungguh untuk PMR nya, aku faham kekecewaannya….

Namun itu bukan tiket untuk berburuk sangka pada Sang Pencipta. Sesungguhnya, mintalah pada Allah dengan jalan sabar dan solat. Sabar adalah kunci utama. Kunci pembeza antara hamba-hambaNya dikala ujian menimpa. Sedangkan ujian itu sendiri adalah dariNya….

Dua bulan kemudian aku diberitahu dia mendapat tawaran ke MRSM Berseri, Perlis. Terkejut!!! Haha, tapi itulah hakikatnya…

“Oit, camne bole dapat tawaran tu? Seghonokla tu?? Dah tak sabo-sabola nak pindah sekolah tu? Kalau tak dapat kelas sains camne?”

“Takpe, nanti adik tukar cite-cite”

“Haha, hangguk nak tuka cite-cite apenye. Kejap nak jadi doctor kejap nak jadi lain plak. Anyway, tahniah. Adik patut MALU HARITU ADIK BERSANGKA BURUK DENGAN ALLAH. Tengok ape DIA bagi kat adik? 6a pon dapat panggilan pertama MRSM.” Soalan yang tidak diharapkan jawapan. Biarlah dia memikirkannya sendiri. Sempat lagi aku bagi tazkirah dikala semua orang sedang gembira dengan berita tersebut. Aku juga gembira…

p/s: Sekarang adikku form 4, sedang belajar di sekolah barunya, MRSM Berseri, Perlis. Semoga dia berjaya mencapai cita-citanya dan di ‘faqih’kan agamanya. Amiiiiin…..=)

——————————————————————–

P/s: adik dah form5, dalam sibuk-sibuk nak periksa, sempat lagi pergi tournament Rugby Inter MRSM kat johor. Tapi bagus juga, abangnya dapat baju kejohanan. lalala~

Diterbitkan dalam:  on Jun 10, 2009 at 8:08 pm Komentar (12)

Salam ibu dari Bumi Anbiya’

Tiba-tiba hp berbunyi, jam menunjukkan pukul 3 pagi….

(macam cerita hantu la pulak.=p)

“Hello…”

“Ha, mak. Tengah watpe?”

“Mak baru balik ni. Tadi solat maghrib dengan Isya’,pastu ni baru balik hostel. Mak try mesej tadi tak boleh. Mesej kaklong pon tak boleh. Ni yang mak call ni.”

“Camne? Seronok?”

“Dari Jeddah ke Madinah tu semalam jalan dia straight je… Mak tak tido, seronok je rasa perjalanan. Belum sampai ke mekkah lagi. Mekkah nanti tak tahula.”

“Jap, mak kata duk hostel? Ayah?”

“Asing, tak duk sekali… Ayah duk hostel laki. Mak ngan ayah dah macam tak kenal je dah. Tengok dari jauh je.” — tak tau kenapa, tapi rasa sweet je mak cakap macam tu. Kesian mak terpaksa berpisah dengan ayah. Kalau tak mesti macam belangkas jadi pasangan muda. Hehe….

“Tapi takpe, mak kawan ngan makcik ni dia dah biasa pergi. Kalini dia bawak anak dia. Anak dia doctor jugak, perempuan, baru grad.” —- Ehem2! Terbatuk pulak. Haih~~ =p

“Ayah? Ayah camne pulak mak?”

“Ayah ko ngan ustaz je jalannya. Die lagi kencang. Berdua je ngan ustaz”

Hahaha….Alhamdulillah, lafaz hatiku memujuk. Risau dan rindu pada mereka. Seperti anak-anak pulak rasanya mereka. Aku benar-benar khuatir tentang mereka. Mungkin begini perasaan seorang ibubapa memikirkan anak yang pergi berjauhan dari mereka.

Lindungi mereka Ya Allah… Berikanlah mereka kekuatan,kesihatan. Berikan mereka ketenangan dan nikmat beribadah yang mereka cari, amiin ya rab…

“Mak, kat sane kul berapa?”

“Ntah… Eh, kat sana kul berapa?”

“Kul 3 pagi. Hahaha…. Nasib orang tak tido lagi, tengah buat kerja sikit.”

“Laa…yeke…  Sori2, dah tak tau masa, dah tak tau tarikh dah mak ni. Seghonok beno. Hehe. Dah2, gi tido gi. Esok nak bangun awal pulak.”

“Hahaha…. Takpe, tak tido pon. Hehe, baguslah, orang tumpang hepi.”

-Senyum mode sepanjang malam. Hehe…-

Diterbitkan dalam:  on Mei 16, 2009 at 3:50 am Komentar (10)

Mak, senyumla sikit…

“Assalamualaikum…

Pekabo mak? Tengah watpe? Sehat tak?”

“Waalaikumusalam… sehat.”

“Amboi dah nak gi umrah ni bz beno sampe lupe anak kesayangan kat indon ni ye mak? Takde mesej-mesej pon?”

“Hehe… takde la bz beno. Itu le, cadang nak mesej juge, tapi tak sempat nak mesej kamu dah call dah. Tingge nak beli barang2 je le. Mak nak beli beg. Tapi ayah kamu kata amik beg kaklong pegi PULAPOL aritu je, jangan membazir.”

“Abeh tu tak jadi beli le ni?”

“Ayah pakai beg kaklong. Mak beli baru. Hehehe…”

“Hahahaha…”

Hadiah untuk mak, menantu yang comel dan solehah, mak nak?=p

Hadiah untuk mak, menantu yang comel dan solehah, mak nak?=p

Ibuku, sudah ku anggap seperti rakan karib rasanya. Kalau dulu, bukan setakat bersembang mesra, nak duduk dekat pun terasa tidak selesa. Bukan kerana kurang mesra, tetapi kerana takut ada yang tak kena. Kalau duduk dekat, salah sedikit nanti senang sangat nak kena piat telinga! Baik duduk jauh. Hehe…

Tetapi sekarang, tiada lagi piat telinga. Tiada lagi cubit peha. Duduklah serapat mana pun, hanya kata-kata dan gurau senda yang muncul dalam bicara. Terima kasih tuhan, kerana memberi peluang untuk aku hidup dalam suasana begini. Jika salah seorang diantara kami ditakdirkan mati bertemu Ilahi, pasti akan terasa sunyi dan pilu di hati.

“Ya Allah, Tuhan yang Maha Adil, kasihanilah sahabat-sahabatku yang telah kehilangan ibu. Berikanlah mereka kebahagiaan seperti mana kau berikan pada ku. Demi ALLAH, tidak akan aku sia-siakan peluang ini. Kerana tidak seperti sebahagian dari sahabat-sahabatku, Kau menjemput ibu mereka meninggalkan mereka bersendiri. Kasihanilah mereka Ya Allah. Berikanlah kekuatan dan kelebihan pada mereka. Amiiiin….”

Insya Allah mak dan ayah akan bertolak ke tanah suci Mekah untuk menunaikan Umrah buat pertama kali pada 14hb Mei ini. Teruja sekali rasanya. Gembira tidak terkata.

“Mak, mesti seronok dapat melawat kampong nabi kan? Mak, nak ikot! Nak ikot!”

“Mak tak mampu nak bawak semua anak-anak mak, mungkin lain kali ada rezeki kita dapat pegi same-same”, ada nada sedih dapatku baca dalam mesej mak itu.

“Mak ni, orang bergurau dia ambil serius pulak. Hmm…”

“Mommy! Happy Mothers Day! Mmmmuuuahh3x! Walaupun orang punye Hari Ibu tiap-tiap hari, tapi harini special sikit so bagi kat mak flying kiss. Hehehehe…. Semoga sihat selalu mak.=)”

“Mak pun doakan anak-anak mak semoga sihat selalu”

Boleh pulak mak jawab macam tu je????? Hmm….

Tidak tahu apa pucanya. Semakin dekat tarikh untuk mak dan ayah berangkat, semakin tawar mesej-mesej mak padaku. Gurau sendaku tidak diendahkan. Seperti ada sesuatu yang disembunyikan. Mungkin dia takut akan keadaan kesihatannya. Dia takut untuk menyusahkan ayah di kota Mekah nanti. Dia takut untuk merisaukan anak-anaknya sepeninggalannya ke sana nanti. Dia takut tidak sihat sepenuhnya untuk menunaikan ibadah ketika Umrah nanti. Mungkin banyak benda yang ditakuti dan dirisaukannya.

Aku mengerti. Mak risau tentang lututnya. Walaupun kedua-duanya telah dimasukkan besi akibat masalah arthritis, tetapi sakitnya itu sering muncul tanpa diundang.

“Ya Allah, Tuhan yang Maha Tahu, aku menangis memohon kepadamu. Kembalikanlah senyuman di bibir ibuku. Berikanlah dia kesihatan, kekuatan, untuk meneruskan niat sucinya beribadah kepadaMu. Permudahkanlah urusan mak dan ayahku, di sepanjang perjalanan mereka. Kerana Kau lebih tahu, usaha dan kesungguhan mereka mengumpul wang dan rezeki dariMu, hanyalah untukMu…”

Semoga dipermudahkan urusan mereka. Semoga diterima setiap amalanku dan amalan mereka. Amiiin, ya Rabb, Tuhan yang Maha Mendegar doa hamba-hambaNya.

Seronok dapat menghayati kehidupan kampung halaman rasul

Seronok dapat menghayati kehidupan kampung halaman rasul

“Rol, ape ke ghase naek kapal teghobang tu? Idak ke gayat?”

Lagi satu, mak memang takut tinggi, dan ‘gene’ tu turun ke adek.=p

Ayah? Dia maintain cool…. Apa pun terjadi, dia akan tetap tenang dan mampu mencari penyelesaian dengan positif dan berkesan.

And as expected, I got dat ‘gene’. Haha…(Cuma mungkin kadang-kadang agak sedikit ‘gila’, adalah kerana campuran dari ‘gene’ suka bergurau dari mak.)

SAYA SAYANG MEREKA BERDUA! (^^,)

p/s: Soalan lazim dari Non Muslim, “kami dikatakan salah kerana mereka-reka imej Tuhan, menyembah imej Tuhan yang kami cipta dan buat sendiri, tetapi mengapa Orang Islam sendiri menyembah berhala paling besar di dunia? Batu empat segi, berhala paling besar, di Mekah?”

Saya memberi peluang sahabat-sahabat yang pergi ke seminar Comparative Religion di Bandung tempoh hari untuk menjawab soalan ini.=) Penuhkan komen di bawah ye? Hehehe…

Diterbitkan dalam:  on Mei 11, 2009 at 9:57 pm Komentar (41)

Mak,nak kawin! Haha..

dsc00129

“Assalamualaikum Pak Ustaz….”, sapa seorang sahabat Indonesia.

”Waalaikumusalam….”

Aduuuuhh….Tiba tiba kena panggil ustaz ni yang cuak ni. Hadui….

Monolog dalamanku berperang melawan konflik antara tugasan dan keperluan. InsyaAllah niatku adalah untuk BERKONGSI apa yang aku tahu dan bukan bercakap seolah-olah aku yang paling tahu. Alhamdulillah, tepat jam 10 malam waktu Indonesia Barat, program HIJRAH: PEDULI PALESTIN selesai dengan rasa syukur yang teramat sangat pada Rabbul Izzati, tuhan yang Maha Tinggi.

———————————————————————————————-

Nak kena cepat balik ni, nak tepon mak, esok 8hb januari hari jadi mak!

Berbunga hati tidak sabar untuk bercakap dan mengucapkan selamat hari lahir pada ibu tercinta. Handphone dicapai, nombor telefon didail. Tuuut…tuuut…

Eh, tak jadilah. Mak dah tido kot kul12 malam-malam ni. Hmm…

Panggilan diputuskan.

Tetapi tidak mahu kalah dengan adik atau kaklong yang mungkin akan jadi orang pertama wish malam ni, aku menukar keputusan untuk hantar SMS. Kalau dah tidur pun, setidak-tidaknya esok pagi mak bukak handphone nampak nama aku dulu.

Kaklong dah jadi paling kecik

Kaklong dah jadi paling kecik

Korang lambat. Orang wish mak dulu. Haha…

Kaklong mungkin sibuk dengan kerjanya. Adik mungkin tak dapat pinjam handphone kawannya di malam-malam begini. Buatnya kantoi dengan warden asrama dia pulak yang kena ganti handphone kawannya tu. Paling pun, esok pagi. Yes, jadi anak kesayanganlah lepas ni. Hikhik….

”Assalamualaikum….

Hai, hepi bday…dah tido ke mak? Cadang nak call mak tadi tapi takut kacau dah tido plak. Orang doakan mak sentiasa sehat dan dapat gi buat umrah, haji. Dapat menantu, dapat main ngan cucu! Hehe… Mak, nak kawin! Hahaha…=p”

Bajet ko wish first dapat tertunai hajatla??? Haha, mak tahu aku bergurau…

Kepenatan yang amat sangat ditambah berat kepala dan suasana yang ’gelap-gulitap’ (bekalan elektrik terputus di seluruh Jatinangor masa on the way balik rumah. Hmm..) membuatkan badan ni bagaikan magnet tertarik ke katil dan tilam kesayangan. Huhu..

Setelah setengah jam, belum lagi terlena, terdengar lagu tema Prison Break, bunyi nada dering… Baru nak angkat, panggilan sudah pun terputus.

Owh, mak buat missed call rupanya. Mak tak tido lagi malam-malam ni? Eh, birthday girl mana boleh tido awal. Hikhik…

Tangan digerakkan untuk mendail. Tuuut,tuuut….

“Hello, Assalamualaikum mak…. watpe tu? Tak tido lagi?”

”Belum… Mak dapat call dengan SMS free start malam ni sampai kul12 esok. Mak baru lepas telefon kakak **** ko. Macam biasala dia, masalah tak habeh-habeh. Orang nasehat tak mo nak dengo. Pastu ni kang tak tidola malam ni tu… Dia kalau dapat bercakap, tak mo nak berenti, sampai paneh dah handphone kat telinga mak dengo die bercakap.”

”Hahaha…. Ooh…Ayah sehat?”

”Sehat. Insya Allah kalau mak sehat macam ni mak pegila umrah tahun ni. Ayah pon dah okla tu, dia baru lepaih bukak jahit pagi tadi. Insya Allah la….”

”Oo, alhamdulillah la kalau macam tu. Hehe.”

Panjang celotehku dan ibuku. Aku tertarik dengan satu topik.

Kakak **** yang dimaksudkan adalah kakak sepupuku yang sudah lama berkahwin. Tapi sering menghadapi masalah dalaman, rumah tangganya selalu berkocak. Bukan berkocak lagi, bergegar sampai tahap 8 skala ritcher dah kot, tapi masih lagi bertahan. Mak lah tempat dia mengadu, memandangkan mak lah ibu yang paling rapat dengannya. Dia dan kakaknya kehilangan kedua ibubapa ketika usia remaja dan ayah ibukulah yang membela mereka sampailah mereka bertemu jodoh. Aku sempat tinggal bersama mereka di waktu kecilku dahulu. Sudah seperti kakak kandung rasanya.

Namun apa yang dikesalkan adalah perangai mereka sendiri. Dia dan suaminya, yang tahu benar segala punca dan penyebab masalah mereka bergaduh, tidak pernah mengambil inisiatif untuk insaf dan berubah. Pelik….

Seorang suami yang bertindak kasar pada isterinya, mengherdik dan memukul sangat tidak dapat dimaafkan. Rasulullah SAW contoh suami terbaik tidak pernah menyakiti isteri-isteri baginda. Apatah lagi mengangkat dan menghayun tangan lembut baginda ke atas isteri-isterinya.

An nisa’ 4: 19.

Dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.

Ya, sungguh tidak dapat dimaafkan. Kami selaku ahli keluarga terdekatnya berasa amat sedih dan kasihan melihat keadaanya diperlakukan sebegitu. Abang ****, suaminya adalah seorang yang baik pada pengamatan kami. Sangat menghormati orang tua, menyayangi orang tua. Sungguh kami tidak sangka dia sanggup melukakan hati isteri yang telah melayannya, menjaganya dan memberikannya 3 orang anak yang bijak dan comel.

Mak kata,

”Alah,depan kita pijak semut pun tak mati. Kalau ayah ko nasihat dia, tunduk je dia, sampai menangis-nangis dia depan ayah ngan mak, cakap dia sayang kak **** ko. Tapi bila kita balik, dia buat balik. Kesiah kak **** ko tu.”

Pada fikiranku, tidak mungkin dia berpura-pura menangis setelah dinasihati oleh kedua ibu bapaku. Kalau dia benar seorang lelaki yang ’jahat’ pada isteri, di mana egonya apabila dinasihat sebegitu sahaja sampai boleh mengeluarkan airmata teresak-esak?

-Gambar Hiasan-

-Gambar Hiasan-

Ternyata dia ’bertindak tidak waras’ adalah kerana kakak sepupuku yang ’kurang’ memahami suaminya agaknya. Menurut ibuku, kak **** seorang yang suka ’enjoy’ dan ’bergaya’. Walaupun sudah beranak tiga, anak-anaknya juga sudah besar, penampilannya masih lagi seperti anak dara. Serius.

Mana si abang tak cemburu, ramai lelaki yang menjamu! Mana si abang tak menggila, ramai lelaki yang ’mencuba’! Mana si abang tidak menangis, ramai lelaki yang sibuk ’berbaris’. Hmm….

An nisa’ 4:34.

Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri[289] ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka)[290]. Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya[291], maka nasehatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya[292]. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.

Setelah direnung dan difikir-fikirkan kembali…..

Ha, amik ko!!! Ingat senang nak jaga keluarga??? Huhu… Seorang lelaki harus bijak. Bijak mengawal emosi, bijak mengatur diri, bijak memahami isteri, bijak mengambil hati, bijak juga meng’express’ luka di hati.

Bijak semata takkan kekal. Doa pada Yang Esa, itulah petua…..

Al furqoon 25:74.

Dan orang orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.

____________________________________________

[289]. Maksudnya: Tidak berlaku curang serta memelihara rahasia dan harta suaminya.

[290]. Maksudnya: Allah telah mewajibkan kepada suami untuk mempergauli isterinya dengan baik.

[291]. Nusyuz: yaitu meninggalkan kewajiban bersuami isteri. Nusyuz dari pihak isteri seperti meninggalkan rumah tanpa izin suaminya.

[292]. Maksudnya: untuk memberi peljaran kepada isteri yang dikhawatirkan pembangkangannya haruslah mula-mula diberi nasehat, bila nasehat tidak bermanfaat barulah dipisahkan dari tempat tidur mereka, bila tidak bermanfaat juga barulah dibolehkan memukul mereka dengan pukulan yang tidak meninggalkan bekas. Bila cara pertama telah ada manfaatnya janganlah dijalankan cara yang lain dan seterusnya.

Diterbitkan dalam:  on Januari 8, 2009 at 11:44 pm Komentar (36)

Semua akan mati…

“Rol, ade kelas ke? Mak nak gi KL ni, adek opah yang bongsu meninggal dunia”, bunyi ayat ibuku di dalam satu sistem pesanan ringkas atau lebih mesra dikenali sebagai SMS.

“Adek opah yang mana satu, mak?”

“Yang rumah dia dekat dengan arwah tok hitam tu.”

“Innalillah hi wa inna ilaihi raji’un…. Semoga dia sentiasa berada dalam rahmat dan redha Allah, amiinn…”

Al-ankabut,29: 57. Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.

Sesungguhnya setiap yang bernyawa PASTI akan mati. Samada di dalam nikmat iman dan islam, mahupun di dalam ‘Islam sekadar nama’, mahupun di dalam kekufuran.

Semua manusia bertanggungjawab terhadap apa yang mereka lakukan di dunia ini.

Sedih memikirkan tentang mati… Mahu mengalir rasanya airmata ini…

Aku cukup degil mematuhi perintahMu, aku cukup leka dengan ujian duniaMu, semoga aku tergolong dalam golongan orang yang beringat di atas peringatanMu ini. Terima kasih Tuhan, kerana mengingatkan. Sesungguhnya kematian seorang manusia adalah untuk mengingatkan manusia lain tentang hakikat kewujudan kita-yang tidak lama.

As-shaffat, 37:16. Apakah apabila kami telah mati dan telah menjadi tanah serta menjadi tulang belulang, apakah benar-benar kami akan dibangkitkan (kembali)?

Teringat satu analogi yang diberikan oleh seorang ustaz ketika berada di tingkatan dua,

“Allah Maha Kuasa. Kita takdak kuasa. Allah nak cipta kita senang ja, tak perlu mintak tolong sapa-sapa. Jadi untuk mematikan dan menghidupkan kita semula selepas mati, Allah tidak perlu bersusah payah! Bayangkan, seorang ahli sains, yang mencipta kereta. Pada zamannya tiada manusia yang pernah melihat dan mengetahui tentang kereta, tetapi dia berjaya menciptanya. Dan apabila kereta itu rosak, remuk, tiada stereng, tiada tayar, tiada enjin, tiada macam-macam, diberikan kepadanya untuk dibaiki, adakah dia mampu? Daripada tiada pun boleh dijadikannya sampai ada, inikan pula dah ada, cuma rosak???!!”

Analogi itu akan tetap ku ingat, menjadi pedoman kepada diri dan sesiapa yang mencari, hakikat tuhan dan hakikat diri.

Berimanlah bahawa kita akan dihidupkan semula dan ditanya tentang amalan yang telah kita lakukan di dunia. Dunia hanya persinggahan, untuk dikumpul bekalan, supaya menjadi kesenangan, di padang mahsyar medan pertanyaan.

Ya Allah, lindungilah daku dari azab Jahannam, lindungilah daku dari azab kubur, lindungilah daku dari kejahatan fitnah dunia dan selepasnya, dan lindungilah daku dari fitnah ad-dajjal laknatullah…..

Amiiiiin ya Rabbi….

Diterbitkan dalam:  on Oktober 30, 2008 at 12:21 pm Komentar (8)

Aku Bercakap Tentang Cinta

Biismillahirrahmanirrahim….

Sangat-sangat ganjil rasanya ketika menulis post ini. Kebanyakan ‘post-post’ku sebelum ini berkisar tentang tajuk-tajuk ilmiah dan penghuraian fakta agama mengikut cara berfikirku. Jarang sekali aku menulis tentang pengalaman mahupun ‘diary’ku di blog ini. Namun, hari ini terdetik untuk menulis sesuatu yang luar dari kebiasaanku, iaitu kehidupanku. Mungkin sedikit aneh untuk dibaca, tetapi atas dasar ‘perkongsian pemikiran’ yang aku tanamkan ketika mula-mula ingin menulis di blog, aku ingin berkongsi…

Aku sebak……

Kehidupanku mula berubah semenjak keberadaaanku di Intec, Pusat Persediaan Pelajar Ke Luar Negeri di Shah Alam. Aku diperkenalkan dengan agama yang bukan warisan. Aku diingatkan untuk mencari siapa Tuhan. Aku dikelompokkan dengan hamba-hamba yang dambakan kebenaran. Namun, di sebalik kehidupan sebegitu aku terjumpa si dia. Hatiku sering menolak untuk mengenal, merapati, apatah lagi bertemu si dia. Namun imanku masih lemah untuk menolak kewujudan fitrah. Aku gagal. Entah mengapa kenangan ini mengundang airmata yang tidak dapat ku tahan. Aku mohon ampun Ya Allah…

Ya Allah, kenapa Kau biarkan aku dengan ujian beratMu itu???

Kenapa Kau lemahkan aku dengan cabaranMu itu???

Hanya milikMu lah airmata ini…

“Mak, orang nak kahwin. Boleh tak, mak?”

“Ish, kamu jangan nak mengada.”

Mungkin aku belum cukup matang pada pandangan ibuku untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami, untuk memimpin sebuah keluarga, apatah lagi menjaga hal ehwal anak gadis seseorang. Aku pasrah. Aku bertekad untuk berubah. Aku tetap diriku, namun aku berusaha untuk menunjukkan kecerdasan dan kematangan berfikir. Aku berubah dari seorang yang selalu tidak serius kepada orang yang lebih ‘dewasa’. Aku berubah dari seorang yang malas mengemas dan mengatur bilik kepada seorang yang lebih tersusun. Aku berubah dari seorang yang ‘sendiri’ kepada seorang yang lebih peka dan bertanggungjawab terhadap orang lain. Kebanyakan masalah dalam keluarga dan adik beradikku, aku pasti menyumbang idea untuk menyelesaikannya. Perubahan ini bukan sekejap. Setelah berjuang mengubah diri, aku bertanya lagi…

“Mak, orang ada kawan dengan seorang perempuan ni. Orang rasa orang nak jadikan dia sebagai isteri. Kalau boleh, orang nak kahwinla mak. Apa pendapat mak?”

Mata ibu sayu memandang wajahku. Mungkin terasa akan kehilangan seorang anak yang dilahirkannya. Mungkin terasa akan ‘berjauhan’ dari anaknya. Mungkin sebak memikirkan pengorbanannya sepanjang menjaga dan membesarkan anak lelakinya ini.

“Mak takde duit. Kamu ada ke duit nak kahwin ni?”

Aku kecewa lagi…

Betapa beratnya seksaan dan ujian yang ku tanggung sepanjang ‘persahabatan’ku dengan si dia. Betapa pedihnya diri ini memikirkan dosa yang ku’rutini’. Betapa sayunya hati ini menangis menahan malu di depan Ilahi…

Ya Allah, Kau tahu dosaku.

Ya Allah, aku benci diriku. Aku benci dosaku. Aku berazam!!!

Ya Allah, kasihanilah aku…

Entah kenapa aku sering menangis, mataku sering basah memohon keampunan dan petunjukNya.

Ke seberang laut aku menuju, meninggalkan keluarga, dan si dia di Malaysia. Aku mengumpul duit. Biasiswaku di Indonesia ini dirancang sebaik mungkin. Makanku tidak terurus, aku sering berkorban untuk tidak makan dengan mewah. Cukuplah jika ianya dapat mengisi perut, menjadi tenaga untuk meneruskan kehidupan. Biarlah diri ini merasakan kelaparan dan kesusahan sepertimana orang-orang yang berjuang di jalan Allah. Ya, aku rasakan diriku sedang berjuang di jalan Allah. Mengumpul duit untuk mendapatkan pernikahan yang halal. Sekembalinya ke Malaysia setelah setahun, aku disambut dengan pelukan rindu seorang ibu.

“Ya Allah, kurusnya ko ni erol… Dengan rambut panjangnye… Apa ko buat kat Indonesia tu, ko tak makan ke…”,

nada ibu bersahaja namun riak mukanya cuba menyembunyikan kepiluan. Cukup ku fahami. Dia menahan sedih. Anaknya tidak makan dengan enak, tidak makan dengan selesa, tidak makan dengan gembira. Dia tahu walau tanpa kata-kataku. Ibu bersedih di dalam hati, terasa dengan perbuatanku.

Arghhhh! Aku menyedihkan ibu lagi!

Dia tahu aku sedang mengumpul duit. Dia tahu apa yang didalam hatiku. Seorang ibu boleh menyelami hati anaknya. Seorang ibu sangat mengenal setiap sudut hati anak-anaknya.

“Mak, jom teman orang gi kedai emas yang mak selalu pegi tu.”

“Nak buat apa?”

“Nak beli cincin”

Ibu diam seribu bahasa, mengikut sahaja tingkah laku anaknya. Mungkin diam tanda setuju, mungkin juga diam tanda faham kedegilan anaknya. Di sana, ibu yang memberikan pandangan. Dia juga yang membuat pilihan. Alhamdulillah, kubeli cincin belah rotan emas berselang emas putih.

“Mak, boleh panggil ayah? Nak bincang sikitla..”

Ayah adalah rujukan terakhir, kerana dia selalunya bersikap memerhati dari jauh perkembangan anak-anaknya tanpa melibatkan diri jika ianya tidak mustahak. Tetapi sememangnya sebagai memegang watak ‘ketua keluarga’, sebarang keputusan, dialah yang akan memberikan pendapat, pandangan, dan usul-usul yang menurutnya adalah yang terbaik. Ayahku memang seorang yang ‘cool’ dan berfikiran jauh.

“Mak, ayah, orang harap mak dengan ayah janganlah marah orang nak cakap ni. Orang ada berkawan dengan seorang perempuan ni. Dia orang **, mak ayah dia orang **. Orang kenal dia kat Intec dulu. Orang rasa orang serius dengan dia, dan orang nak jadikan dia sebagai isteri orang. Bukan apa, orang tak sedap hati berkawan dengan dia tanpa ada sebarang ikatan apa-apa. Orang tau mak dengan ayah takde duit, orang tak nak menyusahkan mak dan ayah. Orang ada kumpul duit sikit. Ni orang dah beli cincin, orang harap mak dengan ayah boleh pergi berjumpa dengan family dia, kita boleh kenal-kenal dan bincang-bincang…”

Mataku berkaca lagi…

Ayah memberikan hujah-hujahnya, ibu hanya memandang sayu. Tidak inginku membiarkan airmataku mengalir di depan mereka. Percakapanku tersekat-sekat, aku sebak. Airmataku ku tahan, emosiku ku kawal. Bukan kerana keinginan dan pendapatku ditolak, tetapi kerana aku merasakan telah mengecewakan kedua ibubapaku. Mereka merasa seperti aku tidak menghiraukan keinginan mereka untuk melihat aku menghabiskan pelajaranku dahulu. Aku punya hujah dan sebabku tersendiri kenapa aku ingin berkahwin namun begitu aku tetap berasa bersalah. Aku yakin keputusanku benar. Tetapi keputusan mereka tidak boleh dianggap salah. Mungkin dengan perbuatanku itu tadi membuatkan mereka dianggap salah.

Tidak mak, ayah… Kamu berdua tidak salah…

Saya yang salah…

Arghhhhh!!! Aku buat mereka sedih. Anak apakah aku ini!!!

Pandanganku benar, penilaianku benar, perkiraanku juga benar, kerana aku telah mempelajari agamaku dengan bersungguh-sungguh. Tetapi pandangan mereka tidak salah. Pandangan seorang wanita yang membawa ‘beban tambahan’ dibadannya selama lebih sembilan bulan. Pandangan seorang manusia yang kurang tidur dan rehatnya selama lebih tiga tahun. Pandangan seorang lelaki yang membawa rezeki ke dalam rumahtangga semenjak berpuluh-puluh tahun. Pandangan seseorang yang telah berkorban tanpa impikan balasan. Pandangan manusia yang paling dekat dengan kita setelah 22 tahun.

Ya Allah, kenapa Kau uji kami yang mengharap redhaMu?

Ya Allah, kenapa terlalu berat ujian yang melanda kami?

Ya Allah, kenapa terlalu lama kami dibiarkan diuji?

Kenapa Ya Allah…

Akhirnya keputusan diambil. Kami berpisah.

Jagalah dirimu. Hiasilah peribadimu dengan ilmu-ilmu agama. Dekatkanlah dirimu dengan Sang Pencipta. Semoga dengan pengorbanan kita ini, berkorban demi kebahagiaan kedua ibubapa, menghasilkan natijah hubungan yang diredhai seterusnya kelak melahirkan generasi yang diimpikan Nabi. Kita berpisah…

Mungkin inilah yang terbaik. Disunnahkan anak Adam untuk menyempurnakan sebahagian agamanya dengan bernikah. Namun kata Nabi Penghulu Segala Nabi, jika kamu tidak mampu, berpuasalah. Ya, berpuasa. Insan Mulia mengajar kita berpuasa. Di samping berpuasa zahiriah, aku bertekad untuk berpuasa batiniah. Tiada lagi si dia di hati. Cukuplah Allah menjaga, mengambil berat, memberikan kasih saying kepada si dia. Aku dan dia hanya halal setelah pernikahan. Akan tiba suatu masa nanti kita kembali bersatu, di atas tali pernikahan, di atas senyuman restu ayah dan ibu.

Keputusan yang berat, pedih, dikala melihat sahabat-sahabat lain dipermudahkan urusan pernikahan mereka. Aku redha.

Titisan airmataku mengalir lagi…

Ampuni daku Ya Allah. Berikanlah daku syurgaMu, kurniakanlah pada diriku RedhaMu.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Diterbitkan dalam:  on Jun 25, 2008 at 4:20 pm Komentar (42)

Ayah

Ayah…

Terima kasih…

Tiada tawaku penawar duka

Tiada kataku pemanis bicara

Tiada senyumanku pengubat jiwa

Maafkan aku

Bukan maksudku untuk lupa

Ayah…

Siapa tahu pengorbananmu

Siapa tahu penat lelahmu

Siapa tahu jeritan hatimu

Siapa tahu kesedihanmu

Siapa tahu beban tanggungjawab dirimu

Alangkah susahnya membanting tulang

Tidak mungkin kau luahkan

Kau hanya tahu membahagiakan…

Kau gagahkan tenagamu

Kau ikhlaskan keringatmu

Kau lupakan kedegilan anak-anakmu

Kau maafkan kesombongan mereka

Kau hanya tahu membahagiakan…

Ayah…

Darimu ku kenal hidup

Darimu ku kenal bahagia

Darimu ku kenal senyum

Darimu ku kenal tawa

Terima kasih…

Ya Allah…

Balaslah setiap titik peluhnya

Sihatkanlah setiap sendi tubuhnya

Gembirakanlah setiap sudut hatinya

Kerana tiada apa yang mampu menandingi pengorbanannya

Selama dia berbakti hingga ke saat ini

Ayah…

Terima kasih…

Diterbitkan dalam:  on Jun 14, 2008 at 10:03 am Komentar (2)

“adik tak dapat 9a, sedihla bang..”

“Hmm… Tak taula erol, risau mak tengok adik ko. Sedih beno die tak dapat 9a.”

“Adik ade kat situ mak? Ce bagi kat die jap, bio oghang cakap ngan die”

Handphone bertukar tangan…

“Ha….. Hello….”, adik menjawab dengan suara sedih dan malas. Sepertinya tidak mahu bercakap dengan sesiapa lagi setelah kecewa dengan keputusan PMR yang diambilnya di Sekolah Izuddin Shah pagi tadi.

“Hai, lemah je gaye ni ape he??? Sape meningge???”

Adik tergelak kecil, die faham perangai abangnya yang suke bergurau walaupun nada suaranya seolah-olah tengah berbisik ingin memberitahu yang die tengah bersedih. Tak payah bagitau, abang dah tau. Cuma malas nak layan kesedihan dia tu, pandai-pandaila dia ‘cover’ kesedihan tu..

“Mane ade oghang meningge…adik tak dapat 9a. sedihla bang…”

“Dapat bape?

“6a jer..”

“Ooh, okla tu.. Alhamdulillah.”

“Ghame ke dapat 9a? bape oghang? Kawan-kawan sekelas?”

“Kelas adik takde yang dapat 9, 8 adela. Kelas lain adela yang dapat 9a.”

“Ooo… So, ape cite?”

Terdiam seketika tanpa sebarang suara dari hujung talian sebelah sana. Hanya terdengar bunyi bising talian…

“Adik……….?”

Setelah beberapa ketika baru dia menjawab,

“Nape adik selalu je dapat macam ni….??? Adik selalu je tak dapat apa yang adik nak. Dulu tak dapat 5a, sekarang ni pon tak dapat 9a. Adik dah berusaha bersungguh-sungguh dah. Adik dah buat banyak latihan dah. Macam-macam adik buat untuk dapat 9a PMR ni, tapi kenapela Allah tak bagi jugak. Sedih betula…”

Terdiam sebentar, kaku dengan pernyataan tersebut. Seorang ‘hamba’ mempersoalkan keputusan ‘tuan’nya. Seorang ‘hamba’ mempertikaikan tindakan ‘tuan’nya. Oh, manusia…

“Ya Allah, adik sedar tak ape yang adik cakap ni? Adik sedar tak adik cakap tu refer pada siape? Tahu tak sape yang bagi adik dapat keputusan tu? ALLAH, tahu tak?

“Tahuu…”, adik membalas lemah. Mana mungkin dia tidak tahu, dia sekolah agama.

“ Habis tu..??? Adik, cuba bawak bertenang, sabo… ”

“Cuba adik bukak quran surah al-Baqarah ayat 216. Mungkin adik suka sesuatu,tetapi benda tu tak baik, dan mungkin adik tak suka sesuatu tapi benda tu baik bagi adik. Cube pikir elok-elok, Allah lagi tau ape yang akan jadi. DIA tahu ape yang telah, sedang dan akan terjadi, so bersangka baikla dengan Allah…. Adik tahu tak adik cakap camtu tadi adik dah bersangka buruk dengan Allah. Berdosa tahu tak?”

“Tahu…”, kembali menjawab dengan jawapan yang sama, tapi kali ini diiringi perasaan berdosa dan bersalah…

“Dengo abang nak cakap ni, ade dalam satu hadith sahih riwayat Muslim, nabi kata orang mukmin ni beruntung… Sebab ape? Sebab takde ape yang boleh menyedihkan orang mukmin ni kerana mereka ada Allah… Kalau diberi nikmat mereka bersyukur dan kalau ditimba musibah mereka sabar. Mereka tahu walau terkena duri pun itu adalah kifarah dosa. Jadi kalau ade musibah yang lagi besar dari itu, mesti lagi banyak kifarah dosa. Ringan hisab mereka di mahsyar kelak.

“Dah2, jangan nak sedih-sedih lagi. Bersyukur, orang lain lagi la, dapat 2,3a je… Rilex,ok?”

“Ok…………….”

“Dah bagi balik hp kat mak abang nak cakap ngan mak.”

Aku faham kenapa dia sedih, dia telah berubah dari seorang yang pemalas kepada seorang yang rajin setelah mendengar nasihat aku. Jika ingin berjaya seperti abang, buat begini, begini…. Banyakkan buat latihan, begini, begini…. Banyakkan doa, tawakkal, dekat dengan Allah. Begitu banyak nasihatku padanya memandangkan dia agak hormat padaku berbanding kata-kata kedua ibu bapaku. Bukan salahnya juga, anak bongsula katakan…

Dia berazam untuk keluar dari sekolah itu selepas tingkatan 3 sama sepertiku, dan mungkin jika ada rezeki juga berharap dapat ke KISAS. Oleh itu dia bersungguh-sungguh untuk PMR nya, aku faham kekecewaannya….

Namun itu bukan tiket untuk berburuk sangka pada Sang Pencipta. Sesungguhnya, mintalah pada Allah dengan jalan sabar dan solat. Sabar adalah kunci utama. Kunci pembeza antara hamba-hambaNya dikala ujian menimpa. Sedangkan ujian itu sendiri adalah dariNya….

Dua bulan kemudian aku diberitahu dia mendapat tawaran ke MRSM Berseri, Perlis. Terkejut!!! Haha, tapi itulah hakikatnya…

“Oit, camne bole dapat tawaran tu? Seghonokla tu?? Dah tak sabo-sabola nak pindah sekolah tu? Kalau tak dapat kelas sains camne?”

“Takpe, nanti adik tukar cite-cite”

“Haha, hangguk nak tuka cite-cite apenye. Kejap nak jadi doctor kejap nak jadi lain plak. Anyway, tahniah. Adik patut MALU HARITU ADIK BERSANGKA BURUK DENGAN ALLAH. Tengok ape DIA bagi kat adik? 6a pon dapat panggilan pertama MRSM.” Soalan yang tidak diharapkan jawapan. Biarlah dia memikirkannya sendiri. Sempat lagi aku bagi tazkirah dikala semua orang sedang gembira dengan berita tersebut. Aku juga gembira…

p/s: Sekarang adikku form 4, sedang belajar di sekolah barunya, MRSM Berseri, Perlis. Semoga dia berjaya mencapai cita-citanya dan di ‘faqih’kan agamanya. Amiiiiin…..=)

Diterbitkan dalam:  on Jun 10, 2008 at 12:32 pm Komentar (8)