Buat diriku, yang sering lupa..

“Maaf doc, saya akan tuntut markah saya kat akhirat nanti.

“Takde sape amik soca harini. I mean it”

Tanpa saya sedari, banyak yang kaget dan terpaku sendiri. Samada dari jauh memerhati mahupun yang dekat yang mengenali. Status di YM menjadi saksi, kealpaan diri terhadap sang Murabbi, pemilik yang abadi. Membiarkan diri terbuai emosi, lantaran pertama kali mendapat B. Dalam hati, “padan muka ko radzi, banyak dosa lagi.” Alhamdulillah tuhan kifarah dosa ku di sini, daripada aku terseksa menanggung berat dosa di hari perhitungan nanti.

Tiba-tiba,seorang adinda bertanya, “ingat lagi post ADIK TAK DAPAT 9A, SEDIHLA BANG..tu? saya terkesan, mungkin anda patut membacanya supaya menjadi pengubat kepada luka kecewa.”

Ya, mungkin perlu ku ‘post’ semula, sebagai peringatan kepada diriku dan yang membaca. Daku percaya, cuma semalam daku terlupa…

Wallahu’alam…

Dr.radzi -10/06/2009

—————————————————————————————-

“Hmm… Tak taula erol, risau mak tengok adik ko. Sedih beno die tak dapat 9a.”

“Adik ade kat situ mak? Ce bagi kat die jap, bio oghang cakap ngan die”

Handphone bertukar tangan…

“Ha….. Hello….”, adik menjawab dengan suara sedih dan malas. Sepertinya tidak mahu bercakap dengan sesiapa lagi setelah kecewa dengan keputusan PMR yang diambilnya di Sekolah Izuddin Shah pagi tadi.

“Hai, lemah je gaye ni ape he??? Sape meningge???”

Adik tergelak kecil, die faham perangai abangnya yang suke bergurau walaupun nada suaranya seolah-olah tengah berbisik ingin memberitahu yang die tengah bersedih. Tak payah bagitau, abang dah tau. Cuma malas nak layan kesedihan dia tu, pandai-pandaila dia ‘cover’ kesedihan tu..

“Mane ade oghang meningge…adik tak dapat 9a. sedihla bang…”

“Dapat bape?

“6a jer..”

“Ooh, okla tu.. Alhamdulillah.”

“Ghame ke dapat 9a? bape oghang? Kawan-kawan sekelas?”

“Kelas adik takde yang dapat 9, 8 adela. Kelas lain adela yang dapat 9a.”

“Ooo… So, ape cite?”

Terdiam seketika tanpa sebarang suara dari hujung talian sebelah sana. Hanya terdengar bunyi bising talian…

“Adik……….?”

Setelah beberapa ketika baru dia menjawab,

“Nape adik selalu je dapat macam ni….??? Adik selalu je tak dapat apa yang adik nak. Dulu tak dapat 5a, sekarang ni pon tak dapat 9a. Adik dah berusaha bersungguh-sungguh dah. Adik dah buat banyak latihan dah. Macam-macam adik buat untuk dapat 9a PMR ni, tapi kenapela Allah tak bagi jugak. Sedih betula…”

Terdiam sebentar, kaku dengan pernyataan tersebut. Seorang ‘hamba’ mempersoalkan keputusan ‘tuan’nya. Seorang ‘hamba’ mempertikaikan tindakan ‘tuan’nya. Oh, manusia…

“Ya Allah, adik sedar tak ape yang adik cakap ni? Adik sedar tak adik cakap tu refer pada siape? Tahu tak sape yang bagi adik dapat keputusan tu? ALLAH, tahu tak?

“Tahuu…”, adik membalas lemah. Mana mungkin dia tidak tahu, dia sekolah agama.

“ Habis tu..??? Adik, cuba bawak bertenang, sabo… ”

Cuba adik bukak quran surah al-Baqarah ayat 216. Mungkin adik suka sesuatu,tetapi benda tu tak baik, dan mungkin adik tak suka sesuatu tapi benda tu baik bagi adik. Cube pikir elok-elok, Allah lagi tau ape yang akan jadi. DIA tahu ape yang telah, sedang dan akan terjadi, so bersangka baikla dengan Allah…. Adik tahu tak adik cakap camtu tadi adik dah bersangka buruk dengan Allah. Berdosa tahu tak?”

“Tahu…”, kembali menjawab dengan jawapan yang sama, tapi kali ini diiringi perasaan berdosa dan bersalah…

“Dengo abang nak cakap ni, ade dalam satu hadith sahih riwayat Muslim, nabi kata orang mukmin ni beruntung… Sebab ape? Sebab takde ape yang boleh menyedihkan orang mukmin ni kerana mereka ada Allah… Kalau diberi nikmat mereka bersyukur dan kalau ditimba musibah mereka sabar. Mereka tahu walau terkena duri pun itu adalah kifarah dosa. Jadi kalau ade musibah yang lagi besar dari itu, mesti lagi banyak kifarah dosa. Ringan hisab mereka di mahsyar kelak.

“Dah2, jangan nak sedih-sedih lagi. Bersyukur, orang lain lagi la, dapat 2,3a je… Rilex,ok?”

“Ok…………….”

“Dah bagi balik hp kat mak abang nak cakap ngan mak.”

Aku faham kenapa dia sedih, dia telah berubah dari seorang yang pemalas kepada seorang yang rajin setelah mendengar nasihat aku. Jika ingin berjaya seperti abang, buat begini, begini…. Banyakkan buat latihan, begini, begini…. Banyakkan doa, tawakkal, dekat dengan Allah. Begitu banyak nasihatku padanya memandangkan dia agak hormat padaku berbanding kata-kata kedua ibu bapaku. Bukan salahnya juga, anak bongsula katakan…

Dia berazam untuk keluar dari sekolah itu selepas tingkatan 3 sama sepertiku, dan mungkin jika ada rezeki juga berharap dapat ke KISAS. Oleh itu dia bersungguh-sungguh untuk PMR nya, aku faham kekecewaannya….

Namun itu bukan tiket untuk berburuk sangka pada Sang Pencipta. Sesungguhnya, mintalah pada Allah dengan jalan sabar dan solat. Sabar adalah kunci utama. Kunci pembeza antara hamba-hambaNya dikala ujian menimpa. Sedangkan ujian itu sendiri adalah dariNya….

Dua bulan kemudian aku diberitahu dia mendapat tawaran ke MRSM Berseri, Perlis. Terkejut!!! Haha, tapi itulah hakikatnya…

“Oit, camne bole dapat tawaran tu? Seghonokla tu?? Dah tak sabo-sabola nak pindah sekolah tu? Kalau tak dapat kelas sains camne?”

“Takpe, nanti adik tukar cite-cite”

“Haha, hangguk nak tuka cite-cite apenye. Kejap nak jadi doctor kejap nak jadi lain plak. Anyway, tahniah. Adik patut MALU HARITU ADIK BERSANGKA BURUK DENGAN ALLAH. Tengok ape DIA bagi kat adik? 6a pon dapat panggilan pertama MRSM.” Soalan yang tidak diharapkan jawapan. Biarlah dia memikirkannya sendiri. Sempat lagi aku bagi tazkirah dikala semua orang sedang gembira dengan berita tersebut. Aku juga gembira…

p/s: Sekarang adikku form 4, sedang belajar di sekolah barunya, MRSM Berseri, Perlis. Semoga dia berjaya mencapai cita-citanya dan di ‘faqih’kan agamanya. Amiiiiin…..=)

——————————————————————–

P/s: adik dah form5, dalam sibuk-sibuk nak periksa, sempat lagi pergi tournament Rugby Inter MRSM kat johor. Tapi bagus juga, abangnya dapat baju kejohanan. lalala~

Diterbitkan dalam: on Jun 10, 2009 at 8:08 pm Komentar (12)

Lahir Islam Tak Semestinya Muslim

“Tahniah BAIK sebab berjaya anjurkan program comparative religion tu”, ucapan seorang teman usai program berakhir.

BAIK ; Biro Agama Islam Kubi telah Berjaya mengadakan program Comparative Religion dengan menjemput Brother Shah Kirit  buat julung-julung kalinya di Indonesia. Alhamdulillah, segala puji HANYA layak bagi Allah, Tuhan yang tiada sekutu, tuhan yang Maha Tahu, Tuhan yang mengatur segala sesuatu.

Tanpa bantuan dan izinNya, tidak mungkin BAIK mampu menjalankan tanggunjawab menyebarkan agama ini.

Surah Assyura (surah ke 42)

13. Dia (Allah) telah mensyari’atkan bagi kamu tentang AGAMA apa yang telah diwasiatkan-Nya KEPADA NUH dan apa yang telah Kami wahyukan KEPADAmu (MUHAMMAD) dan apa yang telah Kami wasiatkan KEPADA IBRAHIM, MUSA dan ‘JESUS’ yaitu: Tegakkanlah agama[1340] dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya orang yang kembali (kepada-Nya).

[1340]. Yang dimaksud: agama di sini ialah MENG-ESAKAN ALLAH SWT., beriman kepada-Nya, KITAB-KITABNya (yang diberikan kepada ‘David’,’Moses’,’Jesus’ dahulu), rasul-rasulNya dan hari akhirat serta MENTAATI segala perintah dan larangan-Nya.

14. Dan mereka (ahli kitab) TIDAK BERPECAH BELAH, KECUALI setelah datang pada mereka ilmu pengetahuan (KEBENARAN yang disampaikan oleh para nabi) karena kedengkian di antara mereka[1341]. Kalau tidaklah karena sesuatu ketetapan yang telah ada dari Tuhanmu dahulunya (untuk menangguhkan azab) sampai kepada waktu yang ditentukan, pastilah mereka telah dibinasakan. Dan sesungguhnya orang-orang yang diwariskan kepada mereka Al-Kitab (Taurat dan Injil[1342]) sesudah mereka, benar-benar berada dalam KERAGUAN yang menggoncangkan tentang kitab (al-Quran)itu.

[1341]. Maksudnya: Ahli-ahli kitab itu berpecah belah sesudah mereka mengetahui kebenaran dari Nabi-nabi mereka. Sesudah datang Nabi Muhammad s.a.w dan nyata kebenarannya merekapun tetap berpecah belah dan TIDAK MEMPERCAYAINYA.

[1342]. Yang dimaksudkan dengan Orang-orang yang diwariskan kepada mereka Al-Kitab ialah ahli kitab yang hidup pada masa Nabi Muhammad s.a.w.

15. Maka karena itu serulah (mereka kepada agama ini) dan tetaplah sebagai mana diperintahkan kepadamu dan janganlah mengikuti hawa nafsu mereka dan katakanlah: “AKU BERIMAN KEPADA SEMUA KITAB yang diturunkan Allah dan aku diperintahkan SUPAYA BERLAKU ADIL diantara kamu. Allah-lah Tuhan KAMI dan Tuhan KAMU. Bagi kami amal-amal kami dan bagi kamu amal-amal kamu. Tidak ada pertengkaran antara kami dan kamu, Allah mengumpulkan antara kita dan kepada-Nyalah kembali (kita).”

Bukan untuk mempromosikan agama, tetapi untuk ‘menjelaskan’ agama. Agama yang selama ini kabur dan sugul. Tidak terkenal dan diminati. Tidak dihayati dan difahami. ADA APA DENGAN AGAMA???

WE LIVE IN CREATION.

CREATION MUST HAVE THE CREATOR.

GOD DO EXIST.

WE BELIEVE IN GOD.

GOD MUST BE POWERFUL.

POWERFUL MUST NOT BE MORE THAN ONE.

POWERFUL MUST NOT BE BORN.

POWERFUL MUST NOT BE ANY IMAGE ‘SEEN’/’IMAGINED’ BY MAN.

IF NOT, HE CAN’T BE GOD.

GOD IS POWERFUL.

Kenal Tuhan, barulah dapat kenal dengan AGAMA. Taat kepada tuhan bukan sekadar mengaku beragama. Orang yang lahir dalam keluarga beragama, MASIH TIDAK BERAGAMA selagi mereka tidak mencari dan mengkaji apa itu agama. Jangan yakin anda akan masuk syurga HANYA kerana anda dilahirkan beragama!

Diciptakan manusia dengan kelebihan akal untuk berfikir. Orang yang tidak berfikir, tidak layak untuk masuk syurga. Sekalipun dilahirkan di dalam keluarga Islam, manusia itu MASIH TIDAK BERAGAMA selagi mereka tidak berfikir dan menerima kebenaran tuhan. Orang yang menerima kebenaran dan taat kepadanya adalah maksud sebenar seorang Muslim. Orang yang menerima kebenaran dan MENOLAK/MENYOROKKANnya adalah maksud sebenar seorang kafir. Muslim dan Kafir bukan tercatat di dahi sejak lahir. Ianya adalah hasil KEPUTUSAN PENCARIAN KEBENARAN!

3th May 2009,

http://drrazi.wordpress.com,

BANDUNG

*tulisan tidak dapat diperkemas/dipelbagaikan, gambar tidak dapat di’upload’. entah apa kena dengan laptop/internet ku ini. hmm….

Diterbitkan dalam: on Mei 3, 2009 at 8:40 pm Komentar (10)

Mulut

“Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.”

“Lajak perahu boleh diundur, lajak kata buruk padahnya.”

“Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.” — Err…pulut boleh menyebabkan santan binasa??? Maaf, kurang tahu. Mungkin kerana kurang ke dapur.=p

 

 

-MULUT-

-MULUT-

 

FIKIR, SEBELUM BERKATA-KATA.

 

Adakah sesiapa mendapat manfaat kalau aku mengeluarkan kata-kata ini?

Tak pasti, tapi macam ni lagi bagus daripada senyap sunyi tanpa kata-kata kan? Bosan nanti….

LEPAS TU NANTI TERCAKAP BENDA YANG TAK BAIK,TERNGUMPAT. BETUL KE “TER”???

 

Adakah topik ini sesuai untuk aku bersembang dengan dia? (bersembang/bergurau/bertanya tentang 18SX dengan berlawanan jenis.)

Alah, dia sporting. Masing-masing dah besar, open la sikit….

ANDA MENGAKU  BERAGAMA, KE MANA MALU ANDA? DIMANA ‘THIQAH’ ANDA???

 

Adakah perlu bahasaku seperti bahasa mereka? Kesat dan kasar, kononnya ‘boleh masuk’ dengan semua orang?

Dam*…. What the*** ….Haha mestilah beb , baru namanya ‘gaul’….

NABI TUKAR AYAT DAN CARA PENDEKATAN, TAPI ADAKAH NABI TUKAR ‘AKHLAK’ APABILA BERTEMU DENGAN MANUSIA TERTENTU?

 

Adakah tiada perkara lain yang aku boleh buat selain bersembang bukan-bukan dengan kawan-kawanku ini?

Sajala nak bersosial, takkan tak boleh…

BERSOSIAL  HANYA DENGAN BERSEMBANG????

 

Adakah perlu aku bergurau ‘sarkastik’ dengan dia?

Alah,dia tau aku ni jenis laser sikit. Aku ni memang cakap lepas. Kalau benda tu betul aku takdenye nak cover-cover…

NABI AJAR MACAM TU???

 

Adakah dia akan berubah dengan kata-kata ‘tajam’ku?

Faham-faham sendiri la…Baru dia sedar sikit. Kalau tak sampai bila pun dia takkan berubah…

RAKAN DAIE SENDIRI TIDAK SELESA, APATAH LAGI OBJEK DAKWAH???

 

Sudah elok-elok diam mengawal bicara, diajak pula berbicara yang tidak sepatutnya. Lelaki perempuan sudah tidak dikira, topik terlintas itu yang ditanya. Bergurau sakan lupa agama, mahu nasihat konon-kononnya, orang sekeliling terluka terasa.

 

MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA.

 

Anda ingin bersembang? Mewujudkan suasana selesa diantara rakan-rakan? Ingin mengajak orang untuk melakukan kebaikan? Ingin mendidik orang lain yang mana yang salah dan yang mana yang betul? Menyedarkan orang bahawa perbuatannya salah? Bagus, tetapi…

Fikir dahulu sebelum BERBICARA. Kerana DIAM itu lebih bermakna!

Setinggi mana ilmu agama di dada, takkan mampu menghalalkan ‘perangai dan sikap’ buruk kita. Apa pun alasan untuk berbicara, kalau ia cenderung kepada sia-sia dan dosa, matlamat TETAP TIDAK menghalalkan cara…

 

“ALANG-ALANG MENYELUK PEKASAM, BIAR SAMPAI KE PANGKAL LENGAN.”

 

Pepatah Melayu yang sering disalahertikan. Jika diaplikasikan kepada perbualan dan berkata-kata,

“Alang-alang bercakap, biar yang berguna.”

Kalau tidak bermanfaat, malah menyakitkan telinga, simpanlah ia sebagai pekasam di dalam hati. Jangan ditukar menjadi,

“Alang-alang bercakap, biar dia terasa.”

“Alang-alang bercakap, biar terasa selesa dan mesra.

Yang kurang baik ditegur dengan bijaksana, jangan malukannya. Dia juga manusia…

Yang bukan mahram dikawal topik perbualannya, jangan ‘konon-konon’ terbuka dan sudah dewasa. Dewasa juga ada dosa dan pahala…

 

 

Pekasam??

Pekasam??

 

Tiada yang menghalang dari berbicara, tetapi biarlah ianya yang memberi makna. Bercakap bila perlu, diam bila tak tentu. Kerana setiap yang diucapkan akan dipertanggungjawabkan. Setiap yang dipertanggungjawabkan akan diberi ganjaran. Baik manfaat dan akibat dari kata-kata tersebut, baik jugalah ganjaran  dan nikmat balasannya. Buruk kesudahan dan akibat dari kata-kata tersebut, buruk jugalah seksaan dan pedih balasannya.

 

Surah Al-Fajr (89:14)

INNA RABBAKA LABIL MIRSOOD

Sesungguhnya, Tuhanmu benar-benar mengawasi.

[Maksudnya DIA mengawasi segala perilaku hambaNya, tidak ada yang tertinggal sedikit pun dan kemudian DIA membalas mereka berdasarkan amalan mereka.]

 

Nasihat buat diri dan para pembaca, Wallahua’lam….

 

P/s: Seruan Amar Maaruf Nahi Mungkar, tegur dengan ‘berhikmah’ bukan bermaksud lembut dan tanpa kekerasan. Ianya harus mengikut sunnah, bijaksana dan ‘berkesan’.

Kepada beberapa orang teman yang disayangi, kealpaan anda amat kami kesali. Teguran umum pun sudah, email peribadi pun sudah. Anda menerima dan mengakui al-quran sunnah, tetapi masih di depan umum tak rasa bersalah. Jagalah hubungan, jangan sampai kami pulaukan.

 

 

Diterbitkan dalam: on April 22, 2009 at 7:13 pm Komentar (23)

Aku Pulang

“Semua orang balik Malaysia ni siapa nak tolong kami dengan ekspo tu nanti?”, rungut ahli-ahli BAIK yang bertanggungjawab untuk acara sempena Bulan Kesenian Islam.

Airport Jakarta

Airport Jakarta

Takpe, kerja tak banyak pon. Just inform kat wakil setiap booth je, jangan risau. Nanti dah sampai Malaysia nanti ada nombor contact apa-apa boleh contact, ok?”, pujuk si Bos dengan rasa bersalah meninggalkan anak buah terkontang-kanting disini menjalankan tugas. Huhu…

Maafkan saya, tiada niat langsung untuk melepaskan tanggungjawab kepada orang lain, apatah lagi berlepas tangan. Tiket dibeli (dengan harga yang mahal dibandingkan rakan-rakan yang memang rancang untuk balik-waktu tu airasia promosi tiket murah) sejurus selepas mendapat panggilan rakan yang mengatakan ibunya disahkan menghidap ‘pancreatic cancer’.

“Mak, nak balik ke tak, mak? Orang rasa macam nak balikla, doctor dia kata dah tak boleh nak buat apa. Haduuh,sedih dengar… Kesian dia ngan family dia.”

“Kamu rasa nak balik, balikla. Mak pun belum pergi melawat dia lagi sejak dia sakit haritu. Mak cadang nanti nak ajak ayahlah pergi tengok.”

Alhamdulillah, peperiksaan selesai. Farid pulang ke Malaysia dahulu. (dia pun decide last minute setelah tahu saya pulang. Rindu roti canai katanya. Hehe..)

“Farid, nanti amik aku kat airport esok, kita pergi HKL sama-sama ek? Ko rasa nak bawak apa buah tangan?”, kebetulan farid sudah pun berada di Malaysia setibanya saya nanti.

“Bawak apa tu tak kesah lagi… nak buat apa/ nak cakap apa kat sana nanti tu yang aku tengah fikir tu”

“Alahai, nak cakap apa sangat pun. Kita datang, ziarah, itu pun dah buat dia senang. Itu SUNNAH tu. Melawat,menziarahi,menggembirakan orang sakit. Sekejap je, lepas tu kita balikla. Ko drop aku kat mana-mana nanti aku balik ikut Pudu. Ok?”

“Ok2…”, angguk farid tanda setuju.

Ingin saya kongsikan Hadith Sahih berkenaan Keutamaan Menjenguk/Menziarahi Orang Sakit dan Doa ketika Menziarahi Orang Sakit berdasarkan ‘buku zikir dan doa, Hisnul Muslim’. Buku kecil yang harus ada pada setiap muslim kerana menghimpunkan doa-doa dan zikir-zikir (seperti ma’thurat)nabi berdasarkan hadith sahih (yang disertakan sebagai nota kaki). Amat bermanfaat. Beramal dengan lebih yakin kerana kita tahu ianya benar dari nabi. =)

KEUTAMAAN MENJENGUK ORANG SAKIT

Rasulullah SAW bersabda :

“Kalau seseorang Muslim mengunjungi saudaranya sesame Muslim, (seolah-olah) ia berjalan di taman Jannah ( syurga), hingga ia duduk. Bila ia duduk, rahmat Allah akan menaungi dirinya. Di pagi harinya, aka nada tujuh puluh ribu malaikat yang mendoakan dirinya, hingga petang hari. Di petang hari, aka nada tujuh puluh ribu malaikat yang mendoakannya, hingga pagi hari.”

Diriwayatkan oleh At-Tarmizi, Ibnu Hibban dan Ahmad. Lihat Sahih Ibnu Majah I/244 dan Sahih Tarmizi I/286 dan dinyatakan Sahih juga oleh Ahmad Syakir.

DOA KETIKA MENJENGUK ORANG SAKIT

Tidak apa-apa, penghapus dosa insyaAllah.

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam Al-Fath X/118

Aku memohon kepada Allah yang Maha Agung, Rabb dari Al-Arsy yang Agung, agar menyembuhkan dirimu. 7X

“Setiap muslim yang menjenguk orang sakit sebelum meninggalnya lalu mengucapkan doa di atas sebanyak tujuh kali:..(alhadith) pasti akan disembuhkan (penyakitnya).

Dikeluarkan oleh At-Tarmidzi, Abu Daud. Lihat Sahih at-Tarmizi II/210 dan Sahih Al-Jamaie 5/180

Awang ketika disahkan mendapat penyakit HATItis A

Awang ketika disahkan mendapat penyakit HATItis A

Sebelum pulang ke Malaysia, pergi ke Bandung untuk membeli oleh-oleh buat ibu di kampung. Dalam perjalanan pulang, ketika bersesak-sesak di jalan raya, saya sempat meletakkan kaki sebelah untuk balancekan motor yang sedang berhenti. Tiba-tiba datang dari belakang sebuah kenderaan dengan enaknya melewati sebelah saya, sangat dekat! Dan akibatnya, kaki digelek Angkot! (van yang berfungsi sebagai taksi di Kota Indonesia) Arghhhh!!! Menjerit dan menangis di dalam hati, sambil berkata…

~TIDAK MENGAPA, PENGHAPUS DOSA INSYAALLAH~

Diterbitkan dalam: on Mac 16, 2009 at 11:34 pm Komentar (12)

Palestin, saudaraku…

Tuhan,
Berikanlah kekuatan, hilangkanlah kelemahan.

Tuhan,
Ku pohon bantuan dan belas kasihan,
Lindungilah mereka yang tertindas kesakitan,
Janganlah biarkan mereka tertekan,

AKU SANGGUP MATI DARI MEMBIARKAN!!!

Tuhan,
Kau tahu rintihan hambaMu yang lemah ini,
Hanyalah kerana kecintaanku,
Hanyalah kerana kasih sayangku,
Hanyalah kerana jiwa dan ragaku,
Menangisi penderitaan Palestin.

Tuhan,
Kalau umat sedunia tidak peduli,
Biarlah aku yang jadi ganti,
Aku rela mati berkali-kali,
Dari membiarkan musuhMu menjadi BANCI,
Menyerang saudaraku sesuka hati!

Tuhan,
Dengarlah rintihanku,
Terimalah air mataku,
Bersaksilah atas kemarahanku,
HANCURKANLAH MEREKA wahai Tuhanku!
HANCURKANLAH MEREKA wahai Maha Satu!
HANCURKANLAH MEREKA, AKU MERAYU…

Diterbitkan dalam: on Disember 31, 2008 at 6:49 pm Komentar (10)

Tuhanku…

Tuhanku,

Aku menangis lagi Ya ALLAH….
Aku pohon ampun Ya ALLAH….

KepadaMu aku berharap,
kepadaMu jua aku meminta pertolongan.

Aku takut padaMu, takut yang tak terhingga,
Tuhanku yang Maha Kuasa.
Aku takut kerana kekerdilanku di hadapan diriMu yang Agung.
Aku takut kerana aku dhaif Ya Allah….
Aku takut kerana aku jahil…
Aku takut kerana aku jahat…
Aku takut kerana aku selalu leka….

Ya ALLAH, terimalah airmataku…
Yang mengalir membasahi pipiku…
Sebagai tanda cintaku padaMu…
Mataku berkaca mengenangkan dosa-dosa ku…
Terimalah ia sebagai taubatku Ya ALLAH….

Kasihanilah daku….
Kasihanilah daku….

Tanpa belas kasihanMu, siapalah diriku…
Tuhan Yang Maha Tahu, ampunkan dosaku….

HAMBA-MU

Diterbitkan dalam: on Disember 22, 2008 at 4:59 am Komentar (4)

Ya Allah, Sibukkan Diriku…

Isnin-Rabu : Class full.

Khamis : Tiada class.

Jumaat : Class full.

Sabtu dan Ahad : Tiada class.

Sepanjang bermulanya semester baru, jadual yang menunjukkan ‘tiada class’ tak pernah benar-benar kosong.

Tetapi makhluk yang mengaku bernama manusia, harus sentiasa bersyukur. Lima perkara harus direbut sebelum datangnya lima lagi perkara yang menghambat.

Kenapakah dunia tidak seperti yang kita inginkan? Leka bermain dan bersenda gurau. Santai berehat dan bergelak ketawa. Kenapakah dunia ini penuh cabaran….

Al-Ankabut (29:2)

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?

Ampunkan daku kerana mengharapkan kesenangan dan keseronokan dunia Ya Allah…. Aku rela diuji, kerana aku redha dengan Kau sebagai Tuhanku, Muhammad sebagai pesuruhMu. Aku pasrah melawan nafsu, kerana iman memanduku. Aku beriman padamu Ya Allah, tuhanku yang satu, tuhan sekalian makhluk….

Al-Baqarah (2:216)

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui

Mungkin kepenatan dan kesibukan melemahkan jasad kami. Mungkin sedikit kegagalan melonglaikan semangat kami. Tapi tidak pernah sesekali iman dan tawakkal kami luntur dan tunduk kepada musuh kami, Syaitan yang Kau murkai…

Akan ku kuatkan semangatku, akan ku tekadkan hatiku, akan ku perkuatkan sahabat-sahabatku, akan ku lawan segala musuh-musuhMu, di setiap inci peredaran darahku, di setiap hela hembusan nafasku….

Sesungguhnya solatku, setiap amalanku, hidupku, matiku, adalah keranaMu!!

Surah Al- Asr 103 : 1-3

  1. Demi masa.
  2. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
  3. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan berpesan-pesan/nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan berpesan-pesan/nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

AMAT RUGILAH MANUSIA YANG TIDAK MEMANFA’ATKAN WAKTUNYA UNTUK BERBAKTI

Sebaik-baik MANUSIA adalah yang memberi manfaat kepada orang lain. Sebaik-baik MANUSIA adalah yang mengetahui tujuan dan fungsi hidupnya.

Hindarkanlah kami dari perkara dunia yang melalaikan. SIBUKKANLAH kami dengan perkara dunia yang memberi ganjaran. Sebagai bekalan di hari depan, menuju RedhaMu yang berpanjangan. Amiiiiiiiiin Ya Rabbi…..

orintasi pelajar baru

orintasi pelajar baru

program KUBI-bantuan kepada warga miskin

program KUBI-bantuan kepada warga miskin

malam bersama duta besar malaysia di indonesia

malam bersama duta besar malaysia di indonesia

Expidisi KUBI ke Gunung Geulis

Expidisi KUBI ke Gunung Geulis

wakil Bandung dan wakil Jogja

wakil Bandung dan wakil Jogja

Delegasi Bandung ke Karnival sukan di Jogja

Delegasi Bandung ke Karnival sukan di Jogja

Family Day KUBI bersama dato' Adham Baba

Family Day KUBI bersama dato’ Adham Baba

Latest : Karnival Sukan Tahunan Anjuran Batch 2006 (sukaneka je.=p)

Akan datang ni : Qurban Demi Cinta

Diterbitkan dalam: on Disember 3, 2008 at 4:14 pm Komentar (5)

Semua akan mati…

“Rol, ade kelas ke? Mak nak gi KL ni, adek opah yang bongsu meninggal dunia”, bunyi ayat ibuku di dalam satu sistem pesanan ringkas atau lebih mesra dikenali sebagai SMS.

“Adek opah yang mana satu, mak?”

“Yang rumah dia dekat dengan arwah tok hitam tu.”

“Innalillah hi wa inna ilaihi raji’un…. Semoga dia sentiasa berada dalam rahmat dan redha Allah, amiinn…”

Al-ankabut,29: 57. Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.

Sesungguhnya setiap yang bernyawa PASTI akan mati. Samada di dalam nikmat iman dan islam, mahupun di dalam ‘Islam sekadar nama’, mahupun di dalam kekufuran.

Semua manusia bertanggungjawab terhadap apa yang mereka lakukan di dunia ini.

Sedih memikirkan tentang mati… Mahu mengalir rasanya airmata ini…

Aku cukup degil mematuhi perintahMu, aku cukup leka dengan ujian duniaMu, semoga aku tergolong dalam golongan orang yang beringat di atas peringatanMu ini. Terima kasih Tuhan, kerana mengingatkan. Sesungguhnya kematian seorang manusia adalah untuk mengingatkan manusia lain tentang hakikat kewujudan kita-yang tidak lama.

As-shaffat, 37:16. Apakah apabila kami telah mati dan telah menjadi tanah serta menjadi tulang belulang, apakah benar-benar kami akan dibangkitkan (kembali)?

Teringat satu analogi yang diberikan oleh seorang ustaz ketika berada di tingkatan dua,

“Allah Maha Kuasa. Kita takdak kuasa. Allah nak cipta kita senang ja, tak perlu mintak tolong sapa-sapa. Jadi untuk mematikan dan menghidupkan kita semula selepas mati, Allah tidak perlu bersusah payah! Bayangkan, seorang ahli sains, yang mencipta kereta. Pada zamannya tiada manusia yang pernah melihat dan mengetahui tentang kereta, tetapi dia berjaya menciptanya. Dan apabila kereta itu rosak, remuk, tiada stereng, tiada tayar, tiada enjin, tiada macam-macam, diberikan kepadanya untuk dibaiki, adakah dia mampu? Daripada tiada pun boleh dijadikannya sampai ada, inikan pula dah ada, cuma rosak???!!”

Analogi itu akan tetap ku ingat, menjadi pedoman kepada diri dan sesiapa yang mencari, hakikat tuhan dan hakikat diri.

Berimanlah bahawa kita akan dihidupkan semula dan ditanya tentang amalan yang telah kita lakukan di dunia. Dunia hanya persinggahan, untuk dikumpul bekalan, supaya menjadi kesenangan, di padang mahsyar medan pertanyaan.

Ya Allah, lindungilah daku dari azab Jahannam, lindungilah daku dari azab kubur, lindungilah daku dari kejahatan fitnah dunia dan selepasnya, dan lindungilah daku dari fitnah ad-dajjal laknatullah…..

Amiiiiin ya Rabbi….

Diterbitkan dalam: on Oktober 30, 2008 at 12:21 pm Komentar (8)

Allah bersama sangkaan para hamba-Nya

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang-orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada Ku. Hendaklah mereka memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepada Ku, agar mereka memperoleh kebenaran. –al Baqarah 2:186-

Mat Rempit = Hamba Tuhan

Mat Rempit = Hamba Tuhan

“hmm,aku ni budak jahat…mesti doa aku tak makbul…”
“aku ni bukan budak alim….”
“tak pelah, dah memang aku dilahirkan macamni, nak wat macam mane….”
“tak pela, aku suruh tok imam jelah doakan untuk arwah ibu aku. makbul sket.”
“aku doa pon bkn makbul pon,malaslah..”

Ya Allah…..
Akulah manusia, kuli dan hamba-Mu yang MAHA KAYA. Aku tidak layak menerima apa-apa. Aku banyak dosa. Aku banyak melanggar perintahmu,aku tidak layak mendapat apa-apa, namun aku tetap mahu bermohon kepadamu, TUHAN YANG MAHA MEMAAFKAN DAN YANG MAHA MEMANJAKAN.

Sedarkah anda dengan nama tuhan yang satu ini? Tuhan sangat sayangkan kita. SANGAT. Sampai anda takkan mampu untuk membayangkan betapa sayangnya DIA pada kita. Kerana apa? Kerana sifat PENYAYANG allah tiada noktahnya.

Kita SANGAT2 sayang mak ayah kita. Duduk jauh beberapa bulan, terasa rindu untuk pulang, berjumpa, paling koman pon untuk mendengar suara mereka. Kalau ada yang mahu menghina mereka, mencela mereka,menindas mereka, pasti telanggarlah “pantang nenek moyang!!!!” kita kerana memikirkan usaha dan pengorbanan mereka membesarkan kita. Itulah secebis nikmat kasih sayang yang tuhan berikan pada kita dr sekian byk kasih sayangNya. Bayangkan, betapa besarnya ‘kasih sayang’ yang Allah miliki melalui sifat penyayangNya tu.

'kasih sayang' antara anak dan ibu adalah cebisan dari sifat 'kasih sayang' Allah....

"kasih sayang" ibu dan anak adalah cebisan dari sifat "kasih sayang" Allah....

Jadi mengapakah kita ’sempitkan skop’ kasih sayang Allah itu dengan mengatakan tuhan tidak menyayangi kita,
tuhan tidak mengabulkan doa kita,
tuhan tak nak dengar doa kita,
tuhan jauh dari kita……kerana kita banyak dosa,
Mengapa?
Mengapa?
Mengapa?

Tuhan yang maha memanjakan? Kenapa ‘memanjakan’?

Kerana kita DIBIAR melakukan dosa, kita DIBIAR melakukan maksiat, kita DIBIAR melakukan perkara yang ALLAH marah tapi ALLAH tetap tak timbus kita dengan tanah. Tak jadikan muka kita tiba-tiba berubah jadi macam khinzir. Tak jadikan kaki kita kudung dilanggar bas. ALLAH MARAH TAPI ALLAH TETAP TAK HUKUM KITA. ALLAH MANJAKAN KITA!!!!!!!!!!!!!!!!

Tak malukah kita? Asyik meminta2, tapi sering berbuat dosa,membuat DIA marah. kemudian dengan selambanya ‘merajuk’ kalau apa yang kita nak, yang kita doa, tak dapat. Dengan selambanya ‘merajuk’ bila diuji dengan kehilangan barang, kecederaan, kesedihan dan sebagainya.

“Hmm, asyik2 aku je yang dapat kesusahan. Aku baik pon ALLAH tak perkenankan doa aku. Napela malang sangat nasib aku ni……”

Siapa kita untuk ‘merajuk’ dan ‘merungut’ dgn ALLAH? Kuli dan hamba sahaja. Tu pon die dh bagi oxygen, bagi tangan boleh tepuk nyamuk, bagi kaki bole lari2 kejar kucing, bagi mulut boleh makan nasi ayam TANPA KITA MINTA. Yang kita tak minta tu lagi penting, tapi DIA bagi jugak.(kalau kita terlupa nak mintak dan ALLAH terlupa nak bagi benda2 ape macam?) Tapi bila kita mintak, kite nak jd bos plak.  Nak on da spot. Pastu ‘mrajuk’ dengan ALLAH.

“tak naklah solat.”
“tak naklah pakai tudung”
“tak naklah pegi kuliah2/ceramah2/tazkirah2 agama”
“tak naklah baca buku agama”
“malaslah nak solat awal waktu”
“malaslah nak doa malam2 lagi”
“malaslah nak menangis2 waktu qiamullail lagi”
“malaslah”

ALLAH BERSAMA SANGKAAN PARA HAMBANYA. Bagaimana kita sangka ALLAH akan buat,begitulah yang dibuat olehNYA. Bagaimana kita sangka ALLAH,begitulah yang akan terjadi. Jadi sangkalah yang baik-baik sahaja dariNya. InsyaAllah yang akan kita dapat pon yang baik-baik belaka.

Bersangka baiklah, kan DIA yang lebih mengetahui? Eh silap, kan DIA lah yang MAHA mengetahui…..=)

Allah berfirman :

Aku bersama sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku.

Dan Aku akan selalu bersama hamba-Ku jika dia mengingati-Ku.

Kalau dia mengingati-Ku didalam dirinya,Aku mengingatinya dalam diriku.

Apabila dia mengingatiku di khalayak ramai, Aku mengingatinya di tgh khalayak yang lebih ramai lagi (para malaikat dan seluruh makhluk).

Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, Aku akan mendekatinya (lebih dekat lagi) sehasta.

Apabila dia mendekati-Ku sehasta, Aku mendekatinya sedepa.

Apabila dia mendekati-Ku dengan berjalan, Aku mendekatinya dengan setengah berlari”

Hadith Qudsi (hadith yang dilafazkan oleh nabi tetapi mengandungi firman Allah) riwayat al-Bukhari

Diterbitkan dalam: on Oktober 9, 2008 at 1:26 pm Komentar (13)

Tuhan Saja Yang Tahu…

Tuhanku,

Bisikan hatiku kepadaMu,

Menandakan ketulusan,

Dan ketakutanku kepadaMu…

Aku takut.

Aku takut nerakaMu.

Aku takut seksa kuburMu,

Aku takut pengakhiran hidupku.

Aku takut, Ya Allah…

Aku benar-benar takut Ya Allah…

Tuhanku,

KepadaMu lah tempat ku mengadu,

KepadaMu lah tempat ku menunggu,

kepadaMu lah tembat ku tersedu.

Aku hambaMu yang hina,

Aku sering melakukan dosa.

Aku sering melakukan maksiat,

Aku sering melakukan kejahatan.

Ampunilah aku Ya Allah….

Ampunilah aku Ya Allah….

Tuhan yang Maha Penyayang,

SayangMu tidak terbayang,

Ku pohon ampun Ya Allah,

Ampunilah aku….

Hanya Kau yang tahu dosa dan pahalaku….

Ku kumpul pahala untuk menutup dosaku,

Kerana ku tahu Kau kasihan kepadaku,

Aku lemah Ya Allah…

Aku membenci diriku yang sering mengulangi dosaku,

Aku mohon ampun Ya Allah…

Terimalah airmataku,

Terimalah amal kebajikanku,

Maafkanlah kesalahanku,

Ampunkanlah dosaku Ya Allah,

Tuhan yang Maha Agung…..

Tuhan yang Maha Kuasa……

Diterbitkan dalam: on September 24, 2008 at 5:00 am Komentar (3)