Kaklong

Fazrine bt Ahmad Zubir

“Periksa nombor satu dulu, baru dapat”, pujuk mak.

“Ala…nak jugak! Nak jugak!”, bantah saya yang ketika itu berumur 5 tahun.

Kaklong menarik tangan membawa saya jauh sedikit dari mak dan ayah ketika itu. Perlahan dia membisikkan.

“Ish, ko tau tak mak ngan ayah takde duit? Ko mintak camtu mana ayah nak dapat duit? Kesianla kat mak ngan ayah, kita bukannya kaya.”

Begitulah nasihat yang sering diungkapkan. Sehingga hari ini, saya kuat berjimat (JANGAN baca = kedekut) adalah kerana tunjuk ajarnya. Haha…

Dalam marah saya berfikir. Rajuk tetap diteruskan, namun berubah haluan.

“Nanti adik dapat nombor satu periksa nanti adik nak jugak! Tak kira!!!”

Perbezaan umur 5 tahun, hidup dalam keluarga yang serba sederhana, membuat kaklong lebih matang dalam berfikir. Lebih lunak dalam bertindak. Lebih ‘perlahan’ dalam ‘memberi idea’. Dia takut menyusahkan mak ayah, takut menyakiti hati mereka. Kaklong jarang meminta, tapi kalau sudah teringin sangat akan sesuatu, dia akan bersuara…

“Mak, kalau ayah ada duit nanti, erin nak tu ek?”, permintaannya yang tidak disertakan harapan. Sekadar meluahkan keinginan.

Kelahiran adik bongsu ketika saya sudah mencecah enam tahun membuatkan saya dan kaklong menjadi teman rapat membuli adik. Adik kuat report, so takmo geng dia! (Haha, kalau adik baca ni, terimalah hakikat!=p)

Namun menginjak dewasa, kaklong mula sibuk sendiri. Hidup tunggang terbalik tiada berteman. Mak yang dulu melahirkan sudah kerapkali mengadu kerisauan. Tempat mengadu ; anak terunanya yang juga sudah layak ke alam perkahwinan. (Di doakan sahaja lah ya….Hehe…)

Alhamdulillah, tuhan memberi kesempatan untuk melangsungkan pernikahan, semoga lebih bahagia dan bertambah keimanan.

Salam dari adikmu,

Sejahtera ke atasmu dan bakal suami. Semoga kekal ke syurga Firdausi. Amiiiin….

Pernikahan…

Tiap insan punya perbezaan

Apatah lagi yang baru berpasangan

Yang baik harus kita teruskan

Yang buruk cuba kita maafkan

Semoga bahagia kekal berpanjangan

Kalau marah sampai tak tertahankan

Ingatlah tuhan ; INIKAN UJIAN?

Salam ingatan. =)

Diterbitkan dalam:  on Disember 16, 2009 at 9:08 pm Komentar (2)

Fikir dulu sebelum bertindak

“Saya tak nak keluar berdua boleh tak? Saya tak nak kita jumpa boleh tak?”, tanya seorang lelaki pada teman wanitanya.

“Ha, dah ada perempuan lainla tu?! Dah tak sayangkan saya la tu?! Apa kurangnya saya ni???!!!”, bentak si gadis melempias amarah.

“Bukan….tapi sebab saya tak nak mencontohkan keburukan pada orang lain. Biarlah kita sahaja menanggung dosa bercinta sebelum bernikah, jangan diperlihatkan pada orang lain. Saya tak sanggup menanggung dosa yang berterusan”, sama-sama membisu mengenang nasib diri yang tak tentu.

——————————————————————

Assalamualaikum…

Maaf mengganggu, boleh saya tahu siapa ‘lembaga penapisan filem’ cerita tadi? Setahu saya, orang-orang yang terlibat dalam sketsa tersebut ramai yang faham agama. Kenapa boleh sampai ada babak bersentuhan baju dan berlaga lengan antara lelaki perempuan(walaupun tak bersentuh kulit)? Ramai mata yang memandang, kalau mereka gunakan alasan “ala, kakak dengan abang senior dulu berlakon ada buat babak ni, kenapa kami tak boleh?”, adakah kita sanggup nak tanggung ‘saham’ dosa yang kita cipta??? Buatlah semua perkara, namun ciptalah saham pahala, bukan saham dosa.

Begitulah lebih kurang pesanan SMS saya pada salah seorang pejuang kebaikan…

Saya kerap memesan pada rakan taulan, adik-adik angkatan, tentang hadith yang cukup saya insafi dan fahami ertinya.

مَنْ سَنَّ فِي الإِسْلاَمِ سُنَّةً حَسَنَةً فَلَهُ أَجْرُهَا وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ، وَمَنْ سَنَّ فِي الإِسْلاَمِ سُنَّةً سَيِّئَةً كَانَ عَلَيْهِ وِزْرُهَا وَوِزْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْءٌ

Siapa saja yang mencontohkan di dalam Islam contoh yang baik maka untuknya pahalanya dan pahala siapa saja yang melakukannya setelah dia karena mencontohnya tanpa berkurang pahala mereka sedikitpun. Siapa saja yang mencontohkan di dalam Islam contoh yang buruk maka atasnya dosanya dan dosa siapa saja yang melakukannya setelah dia karena mencontohnya tanpa berkurang dosa mereka sedikitpun (HR Muslim, Ahmad, Ibn Majah dan an-Nasa’i).

مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى، كَانَ لَهُ مِنَ الأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ، لاَ يُنْقِصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا، وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلاَلَةٍ، كَانَ عَلَيْهِ مِنَ الإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ، لاَ يُنْقِصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا

Siapa saja yang mengajak pada petunjuk maka untuknya pahala semisal orang yang mengikutinya, hal itu tidak mengurangi pahala mereka sedikitpun. Siapa saja yang mengajak pada kesesatan maka atasnya dosa semisal dosa orang yang mengikutinya, hal itu tidak mengurangi dosa mereka sedikitpun (HR Muslim, Ahmad, ad-Darimi, Abu Dawud, Ibn Majah, at-Tirmidzi, Abu Ya’la dan Ibn Hibban)

Mengikut pemahaman saya seorang insan biasa, hadith ini membawa satu erti dan mesej yang amat besar. Mesej dakwah buat para daie dan bukan daie. Pesan khas buat remaja islami mahupun duniawi. Pesan ringkas nabi tentang tanggungjawab khalifah di muka bumi. Pesan tentang ‘saham’ yang berterusan walau jasad ditelan zaman. Baik contohmu, selesalah dirimu sepanjang di baqa’ mahupun mahsyar. Buruk contohmu, seksalah dirimu menunggu kiamat yang teramat lambat.

Alangkah bagus jika mencontohkan kebaikan dan kebajikan. Setiap yang meniru, memberikan ‘saham’ pahala mereka kepada kita tanpa mereka sengajakan. Namun, malang buat yang tidak berhati-hati, mencontohkan keburukan dan kesilapan, ditiru pula orang bawahan.

Buatlah jahat sesuka hati asal jangan di depan orang!!!

Buatlah maksiat semahu diri asal jangan diketahui orang!!!

“Ko nak couple teruskan, tapi jangan bagi orang lain tiru!”

“Ko nak buat maksiat silakan, tapi jangan bagi orang lain tiru!”

“Ko nak buat jahat teruskan, tapi jangan bagi orang lain tiru!”

Kerana setiap mata yang memandang, akan menafsir dan berfikir, menyedapkan hati dan hilangkan khuatir, dengan beralasankan….

“Alah, orang tu pon buat….”

“Eh, ada orang buat jugakla. Takdela salah kot….”

“Macam best je tengok. Nak try jugaklah!”

Walaupun suatu ketika kita mungkin insaf dan berubah, tiada yang mampu menjamin ‘proses peniruan’ kejahatan yang kita buat suatu ketika dahulu akan berhenti. Dan sehingga kita mati, perilaku buruk kita masih akan ditiru orang kedua, ditiru pula orang ketiga, keempat dan seterusnya. Naudzubillah…

“Kenapa pulak nasihat orang suruh buat jahat senyap-senyap? Orang yang selindung-selindung ni la orang yang hipokrit! Nampak baik di depan tapi jahat di belakang! Aku tak nak hipokrit! Aku berani buat berani tanggung!”

Sesungguhnya yang membezakan manusia disisi Allah adalah taqwa.

Pelaku maksiat yang malu dengan maksiatnya adalah LEBIH MULIA dari pelaku maksiat terang-terangan.

Penjahat yang malu dengan kejahatan yang dilakukannya adalah LEBIH MULIA dari penjahat yang bangga dengan kejahatannya.

Tiada yang mampu menilai kebaikan dan keburukan seseorang hanya melalui bentuk dan perilaku luaran. Keburukan dan kejahatan yang disembunyikan, biarlah Allah yang memberi ehsan. Namun tanggungjawab setiap insan, adalah berakhlak yang sopan dan mencontohkan kebaikan.

Setiap amalan dan urusan, haruslah ada manfaat dan ‘saham’ kebaikan. Supaya senang dan senyum di dalam kubur, menanti mahsyar dengan rasa syukur.

Allah Maha Adil, Allah Maha Penyayang.

SMS yang suatu ketika dulu dikirim, kini terpantul pada diri. Kini saya pula yang diuji, berpeluang untuk dicontohi, harap bukanlah yang dosa dan keji… Saya berlakon, mengarah, bernyanyi, bercakap, bersukan, dan berbagai lagi. Tolonglah tapis tolonglah timbang, janganlah kesilapan saya yang diulang-ulang. Ambillah yang baik, buanglah yang sumbang.

Resam manusiawi, diuji dan terus diuji, untuk mencapai maqam tertinggi. Nasihatilah diri ini, andai tercicir dari landasan ukhrawi. Semoga segala urusan yang dilakukan kini, mencontohkan kebaikan pada yang melihat. Seterusnya menjadi saksi dan pembela diri di akhirat nanti. Amin ya rabbal alamin…

Diterbitkan dalam:  on Disember 5, 2009 at 4:47 pm Komentar (12)

Si Adik Si Abang

Si Adik Si Abang - "Awang Design Sdn.Bhd."

-17hb 10-

Si Adik : Bang, nasihat sikit apa-apa kat adik ni bang. Tengah tak tenang ni, tengok kawan-kawan semua study macam nak gila. Pressure tinggi ni. Huhu…

Si Abang :Relax, study je elok-elok. Buat je kerja kita. Jangan sibuk fikir oranglain. Bila first papernya? 18 hari bulan ek?

Si Adik : A’ah, paper first BM. Petang tu sejarah.

Si Abang : Takpe, banyak masa lagi… Selagi belum masuk dewan selagi tu adik ada masa lagi nak study. Jangan risau tak sempat habis study, banyak masa lagi. Masa tiga bulan tu orang yang bodoh pun boleh berubah jadi pandai. Sangat banyak masa lagi! Ok?

Selagi belum masuk dewan peperiksaan selagi itu kita ada masa untuk habiskan semua strategi ‘USAHA’.

Even esok nak periksa pun, sebelum sampai esok pagi tu kita ada masa BANYAK JAM lagi untuk digunakan. Kalau rasa kurang bilangan jam, kita still ada BANYAK MINIT lagi. Jangan berhenti berusaha selagi belum masuk dewan. Jangan cepat ‘putus asa’ dengan berhenti berusaha.

Si Adik : Selalu dah nak dekat exam tu pasrah je lah mana yang tak baca lagi…

Si Abang : Ha, itu mana boleh!? Mana boleh BERHENTI BERUSAHA dan MULA BERTAWAKAL sedangkan ruang usaha masih belum ditutup oleh Allah? Apa kita nak jawab dengan Allah kalau kita berhenti berusaha awal tetapi mahukan keputusan cemerlang? Boleh ke kita menjawab “AKU DAH BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH YA ALLAH” padahal kita berhenti berusaha, berhenti membaca, berhenti sebelum sampai masanya untuk bertawakal?

Malulah sikit nak MENGAKU DAH BERUSAHA depan Allah kalau macam tu cara fikir kita.

Study sampai saat akhir, barulah boleh bertawakal dan berharap sepenuh hati. Ini berharap sepenuh hati, berdoa bersungguh-sungguh, namun usaha ‘gitu-gitu’ je…

Si Adik : Ok…

-17hb 12-

Si Abang : Amacam? Ok tak?

Si Adik : Bukan setakat ok, setenang air di kali…

Si Abang : Pergh… Itu dah mantap tu. Jangan overconfident sudah.

Si Adik : Eh, ni bukan tenang yang overconfident tu bang, ni tenang takde perasaan. Hahaha…” (mungkin sebab dah bosan dan penat dah untuk rasa risau agaknya.=p)

Si Abang : Hahaha…apa-apa pun, JANGAN BERHENTI BERUSAHA! Kalau rasa tension or tak tenang, mengadu kat DIA. DIA faham perasaan kita. Dan jangan berhenti berdoa dan meminta padaNya. Mintak betul-betul. Minta dengan bersopan, beradab, khusyuk. Ni nak meminta dengan Tuhan ni!  USAHA KENALAH 100-150%, jangan berhenti usaha. Tetapi DOA,TAAT DAN BERHARAP KEPADANYA MESTI 150-200%!

Si Adik : Pressure nya jadi anak last. Nak mengekalkan rekod kakak dan abang ni yang susah ni. Kalau tak cemerlang macam bodoh benor rasenya! Nanti sedara mara cakap-cakap belakang, “Anak Zubir ngan Faridah yang last tu tak menjadi sangat. Anak bongsula katakan, biasala. Manja lebih…” TAK NAK!!!! Kalau ada adik-adik ramai lagi kan bagus? Haha…

Si Abang : Haha…ALLAH BERSAMA SANGKAAN PARA HAMBANYA. So kita kena start berfikir dan membayangkan benda-benda yang positif dan baik-baik je. Barulah dimakbulkan…

Si Adik : Ok, ok. Adik akan sambung kegemilangan keluarga kita! Adik akan jadi orang ketiga dapat SPM cemerlang, jadi orang kedua pergi oversea dalam keluarga kita!

Si Abang dan Si Adik : AMIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIINNNNNNNNNNNNN…………….

————————————————-

Cerita tersebut tiada kena mengena dengan sesiapa yang telah mati mahupun yang sedang nazak. Hanya berkaitan sedikit dengan kehidupan Dr.Radzi namun ditambah dan disesuaikan untuk manfaat orang yang membaca di sini. Semoga bermanfaat.

p/s: Adik akan menjalani peperiksaan SPM esok, 18hb 12. Semoga beliau mendapat kejayaan yang diinginkannya seterusnya menjadi pembawa risalah kebenaran, bercerita tentang hakikat insan dan ketuhanan. Amiin….

Diterbitkan dalam:  on November 19, 2009 at 8:12 am Tinggalkan Komen

Sucikan hati

“Assalamualaikum… mak, abang ada? Nak cakap dengan abang.”

“Waalaikumusalam… jap.”

Kami di rumah bapa saudara di Sungai Buloh sehari sebelum bertolak pulang ke Indonesia. Adik tidak ikut menghantar ke LCCT kerana cuti mereka dibekukan berikutan kelas-kelas intensif yang dibuat oleh guru-guru MRSM Beseri, Perlis.

“Assalamualaikum, pekabo?”

“Alhamdulillah sehat… makan ape berbuka tadi bang?”, adik berbasa basi memulakan perbicaraan.

“Uish, banyak gile makan. Depa tamu abang macam abang dah takkan makan sebulan. Haha…

Cedapnyee... pose, sabo2.=p

Cedapnyee... pose, sabo2.=p

Ada ikan bakar, ayam percik, ayam masak kurma, sayur ulam, sambal belacan, pengat pinsang. Perggghhhh, sedapnya dik…. Abang makan ikan bakar 5 ekor, ayam percik 4 cucuk. Bukan abang nak, pakcik yang bagi. Tak baik plak kalau membazir nanti kannn….Haha, rugila adik takde, sedap ooo…”, bersemangat saya bercerita, sengaja, kasi bakar sikit.=p

“Alah, nanti abang takde adik plak makan camtu. Heh..”, ayat penyedap hati kot? Layaan…

Kami berborak lagi. Bukan seperti adik dan abang, tetapi lebih kepada seperti sesame teman dan sahabat. Namun setelah berbasa basi memulakan bicara, akhirnya sampailah ke point utama perbualan telefon tersebut…

“Abang, adik nak exam percubaan selasa 2hb ni.”

“Ooh… a’a lupa. Exam ape? Berapa paper selasa ni?”

“Tiga paper. BM dua dengan Sejarah satu. Sejarah pukui 2 petang tu… time sedap-sedap tido bulan-bulan pose ni.”

“Haha… selambe je la. Bukan selalu.”

“Tula. Tau… Adik nak buat betul-betul exam ni bang, doakan adik ek?”

Ha,insyaAllah… dah ready ke nak exam ni?”

“Bolehla. Adala lagi sikit-sikit yang belum. Hmm, abang doakanla adik ek? Suruhla kawan-kawan abang doakan adik sekali”

“Aik, pelik benor bunyinye tu dik? Hahahaha…. Ngape ni??”, saya bertanya meminta penerangan. Agak janggal permintaan adik yang terakhir tadi. Mungkin ada sesuatu yang sedang bermain di fikirannya, yang agak sukar dikongsi dengan mak ayah sehingga dia ingin bercakap personal dengan saya.

Takdela, bukan apa. Adik ni hati tak berapa nak suci sangat. Adik dah usaha, dah doa semua dah, tapi abang tolongla doa-doakan adik jugak…ek?

berdoa

Laa…itu yang dirunsingkan. Tak suci, sucikanla. Senang je. Hahaha…”eh ape punya nasehat daa..

Oklah, serius.

“Allah cakap, dalam surah Al-Baqarah ayat 186,

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”

“Seelok-eloknya doa tu dari adik sendiri. Kebanyakan orang tak nak doa sebab takut tak diterima, tak layak untuk berdoa dan macam-macam lagi. Tapi tu salah, Allah suka orang berdoa padaNya. Allah suka orang mintak tolong padaNya. Mintak pada Dia. Mintak sungguh-sungguh. Kalau boleh nangis, nangis depan Dia. Tak hilang machonye nangis depan Tuhan. Tuhan Yang Maha Agung tu…”

“Adik ni tak warak sangat. Kalau kat sekolah ni ada dua kelompok, satu geng warak, qiyamullail, baca quran kat surau semua lagi satu geng yang tak berapa baik. Adik dalam geng yang tak berapa baik sangat tula.”

“Ha, ada budak yang qiyamullail nape tak join? Ikut jela. Apa salahnya kite geng dua-dua? Abang dulu bukan geng budak-budak baik pon tapi abang campo gak dengan budak-budak baik. Join diorang qiyamullail, usrah. Atleast kita boleh tunjuk contoh yang baik kat golongan budak-budak ‘gila-gila’ tu. Kenapa? Takut hilang kawan kalau join budak-budak baik? Takut kawan-kawan gelakkan? Bior la diorang, kita bukan tak boleh hidup tanpa diorang. Akhirnya siapa yang untung? Kita jugak. Diorang bukan boleh tolong apa-apa kat kita pon.”

Tau, adik tak kesah pon diorang nak kata apa. Adik ok je. Diorang je tak boleh hidup tanpa adik. Hak3…” –ada unsur perasan dalam gurauan itu. Nak poyo la tu. Entah perangai siapalah diikutnya suka sangat perasan tu.=p

“Ha, baguslah. Boleh pengaruh kawan-kawan pulak jadi baik. Dah, jangan runsing-runsing. Buat yang terbaik, buat betul-betul percubaan ni. Banyak masa lagi boleh usaha. Biar dapat fly guna result trial macam kawan-kawan abang. Ok? Trial buat elok-elok, SPM nanti pon buat elok-elok, ganti cita-cita abang nak pergi UK, ok? Hehe…”

“Okeh! insyaAllah. Hehe… kimsalam kat mak ngan ayah ek? Assalamualaikum….”

Hud 11:61.

Dan kepada Tsamud (Kami utus) saudara mereka Shaleh. Shaleh berkata: “Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada bagimu Tuhan selain Dia. Dia telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu pemakmurnya[726], karena itu mohonlah ampunan-Nya, kemudian bertobatlah kepada-Nya, Sesungguhnya Tuhanku amat dekat (rahmat-Nya) lagi memperkenankan (doa hamba-Nya).”

[726]. Maksudnya: manusia dijadikan penghuni dunia untuk menguasai dan memakmurkan dunia.

P/s: Sebagai bahan bacaan tambahan -

Allah tidak jauh, doa sentiasa mustajab – http://drmaza.com/home/?p=409

Diterbitkan dalam:  on September 5, 2009 at 1:45 pm Komentar (4)

Izinkan Ku Mengalirkan Airmata….

Ya Allah, Ya Tuhanku

HambaMu merindukan

Rahmat kasih sayangMu

Dan jua keredhaanMu

Dalam hidupku

———–

Tiada yang lebih mengetahui diriku melainkanMu. Kasihanilah diriku…

Ampunilah daku….

Meskipun ku ulangi dosa noda

Yang menjanjikan azab sengsara

Namun ku sedari

KeampunanMu tidak bertepi

—————

Aku tidak berniat mempermainkan taubatku Ya Allah, aku benar-benar bertaubat…

Tetapi seringkali juga ku ulangi…

Ampunkan aku….. kasihani diriku, wahai tuhanku…. Bimbinglah diriku….

Ku akui diri ini

Hamba yang mungkir pada janji-janji

Jadikanlah taubat ini yang sejati

PadaMu Ilahi

————–

Janganlah Kau murkai diri ini…

Aku akui kesalahanku, namun aku tetap berharap kasih sayangMu….

Bantulah diriku untuk jadikan ini taubat yang terakhir.

Matikanlah aku setelah Kau terima taubatku!

Matikanlah aku dalam keadaan bertaubat kepadaMu! Tuhan Yang Maha Satu…

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku

Ya Allah, redhakanlah kehidupanku

Moga terhapus penghijab kalbu

Antara Kau dan aku

—————-

Airmataku mendahuluiku, sujud ke bumi menyembahMu….

Tuhan,

Ku zalimi diri ini

Andai Kau tak ampuni dan rahmati

Alangkah ruginya diri

——————–

Izinkan aku menangis Ya Allah….

Janganlah Kau marah dengan perangai burukku Ya Allah, aku mohon ampun….

Janganlah Kau berpaling dari memandangku, aku perlukanMu….

Ampunkan aku….

Tuhan,

Jangan Kau palingkan hati ini

Setelah Kau beri hidayah

Sesungguhnya Kau Maha Pengasih

———————-

Tetapkanlah aku dalam kebenaran….

Aku mahu mati dalam redhaMu…..

Terimalah taubatku….

———————————————————————————————

Terima kasih saudara-saudaraku Uzair, Heikal, Zulhazwan, Farhan, Farid dan Azrinaz kerana memperkenalkan lagu ini kepadaku.

Aku tidak pernah menyangka Kumpulan InTeam mempunyai sebuah lagu yang dapat memaksaku menangis seperti ini. Bait-bait kata yang sangat menggetar jiwa. Lirik-lirik yang hanya biasaku dengar dari kumpulan nasyid kegemaranku, Raihan. Terima kasih tuhan, Kau izinkan ku menangis lagi….

Diterbitkan dalam:  on April 28, 2009 at 12:16 am Komentar (12)

TAKZIAH

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun…

11.15PM, 29/3/2009
Semoga ibunya dicucuri rahmat dan redha Allah. Serta ditempatkan bersama orang-orang yang bertaqwa. DOAKU SYURGA untukmu,amin ya rabb. Amiiiiiiin…

Diterbitkan dalam:  on Mac 30, 2009 at 8:04 am Komentar (7)

Attention : UNPAD’s students!!

iklan

iklan

Selamat Hari Raya!!!!!

Raya tak habis lagi, so bolehla kita saling minta-meminta duit raya… Oops! Nabi tak suke kita meminta-minta. (Kalau orang nak bagi tidaklah mengapa. Hehe..)

Tiba-tiba Biro Agama Kubi berbaik hati pulak nak bagi samting, jamuan berbuka. Nak? Pose 6 ramai2 jom!!!!=)

“aku uzurla bro..”

“malaslah, aku tak pernah buat benda tu seumur hidup aku pon”

Takpe, bagi yang tak pernah merasa puasa enam, atau segan (tak tahan) dengan kawan2 yang tak puasa enam, apa kata kali ini kita puasa enam beramai2, takde terasa sangat (sebab kawan2 lain pon tak makan. Hehe..)

Ok? Kita start puasa 13hb ni, Isnin. Dan kita akan adakan majlis berbuka puasa beramai-ramai pada Isnin minggu depan, 20hb Oktober. Aturcara majlis :

Tarikh : Isnin, 20 Oktober 2008

Tempat : Masjid Ibnu Sina

Masa : 5.00 – pengisian dan tazkirah

6.00 – solat maghrib dan berbuka beramai2

7.00 – solat isya’

Kepada yang berminat untuk ‘berbuka free’ ni, bolehla bagi nama kepada ketua angkatan selewat-lewatnya hari rabu 15hb Oktober ni ek? Selamat dapat pahala!!=)

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti puasa sunnat enam hari dalam bulan Syawal maka ia seperti berpuasa sepanjang masa”-HR Muslim

celamat hayi yaya. (bdk tadika mane ade pelat camtu,mcm baby je. hehe)

celamat hayi yaya. (bdk tadika mane ade pelat camtu,mcm baby je. hehe)

BIRO AGAMA DAN KEROHANIAN KUBI

Diterbitkan dalam:  on Oktober 9, 2008 at 5:55 am Komentar (5)

Gambar-gambar MASIH ‘08

Banner MASIH = Majlis Semaian Kasih @ orientasi 1st year...

Banner MASIH = Majlis Semaian Kasih @ orientasi 1st year...

MT dan Ketua-ketua Biro MASIH

MT dan Ketua-ketua Biro MASIH

pendaftaran...beratur ye, dik.

pendaftaran...beratur ye, dik.

ramainya orang Malaysia kat Indonesia...

ramainya orang Malaysia kat Indonesia...

Diterbitkan dalam:  on September 18, 2008 at 6:03 am Komentar (7)