surat kpd YDP


Yang Di Pertua PKPMI/ Presiden KUBI,
Universitas Padjadjaran Kampus Jatinangor,
45363 Sumedang Jawa Barat,
Indonesia 30 April 2008

Assalamualaikum w.b.t.

Tuan/Puan,

KEPERLUAN PERUBAHAN KONSEP MAJLIS MAKAN MALAM

Dalam suasana dunia yang mencandukan manusia dengan keseronokan-keseronokan yang melalaikan dan hiburan-hiburan yang tidak memanfaatkan, banyak perkara yang mungkin kita telah terlepas pandang. Kita pelajar-pelajar Malaysia di bandung turut terkena tempias dan kesan dari perkara ini terutama apabila mengaitkan dengan salah satu dari program besar tahunan anjuran bersama oleh PKPMI dan KUBI, Malam Seni Budaya.

2. Malam Seni Budaya atau Malam Gemilang yang telah dianjurkan dua tahun berturut-turut sebelum ini bertujuan salah satunya untuk memperkenalkan budaya kita di samping mencungkil bakat-bakat baru pelajar jurusan perubatan yang belajar di bandung ini. Jadi, objektif dan tujuan acara ini haruslah diselarikan dengan perlaksanaanya. Janganlah kita menjadikan objektif-objektif ini sebagai alasan dan tiket untuk kita berbuat semacam jenis “hiburan melalaikan” yang dihalalkan. Sesuatu perkara yang mungkar tidak akan berubah menjadi baik hanya dengan menjemput exco agama membacakan doa di awal majlis, menjemput seorang qari untuk membacakan ayat-ayat suci al-quran, menyelitkan nasyid di celah-celah acara dan sebagainya sepertimana firman Allah yang disebutkan dalam surah Al-Maidah (5:100).
“(Wahai Muhammad) katakanlah, tidaklah sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya keburukan itu menarik hatimu. Maka bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang mempunyai akal sihat, agar kamu beruntung.”

3. Konsep dan perlaksanaan majlis-majlis dan acara-acara seperti ini haruslah diatur dan diselarikan dengan objektif. Pihak yang bertanggungjawab harus dengan ‘amanah’ memikirkan acara-acara apa yang patut dijalankan supaya dengan itu objektif yang baik ini tidak menjadi satu perkara yang salah di sisi agama.
“Setiap kamu adalah pemimpin, dan kamu akan dipersoalkan tentang apa yang kamu pimpin” Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.

4. Saya tidak melihat perlunya diadakan persembahan tari-menari yang menunjukkan kelembutan dan kelunakan pergerakan tubuh badan wanita. Ia hanyalah eksploitasi kaum lelaki terhadap kaum wanita yang dilakukan dan di’budaya’kan oleh orang-orang di zaman Arab jahiliyyah. Tubuh badan wanita, kelembutan mereka hanya halal dipamerkan kepada suami-suami mereka sahaja. Janganlah kita sebagai pemimpin menghalalkan perkara ini dengan alasan untuk mencapai objektif majlis.

5. Tiadalah salahnya kita menganjurkan majlis makan malam yang diisi dengan acara-acara yang bermanfaat. Selain tarian, budaya dan bakat-bakat pelajar dapat ditonjolkan dengan pelbagai aktiviti lain. Contohnya, persembahan pidato, syarahan, berpuisi, berpantun, pentomin, pertunjukan kaligrafi-kaligrafi, dan sebagainya. Acara-acara seperti ini mungkin boleh diangkat dan diolah dengan lebih baik lagi tetapi apa yang ingin disampaikan ialah keperluan perubahan konsep majlis makan malam ini kepada satu aktiviti yang bermanfaat yang memberi ‘kesan’ kepada yang hadir.

6. Selain itu, wujudkanlah etika berpakaian atau ‘ciptalah’ suatu tema yang membolehkan etika berpakaian itu dituruti seperti contoh Pakaian Tradisional, yang mana pelajar-pelajar Cina dan India ‘terpaksa’ memakai pakaian labuh ala-ala maharani Cina suatu ketika dahulu dan India memakai sari yang sopan. Janganlah membiarkan fesyen-fesyen ala barat itu dipakai. Allah tidak melarang sesuatu perkara melainkan ada keburukan di sebalik perkara itu. DIA maha mengetahui apa yang sudah, sedang dan bakal terjadi, justeru marilah kita berhati-hati dalam setiap tindakan kita supaya tidak mengundang bala bencana dan murka-Nya.

Sekian, terima kasih.

FAHKRUL RADZI BIN AHMAD ZUBIR
Exco Biro Agama & Kerohanian
KELAB UMNO BANDUNG INDONESIA

Advertisements
Published in: on Jun 9, 2008 at 3:24 pm  Comments (5)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2008/06/09/surat-kpd-ydp/trackback/

RSS feed for comments on this post.

5 KomenTinggalkan komen

  1. salam…cmna feedback ye aji?diorg mahu membuat perubahan or still dgn majlis jahiliah tu?

  2. hari yang aku bagi tu, izlan mcm nak xnak je pandang aku. fendi cakap terima kasih. kalau sekadar terima kasih je aku xtaula…untuk next ni kite suruh gapo main peranan.

  3. Saya selalu terfikir, apakah tiada sebarang bantahan yang dilakukn oleh pihak atsan(mereka yang brjawatan) terhdp aktiviti sebegini.

    Rasa tersangat membazir bila wang berjuta-juta(rp) dignakan utk majlis begitu sedangkan utk biro kerohanian terpaksa mengedarkan kotak2 sumbangan…ironi sekali..

    Poster2 dan maklumat lengkap diberikan kpd pelajar utk majlis sebegitu (dinner, malam kebudayaan) sedangkan aktiviti keohanian pula ramai yang tdak tahu ..salah pelajar kerana tdk mengambil tahu atau sejauh mana pelajar didekati?entahla..

    Anyway, salute tindakan berani saudara memberi surat utk mengutarakan pandangan kpd YDP.

    Walau mendapat reaksi negative, sperti Mufti Perlis(Dr MAZA) lakukan.. teruskan usaha anda.

  4. Syukran atas perhatian dan pandangan. Semoga Allah memberi kekuatan kepada anda dan saya…Keburukan WAJIB diubah/ditegur, tapi dengan cara apa itu adalah menjadi tanggungjawab kita. Berdoalah kita diberi kekuatan untuk terus berani menyatakan kebenaran.

  5. nak xnak pndg?xpela aji.nabi kene baling batu dlm nak tegak Lailahaillah..kita yg br cikai2 bab dakwah ini jgn terasa kecewa…bangkit dan maju lagi.Mereka tidak suka,biarkan kerana Allah dah kata org yg nak “buat” agama Allah ini akan menerima tentangan…bukankah itu kemanisan dl berdakwah?=)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: