Di sebalik kata2 abang2 RAIHAN


“Ya Rab…Ya Rab…Ya Rabbi Ya Rabbi…

“Tuhanku, ampunkanlah,segala dosaku…

“Tuhanku, maafkanlah kejahilan hambamu…

Betapa banyaknya dosaku, tak terkira, betapa hinanya diri ini di hadapan Pencipta yang AGUNG. Kalau di hadapan ‘agung manusia’ sahaja kita sudah “ampun tuanku, beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun”, ni kan pula AGUNG kepada SELURUH SISTEM KEAGUNGAN!!!!! Sudah seharusnya kita memohon ampun. Entah berapa banyak dosa yang telah kita buat padaNya.

Jahil. Kami jahil… Dalam erti kata lain, manusia memang bodoh. Perkataan bodoh sangat sensitif, tetapi itulah hakikatnya manusia. Namun dengan selamba masih lagi leka, masih lagi bongkak dan sombong merasakan dirinya tak perlu kembali pada tuhan. Tak perlu rapatkan diri kepada tuhan, tak perlu belajar tentang agama, tak perlu ‘alim-alim’ sangat, tak perlu ibadah-ibadah sangat, padahal kebodohan diri tu amat terserlah kalau tanpa IlmuNya yang dipinjamkannya pada kita.

“Ku sering melanggar laranganmu dalam sedar atau pun tidak…

“Ku sering meninggalkan suruhanmu walau sedar aku milikmu…

Sedar, atau tidak, aku sering melanggar laranganmu. Dalam sengaja ataupun tidak, aku lalai… Maafkan aku…

Aku manusia, aku sedar aku milikmu tuhan Yang Maha Hidup….

Mustahil sesuatu itu diciptakan tanpa pencipta. Jika ianya ‘ciptaan’, ia pasti mempunyai pencipta. Robot dicipta, pasti ade pencipta. Namu robot dimaafkan kalau dia ‘tak kenal’ penciptanya. Logiklah kalau dia ‘tak sedar’ akan kewujudan penciptanya. Kerana robot tidak boleh berfikir. Tak mampu untuk melihat sekeliling tanda-tanda yang ada pada penciptanya. Tapi manusia?

(Hud 11)

24. Perbandingan kedua golongan itu (orang-orang kafir dan orang-orang mukmin), seperti orang buta dan tuli dengan orang yang dapat melihat dan dapat mendengar. Adakah kedua golongan itu sama keadaan dan sifatnya? Maka tidakkah kamu mengambil pelajaran (daripada perbandingan itu)?

Jadi manusia, jika dia tidak MELIHAT dan MENDENGAR sekelilingnya, dia tidak akan mengenal penciptanya. Nabi Ibrahim sendiri mencari siapa ‘tuhan’ yang sebenar.

(Surah Al-An’am 6)

76. Ketika malam telah gelap, dia melihat sebuah bintang (lalu) dia berkata: “Inilah Tuhanku”, tetapi tatkala bintang itu tenggelam dia berkata: “Saya tidak suka kepada yang tenggelam.”

77. Kemudian tatkala dia melihat bulan terbit dia berkata: “Inilah Tuhanku.” Tetapi setelah bulan itu terbenam, dia berkata: “Sesungguhnya jika Tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku, pastilah aku termasuk orang yang sesat.”

78. Kemudian tatkala ia melihat matahari terbit, dia berkata: “Inilah Tuhanku, ini yang lebih besar.” Maka tatkala matahari itu terbenam, dia berkata: “Hai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan.

“Tuhanku, ampunkanlah, segala dosaku…

“Tuhanku, maafkanlah kejahilan hambamu…

“Bilakah diri ini kan kembali, kepada fitrah sebenar…

“Pagi kuingat petang ku alpa, begitulah silih berganti…

“Oh tuhanku, kau pimpinlah diri ini…

“Yang mendamba cintamu…

“Aku lemah, aku jahil, tanpa pimpinan darimu…

Oh tuhanku, kau Maha Tahu keadaan hambaMu. Pimpinlah kami ke jalanMu. Dekatkanlah kami ke sunnah kekasihMu. Lembutkanlah hati kami untuk menerima kebenaran wahyuMu. Gerakkanlah kaki kami untuk mencari sumber ilmu agar mendapat HidayahMu. Kami mencarimu, Ya Allah…

“Kusering berjanji depanmu, sering jua ku memungkiri…

“Ku pernah menangis, keranamu kemudian ketawa semula…

“Bilakah diri ini kan kembali, kepada fitrah sebenar…

“Pagiku ingat petangku alpa begitulah silih berganti…

“Oh tuhanku, kau pimpinlah diri ini, yang mndamba cintamu…

“Aku lemah, aku jahil, tanpa pimpinan darimu…

“Kau pengasih, kau penyayang, kau pengampun, kepada hamba2mu…

“Selangkahku kepadamu seribu langkah kau padaku

Aku bertaubat. Entah untuk yang ke berapa kali, kerana ku sedar, fitrah ku sering berubah-ubah dikala pagi dan petang hari…

Kau Yang Maha Pengasih, berilah perlindungan kepadaku. Aku memohon perlindungan dan keampunan dari zat yang Menciptakan Neraka, zat yang Menciptakan Syurga.

“Tuhan diri ini tidak layak ke syurgamu..tapi tidak pula aku sanggup kenerakamu…

“Ku takut kepadamu ,kuharap jua padamu

“Mogaku kan selamat dunia akhirat, seperti rasul dan sahabat…seperti rasul dan sahabat…

Seperti RASUL dan SAHABAT……..

Advertisements
Published in: on Jun 11, 2008 at 9:05 am  Comments (5)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2008/06/11/di-sebalik-kata2-abang2-raihan/trackback/

RSS feed for comments on this post.

5 KomenTinggalkan komen

  1. Salam..

    Jazakallahu khayran for this article..

    “Namun dengan selamba masih lagi leka, masih lagi bongkak dan sombong merasakan dirinya tak perlu kembali pada tuhan. Tak perlu rapatkan diri kepada tuhan, tak perlu belajar tentang agama, tak perlu ‘alim-alim’ sangat, tak perlu ibadah-ibadah sangat, padahal kebodohan diri tu amat terserlah kalau tanpa IlmuNya yang dipinjamkannya pada kita”<—Hmm terfikir jugak kenapa yer manusia boley jadi begini..?

    Cube kite fikir balik,mungkin kite pon jugak mcm tue dulu2..iA,mcm ana sendiri tak dilahirkan terus tersedar dan ‘tercelik mata hati’ seperti sekarang nie..alhamdulillah,Dia telah memilih diri lemah ini..mungkin org2 ini belum lagi diberi hidayah oleh Nya..?mungkin kita yg mengaku faham ini lah org yg sepatutnya utk menarik mereka2 ini menuju cahayaNya..

    Oleh itu,insyaAllah kite semua yg dah tercelik mata hati haruslah bersungguh-sungguh menyedarkan org2 yang tak tersedar nie..Allahualam..

  2. syukran sudi membaca article ini. alhamdulillah Allah mendekatkan kita pada agama, ada usaha untuk mencari dan mendekati agama. tapi article ini tidaklah ana tujukan kepada siapa-siapa, atau ‘mereka-mereka’ tertentu, tidak. just untuk renungan bersama. untuk yang membaca, dan untuk ana sndiri. kerana Allah Maha membolak-balikkan hati kita, sentiasalah berusaha untuk berada di jalanNya. istiqamah dan teruslah “menghayati makna hidup”.=)
    wallahualam….

  3. Menghayati makna kehidupan,Mencari Erti sebuah Keredhaan.Insyaallah.

  4. indahnya kemurahanNya..
    adanya lidah agar mudah kita basahi dgn puji syukur pdNya..
    adanya mata agar terhijab dari nikmat dunia..
    adanya airmata agar meyejukkan hati yg merindukan ampunanNya..
    adanya dahi agar bisa mengakrabkan diri pdNya dlm sujud..
    adanya hati agar memahami tanggungjawab amanahNya..
    nikmat kehidupan sebenar apabila segala kata2,perbuatan dan perasaan kita tertuju pdNya…

  5. aji..artikel ini telah diedit di Permai,The Emergence Of new Generation.Tq


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: