Exam vs Tawakkal??


“Usaha Tangga Kejayaan, Doa Kunci Pertolongan, Tawakkal saksi ke’Esa’an”

Pepatah orang kampung saya.

Bukan main lagi orang kampung saya ye? Tak lulus DBP lagi tu, tapi takpelah, just a wish for my friends n me menjelang exam yang akan berlangsung.=) Usahalah sedaya mungkin, berjuanglah semampu mungkin, keluarkanlah segala keringat untuk mencapai kejayaan. Sesungguhnya disebalik segala usaha, terselit ‘sebab’ dan ‘alasan’ untuk ALLAH kurniakan kejayaan kepada kita. Percayalah, DIA Maha ADIL dalam memberikan satu keputusan. Lagipun, janjiNya adalah untuk mengubah nasib sesuatu kaum setelah kaum itu mengubah diri mereka sendiri…betul tak? Check balik, surah ar-Ra’du (13:11). Tanpa usaha, syaria’tullah tak dapat dibantu dengan sunnantullah.

Syaria’tullah ialah DIA penentu kejayaan, tapi Sunnatullahnya-usaha!
Bercerita tentang syariatullah dan sunnatullah, akhi Abu Saif ada memberi analogi mudah. Dua orang pekebun, seorang cina kafir bernama Tommy ( pekebun nama Tommy???=p ) dan seorang lagi muslim bernama Jalaludin ( tiada kene mengena yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia ye? hehe..) Kedua-duanya menanam kubis bunga. Si Jalaludin turun ke kebunnya jam 10 pagi selepas selesai solat dhuha, siram-siram sikit apa yang patut, kemudian berehat semula manakala si Tommy turun jam 7 pagi, menggembur tanah, menyiram tanaman, membubuh baja, mengawal racun dan mengawas dari binatang ternak yang menceroboh. Jam 5 petang baru dia pulang ke rumah untuk merehatkan badan. Berikut merupakan dua soalan cepumas :

Syariatullahnya, siapa yang meng’hidup’kan kubis bunga tersebut?

Sunnatullahnya, apa yang menyebabkan kubis bunga dapat tumbuh subur, segar dan sihat?

Jawapannya…. jeng3. Jap lagi kita jawap.=)

“InsyaAllah Jalaludin akan mendapat hasil pulangan yang mewah dari tanamannya. Dia kan muslim? Dia kan menjaga solatnya? Siap solat dhuha lagi. Sudah pasti DOA dia lebih dikabulkan berbanding Tommy. Lagipun Tommy mane pernah berdoa???”

Agak-agak siapakah yang akan mendapat habuan yang lebih? Dalam erti kata lain, kubis bunga siapakah yang lebih bermutu, yang memberikan pulangan yang lebih lumayan? Tepuk dada tanya Tommy. Saya yakin Tommy akan lebih berjaya dalam perusahaan kubis bunganya. Bagaimanakah nasib Jalaludin? Dia seorang muslim, dia lebih dekat dengan Allah?

Alhamdulillah amat bagus bagi Jalaludin untuk menghadapi Pre Exam Syndrome ( mungkin lebih sesuai dalam kisah ini sebagai “Pre Menuai Syndrome” iaitu mendekatkan diri pada Allah mengharapkan pertolonganNya.=p) tetapi “Syndrome” ini sahaja tidak akan mampu menolongnya untuk mencapai kejayaan jika tidak disertakan dengan USAHA yang BETUL dan BERSUNGGUH-SUNGGUH.

Ya, kita dah berusaha, berdoa dan tawakkal. Namun adakah BETUL dan BERSUNGGUH-SUNGGUH cara kita berusaha? Berbalik cerita kubis bunga, solat dhuha semua dijaga, tetapi tak dibaja, disiram, ‘hukum Science’ (sunnatullah) untuk kubis bunga itu hidup tak dijaga, tak disempurnakan. Bagaimana kita mahu mengharapkan sesuatu dari Allah tanpa kita berbuat sesuatu itu dengan betul? Kita berada di kutub utara dan mahu memanaskan badan, berdoa kepada Allah untuk dipanaskan suhu badan kita, tetapi tidak memakai baju. ‘Magic’ apakah yang kita harapkan dari Allah? ISLAM itu BUKAN MAGIC.

Kemudian dengan selambanya kita menyalahkan Allah dan berputus asa dengan takdirnya.

“Kenapalah aku ni asyik fail je, apelah dosa aku…

“Mamat tu punyela ‘lagho’ pon boleh lulus, aku yang ‘biasa-biasa’ ni tak lulus…

“Sia-sia aku usaha, bukan berjaya pun…

“Penat aku bangun tahajud, solat hajat banyak-banyak, last-last orang yang tak semayang jugak yang dapat highest mark. Malaslah alim-alim lagi lepas ni. Exam ke tak exam ke lepas ni aku nak buat biasa-biasa je… rugi je Pre Exam Syndrome, result sama gak. Arghh…!!!

“Hadoi…apelah nasib aku ni. Takpelah, maybe memang bukan rezeki aku kot, Allah nak kifarah dosa aku kot..

Usaha kita tidak seberapa tetapi sudah kita sandarkan pada Allah. Manusia, hanya tahu meminta, jika tidak dipenuhi, dikesali.

Ya Allah, sekali lagi aku memohon ampun….

Ya Allah, sekali lagi aku memohon ampun….

Ya Allah, aku memohon ampun…

Alhamdulillah exam sudah berlalu, namun usaha akan terus kuperbaharu. Usaha yang benar, dan bersungguh-sungguh… Dan setelah itu kepada Kaulah aku mengharapkan pertolongan, perlindungan, kebahagiaan, keselamatan.

“Bismillahi tawakkaltu ‘alallah, wa la haula wa la quwwata illa billah hil ‘aliyyil ‘azhim”

“Usaha Tangga Kejayaan, Doa Kunci Pertolongan, Tawakkal saksi ke’Esa’an”

p/s : Alhamdulillah dapat juga dihabiskan tulisan ni setelah terhenti di tengah jalan akibat persediaan peperiksaan. Hehe..

p/ss : Afwan Abu Saif, ana tambah dan tukar serba sedikit analogi pokok jagung kepada kubis bunga. Kerana kisah ‘kubis bunga’ berkaitan dengan kenangan menarik penulis bersama seorang rakan suatu ketika dahulu.=)

Advertisements
Published in: on Jun 19, 2008 at 5:48 am  Comments (2)  
Tags:

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2008/06/19/exam-vs-tawakkal/trackback/

RSS feed for comments on this post.

2 KomenTinggalkan komen

  1. salam,

    sebagai orang tengah exam, mmg sangat paham ah input entry nih…

    stadi2…

  2. waalaikumusalam wbt.,
    samela kiter. berusaha dan terus berusaha! hehe…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: