Kisah-kisah ‘Ajaib’ Islam-yang diragui


Kisah 1,

“Pernah suatu ketika, Saidina Umar R.A. cedera dan banyak darah yang keluar. Beliau pengsan lalu ada seorang tabib/doktor yang ingin menyedarkannya. Setelah gagal mencuba, seorang sahabat berkata : Cubalah kau bisikkan pada telinganya, “telah masuk waktu solat”, nescaya dia akan bangun. Ternyata, Saidina Umar terbangun mendengar bisikan tersebut.”

———————————————————————————————————-

Kisah 2,

“Ketika Tariq bin Ziad telah sampai dari pelayarannya bersama pejuang-pejuang Islam ke sebuah pulau, dibakarnya kapal lalu dikatakan kepada mereka : “Kamu semua ada dua pilihan, samada maju ke hadapan berjihad atau mati syahid di medan pertempuran.” Tiada lagi jalan pulang untuk mereka kerana kapal telah dibakar, dan di belakang mereka adalah lautan.”

————————————————————————————————————

Kisah 3,

“Rabiatul Adawiyah tidak mahu berkahwin walaupun yang meminangnya orang yang hebat. Atas alasan, cinta kepada Allah tiada tolok bandingnya dengan cinta manusia.”

————————————————————————————————————

Kisah 4,

“Seorang alim, bersandar di bawah sebuah pohon di tepi sungai. Beliau telah terlihat sebuah epal hanyut dari sungai tersebut. Beliau lalu mengambil dan memakannya untuk menghilangkan rasa lapar. Setelah itu terasa kurang enak di hati lalu berusaha mencari siapa pemilik epal untuk meminta maaf dan mohon dihalalkan. Apabila berjumpa dengan pemilik epal, maaf hanya diberikan jika si alim tersebut bekerja untuknya 10 tahun.

Setelah 10 tahun berlalu, masih lagi ada syarat tambahan. Iaitu terpaksa menikahi anak gadis pemilik epal tersebut. Namun kata si pemilik epal anaknya buta, pekak dan bisu. Kerana ingin mengharapkan maaf dan halal dari pemilik epal, si alim rela untuk dinikahkan. Tetapi Allah telah mengurniakan rahmatNya kepada si alim tersebut, anak gadis itu rupanya tidak buta, pekak mahupun bisu bahkan cantik rupawan. Itulah akibatnya orang yang baik dan alim….”

————————————————————————————————————

Nyata amat menginsafkan. Betapa sahabat amat sensitif dengan waktu solat dan berjihad kerana Allah untuk syahid tanpa ada niat untuk pulang atau berputus asa. Betapa sucinya wanita tidak mahukan cinta lelaki hanya mendambakan cinta Allah. Betapa zuhud dan rendah dirinya seorang alim untuk menjaga makanan yang halal. Yang mendengarnya jadi kagum. Insaf. Teruja. Dan terasa rendah diri.

Tetapi dari manakah sumber cerita ini? Adakah ianya benar-benar terjadi atau bayangan seorang penglipur lara? Bayangan bahawa kehebatan Islam itu begitu dan begini…

Islam itu hebat, unggul, tetapi telah dicemari dengan kisah-kisah yang ‘menumpulkan minda’. ISLAM dipenuhi dengan pelbagai kisah-kisah AJAIB. Tanpa usul periksa, tanpa diselidik latar belakang dan kesahihannya, kisah-kisah itu disebarkan. Islam di’sensasi’kan. Islam di’gempaq’kan. Tanpa ada usaha pembuktian untuk mencari kebenaran fakta dan dalil, manusia hanya percaya…

Kisah 1 : Seseorang yang tidak sedar (unconscious) kerana kehilangan banyak darah dan kekurangan bekalan oxygen untuk tubuh, mampu bangun dengan suatu bisikan. Subhanallah! Menjadi penambah keimanan kepada orang mukmin tetapi bahan tawa dan gurauan para saintis perubatan. Islam itu sempurna, ianya tertegak dengan ilmu dan fakta. Jangan malukan Islam dengan kerendahan ilmu perubatan kita.

Kisah 2 : Seorang panglima perang, yang amanah dan ikhlas, telah membakar kapal atas tujuan untuk ‘membakar’ semangat pejuang-pejuang Islam. Padahal kapal tersebut adalah harta orang- orang Muslim. Justeru membakarnya adalah suatu pembaziran yang besar! Islam itu adil, jangan cacatkan Islam dengan ‘semangat melulu’ dan dusta.

Kisah 3 : “Katakanlah (wahai Muhammad) : Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku. Nescaya Allah mecintaimu dan mengampunkan dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun Maha Penyayang.” Surah Ali-Imran 3:31

Cintai Allah adalah dengan mengikut apa yang diajar dan dicontohkan oleh Nabi Muhammad SAW. Baginda amat suci, lebih suci dari seluruh wanita di dunia, lebih suci dari seluruh manusia, namun masih bernikah dan berumahtangga. Salah satu dari sunnah yang mulia. Siapakah yang lebih layak diikuti dan dicontohi? Islam itu fitrah, jangan sempitkan Islam dengan kenyataan yang ‘luar biasa’.

Kisah 4 : Seseorang tidak dimaafkan kerana memakan epal yang hanyut di sungai, yang kalau dibiarkan juga akan rosak. Disuruh bekerja –dibuat perjanjian- namun ditambah lagi hukuman untuk bernikah. Anak gadis yang buta, pekak dan bisu rupanya sempurna dan rupawan. Dimanakah sunnahnya bernikah tanpa melihat pasangan? Islam itu mudah, jangan dipersusahkan dengan kecetekan fikiran kita.

p/s: Tiada penafian pada kisah-kisah  ghaib yang sahih, cuma tidak perlu Islam ini dibanggakan dengan cerita-cerita sebegitu. Hendak mengajak pada Islam tidak perlu pada kisah ajaib, cukup dengan ‘fact n figure’ dalil dari quran dan sunnah. Kerana kebanyakan orang yang ‘beriman terkejut’ seperti selepas mendengar cerita bertukar jadi khinzir, jadi anjing dan sebagainya ini tidak lama. Selepas dari melihat tulisan ‘Allah’ di pokok atau sebagainya. Iman seperti ini iman yang tidak kekal. Seperti Bani Israel yang beriman apabila diselamatkan Allah dengan mukjizat-mukjizat Nabi Musa, berasa kagum, namun apabila kembali susah, mereka mempersoalkan kenabian Nabi Musa A.S. Tetapi jika iman dibina atas dasar ilmu dan aqidah yang kuat, ia takkan goyah. Mari bersama mencari Islam yang sebenar. Wallahu’alam…

About these ads
Diterbitkan dalam: on Jun 21, 2008 at 5:33 pm  Komentar (46)  

URI untuk TrackBack kemasukkan ini adalah: https://drrazi.wordpress.com/2008/06/21/kisah-kisah-ajaib/trackback/

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini.

46 KomenTinggalkan komen

  1. Salam…100% setuju.Teringat hadis datangnya 3 orang lelaki kepada Rasulullah.Xnak kawen,xnak tido dan nak puasa je…Semata2 nak beribadah kepadaNya.Merah padam muka Rasulullah dan lantas berkata ‘Aku Insan yang paling bertakwa dan paling mengenali Allah ‘..Hadis yang banyak riwayat,termasuk Bukhari..Tapikan jangan terlupe memang ada kisah2 Islam yang sahih dan juga memang ajaib pada pandangan mata manusia biasa.Perang Badar dengan bantuan malaikat,300 vs 1000,cerita Umar berteriak sehingga kedengaran oleh pasukan tentera Islam yang beribu batu jauhnya…Mungkin kita sama2 bleh selidiki kembali :-)

  2. Subhanallah jie..kawe sokong 100% apa yg anta kata. Agama mestilah dgn hujjah, kalu tak agama ni akan jadi agama karton. Mengarut je cerita2 yg diutarakan semata2 nk ajak manusia mendekati Allah, lebih buruk bila diceritakan dlm masjid dan lebih parah lagi kalu dibawa ke atas mimbar. Terus teguh di atas jalan ini ya syeikh!!

  3. Alhmdulillah,syukran atas sokongan… Benar, tiada penafian pada kisah2 menakjubkan yang berlaku pada para nabi dan sahabat, itu adalah salah satu keimanan kita pada yang ghaib yang dijanjikan syurga oleh Allah. Cuma ingin mengajak kita sama-sama berdisiplin dalam mengambil ilmu-tidak menerima bulat-bulat. InsyaAllah agama akan terbela dan tidak lagi dihina. ISLAM for ALL!!!=)

  4. sekedar berkongsi pandangan. manusia itu allah jadikan berbeza-beza. tahap keimanan seseorang juga berbeza-beza. begitu juga dengan tahap kesanggupan seseorang terhadap sesuatu perkara.

    islam itu untuk semua. namun begitu, ada perkara umum dan ada perkara khusus (special case).

    abu bakar telah menyumbangkan seluruh hartanya dan rasululllah terima. umar pun nak menyumbangkan seluruh hartanya, rasulullah tak terima. umar nak sumbangkan separuh dari hartanya, pun rasulullah tak terima. bila umar nak sumbangkan 1/3 dari hartanya baru rasulullah terima. ada faktor situation dan condition.

    ada hikmah di sebalik semua perkara. kalau kita tidak mengerti, pasti allah dan rasulnya mengerti. mungkin juga ada orang lain yang turut mengerti.

    so, jangan bakar semua “kapal-kapal” kalau kamu rasa “kapal-kapal” tu tak bagus pada pandangan kamu.

    peace. salam.

  5. salam nasron al-jauhari,syukron atas pandangan…tidklah maksud diri ini untuk menidakkan semua ‘kapal-kapal’ seperti yang nta maksudkan… telah ana nyatakan sememangnya ada perkara-perkara ghaib yang harus kita imani tanpa banyak soal,tetapi apa yang ingin diajak berfikir ialah sikap kita yang sering menerima sesuatu perkara tanpa mengkaji asal usulnya.. jika benar dan sahih sumber itu ana bersumpah dengan nama Allah akan SAMI’NA WA ATA’NA! Tanpa ragu-ragu! peace.=)

  6. Salaam…

    caya la dr. Razi ! bangga aku ade kwn mcm ko hehe. sememangnya ramai antara kite yg terima citer2 secara bulat2 tanpa usul periksa, sehingga ade yg fanatik! kan sedih tu. Aku tak ingat same ade hadis atau ayat Qur’an yg mengatakan kalau kita menerima sesuatu khabar berita drp seseorg, check lah kesahihannye sblm menyampaikannya kpd org lain (lebih krg gitu la maksudnye)

    so marilah kite sahut seruan ko supaya berdisiplin dlm menuntut ilmu i.e tak menerima bulat2, mudah-mudahan Islam dipandang mulia kembali !

  7. salam..uhh, sy igtkan semua cerita yang berkaitan dengan agama esp Islam, adalah benar belaka if ikut logik la ceritanya..rupenye, sy tetap hamba yang masih lemah..baguslah if ada blog yang macam nih, senang nak sedarkan orang2 yg alpa mcm sy..tanx dude!

  8. salam…
    to fiery farhan: tu dlm quran, surah ke 49 (al-Hujurat) ayat yang ke 6. “Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”

    to nughull: Islam itu tidak boleh diterima secara keturunan sahaja, ia harus dicari. Nabi Ibrahim pun melihat alam untuk mendapat yakin. Dah dapat cari kebenarannya baru kita dapat beramal dengan yakin. Orang bukan Islam tanya bolehlah kita jawab dengan tenang, takdelah tergagap-gagap nanti…=)
    Kita semua pernah melakukan kesalahan, tiada yang sempurna. Islam itu bukan untuk orang baik/alim/budak masjid/budak sekolah agama sahaja, Islam itu untuk semua. Peace.=)

  9. salam.. mantap jugak teman kita dr unpad ni.. bagus betul entry ni.. tak terfikir pulak nk tulis sumthng camni.. thnx ye aji.. hrp2 blh jumpa korg kt bogor nanti..

  10. huhu..honestly speaking..or “writing”..hehe, sy mmg agak blur n cetek psl ilmu agama, and itu tak bleh dijadikan kebanggaan lgsung..betul islam or iman xdpt diwarisi, evn my parents quite alim, tp look at me, cetek gila ilmu agama..by reading articles like this, mebi sy leh mantapkn ilmu slow2 kan?..leh sy linkkn blog nih tk?if u dnt mind laa..

  11. salam…jutaan terima kasih dan penghargaan kerana sudi melawat dan membaca tulisan ini. semoga kita sama-sama dapat manfaat. ameeen.=)

    to mrblinc: siapa mrblinc ni ek? try bukak url blueincisivus tu tak bole pulak, so tak boleh nak mengenal siapa anda. sori, hehe..

    to nughull: terima kasih sudi baca. Allah bagitau dalam satu hadith Qudsi, ”Jika hambaKu cuba dekat padaKu sejengkal, Aku akan dekat dengannya sedepa”. Maksudnya, mustahil kita akan bertambah jauh dariNya jika kita mendekatiNya. So jangan risau dengan ilmu yang sedikit. teruskan ‘mencari’ Nya.=)
    Islam hakmilik semua, takde copyright. Jadi silakanlah link. Lagipon, saya punye blog ni free je.=p

  12. BEST! betul2,setuju bila akh bicara tntg bani israil yg mudah luntur keimanan mereka oleh sebab ditanamnya iman berdasarkan perkara2 yg luar biasa..yg kita inginkan untuk umat islam kini adalah keimanan sebagaimana para sahabat nabi,iman yg sgt teguh kerna didikan nabi yg bermula dari hati..tidak mengeluh bila diuji dgn kefakiran dn kebuluran kerna yakin akan janji Allah..dn bila hati telah terdidik rapi,tidak akan ada lagi kesangsian tentang islam.. yg diyakini bukanlah perkara2 magic yg bisa memukau pndgn zahir manusia tetapi atas keyakinan utuh pd kalimah ‘Lailahaillallah muhammadur rasulullah’ ..

  13. assalamualaikum.. ini adalah entry yang baik. tapi bagi pendapat saya, agak merbahaya, sbb boleh jadikan pembaca salah faham. lebih lagi yang baru memeluk islam, yang nak mengenal, dan yang baru belajar.. dan apatah lagi yang bukan muslim.. mereka dengan mudah boleh mengatakan.. “Lihat lah.. keajaiban yang sering diceritakan oleh Islam boleh dipropagandakan, dan tidak semestinya benar.. hanya lah cerita2 para cendekiawan” sedangkan keajaiban itu adalah sebenarnya tergolong dlm perkara ghaib milik Allah.. walau pun saya tahu bukan niat saudara begitu, tapi ia boleh turn out begitu..
    wallahualam.. ini hanya pendapat saya

  14. waalaikummusalam…
    terima kasih atas komen dan sudi membaca entry ni.=) Saya cuma mahu mengajak pembaca2 meneliti segala ilmu yang kita dapat.
    “Lihat lah.. keajaiban yang sering diceritakan oleh Islam boleh dipropagandakan, dan tidak semestinya benar.. hanya lah cerita2 para cendekiawan”—-saya rasa bagus diorang berfikir sebegitu selagi tak terbukti kesahihannya….. semua perkara yang aneh biarlah kita assume ianya hanya dari cendikiawan sahaja SELAGI TIDAK DIBUKTIKAN dengan dalil quran dan sunnah. jika terbukti ianya dari nabi dan para sahabat, maka WAJIB, TANPA SEBARANG ALASAN, harus mempercayainya! jika diugut bunuh pon kita wajib percaya. itulah keimanan sebenar….kerana yakin,bukan ikut.=) Ini hanya pendapat saya, maaf kalau salah, hehe…semoga kita dapat terus istiqamah menyebarkan islam ini. amiiiiiinnn…..

  15. Assalamualaikum teman2!
    Semoga dlm rahmat n ksih syg Tuhan! amin!
    Maafkan ana yg kerdil ni beri sdkt pndgn.
    Semua perbincangan ilmu targetnya adalah utk membesarkan Tuhan & menajamkan rasa berTuhan dlm diri kita. Kesannya lepas debat & bincang kita akan makin subur rasa cintakan Tuhan & makin berkasih syg & berkhdmat & hormat sesama manusia & terasa kelemahan kita yg kerdil ni & sntiasa baiki diri dsb.

    Tapi jika perbincangan ilmu itu hasilnya menjadikan kita makin malas ibadah, tmbul rasa hebat, sombong angkuh rasa kitalah yg betul org lain x betul, maka ditakuti kita banyak ilmu tapi ilmu tu x bermanfaat & merosakkan kita & org lain. Minta Tuhan lindungi kita dpd hal yg sedemikian. sekian, ampun maaf!

  16. assalamualaikum abu muznib.
    syukran atas kunjungan dan pandangannya. tak ramai yang rajin menyuarakan pendapat dan pandangan masing2 di blog2 sebegini..=)

    berkenaan komen nta yang berbunyi “Tapi jika perbincangan ilmu itu hasilnya menjadikan kita makin malas ibadah, tmbul rasa hebat, sombong angkuh rasa kitalah yg betul org lain x betul”, ana rasa tidak merujuk kepada artikel ini bukan? artikel ini tidaklah menjadikan kita malas beribadah menyembah tuhan, kerana ana mengajak kita rajin berfikir tentang agama kita sendiri, tidak mengikut/menganut agama ini secara ‘turun-menurun’.

    tidaklah menimbulkan rasa hebat melebihi kuasa tuhan, kerana ana menyebutkan di perenggan terakhir BETAPA WAJIBNYA kita beriman dengan kisah ghaib YANG SAHIH DARI NABI DAN QURAN.

    tidaklah menyebabkan rasa sombong angkuh terhadap agama yang kita anuti, kerana ana mengajak kita mencari kebenaran dengan dalil-dalil yang sahih supaya merasa rendah diri dan kerdil kepada tuhan yang maha kuasa.

    tidaklah rasa kitalah yang betul orang lain tidak, kerana setiap kata-kata manusia boleh diterima dan ditolak kecuali kata-kata rasulullah.

    tinggal kaji dan pilih mana yang paling benar dan sahih sahaja. ana tidak semestinya benar, ana bukan nabi.=) tapi kata-kata Allah dan Nabi pasti benar. oleh itu, sama-samalah kita ikuti kata-kata Allah dan Nabi. wallahualam. =)

  17. ya…
    kamu benar…
    thanx 4 da ilmu…
    keep up a good work n keep on writing….

  18. salam…more story yek?

  19. Assalamualaikum tuan,

    bila manusia terlalu mementingkan logik akal fikiran inilah jadiknya … perkara yg x masuk akal semua nak ditolak, benda yg masuk akal je baru nak diterima …

    kalau dah kering darah pun keluar dari tubuh saidina Umar, tapi kalau Allah perintah saidina Umar x mati, adakah beliau akan mati? … adakah darah yg menghidupkan? … adakah darah yg mematikan? … darah yg kuasa ke Allah yg kuasa? … Allah perlukan darah untuk hidupkan manusia ke? … tuan nak kaitkan kisah ni dgn pandangan saintis kenapa ye? …

    siapa saintis2 tuh … logik sains menafikan dunia wujud dgn Pencipta dan percaya dgn teori Big Bang (dunia wujud dgn sendirinya) … sbb apa? sbb dorang nak logik akal, sedangkan kita org Islam x perlukan teori Big Bang tuh, cukup sekadar kita tahu siapa Pencipta … Al-Khaliq …

    sekali lagi saya ulang, bila manusia berpikir dgn logik akal semata … inilah jadiknya.

    bak iklan Milo dulu2 … “Minum Milo anda jadik sihat dan kuat” … Milo ke yg beri sihat dan kuat? … ke Allah yg beri sihat dan kuat? … kalau xde Milo bolehke kita jadik sihat dan kuat? …
    :)

  20. DR.RADZI says: tuan salah faham mungkin. cari balik intipati artikel ni betul-betul ye? ianya bukan nak mengagung2kan logik akal. ia HANYA NAK MENGAGUNGKAN QURAN DAN SUNNAH. ada dalil dari QURAN DAN SUNNAH yang menceritakan tentangnya,kami BERIMAN, walau se-ghaib mana pon ceritanya. sumpah kami terima! tapi kalau takde dalil, kami ikut logikla. hehe,peace!

  21. em..ok..cerita yg pasal epal dan rabiatul adawiah tu mmg sy dah ragu2 lama..
    yela.. yg sy belaja…dalam munakahat, masa meminang pun kita bole tgok muka dan tapak tgn perempuan..tapi hak itu seolah xde dalam cerita epal tu.. dah macam menidakkan hak2 bakal seorang suami dalam islam..
    rabiatul adawiah pulak..sy terfikir…sy pnh dgr org kata..nikah tu tandanya kita menyempurnakan sebahagian dari agama.. tapi, dalam kes rabiah, sy jadi pelik… betul2 sy dah lama fikirkan..

    tu la dua cerita yg sy fikirkan

  22. berhati hati bile berkata..sy setuju siape yg kate jgn berpikir hanya berdasarkan logik sahaja..betol dlm Islam perlu ada dalil..dalil nye Al-Quran,Hadith dan akal..kdg2 kisah mengenai selain drpd RASULULLAH mana ada yg nak mencari sanad nye..cume d ceritakan dari mulut ke mulut dr tok or bapak kite kpd kite..so,ade kemungkinan peristiwa2 ni berlaku..dan kite sbgi umat Islam sudah pasti amat yakin perkara2 pelik ni bisa berlaku walau tidak logik sekali pun..kerana ini lah ciri terpenting org beriman..beriman dgn perkara ghaib..bukan kah ALLAH boleh kurnia kan karamat dan maunnah kepada hamba2 nya yg beriman..mukjizat terang2 hanya ada pd Rasul..tp karamat dan maunnah boleh ada pd org biasa dgn izin ALLAH..jd,mengapa perlu kite cantas terus cerita2 sebegini..dlm dunia yg besar ni,ada pelbgai rahsia yg d luar pengetahuan kite..jd jgn anggap sume nye dah kite tahu..ini lah hebat nye ALLAH,kerana hanya ALLAH je tahu rahsia2 tersembunyi yg kite tidak dpt pikir or lihat..

  23. contoh terbaik adalah Al-Quran..kan ada kalimah Alif Lam Mim…kite tahu itu huruf alif,huruf lam,huruf mim,tp tiada siape yg tau ape makna nye…tp kite belajar Al-Quran..kdg2 ada yg PHD Al-Quran..tp ada kalimah2 tertentu yg tetap kite tidak tahu ape kah makna nye…maksud nye di sini,ada perkara yg berlaku or pernah berlaku di dlm dunia ini yg kita tidak tahu semua nya…sungguhpun kite hidup d dunia,tp ada jugak benda yg berlaku d dunia ini yg kite tidak tahu n tidak dpt perjelaskannya…WALLAHU’ALAM….

  24. sory la ye tuan punye website…sy xpernah pun join bincang2 dlm web mane2…tp dr ape yg sy lihat setelah sy bc komen2 org dlm web ni,sy rase sy nak bg pendapat..pd pendapat sy lah,bila saudare berpikir or bwk cr pikiran mcm ni,ia se akan-akan cr org anti hadith or org sekular berpikir…sume benda nak tolak..sume benda nak logik..sume benda nak bukti…sy x kate kamu anti hadith..tp pd pendapat sy ada baik nye kite bersederhana..bile kite dgr,kite lihat,maka patut nye kite kembali pd ALLAH..kdg2 ALLAH nak uji kite….jgn kite bile dgr je,kite sibuk nak bangkang..sbb bukan sume benda or sume hal ada dlm pengetahuan kite..lg2 kisah2 dahulu…

  25. terima kasih kerana memberi pendapat dengan perkataan yg sopan,kerana bab akhlak kita tiada khilaf,kan?=)

    “tuan salah faham mungkin. cari balik intipati artikel ni betul-betul ye? ianya bukan nak mengagung2kan logik akal. ia HANYA NAK MENGAGUNGKAN QURAN DAN SUNNAH. ada dalil dari QURAN DAN SUNNAH yang menceritakan tentangnya,kami BERIMAN, walau se-ghaib mana pon ceritanya. sumpah kami terima!”

    itu komen saya sebelum ini, dan ‘main point’ saya ialah kita mengagungkan quran dan sunnah dalam cara fikir kita. cara beriman kita. kita tidak boleh beriman melalui kisah2 yang tak diketahui sumbernya, merbahaya. kalau ia betul,alhamdulillah, kalau ia salah? bukankah sudah memburukkan nama Islam?

    ‘main point’ saya lagi satu,kita berfikir dan bercakap itu biarlah kita tahu sumbernya. kalau tidak tahu, janganlah kita SEBARKAN sesuka hati. takut kalau benda tu salah, nanti Islam akan ditertawakan. seperti “nabi berjumpa perempuan tua bongkok berumur sekitar 6000tahun ketika isra’ mi’raj dan bila nabi tanya,perempuan itu jawab, aku ialah usia bumi.” saintis akan gelakkan ISLAM kalau kita kata umur bumi HANYA 6000 tahun! nanti dia gelakkan nabi kita. sanggup? saya yakin tiada yang sanggup. harap dapat faham maksud saya ye? wallahu’alam.=)

  26. Assalamualaikum buat semua sudara seIslam ku,
    sebenarnye apa pun komen tentang kisah yg di bincangkan adalah untuk renungan buat yang benar2 faham akan Islam serta Syariatnya ttg apa yg diriwayatkan para sahabat,sufi mau pun wali.

    Kisah 1)., Bab Solat- Maksudnya..Beratnye solat itu sehinggakan selagi nafas tu ada, akan sampai waktu…tunaikan..itu adalah suruhan nabi dan ianya Perintah Allah.

    Kisah 2).,Bakar Kapal-Maksudnye..Perjuangan Islam, tiada berpatah balik dalam apa jua rintangan maupun halangan..kerana Islam adalah cara hidup,jalan yg lurus,kebenaran yg haqq,serta lunas kehidupan yg sempurna dan saksama…The Thruth Concept of Living in Life and surroundings overall.

    Kisah 3).Kawin-Maksudnye Cinta kepada Allah tiada bernafsu Syahwat..cinta teramat tinggi nilainya,Cinta pada Hawa mestilah bersyahwat..Concept usuluddin asal dan usul Kejadian..Rabiatul memilih Allah maksud cinta yg hakiki..Fahamilah ttg Tasawuf.

    Kisah 4).,Maksud-Makanan yg Halal..apabila Perintah Allah utk mencari yg Halal..digambarkan betapa Islam itu mencari apa yg diperintahkan sehingga sanggup melalui apa saja untuk keridhaan Allah..sehinggakan balasan tersebut di nyatakan di dunia…bayangkan lah jika di akhirat kelak?

    apa pun komen saya…fahamilah Ilmu Islam itu sendiri,agar dapat di praktikkan dengan sepenuh hati.
    Ibarat Solat yg berdiri hingga tak sedar tanpa kata2..rukuk yg menurun lembut ibarat benar2 mengakui dan sujud yg tak bangun2 lagi ibarat hati yg rendah mentaati akan Kesucian yg abadi,Iaitu Allahu Rabbi Qalbi Ali huya Qudus. Yaa huu.

    —–DR.RADZI says: terpulanglah, dah penat terangkan maksud kenapa saya menulis artikel ini. malas nak ulang dah~

  27. Salam Dr.,ana sokong ttg aper yg Dr. tuliskan..ana hanya menyokong ttg fakta agar org lain faham ttg Al Islam…ana tak komen ttg apa yg Dr. unjurkan…cumer mana la tau kut sesiapa yg nak komen yg negative,at least ada penerangan yg mudah utk mereka..InshaAllah dan hanya Allah yg mengerakkan ana ttg aper yg ana fikirkan yg terbaik utk menegakkan ttg Islam serta pemahamannya mengikut kemampuan ana.Cumer ana nak suggest pada Dr. teruskan lah aper yg Dr. coretkan utk tatapan serta titipan buat umat Islam yg benar2 beriman serta mengunakan akal serta Al-Quran sebagai landasan dan pegangan.
    Ana hanya cuba membantu mengikut kemampuan ana,apa pun teruskan lah berhujah ttg Islam…dan jangan lah kiter biarkan ttg apa yang tidak benar mengenai Islam disebarkan dengan tanpa asal usul periksa.

    Wassalamualaikum Buat Smua Saudara SeIslamku

    —-DR.RADZI says: waalaikumusalam, jzkk atas masukan-masukan dan nasihat. semoga kita semua dilindungi Allah,amiiiin….

  28. salam, saya sgt2 setuju mainpoint article ini. dulu, saya pun seringkali forward bila terkesan dgn sesuatu, tanpa usul periksa sumbernya.i learnt it the hard way though, bila jumpa rakan2 berlainan mazhab, terpaksa rujuk semula padan alquran dan sunnah, walau sering saja kedua-dua pandangan kami boleh dipakai(khilaf).

    sekali2 saya tak persoalkan niat akh bila menulis article ini, cuma satu saja saya nak tanya, sememangnya, kisah tariq bin ziyad itu tiada sumberkah?ia berlaku selepas zaman nabi, maka mungkinkah sumbernya berasaskan fakta sejarah?
    wallahua’lam bissawab.

    —-DR.RADZI says: terima kasih saudara/saudari izz atas komen dan pandangan. insyaAllah niat saya bukanlah untuk mempertikaikan kebenaran kisah2 di atas. cuma ingin dijadikan contoh semata-mata supaya mengajak umat islam lebih banyak berfikir. mungkin kisah tariq bin ziyad yang sahih ada tercatat dalam catatan sejarah,tinggal kita sahaja yang harus mencari dan membacanya. kerana kalau diikutkan ‘logik sunnah nabi’,mustahil tariq buat macam tu pada harta rakyat. mau mengamuk saidina umar al-khattab kalau dapat tahu…hehe,wallahua’lam.=)

    segala keampunan saya pohonkan pada Tuhan Yang Maha Esa jika kata-kata dan susunan bahasa saya salah untuk menyampaikan peringatan ini pada saudara-saudara muslim saya. aminn..

  29. salam…
    aku ada sikit setuju dan juga tak setuju..
    memang kdg2 ada cerita yg too good to be true..
    tapi ada juga yg benar2 terjadi
    iman adalah sesuatu yg ajaib dan menjadi driving force bagi seseorang yg benar2 mempunyai iman yg murni suci kukuh dan ikhlas.. saidina Ali semasa tertacak anak panah atau lembing saya meminta ianya di cabut sewaktu beliau solat… gambaran khusyuknya solat itu. sebenarnya Islam tidak selalu selari dengan sains malahan sebaliknya iaitu melebihi kacamata sains. sains adalah bukti kebenaran islam, apakah kita perlu malu jika sebahagian karamah para wali kita itu tidak dapat dibuktikan oleh sains? masih banyak lagi benda2 yg belum dapat dibuktikan sains. adakah lojik manusia boleh hidup setelah berada berjam2 didalam air tanpa bekalan oksijen… tidak namun ianya telah berlaku dan para saintis hanya mengatakan ia sebagai miracle. sebenarnya it’s all got to do with religion, like it has been and will always be. cuma kita saja yang terlupa hakikat ini? adakah kita telah jadi lebih sekular dari pelopornya? nau’zubillah

    —-DR.RADZI says:
    p/s: Tiada penafian pada kisah-kisah ghaib yang sahih, cuma tidak perlu Islam ini dibanggakan dengan cerita-cerita sebegitu. Hendak mengajak pada Islam tidak perlu pada kisah ajaib, cukup dengan ‘fact n figure’ dalil dari quran dan sunnah. Kerana kebanyakan orang yang ‘beriman terkejut’ seperti selepas mendengar cerita bertukar jadi khinzir, jadi anjing dan sebagainya ini tidak lama. Selepas dari melihat tulisan ‘Allah’ di pokok atau sebagainya. Iman seperti ini iman yang tidak kekal. Seperti Bani Israel yang beriman apabila diselamatkan Allah dengan mukjizat-mukjizat Nabi Musa, berasa kagum, namun apabila kembali susah, mereka mempersoalkan kenabian Nabi Musa A.S.

  30. Mengenai Tariq bin Ziyad :Ketika Tariq bin Ziad telah sampai dari pelayarannya bersama pejuang-pejuang Islam ke sebuah pulau, dibakarnya kapal lalu dikatakan kepada mereka : “Kamu semua ada dua pilihan, samada maju ke hadapan berjihad atau mati syahid di medan pertempuran.” Tiada lagi jalan pulang untuk mereka kerana kapal telah dibakar, dan di belakang mereka adalah lautan…….adalah kisah betul kerana mereka telah berhadapan dengan musuh.Strategi Tariq ialah dia membakar kapal2 tu kerana…[1]Jikalau mereka kalah musuh akan mengambil kapal2 tu dan menyerang Afrika. [2]Tentera2nya akan berperang dengan bermati-matian dan mengekuarkan semua tenaga utk berlawan dgn musuh……….[untuk tahu lebin lanjut sila beli dan baca buku Tariq bin Ziyad :Penakhluk Andalusia]…membazir memanglah berdosa tetapi kalau bertujuan baik .Sekian…

  31. dan satu lagi Tariq ialah hamba kepada ketua panglima perang yang bernama ……[xingt]dia merupakan seorang baik dan bertawakkal kepadaNya.Ketua panlima perang itu melantik Tariq kerana percaya Tariq berkebolehan dan strategi perangnya sangat kreatif.Tariq dihantar ke Andalusia utk menyiasat tentang negara yang akan diperang dan raja yg zalim itu.tetapi pergerakan mereka diperhati oleh musuh dan tariq terpaksa berperang dgn mereka dgn perintah Tuannya [ketua pnglma prang]sebelum mrika berangkat ke Andalusia .Tariq bakar kapal2 itu dan berperang mati-matian dgn musuh …Mrika beroleh kejayaan yang cemerlang ………….

  32. Tariq bin Ziyad : Penakhluk Andalusia
    Abdul Latip Talib
    Salahuddin Al-Ayubi :……[xingt]Jerusalem
    Abdul Latip Talib
    Muhammad Al-Fateh:Penakhluk Kota Konstinopel
    Abdul Latip Talib
    Abu Bakar: Sahabat Sejati
    Abdul Latip Talib
    ……
    Abdul Latip Talib
    ……………
    Abdul Latip Talib
    ……………
    Abdul Latip Talib
    dan banyak lagi

  33. saya guna dalil a’qli دليل عقلي

  34. pada dasarnya cerita ajaib dalam islam akan membangkitkan spirit keagamaan kepada generasi muda. tersamping kan dengar benar atau salah, selama cerita itu tdk menyimpang dari aqidah islam its fine. hal ghaib ada dalam islam termasuk adanya ALLAH, MALAIKAT dan jin. tidak semua hal bisa di buktikan dengan scientis,tidak semua hal bisa di terima dengan akal. HAL GHAIB tidak bisa di approve dengan logika..scientis

    —–DR.RADZI says : susahnya nak bagi orang faham point sebenar tulisan saya ni. haih~~ lantak kome la yob…pande2 le kome pikio tujuan disebalik entry ni…..tiap kali komen sumenye nak cakap pasal benda ghaib ada dalam ISLAM, sape pulak yang kate takde, yob oiiii???? hadoih~~~ sabo je le….

  35. Bahaya betul kan. Ada jugak cerita yang dah berakar umbi dalam pemikiran kira. susah nak buang tu.

  36. dalam islam banyak hal yg tak bisa di tembus oleh sains..masing masing punya kedudukan dan tempat yg berbeda,,kisah-kisah ajaib dalam islam telah banyak membuat anak-anak muda tergugah imannya,,bila kokoh imannya ia akan menerimanya sebagai satu ihtibar dan contoh,,yg lemah iman nya ia akan memeperolok kisah 2 tersebut dan selalu mencari kesalahan dari sebuah kisah….

  37. mungkin dah terlambat, tapi nak komen juga.

    ttg rabiatul adawiyah, saya pernah terbaca yang beliau pernah berkahwin, tetapi selepas itu kematian suami. lepas itu baru dia jadi abidah.

    ttg orang alim dan epal, mengikut gaya penceritaannya, beliau lebih mirip kepada seorang sufi. ahli sufi sangatlah terkenal dengan prinsip menjaga halal dan haram demi kebersihan hati. mungkin pada tanggapan sufi, “apalah sangat isteri yang cacat, berbanding menebus dosa…”

    ya, ini semua cerita. tak masuk kitab hukum pun. :)

  38. Terlambat. Tapi nak komen jugak. Haha.

    Orang beriman itu, dimana pun ia melihat, ia “nampak” Allah.

    Tak perlu nak tunggu kalimah Allah muncul di langit.
    Tak perlu nak tunggu kisah-kisah ajaib dan mistik.

    Bagaimana itu?

    Orang beriman itu, melihat sesuatu yang biasa dengan pandangan yang luarbiasa.

    Melihat awan biasa di langit, dalam hatinya memikirkan kebesaran Allah menjadikan awan itu terapung tidak bertiang, tergantung tidak bertali.

    Melihat ikan berenang di lautan, dalam hatinya memikirkan kebesaran Allah menjadikan ikan itu tidak kelemasan, dan tidak pula kepenatan.

    Melihat matahari bersinar, dalam hatinya memikirkan kebesaran Allah menjadikan bebola api yang besar tak pernah padam tanpa minyak atau sumbunya.

    Melihat bulan mengambang, dalam hatinya memikirkan kebesaran Allah menjadikan yang paling cerah dalam kegelapan malam, tanpa api, tanpa haba.

    Tak perlu, orang beriman itu tak perlu kisah2 ajaib dan mistik sepertimana yang Dr.Radzi berikan contoh dalam penulisannya itu! Carilah Allah walau dimana kita berada, kerana keagunganNya ada di mana-mana sahaja!

  39. djambu : yup. kita puji golongan sufi di sudut itu. tapi mari kita sama2 menjaga diri kita dengan mengikut ajaran dan contoh-contoh dari nabi. nabi benchmark terbaek.=)

    leokid : terima kasih atas masukannya bro leokid. ayuh kita menjadi orang yang beriman dengan keimanan sebenar, bukan keimanan terkejut. kenal agama dan tuhan melalui bukti yang pasti, nun terbentang laut yang luas, langit yang tinggi, matahari yang gagah, bulan yang setia, quran yang tiada cacat cela.
    tak perlu tunggu mukjizat baru, takut-takut itu dari dajal yang satu!!!

  40. tak mustahil bende2 ajaib tu berlaku..sebab zaman dulu memang penuh keajaiban..kalau orng patuh AGAMA memang automatic bangun la walau sedang sakit..TAKUT PUNYE PASAL..korang tengak “repley’s believid or not kn” kan banyak orang yang cedra teruk idup..pasal citer ajaib..israk mikraz nabi muhammmad ni pelik n ajaib..kalu lojik akal..memang bodoh n tipu la sape yang buat citr ni..tapi ceriter ni benar kan..saya cadangkan..tak payah la pening2kan fikiran orang yang mudah goyng kepercayaanye..tapi fokuskan hall2 seperti maksiat, pemakaian tudung dan lain2..

  41. salam mgkin lamba tp minta izin nak bagi pandangan sket,saya mohon maaf dulu ya jk ada yg salah.sy juga hamba Allah S.W.T,Hmba yg lemah.sebenarnya kisah keajaiban muncul pada seseorang apabila cinta org itu kpada Allah melebihi segalany(dgn izinNya)

    pada kes saidina umar,jika nmpak xlogik dia bangun apabila dbisikan ttg wktu solat(abaikan dulu smber citer ni dulu)tapi beliau seorangyg cintakan Allah dan cinta pd Allah pasti berbalas.Tidak mustahil Allah mengerakkn naluri kekasihny untuk bangun krna segalany adalah dengan izinNya.ini berlaku krana penuhny cinta kpda Allah didlam hati Saidina Umar yg membuatkan Allah mengizinkan sesuatu yg x logik pada pandangan sesetengah org terjadi.

    untuk kes rabiatul adawiyah,memang kenyataanya seperti xmasuk akal dan xikut sunnah rasul.(abaikan dulu sumber cite ni).tetapi percayalah bila seseorang itu rasa manisny iman dan cinta pada Allah secinta cintany.kenyataan seperti rabiatul ucapkan bukanlah pelik.Sbenarny bukan dia sja yg,ramai lg yg diceritakn mengeluarkn kenyataan yg pelik.contohny,ad yg ckp dia rela masuk neraka dengan keridaan allah daripada masuk syurga tnpa keridhaanNya(bunyi macam tkkan la dia ni sangup masuk neraka sedangkan Allah bukannya menzalimi makluknya) tapi percayalah,bila cinta di hati pada Allah dah tak trtahan,pasti terdetik di hati jka tdak mengucapkn sesuatu seperti di atas kerana sgala galanya hanyalah untuk Allah.Percayalah bila rasa manisny iman,jasad dan nyawa tk tertahan rasany untuk diserahkn pada Allah.tak tertahan rasany rindu untuk berjumpa dgn Nya.Percayalah..syurga pun saudara tak inginkan bila rasaya cinta dibalas oleh Allah,inikan pulak jika diberi sebaik2 pasangan untuk dikahwini..seperti kes rabiatul..

    untuk kes bakar kapal,kita kira dari segi kebijaksanaan pemimpin la..(abaikan dulu sumber cite) jika cara itu untuk memastikan para pejuang fokus pada perang, xsalah rasany,bahkan dalm perang islam dhulu( saya tak ingat yg mana),Kaum wanita diarahkan brada di posisi belakang untuk bunuh mana2 pejuang2 islam yg lari dari medan perang.nampak kejam kan tapi itu stategi untuk elakkan pejung lri.(saya baca kisah ni dari sudut sirah kt paper dulu2 dan sya xberani ckap jka ini stategi rasullulah coz xingat).berbalik pada kapal,mgkin pada fikiran panlima tsebut(bpandangan jauh) kapal boleh dibakar dahulu untuk mninkatkn peluang kemenangan dan bila menang(lg penting) boleh buat kapal balik dari sumber pihak yg kalah/alam skitar dengan izin Allah. ia seperti saudara ada daging yg nmpk x elok lg untk dimakan,kalau x buang n mkn ,percent untuk sakit ada,nk buang mbazir plaktp baik buangkan.mcm tu la kes kapal ni,baik bakar kalau buatkn para pejuang fikir nk balik je (sori kalau xkena andaian ni)

    ok,knape sumber cite kt atas diabaikan dulu,krana yg pentingny citer2 tu slh satu motifny adalah untuk menunjukkan keajaiban islam.if perkataan keajaiban tu jd mcm lebih2 citer.kita xyah peduli benda tu,yg kita ambik, kebesaran Allah yg mngizinkn benda tu berlaku(citer saidina)dan perasaan cinta rabiatul pada Allah yg x berbelas bagi serta bijiksanaan pemimpin islam(cerita kapal dibakar)

    Saya faham motif saudara(Rujuk pada sunnah dn Al quran) sumber mmg perlu dikaji tapi jangan lah kita jadi seperti yahudi yg suka bertanya lebih2 sampai menyusahkan diri(rujuk kisah sirah Nbi Musa kalo x silap.Sesungguhnya Allah x suka pada org yg banyak bertanya.citer2 diatas semuanya mempunyai teladan yg baik untuk meningkatkn keimanan dan cinta pada islam d ALLAH S.W.T,jangan lah kita pergi terlalu jauh memikirkn sapa yg citer, dan brtanya mana dia tahu? dari smber mana? ini hanya menimbulkn was2 dan perasaan was2 ni dari syaitan laknatullah.citer 2 ni juga ada yg blaku sleps kewafatan Rasullulah S.A.W SO ada yg bukan dari sunah n quran tapi diceritakan turun temurun.dan biasalah cerita2 ni dah berlaku beratus tahun dahulu,agak susah untuk kita yg lemah ni untuk dapatkn details 100%,(tp kta boleh cba dga izinNya) sememangny kita adalah hamba yg lemah dan ini bukanlah perkara yg memalukn krana Allah sentiasa disisi kitakan,bahkan lebih dekat lg jika kita jatuh cinta padaNya…dan jgnlah kita katakan yg iman org yg tengok pada keajaiban bukan iman yg kukuh kerana hidayah dan petunjuk itu hanya dari Allah dan dalam pelbagai cara.Kekalny iman itu dlm jiwa seseorang itu juga hak ALLAh kerana hanyalah DIA lah Maha mengetahui apa yg di dalam isi hati hamba2Nya.Bersyukurlah kita jika kita benar2 diberi pentunjuk dan anugerah iman dari allah S.W.T.Sekali lg sy mohon maaf .wallahualam…..

  42. Salam….saya faham main point Dr Radzi. Tentang kapal-kapal yang dibakar tu saya dah baca dalam blog lain…

  43. per nmer 0rg alim dlm citer n0 4 tu?

  44. salam….dalam agama kita kene belajar dgn org yg berilmu….bukan belajr sendiri….apa tujuan artikal di atas….hanya hendak menimbulkn keraguan…tye la pada ustaz3x ustazah..jgn biarkan kegelapan menghantui diri…dan menyiarkan kecacatan diri sendiri…..sama2x muhasabah….

  45. Sesungguhnya Allah s.w.t lagi Maha Mengetahui…

    “Hendaklah kita berbicara dengan seseorang mengikut tahap kemampuan akalnya”

  46. Seorang Dr PHD adalah seorang yg terlalu banyak mengkaji berlandas fakta. Dan tanpa fakta agak sukar untuk mereka menerimanya. Soal perkara ghaib tidak akan diterima dengan begitu sahaja. Alam ini penuh keghaipan, Tapi ada yang hanya diperbesarkan manusia seperti cerita legenda, dan ada yang benar-benar ajaib. Tidak perlulah dipertengahan keghaipan dan keajaipan yang dipertunjuk dan diizinkan Allah. Kalau Dr masih tak puas rujuklah kepada Ulama Agung seperti Shaikh Nurudin Al Banjari, Uztad Don dan ramai lagi asalkan bukan Dr Asri matan Mufti Perlis yang tegar Wahabi., Jangan biar akal menguasai diri, dan di dalam pengajian perubatan Islam, ada menceritakan mengenai, rasukan JIn pintar di dalam diri untuk meragukan kesahihan keajaipan Islam. Dan sebaiknya buatlah solat tahajud dan solat Istikharah semoga Allah memberikan hidayat dan jawapan yang baik . Usahlah membuat orang Islam ragu dan membuat umat Islam bingung. Mungkin itu bukan niat sebenar Dr. Tapi sebagai cedikawan terlupa akan kesan yang mungkin terjadi sekira perkara seumpama ini di mediakan. Semoga Allah memelihara Agidah kita semua.


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 44 other followers

%d bloggers like this: