Aku Bercakap Tentang Cinta


Biismillahirrahmanirrahim….

Sangat-sangat ganjil rasanya ketika menulis post ini. Kebanyakan ‘post-post’ku sebelum ini berkisar tentang tajuk-tajuk ilmiah dan penghuraian fakta agama mengikut cara berfikirku. Jarang sekali aku menulis tentang pengalaman mahupun ‘diary’ku di blog ini. Namun, hari ini terdetik untuk menulis sesuatu yang luar dari kebiasaanku, iaitu kehidupanku. Mungkin sedikit aneh untuk dibaca, tetapi atas dasar ‘perkongsian pemikiran’ yang aku tanamkan ketika mula-mula ingin menulis di blog, aku ingin berkongsi…

Aku sebak……

Kehidupanku mula berubah semenjak keberadaaanku di Intec, Pusat Persediaan Pelajar Ke Luar Negeri di Shah Alam. Aku diperkenalkan dengan agama yang bukan warisan. Aku diingatkan untuk mencari siapa Tuhan. Aku dikelompokkan dengan hamba-hamba yang dambakan kebenaran. Namun, di sebalik kehidupan sebegitu aku terjumpa si dia. Hatiku sering menolak untuk mengenal, merapati, apatah lagi bertemu si dia. Namun imanku masih lemah untuk menolak kewujudan fitrah. Aku gagal. Entah mengapa kenangan ini mengundang airmata yang tidak dapat ku tahan. Aku mohon ampun Ya Allah…

Ya Allah, kenapa Kau biarkan aku dengan ujian beratMu itu???

Kenapa Kau lemahkan aku dengan cabaranMu itu???

Hanya milikMu lah airmata ini…

“Mak, orang nak kahwin. Boleh tak, mak?”

“Ish, kamu jangan nak mengada.”

Mungkin aku belum cukup matang pada pandangan ibuku untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami, untuk memimpin sebuah keluarga, apatah lagi menjaga hal ehwal anak gadis seseorang. Aku pasrah. Aku bertekad untuk berubah. Aku tetap diriku, namun aku berusaha untuk menunjukkan kecerdasan dan kematangan berfikir. Aku berubah dari seorang yang selalu tidak serius kepada orang yang lebih ‘dewasa’. Aku berubah dari seorang yang malas mengemas dan mengatur bilik kepada seorang yang lebih tersusun. Aku berubah dari seorang yang ‘sendiri’ kepada seorang yang lebih peka dan bertanggungjawab terhadap orang lain. Kebanyakan masalah dalam keluarga dan adik beradikku, aku pasti menyumbang idea untuk menyelesaikannya. Perubahan ini bukan sekejap. Setelah berjuang mengubah diri, aku bertanya lagi…

“Mak, orang ada kawan dengan seorang perempuan ni. Orang rasa orang nak jadikan dia sebagai isteri. Kalau boleh, orang nak kahwinla mak. Apa pendapat mak?”

Mata ibu sayu memandang wajahku. Mungkin terasa akan kehilangan seorang anak yang dilahirkannya. Mungkin terasa akan ‘berjauhan’ dari anaknya. Mungkin sebak memikirkan pengorbanannya sepanjang menjaga dan membesarkan anak lelakinya ini.

“Mak takde duit. Kamu ada ke duit nak kahwin ni?”

Aku kecewa lagi…

Betapa beratnya seksaan dan ujian yang ku tanggung sepanjang ‘persahabatan’ku dengan si dia. Betapa pedihnya diri ini memikirkan dosa yang ku’rutini’. Betapa sayunya hati ini menangis menahan malu di depan Ilahi…

Ya Allah, Kau tahu dosaku.

Ya Allah, aku benci diriku. Aku benci dosaku. Aku berazam!!!

Ya Allah, kasihanilah aku…

Entah kenapa aku sering menangis, mataku sering basah memohon keampunan dan petunjukNya.

Ke seberang laut aku menuju, meninggalkan keluarga, dan si dia di Malaysia. Aku mengumpul duit. Biasiswaku di Indonesia ini dirancang sebaik mungkin. Makanku tidak terurus, aku sering berkorban untuk tidak makan dengan mewah. Cukuplah jika ianya dapat mengisi perut, menjadi tenaga untuk meneruskan kehidupan. Biarlah diri ini merasakan kelaparan dan kesusahan sepertimana orang-orang yang berjuang di jalan Allah. Ya, aku rasakan diriku sedang berjuang di jalan Allah. Mengumpul duit untuk mendapatkan pernikahan yang halal. Sekembalinya ke Malaysia setelah setahun, aku disambut dengan pelukan rindu seorang ibu.

“Ya Allah, kurusnya ko ni erol… Dengan rambut panjangnye… Apa ko buat kat Indonesia tu, ko tak makan ke…”,

nada ibu bersahaja namun riak mukanya cuba menyembunyikan kepiluan. Cukup ku fahami. Dia menahan sedih. Anaknya tidak makan dengan enak, tidak makan dengan selesa, tidak makan dengan gembira. Dia tahu walau tanpa kata-kataku. Ibu bersedih di dalam hati, terasa dengan perbuatanku.

Arghhhh! Aku menyedihkan ibu lagi!

Dia tahu aku sedang mengumpul duit. Dia tahu apa yang didalam hatiku. Seorang ibu boleh menyelami hati anaknya. Seorang ibu sangat mengenal setiap sudut hati anak-anaknya.

“Mak, jom teman orang gi kedai emas yang mak selalu pegi tu.”

“Nak buat apa?”

“Nak beli cincin”

Ibu diam seribu bahasa, mengikut sahaja tingkah laku anaknya. Mungkin diam tanda setuju, mungkin juga diam tanda faham kedegilan anaknya. Di sana, ibu yang memberikan pandangan. Dia juga yang membuat pilihan. Alhamdulillah, kubeli cincin belah rotan emas berselang emas putih.

“Mak, boleh panggil ayah? Nak bincang sikitla..”

Ayah adalah rujukan terakhir, kerana dia selalunya bersikap memerhati dari jauh perkembangan anak-anaknya tanpa melibatkan diri jika ianya tidak mustahak. Tetapi sememangnya sebagai memegang watak ‘ketua keluarga’, sebarang keputusan, dialah yang akan memberikan pendapat, pandangan, dan usul-usul yang menurutnya adalah yang terbaik. Ayahku memang seorang yang ‘cool’ dan berfikiran jauh.

“Mak, ayah, orang harap mak dengan ayah janganlah marah orang nak cakap ni. Orang ada berkawan dengan seorang perempuan ni. Dia orang **, mak ayah dia orang **. Orang kenal dia kat Intec dulu. Orang rasa orang serius dengan dia, dan orang nak jadikan dia sebagai isteri orang. Bukan apa, orang tak sedap hati berkawan dengan dia tanpa ada sebarang ikatan apa-apa. Orang tau mak dengan ayah takde duit, orang tak nak menyusahkan mak dan ayah. Orang ada kumpul duit sikit. Ni orang dah beli cincin, orang harap mak dengan ayah boleh pergi berjumpa dengan family dia, kita boleh kenal-kenal dan bincang-bincang…”

Mataku berkaca lagi…

Ayah memberikan hujah-hujahnya, ibu hanya memandang sayu. Tidak inginku membiarkan airmataku mengalir di depan mereka. Percakapanku tersekat-sekat, aku sebak. Airmataku ku tahan, emosiku ku kawal. Bukan kerana keinginan dan pendapatku ditolak, tetapi kerana aku merasakan telah mengecewakan kedua ibubapaku. Mereka merasa seperti aku tidak menghiraukan keinginan mereka untuk melihat aku menghabiskan pelajaranku dahulu. Aku punya hujah dan sebabku tersendiri kenapa aku ingin berkahwin namun begitu aku tetap berasa bersalah. Aku yakin keputusanku benar. Tetapi keputusan mereka tidak boleh dianggap salah. Mungkin dengan perbuatanku itu tadi membuatkan mereka dianggap salah.

Tidak mak, ayah… Kamu berdua tidak salah…

Saya yang salah…

Arghhhhh!!! Aku buat mereka sedih. Anak apakah aku ini!!!

Pandanganku benar, penilaianku benar, perkiraanku juga benar, kerana aku telah mempelajari agamaku dengan bersungguh-sungguh. Tetapi pandangan mereka tidak salah. Pandangan seorang wanita yang membawa ‘beban tambahan’ dibadannya selama lebih sembilan bulan. Pandangan seorang manusia yang kurang tidur dan rehatnya selama lebih tiga tahun. Pandangan seorang lelaki yang membawa rezeki ke dalam rumahtangga semenjak berpuluh-puluh tahun. Pandangan seseorang yang telah berkorban tanpa impikan balasan. Pandangan manusia yang paling dekat dengan kita setelah 22 tahun.

Ya Allah, kenapa Kau uji kami yang mengharap redhaMu?

Ya Allah, kenapa terlalu berat ujian yang melanda kami?

Ya Allah, kenapa terlalu lama kami dibiarkan diuji?

Kenapa Ya Allah…

Akhirnya keputusan diambil. Kami berpisah.

Jagalah dirimu. Hiasilah peribadimu dengan ilmu-ilmu agama. Dekatkanlah dirimu dengan Sang Pencipta. Semoga dengan pengorbanan kita ini, berkorban demi kebahagiaan kedua ibubapa, menghasilkan natijah hubungan yang diredhai seterusnya kelak melahirkan generasi yang diimpikan Nabi. Kita berpisah…

Mungkin inilah yang terbaik. Disunnahkan anak Adam untuk menyempurnakan sebahagian agamanya dengan bernikah. Namun kata Nabi Penghulu Segala Nabi, jika kamu tidak mampu, berpuasalah. Ya, berpuasa. Insan Mulia mengajar kita berpuasa. Di samping berpuasa zahiriah, aku bertekad untuk berpuasa batiniah. Tiada lagi si dia di hati. Cukuplah Allah menjaga, mengambil berat, memberikan kasih saying kepada si dia. Aku dan dia hanya halal setelah pernikahan. Akan tiba suatu masa nanti kita kembali bersatu, di atas tali pernikahan, di atas senyuman restu ayah dan ibu.

Keputusan yang berat, pedih, dikala melihat sahabat-sahabat lain dipermudahkan urusan pernikahan mereka. Aku redha.

Titisan airmataku mengalir lagi…

Ampuni daku Ya Allah. Berikanlah daku syurgaMu, kurniakanlah pada diriku RedhaMu.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Advertisements
Published in: on Jun 25, 2008 at 4:20 pm  Comments (46)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2008/06/25/aku-bercakap-tentang-cinta/trackback/

RSS feed for comments on this post.

46 KomenTinggalkan komen

  1. hmm…tiada lg si dia di hati…anta mmg ada bakat dlm bidang penulisanla..syabas…hope u will find solace in d arm of ur beloved 1 day…hope both of u will end up in marriage…amin..

  2. moga dipermudahkan insyaallah akh..
    “Katakanlah (Muhammad), “Wahai hamba2Ku yg beriman! Bertaqwalah kpd Tuhanmu.” Bagi org2 yg berbuat baik di dunia ini akan memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu luas. Hanya org2 yg bersabarlah yg disempurnakan pahalanya tanpa batas.” [39:10]
    ujian hati sememangnya berat..
    namun,percayalah pd janji2 Allah..
    dgn izinNya,insyaallah akh dn dia akn disatukn dgn ikatan suci itu..
    pasti ada hikmah di sebalik ketetapan yg harus akh tempuhi ini..
    innallaha ma’assobirin..
    “…sungguh Allah tidak menyalahi janji.” [13:31]

  3. fuh!! insaf… insaf teman selaku org yg mengenalkan.. moga urusan kite sama2 di mudahkan.. amin… sabar itu syurga… =)

  4. salam oit aji..ni cerpen ek?

  5. salam…

    to princess alessandra: terima kasih sudi melawat ke sini. ini adalah cerita ‘kami’, ia bukannya karya sastera. doakan kami.

    to hud: syukran atas peringatan. sememangnya peringatan itu penting untuk kita sesama Muslim.

    to Krel: sabar itu surga. ya, sememangnya aku rela untuk di’gula-gula’kan dengan syurga. umpanlah dirimu dengan syurga, kerana syurga itu pasti. doakanlah kami diberi kekuatan…

    to warx.hensem: terima kasih sudi melawat den menjenguk ke sini. ini bukan karya sastera warx, aku tak pandai menulis. ini curahan hati aku selepas mendengar berita gembira tuan bad ngn mar dh kawin. (aku baru tahu semalam pdhl diorg kahwin dh dekat setahun. huhu…)

  6. salam…wlpn selama ni aku just dengar je cite mg…tapi kali ini aku doakan agar Allah permudah segala urusan..Sesungguhnya ar-rijal yg soleh,buat an-nisa yg solehah..so buat sekarang ini settlekan urusan kita dlu iaitu menjadi soleh…dan selepas itu tunggulah keputusan dan ketetapan Allah.Janji Allah pasti benar… Udah2 le nangis..buruk bebenor(aku leni dah pandai ckp pherok)

  7. salam…i asked my roomate 2 read ur post, she was touched w ur writing..hihihi..she said u have the talent..yup, i knew this is not a make up story, coz i knew u..i’ll pray dat u&ur zaujah 2 b cn b 2gether in 2 yrs time..supposed this going 2 b d hard time 4 both of u, but as d time goes by, & u get acquainted w amal&ilmu, both of u will doing fine..d most important thing is Allah’s bless..
    chaiyook!!

  8. salam.sedey bace kisah kt atas!xpe perit jugak nak telan.tp xpe nnt kemanisannya nnt akan kita dpt nnt.Tuhan tgh atur plan utk kita cukup cantik..akak kagum ngn awk boleh wat keputusan yg sungguh berat.si ‘dia’ pun mesti terasa impaknye.tp xpe,biar sedey skng(mcm ade pengalaman).

    jgn biarkan cinta yg xjelas tuh melemahkan sendi2 awk utk melangkah jauh..simpan dulu cinta tuh nnt.insyaAllah akak doakn.

    pasal parents nk komen gak.sebenarnya parents kita harapkan kita supaya kita berjaya dahulu,lg2 kalo anak lelaki.pnah dpt msg dari abah akak ckp,”kejayaan angah adalah hadiah plg berharga buat abah”..berat rs n rs nk menitis air mata bace msg tuh sbb diorg nk tgk kita berjaya kdg2 kita buang ms wat menda lain.ibubapa kita syg kita sbb2 diorg takut nk kehilangan anak mereka,mereka xpuas lg bermesra dgn kita=)apa2 pun dahulukan parents..keberkatan akan ade.mungkin xnampak di mata skng tp nnt akan rs manisnya..

    lastly=)jadilah kuat al rijal!agama perlukan kita.kalo bukan kita siapa lg,kalo skang bila lg??

  9. ahaha…x sangka ak pn menitiskan air mata jgk bc posting ni-part yg parents tu.

    memang..kalau kita tulis dr pengalaman, orang akan lebih terkesan dan akan ingat kita mengarang cerekarama pulak. part yg kata kreatif tu yg tak tahan..hakikatnya tulah sebuah kehidupan.

    wey…all best

    lupa lak..salam ziarah. br jumpa blog ni.

  10. heish aku baru nk ikut jejak langkah ko cuti ni. ish kena pk balik la ni. T_T

  11. salam….
    terima kasih kepada semua yang sudi menerima perkongsian saya.
    to leokid: teruskan usaha, tetapi yang paling penting bawaklah berbincang. Mungkin ibubapa setuju tiba-tiba kita mana tahu kan? semoga berjaya bro!=)

    Janganlah di’sensasi’kan penulisan ini, namun hayatilah apa yang ingin dikongsi… Semoga ada sahabat-sahabat yang mendapat pengajaran,iktibar dan manfaat.
    wallahua’lam…

  12. salam blogger,
    welcome to blogger’s world,ahaks~ nice writing style,absolutely ko ade bakat la aji. 🙂

    anyway,kadang2 penyampaian mesej ketuhanan lebih terkesan melalui pengalaman silam daripada tulisan berbaur tazkirah semata2. ilmu itu buahnya pada amal,lantas tazkirah dari kisah silam lebih praktis utk difahami dan direnungi. cube refer website ni http://nikabduh.wordpress.com/

    just sharing..keep up ur work!

  13. Assalamualaikum. =)

    terkesan..cinta itu dahsyat bukan..=)
    Saya add ya link ni..

  14. tersentuh hati saya.

    emm..add link ni jugak ye?

  15. assalamualaikum..
    mmg ujian yg besar..tapi igt ‘Allah takkan uji hambaNya melainkan Dia tahu kita mampu lalui ujian tu’..

    doa moga2 dpt yg terbaik sbb ‘adakalanya bnda yg kita suka tak smstinya baik utk kita and sebaliknya’

    Allah Maha adil..He knows the best! moga akh dpt yg terbaik 🙂

  16. waalaikumusalam….syukran ukhti,
    sebab percayakan Allah Maha Adil tu la kite kene teruskan kehidupan ni.=)

    Masa tulis post ni hati terasa berat bukanlah kerana harus berpisah, tetapi kerana ‘telah’ membuat dosa kepada NYA, ibubapa, ‘dia’, dan diri sendiri. itu sahaja…dan mungkin ditambah juga dengan perasaan cemburu pada kawan-kawan lain yang telah berumahtangga. ( jeles tu kan fitrah jugak? hehe…)

    semoga semua yang membaca dapat menjadikan iktibar. fikirkanlah yang terbaik, semoga Allah menerima setiap amalan baik kita. amiiiiiiiin….. =)

  17. Assalamualaikum ya akhi.

    Membaca sesuatu yang terbit dari hati, mudah sekali meninggalkan bekas di hati. Sedap mata dan hati ana membacanya.

    Peristiwa itu adalah ‘percakapan’ Allah kepada anta. Bukalah akal, hati dan seluruh jiwa untuk ‘mendengar’, memahami dan mengambil hikmahnya… kami doakan!

  18. Waalaikumusalam….

    terima kasih akhi abu saif, sudi membaca ‘perkongsian’ ana dan memberi komen. besar maknanya. memberikan input yang boleh ana jadikan pedoman.

    -hati akan mudah tersentuh dengan hati-

    InsyaAllah akan menjadi peringatan pada diri ini, dikala ingin ‘bercakap’ dengan manusia.=)

    motivasi dan doa yang sangat menenangkan hati ini. jazakallah khairan kathira ustaz.=)

  19. radzi dan penulisannya yang semakin mantap dan berkesan..

    beberapa hari lepas aku baru terserempak dengan artikel ‘cinta’ ni, hari ni baru terdetik meninggalkan sedikit komen. tersentuh dengan artikel ni, aku jadi terfikir-fikir kenapa aku masuk ke dunia blogging. dan sekarang aku sedang mencari sisi kekuatan aku di dunia maya ni, harap2 bukan menambahkan lambakan blog2 diary. blog typepad aku kat friendster pun dengan drastiknya aku delete beberapa hari yang lalu selepas membaca artikel ni.

    betapa penulisan itu dapat memberi kesan kepada kehidupan seseorang. semoga kekuatan yang aku cuba janakan sebelum memasuki usia 22 tahun beberapa hari lagi ni dapat memberi perubahan dan erti bermakna untuk penambahan usia ni. doakan aku tidak termasuk golongan yang celaka dan rugi. dan sama-sama kita doakan kita bakal menjadi suami dan bapa yang sholih insyaALlah.

  20. sama²la perbaiki diri..nasib kita hmpir serupa.
    moga dipermudahkan segala..

  21. Allah..sedih la pulak dengar cerita ni. Ada orang yang lebih menderita rupa2nya.
    Alhamdulillah, nampak la juga usaha ke arah memilih jalan yang halal, bagus sangat. Cuma rezeki belum ada.
    Saya doakan.

  22. may allah bless u..
    redha ibu bapa redha Allah..
    i just found ur blog..
    link ok?

  23. to ildafluz : semua manusia belajar dari kesilapan dan menjadikannya tauladan supaya menjadi lebih baik. baguslah menulis untuk memberi manfaat. sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada oranglain.=)

    to budak kampung : semoga dipermudahkan juga, amiinn…

    to hani : tak perlu sedih, biar orang yang merasainya sahaja yang bersedih. bersedih bukan berduka,tapi kerana alpa dan kini sudah kembali bertenaga. hehe…

    to masleeha : terima kasih sudi menjenguk dan membaca tulisan-tulisan saya. semoga memberi manfaat.=) bukan setakat nak link, nak copy pon boleh. jangan letak kat tandas2 awam sudah. hehe,kidding.=p

  24. sometimes, reli hope we can turn back da clock… kan?
    if only we dun start anything…
    if only we reli block dat feeling to the fullest at the 1st place…

    love, not just wut u feel, but wut u r responsible with…
    dh taw itu ini, dosa pahala, halal haram,
    siang malam nangis, tp nak lepas, x leh…
    kahwin, jauh lagi, tp nak lepas, x leh…

    wut more, i see him everyday…………..
    we’ve been together everyday..
    classes, lectures, labs, exams, meals, etc etc…
    sumhow, da feel keep on refreshing n blooming…
    can’t pick other ways though, things r not for me to leave or to fix otherwise.
    may be diri sendiri “manje” sgt… weak.
    n stupid also…..
    i can just keep trying to make it better and “safe”.
    love is all around, but at one point, especially to think that there are years ahead for the knot-tying,
    urm…….tired.
    bless….?

  25. nur taufiqah idris, i got ur point. i think u should read my entry “janganlah BANGGA”. maybe its not bout ‘breaking’, but its more about ‘menjaga’ hubungan. saya doakan awak dipermudahkan urusan untuk kahwin dan dilindungi oleh Allah…amiiiin.=)

  26. hmm…sekali baca kisah dr razi ni, saling x tumpah macam kisah abg saya, Dr Ahmad Zakuan…

    abg saya menjaga orgnya, masa belajar ‘sibuk’ betul mahu kawen. Habis mak saya digodaknya.

    Emak saya tanya”mana wan nak cari duit, tanggung anak bini”. Abg saya jawab “duit biasiswa ada”

    Fikir-punya fikir, nasihat demi nasehat, akhirnya abg saya batalkan juga hasratnya.

    Tapi abg saya kawen juga di final semester, sekufu dgn famili kami. Yg ‘dulu’ tue, anak org kaya. Emak ngan kekwn abg saya cakap, wanita ‘dulu’ tue tak sesuai dengan abg saya, dr segi status famili.

    Sekarang dh ada, 5 org anak pun. Cinta selepas kawen. Indah

    Insha Allah, ada jodoh dr Razi kat luar sana tue…jodoh rahsia Allah.

    p/s: lambat plak sy komen..hehheh….baru terjumpa entri nih

  27. Hmm, dah lama dh baca post ni, tp baru nk mengomen..:p
    Cuma nak bg opinion, bila kita diuji oleh Allah, rasanya xbaik kita mempersoalkan ‘kenapa’, sebab bunyinya mcm kita xleh terima n redha qada dan qadar yang ditetapkanNya.Allah uji tu mesti ada sebab kan? Allah uji sebab sayangkn kita..takkan sempurna iman kita sampai kita diuji oleh Allah… tp pak Aji ni mesti lagi tau kn…hehe

    *peace*

  28. to jawahir : tak kesah pon lambat. alhamdulillah mungkin satu perkongsian yang menarik juga disampaikan disitu.=) saya kalau boleh nak lebih dari abang awak. bab anak tu. kikiki….insyaAllah…kan? terima kasih lagi sekali.

    to farhana88 : kagum pulak saya tiba-tiba pada kak farhana ni, ada fikrah rupanya. selalulah berada bersama/di sekeliling orang-orang yang baik ye? supaya kita sentiasa dilindungi dari berbuat jahat dan maksiat. nasihat untuk semua yang membaca dan juga;diri sendiri. huhu.. Wallahu’alam. peace jugak! hehe..=)

  29. salam…

    erm..knape ni ye…2 entry yg paling baru ni tentang kawen….??

    🙂

    sabar ye…selalunya kalau nk menjadi orang pertama yg nak menikah dalam adik beradik memang agak payah…parents yg dah jaga kita dari kecik mula2 mmg susah nk lepaskan anak2…mcm my abah yg mula2 susah nak lpskan kak ngah ms mula2 rombongan meminang sampai…i can see kesyahduan dlm mata abah sy…

    selalunya kalau dlm majlis anak org lain, abah sy la yg jadi perantara majlis n plg bersemangat..tp, dlm majlis anak sendiri, abah sy lebih byk berdiam…dia setuju, cuma mungkin tak bersedia lagi nak lepaskan anak .. 🙂

    huu…byk ye sy membebel…huhu..

    btw, dun wori…da balik malaysia t n da jadi doc, insyaALLAH niat suci tu akan dipermudahkan…so, jaga diri n iman ya razi.. 🙂

  30. Dr Radzi..

    Semoga hati kuat!

    Lagu Morning Prayer by Hamza Robertson saya tiada dalam bentuk mp3.Dengar di salah satu forum di ILuvislam.harap maklum.

  31. to ateeqa Y : ni entry lame lah cik kak. huhu…

    to syahidah : terima kasih. oh,ingatkan ada dalam mp3 nya. takpelah,terima kasih jugak.=)

  32. salam..
    ive just knw bout ur blog n luckly its quite interstd 2 read ur “crite”
    mm
    bout dis 1..
    its quite touchg
    smoge jodoh kalian bkekalan
    amin~

  33. assalamualaikum,,

    mcm mane nk ckp ye,,kang klu ckp ade org kate tipu,,tp ni betul,,betul dan betul,,
    pengalaman yg sama kita lalui,,ayt yg sama prnah kluar dr mulut ni,,”mama,along nk kawin boleh x?”,,dan jawapan yg sama diberikan kerana harapan dr mama ayah yg sama dan rasa bersalah atas dosa yg sama cume kami masih bersama,,

    semoga mendapat yg terbaik,,doakan kami juga,,,amin~~

  34. Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idam-Idamkan?

    ..dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui..
    (albaqarah:216)

    saabar ye.. Allah aturkan yg lebih baik buat awak..

  35. salam.. awk, berkorban utk keluarga…insyaAllah dipermudahkan jalan ke arah yg lebih baik..saya pernah alaminya.. mudah2mudahan semua beroleh yg diimpikan.. 🙂

  36. Inilah nikmat manisnya beriman, bila rasa bersalah segera nafsu & akal tertunduk malu.
    ‘knape perlu saket2 jage hati bab cinta ni?’,
    Knape yea? ‘sebab kita nak CINTA yg diredhai oleh semua, yang didoakan semua yg dibumi bahkan jua yang dilangit, yg berkahnya bukan sehari due, tapi mudah2an sampai di alam sana… amin. Walimah adalah satu episod dari sebuah filem kehidupan. Akibatnya mampu mencacat episode hidup yang seterusnya andai enggak dikarang bener-bener.
    Maka perlu awas jalan skrip bahkan segala WASILAH menujunya. Sebab diakhir nanti filem kite ni akan ditayang semula bukan untuk tontonan@simpanan peribadi, bahkan untuk seluruh makhluk bergelar manusia, huhu malu bukan kepalang sebab semua boleh tengok free… yaAllah skripkan episod2 filem hayat kami menepati sebaik jalan mustaqimMu.
    Maka ayuh rebrand segera doa hari-hari “yaAllah ketemukanku dengan bakal zaujah pilihanMU, bahkan temukan kami benar- benar TEPAT pada waktu pilihanMu, dalam keadaan DIRI jua NUBARI kami benar2 mantap mengendong amanah jua sunnah kekasihMu ini”… allahumma Amin…
    *pada yang dah berpunya, namun masih belum sampai seru, jagalah keizzahan diri=) terpulang pada pasangan tu laa..ntum nak ‘kisah cinta’ ntum gane…dapat berkat atau laknatNYA. hanya nta n dia je yang bleh pilih..hanya ntum yang tahu,hanya ntum yang corak ukhwah ntum…kami, sahabat2 juz bleh bg nasihat..=)Cuma 1..ingat,kita insan ditarbiyah ibu & ayah.. ada aqidah..ada akhlak..jangan sia-siakan aqidah kerana fitrah..Pimpin syariat & akal mendahului nafsu.. =) afwan, selamat beramal!. yaAllah SEDARkan aku dalam menulis!.

  37. baru la akak faham perasaan sidia.. sabar dan redha lah atas ujian ni..

    • ish3..
      jeng3..
      madamme di bumi allah ni..
      ape yg pnting bkerjasama kn akak?

  38. akak di bumi allah ni..
    ish3..
    nk gak leave comment ye?
    same2la kite mjadi org yg sbr..
    moga dgn kesabaran, allah akan mngurniakn nikmat yg lbih dr ape yg kita minta, jangkakn

  39. aiseh aji..aku bru tau..sedih plak aku bace entry ko..huhu
    pape pn..mybe ade hikmahnye disebalik sume ni..
    i.allah ade jodoh yg mennti..tanpa kita sedar..sumenye dlm perancangan-Nya..

    erm..tetibe aku teringat pesan mak aku..abes blaja dlu..lps tu sukehati la ko nk wat ape..disebabkan aku xmo kne sembelih ngn mak aku..makanya aku pn blaja je la dlu..hehehe =D

    —-DR.RADZI says: laaa….dah basi bkulat dah crita ni ko baru tau,ish3…haha. takpe. hidup tak mencabar tak bez. yang penting,jgn lwn ckp mak bapak ek? peace! hehe…

  40. salam.syahdunya kesoh benar doc ne.. tp, patut jd pengajaran kepada kwn2x sy yg sibuk nak kawen tp tak dapat keizinan parents. huish, betui la, zaman sekarang ne mmg hormon galak org kawen kut. Moga2x doc ngan si dia end up dgn baik..

    doa dr jauh~

  41. aji kisah kita hampir serupa..
    tapi xsama..
    semoga kita berjaya juga kahwin suatu hri nanti..

    —-DR.RADZI says: tak nak aku…aku nak kawin ngan perempuan,tak nak ngan ko. hahaha~

  42. aji, kita ni ada telepati ke?
    cam story of my life la plk.
    🙂

    sekarang baru nampak hikmah Allah uji kita..
    Alhamdulillah.

  43. salam,menarik sangat kisah ni.Ada ibrah yang harus diambil.
    Cerita dari hati tntang kehidupan kita biasanya lebih menusuk ke dalam hati pembaca.
    semoga dipermudahkan segalanya 🙂

  44. wahh.. menarik..

    mcm cerita novel.

  45. to ahmad akmal : kisah kita sama ek? adoih baru perasan komen ni padahal dah dua tahun yang lalu, hehe sorry…

    to gadisberbajubiru : semoga bermanfaat.=)

    to aqeyLs : cerita lama, jangan dikenang…=p


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: