Hidup Kena Enjoy…


“Entah kenapa, dunia terasa sempit dengan ‘kehidupan beragama’….”

“Rasa tak best, tak macho, tak moden, dan macam-macam TAK lagilah…”

“Usrah? Naqib? Duduk kumpul-kumpul,’sharing’ bout masalah agama? Eiuww…ape tu? Buang masa la….Hidup kena enjoy, beb…”

Mungkin ada yang berfikiran sebegitu. Kalau tidak pernah terfikir pon, mungkin ada yang pernah terlintas untuk berfikir sebegitu. Agak menyeramkan sebenarnya. Tetapi ianya memang realiti. Memang ada orang yang berfikiran sebegitu…

“Kenapa perlu buang masa duduk bersembang tentang agama?”

Saya mendapat pengalaman baru hari ini setelah diberi peluang berkongsi masa untuk ‘mentoring’ adik-adik junior 1st year. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik. Program mentoring yang menyerupai program usrah di Malaysia. Program usrah yang dianjurkan oleh pihak universiti, yang diberikan penilaian oleh dekan di akhir semester, dan akan mempengaruhi nilai peperiksaan.

“Sheikh, kalau anta nak bagi kat ana junior yang ‘gile-gile’ sikit pon takpela sheikh, ana orait jer…”

“Oh, yeke? Oklah kalau camtu, ana bagi semua kat anta jelah.”

“Eh, janganlah macam tu…”

Hmm……

Bagaimana hendak mengajak manusia kepada tuhan?

Bagaimana hendak mengajak manusia mengenal tuhan?

Bagaimana hendak menyedarkan manusia tentang hakikat tuhan?

Bagaimana hendak menyedarkan manusia tentang hakikat hamba?

Bagaimana hendak mengingatkan manusia untuk meng’hamba’kan diri?

Manusia, insan lemah yang tidak pernah sedar tentang sifat kelemahannya. Dunia terasa indah, diri terasa megah. Apa perlunya ‘merapatkan diri’ kepada agama jikalau semuanya sempurna? Kita tidak terasa memerlukan agama, tidak terasa memerlukan tuhan. Tidak terasa perlu mematuhi arahan tuhan untuk mendapatkan sesuatu. Tidak terasa ke’tidaksempurnaan’ diri, kerana semuanya sempurna! Sebutkan apa sahaja, ada duit, ada otak ( otak penipu-kata P.Ramlee), maka semuanya boleh diperoleh. Dan tiada azab akan menimpa di dunia ini.

Manusia, sering lupa hakikat diri….

“Kalau tak diwajibkan untuk datang, saya takkan datang mentoring ni bang.”

Harap-harap bukan itu yang diluahkan dalam hati masing-masing. Tapi tidak mengapa, mungkin keterpaksaan anda boleh membawa anda mengenal hakikat diri, hakikat tuhan, secara tidak sengaja. Amiiiiin Ya Rab!!!

Kebanyakan manusia akan tersentuh jika diingatkan tentang hakikatnya sebagai hamba. Se’handal’ mana pon anda, anda tetap ada tuhan. anda tetap ada agama, anda tetap ada pengakhiran. Saya percaya bahawa agama ini bukan diturunkan untuk orang yang lahir dalam golongan, berpendidikan dan berpelajaran agama sahaja. Ianya untuk semua dan ianya harus disampaikan. Sampaikanlah agama dengan apa cara sekalipun, manusia harus kembali pada tuhannya…

p/s : Hmm,boleh tak bagi nasihat, “rock, rock jugak, quran sunnah jangan lupa…”. Hehe…

Advertisements
Published in: on September 12, 2008 at 4:26 pm  Comments (4)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2008/09/12/hidup-kena-enjoy%e2%80%a6/trackback/

RSS feed for comments on this post.

4 KomenTinggalkan komen

  1. Kuasa HATI amat penting dalam seseorang insan itu untuk bergerak mara…dari baik ke buruk dan juga sebaliknya..Tidak salah nak ber”rock” tapi rock kita,rock ISLAM…satu istilah yang pelik bukan..tapi fikir dibalik kalimat itu…tidak mustahil awalnya seorang insan bergelar mat rempit,dengan kuasa HATI disuluh oleh hidayah ALLAH kemudian bertukar menjadi MAT DAKWAH…satu lagi istilah pelik…ikut kome le nak letak mat ape pun…

  2. syukran sheikh, takde ape istilah yang pelik sebenarnya. saidina umar b4 islam dulu pon mat pukul. khalid alwalid mat bunuh (panglima perang)…kan? hehe,saje ‘teman’ tambah istilah2 pelik ‘mike’ tu.=p

    p/s: kat blog ni kite cakap perak, kat blog nta kite cakap ganung,ok? hehe…

  3. hohohoho…dh bsinar kembali blog ni w tulisan kamu ye..bgs2, dh lame sy tunggu kamu punye latest post..biasela, sy kn penyokong no.110486 kamu…bnyk gak fan kamu ye..bgs2, sy pn ada post br kt my frenster blog, ada masa nnt baca ek..xtahula btoi x ape yg sy tulis tu…

  4. amboi bos,ada peminat no wahid nmpk…hahahahazim…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: