“Siapa pernah main game ‘telefon karat’????”,
tanya seorang ajk biro acara yang mengendalikan aktiviti IQ Game.
“Ok, permainan dia senang je… Korang beratur ikut kumpulan secara memanjang ke belakang. Beberapa ayat yang mengandungi 10 patah perkatan akan diberikan kepada wakil kumpulan yang paling hadapan. Masa akan diberikan 2 minit untuk menghafal. Seterusnya ayat-ayat tersebut akan dibisikkan ke kawan yang berada di belakang dan diteruskan sampai ke hujung. Kemudian kita akan dengar kembali ayat-ayat itu dari pelajar yang terakhir tersebut. Ok?”,
panjang lebar penjelasan ajk biro acara untuk slot game pada petang tersebut. Acara santai untuk mahasiswa mahasiswi baru yang datang ke Unpad dalam program orientasi pelajar-pelajar Malaysia ahad kelmarin.
Ajk biro acara yang rata-ratanya berkepala gila (maybe sebab ketua dia kot??=p) telah mencadangkan beberapa ayat untuk dimasukkan dalam game ‘telefon karat’ tersebut. Antara ayat-ayatnya,
1) Rocky pergi ke pasar pagi beli daging sapi untuk masak kari.
2) Alang berenang bersama kerang di Pulau Redang sambil mengupas bawang.
3) Bobo makan bubur dan telur tersembur-sembur di Jalan Dago.
4) Iwan ke Kuantan terjumpa orang utan lalu menjadi kawan, kesian…
5) Abu pergi ke Kampung Jambu membawa buku dalam beg biru.
Hasilnya….
“Sila tulis ayat-ayat tadi. Maju ke depan dan bacakan apa yang anda dengar dan dapat dari kawan-kawan anda tadi.”
Alhamdulillah, ada yang tepat dan tak kurang juga, banyak yang ‘tertambah’ dan ‘terkurang’.
Mencuit hati semua yang ada sementelah program orientasi dijalankan di petang Ramadhan yang memenatkan…
“Izwan ke Kuantan terjumpa orang-orang utan lalu menjadi kawan orang kesian”
“Bubur makan bubur dan terung bersungguh-sungguh di Jalan Dago.”
“Alang berenang bersama kerang sambil mengupas bawang di Pulau Redang.”
dan bermacam-macam lagi….
Sampai penat menahan ketawa, ish3…=p
Alhamdulillah, aktiviti tersebut melekakan dan menyeronokkan semua pelajar yang terlibat. Ramai adik-adik baru yang mendaftar tahun ini, hampir mencecah 200 orang pelajar termasuk non muslim. Pelajar muslim dalam 2/3 jumlah keseluruhan pelajar. Mungkin boleh dibina suatu kampung untuk pelajar-pelajar Malaysia sahaja di sini. Anak-anak Malaysia di kota Indonesia, banyak pro dan kontranya…
Namun apa yang menarik adalah ‘hikmah’ game tersebut.
“Walaupun nama slot ni IQ Game, ianya taklah mencabar IQ sangat. Korang tau tak apa yang boleh kita dapat dari game tadi?”
“Kita mesti kaji dan selidik apa yang kita perolehi dari kawan kita. Apa yang kita dapat dari kawan kita tidak semestinya benar.”
Selesai slot untuk petang, malamnya diadakan perjumpaan bersama pelajar-pelajar Muslim sahaja untuk sesi perkenalan Biro Agama PKPMI ( IMAN) dan Biro Agama KUBI. Tidak semua yang hadir, walaupun telah diwajibkan, namun begitu kesempatan ini diambil untuk merungkai kembali ‘hikmah game telefon karat’ petang tersebut.
“Telefon karat yang anda main petang tadi hanya melibatkan 10 atau lebih orang sahaja dalam kumpulan anda. Itu pun kita sudah dapat mendengar pelbagai versi. Ada yang telah ditukar perkataan, nampak lebih sedap. Ada juga yang telah ditukar struktur ayat, yang di depan dibelakangkan, yang dibelakang di ke depankan, hebat.”
Yang lelaki sibuk mentertawakan rakan-rakan masing-masing, yang perempuan cuma tersenyum sendiri.
“Cuba bayangkan telah berapa lama jarak perbezaan kita dengan zaman Nabi Muhammad SAW? Lebih 1400 tahun. Lebih dari 1400 orang yang menyampaikan berita kepada kita, kalau kita hanya mengikut dan mendengar tanpa mengkaji semula agama ini, kita hanya mendapat serpihan-serpihannya sahaja…. Mungkin betul dan mungkin juga tidak.”
Ada yang tesedar dan berfikir barangkali, ada juga yang kurang dapat menangkap maksud saya.
“Agama ini tertegak dengan hujjah. Al-Quran dan Sunnah. Kita tidak akan sesat selama-lamanya selagi berpegang pada dua sumber rujukan tersebut. Agama ini agama wahyu, jadi segala ilmunya hendaklah kita rujuk semula kepada wahyu, bukan sekadar mendengar dan mengikut sahaja.”
“Kita ada sumber-sumber hadith sahih yang sangat boleh dipercayai untuk kita membuat rujukan. Kita ada kitab suci yang sangat-sangat terpelihara semenjak 1400 tahun dahulu, jadi apa yang perlu dilakukan adalah cuma kembali kepada dua sumber tersebut.”
“Saya dengar dari sekolah saya dahulu begitu dan begini, ustaz itu berkata begini, pakcik itu berkata begitu, doktor itu berkata begitu begini bahawa orang Islam patut buat itu dan ini. Mungkin kita sering melakukan sesuatu yang dianggap baik di sisi agama namun Nabi Contoh kita tidak pernah melakukannya. Mungkin kita tidak pernah melakukan sesuatu, terasa asing dan pelik di sisi masyarakat tetapi itulah yang Nabi Kesayangan kita buat sepanjang hidupnya.”
AKU BERSAKSI TIADA TUHAN YANG DISEMBAH, KECUALI ALLAH
AKU BERSAKSI NABI MUHAMMAD ITU, PESURUH ALLAH!!!
Ambillah agama dari sumbernya, belajarlah agama dengan adil dan saksama. Semoga Allah melihat usaha kita mencari agama sebagai sesuatu yang tinggi di sisiNya. Biarpun mati sebelum bertemu yang haq, Allah Maha Adil untuk menilai usaha hamba-hambaNya.
Dekatkan diri pada agama, bukan kerana mahu jadi alim/ poyo/ nampak baik / mak bapak suruh/ nak jadi macam famili/ kawan-kawan yang semua baik-baik, tidak! Tetapi hanyalah untuk BEKALAN SELEPAS MATI.
Allahumma inni as’aluka ridho ka waljannah, wa nau’zubika min sakhotika wannar…
Ya Allah tuhan kami, aku memohon redha dan syurgamu, dan aku berlindung dari kemurkaan dan nerakamu…
cam watikah pelantikan je…ltk pic la bos…br menarik
hmmm…bgsnya kamu ni..dpt relatekn bnde simple yg org ambil enteng w pkara agama..congrats..sy pn br perasan hikmah di sebalik game tersebut. mmg rmi umat islam zmn skrg yg beramal w islam dgn bsandarkn ckp2 org.org tu ckp cmni, cm2, org tu ckp cmni…tp if kite ada keupayaan kita patut cr agama dr sumber yg lbih baik, bkn hanya dgr ckp2 org..mmgla pd dasarnya if org awam, kita mengikut dasar mufti..tp sy teringat 1 talk ust hafiz firdaus xlama dulu…sbg seorg student, kita punya keupayaan utk mencari ilmu agama pd thp yg lbih tinggi, cuba baca,kaji kitab,so kite x menjadi org yg hanya beramal mengikut ckp2 org yg blum tentu sahih atau tidak..hmm…sekadar renungan, sy pn xdela pndi sgt bab agama ni..dh kamu mintk comment, tgk, bjela sy tulis..sori ek
Kepada ibnu aiman dan princess alessandra…
Syukran atas komennya teman-temanku, semoga ada manfaat buat kita semua. Amiiiiin….=)
waah, gambar tu posing cam artis plak… =P
tersembur2 kueh raye aku bace citer ko ni (kes maen tenet smbil perabih kueh raya)
salam aidilfitri!
elmoluvpaddington : dah suruh dah gamba tu jangan posing mcm artis tapi die nak jugak posing mcmtu,nak wat camne….maafkan jelah ye…?? hehe…
leokid : nasib baik cuma “tersembur2”, kalau “bersungguh2” boleh tercekik dibuatnya. selamat menjamu hidangan raya, lepasni boleh puasa 6 pulak. hehe….
betul3~
Dekatkan diri dengan agama..dekatkan diri dengan Allah..adalah bekalan untuk selepas mati..semoga dapat keredhaanNya..ameen..
thanks for the post…dah terleka kejap… 🙂
hmmm,,,nmpaknye ayt dr kmpln sy 2 memg glamer la,,x leh nk disangkal lg 2,,sape lg yg leh wat ayt smpai org sume glak??ktorg je bleh taw,,haha,,
ayt kmpulan sy yg mane??yg 2 la,,,>>>>>>>>>>>>
“Bubur makan bubur dan terung bersungguh-sungguh di Jalan Dago.”
[…] boleh memahami dan menganalogikannya dengan point saya ini. Tak pernah main? Boleh rujuk kepada artikel sahabat saya di Indonesia ini. Dengan sikap menyebarkan tanpa menyelidik inilah, adanya tokok tambah, putar-belit, […]
bagus gak