Style sape kite tiru??


......................

......................gambar hiasan..................

Yo! Wazzup bro!!

Lu ape cite skang?

Lu makin bergayala dude….Hahaha!!

Maka bergelak ketawalah mereka di dalam perbualan sesama mereka diselang-seli dengan gosip-gosip terbaru. (harap-harap tiada yang termakan cili dan tiada yang terasa pedasnya,ye? Hehe…)

Itu hanyalah salah satu senario yang mungkin kita boleh lihat di era serba canggih ini. Zaman modenla katakan, cakap pon kenela ade style…baru macho beb! (teringat satu iklan TV, “ade style la”. Iklan ape tu ek? Hmm, hehe..)

So, dah alang-alang tercakap tentang style, apekate kita rujuk balik style kite, dari manakah asal style yang kita tiru itu? Yela, kenela tau jugak, takkanla kita nak tiru style orang-orang yang membenci Islam, menindas Islam…kan? Oleh itu, cuba kita kongsikan bersama, kita renung-renungkan, kata-kata seorang wanita suci yang bernama Aisyah R.A, Adalah akhlak Nabi Muhammad SAW itu Al-Quran. Hadith Riwayat Muslim

Style tu kan akhlak? Cuba bayangkan, style Nabi Muhammad kita, adalah ‘penjelmaan’ dari apa yang ada di dalam Quran, kita sebagai ummatnya pasti bangga. Pemimpin kami seorang yang baik,sopan santun, lemah lembut, bijak, kuat, dan takut dengan tuhan. Bagaimanakah kami mahu mencontohinya?

“Err….bajet la wei, Nabi Muhammad tu nabi, mane bole nak jadi sama macam dia.”

“Ish, aku takdela baik sangat sampai nak tiru apa yang nabi buat, setakat sket2 tu bolela…at least aku tak nak jadi budak jahatla.”

“Aku jahat macam mane pon, paling koman aku taknakla masuk neraka.”

Ha,itulah pemikiran dan perancangan yang bijak! PLAN UNTUK TIDAK MASUK NERAKA. Jadi, apekata kalau tidak mampu meniru semua, biarlah’sedikit-sedikit’ perkara yang kita buat tu, biarlah yang pernah dicontohkan oleh nabi. Bak kata orang, amalkan yang ‘sunnah’ (maksudnya, ‘style’ nabi. Hehe..)

Ape yang kite boleh contohi?

Wahai manusia, hendaklah engkau bersikap tenang. Maka sesungguhnya kebaikan itu dengan cara tidak tergesa-gesa.” Hadith Riwayat Bukhari

Janganlah kita bersikap kelam kabut, tidak teratur, membabi buta di dalam sesuatu kerja, kerana Islam itu adalah sebuah agama yang teratur dan tersusun. Apetah lagi kerja-kerja ‘last minute’, itu bukan budaya Islam. Itu bukan ‘style’ nabi. Amalkan satu hadith ni, insyaALLAH kita akan dapat merasakan sedikit sebanyak kelebihan Islam. Orang Islam ramai di muka bumi tetapi lemah dan mundur, kenapa? Kerana mereka tidak mengenal agama mereka, mereka tidak mencontohi ‘pemimpin’ mereka. Kalau dah tiru, even sikit-sikit, barulah boleh berbangga,“dis is my style, dude.”

semaknya mata memandang....jangan ditiru. huhu~

semaknya mata memandang....jangan ditiru. huhu~

Dan setelah itu, berdoalah supaya usaha kita untuk beriman dan mengikuti ‘pemimpin’ kita ini dengan doa dari quran ini.

Quran Al-Karim (Ali Imran) 3:53

Maksudnya : Ya Tuhan kami, kami telah beriman kepada apa yang engkau turunkan dan kami telah mengikuti Rasul, kerana itu tetapkanlah kami bersama golongan orang-orang yang memberikan kesaksian

—————————

re-post article from blog lama…=)

Advertisements
Published in: on Oktober 12, 2008 at 1:47 pm  Comments (3)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2008/10/12/style-sape-kite-tiru/trackback/

RSS feed for comments on this post.

3 KomenTinggalkan komen

  1. Yup…tidak perlu kita ambil contoh yang jauh untuk kita tiru dan contohi… Pada batang tubuh Rasul Junjungan kita penuh dengan qudwah hasanah yang perlu kita ikut..

    Yang menariknya style atau dalam bahasa Islamic ye akhlak Nabi, banyak diikuti oleh orang bukan Islam.Tepati masa,bersih,sopan santun dan sebagainya.Cuma mereka tidak syahadat…

    Kita,tepati masa idak,bersih jauh,sopan santun langsung tidak…sedangkan kita syahadat.Dimana Islam kita,Dimana iman kita, Dimana Takwa kita? dimana dan dimana….erm..

    (Tidak provoke,masih komen dalam bahasa santai…hahaha.)

  2. hehe…ye2,fhm…
    kalau pon ada yang terasa sebagai provoke, semoga ianya menjadi titik perubahan untuk kita mempunyai akhlak yang lebih baik.=)

    p/s : belajar ‘slow2’ untuk meniru akhlak nabi. tak kenal maka tak cinta.

  3. Salam bro..

    Just nice.

    Santai, short but sharp. Sempoi yang boleh ditelan remaja-remaji kita sekarang.

    Their styles is their idols.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: