Semua akan mati…


“Rol, ade kelas ke? Mak nak gi KL ni, adek opah yang bongsu meninggal dunia”, bunyi ayat ibuku di dalam satu sistem pesanan ringkas atau lebih mesra dikenali sebagai SMS.

“Adek opah yang mana satu, mak?”

“Yang rumah dia dekat dengan arwah tok hitam tu.”

“Innalillah hi wa inna ilaihi raji’un…. Semoga dia sentiasa berada dalam rahmat dan redha Allah, amiinn…”

Al-ankabut,29: 57. Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.

Sesungguhnya setiap yang bernyawa PASTI akan mati. Samada di dalam nikmat iman dan islam, mahupun di dalam ‘Islam sekadar nama’, mahupun di dalam kekufuran.

Semua manusia bertanggungjawab terhadap apa yang mereka lakukan di dunia ini.

Sedih memikirkan tentang mati… Mahu mengalir rasanya airmata ini…

Aku cukup degil mematuhi perintahMu, aku cukup leka dengan ujian duniaMu, semoga aku tergolong dalam golongan orang yang beringat di atas peringatanMu ini. Terima kasih Tuhan, kerana mengingatkan. Sesungguhnya kematian seorang manusia adalah untuk mengingatkan manusia lain tentang hakikat kewujudan kita-yang tidak lama.

As-shaffat, 37:16. Apakah apabila kami telah mati dan telah menjadi tanah serta menjadi tulang belulang, apakah benar-benar kami akan dibangkitkan (kembali)?

Teringat satu analogi yang diberikan oleh seorang ustaz ketika berada di tingkatan dua,

“Allah Maha Kuasa. Kita takdak kuasa. Allah nak cipta kita senang ja, tak perlu mintak tolong sapa-sapa. Jadi untuk mematikan dan menghidupkan kita semula selepas mati, Allah tidak perlu bersusah payah! Bayangkan, seorang ahli sains, yang mencipta kereta. Pada zamannya tiada manusia yang pernah melihat dan mengetahui tentang kereta, tetapi dia berjaya menciptanya. Dan apabila kereta itu rosak, remuk, tiada stereng, tiada tayar, tiada enjin, tiada macam-macam, diberikan kepadanya untuk dibaiki, adakah dia mampu? Daripada tiada pun boleh dijadikannya sampai ada, inikan pula dah ada, cuma rosak???!!”

Analogi itu akan tetap ku ingat, menjadi pedoman kepada diri dan sesiapa yang mencari, hakikat tuhan dan hakikat diri.

Berimanlah bahawa kita akan dihidupkan semula dan ditanya tentang amalan yang telah kita lakukan di dunia. Dunia hanya persinggahan, untuk dikumpul bekalan, supaya menjadi kesenangan, di padang mahsyar medan pertanyaan.

Ya Allah, lindungilah daku dari azab Jahannam, lindungilah daku dari azab kubur, lindungilah daku dari kejahatan fitnah dunia dan selepasnya, dan lindungilah daku dari fitnah ad-dajjal laknatullah…..

Amiiiiin ya Rabbi….

Advertisements
Published in: on Oktober 30, 2008 at 12:21 pm  Comments (8)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2008/10/30/semua-akan-mati/trackback/

RSS feed for comments on this post.

8 KomenTinggalkan komen

  1. Alhamdulillah..peringatan sgt bermanfaat
    pentingnya zikrulmaut hidup dalam jiwa seorg hamba..
    dariNya kita dijadikan dan kepadaNya jua kita kembali

  2. salam ziarah kembali..
    teruskan la berblog..
    maaf, lama dah tak update

  3. salam kenal..takziah..dari DIA kita datang dan kepada DIA kita kembali

  4. Aslmkum Dr. Radzi…

    Apabila mendengar perkataan mati, pasti akan timbul rasa gentar, takut dan ngeri di dalam diri kita. Perasaan ini adalah sebab utama kejatuhan Umat Islam yang seperti buih di lautan, hanyut dibawa arus ke sana sini. Apabila kita takut mati dan sangat mencintai duniawi, maka kita berada pada tahap kemunduran maksima.

    Akal berfungsi untuk menghakimi sesuatu berlandaskan ilmu yang sekadarnya, bagi menetapkan sesuatu yang dinamakan hukum (bijaksana). Hukum syariat yang wujud hanyalah Haq atau Bathil. Selain dari itu wujud juga hukum di sempadan antara Haq dan Bathil, atau mana-mana satu yang lebih berat iaitu sunat, harus atau makruh. Maka Akal mesti mengiyakan Hukum Allah. ‘Iya’ yang bukan ikut-ikut atau terpaksa.

    Mati itu pasti. Samada kita rela atau terpaksa atau kita lari atau bersembunyi dari mati, kita tetap tidak boleh lari. Tetapi perlu diingat bahawa setiap hari kita menghadapi mati. Apabila kita penat bekerja atau berfikir, alangkah seronoknya jika kita dapat berehat dan tidur. Esok kita akan terjaga untuk melihat perkembangan atau hasil yang telah kita buat hari sebelumnya. Tidur itu adalah kematian. Sepanjang tidur, kita masih terus hidup menyaksikan berbagai kisah dan kejadian di alam ghaib. Kita melihat peristiwa silam, peristiwa esok, berjumpa dengan arwah-arwah mahupun dengan yang belum pernah kita temui.

    Apa yang ingin saya sentuh ialah perasaan seronoknya tidur. Inilah perasaan yang sepatutnya ada apabila sampai khabar bahawa kita akan mati. Setelah penat hidup di dalam jasad Adam selama bertahun-tahun, kita dipanggil PULANG. Inilah hakikat “Datang dari Allah, sesungguhnya kepadaNya jua tempat kembali”. Mati itu hanyalah perpisahan antara Roh (Umat Muhammad) dan Jasad (Bani Adam). Jasad Adam kembali kepada fitrahnya iaitu Bumi. Roh kembali kepada fitrahnya iaitu Muhammad kekasih Allah. Allah adalah Dzat atau Induk kepada segala yang bersifat Baru.

    Kebanyakan meletakkan dirinya pada sifat bani Adam. Sedangkan hakikat bani Adam adalah umat Muhammad. Juga kekasih Allah hanyalah Muhammad dan dengan sifat harus, Allah menjadikan sekelian alam ini demi kasih sayangNya kepada Muhammad. Adam dicipta untuk mensyariatkan kasih sayang Allah kepada Muhammad di alam Syahadah iaitu alam kehidupan kita sekarang ini. Sedangkan Allah meliputi zahir dan batin sekelian yang maujud di seluruh alam sejagat, bahkan tidak ada yang terkecuali walau sebutir nukleus atau yang lebih halus. Maka untuk menjadi kekasih Allah, kita mesti meletakkan diri kita pada umat Muhammad, iaitu diri yang menyahut apabila dipanggil dengan nama kebiasaannya.

    Pada tahap ini, kita sebenarnya berada pada sifat keTuhanan iaitu Muhammad adalah syariatnya sedangkan hakikatnya adalah Dzat yang dipanggil Allah. Maka pada Dzat sudah tiada hakikat lagi (Qadim). Inilah hakikat rukun Islam yang pertama iaitu mengucap 2 kalimah syahadah. Terdiri dari syahadah tauhid dan syahadah rasul merangkumi nafi dan isbat. Bahkan di dalam nafi ada isbatnya dan di dalam isbat ada nafinya. Sebelum bermula syariat Islam, Nabi Muhammad terlebih dahulu berjuang untuk menegakkan pegangan ini iaitu Tauhid, sehinggalah tahkik sebagai iktikad. Selepas itulah Islam sempurna sebagai Ad-Din ataupun Cara Hidup dan bukannya sekadar agama atau ritual. Malangnya bagi yang lahir dari baka Islam secara pakej, Tauhid yang berdiri di atas rukun Iman yang 6, kurang diambil berat. Islam akan tersyariat sendiri apabila Tauhid yang tepat wujud di dalam diri setiap individu. Islam bukan lagi disyariatkan kerana baka, ikut-ikut, kalau-kalau, takut-takut, ragu-ragu dan sebagainya. Akal akan mengatakan “ye tak ye jugak”, atau menyokong segala Firman Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad lebih 1400 tahun yang lalu.

    Menafikan sekelian yang BARU dan mengisbat ALLAH, seterusnya mengisbatkan Muhammad Rasulullah. Inilah konsep Tauhid yang perlu diteliti dan difahami agar tidak tergelincir di titian Siratal Mustaqim yang di bawahnya adalah lembah kesyirikan, kekufuran, kefasikan dan kemunafikan yang menyala-nyala apinya.

    Berbalik kepada Mati. Apabila jelas Tauhid dan berpegang teguh kepada Iktikad yang tahkik ini, kita sebenarnya sudah kembali ke Rahmatullah sebelum tiba apa yang kita definasikan sebagai Mati. Kematian akan datang bagi menyempurnakan kepulangan kita (ajal kita). Kita meninggalkan Alam Syahadah memasuki gerbang Alam Barzakh menuju ke Alam Akhirah. Bagi yang merindui saat ini, kegembiraan yang teramat sangat menyelubungi dirinya. Kegembiraan sewaktu berbuka, menyambut Aidi Fitri, mengahwini kekasih tersayang dan segala-gala jenis kegembiraan yang pernah dinikmati, hanyalah setitik nisbahnya, berbanding 7 lautan kegembiraan, sempurnanya kembali ke Rahmatullah, bahkan lebih lagi.

    Saya harap Dr dapat memperhalusi kalimat ini dengan benar-benar teliti. Saya bimbang berlaku salah faham dan tidak mahu bertanggungjawab atas fitnah yang muncul kesan dari penulisan ini. Saya percaya, Dr berfikiran terbuka dan tidak berhenti belajar di peringkat Phd bahkan meneruskan pengajian di University of The Universe. Saya sekadar berguru dengan pengalaman iaitu kesesatan yang pernah saya lalui. Marilah kita berlindung di dalam kasih sayang Allah dari kemurkaanNya.

    Sekian, Assamualaikum…

  5. tiap2 kali call rumah mesti mak aku gtau ade org kmpung aku meninggal (exaggerate gile..tp selalu gak ar ade kabar org meninggal)..ade yg sakit tua, ade yg eksiden n lain2..moga2 pengakhiran kita pengakhiran yg baik..juga utk saudara2 kita yg lain..

  6. mati adalah motivasi paling berkesan

  7. kehidupan di dunia ini hanyalah sementara…
    berdoalah kita supaya kita menjadi “Golongan yang Mengangap Dunia ini sebagai Ladang Akhirat”…

    “dan tiadalah kehidupan dunia itu selain daripada main – main dan senda gurau sahaja dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang – orang yang bertakwa. Tidakkah kamu memahaminya” …(Al-An’aam : 32)….

  8. dh lame xvisit ur blog page..yela, dh sebulan bkampung di hospital..smlm br dpt tdo ats tilam..tp xde nikmat, krn hati gundah memikirkn ibu di hopsital..hrp2, Allah pnjgkn umurnya, krn masih bnyk lg kami anak2ny xsmpat nk bbakti pdnya..smoga Allah kembalikn kebahagiaan famili kami..amin…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: