Janganlah BANGGA…..


So I lay my head back down,

And I lift my hands and pray

To be only yours,

I pray to be only yours…

I know now your my only hope

Perghh..seronoknya ketika ‘bersama’. Kau kekasihku, aku kekasihmu. Tiadalah yang lebih membahagiakan selain dari dapat berada disisimu, kekasihku…

Diriku amat bertuah kerana memilikimu, janganlah kau meninggalkanku, duhai kekasih hatiku…

83146253

Hamboi, hamboi..

Bak kata Orang Perak,“sayang beno kome kt ‘gepren’ kome ye?” (‘kome’ means ‘kamu semua’. Belajar loghat tempatan sekali-sekala, ye? Hehe..)

Apa pon jawapan anda, berfikirlah dengan sebaiknya. AKU CINTA KAMU. Islam tidak melarang ‘kecenderungan’ lelaki kepada wanita, juga wanita kepada lelaki. Kerana itu fitrah. Siapa yang menciptakan fitrah? PENCIPTA LELAKI dan WANITA. Tidak salah kiranya mencintai seseorang. Namun, haruslah menyalurkan cinta itu mengikut ‘fitrah’nya juga. Jikalau TIDAK MAMPU untuk melaksanakan tanggungjawab ‘mencinta didalam fitrah’, jagalah adab-adab dan hukum-hukum agama sebelum anda menuju ‘fitrah’ yang sebenar. (Perkataan ‘kahwin/nikah’ tidak disebutkan disini kerana sangat di’geruni’ oleh mahasiswa-mahasiswi. “Tengah belaja camne nak kawin beb? Belajala bagi habis dulu…”). Namun……..

Janganlah BANGGA ber‘photo’ berdua.

Janganlah BANGGA bersentuh mesra.

Janganlah BANGGA berkata-kata manja.

Janganlah BANGGA kami bahagia.

Janganlah BANGGA kami berpunya.

Adab-adab dan hukum-hukum tuhan sudah ditetapkan. Kita tahu, tapi ‘mungkin’ sengaja membiarkannya. Menyedapkan hati kita sendiri dengan ‘perkara-perkara baik’. Buat sesuatu kesalahan tapi sedapkan hati sendiri, pujuk diri sendiri, dengan perkara-perkara yang diharap dapat men’cover’ balik perkara tersebut.

“Aku nak mengeratkan silaturrahim”

“Aku tak pegang tangan, aku tak buat benda bukan-bukan, sumpah!”

Hati kite dipujuk supaya ‘bersetuju’ dengan perkara-perkara tersebut. Kan? (tak perlu menipu orang berpengalaman.=p)

Janganlah kamu bersunyi-sunyi (berdua-duaan) dengan perempuan kecuali disertai muhrimnya, hadith Bukhari Muslim.

“Alah,aku jumpe sekejap je”

“Kami nak study group. Niat kami nak belajar. Wahyu pertama kan ‘bacalah!’?”

Benar, tapi adakah dengan bermonolog dalaman sebegitu mampu mengurangkan nilai dosa? Ataupun mungkin, “Aku bukan budak sekolah agama,aku bukan alim sangat,tak payahla ‘cover-cover’ kalau bercinta.”

Tapi anda orang Islam!

Sememangnya sangat-sangat-sangat sukar melawan nafsu ini.

Ye,aku tahu semua tu, tapi aku tak mampu melakukannya. Aku sedar semua tu, tapi aku tak mampu. Aku bukanlah orang yang kuat agama dan kuat iman sangat.”

Tiada kaitan anda baik atau tidak, anda harus mengikut ajaran islam.

Jadi, bagaimana? Nak kawin mama tak bagi, lagipun nak tumpu study dulu. Nak putus tak boleh, sayang. Jadi? JAGALAH. Jagalah adab-adab anda. Tidak perlu rasanya keluar berdua, bermesra-mesra, mununjukkan ke’romantik’an pasangan bahagia anda. Nak bagi orang semua orang tahu supaya tak di’kebas’? Bertunanglah dulu.=) Juga tak mampu? Sebenarnya, jika kita malu untuk berbuat kesalahan di depan orang ramai, itu lebih baik. Kenapa disyariatkan kita jangan mengintip? (AQ49:12) Jangan ketuk pintu hotel/mengendap bilik orang? Kenapa TEGUR dan CEGAH hanya yang kita nampak depan mata? Kerana orang yang berbuat kesalahan ‘secara sembunyi’ tu mungkin sedar akan kesalahannya. Dia tahu hukum perkara tersebut. Cuma ‘belum mampu’ untuk melaksanakannya. Lama-kelamaan die akan bertaubat, insyaAllah. Kite doakan je.=) Tapi yang di taman-taman, library, ’pa-un’secara TERANG-TERANGAN ni, bukan sahaja mencipta ‘saham’ baru kepada junior-junior atau generasi seterusnya, malah juga tidak merasa bersalah melakukan kesalahan itu.

Malulah! Tampilkanlah sifat malu. Tebalkanlah rasa malu. Malulah! Kerana malu akan menutup keaiban diri, juga mengelakkan saham akhirat perosak diri.

Tidak malu bercinta, tapi MALU MELAKUKAN DOSA cinta sebelum nikah

Tidak malu bercinta, tapi MALU MELAKUKAN DOSA ketika bercinta

Ber’kasih’an sesama bukan muhrim, ianya tiada dalam petunjuk. Jadi malulah, wahai sahabat dan saudaraku.

Anda mahu berkasih-kasihan, mahu bebas bersentuhan tangan, mahu mesra saling berdekatan, terpulanglah. Kerana anda tahu dosa dan pahala. Tapi janganlah dizahirkan di hadapan umum. Malu mata orang lain memandangnya. Semoga anda berbahagia hingga ke jinjang pelamin, menambah zuriat Islam ke anak cucu, dan tetap berdua juga menuju syurga. (target, misi, visi dan misi untuk akan datang kenela ade. Barula orang kata couple paling bahagia dan berjaya.) Hehe, fikir-fikirkanlah….

Janganlah BANGGA……

Advertisements
Published in: on November 8, 2008 at 9:47 am  Comments (31)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2008/11/08/janganlah-bangga/trackback/

RSS feed for comments on this post.

31 KomenTinggalkan komen

  1. hurm~~hurm~~ betul tue…betul tue…

  2. Bangga?susah laa nak rase bangga sebab xde boyfriend.wah,tipunye xde…ade2,tp bkn spesel punye ar…ni laa mslh anak muda zmn skrg.tp ape bole buat?mak bapak pon sapot,jd ape hak kite nk tegur?geram gila ngn jiran sebelah.anak ade boyfriend pon bole berlagak lg dgn jiran sebelah-menyebelah.What the h***?

    Neway,I know those gurls.haruslaa kenal especially ira.maam besa pasir salak tuuu.i’m just “akak koop” there,heheh…diba da lama xkontek,ahaks…

  3. terima kasih kepada semua yang sudi membaca dan melawat ke sini.=)

    to lydiarayyan : bak kat pepatah, tak tumbuh tak melata. tak sungguh tak dikata. (pepatah ke tu ek? hehe..) actually benda ni berlaku sehari-hari. cuma mungkin tiada yang sampai hati untuk menegur…

    to Haf : terima kasih jujur berkongsi cerita. itulah yang sering diperkata…masalah di sekeliling kita. jadi mana yang mampu kita tegur, kita tegurlah…dengan kapasiti dan cara yang kita mampu.=)

  4. Artikel yang bagus, jie. Belajarlah dari orang yang berpengalaman kerana pengalaman menuntun kehidupan kita. Tiada kemuliaan selain mengikuti jalan yang telah ditunjukkan Islam. Banyak berdalih untuk menghalalkan sesuatu yang haram (atau yang syubhah) sangatlah bahaya dan tidak membantu mengukuhkan iman, malah membawa penyesalan di akhirat. Biar menyesal dan susah di dunia bukannya sengsara di akhirat. Kepada yang terlibat secara langsung, berfikirlah. Anda pasti tahu jawapannya. Pilihan ada di tangan anda. Terima kasih sahabat untuk artikelnya.. 🙂
    – PEMBETULAN KEPADA KOMEN DIATAS

  5. to muhammad khalis : komen yang tersilap tu dah di’delete’.=)
    takpe sheikh, ana faham keluhan nta tu. yang penting jangan berhenti mengingatkan sesama manusia-dengan cara yang lebih ke ‘hati’ insyaAllah.=) sebab manusia kan sering lalai dan leka? yang mana yang teringat, mereka kenelah mengingatkan yang terlupa tu…. tegur mana-mana yang ana salah ye? terima kasih akhi…

  6. elop…

  7. Gue idak bangga pun…hehe.Ape lagi,masuk insoft la article ni.Ayuh kita gegarkan bumi UNPAD dengan ISLAM!!!!!!!!

  8. betul3

  9. bestnye post nih…
    bermanfaat n menarik..
    bagus dr razi..
    erk..duk bemban ke?
    area ne ek??<<<lari tajuk citer da…
    hehehe..

  10. entah. Tak pernah terfikir untuk berasa bangga berpunya. Oh, mungkin. SATU HARI NANTI, BILA SUDAH BERSUAMI. aMIIIN…~

  11. go go senior
    ganbare!!

  12. teruskan usaha!

  13. salam razi.

    Alhamdulillah,aku trime sgala isi dlm article ko ni, xpnah nk bgga n iA aku try nikah cpt2,haha=)

    juz skrg nk tny plak ape hukum ntok llaki n pmpn y even xkapel tp still BERGAMBAR BERDUA2, BERGELAK KETAWA, bERGURAU SENDA tanpa batas, n etc smpai kdg2 melebihi org y bkapel. benda ni even org y perjuangkn agama pn aku tgk bese je buat tanpa rs pape, tp xde pn org nk org nk tegur2 pn?

    thanx 4 reminding me=)

  14. Salam..pengalaman jangan diulang jika dah sedar~..oh ampunkan dosa2 kami Ya Allah..peringatan buat diri sendiri dan sahabat2..

  15. alhamdulillah…tajuk-tajuk sebegini sering menjadi perhatian. terima kasih kepada semua yang sudi membaca dan memberi komen.=)

    to lady nas : elop kembali. hehe..

    to Ibnu Aiman : baguihla mike idak bangge, tak sughuh mike bangge pon… (gune slang perak.=p)

    to warx.hensem : i wish i can do something w ur ‘penyetujuan’ tentang artikel ni. mencegah lebih baik dari mengubati. tapi kalau dah sakit, kita kene cari jalan untuk baiki, sama2 berusaha k?=)

    to biuti_fara : terima kasih…semoga ada manfaat buat saya dan siapa yang membacanya. amiiin….a’a,duk bemban. nape? orang batu gajah jugak ke? hehe, penulis pon dah lari topik, ape daa…

    to diarisenja : BERASA BANGGA bukanlah topik utama. apa yang nak disampaikan disini, KALAU PUN hendak juga buat sesuatu yang tidak baik, ATLEAST janganlah bangga. ATLEAST. huhu, sebab sedih ada sesetengah yang bangga. huhu..=(

    to sueabubakar : arigato neh, junior…

    to Nasron al-Jauhari : insyaAllah… usaha pasti akan diteruskan! doakan ye…

    to seeker : satu point penting yang dibangkitkan untuk kita sama2 perhatikan, terima kasih seeker… hukumnya tetap sama. tiada perubahan atau keringanan even untuk orang yang bawa agama. jadi, ianya harus ditegur, diambil berat, dan diubah. “Janganlah BANGGA” ini bukanlah hanya untuk couple semata-mata, tapi kepada SEMUA PELAKU DOSA. dosa tetap dosa. huhu, sama2 kita insafi. lindungi daku Ya ALLAH. Rabbighfirliii, rabbighfirlana…

    to mulabelajarhentimimpi : pengalaman mengajar kita mengenal erti kehidupan. mendidik membezakan antara kebaikan dan kejahatan. jadi kejahatan takkan mungkin diulang, kerana kebaikan akan sering menghalang. amiiiin…=)

  16. salam..article yg bagus..teruskan usaha!!

    ps: ncek ni year brape?sye ade adik bru msuk UNPAD..

  17. salam

    wah. ‘jangan bangga’. satu topik yg mmg sye tringin nak diskus. but never found a ‘nice’ way to express it. impressed by the way u bring it up without being sarcastic or hurting others. nice entry =)

  18. to sarahss : terima kasih. 3rd year sekarang ni, adik laki ke pompuan ek? kalo bagi nama bole je cari, ragging2 sket ke. hehe..=p

    to shairah : hmm, dah lupa doa yang nabi ajar ketika dipuji. tapi doa jelah. Ya Allah, sesungguhnya ampunilah dosaku atas apa yang mereka katakan dan apa yang mereka tidak tahu, dan jadikanlah aku lebih baik dari apa yang mereka katakan. amiiiinnn…=)

  19. hehe..nk komen tp xde kaitan pn dgn artkel ni..(even tho it’s a good one:) )
    lagu tu, Only Hope tu, sbnrnye, bukanlah dtujukan utk ‘pasangan, kapel, etc’ sbnonye.. kalau ikutkan movie tu, “your’s” to ditujukan kepada Tuhan.. kalau ikutkan la.. tp sukahati kita la nk interpret mcmane kn?
    hehe. *peacE* 😀

  20. gue setuju dgn kamu!..
    dan hari ni utk kali ke-3 gue mengatakan..
    “mungkin sgt seronok bercinta slps kahwin”..

  21. kebanggaan yg timbul kerana manusia cuba mencari seberapa banyak alasan bagi menghalalkan tingkah dosa..
    bangga yg tidak seharusnya ada..
    sabda Nabi: ‘Syurga itu lebih dekat kepada seseorang dari kalian daripada tali sandalnya. Begitu juga neraka.’-rwyt Bukhari
    peliharalah kami umat ini ya Allah..

  22. fara org kedah..tp duk netap di perak…
    bemban..
    byk kenangan dgn name bemban tu..
    huhuhu

  23. Peringatan yang baik buat ‘INSAN-INSAN’ yang terlalai dalam melayari sungai percintaan, yang mana belum terikat dengan ikatan suci sebuah perkahwinan.

  24. …artikel yg sangat bagus….peringatan yg sangat bermanfaat…

    Satu ayat yang saya ingin kongsikan bersama ….” permulaan yg baik akan berakhir dengan pengakhiran yg baik juga”…
    jadi jika ingin membina sesebuah hubungan itu, biarlah dengan cara yang benar dan berlandaskan syariah ISLAM…hubungan lelaki perempuan yg benar dr sisi ISLAM adalah melalui sebuah ikatan iaitu PERKAHWINAN…jadi mulakan dengan cara yg baik, insyaAllah pengakhirannya juga baik dengan terbinanya sebuah keluarga yg bahagia dunia dan akhirat…carilah keredhaanNYA…

  25. erm..jangan bangge..

    ‘jadilah tuan kepda nafsu,bukan hamba pada nafsu’

  26. salam ziarah jugek.

    baru je…best entri ini..saya suke!

  27. NAFSU:ADA YANG BAIK ADA YANG TAK BAIK BETUL KAA

  28. Salam ziarah..saudara seislamku..jenguk2 blog..menarik juga isinya.syukran atas perkongsian.teruskan ngemblog untuk kebaikan bersama..hehe..salam perkenalan dari ana.Asif jiddan kabiera “menceroboh” kawasana maya ini.hehehe.waslam

  29. to singgahje : maaf,nanti ada masa saya tukar ye? hehe…
    to budak kampung : bukan mungkin, memang! hehe..
    to hud : sepatutnya tidak bangga dan merasa malu berbuat dosa.itu lebih dekat pada taubat.
    to biuti fara : maaf dah lama tak bukak komen ni. if duk bemban satu kampungla kite. hehe…(takde kenemngena ngan post langsung. hehe)
    to JuliaNa dan dr NURislam : yup,same2 kite beringat dan memperingati.
    to duha89 : benar.
    to momo : terima kasih…=)
    to cgbani : nafsu itu perlu. nak kahwin kene ada nafsu. nak makan kene ada nafsu. tapi bak kata duha89, jadilah tuan kepada nafsu.
    to nur_Mahasiswa : takdenye menceroboh. rajin2la datang ke sini ye? hehe…

  30. urm…
    good to read dis.
    tq for recommending…
    tp de rase macam nak penyek sket2 owg yg wat blog ni…
    hee=)
    acah je…
    nuway, nak ltak pic kat cni jgk.
    cmane.. ne ace owg len leh ltak pic…

  31. em..suke la topic ni..
    tau x sbb ape..
    sejak usia sy menginjak 20-an sy mula berfikir..
    alangkah manis bercinta selepas kawin..
    tapi, sy dah terbecinta sebelum kawin..
    ahahha..
    kdg2 sy rasa nak tinggalkan die..tapi xrela lak..
    sbb..die sndiri hormat prinsip dan pndirian sy..[termasukla bila sy xmau pegg tgn] so, topic awak tu buat sy rasa senang sikit hati ni..hehe.. matlamat sy skang, sy kena la jangan tingkahlaku, adab sopan sbb sy takut terjebak dgn maksiat..takut sgt wak..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: