Mari Baca! Mari Baca!


200504546-001

“PERATURAN DAN TIPS-TIPS UNTUK HIDUP : TELAH DIBUKUKAN!!

SEGERA DAPATKAN DI KEDAI-KEDAI BUKU BERHAMPIRAN!!”

“Betul ke ni?”

“Ko biar benar….serius???”

“Kalo ade, aku nak belilah. Buku Ayat2 Cinta tu je aku dh beli 5 bagi kat mak aku, mak teh, mak usu, tok wan ngan anak sedare aku yang baru lahir sebagai hadiah hari jadi.

“Serius ni?????”

“Seriuuuus!! Masak aku mau boongin kamu loh…”*

Pernah nampak iklan promosi ini? Saya rasa berkemungkinan besar tidak pernah. (sebab saya sendiri tidak pernah melihatnya. Hehe ). Tetapi itulah hakikat sebenarnya.

Ya,peraturan, tips-tips dan panduan hidup telah dibukukan!! Dah lame jugak dibukukan sebenarnya,Cuma takde promosi jer

Buku apa sebenarnya tu? Hmm, itulah buku panduan manusia. Diberi nama Al-Quran.

“Ooooooohhhhh……

Ingatkan buku ape tadi. Buku yang tulisan arab tu kan?

Buku tu untuk orang agama Islam je. Eh,actually buku tu untuk orang arab je. Kan?

Yela, tulisan jawi, mane faham.

Bahasa arab, lagila tak faham.”

Kan dah cakap tadi buku tu buku peraturan, panduan, dan tip-tips hidup untuk manusia? Jadi skopnya adalah luas. Dengan kata lain, ia adalah sumber untuk manusia, yang merangkumi manusia yang hidup zaman sebelum merdeka, selepas merdeka, Parameswara, Mahathir dan sekarang ni, iaitu zaman Pak Lah. (Zaman Najib akan datang kot..Hehe…) Setiap kaum dan bangsa yang berbeza pasti mempunyai ‘buku sumber’ yang tersendiri. Oleh itu sesiapa yang sedang MENCARI KEBENARAN dan petunjuk, haruslah membuka buku panduan dan buku sumber masing-masing. Janganlah mencari alasan untuk MALAS mengikut panduan dan peraturan. Kerana tanpa peraturan kita akan ke jalan yang salah.

Kadang-kadang kita tidak pernah terfikir untuk kembali merujuk kepada buku sumber ini. Kita ‘mencipta’ alasan untuk ‘menjauhi’ buku sumber ini. Untuk tidak membaca kitab petunjuk ini. Seperti alasan-alasan di atas, kita mengatakan Quran ditulis di dalam bahasa Arab, kita tidak faham, dan kita tidak membacanya. Sekadar baca yang bahasa Arab tapi tak faham bukankah sama macam tak membaca langsung? Sebab? Sebab kita baca tapi tak dapat apa-apa. Seolah-olah….

“Eh,U baca buku ape td wei?”

“Hmm,I baca buku Quran..”

“Oo, yeke, buku tu cite pasal ape?”

“Ntahla, banyak gak I baca tadi, nak dekat separuh dah. Tapi die cite pasal ape ntahla, tak paham. Die tulis arab daa…”

“Haiyyo…tadi baca manyak concentrate, sudah tutup buku ape pon talak dapat ka???

Baik lu baca buku Novak’s Gynecology, lu belum 2nd year pon lu boleh faham ooooo!!!”

IQRA'...Bacalah, Dengan Nama Tuhanmu yang Menciptakan

IQRA'. Bacalah... Dengan Nama Tuhanmu Yang Menciptakan

Jadi analogi orang yang ‘membaca’ tanpa mengetahui makna adalah seperti ‘tidak membaca’. Sememangnya membaca Quran yang asal di dalam Bahasa Arab mempunyai pahala. Ya, benar. 1 huruf sama dengan 1 pahala. Sifir matematik yang mudah. Tetapi, fungsi sesuatu bahan bacaan adalah untuk difahami, setidak-tidaknya jika ada orang yang bertanya, kita tau apa yang kita ‘telah baca’ sebentar tadi.

“Apa yang ko ‘baca’ tadi? Ape yang penulis tu nak sampaikan dalam buku tu?”

“Pendek kata, ape yang ko dapat lepas ko baca tu? Cuba ko summary sket kat aku.”

Maka orang yang membaca boleh memberi penerangan serba sedikit. Orang yang ‘membaca’ mampu menambah ilmu dengan bacaannya itu. Itulah fungsi membaca ; menambah ilmu pengetahuan. Dan sifat buku panduan pula, adalah untuk me’mandu’ diri kita ke arah yang benar. Kebanyakan dari kita tidak terfikir langsung untuk me’rujuk’ buku panduan ini jika timbulnya sesuatu masalah. Jika ada sebarang persoalan, maka kita lebih suka menyimpan dan membiarkannya di dalam hati.

“Siapa tuhan? Dimanakah tuhan? Adakah tuhan itu benar?”

“Siapakah musuh kita di dunia ini? Siapakah Iblis, dan dari apakah dia diciptakan?”

“Adakah kehidupan selepas kehidupan di dunia ini?”

Carilah dalam ‘buku rujukan’!! Dan jika tidak yakin dengan Quran kerana ia berbahasa Arab, bukalah kitab-kitab atau buku-buku panduan agama lain yang anda faham maksudnya setelah membacanya. (tidak faham bukanlah alasan kerana terjemahan ke dalam pelbagai bahasa telah banyak diterbitkan). Ramai orang mendakwa mereka mempunyai kitab atau ‘buku panduan’ masing-masing tetapi berapa ramai yang mahu membuka dan membaca isi di dalamnya. CARILAH KEBENARAN. Kita MENGAKU BERAGAMA tetapi tidak ‘mengambil agama’ dari sumber agama itu sendiri. Apakah sumbernya? Sudah pastinya ‘buku panduan’ yang ditulis oleh tuhan Pencipta Alam.

Marilah kita membaca makna dan memahami maksud ayat-ayat di dalam quran, seterusnya menjadikan Quran sebagai sumber kita. Ya, sumber bermaksud bahan rujukan kita, dalam setiap tingkah laku dan pergerakan kita. Juga dalam setiap SALAH FAHAM yang timbul di pemikiran kita.

“Aku ingin beragama.”

“Aku ingin ‘status’ agama di dalam kad pengenalanku bukan sekadar ‘status’ kosong.”

“Jadi aku harus ambil agamaku dari buku sumber, dari buku panduan yang telah diciptakan oleh tuhan…”

Analoginya adalah seperti game-game yang biasa dimainkan oleh para remaja. Sudah tentu terciptanya sesuatu game baru itu disertakan cara-cara bermainnya. Disertakan manualnya.

Disertakan 'Manual'nya....

Akan Disertakan Manualnya

‘Pencipta’ game tersebut akan memberitahu di mana kelemahan musuh, memberitahu bagaimana untuk mengalahkan musuh, bagaimana untuk mendapat markah bonus, untuk mendapat jalan short-cut, dan bagaimana untuk ‘menang’. Apa yang harus dilakukan, dan apa panduan yang perlu diikut, sudah pasti semuanya telah disertakan bersama oleh ‘pencipta’ game tersebut. Jadi begitulah juga suasananya kita sebagai ‘pemain game’ yang perlu merempuh pelbagai rintangan di dunia ini. Quran adalah manualnya, guideline untuk kita terus ke hadapan. Siapakah musuh kita, apa yang perlu dilakukan untuk mengalahkan musuh (syaitan), apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mendapat bonus (pahala) sepanjang hidup ini, semuanya telah termaktub di ‘buku panduan’ ini. Cuma, ada dua pilihan, mengikut panduan itu, atau membiarkannya sahaja menjadi sekadar ‘buku suci’ yang tiada kesan kepada diri.

“Dipilih-dipilih!!!!!”

* “Takkan saya nak menipu anda kot…”

Advertisements
Published in: on November 20, 2008 at 9:27 am  Comments (7)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2008/11/20/178/trackback/

RSS feed for comments on this post.

7 KomenTinggalkan komen

  1. Setuju!..tapi agak kecewa apabila melihat sahabt-sahabat seagama sendiri hanya membuka buku tersebut pada bulan Ramadhan.

    11 bulan yang lain sekadar hiasan menanti dibersihkan habuknya.

    Ini realiti.

  2. Alhamdulillah..baru je tules kat blog pasal hafazan Al-Quran, and mengab tadi pun pasal “Al-Quran sbg pedoman hidup”..sangat kene pada masanya and menarik la jugak..(ramai yang tak sempat tidur kire menarik laa kan..heh)..

    erm..memang betul, walaupun kite dah ade AQ sebagai pedoman n panduan, tapi masih ramai yg tak sedar n kadang2 kurg yakin dengan AQ, thus ramai yg mencari-cari buku kat pasaran yang dapat memenuhi kehendak n cita rasa masing-masing..padahal AQ tu kan dah lengkap..(yakin x? kalau masih tak yakin cek balik rukun iman kite)

    erm..kalau tak faham bahase AQ (bahasa arab), beli laa AQ terjemahan..nak lebih paham beli AQ tafsir..kne laa usehe lebih kan utk dpt kebaikan yg besar..takde benda yang ‘best’ bole dpt senang2 je tnpa usehe..

    anyway..blaja laa bahase arab sket2 kan..

    erm..wallahua’alam~

  3. …marilah kita ‘mengaji’ dan ‘mengkaji’ AL-QURAN yg merupakan BUKU PANDUAN HIDUP kita, selain itu AL-QURAN juga merupakan PETA KEHIDUPAN yg sempurna tanpa petunjuk AL-QURAN dan bimbingan para pemandunya pasti kita akan tersesat di kehidupan ini…

    “AL-QURAN ini adalah penjelasan yg sempurna bagi manusia, agar mereka diberi peringatan dengannya, agar mereka mengetahui bahawa dia adalah Tuhan yg Maha Esa dan agar orang berakal mengambil pelajaran”… QS : 14;52 …

  4. INSYAALLAH…marilah same2 kiter sentiasa membaca dan memahami setiap yang disampaikan dalam AL QURAN…AMIN…

  5. thnx 4 dat…ayuhlah kte sesama bkn shje membce…mlh cube fhmi…dan mengamalknnye dlm khidupan kte..

  6. to MBHM : sedihnya kalau perkara begitu terjadi…nama buku panduan, tapi tak dijadikan panduan pon. faham pon tak, nak jadi panduan apa. paling teruk, baca pon tak. huhu~

    to duha89 : hmm,betul3~ setuju2! marilah kita mengubah mindset ‘quran’ tu untuk orang-orang alim dan orang-orang arab sahaja.

    to dr NURislam : terima kasih atas komennya..=)

    to wan : amiiiin…mari2! hehe…

    to insan : ayuh, ajak kawan-kawan dan saudara mara kita mengenal, mendekati, membaca, memahami, dan mengamalkan quran sebagai PANDUAN HIDUP.=)

  7. em..
    membaca ayat suci alquran mmg cukup buat hati kita tenang..
    sbab..bahasa arab..bahasa terindah..bahasa syurga..
    apatah lagi kalau kita tahu maknanya..
    kan lebih indah kan…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: