SUATU PETANG YANG NYAMAN…


HAJI dan QURBAN

HAJI dan QURBAN

HASSAN : Ape yang ko tau pasal bulan zulhijjah?

KAMAL : Err….aku kurang amik tau sangat pasal bulan Islam ni. Err…hehe. Sorila bro, hehe..

HASSAN : Oo…ok. Okla, aku bagi ko clue. Raya Haji!

KAMAL : OOOoooOOOOooooohhh…… Raya Haji tau arHmm, ko nak aku citer pasal ape?

Kisah nabi Ibrahim A.S. bersama anaknya ke ko nak suruh aku citer pasal naik haji a.k.a. ibadah haji? Hehe, ko sebut Raya Haji baru aku teringat pasal bulan zulhijjah, hehe…

HASSAN : Hadoi, nilah masalah umat islam zaman sekarang ni. Ape jadi dalam bulan-bulan islam pon tak tau. Tu aku baru tanye pasal zulhijjah. Belom tanya safar, jamadil akhir or rejab lagi. Hehe…

KAMAL : Err… hehe…

HASSAN : Ha, ape ko tau pasal naik haji? Citer sket?

KAMAL : Aku tak dapat jawab soalan first ko tak bermakna aku tak tau agama beb. Allah berfirman : Dan (diantara) kewajiban manusia terhadap Allah adalah melaksanakan ibadah haji ke baitullah, yaitu bagi orang-orang yang mampu mengadakan perjalanan ke sana. Ali Imran 3:197. Amacam??? Heh heh heh (gelak keji)…

HASSAN :Pergh, mantap syak! Haha… betul3, (upin ipin mode~) So, bila nak gi haji?

KAMAL : Hehe, nanti dah ade duit insyaAllah aku gi, tak nak tunggu tua, kang kene pijak-pijak je ngan pak-pak arab sana. Huhu~

HASSAN : Bagus3, aku respekla ko bro. Hehe. Nabi bersabda, Umrah kepada umrah, menghapuskan dosa yang terdapat di antara keduanya, sedang haji yang mabrur tidak ada ganjarannya selain syurga. HR Bukhari dan Muslim.

Terimalah ibadah ku Ya ALLAH...

Terimalah ibadah ku Ya ALLAH...

KAMAL : Perghhh….tak ade ganjaran untuk yang wat haji MELAINKAN SYURGA. Yang wat umrah pon diampunkan dosa, cara senang masuk syurga ni beb! Hehe…

HASSAN : Tula pasal, kalau mampu, umrah tu kite patut wat banyak kali. Haji sekali jela. Tiket masuk syurga la katakan. Hehe…

KAMAL : Ko sebut pasal senang masuk syurga aku teringat sorang kawan aku ni, die orang kristian. Tapi die pernah dengar orang Islam yang hafaz quran akan dapat bawak isteri dan keluarganya masuk syurga. So die kata die bercita-cita dapat kawin ngan laki Islam yang soleh. Bole die enjoy-enjoy di dunia ni, nanti dapat masuk syurga gak.

HASSAN : Haha, mantap cara fikir dia. Target for syurga tuuuu… malu kite orang Islam kalau tak target masuk syurga. Hehe… Ha, tadi cakap pasal nabi Ibrahim tu ape plak?

KAMAL : Ooh…if cite nabi Ibrahim tu plak, die mengisahkan tentang pengorbanan seorang ayah terhadap anaknya. Tu sebab kita pon kene korbankan haiwan korban macam lembu, kambing, dan sebagainya. Macam lagu P.Ramlee tu,

“Berkorban Apa Saja… Harta Ataupun Nyawa…Itulah Kasih Mesera… Sejati Dan Mulia…”

HASSAN : Cececeh….menyanyi plak dieHmm, actually, pengorbanan yang kita buat, mengorbankan haiwan tu sume takkan mampu menyamakan korban kita dan korban Nabi Ibrahim A.S. Nabi Ibrahim atas dasar aqidah yang kuat, yang mengagungkan keesaan dan kekuasaan Allah, menurut perintahNya tanpa mengharap/mendoakan leher anaknya diganti dengan haiwan lain, tidak akan sama dengan kita yang mengeluarkan sedikit dari wang kita dan menyembelih seekor haiwan. Tidak my fren, takkan sama….

Tapi kita disunnahkan untuk mengorbankan haiwan ternakan untuk memperingati pengorbanan agung dua insan mulia itu.

KAMAL : Ooh… baru aku sedar. Betul jugak tu. Malu aku mengatakan pengorbanan kita sama dengan pengorbanan nabi-nabi mulia tu. Huhu~

Oh ya, mak ayah aku akan ke sana menunaikan haji bulan ni, bolehla kita mintak diorang tolong doakan untuk kita kan?

HASSAN : Boleh, apa salahnya… Nabi ade ajar INTRO doa yang canteek untuk kita amalkan. Ya Allah, aku memohon kepadaMu, sedang aku mengakui bahawa Engkau adalah Allah, tiada tuhan melainkan Engkau, yakni tuhan yang maha Esa dan satu-satunya tempat bermohon yang tidak beranak dan diperanakkan, serta tidak satupon yang menyerupaiMu…

Baca doa tu before nak doa apa-apa. Nabi kata if baca tu, lepas tu doa apa yang kita nak, doa kita takkan ditolak. Bez kan? Hehe… Tu hadith hasan Riwayat Abu Dawud dan Tamizi.

KAMAL : Oh yeah, thank you bebeh. Hahaha….

p/s : Bahasa mencerminkan bangsa dan budaya. So jangan ditiru bahasa yang ber’italic’ tu ye? Nak menyedapkan cerita je..=p

Advertisements
Published in: on Disember 4, 2008 at 8:28 am  Comments (6)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2008/12/04/suatu-petang-yang-nyaman/trackback/

RSS feed for comments on this post.

6 KomenTinggalkan komen

  1. Betul-betul…bahasa itu mencerminkan bangsa.So jaga bahasa,jaga iman,jaga perut…Ayuh bersukan,jangan boroi………

  2. siap quote lagu P. Ramlee tu~ hehe… 😛

    ape2 pun, selamat hari raya aidil adha.. maaf zahir batin .. 🙂

  3. salam aidiladha kembali.. moga mendapat manfaat dri kehadirannya

  4. Jenuh nak type pastu buat italic tu..rajin tu!..Salam aidiladha..lambat pun lambat la..

  5. to Ibnu Aiman : tiba2 bahasa dan sukan digabungkan. apela Ibnu Aiman. hehe…

    to elmoluvpaddington : orang minat P.Ramlee tu…citer die sume ada ‘samting’ yang nak disampaikan. die tak pernah buat untuk suke2 or bodoh2 je. ade tujuan dan maksud yang dia nk sampaikan..utnuk orang yang berfikir…=)

    to sinar : maaf dah lame tak berkunjung ke ‘sana’. tenet kat umah ni buat hal. huhu…

    to mulabelajarhentimimpi : nak seribu daya,taknak seribu dalih….daripada orang terikut-ikut bahasa camtu, saya dapat saham dosa diorang, baik pesan awal2. hehe…

  6. bagus..bagus..

    syahidah@mulabelajarhentimimpi..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: