Men From Mars And Women From Venus-Part 1 : Aurat



Artikel ini dikeluarkan sempena anjuran Futsal KUBI 2007. Yang ingin dikongsi adalah perbezaan cara pandang kita – antara pandangan lelaki dan pandangan perempuan.

9 Dec 2008,

https://drrazi.wordpress.com

—————————————————————————————————

Go, go girl!! Belah kiri tu,kosong!! U can do it!!

Common, sket lagi nak gol tu, go, go!!

Hmm…..mesti meriah suasana di liga futsal anjuran kubi yang akan berlangsung tak lame lagi. Di situlah terbitnya rasa persaudaraan dan per’team’an yang mantap. Di situ juga wujud suasana ‘keluarga malaysia’ yang harmoni, serta di situ jugalah terlihatnya fesyen-fesyen anggun yang diperagakan oleh mahasiswi-mahasiswi di sini tidak terkecuali para pemain futsal wanita. Warna-warni dan ‘pelbagai’. Menarik…=)

Mahasiswi-mahasiswi di sini amat beruntung kerana tidak dikongkong dan di‘cop’ sebagai “minah skema”, “nerdy” (ade ke istilah tu? Nak refer pada ulat buku je sebenanye.=p) hanya kerana kita adalah pelajar perubatan. Pernyataan kononnya pelajar perubatan itu hanya kenal Tortora, Anatomy Moore atau buku-buku je adalah salah. Kite juga bersukan! Jadi tahniah kepada MT dan exco sukan kubi kerana memberi peluang bersukan. Mungkin ade yang berpendapat tidak perlu untuk mencampurkan kejohanan lelaki dan perempuan tapi itu bukanlah yang ingin saya perkatakan di sini. Cuma, kembali pada tajuk di atas, apakah tubuhku menawan? “Ya, of course”, jawab kaum adam. Terang-terang ‘menawan’ tu refer pada girls, tapi lelaki pulak sibuk jawab kan? Ish3..( maaf ye guys, kite tengah cerite tentang girls sekarang ni.=p)

Bukan ape, kadang-kadang kite terlepas pandang tentang beberapa perkara yang berkaitan dengan dosa pahala. Kite sering memandang pakaian wanita sekarang (termasuklah jersi futsal) dari segi fesyen dan ‘availability’. Asal ade orang pakai, dijual, dibuat oleh kilang-kilang pakaian, maka ianya dipakai. Tetapi, fesyen-fesyen sekarang ni banyak yang tidak ‘menepati’ hukum menutup aurat yang telah kite semua ketahui. T-shirt dan blouse yang ade banyak yang mengikut bentuk tubuh menawan wanita. Seluar dan skirt juga tidak terkecuali. Dan mungkin yang lebih difocuskan kali ini adalah jersi atau seragam pemain-pemain futsal itu sendiri.

3f16e1d96470b980


Ini sebenarnya telah menyesakkan,merimaskan dan men’dilate’kan mata-mata dan hati-hati insan bernama lelaki. Tidak kiralah mereka itu bekas pelajar sekolah sbp ke, sbpi ke, sekolah agama ke, mrsm ke, sekolah biase ke,( ade lagi yang saya tak sebut? Sori,hehe..) even ‘budak biro agama’ sekalipun, kalau dah bergelar lelaki sejati, pasti akan merasa resah melihat tubuh menawan kaum wanita. Kerana, itu adalah fitrah mereka (untuk merasa terangsang) kepada kaum yang berlawanan jenis.

Alhamdulillah, ramai, (saya rase semua,insya Allah) yang memakai tudung tidak meninggalkan tudung mereka ketika bermain futsal. Mungkin menjadi motivasi lepas ni kepada yang ‘belum’ bertudung.=)

Namun, pakaian dan seragam yang dikenakan masih terlihat bentuk-bentuk tubuh menawan mereka. (saya sering sifatkan menawan kerana wanita sememangnya menawan seperti yang dijanjikan dan di’aturkan’kan oleh PENCIPTA LELAKI, rujuk Buku Panduan Manusia(AQ)24 :30). Mungkin ade yang berpendapat, nak main bola/futsal, takkanlah nak pakai baju dan seluar besar-besar, longgar-longgar, tak selesala…nak lari-lari, kejar bola, susahla seluar panjang-panjang, lipatlah sikit. Bukan ape, yang diperhatikan oleh lelaki ketika berlangsungnya pertandingan itu sebenarya bukanlah permainan yang bermutu yang dipersembahkan sangat. Bukan juga skill-skill menarik yang dimiliki oleh pemain-pemain wanita @ mahasiswi-mahasiswi unpad ini. Tetapi ‘lebih kepada’ keberadaan pemain-pemain wanita itu. Kerana ‘adanya’ mereka di situ. “Wei,ada perempuan main futsal, jom tengok.” Itulah yang terdetik di hati kaum lelaki. ‘Tengok’. Adapun niat yang lain seperti nak bagi sokongan, bantuan moral, itu adalah niat-niat yang kedua dan ketiga je.

Persoalannya, apa yang ingin di’tengok’ tu?

Mahasiswi-mahasiswi bakal doktor sekalian, gerak geri anda menyenangkan hati kami.(baru gerak geri.=p) Tubuh anda menawan. Kulit anda cantik. Janganlah ‘membiarkan’ kami dapat dengan percuma. Bak kate Orang Perak, “seghonok benola deme nanti”. Biarlah suami je yang dapat tengok kulit betis anda, kulit lengan anda, bentuk anatomi anda. Sememangnya bagi wanita,“kami bukan nak tayang body, tunjuk kat lelaki bentuk tubuh badan kami, kami nak main bola je..” tetapi jagalah tindakan yang ‘diluar kawalan anda’. Benda yang tak perasan dan tak sengaja dilakukan. Tubuh anda terdedah mesti anda tak perasan, tapi kami mesti perasan.=)

d06b47263a6a4db8

Peraturan dan etika berpakaian telah pon ditetapkan oleh ajk dan penganjur pertandingan. Tiada jersi yang mengikut bentuk tubuh ( ketat dan ‘bersaiz kecil’) serta seluar haruslah panjang dan tidak dilipat ke paras betis ketika bermain.. Sebenarnya, sebagai orang yang mengaku beragama Islam, aurat tidaklah seharusnya menjadi perkara yang ‘disertakan’ bersama syarat-syarat pertandingan. Semua orang perempuan tahu tentang aurat mereka, kepala harus ditutup, baju harus berlengan panjang, seluar harus panjang menutup mata kaki. Semua orang tahu, kan? Cuma mungkin ada yang masih belum termotivasi untuk melakukannya. (Motivasi akan diperoleh dengan cara mencari dan berusaha. Same-samelah kite berusaha ye?=) )

Oleh itu, perkara asas dalam agama, yang diketahui oleh semua orang Islam ini, tidak perlulah dibahaskan dan dibantah lagi. Sepakat. Semua dah tahu dan faham disebalik keperluan ‘penjagaan’ tubuh menawan anda, ‘advantage’nya bagi lelaki. Jadi alangkah eloknya jika dapat dikongsikan ‘hikmah’ penjagaan aurat ini kepada non-muslim. Hukum tidak dilaksanakan ke atas mereka, tetapi hikmah boleh dikongsi agar mereka tahu kelebihan Islam. Suka atau pun tidak meng’advantage’kan lelaki itukan pilihan?=) (bukan ‘pilihan’ bagi orang islam). Peraturan dan undang-undang hanya alat, justeru kitalah yang akan menentukan perlaksanaannya. Semua ini tergantung kepada individu. Berfikirlah. Do your best effort.=)

Advertisements
Published in: on Disember 9, 2008 at 9:28 am  Comments (12)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2008/12/09/part-1-aurat/trackback/

RSS feed for comments on this post.

12 KomenTinggalkan komen

  1. ade certain ayat kat atas buat saye geli. tpi ade suggestion. pekate, lain kali, asingkan game laki n perempuan. pastu kalau ade lelaki yang dtg tengok juga..maknenye mmg die golongan yg nk cuci mate..ehh bukan itu pointnye..yg penting

    baik mencegah dr mengubati.

  2. puding caramel geli kerana pandangan lelaki terhadap wanita? hmm…kene lebih banyak membongkarkan rahsia lelaki nampaknya ni…jangan terkejut! hehe..

  3. Macam pernah baca article ini.Bukan sedikit wanita melompat kerananya…hehe.Orang tua je kuat melatah ni…

  4. Ibnu Aiman, ada jugak orang yang melatah. tapi selalunya melatah tak boleh secara spontan. dia terjadi apabila di’cucuk’. tapi untuk umum,takkan nak tunggu dicucuk baru nak terasa kan? hmm…

  5. dis one tickles me=)
    urm…guys…
    even looking on our fingers pun dorang dh ter stimulated…
    kan? kan?
    especially with girl yg dye syg, lagi la…… bnd tecik pn.

  6. salam, hmm setuju dgn pndgn puding caramel, semacam geli sedikit membaca artikel ni, tapi fakta tetap fakta mmg tak boleh ubah. hakikatnya ada tarikan cas positif dan negatif antara lelaki dan perempuan kecuali la yg tersongsang.
    walau macam mana pun ana hargai jgk pendedahan fakta lelaki ni spy jd peringatan buat kaum hawa bhw mereka ini perhiasan di dunia dan sebaik2 hiasan adalah wanita solehah.

  7. salam..lupe nak habaq my sister 1st year..baru enroll last september 🙂 rasenye nmpk die dlm gambar tu..

    dan psl futsal tu..di tmpt kami pun kalau anjurkan sports akan asing laki pmpuan..n time sports wanita, guys aren’t allowed to enter the sport hall AT ALL..so perhaps separating both sexes is a wise preventive measure?
    ^__^

    Wallahua’lam…

  8. salam, not bad… at least we (gurls) know wat they think during the games.

  9. baru ku tahu…begitu rupanya dari kacamata lelaki

    kadang2 kesian jugak tengok pakcik2 yang dah tua kat kampung terpaksa jaga mata bila tengok perempuan muda sekarang..

  10. hurm..bagus…memang lumrah lelaki camtuh..tak bleyh salah kan kaum adam..dan tak bleyh juga nak salah kan kaum hawa..mungkin bukan kehendak mereka..atau pun tak sengaja ngan segala tindak tanduk..isu nih sensitif..tapi tak salah kalau kiter saling mengingati…ape pun..suke nak nyatakan..sume org ade kelemahan nye..ape yang tak elok tuh kiter perbetulkan bersama..peace!

  11. Assalamualaikum wbt.

    sepatutnya lelaki tidak dibenarkan ditempat permainan wanita supaya wanita dapat bersukan dengan lebih selesa.

    Apatah lagi menonton wanita bersukan sudah bercanggah dengan konsep Ghaddul Basor.

  12. waalaikummusalam wbt….

    benar, kerana konsep dan hikmah di sebalik tuntutan ghaddul basor (menundukkan pandangan)itu masih kurang difahami oleh lelaki, masih belum dimengerti oleh wanita.

    semoga kita dapat mengubah diri dan suasana. amiiiin.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: