Apa Jadi Lepas Exam??


err..tiada exam dijalankan waktu gambar ni diambil, harap maklum.=)

err..tiada exam dijalankan waktu gambar ni diambil, harap maklum.=)

-Peperiksaan tamat. Keluar dewan peperiksaan.-

“Argghhh…tidakk….soalan cam si**!”
“Kurang ha*** sape yang buat soalan tu…”
“Pergh, soalan tadi macam ha***…”
“Aku takde mood nak cakap pape, soalan susah gile!!!”

Memang tidak dinafikan, soalan yang memeranjatkan dan mengejutkan. Ketika membuka dan membaca soalan, aku hanya bisa tercengang, tersenyum lebar sendirian. LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ‘ALIYYIL ‘AZHIM… Hanya itu bisa ku ungkapkan… Hebat ujian-Mu Ya Allah… Senyumku berpanjangan hingga ke akhir peperiksaan

Bukanlah semua soalan yang diberikan tidak dapat dijawab, cuma kekadang manusia suka untuk men’exaggerate’ keadaan. Mungkin ungkapan-ungkapan ‘tak puas hati’ di atas hanyalah gurauan exaggerate teman-teman atau mungkin juga sekadar ‘plastic’ untuk memalsukan kejayaan.

Yelah, kadang-kadang ada orang yang pandai dan dapat jawab semua soalan tapi sengaja ngade-ngade cakap susah, tak boleh buat, dan sebagainya untuk mengaburi orang lain. Sedar-sedar keputusannya excellent. Wujudkan orang seperti itu? Haha, tak perlu jawab.=)

Mungkin juga luahan itu adalah sejujurnya dari hati. Sedih, kecewa dan sebagainya seusai menjawab soalan-soalan peperiksaan yang ‘sebegitu’. Saya juga merasakannya, tetapi apa yang ingin dikongsi adalah bagaimana perlakuan dan tindakan yang tanpa kita sedari itu telah menjauhkan kita dari Tuhan tempat kita mengadu segala-galanya….

Habis keluar semua carut marut dan maki hamun usai menjawab soalan kerana marah dan kecewa tidak dapat menjawab dengan baik. Tetapi kepada siapakah kita menujukan kemarahan kita itu? Siapakah yang menetapkan, menggerakkan hati para lecturer untuk meletak soalan-soalan itu? Siapakah yang ‘membenarkan’ soalan itu diluluskan untuk diberikan kepada kita. We are referring to our Almighty. Huhu…. Sedeyh2…

“Hasbiallahu La Ilaha Illahua ‘Alaihi Tawakkaltu Wahua Rabbul ‘Arsyil ‘Azhim”

Cukuplah Allah sebagai penolongku. Tiada yang berhak di ibadati secara benar melainkan DIA. KepadaNya aku bertawakkal, dan DIAlah pemilik al-‘Arsy yang Agung.

Barangsiapa yang mengucapkannya tujuh kali setiap pagi dan petang pasti akan dicukupkan oleh Allah dengan segala perkara dunia dan akhirat yang diperlukannya

Dikeluarkan oleh Ibnu Sinni nombor 71 secara marfu’ dan oleh Abu Dawud secara mauquf IV/321. Sanadnya dinyatakan sahih oleh Syuaib dan Abdul Qadier Al-Arnauuth. Lihat Zaadul Ma’aad II/376

Cukuplah Allah sebagai PENOLONGKU. Aku tidak perlukan siapa-siapa lagi untuk menolongku. Untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan baik, untuk dapat markah yang baik, untuk dapat keputusan dan CGPA yang baik. Hanya Allah tempatku mengadu dan memohon pertolongan. Oleh itu berdoalah kita kepadaNya setelah selesai ujian dan bukan merungut susah, tak tahu dan sebagainya.

Tiada yang susah melainkan ENGKAU menjadikannya susah.
Tiada yang mustahil melainkan ENGKAU menjadikannya mustahil.

rakan-rakan 3rd year di waktu 1st year. hehehe...

rakan-rakan 3rd year di waktu 1st year. hehehe...

p/s : kawan-kawan, jangan marah dosen yang buat soalan ye? Memang entah celah buku mana dia amik tu tapi bukan salah dia. Kita yang kene studi lebihla maknanya tu. Hehe…chaiyok2! Medicine is a long life study!

Advertisements
Published in: on Disember 10, 2008 at 4:48 am  Comments (8)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2008/12/10/apa-jadi-lepas-exam-hehe/trackback/

RSS feed for comments on this post.

8 KomenTinggalkan komen

  1. normal orang xtunjuk confident. kadang2 takut kalau confident tp result tak seperti yang diharapkan. malu + kecewa. lebih baik diam. hmm..

  2. Aku lagi sayang pak miki dari segala dosen di UNPAD ni..wakaka

  3. usaha sebaik mungkin+doa+tawakal~~cukup…ape Allah nak bg…redha..lepas kesusahan..ada kemudahan…yakin..insyaAllah.. bittaufiq wannajah~chaiyok!=)

  4. har3…salam doc,anda telah ditag.sila ambil tag anda di blog sayer,hue3…

  5. to puding caramel : ada je orang yang confident. mungkin itu juga sebagai doa untuk dia dapat keputusan yang bagus. tapi jangan over confidentla. hehe…
    to Ibnu Aiman : pak miki? malaslah cakap. huhu…
    to abid_sakina : amiiiiin…tq2. syukran ukhti. inna ma’al ‘usri yusra.=)
    to Haf : errk…saya tak tahu dan tak pernah di’tag’ sebelum ni. tapi insyaAllah nanti abeh exam nanti saya try ek? hehe. thank u though

  6. these days, pas xm, reli try avoid from lamenting or sighing on the paper… can see, mood to study is nicer and results getting better=)
    previously, result macam ape tah.. time tu sgt x matured and taw nk lepas je those feelings.hee=) learn to keep silent and be thankful do help to improve ur efforts=)

    just ended ur xm, eh? may all HIS bless be with u.

  7. em,…ade lagi keluahanTIADA KATA pas exam..
    hehe
    papepun,good luck exam

  8. salam
    hahah
    razi….mmg susah ar…ngeh2..tak tipu ar
    tapi..thing happen
    doa je la
    thx comment di blog aku


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: