Men From Mars And Women From Venus-Part 2 : Nafsu


Sahabat….

Jangan biarkan nafsu mengawal kita. Jangan biarkan perasaan mengawal segala-galanya. Semua manusia diciptakan dengan fitrah. Dan salah satu fitrah itu adalah cenderung kepada berlawanan jenis. Jadi, sebelum dirimu berkahwin, janganlah kau melanggar larangan Allah. Janganlah kau membuat DIA murka. Kerana DIA adalah tuhan kita. Tuhan yang menyayangi kita walaupun kita sering berbuat dosa padaNya. Hormatilah dan balaslah ‘kebaikan’ itu dengan kepatuhan dan keinsafan….

Sahabat….

Sekuat mana pun seorang perempuan, sealim mana pun dia, once dia dah ada seorang lelaki istimewa dalam hidupnya, dia akan serahkan segala-galanya pada lelaki itu. (tambah-tambah lagi kalau lelaki pun pandai/kene cara memujuknya) Even yang tudung labuh sekali pun. Sekali dia dah ter’couple’, dia dah ‘zass’!! (sambil buat sign tangan potong tengkuk tu. Huhu..)

Maksudnya, sekali dia dah ter’couple’ terserah kepada lelaki tu untuk ‘mencorakkan’ hubungan diorang. IF LELAKI TU BAIK, dia akan tegur dan bimbing mana yang salah. (perempuan yang dah ada ‘kekasih’ dah tak tau mana betul dan mana yang salah. Diorang nak dibelai/dimanja-dimanja seperti perempuan lain gak-ni pompuan tudung labuh. Means merujuk kepada agama yang agak kuat. Pun stil macam ni.) Lelaki tu akan cakap, kita tak patut buat macam ni, kita kena kawal diri etc2…..

Maka perempuan tu pun akan tersedar dan ingat balik kat ilmu2 agama yang dia ada (terjaga dari mimpi dan kehendak nafsu diorang!)

Tetapi, kalau LELAKI YANG TAK FAHAM AGAMA, yang tak mahu menjaga, the girl is all his. Dia dah boleh buat apa sahaja pada perempuan tu! She’s all yours!!

Bagi wanita, keberadaan lelaki menenangkan. Diciptakan sang Adam adalah untuk sang Hawa. Namun itu adalah untuk hubungan selepas pernikahan. Perempuan, gadis, wanita, hawa, atau apa sahaja yang digelarkan, sangat-sangat memerlukan lelaki apabila lelaki tersebut telah menjadi miliknya. Termasuklah ‘miliknya’ secara sah, ataupun tidak. Couple telah meng’isytihar’kan perempuan itu ‘milik’ lelaki tersebut dan itu tidak sepatutnya terjadi kerana perempuan itu akan berubah cara pandangnya terhadap sesuatu yang di’miliki’nya itu – manusia bernama lelaki. Ilmunya mungkin boleh mengatasi pertimbangannya terhadap segala permintaan ‘miliknya’ itu, tetapi, hanya MUNGKIN…

Bagi lelaki, keinginan untuk sentiasa berada di samping wanita adalah tinggi. Mereka senang menjadi pelindung wanita. Mereka lapang untuk membantu wanita. Mereka malah di’hadiah’kan oleh Allah-Sang Pencipta Yang Paling Memahami Lelaki untuk mendapat bidadari-bidadari yang cantik dan suci yang mengelilingi sekiranya mereka layak… Tetapi itu di syurga! Tanggungjawab seorang lelaki sangat berat dan jauh beribu-ribu tahun cahaya mengatasi apa yang dijanjikan dan bakal diperolehnya itu. Syurga tidak murah! Syurga tidak mudah! Syurga bukan percuma!

Lelaki harus berkorban…

Kerana anda pemimpin yang menetukan….

Hala tuju masa depan….

Sahabat…..

Wanita atau permpuan memainkan peranan, membantu dan meringankan beban. Jangan libatkan mereka dalam kancah hubungan sebelum pernikahan. Kerana mereka selalunya lemah untuk mengingatkan. Mengingatkan kita tentang hukum tuhan andai kita dilalaikan….

HANYA lelaki yang boleh kawal hubungan antara lelaki dan perempuan. Sebab hanya lelaki yang boleh decide dengan wise sesuatu perkara mengatasi perasaan dan keinginan. Tegurlah mana yang anda rasa anda atau korang berdua tak patut buat. Be brave to tell the truth, sahabat…

Apakah punca ramai couple/ pasangan lelaki perempuan hanyut dibuai syaitan? Kerana sang lelaki *lembik dan lemah membuat keputusan melawan kehendak dan keinginan! Mereka mahu terus mendapat nikmat, jadi ilmu dan kewarasan di’letak belakang’kan.

“Malaslah tegur mana yang salah mana yang betul. Nanti dia segan-segan dengan aku. Nanti dia dah tak manja-manja dengan aku. Nanti dia dah tak mengadu masalah-masalah dia kat aku”

“Nanti mesti dia malu-malu/mintak maaf kalau tersentuh. Nanti mesti die duk jauh-jauh kalau keluar dengan aku. Nanti mesti die tak nak keluar berdua. Nanti mesti die tak cakap sweet-sweet dengan aku dah. Nanti mesti macam-macam! Aku akan kehilangan macam-macam!”

Lelaki yang lemah melawan kehendak nafsu, atau perempuan yang lalai terbuai dengan nafsu. Keputusan ditanganmu, wahai sahabat…

Sahabat….

Hindarkanlah segala kemaksiatan kepada tuhan, samada dirimu sedar atau pun terlalaikan. Ku pohon kekuatan buat diriku dan juga teman, kepada tuhan yang Maha Memaafkan. Hindarkanlah kami dari dosa hubungan sebelum pernikahan, couple, atau apa sahaja yang kami sifatkan, supaya tidak termasuk dalam golongan yang telah dihuraikan. Ampunkan kami Ya Rabb…

*penulis juga lelaki.

Advertisements
Published in: on Disember 11, 2008 at 1:40 pm  Comments (41)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2008/12/11/men-from-mars-and-women-from-venus-part-2-nafsu/trackback/

RSS feed for comments on this post.

41 KomenTinggalkan komen

  1. Teguran daripada lelaki ya.ok.

    Susah rasanya kalau perempuan yang tegur lelaki.

    Bab tegur-menegur ni kalau dua-dua faham boleh la.

    Hindarkan?..Kalau belum pernah..boleh hindar..

    Kalau dah terjebak..tu yang paling susah..

  2. kalau dah terjebak memang sangat susah. perempuan tu mesti garang n tetapkan syarat takboleh pegang tangan langsung. tak bole keluar selalu. elakkan perkara-perkara diatas.

    tapi. susahla. kesimpulannya. jangan terjebak. dan cuba wujudkan rasa geli gile manja2 pada laki atau terpegang atau bayangkan balik perbuatan tu.

    pastu klu lelaki tak boleh tego mana2 kesalahan yang kita buat. fikir lagi sekali boleh ke n layak ke dia ni nak jadi pemimpin kalau main terima je semua.

    igt ade perkara yg lagi utama n penting dlm hidup ini. kasih syg yg ade didunia ini bukan dr lelaki saja. ramai lg yg boleh care pd kite.

    sorry terpanjang. sebenarnye nk tulis panjang lagi 😛 baik buat post sendri…

  3. to mulabelajarhentimimpi : tegur menegur dituntu dalam agama kerana kita manusia yang sering lupa. memang susah untuk hindarkan. tapi ia tetap harus dihindarkan, bagi yang dh terjebak. WAJIB dihindarkan. tapi buat yang belum, bak kata org perak, “jangan nak gate ye? jangan nak ngade2 cube, teman hempuk kepala kome karang” hehe…

    to puding caramel : terima kasih, saya faham maksud anda. tak kesah pon nak tulis panjang2,kan komen anda berkaitan dan mungkin memberi kesan juga kepada pembaca entry ni? same2lah kita saling tegur menegur dan menasihati ye? kerana kita manusia. dan manusia itu diciptakna lemah dan lupa. wallahu’alam=)

  4. Panjang nye kutbah…. tercungap beb baca..

    tapi beb tak paham.. tuju kan pada jantan ke pompuan

  5. errk…sori,terkutbah lama plak. huhu…nak tujukan pada dua2 sebenanya. tak faham ek? aduhai,sedih mendengonye. just nk cakap bout nafsu dari sudut laki ngn pompuan….

    pompuan susah untuk dicairkan tapi kalau sekali dah cair, dah tak boleh nak ditolong dah. (maaf, mungkin tak semua)

    laki pulak senang untuk cair, tapi kalau dia still berpegang pada ilmu dan takut tuhan, dia bole mengawal ke’cair’annya itu. dia boleh mengubah dan mengawal keadaan….melawan kehendak syaitan…

    tu je point kat sini….maaf kalau meseg tak sampai. huhu. lenkali tak buat panjang2 dah. hehe. peace.=)

  6. betul tu ji, gua pun selalu gak cair2 ni..nasib baik skrg tgh winter, ramai omputih sedang menutup aurat..ngeh

  7. tired.
    nak kawin…

  8. to warx.hensem : laa…lenkali jangan duk tempat panas. duk tempat panas omputih pakai paling minimum, kita pon cairla dengan ke’panas’an itu…so kene pandai-pandai cari tempat sejuk sentiasa ek? hehe. samada lawan nafsu atau ko kene pegi kutub utara. ngeh3~

    to nur taufiqah idris : ujian diberikan untuk hambaNya untuk diketahui keimanannya. mungkin tak boleh kahwin lagi ni Allah sedang uji kita. sabar…(cakap pada diri sendiri jugak.) huhu.

  9. sooo true!it’s up to us,dicintai dan mencintai tu kan nikmat dunia tapi biarlah berpada-pada.terasa dicurah air batu di pagi buta baca entry ni.

  10. 🙂
    tersenyum ana baca…
    banyak pengajaran..
    barokallahu lak..

  11. salam..hmm..spt biase, peminat no.1 kamu nk antar comment..sori, sy xjd org pertama bc artikel ni..hmm..it is so true, dat pmpm if skali dh cair mmg ssh nk beku blik.hahahaha..tp rasany if ada kesedaran agama, insyaAllah ble diperbaiki..Allah maha pengampun kn..jgn prnh putus asa memohon kekuatan drpd Nya supaya xcair w hasutan&godaan syaitan..sbnany perasanx, if kite wat dosa, mksiat, ruh kite akn terseksa, our body too..terutama pd yg sedar dia melakukn dosa, hati merintih sbb terseksa w dosa yg dilakukn tp demi nafsu sume diturutkn..hopefully sy ble jd better muslimah..marilah kite jg muamalat supaya hub yg terjalin diberkati & mdpt redhaNya..

  12. assalamualaikum,emmm.mmg penawar nye ialah x buat bende ni..sekadar mencelah.(jemput ke blog kami….)

  13. to shaine ali : dicurah air batu? janganlah begitu, demam nanti. hehe..

    to umaralfateh : syukran ya akhi. semoga bermanfaat. amiiin..

    to princess alessandra : peminat no 1 mcm ape je bunyinya. hehe…terima kasih…sudi2lah menegur mana yang salah ye? yup, u’re rite. even ada disebut dalam hadith, kalau hati rasa tak tenang, rasa bersalah, itulah dosa. maaf, saya terlupa riwayatnya tapi insyaAllah sahih.=) u’ll be a gud muslimah, no doubt for that.

    to fakhruddin : syukran akhi sudi ke sini. yang dah buat, cubalah lawan kehendak nafsu dan syaitan, tapi yang tak buat benda ni,jangan nak cuba2! hehe…

  14. yela, silap2, bkn peminat no.1, tp slalu jd org 1st bc ur new post..sorila..pd mane2 akhawat yg terjeles, sori sgt2..biasela, bile b.melayu dh xmantap, tersalah gune wordsla..maaf ye dr.radzi..

  15. amboi…amboi…amboiiiiiii..wakaka

  16. ibnu aiman gelak plak. bukan senang nak jaga hati peminat ni. dah terasa tu kan susah. nanti tak datang blog ni bagi komen dah. kurang pengomen teman. huhuhu…

  17. a’a..manatahu dh xnk bg komen dh?xpela, sy jd pembaca jela..slmt berdakwah & dai’e yg mantap..salam..

  18. salam..
    dtg melawat..x marah kan..hehe
    erm…kesimpulannya dr entry ni….KENA KUAT~!!!!=)
    sekian,trm ksh…

  19. Salam..lepas ni guna nama sendiri la..hehe..syahidah@mulabelajarhentimimpi..Panjang kan nak taip..

    Kuat tak kuat..adoi..Kalau dah berdua tu..Syaitan yang ketiga..Jadi ingat-ingatlah..kalau dah pernah buat..jangan buat dah..kalau belum jangan mula..betul tak?..Susah ni..adoi..adoi..adoi..

    Anyway memang susah nak jaga hati pembaca ni rupanya..

    Seronok lihat blog sahabat-sahabat yang memberikan pendapat sebegini..Ada manfaatnya..

  20. ha….kan??? Ibnu Aiman punye pasal la ni….huhu….errk,sedap pulak salahkan orang. hehe… to princess alessandra : i’m sorry. semoga apa yang anda lakukan sentiasa diredhai Allah. amiiiiin…

    to abid sakina : teima kasih sudi melawat. tak, tak marah. hehe…yup, kepada yang berkenaan, sila ambil nasihat abid sakina, KENE KUAT!~ sekian terima kasih jugak.=)

    to syahidah@mulabelajarhentimimpi : (serius panjang nama! huhu…) banyakkanlah berdoa dan bermujahadah (berjuang melawan nafsu), yang penting kita sedar dan tau kita melakukan kesalahan. itu lebih baik dari orang yang melakukan kesalahan tapi tak rasa bersalah, malah BANGGA dengan dosa dan kesalahannya tu. kalau dah macam tu susah nak ‘kembali’ ke jalan yang lurus tu. huhu~ sama2lah berdoa dan berjuang.
    p’s: setiap orang memainkan peranan yang berbeza. ada blog2 yang berlainan genre kan banyak sikit pilihan bacaan kita nanti? hehe..

  21. erkk.. tetiba bace entri ni rasa cam takleh terima.. pengalaman saye, laki yg macam tu.. mudah sangkut ngan prmpuan. prmpuan yg kuat biasanya.. Kawan2 ana pun macam tu jugak lah.

  22. to tahirah : terima kasih….hehe….nak jugak menang ek? hikhik. tak nak bela mana2 pihak pon,yang ana tulis tu secara general. mungkin perempuan lebih kuat, atau mungkin lelaki lebih kuat, tak semestinya semua orang sama. yang penting dua-dua kene ‘sedar’ dan sentiasa ‘waras’ dengan setiap tindakan yang diambil.=)

  23. HANYA lelaki yang boleh kawal hubungan antara lelaki dan perempuan. Sebab hanya lelaki yang boleh decide dengan wise sesuatu perkara mengatasi perasaan dan keinginan

    macam kurang stuju je..erm..rasenye laki yg lbeyh tak leh decide wisely..mmg certain pmpuan lemah kot, tapi mostly laki kan? (ngaku2)

    heh..tapi pape pun..memang kne kuat n menjage 😀 kalau dah ter’masuk’ dalam mende2 cmni mmg susa nak kuar balik~

    moga Allah lindungi dari segala bentuk maksiat hati dan lain2..amin~

    • err….begitu ke cik duha89?

      “macam kurang stuju je..erm..rasenye laki yg lbeyh tak leh decide wisely..mmg certain pmpuan lemah kot, tapi mostly laki kan?”

      mostly laki lemah, ye betul. tapi laki yang boleh decide dgn lebih wise. tinggal laki tu nak tak nak je. kebanyakan lelaki ikut nafsu, so die kebelakangkan ke’wise’an die. hehe…bukan nak gaduh atau tegakkan benang yang basah, tapi lelaki yang mendapat hak talak, kerana apa, die ada ‘wise’ tu. tinggal dia nak pakai ke tak nak je. tak nak pakai jadilah dia lelaki yang lemah iman dan akal fikiran…wallahu’alam.=)

  24. masyaAllah..couldnt ask for more!

  25. ye sy stuju.(ape yg distujunye?huhu)
    stuju yg hnye lelaki yg blh kawal hubungan antara lelaki n perempuan. bukan nk kata perempuan x blh kawal atau xde kekuatan, tp once lelaki dah buat suatu keputusan nk buat sesuatu, prmpuan tu dh xblh buat pe n kena terima. btul ke? btul kot=p
    cnthnye kalo si laki dh dcide nk tgalkan si prmpuan demi kebaikan. prmpuan tu tpaksa terima. tp kalo prmpuan nk tgalkn si laki, tp si laki xde kesedaran,maka die akan terus mengejar prmpuan itu.[ceh,ayat.haha.]
    so kesimpulannya semua terletak kat tangan laki. bkn nk mmandang rendah kaum sndiri,prmpuan pn kne mainkan peranan sndiri,sy pn prmpuan jugak,tp prmpuan mmg mudah terpengaruh emosi kn? sbb tu jugak laki yg kena jadi ketua n bkn prmpuan….pndapatku saja:)
    wallahu’alam.

    • mekasih atas komen dan penyetujuan itu (formal sgt plak bunyinye. hehe)

      mekasih jugak kerana sudi singgahje:) kat sini. nama anda perlu dirahsiakan ek? n also tak nak bagi orang go to ur blog ek? hehe…xpe,rahsia siapa anda selamat ditangan saya.=p

      sama2 menasihati diri dan teman2 ye? tq…

  26. 1. setuju ngan ur article. Lagi2 part wanita akan serah segalanya pd lelaki even die pompuan tudung labuh. Pompuan cepat cair laa.. jgn tipu girls.. sy pompuan juge.. huhu. Sy sendiri melihat teman baik berubah selepas terkena ‘episod’ ini sedangkan dlu kami sama2 x suke budaya coupling ni. Menyukai dan menyayangi tu fitrah, tp salurlaa ikut cara yang benar. Klu x mampu, JAGA!
    2. tahirah, mungkin betul pompuan kuat TAPI itu kalau belum terjebak. Once couple, zassss… (wat gaye gak.ehe)
    3. sy teringat kata2 pak romy waktu taklim die last week. Tujuan couple ni ape sebenarnye? Lepas list satu2, semua agree akhirnya yg memenuhi NAFSU dpt ranking pertama. Pastu die pun wat graf (camne nk lukis kat sini ek?).. pointnye, bile kite berkahwin tanpa couple, saat mula berkawin, NAFSU berada di point paling tinggi, n lama kelamaan nafsu akan berkurang sesuai dengan bertambahnya usia. Ye laa.. fizikal pun dh berubah.. Namun, hubungan itu akan kekal coz dalam waktu yg sama, iman kite bertambah. Dari nafsu, hubungan itu diikat dengan iman.
    Berbeza ngan yg couple dulu, awal2 ms kawin graf Nafsu tu dah berkurang. Dh dihabiskan time couple. Jadi, masa kawin ape yg tinggal?? IMAN?? Klu awal2 dh langgar, x ikut cara selayaknya, camne nk dpt ye? (lain case klu bertaubat after tu)..
    4. sy rse semua familiar ngan ayat ni. 30:21. Ayat ni membuktikan bahawa perasaan kasih sayang tu sebenarnye hadiah dari ALLAH. Ia bukan sesuatu yg kita usahakan, tp GIFTED. So, x perlu laa couple2 ni dgn reason mcm. Hati kite Allah yg pegang. =)

    Alamak, radzi, panjang pula. (kna wat post sendiri ni) Ampun2… best pulak komen kat cini lagi2 bab ni. Lalalala.

    • no problem2…
      amat dialu-alukan. (sebab pandangan perempuan yang menyokong amat sedikit disini. hehe,maaf pada yang berkenaan ye?)

      nothing more to comment on ur comment, i just agreed n wana say syukran ukhti.=) sama2 menjaga diri dan rakan2 ye? wallahua’alam…

  27. slm..
    btol3x(ipin pnye style..)
    mmg btol ape y saudara terangkn..
    syukran sbb hasilkan entries yg bagus utk dibaca n dikongsi..
    -blogging as a method of da’wah..
    sy link kn blog ni kt blog sy ye..:)
    may u success fiddunnya wal aakhirah..amin

  28. Betul, laki lah yang boleh mengawal hubungan couple tu. Kalau laki faham agama, dia akan sentiasa ingatkan batas2 dalam pergaulan dan iA, terpelihara lah hubungan tu daripada maksiat.

    tapi kalau laki tak berapa nak faham agama manakala perempuan pula yang faham agama tau tak apa yang perempuan tu akan buat? Anda mengatakan perempuan akan ikut je apa laki tentukan, kalau laki tu lalai pempuan tu akan lalai juga sekalipun pakai tudung labuh (memng banyak kasus ni) but FYI, dan kalau laki tu bagus, pempuan tu pun akan turut bagus dan tersedar daripada kelalaian.

    Tapi sebenarnya ada 1 lagi kes, kalau laki tu kurang faham agama tapi perempuan tu yang lebih “agamis” daripada laki tu serta berpegang teguh pada prinsip+kuat, dia terus CLASH je la. Mungkin agak extreme bg sstgh org, tp Baik clash daripada terus berhubung tanpa ikatan yg sah.

  29. salam..
    terpanggil utk berkongsi,
    a quote “Man controlled the world, woman controlled the man”
    this quote doesn’t want to show who’s stronger..but to show a great man as Rasulullah SAW, there’ll be a wonderful woman as Aisyah ra accompanied him in every single steps of successful life.

    me, myself banyak nasihatkan insan sekeliling dan juga diri sendiri, abaikan tentang “si dia” andai belum masanya..dalam hidup ini cuma ada 1 shj misi dan visi hidup ke?membahagiakan dan dibahagiakan “si dia”
    i don’t think so, kalau rasa langkah dalam berteman sudah keluar dari barrier IBADAH KEPADA ALLAH, u have to leave it. Otherwise, kau akan tenggelam dalam lautan kehidupan (mati sebab hanyut dalam kemaksiatan) sedangkan dirimu harus cekal berenang lautan kehidupan..Destinasi pasti DI SANA, AKHIRAT

    peng”KOMEN” adalah wanita ye;)

  30. to ha21rah : terima kasih sudi datang. rajin2 la ke sini lagi, hehe..amiinnn…najah fiddunya wa alkhirah, amiin ya rab.

    to dentistsupermuslim : 1st time datang ke sini ek? jangan serik yer? hehe. saya hanya menyampaikan pendapat. dan pendapat saudari untuk memutuskan perhubungan itu mungkin salah satu ‘pilihan’ yang boleh kita pilih. teruskan mencari keredhaan Allah.=)

    to anasolehah_7 : terima kasih atas komennya. selalulah ‘terpanggil’ lagi ke sini. hehe..=) saya tidak ingin menyatakan siapa yang lebih kuat atau pon lebih baik, tetapi apa yang saya ingin sampaikan, fikirkanlah cinta teragung kita. CINTALAH TUHAN dengan CINTA TERTINGGI melebihi cinta pada yang lain. insyaAllah kita akan terpandu ke jalan yang benar. amiiiin…

  31. Cinta Tertinggi? cm kenal je ayat tu..ooops!!

  32. seems like diz entry mendapat sambutan ..:)

    mane2 pergi pun isu begini takkan reda nya…

    pokok nya hati masing2…n also reminder from org sekeliling…selagi ada orang nak mengingatkan kita, it indicates masih ada yang concern dgn diri kita…

    tetapi, yang sedihnya ada jugak insan yang langsung tidak mahu mendengar nasihat..apatah lagi membaca tazkirah yang berkaitan..(..apatah lagi nak baca blog sebegini..)…sedey kan bila hal gini jadi…

    at the end..yg termampu ..hanya yang selemah-lemah iman..tegur dalam hati… ;(

  33. suka baca tulisan2 awk..yg byk membuka mata saya..

  34. salam..
    bukan mudah mendiami hidup ini dalam jiwa seorang hamba..
    secara realitinya kedua2nya,lelaki dn perempuan ada tggjwb masing2,amanah yg dipegang,yg akan dipertanggungjawabkan oleh Allah..pastinya semua peka tentang itu,cumanya samada kesedaran itu telah membuka pintu hatinya atau belum..
    cinta itu biasa hadir dalam seharian hidup manusia, tetapi apabila yg hadir itu melibatkan 2 jiwa yg bertentangan,yg sering saling tertarik,kembalikan kesedaran itu..
    seharusnya ia disalurkan dgn jalan yg diredhai Allah,dn bukankah itu yg sahabat2 semua harapkan termasuk diri ini sendiri..
    yg menjadi penentu segalanya adalah iman di hati,
    kukuhkan iman..
    teguhkan hati..
    pegang eratlah pd janji2 Allah..
    wassalam..
    maaf ya akhi terpanjang..

  35. salam ziarah~
    Tiba-tiba berminat untuk memberi komen.

    Saya percaya pada kebenaran janji Allah yang termaktub dalam surah An-Nur, “Wanita yang toyyibaat itu untuk lelaki yang toyyibuun…”

    Jika lelaki itu seorang yang soleh perlukah dia memujuk rayu sigadis?
    begitulah sebaliknya, jika gadis itu seorang yg solehah, perlukah dia lemah bila dirayu lelaki?

    Memang selabuh mana tudung perempuan itu, dia tetap insan bernama perempuan
    sepanjang mana janggut lelaki itu, dia tetap lelaki..

    Tapi tepuk dada tanyalah iman, wajarkah fitrah lelaki dan perempuan itu kita terima sbg kelemahan?

    Anyway, nice entry..sesuai utk semua.

    Maaf jka ayat susah difahami atau keluar tajuk.

  36. wah..bgs post ni..
    nk jd pembaca setia la
    =)

  37. berdasarkan pengalaman diri sendiri..sy nk kongsi kat sini..

    1)pada yg belum pernah couple,takyah la nak cube2..tak besh pon.rugi je bnyak..rugi duit-nk topup lagi,baik buat makan ke beli baju untuk kite ke sedekah ke dapat jugak pahala.rugi masa-nak kuar mkn same,shopping same,baik dok diam2 kat umah stdy.dpt CGPA 4.0 untung busat wooo!!pas2 klu cople nih ape2 kne share same2…bnyak la yg kene bagi2 ngn die.harta kite jd harta die jgk..padahal bukan suami kite pon.kalu da jadi suami pon harta kita harta kita,harta die harta kita..hahaha=p

    2)pada yang tengah couple…kalu rase nak serius,betol2 nak kawen ngn die,nak die jadi suami atau isteri korg,same2 la jage diri tu.rancang elok2 semoga dipermudahkan urusan.bawa bncang ngn parents.pada yg laki terutamanya kena jadi matang sebab korang nak kawen ni ingat senang2 ke.nak jage ank dara org lagi,pastu nk stdy lg,nak cari nafkah lagi.manyak fenin wa cakap luuuu…yg penting sebelom kawen tu kne jge jgk.bknnye mentang2 aku nak kawen ngn die korang bley buat pe korg suke..ye dak?

    3)pada yg tengah couple tp rase2 cm x sedia lg nak ade commitment@kawen atau rase bersalah dgn per’couple’an korg tu tp x mampu nak wat pape apetah lg kawen..lu pikirlah sendiri.drpd hang dok p buang masa chattng sini sana,sayang sini rindu sana,baek la hang dok stdy smpai buta dapat gak pahala…hahahha.nasehat sy jalan yg terbaik kumpulkan kekuatan, fikirkan kesalahan kemudian terus teranglah yg anda rase ade baiknya jika hangpa dan si dia tu mencari haluan sendiri atau bahasa oghang kmpung saya clash jela..hahaha.siyesly,anda akan rase tenang gler lpas tu.otak pon tak serabut.tp yg penting kene KUAT GLER2!!dan nk cakap tu pon biarlah cakap baik2 ngn die.biar selesai cara baik oghang kate kan3..heee

    4)yg da clash@break@ape2lah yg korg panggil…korg patot rase bersyukur sbb da terlepas dr satu bnda yg tak berfaedah dan mengundang pada maksiat.bkn senang ooo kalu da terjebak ngn bnda ni nak patah balik.siyesly,frankly speaking la wa ckap lu..huhu.
    perlukan kemantapan diri dan brain wash gne sebotol clorox pon blom tentu hilang..kasi berus gne berus dawai bru bersih wooo…hek3=p yg penting jgn cube2 nk dekati bnda ni lg.tgu mase korg nnti smpai seru,smpai jodoh korg akan dapt laki jgk,akn kawen jgk.percayalah..ni bukan jnji sy,ni jnji Allah!

    sekian entry sy untuk blog dr.radzi ni..hakhakhak=p
    maaf ats keterkasaran bahasa..bkn ape.bg sedap ayat dan bg mudah faham je..heehhe.

  38. Whoa! This blog looks exactly like my old one!
    It’s on a completely different topic but it has pretty much
    the same page layout and design. Wonderful choice of colors!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: