Islam dan Prioriti


“Radzi, minggu ni ko bagi ta’lim kat Bale 4 sempena Program Jom Ke Masjid yang budak-budak 1st year anjurkan ek? Tajuk dia Equilibrium Of Life”

“Equilibrium Of Life?? Nak cite hape tu?? Aduuhh….”

Handphone suatu keperluan

Handphone suatu keperluan

Tiiit…tiiit…
“Assalamualaikum… Minggu ini abang radzi akan bagi ta’lim kan? Ada apa-apa yang diperlukan? LCD projector, kerusi atau meja yang boleh kami sediakan lebih awal?”, begitu bunyi SMS dari pihak ‘penganjur’. Alhamdulillah, bagus cara kerja mereka mengendalikan program dan aktiviti. Saya selaku ‘orang lama’ di Unpad ni (dibandingkan dengan adik-adik junior setidak-tidaknya) bangga dengan junior-junior yang bersemangat dan berdedikasi sebegini. Hehe, alhamdulillah…

Cuma tajuk yang perlu disampaikan…..

“Kalau boleh cerita pasal keseimbangan hidup dunia dan akhirat. Jangan asyik kejar dunia je. Dan kalau boleh lagi, dedahkan kelebihan solat jemaah di masjid, jangan asyik nak study je kat bilik”

“Hmm, insyaAllah saya akan kongsikan apa yang mampu”

Apa yang perlu disampaikan berkenaan keseimbangan dunia dan akhirat? Adakah ‘audience’ faham tentang apa itu dunia dan apa itu akhirat? Adakah yang datang mendengar nanti sudah kenal siapa tuhan dan siapa rasul? Adakah sesuai mengajak orang untuk menyeimbangkan dunia akhirat kalau mereka sendiri hanya kenal dunia tanpa yakin benar akan kewujudan akhirat?

Ajak manusia berfikir.

Ajak manusia berfikir.

Banyak persoalan yang perlu dijawab sebelum menyediakan slide presentation untuk slot tersebut. Teringat nasihat seorang sahabat,
“Ana tak halang anta untuk menulis artikel menegur tentang aurat, dan couple sebegini. Ana tahu niat anta, dan ana yakin tulisan anta mampu membuat orang berfikir. Tapi, ini adalah ‘approach’ badan-badan agama kat sekolah-sekolah menengah dulu. Orang yang bawak agama, memperjuangkan benda-benda yang kurang prioritinya berbanding aqidah. Agama Islam agama AQIDAH. Kalau kita berdakwah tak bawak aqidah, dakwah kita jadi kosong.”

Islam agama aqidah. Nabi junjungan mulia Muhammad S.A.W. datang ke dunia bukan untuk memperkenalkan kewujudan tuhan. Semua orang sudah akur tentang kewujudan tuhan (kecuali golongan yang melawan kehendak fitrah-tidak mengakui kewujudan tuhan). Bapa nabi sendiri bernama ‘hamba Allah’. Abu Jahal sendiri ketika marah mendoakan nabi dengan doa,“Ya Allah, hancurkan Muhammad!”. Tetapi kedatangan nabi adalah untuk men’suci’kan tuhan – Allah Jalla Wa ‘Ala. Membuang segala kekotoran dan debu-debu syirik yang dikaitkan dengan tuhan Yang Maha Esa, yang tiada sekutu bagiNya.
Islam diperkenalkan tanpa melalui pintu aqidah akan kosong. Akibatnya…

Tangkal Azimat

Tangkal Azimat

ISLAM, islam juga. Tapi bomoh pergi merata!
ISLAM, islam juga. Tapi tangkal tak pernah lupa!
ISLAM, islam juga. Tapi mengaku nabi baru pula!
ISLAM, islam juga. Tapi nabi dilupa tok-tok kiyai di’dewa’!

Kebiasaan ‘isu’ badan-badan agama.
Jeans itu haram. Couple itu haram. Tak pakai tudung itu haram. Rambut punk itu barat. Skin head itu barat. Itu yahudi. Ini yahudi. Itu kristian. Ini kristian. Itu tak boleh ini tak sah. Itu batal ini makruh. Menyerupai perempuan tak boleh. Tukar jantina berdosa.

Tapi apa itu Islam? Islam yang asas tak dikenali. Islam di zaman nabi ditolak tepi. Islam hanya ketika iman tinggi.

AKU BERSAKSI, TIADA SATU TUHAN PUN YANG LAYAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH! DAN AKU BERSAKSI, NABI MUHAMMAD ITU, PESURUHMU YA ALLAH!

Agama dicari, tuhan dikenali, rasul dicontohi. Setelah ini terpasak di dalam hati, ombak badai mana pun takkan mampu meruntuhi.

Pasak ditanam, baru kemudian layak dilakukan kerja-kerja ‘menghias’.
Amalan sunnah diperbanyakkan, sedekah jariah dibiasakan, solat berjemaah di’wajib’kan, tutur kata disopankan, pakaian di’sempurna’kan, iman ditingkatkan, akhlak dicantikkan. Peribadi di’muslim’kan!

Pasak, pasak juga. Amar ma’ruf nahi mungkar jangan dilupa.

-Ya ALLAH, janganlah kau balikkan hati ini setelah kau berikan hidayah dan kebenaran. Kurniakan daku Redha dan SyurgaMu. Berilah kami umat Islam, kemuliaan dan kekuatan seperti yang Engkau janjikan untuk menghapuskan segala musuh-musuhMu. Amiiin Ya Rabbal Alamiiiin.-

Advertisements
Published in: on Disember 26, 2008 at 10:13 am  Comments (14)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2008/12/26/islam-dan-prioriti/trackback/

RSS feed for comments on this post.

14 KomenTinggalkan komen

  1. betul3 (gaya ipin)..mengajak mengenal ketuhanan sebenarnya adalah prioriti para dai’e..kdg2 kite hanye melihat penyelewengan muamalat, itu yg kite besar2kn, tp kite xmenyentuh isu kerohanian yg sepatutny kita utuhkn dlm diri setiap muslim..

  2. Assalamualaikum..
    Hmm..rsenye ni first time comment kt cni..
    Firstly, trime kasih banyak2 sbb sudi dtg bg ta’lim mlm smlm..
    Very interesting dan penuh isi2 bermakna…

    Sy stuju gak ngan ‘princess alessandra’.. Isu ketuhanan adalah perkara yg sgt pnting dlm mnyampaikan materi..Sy dpt lihat ianya diaplikasikan dlm slide smlm dn ternyata brkesan..Alhamdulillah..

    Dlm hidup ini..kte kene tahu apa tujuan hidup kita..Apa die? Al-Quran Surah 51:56..nta konfem tau kn..: )

    Lastly..hidup berbaloi, mati berbahagia oiii…

    • terima kasih princess alessandra dan Bella Billa. tersenyum baca komen terakhir Bella Billa.

      apakah matlamat hidup anda? surah adz-zariyat 51:56.

      hiduplah berbaloi, mati berbahagia oiiii…..hikhik. (hanya difahami oleh orang yang pergi ta’lim semalam je. hehe…)

  3. salam..
    1st time gak bg comment kat sni even though slalu gak ziarah..hehe..ok. scara peribadi,bg sye,mmg mudh untk umt Islam skrg kata `ak percaya Allah tu ade`..tapi ssh untk kter tok dpatkan keyakinan sebena2nya yg Allah itu wujud.bukan mudh untk wujudkan keyakinan tntng tauhid kpd Allah.sbab tu wujudnye golongan arteis nie..mcm abg radzi kata,org knal ISlam melalui Islam Magic,Islam Genetic,n sebagainya.so,sye rsa pernan kter sbgai umat Islam bimbing rakan2 kter n fmily membetulkan konsep keindahan Islam nie..

  4. pihak penganjur dan yang lain2 mengucapkan jazakallah..heh

    walaupun yang disampaikan adlah tentang mengenal Allah dan rasul,bukan equilibrium sgt (walaupun chemical equilibrium ada disentuh..haha) ..ana paham..niat tu sebebnarnye supaye kami sume ni paham islam dengan lebih mendalam n dengan sndirinye nanti tau laa cane nak seimbangkan hidup kan? sbb dah tau priority..hehhe..

    tape2..boleh diterime..:D

    pasni insyaAllah bole dtg bagi ta’lim lagi..hehhe

    bagus bella..hidup dan mati pastikan bahagie..hehhe..

    (51:56)

  5. syukran, terima kasih banyak2 pada yang 1st time komen disini. rajin2la bagi komen ye?
    (abu saif, baru ana faham perasaan ustaz. meriah blog lepas pergi mengisi ke mana-mana kursus. orang yang ‘pembaca senyap’ telah mula memperkenalkan diri. hehe. alhamdulillah..)

    betul syuhadah89, bantulah rakan-rakan dan keluarga mengenal Islam, mengenal tuhan, mengenal rasul. supaya Islam seperti di zaman nabi akan muncul kembali! amiiiiin….

    eh cik duha, adela sebut psl equilibrium…cuma cik duha je yang tak perasan. heh~
    nasib baik diterima,maafla kalau salah tajuk ye? dah cuba sedaya upaya mengaitkan tentang equilibrium tu. hehe.
    hidup berbaloi, mati berbahagia oii…hehe…

  6. Weh farid bulat giler masa 1st year tow! wakakaka.Serupa kungfu panda dah aku nengok ye

  7. kekeke…lari topik betulla ko ni. hehe. kabo le ke die, insyaALLAH die start diet esok jugak.(padahal ni gambo lame.=p) haha…

  8. Kenapa orang Islam sekarang tiada roh kehebatan seperti zaman sahabat atau zaman Khalifah Umar Abdul Aziz?

    Tok guru kata: “Sebab rukun Islam yang pertama sudah tiada roh. Kita ucap kalimah tauhid,tetapi tidak sampai dalam hati [tidak yakin dengan Allah s.w.t]. Orang Islam penuh dengan kesyirikkan.

    salam ziarah…1st time gak komeng ni..heheh

  9. Itu dikatakan amik yg tersirat…haha.Org duk pikir sal prioriti,aku pikir sal fared tembam…haha.

  10. Kadang-kadang kita ni tak guna ‘common sense’ yang ada seperti mata,telinga,hidung,mulut,otak kita dengan cara yang betul..Islam dan prioriti..

    Mata ada fungsinya untuk melihat apa yang ada dalam Islam
    Telinga untuk mendengar tentang Islam
    Mulut untuk berkata-kata tentang Islam
    Otak?..kita fikir tentang Islam
    Hidung?..Dr jawab..hehe..

    tak off topic kan?

  11. kalaulah ada 100 org macam saudara ni..subhanALLAH..

    teruskan usaha saudara..D

  12. ha dah x pki name samaran dh,hohoho
    haih,rase rugi pulak x pg bale4 aritu,
    (alasannye:pnat br blk dr bandung.heh.alasan)
    xpe,insyaAllah kt cni ade dpt input sket2 walopn x spenuhnye.
    huhu..
    xde sape2 nk post full transcript ta’lim haritu ke??:P

  13. to jawahir : seronoknya ramai yang 1st time ni datang komen, jangla serik ye? hehe..=) orang islam penuh kesyirikan tu macam terlalu ‘general’ sangat pulak bunyinye. huhu. semoga kita dapat kembali kepada islam di zaman nabi. amiiiinn…

    to ibnu aiman : yela,yela,sukati demo la nk komen guane guane pong. hikhik

    to syahidah : tak2, anda tak off topic. terima kasih ye? hehe…cuma…apsal hidung tu tanye saya? sensitif hidung-hidung ni. haha,kidding. hidung untuk menghidu mana-mana ke’salah-faham’an, dan segala fitnah-fitnah yang dilakukan terhadap ISLAM!

    to ekramhakim : akhi, kalaulah ada 100 orang macam sahabat, itu lagi bagus. menegakkan kalimah Islam yang paling tinggi di muka bumi. kita sama-same berusaha dan meniru mereka ye? amiiiiin…=)

    to farhanaa88 : wah, anda sudah dikenali! haha…amboi alasan dia, nak kene denda ni. nak suruh farid dendalah, dia garang. kikiki… tanyalah kawan-kawan, tak pun suruh duha post dalam blog dia apa yang dia dapat dari ta’lim haritu. hehe…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: