Muharram


Selamat Datang Ya Muharram!

Saya terbaca satu blog tentang kelaziman dan kebiasaan yang perlu kita ubah. Bersedia dan mampu untuk berubah dari yang salah kepada benar adalah pemikiran orang yang cerdas. Blog tersebut bercerita tentang amalan-amalan ‘ibadah’ tokok tambah (atau boleh saya kategorikan sebagai bid’ah) yang sering kita lakukan menjelang datangnya Muharram.

“Kemunculan bulan Muharram sebagai bulan pertama bagi kalendar umat Islam sentiasa dihiasai dengan beberapa amal ibadah tertentu. Upacara-upacara tersebut bermula pada hari terakhir bulan Dzulhijjah iaitu diambang menjelangnya 1 Muharram. Umat Islam digalakkan untuk berpuasa pada hari terakhir bulan Dzulhijjah dan membaca doa akhir tahun selepas solat Asar. Seterusnya setelah menjelangnya 1 Muharram iaitu selepas solat Maghrib dibaca pula doa awal tahun, bacaan Surah Yassin, zikir-zikir tertentu malah ada juga yang mengerjakan solat sunat sempena 1 Muharram dan berpuasa pada siang harinya.

Sebenarnya kesemua amalan-amalan yang disebutkan di atas atau apa jua amalan sempena tibanya tahun baru hijrah tidak memilki dalil-dalil yang sah daripada Rasulullah s.a.w. bahkan para Imam-Imam mazhab seperti Abu Hanifah, Malik, Syafi’i dan Ahmad r.h juga tidak pernah mengamalknnya. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak pernah menyambut kehadiran bulan Muharram atau kedatangan tahun baru dengan upacara yang tertentu. Kalendar Hijrah juga tidak wujud pada zaman Rasulullah kerana ianya hanya diperkenalkan pada zaman pemerintahan ‘Umar al-Khaththab r.a iaitu tujuh tahun setelah baginda wafat. ‘Umar yang memperkenalkan kalendar ini juga tidak pernah melakukan atau menganjurkan upacara terterntu sempena kedatangan tahun baru dan begitu juga para sahabat serta para al-Salafussoleh yang lain.”

“Daripada Ibn ‘Abbas, dia berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: Barangsiapa berpuasa pada hari akhir bulan Zulhijjah dan hari pertama di bulan Muharam, maka sesungguhnya dia telah menghabiskan tahun yang lalu dan memulakan tahun baru dengan puasa yang Allah jadikannya sebagai penghapus dosanya lima puluh tahun”. Menurut Ibnul Jauzi di dalam al-Mawdhu’at bahawa hadis ini PALSU (maudhu’)

Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa berpuasa sembilan hari dari awal Muharram maka Allah membina untuknya sebuah kubah di udara yang luasnya satu batu persegi dan mempunyai empat buah pintu. Hadis ini adalah PALSU (mawdhu’) menurut Ibnul Jauzi di dalam al-Mawdhu’aat dan Imam al-Suyuthi di dalam La’aali al-Mashnu’ah.”

Tapi kurang enak pulak rasanya mengatakan sesuatu itu tidak benar dan tiada dalil sahih dari nabi, tetapi tidak menyatakan alternatif yang dibenarkan oleh Islam. Dalam erti kata lain, alternatif bagi umat Islam yang pernah dilakukan oleh nabi dan dianjurkan oleh baginda untuk melakukannya. Jadi, mahu berdoa, tafaddhal. Tapi bukan dengan doa awal tahun akhir tahun yang tidak diketahui sumber hujung pangkalnya itu, tapi dengan doa ini…

“Allah Maha Besar. Ya Allah! Tampakkan bulan tanggal satu itu ke-pada kami dengan membawa keaman-an dan keimanan, keselamatan dan Islam serta mendapat taufik untuk menjalankan apa yang Engkau senang dan rela. Tuhan kami dan Tuhanmu (wahai bulan sabit) adalah Allah.”

HR. At-Tirmidzi 5/504, Ad-Darimi dengan lafazh hadits yang sama 1/336 dan lihat Shahihut Tirmidzi 3/157.

-salah satu hadith di dalam Hisnul Muslim-

p/s: Doa dan hadith ini adalah doa yang dianjurkan oleh nabi untuk setiap awal bulan dan tidak dikhususkan untuk bulan muharram sahaja.

Wallahu’alam

Advertisements
Published in: on Disember 28, 2008 at 4:28 pm  Comments (24)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2008/12/28/muharram/trackback/

RSS feed for comments on this post.

24 KomenTinggalkan komen

  1. salam…

    menarik ya blog ini…santai tp byk nasihat…:)
    wat medic kat indon kat ne..??
    n dak izzudin ye…batch mane ni…

    bisa di tnya nggak pak doc…??
    kenapa ya susah sket nak bukak certain entry in ur blog…huhu..

  2. tq sudi melawat dan membagi komen. hehe..yup, buat kat universiti padjajaran bandung. izzuddin batch mane tu tak ingat la pulak,sbb sampai form3 je. kalau nak sebut kawan2 same batch,kenal ke? batch Raden Amir Afifi.

    ye ke? alamak,1st time orang bagitau. tak tau plak tak boleh bukak entry2 lain. huhu…kat bawah sekali kat previous entries tu pon tak boleh ek? huhu,sedihnya if tak boleh bukak…huhu. slmt berusaha dan terus mencuba ye? hehe..=)

  3. assalamualaikum tn aji..ane kofy ente funya doa’ yaa…
    salam awal muharam~

  4. salam,
    drAji, aku kopi jugak tau…
    hehe~

  5. da ok da…maybe sbb tadi first visit ur blog, lmbt sket…i’m enjoy reading ur blog..tq for da great entry..upss..i mean entries..hehe…

  6. alamak, td dh type comment tp xsend je, xdpt jd org 1st..huhuhu..hahaha..ptg td ada majlis bacaan doa akhir tahun & awal tahun, bacaan yaasin anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. sy agak terkejut kala mula2 tgk iklan di tv yg mana menjemput org rmi hadir ke majlis tersebut. apatah lg dianjurkn oleh JAKIM..entahlah..

    sebelum maghrib pula, ada seorang teman yg menghantar msg bertanya “Dh bc doa akhir thn?” Sy yg tlh berniat tidak melakukan amalan itu, terus sahaja reply kepada teman tersebut ” Belum. tiada dalam sunnah.”..
    beberapa ketika kemudian, dia mengahantar msg kembali dgn mengatakan “tiada salahnya menambah amalan baik, yg penting bukanlah dijadikan perkara wajib”.. ape pendapat kamu, dr. radzi?

    hmmm…pulang dari evening walk di park, sy menonton tv sebentar bagi menghilangkn lelah, kebetulan waktu maghrib hampir tiba..saya menonton siaran RTM1, yang menayangkan majlis bacaan doa akhir, awal tahun serta bacaan yaasin di masjid negara di mana bacaan doa akhir & awal thn telah dipimpin sendiri oleh Imam Besar Masjid Negara.

  7. Tiada masalah itu semua…buat xpe,tidak buat tidak apa…yang terbaik doa yang aji bgtau tu…selesai masalah….Jom doa saudara kita kat Palestine…ini sunnah dan iA dapat balasan pahala.=)

  8. to princess alessandra : saya tidak faham maksud “tiada salahnya menambah amalan baik, yg penting bukanlah dijadikan perkara wajib”. apa yang baik? apa yang wajib? berdoa memang amalan baik,tapi yang salahnya adalah mengatakan itu dari nabi. itu adalah PEMBOHONGAN dan FITNAH terhadap nabi yang tidak boleh saya terima! nak berdoa teruskan, tapi janganlah kata itu hadith kalau ia bukan dari hadith.

    pasal tv tu, kita bersangka baik bahawa mungkin mereka terlepas pandang untuk meneliti status hadith tersebut. kadang2 kita ingat hadith tu betul padahal hadith tu palsu. semua orang buat kesilapan…=) kita kan tak maksum. teima kasih atas perkongsiannya princess alessandra, semoga yang lain dpt manfaat. wallahua’lam.=)

    to Ibnu Aiman : buat takpe tak buat takpe tu ana tak setuju sheikh. tu sebab ana bagi alternatif,untuk mengelakkan orang daripada buat yang ‘satu’ tu. kalau tidak tahu tidaklah mengapa. ALLAH KAN MAHA PENYAYANG.=) cuima kalau dah tahu macam ni, haramlah memilih yang salah sebab yang betul di depan mata. bukan apa, haram memfitnah itu adalah hadith nabi. bacalah doa tapi jangan cakap itu dari nabi. wallahu’alam.

    peace! hehe…(^^)v!

  9. baru tahu pasal ini. terima kasih

  10. Ana raselah kan,tidak ramai pun mendakwa doa tu dari nabi…bahkan bersembang dengan ustaz-ustaz mereka pun mengakui doa tu bukan dari nabi…tetapi mengatakan doa itu haram dibaca dan membacanya bidaah berat tu…Mereka yang belajar dengan tok-tok guru,syeikh2 yang muktabar didalam dunia Islam pun lunak dalam hal ini,kita pula memilih jalur keras berkenaan hal ini.Ambil pandagan sesetangah orang yang menolak tiada bidaah hasanah,dan dikait dengan amalan ini,akan membuatkan insan yang membaca doa akhir tahun or etc akan dicampak dalam api neraka…setiap bidaah sesat,sesat ya dineraka…Astafirullah syeikh,berat tu kita nak menghukum sampai semacam itu.

    peranan kita betulkan cara pandang masyarakat kita,jika mereka kata doa itu dari nabi,perbetulkan hal itu.Jika mereka kata ada fadilah amal sekian-sekian dari nabi,betulkan yang itu,jika mereka ada baca doa sekian-sekian,bgtau doa yang nta sebutkan diatas tu…bgtau mereka,jangan di”rad” amalan itu,ubah cara pandang mereka pada amalan2 dalam agama….iA

  11. Thanks for this info..just like Bazla..baru tahu je pasal ni..even ada terbaca di shout out box SIO..ada yang kata tak perlu..baru je balik dari Mydin..nampak kat Diari yang dijual untuk 2009..aduhai..penuh ngan Doa awal tahun dan akhir tahun tu dalam diari2 tu..

    Tak silap saya..sejak dari sekolah rendah bacaan doa ini akan dibaca pada perhimpunan sekolah..

    Aduh..kena betulkan pandangan masyarakat?..Dari akar umbi la jawabnya..

  12. maaflah, maybe bhs melayu sy xcukup baik utk difahami..mksud teman sy tu, apa salahnya menambah amal, lgpn amaln baik, tp ada peringatan di akhir ayat, ‘jgnla dianggap perkara wajib plak’. maaf kamu xfhm..

  13. Setuju je ngan Dr Razi ngan Ibnu Aiman.Tapi bagi ana la kita bukan menghukum tapi menyatakan kaedah.Tiada hak pon untuk manusia mendakwa Syurga dan Neraka siapa pemiliknya.Allahua’lam setiap penghujung perjalanan hambaNya.Cuma bagi kita,kaedahya,setiap amalan ada yang membawa ke syurga dan ada yang membawa ke neraka.Ingat cerita pelacur yang memberi minum seekor anjing..Melacurkan diri itu dosa yang memicu pintu ke neraka.Tapi mungkin ada amalan lain yang mengimbangi dosanya itu..Lantas tempatnya,sebagaimana dinyatakan Rasul,adalah di syurga…

    Dalam kes ni,sama la.Kalau sudah sampai kefahaman secukupnya kepada seseorang itu, tetapi masih dengan sengaja beriktikad dengan kefahaman yang kurang tepat,pasti amalan itu suatu dosa baginya..Bak kata Ibnu Aiman,ubah cara pandang masyarakat.Kenalkan pada mereka tentang tingginya sunnah.Unggulkan balik martabat sunnah…

    Andai diberi daging yang segar baru disembelih dengan daging yang 2,3 minggu terperuk dalm peti sejuk,insan yang cukup logik akalnya pasti memilih daging yang segar 😉

  14. to bazla’ : kita semua sentiasa belajar dari hari ke hari.=)

    to ibnu aiman : “bacalah doa tapi jangan cakap itu dari nabi. wallahu’alam.” itu ayat ana, baca betul2 sheikh…

    “kita memilih jalur keras”
    keras? siapa yang menghukum neraka bagi pembaca doa? ana tak sebut langsung pasal syurga neraka. dan ana tak kata pun HARAM DIBACA. siapalah yang berhak menetukan halal haram selain Allah. ana cuma protect nabi ana dari DIFITNAH. kalau tak kata itu hadith takpelah. peace! hehe…

    ana bagi PILIHAN DAN ALTERNATIF. tak salahkan? pilihlah yang benar – lebih-lebih lagi dengan ‘condition’ didepan mata tersedia pilihan betul dan salah. slmt memilih. hehe, macam pilihanraya plak.=p

    to syahidah : kerja kita, memilih. dan untuk masyarakat, kita tak mampu mengubah, cuma ajak berfikir je kita boleh. pikir positif, hehe…

    to princess alessandra : saya tak faham maksud orang yang bertanya tu. bukan ayat anda. jangan risau dengan bahasa melayu anda ye? tenang2…=)

    to max : anta ni memang berbunga-bungala sheikh…hehe.=p

  15. kalau tidak mendakwa ia dari nabi…hal ini settlelah kan…by the way,ramai ke mendakwa doa tu dari nabi?ana duk tgk ramai yang suruh baca je,tiada mendakwa doa tu dari nabi…ustaz2 kt kampung pun sekadar menganjurkan baca,tiada pulak teman dego deme2 tu kata doa ni dari nabi

    Soal syurga neraka itu,mungkin tidak dari nta…tetapi ana mengenang ada segelintir insan yang menolak adanya bidaah hasanah…semua bidaah katanya keji…Jika diambil lateral kata-kata mereka,jadi si pembaca doanya itu,lth buat bidaah dan dikira dosalah…ini tiada kaitan dgn nta,just nak bg senario untuk tmbah nilai article ini jah..=)

    Soal nta bagi pilihan doa lain itu,ana tiada masalah dan dah baguslah tu.So bagi yang dah tau lani nya ada doa yang mathur’ dari nabi…boleh amalkan doa dr hadis tadrmizi tu…buang yang kabur,amik yang jernih lagi sahih…ini titik temu kita=)

  16. assalamualaikum dan selamat menempuh tahun baru moga Allah menempatkan kita bersama dgn hamba-hambaNya yang beriman dan dirahmati dunia akhirat.amin.

  17. salam awal muharram

  18. salam..
    terima kasih tok maklumat nie..mcm bazla`,sye pn bru taw..huhu..
    hri tu kami wat bcaan doa awl thn n akhir thn rmai2 kat masjid dan wat la skt tazkirah and slide show..skdar mengingatkan kwn2 spya tahu,sedar dan sme2 sharing..sbab bg sya,org rmai perlu sedar terutama remaja tentang bermulanya tahun baru Islam dan buknnye hanya tahu tntng akn bermulanya thn 2009..Tahun baru Islam di utamakan sbab bg sya,ia meningatkan kiter betapa sshnya dhulu Rasulullah dan para sahabat mengembangkan Islam dan berdakwah dengan semangat dan sekarang masanya untuk kter menyambung tugas..=)

  19. Doa tersebut tidak terdapat dalam mana2 hadis samaada hadis sahih, dhaif, dhaif maupun palsu.

    Ia dicipta oleh syeikh jadi-jadian.

    Walaubagaimanapun, kalau nak guna juga doa ini bisa saja sebagai keumuman berdoa. i’tiqad biar benar dan fadhilat khususnya sudah tentu tiada.

  20. *hadis sahih, hasan, dhaif mahupun palsu.

  21. hmmm. pilihan dan alternatif..macam kenal je ayat itu…ayat dr.maza…kwang3=p

    apa pn thnx for the info..

    *peace*

  22. http://aljoofre.blogdrive.com/archive/10.html

    harap sudi di baca dahulu…hrp x sala phm.sy bkn nk melagakn mane2 pihak.sy x cukup ilmu utk bahaskn perkara ini.malah baru tau pasal hal ini.tp sy dapati blog ni ade bahaskn dgn lebih mendlm psl bacaan doa akhir dan awal thn…smoge bermanfaat..

  23. tetibe jer berminat bace blog ko aji. last time a few month back kot…hehe…anyway good article. rasenyer most of us get the main message from this article.

    penting rasanya utk kita tahu serba sedikit tentang sesuatu amalan yg kita nak buat. and kekadang rase berat sungguh bile dapat tahu amalan kita tidak tepat pada pandangan org laen.

    but the fact that JAKIM do it does not really means its absolutely correct. utk yg nak berpegang dgn JAKIM for me ok jer.BUT please open our thinking to others opinion gak. risau kalau kita terlalu mengagungkan amalan yg bersumber amalan ikutan sejak dulu lagi, kita mungkin tejebak kepade amalan2 bid’ah or lebih teruk may be syirik. cube refresh macam maner masyarakat mekah boleh terjebak dgn amalan penyembahan berhala…..lagi satu, nak kate doa ni dibuat jugak dikebanyakan tempat2 laen di muka bumi ni, statement tu agak kurang tepat sebenarnye ye. saye tak tahu tpt laen, tp kat tpt saye org-org laen tak buat kecuali org malaysia jer.

    lg satu, penting bende ni sampaikepada umum supaye org ramai boleh fikir ckit. kalau tidak, org akan berfikir this is from nabi,dan segala yg dari nabi itu PASTINYA dari ALLAH WHY? BECAUSE EVERYONE DO IT. dan bile kefahaman bahawa ini amalan sunnah or digalakkan, kita akan meletakkan harapan yg tinggi terhadap amalan ini. sedangkan hakikatnya Allah tak janji ape2 pon specifically utk amalan ini. in fact ALLAH suro kite taubat tiap2 kali buat dosa. bukan setahun sekali ye…:)

    lg satu, antara ciri satu amalan jadi bid’ah adelah ia dilakukan speifially pade satu2 mase SAHAJA tanpa ade dalil yg tsabit.

    lastly, kita rase sedih melihat org yg mengatakan amalan ini kurang tepat dengan sunnah nabi, tapi kita tak kasihan terhadap masyarakat keseluruhannya yg memaksa diri utk buat amalan ini semata2 tidak mau dipandang serong kalau tak buat.

    mari bermula dari bawah dengan memberi kefahaman kepada masyarakat muslim kita. kalau bukan kita yg punya kefahaman ini siapa lagi yg kita harapkan. 🙂

    sory panjang…hehe

  24. to ana muslim: terima kasih sudi singgah di sini. maksud tulisan saya di atas adalah mengubah cara pandang dan fikir tentang “amalan-amalan ibadah”, jangan sampai “sekadar ikut-ikutan” tanpa tahu asal usulnya. takut jadi bid’ah dan dosa…bersikap hati-hati,itu sahaja.=)

    sudin: terima kasih sudi membaca dan komen di sini. stuju 100% dengan komen anda! komen anda dah cukup, tak perlu ditambah2 lagi, hehe, jzkk sheikh…=)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: