Mak,nak kawin! Haha..


dsc00129

“Assalamualaikum Pak Ustaz….”, sapa seorang sahabat Indonesia.

”Waalaikumusalam….”

Aduuuuhh….Tiba tiba kena panggil ustaz ni yang cuak ni. Hadui….

Monolog dalamanku berperang melawan konflik antara tugasan dan keperluan. InsyaAllah niatku adalah untuk BERKONGSI apa yang aku tahu dan bukan bercakap seolah-olah aku yang paling tahu. Alhamdulillah, tepat jam 10 malam waktu Indonesia Barat, program HIJRAH: PEDULI PALESTIN selesai dengan rasa syukur yang teramat sangat pada Rabbul Izzati, tuhan yang Maha Tinggi.

———————————————————————————————-

Nak kena cepat balik ni, nak tepon mak, esok 8hb januari hari jadi mak!

Berbunga hati tidak sabar untuk bercakap dan mengucapkan selamat hari lahir pada ibu tercinta. Handphone dicapai, nombor telefon didail. Tuuut…tuuut…

Eh, tak jadilah. Mak dah tido kot kul12 malam-malam ni. Hmm…

Panggilan diputuskan.

Tetapi tidak mahu kalah dengan adik atau kaklong yang mungkin akan jadi orang pertama wish malam ni, aku menukar keputusan untuk hantar SMS. Kalau dah tidur pun, setidak-tidaknya esok pagi mak bukak handphone nampak nama aku dulu.

Kaklong dah jadi paling kecik

Kaklong dah jadi paling kecik

Korang lambat. Orang wish mak dulu. Haha…

Kaklong mungkin sibuk dengan kerjanya. Adik mungkin tak dapat pinjam handphone kawannya di malam-malam begini. Buatnya kantoi dengan warden asrama dia pulak yang kena ganti handphone kawannya tu. Paling pun, esok pagi. Yes, jadi anak kesayanganlah lepas ni. Hikhik….

”Assalamualaikum….

Hai, hepi bday…dah tido ke mak? Cadang nak call mak tadi tapi takut kacau dah tido plak. Orang doakan mak sentiasa sehat dan dapat gi buat umrah, haji. Dapat menantu, dapat main ngan cucu! Hehe… Mak, nak kawin! Hahaha…=p”

Bajet ko wish first dapat tertunai hajatla??? Haha, mak tahu aku bergurau…

Kepenatan yang amat sangat ditambah berat kepala dan suasana yang ’gelap-gulitap’ (bekalan elektrik terputus di seluruh Jatinangor masa on the way balik rumah. Hmm..) membuatkan badan ni bagaikan magnet tertarik ke katil dan tilam kesayangan. Huhu..

Setelah setengah jam, belum lagi terlena, terdengar lagu tema Prison Break, bunyi nada dering… Baru nak angkat, panggilan sudah pun terputus.

Owh, mak buat missed call rupanya. Mak tak tido lagi malam-malam ni? Eh, birthday girl mana boleh tido awal. Hikhik…

Tangan digerakkan untuk mendail. Tuuut,tuuut….

“Hello, Assalamualaikum mak…. watpe tu? Tak tido lagi?”

”Belum… Mak dapat call dengan SMS free start malam ni sampai kul12 esok. Mak baru lepas telefon kakak **** ko. Macam biasala dia, masalah tak habeh-habeh. Orang nasehat tak mo nak dengo. Pastu ni kang tak tidola malam ni tu… Dia kalau dapat bercakap, tak mo nak berenti, sampai paneh dah handphone kat telinga mak dengo die bercakap.”

”Hahaha…. Ooh…Ayah sehat?”

”Sehat. Insya Allah kalau mak sehat macam ni mak pegila umrah tahun ni. Ayah pon dah okla tu, dia baru lepaih bukak jahit pagi tadi. Insya Allah la….”

”Oo, alhamdulillah la kalau macam tu. Hehe.”

Panjang celotehku dan ibuku. Aku tertarik dengan satu topik.

Kakak **** yang dimaksudkan adalah kakak sepupuku yang sudah lama berkahwin. Tapi sering menghadapi masalah dalaman, rumah tangganya selalu berkocak. Bukan berkocak lagi, bergegar sampai tahap 8 skala ritcher dah kot, tapi masih lagi bertahan. Mak lah tempat dia mengadu, memandangkan mak lah ibu yang paling rapat dengannya. Dia dan kakaknya kehilangan kedua ibubapa ketika usia remaja dan ayah ibukulah yang membela mereka sampailah mereka bertemu jodoh. Aku sempat tinggal bersama mereka di waktu kecilku dahulu. Sudah seperti kakak kandung rasanya.

Namun apa yang dikesalkan adalah perangai mereka sendiri. Dia dan suaminya, yang tahu benar segala punca dan penyebab masalah mereka bergaduh, tidak pernah mengambil inisiatif untuk insaf dan berubah. Pelik….

Seorang suami yang bertindak kasar pada isterinya, mengherdik dan memukul sangat tidak dapat dimaafkan. Rasulullah SAW contoh suami terbaik tidak pernah menyakiti isteri-isteri baginda. Apatah lagi mengangkat dan menghayun tangan lembut baginda ke atas isteri-isterinya.

An nisa’ 4: 19.

Dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.

Ya, sungguh tidak dapat dimaafkan. Kami selaku ahli keluarga terdekatnya berasa amat sedih dan kasihan melihat keadaanya diperlakukan sebegitu. Abang ****, suaminya adalah seorang yang baik pada pengamatan kami. Sangat menghormati orang tua, menyayangi orang tua. Sungguh kami tidak sangka dia sanggup melukakan hati isteri yang telah melayannya, menjaganya dan memberikannya 3 orang anak yang bijak dan comel.

Mak kata,

”Alah,depan kita pijak semut pun tak mati. Kalau ayah ko nasihat dia, tunduk je dia, sampai menangis-nangis dia depan ayah ngan mak, cakap dia sayang kak **** ko. Tapi bila kita balik, dia buat balik. Kesiah kak **** ko tu.”

Pada fikiranku, tidak mungkin dia berpura-pura menangis setelah dinasihati oleh kedua ibu bapaku. Kalau dia benar seorang lelaki yang ’jahat’ pada isteri, di mana egonya apabila dinasihat sebegitu sahaja sampai boleh mengeluarkan airmata teresak-esak?

-Gambar Hiasan-

-Gambar Hiasan-

Ternyata dia ’bertindak tidak waras’ adalah kerana kakak sepupuku yang ’kurang’ memahami suaminya agaknya. Menurut ibuku, kak **** seorang yang suka ’enjoy’ dan ’bergaya’. Walaupun sudah beranak tiga, anak-anaknya juga sudah besar, penampilannya masih lagi seperti anak dara. Serius.

Mana si abang tak cemburu, ramai lelaki yang menjamu! Mana si abang tak menggila, ramai lelaki yang ’mencuba’! Mana si abang tidak menangis, ramai lelaki yang sibuk ’berbaris’. Hmm….

An nisa’ 4:34.

Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri[289] ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka)[290]. Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya[291], maka nasehatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya[292]. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.

Setelah direnung dan difikir-fikirkan kembali…..

Ha, amik ko!!! Ingat senang nak jaga keluarga??? Huhu… Seorang lelaki harus bijak. Bijak mengawal emosi, bijak mengatur diri, bijak memahami isteri, bijak mengambil hati, bijak juga meng’express’ luka di hati.

Bijak semata takkan kekal. Doa pada Yang Esa, itulah petua…..

Al furqoon 25:74.

Dan orang orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.

____________________________________________

[289]. Maksudnya: Tidak berlaku curang serta memelihara rahasia dan harta suaminya.

[290]. Maksudnya: Allah telah mewajibkan kepada suami untuk mempergauli isterinya dengan baik.

[291]. Nusyuz: yaitu meninggalkan kewajiban bersuami isteri. Nusyuz dari pihak isteri seperti meninggalkan rumah tanpa izin suaminya.

[292]. Maksudnya: untuk memberi peljaran kepada isteri yang dikhawatirkan pembangkangannya haruslah mula-mula diberi nasehat, bila nasehat tidak bermanfaat barulah dipisahkan dari tempat tidur mereka, bila tidak bermanfaat juga barulah dibolehkan memukul mereka dengan pukulan yang tidak meninggalkan bekas. Bila cara pertama telah ada manfaatnya janganlah dijalankan cara yang lain dan seterusnya.

Advertisements
Published in: on Januari 8, 2009 at 11:44 pm  Comments (37)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2009/01/08/maknak-kawin-haha/trackback/

RSS feed for comments on this post.

37 KomenTinggalkan komen

  1. salam.. kemarahan yg blebihan tidak membantu dlm menyedarkn kesalahan si perempuan yg hatinya sgt lmbut. tp sebaliknya hanya kan meninggalkan parut yang mendalam apatah lagi jika disusuli tengkingan, makian & kata2 kejian. kasihan si perempuan yang hatinya sangat fragile diperlakukan sedemikian. lelaki, berhikmahlah dalam menegur, kekerasan bukan satu penyelesaian..

  2. Debuk…debuk…debuk…nah,amik ko!haha…Kahwin tu bukan soal si dia dan kita,ia termasuk keluarga dia dan kita.Gabungan rasa cinta,tanggungjawab,kawalan emosi,kewangan dan sebagainya dan juga masukkan sekali bab lampin anak…wahaha.Akhirnya,aji mengalah….hahaha

  3. salam..haha..buat suspend je tajuk..
    ingat btul2 nk kawen..
    peranan seorang lelaki bergelar suami itu sgt penting dlm mengutuhkan sesebuah keluarga…
    tapi seorang isteri juga perlu tahu tanggungjawabnya, menjaga suami dan hal rumahtangganya..
    The bottom line is, keduanya harus saling memahami dan punya kesedaran akan peranan mereka dlm keluarga..
    hmmm..x bleh komen bnyk2…haha..lum lalui peringkat ni lg..haha

  4. wei nak kawin mesti mau ajak aku la

  5. “Hatred paralyzes life; love releases it. Hatred confuses life; love harmonizes it. Hatred darkens life; love illumines it.”
    lu pikir la sendiri aji!!!

  6. to princess alessandra : faham apa yang anda maksudkan. lelaki, contohilah Rasulmu!

    to Sheikh Ahmad Fahmi : (wah,dah tukar nama ek? hehe) Aji mengalah? bila pulak mengalahnya ni? dah tau ilmu rumahtangga takkan makin tak nak kawin? makin nak la!!! huahuahuahua…

    to bella billa : terima kasih sebab ‘terpedaya’ dengan tajuk tu. hehe. kita kena mencari ilmu. tak semestinya dah sampai masa nak kawin nanti baru cari ilmu,ye dak? hehe, pikir jauh ke hadapan.=p

    to dr hakim : amboi, bersemangat cakap pasal love and nak kawin sekarang ek? haha, takpe, masih lagi dalam fitrah kalau ‘kepada perempuan’. tapi janganlah diikutkan kemahuan ‘si dia’ lebih dari ‘si DIA’,ok? DIA tak bagi, jangan buat. if rasa nak buat jugak, kawinla bro!!! ok? hikhikhik….(orang lain maybe tak faham, tapi aku tau bro. lalala~)

  7. tak tahu nak komen ape.

    suami bukan sebagai pemerintah. punya kuasa veto. tapi suami adalah pendidik. gunakan itu dengan cara berhikmah, cara terbaik. hati wanita kan lembut. kena pada cara, ok lah rasenye. paling penting faham.

    just giving my 2 cent, act xreti sgt. xde pengalaman. 😀

  8. dalam 4org dlm gambar kat atas tu,aku rase cekodok kot kahwin dlu…haha. Gapo last,farid second..ko tak masuk bot…

  9. haiss,bru saya tau celcom leh call free ke mane2 mase besday even ke overseas pon.aish3,rugi3!!!!

  10. tajuk yg menarik. sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat. huhu….
    juz nk kongsi sedikit pengalaman. pada saya lelaki yang bergelar suami tidak patut memukul isterinya sesuka hati. kalau pun nak mengajar, berpada2 lah. isteri sebagai teman untuk berkongsi suka dan duka, pendidik kepada anak2, penyeri rumah tangga. janganlah hanya kerana marah kita bertindak di luar kewarasan seorang insan. bawaklah berbincang jika ada salah faham. jangan akhiri perkahwinan dengan PERCERAIAN! ia terlalu memeritkan terutama kepada anak2. kepada yang telah/sedang/akan mendirikan rumahtangga, binalah mahligai yang disulami dengan keindahan Islam yang sempurna ini. wallahu’alam.

  11. salam buat kamu dr razi…

    semoga berjaya menjadi suami yang soleh…

  12. to puding caramel : terima kasih. perempuan memahami perempuan. lelaki memahami lelaki. untuk bahagia,lelaki kena cuba memahami perempuan,dan begitu juga sebaliknya.=)

    to Sheikh Ahmad Fahmi : wah,kasar bunyinya tu. tengokla, tahun depan aku kawin jgn terkejut… hehe, sunnah nabi kan kawin, mana bole tak masuk bot, tak sunnahla…=p

    to haf : nape, nak call sape kat overc tu? actually my mom pakai maxis, n dat nite saya yang call,bukan dia. mak saya missed call je. hehe.

    to hijratulfikr : nape tak sertakan url blog anda? rugi orang nak melawat tak boleh. hehe. terima kasih atas perkongsiannya.=)

    to damai : amiiiiin….

  13. kawen jgn lupe jemput…:D

  14. hurm..wat tajuk kontroversi nih..huhu
    kiciwa2…ingat leh mkn nasik minyak kt sini ke..
    tp..tlgla kwen cpt..wat knduri kt msia 1,kat cni 1 k..kmpunan nsi minyak ni..siyes..huhu
    hehe..sesedap rase je..=p

    yup..ilmu rmh tngga i2 pnting ye.huhu..ingat senang ke nak kahwin akh aji..=p
    doa dpt psgn soleh/ah kena..doa kt saudara2 kita kt gaza jgn lupe lak~ =) ingatan utk smua n diri ni…

  15. x perasan plak xde url….nanti sy check balik.

  16. to munirah : calon takde, nak jemput ape. huhuhu…=(

    to abid_sakina : hamboi, besemangat je bab2 camni nape ni? dah tak lame ek? tak lame nk makan nasi minyak ek? okeh, ana nak bwk geng kompang. free je don worry. kikiki….

    to hijratulfikr : dah ade dah sheikh.=)

  17. salam..it`s not easy to built up a family..its part of `amanah` from Allah..but,for me,the husband play da most important role as he is da leader and plan maker of da family..in my opinion,can`t blame the women semuanya as da husband should guide his wife in having the right way of Islam..Islam itu indah..for u,moga jumpe jodh yg sesuai..

  18. hmmm..macam biasa..tajuk memang ‘vogue’..apa pun terus berjuang untuk menyebarkan risalah…

  19. xpe2, xwori sbb xde calon lg..kn Allah dh jnji, lelaki baik utk pmpn yg baik..so banyakkan doa ye..biasela, as the time goes by, jumpe yg lebih baik, pasti ada yg lebih hebat menjadi pengganti..semoga cepat dapat mengikat tali pernikahan..amin..

  20. adoi..kena balik..huhu…org nk mkn nsi mnyak die la.kite lak yg dikata….=p smngt ke?smngt kata kt org ade la

  21. aji xda lagi??? lariiiiiiiii

  22. nak kawin? lallla~

    kalau nak alamat untuk hantar kad jmputan btau la~
    hehe

    “Rabbana Hablana min azwajina wa zurriatina qurrata a’yun wa ja’alna lil muttaqina imama”

    amiin~

  23. Duha bab2 nikah ni pantang disebut…me nono je mai..hik3

  24. eh..mne de..sape yg pantang kalo sebut bab2 nikah?? buat2 tak seda pulak..cpat je komen kan..haha

  25. u’ve been tagged. =)

    http://leokid.wordpress.com/2009/01/18/whats-your-move/

  26. Salam..amboi kalo bab2 nikah-kahwen bersemangat sume ye!junior2 nih~xdak calon?
    dah ada kan?dah ditetapkan oleh-Nya,dah tercatat dah nama awak ngn si dia tu..ameen!doa byk2..

    kontroversi.panah~
    *begin with the end in mind=)sbb anda bakal jadi nakhoda kapal nya.

  27. lari dr topic skit..
    nk link blog ni ngan blog saya eh..
    jemput ke blog saya=)

  28. assalamu’alaikum….

    pertama kali kunjung…
    semoga bermanfaat…harapannya….
    ….
    do’a tuk yang tlah kawin nantinya..
    “baarokallohu lak wa baaroka ‘alaik wa jama’a bainakumaa fie khoir…”

    walhamdulillah, semoga berkah dan kurniaNya sentiasa terhadam buat kita semuwa, amien

  29. miss nns : amiiiin. terima kasih. semoga kita menjumpai dan manegamalkan kesgala keindahan Islam dan mempamerkannya kepada bukan Islam. amin…

    syahidah : terima kasih…

    princess alessandra : terima kasih

    abid sakina n duha : same je korang tu…hak hak.=p

    sheikh Ahmad Fahmi : ni lagi sorang, excited je citer pasal kawin. haha

    leokid : terima kasih…nanti saya buat ye? hehe.

    NatashaAHadi : apa yang kontroversinya tu ek? kurang faham. huhu…

    Muniri : boleh2. tahniah. tulis benda yang bermanfaat ye?=)

    uvi07 : syukran akhi, datang lagi ya? kalo ada yang ga ngerti bahasanya dikasi tau ya?

  30. *mencela + soopann* (salam diucap) assalamu’alaika wbt…
    errr…
    numpang kasih komentar juga ya pak (upss!!), doc.. 😀
    sy ada st persoalan yg smpi skg blm terjawab (& jd igt smla bila bc entri ni). nk bahagia kena saling memahami, kan? kdg (atau lbh tepat lg, kerap) wnta ni dilabel (dgn x adilnyer) sbg kuat berleter + membebel bila memilih utk jjur (meluahkan semua yg ada di hati) tp itu sbnrnya memudahkn llki utk lbh memahami n mgtahui kehendak wnta (atau isteri). tapi mcm mn kt nk faham llki (suami dlm kes rmh tgga) yg lbh memilih diam bila berdpn dgn knflik? ada yg mberi alasan sb llki byk dikwl oleh akal tp wnta dipndu oleh nfsu. tp sy melihat diamnya llki itu mggmbrkan seolah2 hnya dia yg mau difhmi. pndgn sy ni psti je kena reject 100% oleh llki tp itulah ksmpulan yg sy dpt spjg pgamatan n pglmn sy sdri (juga dr pgthn yg msh sgt cetek ni)

  31. waalaikummusalam….
    takpe,mencelah la selalu. komen seperti anda ni yang menambah nilai entri seperti ni. terima kasih.=) hmm, takdelah, saya tak reject pon. pandangan awak betul ape. tak salah pon…

    cuma berkenaan soalan tu, pada pandangan saya yang dhaif ni, perempuan yang suka berleter perlu fikirkan dahulu keperluan dan “cara” dia “berleter”. mungkin benar perkara itu harus diluahkan supaya difahami oleh pihak lelaki@suami tetapi haruslah dengan cara yang paling baik. perempuan pun tak suka kalau suami “berleter” menegur kesalahan isteri kan? jadi kena saling memahami, saling cuba berada “in your partner’s shoes”. hehe…

    lelaki yang memilih untuk diam memendam masalah dan “minta untuk difahami” oleh isteri bukanlah suami yang baik. komunikasi sangat penting, bawalah berbincang….
    hmm,rasa macam pakar motivasi la pulak. huhu…maaf salah silap ye?=p

    p/s : saudara/saudari qurratulaini banyak guna (…), saya banyak guna “…” maka, fair and square. hehe.

  32. hmm, masalah rumahtangga memerlukan interaksi dua hala..jalan penyelesaiannya banyak dan terpulang pada pasangan mahu pilih yang mana utk kebaikan bersama..bagi aku istilah give and take dalam perhubungan tidak sesuai..yang lebih sesuai adalah give and give more..jap, ape aku merepek ni? kawin pon belom, ada hati nak kasi komen pasal rumahtangga..lol

  33. pernikahan..

    meneliti hikmah di sebalik sunnah rasulullah…pasti mendorong diri ingin menambah ilmu munakahat dn amal ibadah untuk menjadi insan soleh seterusnya memimpin keluarga mahupun sebagai pendamai jiwa suami..

    mendengar ataupun melihat sendiri gelora dlm ikatan selepas pernikahan menimbulkan dua kemungkinan cara berfikir..
    samada tidak yakin untuk menempuh fasa itu ataupun berusaha untuk mendidik diri sebaik mungkin dn mencontohi akhlak nabi dlm menangani masalah yg mungkin timbul dlm rumahtangga..

    susah atau senangnya pernikahan yg akan kita semua tempuh ni berbaliklah pd apa yg tlh rasulullah ajarkan..
    insyaallah..
    berdoalah..berusahalah..

    p/s: maaf ya akhi..awalnya ingt xnk komen ntk artikel ni,sbb x matang lg..=) tp cuma menyumbangkan sedikit apa yg terfikir..=)

  34. salam..

    tajuk tu buat suspen je.. walaupun bergurau tapi tetap memaksudkannya kan.. ngaku jela.. huhu ampun

    —-DR.RADZI says : doakan ye….kikiki.=p

  35. u r awsome!

  36. mama!abah!nenek!atok!makngah!pakngah!mak uda!pak ud!mak ucu!ucu!sy nk kawen jgk!!!hahaha

    bajet kalo ckap kat ramai2 owg dpt kawen jerk..ngeh3 =p

    p/s:bile nk kawen nih..nk kawen ngn sape nih..(dok menung pikiaq..)

  37. teringat kata2 naqibah kat usrah..
    sblm kawen, fikir dlu tggjwb yg akan di pikul.. hihi..cmtu ke??


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: