Hudallil MUTTAQIN


“Saya baca, awak ikut ye?”

“Baik”

Alif Laaam Miiiiim….

Alif Laaam Miiiiim….

Dza Likal Kitabula Raiba Fih….

Dza Likal Kitabula Raiba Fih….

Hudallil Muttaqin….

Hudallil Muttaqin….

”MAKSUDNYA, ikut jugak apa yang saya bacakan ye?”

”Baiklah.”

Alif Laaam Miiiiim….

Alif Laaam Miiiiim….

Kitab(Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya…

Kitab(Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya…

Petunjuk bagi mereka yang bertaqwa…

Petunjuk bagi mereka yang bertaqwa…

Alhamdulillah. Selesai pelajaran al-quran kita buat hari ini. Biarlah sedikit, tapi kita cuba cari makna disebalik ayat-ayat Allah tersebut. Supaya Al-Quran bukan sekadar menjadi buku mentera dan ’kitab suci’ semata-mata, tetapi berfungsi sebagai PANDUAN yang SEBENAR-BENARNYA kepada seluruh umat manusia ’yang mencari tuhan’ tidak kira Islam atau bukan Islam. Kita teruskan menghayati Al-Quran dengan menanyakan soalan-soalan tersebut kepada diri dan rakan-rakan kita.

”Boleh tak awak jaga solat lima waktu lepas baca ayat ni?”
”Boleh tak awak ikut setiap apa yang nabi buat dan tinggalkan segala apa yang nabi tak pernah buat lepas awak baca ayat ni?”
”Boleh tak awak tutup aurat elok-elok lepas baca ayat ni?”
”Boleh tak awak jangan bercouple atau pegang tangan lelaki perempuan bukan muhrim lepas baca ayat ni?”
”Boleh tak awak berhenti merokok lepas baca ayat ni?”

Jawapan yang popular,

”Alah, nantilah… BELUM SAMPAI SERU”

Alangkah senangnya mulut berbicara. Menjawab segala pertanyaan manusia, apabila ditanya bila kita mahu menyempurnakan segala perintahNYA…

Jika kita renungkan….
Jika kita fikirkan….
Jika kita fahamkan….
Kenapakah Allah mengatakan Al-Quran : adalah
HUDALLIL MUTTAQIN?
Kenapa tidak HUDALLIL MUNAFIQIN?
Kenapa tidak HUDALLIL MUSYRIKIN?
Kenapa PETUNJUK kepada orang yang bertaqwa?

Ya, Al-Quran adalah petunjuk kepada orang yang bertaqwa.
Bukan kepada orang munafik,
Bukan juga kepada orang kafir.

Jadi, soalan-soalan tadi?

Arahan dan perintah Allah ini…
tidak akan dapat dilakukan,
tidak akan dapat dituruti,
tidak akan dapat dipatuhi,
jika perasaan takut dan berharap padaNya tidak disemai didalam dada.
Al-Quran
tidak akan menjadi petunjuk kepada orang yang tidak beriman kepada Allah.
Al-Quran
tidak akan menjadi hidayah kepada orang yang tidak takut/bertaqwa pada Allah.

Surah Al-Israa’ 17:9.

Sesungguhnya Al Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang Mu’min yang mengerjakan amal saleh bahwa bagi mereka ada pahala yang besar

Oleh itu marilah kita bersama-sama membaca dan menghayati ayat-ayat Al-Quran dengan rasa takut dan gentar pada Allah S.W.T terlebih dahulu.
Bersihkanlah hati dari segala kemahuan kita, sebelum kita membaca apa kemahuan DIA.
Lapangkanlah hati dari segala kehendak nafsu kita, sebelum kita membaca dan menuruti kehendak dan perintah DIA.

Segala hukum tentang rokok, perempuan, harta yang haram, hiburan, aurat, dan semuanya tidak akan dapat dipatuhi kalau diri tidak merasa kerdil. Kalau diri tidak merasa ”
hamba”, bagaimana mahu ”membaca surat arahan dari
tuannya?”

Allah menyukai hamba yang taat padaNya,
yang melakukan segala perintah dan suruhanNya,
walaupun dihina dan dicaci oleh manusia.

Sama-sama kita mengejar CINTA-NYA,
Dengan meleburkan nafsu kita,
Memekakkan telinga dengan kritikan manusia.
HIDAYAH TAK MUNGKIN DAPAT KALAU TAK DICARI.
PERUBAHAN TAK MUNGKIN TERJADI KALAU DIRI TAK BERUSAHA MEMULAI.

Advertisements
Published in: on Januari 20, 2009 at 10:58 pm  Comments (13)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2009/01/20/hudallil-muttaqin/trackback/

RSS feed for comments on this post.

13 KomenTinggalkan komen

  1. HIDAYAH TAK MUNGKIN DAPAT KALAU TAK DICARI.
    PERUBAHAN TAK MUNGKIN TERJADI KALAU DIRI TAK BERUSAHA MEMULAI…[betul3..]
    hidayah xkan dtg sendiri..sape lg blh ubah kalau diri sndiri xmau ubah..

    Sesungguhnya Allah tak mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka berusaha mengubah keadaan yg ada pada diri mereka sendiri.. [13: 11]

    ‘Redha’ dgn takdir Allah..bukan ‘Pasrah’ dgn takdir Allah..
    Redha dgn merima sgalanya dgn blapang dada yg disertai dgn usaha utk memperbaiki jika menimpa suatu keadaan yg kita x inginkan, bkn pasrah, yg terima je dgn lapang dada tanpa usaha langsung kalau jd hal yg x diinginkan….

    kalau nak tunggu ‘sampai seru’ ntah2..smpai msuk liang lahad pun x sampai2 camne…sape yg susah?sndiri gak susah..huhu.jd,same2la kita berusaha~=)

  2. salam. posting yang menarik. lama saya menanti posting terbaru dari saudara Aji selepas posting “Mak,nak kawin! Haha..” yang sangat menarik perhatian para blogger.

    sekadar ingin berkongsi pendapat,saya sangat bersetuju dengan apa yang dibicarakan dalam isu ini. masyarakat hari ini sering memberi alasan bila diminta berubah menjadi lebih baik. ungkapan ”Alah, nantilah… BELUM SAMPAI SERU” mungkin jarang saya dengar untuk kasus di atas tetapi sering digunakan bila ditanya “bila nak kawin?”. yang sering saya dengar untuk jawapan kepada soalan di atas ialah “nantilah,belum dapat HIDAYAH”.

    jawapan seperti ini seolah2 menganggap hidayah Allah akan datang tanpa kita berusaha mencarinya. persoalannya sampai bila nak tunggu hidayah dari Allah baru nak berubah? nak tunggu ajal datang baru nak bertaubat? gunakanlah segala kesempatan yang Allah kurniakan untuk menjadi lebih baik.wallahu’alam.

  3. Hmm..Btul kata pak aji, kita slalu baca je al-quran tp jarang nak manghayati maksud dalamnya. N slalu kite kata beriman pada al-quran, tp patuh kat apa yang kita suka je n tinggalkan mana yang kita rasa x suka.. Kalau mcm tu kita ni sama je dengan bani Israil, mengaku beriman pada Allah tapi xnak mengakui kerasulan Muhammad…aka x beriman sepenuhnya..nauzubillah
    Sama2 kita mncari redhaNya…amiin.

  4. ”Boleh tak awak jaga solat lima waktu lepas baca ayat ni?”
    ”Boleh tak awak ikut setiap apa yang nabi buat dan tinggalkan segala apa yang nabi tak pernah buat lepas awak baca ayat ni?”
    ”Boleh tak awak tutup aurat elok-elok lepas baca ayat ni?”
    ”Boleh tak awak jangan bercouple atau pegang tangan lelaki perempuan bukan muhrim lepas baca ayat ni?”
    ”Boleh tak awak berhenti merokok lepas baca ayat ni?”

    Ramai yang anggap dunia ini tempat bermegah walhal hanya tempat singgahan..menganggap dunia ini segala-galanya..rasa bimbang ,gelisah ,tak bahagia sebab anggap dunia segala-galanya…

    sedangkan semuanya akan hilang…takkan kembali..

  5. terime kasih utk pelajaran kali ni:D

  6. aji, tukar link buleh?

  7. sedikit yang bermakna 🙂

  8. to abid sakina : terima kasih atas masukan tu. hmm, tepat sekali. hidayah takkan datang bergolek kalau tak dicari. pasrah tanpa tawakal dan usaha adalah salah sama sekali, Islam bukan agama magic! huhu…=(

    to hijratulfikr : terima kasih sudi membaca… ya, mungkin betul. orang tak mahu berubah kerana belum dapat hidayah. agaknya tunggu ‘nur hidayah’ anak jiran sebelah rumah kot?=p

    to farhana88 : aik? pak aji? hadoi…naseb baek bagi komen, dimaafkan lah jugak. hehe,terima kasih atas masukannya. jauhkan diri dari meniru Kaum Bani Israel-lebih tepat lagi, zionis sekarang! huhu…

    to syahidah : benar syahidah, dunia hanya sementara. siapa yang belum sedar akan hakikat dunia ini maka rugilah dia. walaupun hakikatnya dia bersenang lenang di dunia ini. hmm…

    to Eliana : sama-sama, hehe…

    to djambu : buleh2…no problem.

    to qurratulaini : terima kasih. semoga semua yang membaca dapat manfaat. amiiin.

  9. Dialah yg telah menurunkan ketenangan ke dalam hati org2 mukmin untuk menambah keimanan atas keimanan mereka (yg telah ada)….[al-Fath:4]

    ketaqwaan,takutkan Allah..

    sejauh mana ketaqwaan kita?
    pertanyaan yg perlu selalu ditanya pd diri2 manusia tetapi sering terlupa atau dilupakan..
    terutamanya diri ini..
    astaghfirullah..

    jazakallah akhi atas peringatannya..

  10. terkesan

  11. Aslmkm dr. razi! (insyaAllah..betul kan? still medical student kan??)

    Syabas! susah btul nak cari generasi muda skrg ni yang berjiwa mcm saudara. i look at my batch, kebanyakan la not all (hehe..saya pun med student gak..uitm. year 3), tak nampak mana satu yang tgh perjuangkan agama Allah. mcm mana nak timbulkan rasa “ISLAM” dalam diri ye? kadang-kadang hati saya membuak-buak nak berkongsi cerita pasal kenapa Sultan Muhammad al-Fateh digelar sebaik-baik pemimpin dan mempunyai sebaik-baik tentera… tapi tak ada yang sekepala.

    hanya dapat look forward to usrah mingguan for the 1,2 hours of rasa indahnya Islam ni! else than that…hmm. hampeh.

    betul kata Ustaz Hasrizal,
    “Islam itu bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Dan ia akan kembali dipandang ganjil sebagaimana ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang dipandang ganjil (kerana Islamnya mereka)” [Hadith riwayat Muslim]

    teruskan hidup saudara di bawah bayangan al quran dan sunnah!

    salam perkenalan!

  12. renungan yang baik buat musim cuti ni..
    mmm..nak dapat ganjaran besar kat akhirat mana la leh malas2 kan..dah dapat hidayah pla..kena la menjaga~

    sama2 jadikan Al-Quran teman akrab kalu ingin diangkat darjat diccnya~kalam itu satu2nya yang asli turun dari Pemilik segala hati

  13. ermm..just imagine how meaningful of my name really is..
    alhamdulilah..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: