Ubah Cara Fikir


kanak-kanak yang BERFIKIR

Southpark : kanak-kanak yang BERFIKIR

Alhamdulillah, kita memujiNya, dan memohon pertolonganNya, dan memohon keampunanNya. Dan kita memohon perlindungan Allah daripada keburukan diri kita dan dari kejahatan-kejahatan amalan kita. Sesiapa yang diberikan petunjukNya kepadanya, maka tiada siapa yang mampu menyesatkannya. Dan sesiapa yang dibiarkan sesat olehNya, maka tiada siapa yang mampu memberikan Hidayah padanya. Aku bersaksi tiada Tuhan yang layak disembah dan diibadati melainkan hanya Allah, dan aku bersaksi Nabi Muhammad itu pesuruh, utusan dan contoh terbaik daripada Allah yang harus aku contohi. Amma ba’d…

Izinkan saya memulakan kata-kata dengan analogi mudah tetapi melalui situasi yang berbeza-beza.

Situasi 1 :

Seorang adik ’Junior’ datang kepada kita, dan mengaku dia ahli IMAN.

”Kak, saya ahli IMAN.”

Melihat kepada gayanya, kita ragu-ragu. Lantas membuat kesimpulan.

”Bukanlah. Kamu bukan ahli IMAN”, lalu membiarkan sang adik tadi berlalu.

Beberapa waktu/hari kemudian, kita melihat sang adik tadi menolong biro agama Buddha mengedarkan pamplet tentang agama Buddha. Dengan perasaan terkejut dan marah,

”Eh, apa nak jadi kamu ni? Kenapa kamu mengedarkan risalah agama Buddha di Universiti kita ni?”

”Laa…haritu akak kata saya bukan ahli IMAN??? Saya buat kerja biro agama Buddha akak marah????”

———————————————————————————————————————————————

Situasi 2 :

Seorang awam bertemu dengan seorang ustaz.

”Ustaz, saya ISLAM.”

Melihat kepada gayanya yang ’mat narkoba’, perwatakannya yang ’mat romeo’, cara bercakapnya yang ’mat bond’, cara berpakaiannya yang ’mat saleh’, ustaz itu ragu-ragu. Lantas membuat kesimpulan.

”Bukanlah, kamu bukan Islam”

Muncul bulan Ramadhan, sang ustaz bertemu dengan pemuda tadi yang sedang enak menikmati roti canai di kedai mamak. Dengan perasaan terkejut dan marah,

”Eh, kamu ni tak tahu ke sekarang ni bulan puasa? Kamu ni mesti dihukum!”

”Laa….ustaz kata haritu saya bukan Islam, saya tak puasa ustaz marah pulak?????”

———————————————————————————————————————————————–

Situasi 3 :

Seorang abang menerangkan kepada adik-adik juniornya yang baru masuk.

”Ini Presiden Kelab Umno Bandung Indonesia (KUBI), dan saya pula adalah Exco Biro Agama dan Kerohanian KUBI ni.”

Melihat dan mendengar nama kelab tersebut, adik-adik ’junior’ pantas terkenang kembali situasi dan suasana politik di Malaysia, mereka ragu-ragu. Lantas membuat kesimpulan.

”Kelab ni politik ni. Nama je biro agama, tapi kalau dah nama UMNO tu, politik la tu.”

Hidup sebagai pelajar diteruskan…

Suatu ketika, Kelab Umno Bandung Indonesia menganjurkan aktiviti, pertandingan, yang ada unsur politik dan tidak Islamik. Adik-adik ’junior’ tadi bingkas bangun dan mengkritik. Dengan perasaan terkejut dan marahnya,

”Apa ni, kata kelab kebajikan pelajar kat luar negara ni tak berkaitan dengan politik???? Mana pergi biro agama dalam kelab ni???? Kenapa tak tegur??? Takkan tugas biro agama hanya jadi tukang baca doa je???”

”Laa….. Dulu korang kata kelab ni kelab politik? Buat aktiviti politik korang marah? Dulu korang kata biro agama KUBI takde fungsi, sekarang korang suruh biro ni tegur pulak?”

————————————————————————————————————————————————

zikir fikir

zikir fikir

Sahabat-sahabat yang ku kasihi,

Islam mengajar kita untuk berfikiran luas dan cerdas. Tidak sempit dan kolot hanya jumud mengikut membuta tuli tanpa memeriksa dan meneliti. Islam tidak memukul rata buruk semua yang ’bukan’ Islam. Islam tidak mengukur kebenaran melalui pendapat dan kata-kata’geng’ atau ’kumpulan’nya. Islam berpandukan dua sumber. Al-Quran dan As-Sunnah.

YANG BENAR TETAP BENAR, YANG SALAH TETAP SALAH.

Segala tentang Islam, yang diajar didalam Al-Quran, yang diceritakan didalam As-Sunnah, itulah yang benar. Tidak kira siapa yang mengatakannya!

Berbalik kepada analogi-analogi tadi, kenapakah kita senang ’membantah’ dan ’menghukum’ tetapi susah untuk ’bersetuju’ dan ’memperbaiki’?

Surah Al-Asr 103

2. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,

3. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan NASIHAT MENASIHATI supaya mentaati kebenaran dan NASIHAT MENASIHATI supaya menetapi kesabaran.

Dimanakah hilangnya amalan nasihat-menasihati ini?

Bukankah lebih elok sekiranya jawapan kepada persoalan-persoalan tadi,

”Oh, kamu ahli Iman ke? Baguslah kalau begitu dik… tapi kan, kalau ahli IMAN kamu kena komited dengan IMAN. Kamu harus menjaga akhlak, kamu harus menjaga prestasi akademik, kerana kamu akan dibandingkan dengan orang yang bukan biro agama. Kamu harus jadi contoh… ye dik, ye?”, sambil menjamu senyuman kepadanya. Kan cantik?

———————————————————————————————————————————————–

”Kamu Islam? Oh, baguslah…. Seronok ustaz mendengarnya. Bagus, bagus…. tapi saudara, dalam Islam kena begitu…begini, ye? Kalau sudah mengaku Islam baguslah, tapi harus begitu…begini,ye?”, sambil diselang-seli senyuman kepadanya. Kan indah?

———————————————————————————————————————————————–

”Oh, ni kelab kebajikan pelajar ye? Bagus, bagus… Nanti buatlah aktiviti-aktiviti begitu, begini…ye? Untuk kebaikan kita bersama disini. Hehe…”

”Biro Agama KUBI? Alhamdulillah, bolehla kita menegakkan al-quran dan sunnah melalui biro ini dan mendedahkan kepada semua pelajar di sini tentang ISLAM AGAMA TAUHID YANG BUKAN WARISAN melalui platform ini, kan? Dengan adanya biro ini bolehlah kita menegur sekiranya ada aktiviti KUBI yang tidak sesuai, kan?”, sambil memberikan senyuman gembira tanda sokongan. Kan bagus?

————————————————————————————————————————————————

Janganlah kita mendabik dada mengatakan diri kita yang paling benar dan menyalahkan orang lain. Siapakah yang berani menjamin dirinya akan mati di dalam kalimat LA ILAHA ILLALLAH dan yakin ’musuhnya’ @ ’seterunya’ @ ’orang yang digolongkan JAHAT olehnya’ akan mati menuju neraka????!!

Berfikir biar jelas, bercakap biar beralas, beraqidah biar tuntas.

Surah Al-Ankabut 29:2

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?

Wallahua’lam…

Advertisements
Published in: on Februari 18, 2009 at 4:08 pm  Comments (24)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2009/02/18/ubah-cara-fikir/trackback/

RSS feed for comments on this post.

24 KomenTinggalkan komen

  1. Saya ahli Kelab Umno Luar Negara.
    Saya ahli Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia…
    Saya ahli Islamic Malaysian Association…
    Menteri Besar saya orang Pas..
    Perdana Menteri saya orang Umno..
    Saya sayang mereka macam sayang diri saya sendiri..
    Saya tegur atau marah mereka bukan kerana benci..
    Saya tegur atau marah mereka sebab mereka saudara saya,Saudara SeIslam..
    Kami berkongsi sekujur jasad yang sama….
    Kalau bahtera pelayaran mereka terpesong dari AlQuran dan Sunnah,saya sebagai anak kapal,wajib memberitahu arah yang betul..
    Saya nak sampai destinasi yang betul..
    Tak nak melalut tak tentu hala…

    Islam is da way of UMMAH,not Pas or Umno..
    I am damn proud to be a Muslim that has faith to the ONLY GOD and his Messenger 😉

    —-DR.RADZI says : thank you, aku bersyukur dikurniakan sahabat sepertimu.

  2. Adeh…sian Aji
    Lepas ni Presiden KUBI bg ke org pas…
    Kalo ade kelab PAS bg org umno jd amir..
    boleh ka?
    hahaha…

    —-DR.RADZI says : ada ke kelab pas kat cni? hehe… sumpah kene reject orang umno jadi amir. yela, mane bleh lompat2 parti??? kikiki

  3. Huhu…badi kot,duk terikat nama dengan UMNO.Lepas ni motto kubi kene ubah la…” Jangan Ingat Kami UMNO”…hahaha.

    Terasa fleksibelnya Islam bila berhadapan dalam situasi semacam ini.Persoalannya,fleksibelkah kita? Rigid dalam berprinsip,fleksibel dalam berdakwah…waaa…indahnye Islam rupe ye( bahasa gaul dong)

    —–DR.RADZI says : betul jugak tu kan? fendi,kite tukar motto jom!! haha…

  4. ye..islam itu indah..KUBI dan PKPMI juga indah..kalau dilaksanakan atas dasar islam..insyaAllah..kami sume sayang anda..(KUBI n PKPMI ye..jgn slh phm) haha

    —-DR.RADZI says : amboi, dah pandai junior sorg ni ek?? hehe…takla, tak salah faham pon. hmm,bagitau kat kawan2 IMAN yang lain suh baca luahan drrazi.wordpress ni ye? huhu…

  5. Mcm pernah dengar je situasi2 ni..ngeh3.
    Alah…sama je due2..xde beza pn…sama2 berjuang menegakkan Islam kan. Satu keluarga..chewah.
    Benda ni dah jadi budaya..sikap suka mencela.
    pdhl kat akhirat nanti org yg suka mencela itulah orang yang muflis. amal kebaikan diberi pada org lain, n bila kebaikan telah habis, kesalahan2 org yg dizalimi dicampakkan atas kepala kita.
    na’uzubillah.
    dosa sendiri pn tak tertanggung…

    —-DR.RADZI says : betul3…wah, bagus betul ahli baru saya ni. hehe. teruskan menulis makcik, saya nak bagi anda tugas meng’create’ dan meng’handle’ BLOG Biro Agama KUBI. dalam tu kite tak berceloteh, tapi kite buat soal jawab agama. okeh? nak tanye pape sms ye?

  6. Sekadar perkongsian
    Set cara berfikir…melihat dan menimbang dari semua segi dan sudut.
    Pertama,Secara dasar,penubuhan sesebuah kelab pelajar atau mahasiswa berasaskan sesebuah parti politik adalah satu yang melanggar AUKU yang melarang para pelajar terlibat dengan parti politik secara langsung meski atas nama kebajikan. Kalau ini dibolehkan atas dasar parti itu adalah pemerintah atau kerajaan,ini adalah satu pencabulan pada demokrasi dan merupakan pemikiran yang amat dangkal.Semua parti politik wajar dan seharusnya diberikan ruang untuk mewujudan platform untuk pelajar.Ini harus jelas dan difahami sama ada anda berada di dalamnya atau tidak. Jika anda ada kuasa dan peluang,lakukan perubahan.

    Kedua,jika ini berada di luar kemampuan anda untuk melakukan sebarang tindakan dan anda berada dalam keadaan mahu atau tidak,anda terpaksa telan dan terima,maka pertimbangkanlah untuk memanfaatkan segala ruang yang ada untuk kebaikan dan kemaslahatan bersama. Kepada yang berdasarkan kebajikan,laksanakan fungsi kebajikan itu dan cuba sedayanya untuk tidak terlalu mempolitikkan semua perkara meski secara jelas ia adalah menggunakan asas atau logo sesebuah parti. Tingkatkan prestasi,kurangkan kontroversi.

    Ketiga,bertindaklah dengan memerhati dan menimbangkan keadaan semasa dan sekeliling anda. Hukum dalam fiqh juga boleh berubah dengan berubahnya masyarakat dan masa.

    Keempat. Jika anda masih belum boleh menerima keadaan pencabulan demokrasi ini meskipun ada ruang toleransi berdasarkan kepentingan dan kemaslahatan umum, sertailah platform yang mana anda selesa dan yang mengoptimumkan kebolehan anda untuk semua.Lakukan sesuatu.

    (sory bro,panjang plak…hehehe)

    —-DR.RADZI says : takpe, tak kesah pon panjang2, yang penting sampai maksud. tapi masalahnye kurang sampai sket ape yang nta nk sampaikan. straight to da point je lenkali…hehe

  7. Aji,kalo orang tu ilmu dan akhlak mcm TGNA,takde hal la jadi amir pas walaupun dr umno. tp ade ke org gitu dalam umno? aku mencari…..

  8. tak paham ka? lu pk la sendri…jangan malas!! hehe

  9. wah…kene tunggu sume org jadi macam TGNA ek?
    boleh2, tapi kalau selagi belum ada tu?

    “kalo orang tu ilmu dan akhlak mcm TGNA,takde hal la jadi amir pas walaupun dr umno. tp ade ke org gitu dalam umno? aku mencari…..” -sebelum ada orang macam tu dalam umno, takkan kita nak buang dan sisihkan ‘mereka’ kan? itulah yang aku nak sampaikan dalam entry ni. NASIHAT-MENASIHATI untuk kebaikan.=)

  10. dokla kite buang,kite ajak mai kenduri gak kalo kawen…tapi untuk menjadi jadi amir a.k.a ketua,kena cek dulu..dalam umno pun nak amik org pas jadi ketua cek dulu..seswai tak dengan dasar dan perjuangan masing2…nak jadi kawan takde prob…nasihat menasihati baik kawan,lawan,anak buah,ketua kena jalan…

    —-DR.RADZI says : setuju2. hehe…

  11. Hmm..duha dh mnjlnkn tugasnye sruh kami bce artikel ni..
    Dh lame rsenye x lawat blog ni.. Rindu arr gak..haha ( yeke?)
    Honestly, sy mulanya tak brape sgt dgn KUBI ini dsebbkn namenye..Tp slps diterangkn oleh kwn2 n slps bce post ni..Lame2 pikir..Biro Agama KUBI ke PKPMI ke…dua2nye matlamat adalah sama.. Memperjuangkan Islam.. Kalau blh nk join dua2 biro tp wat mse ni lum bersedia nk pegang bnyk2..nnti takut tak komited plak.. =)

    —-DR.RADZI says : takpe, tak berniat pon suruh korang baca untuk buat korang ‘lompat parti’. huhu…korang dah dalam IMAN takpelah, tak perlu masuk tukar or masuk dua2. cuma janganlah meminggirkan kawan2 yang di dalam biro agama kubi ni. kami pon buat kerja yg sama gak dgn korang. huhu…=(

  12. KUBI….UMNO….politik…1st time dgr mmg xlen xbukn cam politik…ishhh xsuke politik2 ni….but after dat….oooo KUBI laa…paham3…hee…
    pe pun majulaaa kubi utk semua..!!!asal xlari dr motto ok wat…
    kami sentiase mnyokong anda=)
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    —-DR.RADZI says : kita tak boleh cepat melatah. kena banyak berfikir dulu sebelum bertindak,betul tak? hehe. timekaseh….siapa ya nama disebalik nick name anda tu? nak tau jugak,hehe…

  13. rindu ke bella?? haha..erm..btul tu..saye sokong bella 99%

    —-DR.RADZI says : bio la die nak rindu…jeles je. kikiki.=p

  14. salam ji..
    rupanya byk yg msh ragu dg politik n islam..mgkin aku pn cm2 ji..myb lpas ni ko bley wat artikel ttg berpolitik dlm islam…moge byk yg dpt mnfaat..

    —-DR.RADZI says : hmm, apa-apa pon kena berprinsip, itu je asasnya. dan prinsip kita alquran dan assunnah. if alquran dan assunnah dibelakangkan semata-mata kerana nama tu yang aku tak setuju. huhu~

  15. itu la manusia..
    like to make their own generalization.
    sume org umno tu jahat ke?
    sume org pas tu baik ke?
    hurmm~
    baik ke jahat ke tu kan urusan diorg dgn Allah, sapelah kite nk ckp diorg tu jahat ke baik…
    hairan jap kenape ade org suke nk kaitkan politik dgn sume perkara. tak boleh ke kalo ckp tentang politik time pilihan raya je.. haish~
    islam as away of life doesn;t mean politics as a way of life… =)

    —-DR.RADZI says : wah,makcik ni ‘peduli’ jugak rupenye ye? hehe,bagus2,timekasih atas pandangan anda. cakap politik time pilhanraya je tu mst ramai yang tak setuju. kikiki

  16. nothing much to comment..isu y menggelegak jiwa raga pelajar Malaysia di UNPAD..apa pun moga kalian dapat tuju kata sepakat..Wallahua’lam..

    huhu..lama ek laman ni tiada entri baru..

  17. aishhh..tak boleh padam komen atas ni..tak kisah la ek..

    —-DR.RADZI says : perlu padam ke? nak saya padam? tapi macam tak perlu je. hehe…lama menyepi sebab laptop ada prob sket. huhu…

  18. erm..nk komen pe r? mnyibuk je die..dh la xde blog..huhu..tp xpe la..nk share gak..mn tau leh dpt smthing kn..hehe..iA..cmne la agknye klu kta hdpi situasi cm2 kn..mst kelam kabut gak nk jwb ngn baik n memuaskn..renung2knlh..tp xpe la,iA kta leh perbaiki diri kta yg hina lg daif ini dr smsa ke smsa..so,slh satu cranye adlh melalui “NASIHAT-MENASIHATI” spt tjk diskusi skg ni..justeru,marilah kta sma2 merenungi n mghyti frman Allah dr srh Az-zaariyaat ayt 55..”Dan tetaplah mmbri peringatan,kerana sesungguhnya peringatan itu bermnfaat bg org2 yg briman”..wahai shbt2 yg kukasihi,utk mmhmi Islam dgn sbnr2nye,marilah kta sma2 mnjdikn “Allah Ghayatuna” (Allah Tujuan Kami), “Ar-Rasul Qudwatuna” (Rasul Teladan Kami), “Al-Quran Dusturuna” (Al-Quran Panduan Kami), “Al-Jihad Sabiiluna” (Jihad Jalan Kami) dan “Al-Maut Fi Sabiilillah Asmaa Amaalina” (Mati di Jalan Allah Cita2 Tertinggi Kami)…wallahua’lam=)

    —-DR.RADZI says : setuju2! hehe, terima kasih sudi ke sini…cewah.=p

  19. umno parti politik
    kelab umno luar negara badan kebajikan
    biro agama kelab umbo badan dakwah
    umno sokmo…huahuahua

    —-DR.RADZI says : kena tukar motto bak kata ahmad fahmi nih..=p

  20. mrilah kita jgn ragu2 dlm terlibat dgn aktiviti2 biro agama islam kubi ni..
    sekian terima ksh… (n_n)v

    —–DR.RADZI says : terima kasih…macam orang ragu-ragu tu macam kitorang ni bawak ajaran sesat plak. haih~

  21. x pndi la bab politik ni.hehe…
    tp sy ade satu mslh,sy susah nk jumpe sape2 y sudi tegur & beri peringtn spt y dsarankn dlm Islam …
    d’_’b…
    mgkn slh sndir jgak…
    hmmm…

  22. situasi yg bgs utk difikirkan..walaupun tak merasa
    tapi leh dikaitkn dgn bbrp situasi ana..
    pemikirn yg bgs..sentiasa optimis dan positif~
    bru Islam tersebar

    —-DR.RADZI says : yazkuruna…wa yatafakkaru…surah Ali Imran 3 : 190

  23. Assalamualaikum.. 🙂
    tQ n congatz 4 making my day better aftr readin’ ur blog.
    erm malu la nk komen2 ni.hehe.tp last2 komen gak sbb ni nk tnya nie.
    camane nk ‘ubah cara fkr’ dlm isu ‘dendam’??
    ha pe kate pasni buat entry psl ‘dendam’ lak.
    erk x tau la if dh de tp cari2 x jumpe pn.huhu.
    cdgn je tu.boley diterima boley ditolak.
    nk tnya kat blog BAIK slalu lak x dpt bkak, so via boss BAIK je pn x pe la ye..

  24. hmm napa ek x dapat bukak blog BAIK tu… tau x url dia dah tuka?
    http://biroagamakubi.blogspot.com.

    kalau x boleh jugak cuba google pastu cari biroagamakubi.
    smoga berjaya! huhu


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: