Zikrullah


SUBHANALLAH, Maha Suci Engkau Ya Allah. Selesai sudah sebuah acara, pertandingan Kultum (Kuliah Tujuh Minit), yang melibatkan 17 orang peserta di dewan kuliah Unpad semalam. Jika sebelum ini pertandingan dinamakan Kullim ( Kuliah Lima Minit),kali ini diatas permintaan ramai ianya telah ditambah menjadi tujuh minit. Sangat menarik. Pelbagai watak yang diperhatikan. Masing-masing membentangkan hujah dengan cara dan gaya tersendiri di bawah tajuk “Kesyumulan Islam”. ALHAMDULILLAH…

Surah Al-Maidah (5:3)

Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu.

ALHAMDULILLAH, ramai yang berani ‘bercakap’ di hadapan khalayak yang ramai untuk bercerita mengenai Islam. (Maaflah kepada yang dipaksa ye? Hehe..) Kalau dipertandingan Kultum yang lepas ramai yang menyanyi, kali ini ada yang peserta membawa mp3 untuk diperdengarkan. Bermacam-macam jenis lagu. Berceloteh pon ada. Berpidato dan bersyarah pun ada. Beranalogi tentang Islam tetapi dipersembahkan secara ‘cara-cara membuat kek’ pun ada. Menarik.

Surah Ali Imran (3:191)

(Yaitu) orang-orang yang MENGINGAT ALLAH sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka MEMIKIRKAN tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.

Berbahagialah orang yang mengingat Allah dan memikirkan tentang kejadian-kejadian tuhan/bukti-bukti kekuasaan tuhan di sekelilingnya lalu diambil iktibar.

ALHAMDULILLAH juga, syukur dipanjatkan ke hadrat ilahi kerana urusan komputer mudah alihku telah dipermudahkan. Walaupun folder “artikel” yang memuatkan segala tulisan-tulisanku masih belum dijumpai. (fikir positif : ada kot, cari lagi lepasni ok? Jangan nangis ok? Huhu…) Semuanya telah dirancang…

INALILLAHI WAINNA ILAIHIRAJIUN, kerana berita sedih yang menimpa keluarga seorang sahabatku. Ibunya disahkan mengalami Pancreatic Cancer, sementara ayahnya baru sembuh dari kemalangan jalan raya. Kepada Kau lah kami sembah, kepada Kau jugalah kami meminta pertolongan. Berilah kekuatan kepadanya dan keluarganya, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani anak-anak mereka sewaktu kecil dahulu. Amiiiin……

Surah Ibrahim (14:41)

Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).

Advertisements
Published in: on Februari 28, 2009 at 7:15 pm  Comments (8)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2009/02/28/zikrullah/trackback/

RSS feed for comments on this post.

8 KomenTinggalkan komen

  1. salam buat teman yg ditimpa musibah..semoga diberi kekuatan utk menghadapinya..

    —-DR.RADZI says : Amiiiiiin….besar dugaannya. dikala dia memerlukan kekuatan untuk dirininya sendiri menempuh exam dan pelbagai lagi. semoga diberi kekuatan dan ganjaran yang tinggi padanya. amiiiiin….

  2. Waah uniknya pertandingan, macam PilDaCil. kena cadangkan kat UPIMI Jogja ni…hehehe.

  3. dalam gelak ketawa mendengar celoteh peserta..
    ad gak dapat input:)
    alhamdulillah

  4. btol btol…
    x sia2 dtg!
    dpt input y bmanfaat insya Allah
    moge taun dpn ade lg!

    stiap ape y terjadi ada hikmahnya,
    hny Allah Maha Mengetahui
    kita hny hambaNya y lemah & padaNya kita bserah

    p/s; suke y buat kek tue..hihi

  5. salam ziarah..
    lame x mnjenguk..he..
    alhamdulillah atas kesihatan laptop..

    btul3..mcm2 gaya yg dpersembahkan,mnarik..
    syabas to all yg terlibat..
    muniri si pembuat kek~heh [firasat mngatakan dia akn mnang]
    ~sokong ex-rumate =p

  6. Hua3. itu je mampu diperkatakan..hohoh.
    Innalillah buat teman anda..semoga sntiasa diberikan kekuatan untuk menghadapi dugaan sebesar itu…

  7. Alhamdulillah byk ilmu y boleh diceduk drp program sebegini…

  8. huh..agk terkilan laa jgk sbb xp tgk kultum tu..dgr kengkwn cite mg best..dpt pngisian rohani skali..huhuh…sgt rugi..dssbkan keje yg byk…???adekah ia patut djdkan sbg alasan…huh..xpatut3..xpe2 insyallah len kali kne p!!!..bile??emm…bile2 laa~kpd spe2 yg mnimpa ksusahan ke..masalah ke..ape ke..yg xmnyenangkan,,angaplaa ia sbg ujian dr ALLAH..yakinlaa bhwa pe yg berlaku tuu PASTI de hikmah nye.jgn mrungut2..hehe..ujian tu adlh sbg peringatn drNYA supaye kte xleka dgn ape yg kite perolehi arini,supaye kite sntiase bsyukur..DIA sygkan kite..eh pjg laa pulak..skadar peringatn utk dri sndiri gak…hihih.allahu’alam

    —-DR.RADZI says : lenkali sudi2la luangkan masa ye? untuk menambah ilmu dan mengisi rohani…cewah. hehe


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: