Utusan Tuhan


Sebuah syarikat telah mengeluarkan sebuah produk yang baru.( Atau mungkin lebih tepat dikatakan sebagai sedikit ‘asing’ dikalangan penduduk dunia ketika itu). Tiada yang tahu menggunakannya.

Attention: New Product Released!

Siapalah pencipta produk kasut yang pertama ye??

Lalu seorang pegawai dari syarikat tersebut telah dihantar sebagai wakil untuk menunjukkan cara bagaimana produk itu digunakan. Sepanjang beradanya pegawai tersebut di kawasan-kawasan perumahan yang telah ditetapkan, beliau mengajarkan penduduk setempat cara-cara menggunakannya/cara menyeliakannya. Beliau juga mengajarkan cara-cara memperbaiki produk tersebut seandainya rosak, kurang berfungsi, atau pun ‘mogok’. Setelah selesai tugas beliau di tempat/kawasan perumahan tersebut, beliau meninggalkan penduduk setempat dengan sebuah ‘manual’ tentang produk tersebut agar mudah untuk dijadikan rujukan sepeninggalannya nanti. Rujuklah ‘manual’ tersebut seandainya berlaku sebarang salah faham tentangnya….

(Sambil membayangkan filem diputar dan di’flash back’kan pada 1400 tahun lebih dahulu. )

Kisah yang sama di situasi yang berbeza….

Nabi Muhammad SAW junjungan mulia kita telah diturunkan oleh Allah Azza Wa Jalla sebagai pembimbing ummat. Membawa kita, manusia seluruh alam untuk kembali ke jalan yang benar. Saya ulang, manusia. Bukan hanya orang melayu, mahupun orang islam sahaja. PRODUK TAUHID (TUHAN ITU TIADA SEKUTU) diperkenalkan kepada seluruh manusia sebagai panduan untuk HIDUP. Al-Quran ditinggalkan sebagai panduan. Perilaku akhlak nabi ‘dirakamkan’ di dalam hadith-hadith. Itulah yang menjadi bekal seluruh ummat sehingga hari kiamat, hari dimana tiada penolong dan keluarga yang dapat membantu. Tiada ibubapa/nenek moyang yang dapat membela, tiada masyarakat sekeliling yang mampu putar belit kata-kata, tiada golongan-golongan ‘pendeta’ yang mampu memberi hujah dusta.

Surah Al-Baqarah 2:170.

Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah,” mereka menjawab: “(Tidak), tetapi KAMI HANYA AKAN MENGIKUTI apa yang telah KAMI DAPATI dari (perbuatan) nenek moyang kami”. “(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?“.

Surah AL-An’am 6:116.

Dan jika kamu MENURUTI KEBANYAKAN ORANG-ORANG BI MUKA BUMI INI, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain HANYALAH MENGIKUTI PERSANGKAAN BELAKA, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).

Surah At-Taubah 9:31.

Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai TUHAN SELAIN ALLAH dan (juga mereka mempertuhankan) Al Masih putera Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.

Orang di sekitar sibuk memperkata,

Maulidurrasul mari meriahkan,

Tapi adakah mereka kenal Baginda,

Sunnah dan Quran sering dibelakangkan!

Baca tanpa kefahaman ibarat jampi serapah dan mantera

Baca tanpa kefahaman ibarat jampi serapah dan mantera

Ingatilah perjuangan baginda. Hayatilah kehidupan baginda. Hargailah ‘kehadiran seorang pegawai tuhan MEMBERIKAN TAULADAN DAN BUKU PANDUAN untuk pedoman kita sepanjang zaman’!!!!!

Wallahua’lam…

Advertisements
Published in: on Mac 8, 2009 at 12:26 am  Comments (8)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2009/03/08/utusan-tuhan/trackback/

RSS feed for comments on this post.

8 KomenTinggalkan komen

  1. Assalamualaikum,
    Ya Rasulullah dengan dosa dan maksiat kami hari ini, layakkah kami bertemu denganmu dan memperolehi syafaat darimu?
    Ya Rasulullah apakah solatku, ibadahku, hidupku dan kelak matiku mengikuti segala sunnah yang diajar olehmu?
    Astaghfirullah (T_T)

  2. alhamdulillah..kamu berjaya publish something about maulidur rasul..
    di kiri kanan jalan, bnyk sepanduk, benteng yg di psg dgn ucapan’selamat menyambut maulidur rasul’
    sy agak pelik dgn ucapan tersebut..kpd siapakah ianya ditujukan..
    majoritas org kita memahami maulidur rasul sbg perarakn berselawat ke atas nabi dgn berpakaian seragam mengikut unit masing2, bertanding dlm perbarisan maulud nabi..hinggakan anak2 kecil diajar sedemikian rupa..hmm…

    —–DR.RADZI says : anak2 kecil ini diajar untuk ‘jadi pak turut’. alih2,mereka jugalah yang akan membuat kerosakan pabila dewasa. padahal dari kecik pergi sambutan maulidurrasul. apa yang mereka dapat? tanpa ilmu,tanpa kefahaman, bukan setakat cinta, rasa ingin tahu pon TAKKAN timbul…huhu

  3. jom perbanyakkan selawat kpd junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, sama2 berusaha untuk menjadi pendamping dan penerima syafaat baginda di akhirat kelak..

    “sesungguhnya Allah dan malaikat2nya berselawat untuk nabi,wahai org2 beriman berselawatlah ke atas nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan padanya” (33:56)

    —-DR.RADZI says : banyakkan selawat, menunjukkan kita ingat pada baginda. basahkanlah lidah dgn zikrullah dan selawat,insyaAllah kita akan disayangi Allah. namun,selawat semata2 takkan mampu menggerakkan ummat melawan musuh. ayuh,berubah! tuntutlah ilmu,dalamilah agama, hayati makna hidup, kenal hakikat tuhan!

  4. ayuh gandakan selawat ~
    then 3 keywords utk membangunkn diri agar tak sia2 perjuangan risalah baginda yg dibawa sekian lama

    sanggup berkorban
    kesediaan berubah
    bijak hadapi ujian

    moga semua dapat tittle pengabdian dan hamba yang diiktiraf oleh Allah..wallahu3alam

  5. Semoga kecintaan saya terhadap Rasulullah akan terus mekar dari hari ke hari…

    Amin…

  6. Enjoy reading your blog.Btw, this is first time I visit to your blog 🙂

  7. Bagus btl cara anda menulis, analogi yang paling mudah untuk difahami. Siap dengan pantun yang cukup sinis demi menyedarkan kita.
    Semoga kita tidak hanya ‘ingat’ pada perjuangan Rasulullah SAW dikala maulidurrasul sahaja…ingatan untuk diri sendiri dan kita semua. Rasulullah begitu sayangkan umatnya, persoalannya adakah kita sudah layak tergolong didalamnya???
    Sama-sama kita fikirkan dan cari jawapannya.
    Wallahua’lam

  8. Hmmm…rosak pegangan jika amal hanya taklid semata-mata…tanpa ilmu..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: