Aku Pulang


“Semua orang balik Malaysia ni siapa nak tolong kami dengan ekspo tu nanti?”, rungut ahli-ahli BAIK yang bertanggungjawab untuk acara sempena Bulan Kesenian Islam.

Airport Jakarta

Airport Jakarta

Takpe, kerja tak banyak pon. Just inform kat wakil setiap booth je, jangan risau. Nanti dah sampai Malaysia nanti ada nombor contact apa-apa boleh contact, ok?”, pujuk si Bos dengan rasa bersalah meninggalkan anak buah terkontang-kanting disini menjalankan tugas. Huhu…

Maafkan saya, tiada niat langsung untuk melepaskan tanggungjawab kepada orang lain, apatah lagi berlepas tangan. Tiket dibeli (dengan harga yang mahal dibandingkan rakan-rakan yang memang rancang untuk balik-waktu tu airasia promosi tiket murah) sejurus selepas mendapat panggilan rakan yang mengatakan ibunya disahkan menghidap ‘pancreatic cancer’.

“Mak, nak balik ke tak, mak? Orang rasa macam nak balikla, doctor dia kata dah tak boleh nak buat apa. Haduuh,sedih dengar… Kesian dia ngan family dia.”

“Kamu rasa nak balik, balikla. Mak pun belum pergi melawat dia lagi sejak dia sakit haritu. Mak cadang nanti nak ajak ayahlah pergi tengok.”

Alhamdulillah, peperiksaan selesai. Farid pulang ke Malaysia dahulu. (dia pun decide last minute setelah tahu saya pulang. Rindu roti canai katanya. Hehe..)

“Farid, nanti amik aku kat airport esok, kita pergi HKL sama-sama ek? Ko rasa nak bawak apa buah tangan?”, kebetulan farid sudah pun berada di Malaysia setibanya saya nanti.

“Bawak apa tu tak kesah lagi… nak buat apa/ nak cakap apa kat sana nanti tu yang aku tengah fikir tu”

“Alahai, nak cakap apa sangat pun. Kita datang, ziarah, itu pun dah buat dia senang. Itu SUNNAH tu. Melawat,menziarahi,menggembirakan orang sakit. Sekejap je, lepas tu kita balikla. Ko drop aku kat mana-mana nanti aku balik ikut Pudu. Ok?”

“Ok2…”, angguk farid tanda setuju.

Ingin saya kongsikan Hadith Sahih berkenaan Keutamaan Menjenguk/Menziarahi Orang Sakit dan Doa ketika Menziarahi Orang Sakit berdasarkan ‘buku zikir dan doa, Hisnul Muslim’. Buku kecil yang harus ada pada setiap muslim kerana menghimpunkan doa-doa dan zikir-zikir (seperti ma’thurat)nabi berdasarkan hadith sahih (yang disertakan sebagai nota kaki). Amat bermanfaat. Beramal dengan lebih yakin kerana kita tahu ianya benar dari nabi. =)

KEUTAMAAN MENJENGUK ORANG SAKIT

Rasulullah SAW bersabda :

“Kalau seseorang Muslim mengunjungi saudaranya sesame Muslim, (seolah-olah) ia berjalan di taman Jannah ( syurga), hingga ia duduk. Bila ia duduk, rahmat Allah akan menaungi dirinya. Di pagi harinya, aka nada tujuh puluh ribu malaikat yang mendoakan dirinya, hingga petang hari. Di petang hari, aka nada tujuh puluh ribu malaikat yang mendoakannya, hingga pagi hari.”

Diriwayatkan oleh At-Tarmizi, Ibnu Hibban dan Ahmad. Lihat Sahih Ibnu Majah I/244 dan Sahih Tarmizi I/286 dan dinyatakan Sahih juga oleh Ahmad Syakir.

DOA KETIKA MENJENGUK ORANG SAKIT

Tidak apa-apa, penghapus dosa insyaAllah.

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam Al-Fath X/118

Aku memohon kepada Allah yang Maha Agung, Rabb dari Al-Arsy yang Agung, agar menyembuhkan dirimu. 7X

“Setiap muslim yang menjenguk orang sakit sebelum meninggalnya lalu mengucapkan doa di atas sebanyak tujuh kali:..(alhadith) pasti akan disembuhkan (penyakitnya).

Dikeluarkan oleh At-Tarmidzi, Abu Daud. Lihat Sahih at-Tarmizi II/210 dan Sahih Al-Jamaie 5/180

Awang ketika disahkan mendapat penyakit HATItis A

Awang ketika disahkan mendapat penyakit HATItis A

Sebelum pulang ke Malaysia, pergi ke Bandung untuk membeli oleh-oleh buat ibu di kampung. Dalam perjalanan pulang, ketika bersesak-sesak di jalan raya, saya sempat meletakkan kaki sebelah untuk balancekan motor yang sedang berhenti. Tiba-tiba datang dari belakang sebuah kenderaan dengan enaknya melewati sebelah saya, sangat dekat! Dan akibatnya, kaki digelek Angkot! (van yang berfungsi sebagai taksi di Kota Indonesia) Arghhhh!!! Menjerit dan menangis di dalam hati, sambil berkata…

~TIDAK MENGAPA, PENGHAPUS DOSA INSYAALLAH~

Advertisements
Published in: on Mac 16, 2009 at 11:34 pm  Comments (12)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2009/03/16/aku-pulang/trackback/

RSS feed for comments on this post.

12 KomenTinggalkan komen

  1. kaki digelek angkot? erm..hadiah pulang ke Malaysia..hehe..

    lawak..cne lah boleh kne gelek..huhu~ (mungkinkah krn terlalu kerap membuli org?? mungkin saja~)

    erm..saling menziarahi n melawat sedare kita mmg sgt bgus n digalakkan..same2 praktikkan sbg amalan iA

    —-DR.RADZI says : amboi…sonok die orang injured ek? naseb kaki kebal,tak patah mahupon bengkok. hehe. alhamdulillah dapat pulang dan menziarahi orang sakit. semoga beliau cepat sembuh. amiin. huhu….

  2. digelek? angkot? hadoi~ semoga anda tabah

    —-DR.RADZI says : timekaseh…

  3. Wah orang Malaysia kuliah di UNPAD yaw..

    Hhmmm..NIce to meet you..

    Sudah lancar bahasa Indonesia Maz..????

    Salam hangat Bocahbancar.,……

    —-DR.RADZI says : nice to meet u too. masih belum mas. lagi belajar nih. hehe…

  4. bos!!kelik cni nnti jgn lpe bw buah tgn untuk ank buah taw.
    klo x kami plak majok,,muahahahaha=p

    —-DR.RADZI says : la…tak merajuk pon…korang rajin buat kerja, bagus2, teruskan usaha.=)

  5. salam..
    cam dasyat je bunyi kene gilis..
    isk3..
    ermm..boss spatutnye x le blk..
    ehee~

    —-DR.RADZI says : nak wat camne,kan menziarahi orang sakit…?? doakan ye?? timekasih…

  6. ha?? kaki kena gilis?
    Masuk hospital tak?

    —-DR.RADZI says : tak3. timekaseh. hehe….

  7. bila awang sakit hepatitis tu?

  8. kot ye nak jengok org sakit
    jgn la sampai katil pon trut tido
    hehe

  9. Bestnyer org tu blek mesia..nk blek gak!! tp cuti lambt ag~
    Uish..mesti sakit gler time kaki digelek angkot tu kan..
    Tringat dlu pn sy penah kene gak..kaki digelek waktu ayah sedang reverse kete..time tu..fuhh..
    hanya allah yg tau rsenye..
    Trkedu kesakitan time tuh..serik2..
    Tp saya dkire lebih hebat arr coz time tu bru form 4.. tak patah dan tak bengkak! hehe..alhamdulillah~

  10. seriously kaki kene gelek angkut dan xjadi ape2?
    i mean x patah, retak n etc?
    angkut tu bukan berat ke?
    kene pijak ngan org pun dah sakit ni plak kene gelek angkut?

    jap, gelek? betul ke perkataan itu?
    cam pelik je bunyi dia..

  11. JILSAH BERSAMA MUFTI MESIR

    JILSAH BERSAMA MUFTI MESIR

    SOHIBUS SAMAHAH ALLAMAH PROF DR ALI JUMA’AH

    pada:

    JUMAAT , 10 APRIL 2009

    14 RABIUL AKHIR 1430

    aturcara:

    7.25 : – AZAN & SOLAT MAGHRIB

    – BACAAN RATIB AL-HADDAD

    8.30 : – AZAN & SOLAT ISYAK

    – CERAMAH SS MUFTI MESIR

    – BERSURAI

    di MASJID AL-FALAH USJ 9.

    SEMUA MUSLIMIN & MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

    http://pondokhabib.wordpress.com

  12. kena bjage2 ni letak kaki bile stop moto…
    takut eden..
    retak seribu tulang nnt..
    nsb tulang nta kuat..hehe


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: