Kalaulah aku…


KALAU AKU JADI PM SEKARANG….

Kalau aku jadi PM sekarang, mesti….

1. Orang-orang yang berlawanan parti denganku akan tidak bersetuju denganku dan cuba mencari kelemahan dari segi kepimpinanku.

-Walaupun aku dahulu pernah berjaya membuat sesuatu yang membuka mata dan minda rakyat.

2. Segala gambar-gambarku tengah tidur, tengah ketawa, atau segala gambarku yang kurang baik sewaktu sekolahku dahulu pasti akan dikeluarkan dan ditayangkan kepada media alternative untuk memburukkan namaku.

-Walaupun mereka tahu aku juga manusia biasa yang tidak pernah maksum dari segala kelemahan dan kecacatan.

3. Banyak mulut yang akan mempertikaikan kewibaanku kerana aku mungkin bukan dari golongan yang mereka suka.

-Walaupun aku mampu melakukan perubahan termasuk yang menguntungkan golongan mereka.

4. Segala idea dan sarananku akan diperlekehkan kerana tidak seperti apa yang mereka harapkan.

-Walaupun aku sudah mengkaji dan berfikir dalam-dalam tentang apa yang ingin aku lakukan.

5. Ahli keluargaku diperhati dan diselidiki setiap gerak geri mereka kerana disyaki rasuah dan kroni.

-Walaupun aku lebih kenal siapa yang layak dikalangan keluargaku yang mampu menggalas tugas itu.

6. Islam akan ditindas dan maksiat akan bermaharajalela kerana aku bukan dari parti Islam.

-Walaupun aku mengaku beragama Islam dan mengaku akan memperjuangkan Islam.

Kalau aku jadi PM sekarang….

Siapa kamu untuk BERSANGKA BURUK denganku!

p/s : “Setiap kamu adalah pemimpin. Dan kamu akan dipersoalkan tentang apa yang kamu pimpin.” Jagalah kepimpinan masing-masing, kerana kita akan dipersoalkan tentang diri kita – APA YANG TELAH KAMU BUAT SELAIN BERCAKAP DAN MENGKRITIK????

Advertisements
Published in: on April 3, 2009 at 7:16 pm  Comments (23)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2009/04/03/kalaulah-aku/trackback/

RSS feed for comments on this post.

23 KomenTinggalkan komen

  1. ahh..siapa makan cili terasa pedas.

  2. kalau la aku jadi PM sekarang,tak yah amik exam isnin nih~

  3. hahaha. hmm.. smuanya tepat.. kalaulah aku jd… huk3

    —-DR.RADZI says : kita bukan nak berangan, kita nak mengubah cara pandang dan cara fikir.=)

  4. kalau la aku jd PM skg,aku lebih rela pilih jd amir IMAN..hehe
    kalau la aku jd PM skg,aku pn lebih rela letak jawatan cz mmg aku x layak n berminat..huhu


    —-DR.RADZI says : tak perlu jadi PM… kita buat kerja kita,mereka buat kerja mereka. ok?=)

  5. amboi sronok org2 di atas ek brangan nk jd pm?=p

    hmm situasi ni leh apply kat msia je kot. kalau tgk negara lain, ahli politik dia matang n x berperangai mcm kanak-kanak (cnth:no.2T_T)

    APA YANG TELAH KAMU BUAT SELAIN BERCAKAP DAN MENGKRITIK????


    —–DR.RADZIsays : tak berangan pon. just mengajak semua orang berfikir je…akal dan otak kita kan untuk digunakan. simpan buat pekasam/jeruk otak makin tak berfungsi lagi adala. kan? hehe…

  6. hmm..bukankah perkataan KALAU itu tidak elok digunakan dan hanya digunakan oleh syaitan supaya manusia trus berangan2 ibarat layang2 putus tali?hmm i just say wat i herad?so as a muslim n leader wat ur intention n y u use that word but actually i think u know that not good use the word KALAU @ JIKA?hmm

    —-DR.RADZI says : Just wana make ppl think. saya tak nak pon jadi PM tu. hehe…ubah pemikiran kita sebelum kita mengubah pemikiran orang lain. kan? peace.=)

  7. Smart sheikh.. =)

    pening gak kadang2 tengok.. seseorang tu belum buat apa lagi…dah didakwa macam2…

    kadang-kadang terpikir gak,.. manusia yang mengkritik ni tak pernah ke rasa bersalah asyik nak cari keburukan orang..

    WA.. Mg Malaysia jadi lebih baik selepas ini..ameen..

    —-DR.RADZI says : mereka buat kerja mereka, kita buat kerja kita. ayuh bekerja!
    p/s : tahniah abu hanzalah. tak sabar nak jadi uncle! hikhikhik…hanzalah! jadilah pemuda harapan agama di masa hadapan!! cewah….(yeay2, nk dapat baby. yeay2….=p)

  8. Hoho..tak kata pun anda yang berangan nk jadi PM…ngeh3.

    Faham apa yang anda nak cakap…
    Bukan mudah untuk menjadi pemimpin apatah lagi PM. Orang lebih suka menghukum daripada menilai..

    Skrg ni, dah konfirm kita ada PM baru. Bangkang macam mana pun dia tetap PM. Jadi? Bagi peluang. Bila nampak ada benda tak elok, tegur. Sape kata rakyat xde kuasa? Tak suka, x payah undi=)
    n benda2 yang kabur tu [sume kontroversi ttg dia] kita doakan yang hak mengatasi yang batil n org akan tahu kebenaran.

    Panjangla pulok..hoho=p

    Wallahua’lam..

    —–DR.RADZI says : anda bercakap tentang siapa tu? ayok,kabo kat PM. ayoookk…..pakcik,tgk die. die nk masuk ISA kot. hak3….
    p/s: betul3…jangan takut menyatakan kebenaran walaupun ianya pahit. YANG BENAR TETAP BENAR, YANG SALAH TETAP SALAH. peace.=)

  9. Kita berhukum dengan ada didepan mata. Dengan bukti-bukti yang ada. Jika baik,kita katakan baik.Jika mungkar,kita sanggah. Mendedahkan keburukan orang lain dilarang dalam Islam,tetapi ada 4 situasi ia dibenarkan….Imam Ghazali

    Tuduhan tanpa bukti,itu fitnah.

    —–DR.RADZI says : benar. ada 4 situasi. tapi saya disini cuma ingin mengubah kebiasaan kita. supaya jangan ITU SAHAJA kerja kita – mendedah keburukan orang lain, seolah-olah orang itu TIADA kebaikan langsung, dengan HARAPAN YANG SANGAT TINGGI pendedahan aib itu akan dapat mengubah sesuatu. kalau ianya dapat mengubah sesuatu,ALHAMDULILLAH. tetapi, daripada kita membuka aib orang semata-mata, mari kita buat kerja masing-masing supaya dapat betul-betul mengubah sesuatu. =)

  10. bereh ajie…kemas doh tow.Melihat kelemahan orang,tanpa kita buat kerja…itu celaka

    —-DR.RADZI says : hait! tak mo jadi celaka! kalau orang lain tak mampu berubah, biar kita yang berubah! chaiyyok2! hehe…

  11. kalau aku jd PM……mcm2 leh jadi…..itulah yg akan terjadi kpd mereka yg berkuasa di Malaysia….sgl kelemahan akan dicari tanpa memberi peluang kpd mereka utk menyumbangkan sesuatu…..semoga slps ini kita mengubah cara berfikir kita…..janganlah menilai sblm anda memberi peluang kpd mereka….wallahu’alam.

    —–DR.RADZI says: InsyaALLAH kita doakan sahaja ye? yang penting, kita buat kerja kita.=)

  12. begitu susahnya menjadi pemimpin..
    tetapi itulah realiti yang harus ditempuh..
    susah sebenornye nak ubah pemikiran nie..
    tapi x mustahil..
    chaiyok2 bos!
    ngeh3~

    p/s:tp kalo ad konflik dlm diri cam ne plak nk pimpin org laen?
    confuse~

    —-DR.RADZI says : jangan takut dgn konflik diri. sebab, semua orang ada benda tu. just how u cope w it je. so,belajar dari pengalaman n improve ourselves. ok? chaiyok wado! buleh punye!! hehe…

  13. pernah seorg anggota ikhwn berkata…

    ::alangkah bgsnya sejak dari awal aku melihat dia sebagai mad3u yg seharusnya aku dekati, dan ruginya aku biar dia didekati oleh manusia yg bertuhnkn dunia::

    ni keluhn seorg ikhwn muslimn dalam menilai tugas dakwahnya pada pemimpin besar..ana kurg igt namanya.lama dh dgr..tapi terselit renungan besar buat kita..

    Kagum..kerna hebatnya peribadi mereka yg perjuang Islam terutma teman2 kita di palestine dan mereka yg sengktan,IM misalnya..sudah byk mereka pertaruhkan.dakwah mereka disekat.tapi mereka lantang. tak pernah surut perjuangan.dan dalam menilai dunia..mereka pandang dgn kasih sayang..mereka hulurkan tangan tpi dibalas dgn hentaman…namun mereka merasakn diri mereka yg belum cuba menyampaikn dakwah sebaik mungkin..mereka teruskn melangkah..mereka sentiasa perbaharui gerak langkah

    tapi kita?? byk kelemhan.. renungan buat diri sendiri..
    sudah smpikah thp kita yg rasa kita bersalah sbb tak max usaha dalam D&T??

    🙂 moga Allah bantu diri kita menjadi peribadi sehebat angkatan mujahid perubah abad ini

    jadilah kita seperti ikan di lautan..
    dan jadilah kita pengubah suasana bukan larut di lautn penuh noda…

    salam mujahadah..dan teruskn melangkah
    wallahu3alam…Syukrn…post kali ini..betul2 mengajak ana berfikir apa peranann kita dlm kondisi msia hari ini..action speak louder than words..

    maaf andai slh bicara..harap betulkn mana yg slh ye.. 🙂

  14. DR.RADZI says : terima kasih saudari sinar. alhamdulillah,renungan buat kita semua. jangan pernah berhenti dari terus berusaha dan pandanglah kekurangan mereka sebagai kelemahan kita. semoga kita terus istiqamah dan diberikan kekuatan olehNYA. amiiin….terima kasih sekali lagi atas masukannya.=)

  15. sy bercakap ttg cik dudu dan para pengkomen yg tolong smbg ‘kalaulah aku jd pm’ tu, anda ingatkan sape?? hoho=p

    sesedap rasa je kn pgil PM tu pakcik? sdare ek?haha… kejam sungguh nak hantar masuk ISA…sy x bsalah…uhukuhukuhuk.

    p/s: ISA dah dibekukan buat sementara waktu le…ngehngeh

    p/p/s: best baca komen cik sinar…stuju=)

  16. erk..kalau tak suke..xyah undi?? mne leh..kne undi gak!! hehhe..amanah tu..sbg rakyat,tggungjwb kite pilih sape pemimpin..nnt dpt pemimpin yg salah..merosakkan agama rakyat dan negare..salah kite jugak kan kalau kita tak mainkan peranan?? 🙂 just sharing my thots

    lalla~

    p/s:kak frhna..apekah yg kamu katakan ttg cik dudu? saya tidak mengerti..

  17. Maksud sy bukan x pegi mengundi cik dudu[ooops], tapi tak mengundi orang yang tak disukai itu… Undilah orang yang dirasakan lebih baik, yang menjadikan agama sebagai panduan..hehe=) Yang berpegang pada prinsip diri bukan mengikut telunjuk parti semata-mata.Mengundi itu tanggungjawab kita! hehe…

    Kamu x mengerti? Agak2 drrazi ni mengerti x? hoho

    Meh cni sy bg sebuah cnth:
    “kalau la aku jadi PM sekarang,tak yah amik exam isnin nih~”
    hehehe… 🙂

  18. haha..jgn laa bg contoh direct sgt ttg cik dudu..lalla~

    saje je men tuh..urm..cam dah jd tpt chatting plak kn..heh..

    ok~ mari mengundi! (erk o_0..umo belum cukup!) hehe

    pemilu!

  19. tulah pasal…drrazi jgn mara ye:p

    pemilu? duha nak jd warganegara sini ke? snang sahaja jalan penyelesaiannya…….

    *stop comment seblum bos marah:p*

    *smyg asar! dah masuk waktu!*

  20. selagi berkaitan dengan topik alhamdulillah…tapi….makcik farhana, apa punye contoh tu? makin tak faham lagi ade….hahaha….

    makcik farhana confirm dah bole ngundi.=p cik dudu tak boleh? ish2…mesti belum baligh lagi nih. gi minum susu Grow gi…(apakah??=p) Tapi kalau ikut Indonesia dah boleh dah join pemilu ni. gi cari satpam mana2 ajak kahwin,ok? (semata-mata…haha.)

    p/s: sonoknye kome bersembang kat sini ye?? pandai pulak tu sembang time tuan rumah takdek. tuan rumah balik nk join dah abes plak. haha…dah2,esok BHP. gi stadi.

  21. hmm.but still wanna now is true whta i’m sad bro?sbb sy x sure tu yg tny?so wat the answer bout the kalau word?

    —–DR.RADZI says: memang tak elok guna KALAU. kerana masa lampau takkan mungkin boleh diubah. taqdir tuhan takkan mungkin kita tukar sesuka hati. kalau adalah bisikan syaitan…
    but in this article, KALAU kat sini langsung takde kene mengena dengan nak ubah taqdir. just want people to try to be in others’ shoes…kurangkan kritikan,banyakkan perubahan.=)

  22. salam..

    kita semua kene ada sifat PM..
    xpe la xjd PM org laen pon..
    y penting kene jd PM dri sendri dlu..

    —-DR.RADZI says: hmm…boleh difikirkan.=p

  23. ish3…pnat bg contoh org still tak faham. cik dudu dah faham drrazi ni x paham pulok.

    meh sini cikgu terangkan:

    farhana–> “amboi sronok org2 di atas ek brangan nk jd pm?=p”

    maksudnya: org2 yg dimaksudkan adalah para pengkomen yg tolong menyambung ayat ‘kalaulah aku jadi PM….’ tersebut, dimana salah satu contoh diberikan oleh cik dudu iaitu;
    “kalau la aku jadi PM sekarang,tak yah amik exam isnin nih~”

    tak ditujukan kepada encik PM, jd jgnla masukkan sy dlm ISA ye:P

    masih bingung???

    p/s: sangat sonok bersembang time tuan umah xde, len kali kita buat lagi ek duha eh silap cik dudu:p

    azan dah~


    —–DR.RADZI says: hmm,rasa macam faham dah apa yang nak difahamkan. tapi tak faham kenapa ianya difahamkan. haha,pening2…

    Nak begosip nanti inform kat tuan umah awal2 ek? manala tau tuan rumah nak bwk kawan dia balik ke…kang nampak korang lari plak kawan saya tu. haha…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: