Aku bahagia… Kau?


Ada orang kata, saya tak pernah marah….

Ada orang kata, saya tak pandai marah….

Ada orang kata, saya jarang marah….

Ada orang kata, saya menakutkan kalau marah….

marah...kowt??

marah...kowt??

Yang terakhir itu, menarik. (^^,)

Hakikatnya, hanya Tuhan Yang Maha Pengampun sahaja yang tahu. Memang telah dididik sejak kecil oleh perangai ibu dan ayah yang jarang menunjukkan kemarahan. Tetapi kemarahan yang sengaja dipacu kadang-kadang sememangnya mampu menanggalkan pakaian kewarasan.

“Kau jangan buat pasal Leman. Aku tak kacau kau. Kau jangan nak buat aku marah…”

“Bagi balik pencil box aku tu, mak aku hadiahkan untuk aku tu…”

“Kau jangan sibuk hal aku boleh tak? Kau ni…. Kau ni memang pengacaulah!”

Mungkin itu adalah sebahagian perbualan yang kita sering dengar di zaman kanak-kanak. Zaman itu, tiada yang lebih berbahagia dari mereka. Dan hidup ini pada mereka definisinya adalah tiada lain untuk bermain dan bermain. Atau mungkin tambahan, mengacau oranglain.

Dalam konteks yang berbeza, lingkungan umur yang berbeza, perbuatan tersebut pasti akan menyebabkan dua pihak merasakan tidak selesa. Tanpa kematangan berfikir dan bertindak, ia akan dijelmakan sebagai perasaan marah.

Maafkanlah, fikirkanlah, selesaikanlah, dengan sebaiknya…

Kerana marah mampu membarah…

“Takpe kau Leman, hari ini hari aku. Esok-esok siapla kau!”

“Cis, berani kau calarkan pencil box hadiah pemberian orang tua ku ini!” –dialog apakah??=p

“Ooo…Kalini takpe, lainkali siapla. Takkan tenang hidup kau lepas ini!”

“Aku tak redha siapa ambil pemadam aku. Aku TAK REDHA!!!”

“Ooo, kau buat macam ni kat aku. Takpe Usop, aku ingat. Aku ingat!!!”

-gambar hiasan-

-gambar hiasan-

Agak familiar? Cegah sebelum parah. Marah, mampu memBARAH….

Mari kita renungi apa nasihat baginda Muhammad SAW, manusia biasa yang luar biasa…

Seperti yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a., bahawa seorang lelaki telah berkata kepada nabi SAW

yang maksudnya: “Berwasiatlah kepadaku.(Nasihatilah aku dengan sesuatu)” Sabda Rasulullah SAW: “Jangan kamu marah.” Maka lelaki itu mengulangi kata-katanya berulang kali. Sabda Rasulullah SAW: Jangan kamu marah..”

(Riwayat Bukhari)

Apa ada pada sabar? Sesungguhnya orang yang mampu menahan marahnya adalah orang yang paling cerdas pemikirannya. Menahan marah bukan bermaksud menghilangkan ‘receptor’ marah. Namun, bertindak bijak menangani masalah dengan fikiran yang terarah. Fikiran yang tahu akibat baik dan buruk. Fikiran yang matang yang memandang 1000 langkah ke hadapan.

Pasti SUSAH untuk bersangka baik pada manusia yang membuat kita marah, tetapi AMAT MUDAH untuk bersangka baik dengan TUHAN yang merelakan ‘peristiwa’ itu terjadi. Tuhan yang ‘merelakan’ orang itu membuat kita marah, pasti ada sebabnya…

Dan hanya manusia yang rajin berfikir sahaja mampu merungkai mengapa Allah ‘merelakan’ peristiwa itu terjadi. Kenapa ‘merelakan’?

Surah Al-An’am (6:59)

Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan telah tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfudz)”

Semuanya di dalam pengetahuanNya. Dan semuanya terjadi adalah kerana DIA ‘merelakan/mengizinkannya’ untuk terjadi. DIA Maha Mengetahui segala sesuatu samada yang sekarang mahupun yang akan datang. DIA tahu apa yang terbaik untuk kita. DIA TAKKAN PERNAH MENZALIMI hamba-hambaNYA. Jadi siapalah kita untuk bersangka buruk dengan Sang Pencipta?

Dari Abu Yahya Shuaib Ibnu Sinan r.a., dia berkata Rasulullah SAW bersabda : Sungguh menghairankan urusan orang mukmin itu, sesungguhnya seluruh perkaranya adalah baik baginya. Dan hal itu tidak dimiliki oleh sesiapa pun kecuali orang mukmin. Jika dia diberi sesuatu yang menggenmbirakan dia bersyukur, maka ia menjadi baik baginya. Dan apabila ia ditimpa suatu musibah, dia bersikap sabar, maka menjadi baik baginya. (HR Muslim)

Menghairankan??? Berita gembira mereka bersyukur, berita sedih/musibah mereka bersabar. Bagaimana mereka mampu bersabar? Kerana mereka yakin dengan balasan di syurga. Jadi memang benar urusan orang mukmin itu sungguh menghairankan, TIADA APA DIDUNIA INI yang mampu melukakan hati mereka, menyedihkan mereka, merungsingkan mereka, kerana mereka bersabar dan percaya ada ‘sesuatu di sana’. Sungguh menghairankan. (^^,)

Pandanglah ia dengan hati yang terbuka dan maafkanlah ia dengan fikiran yang ceria. Yakinlah dengan janjiNYA. Kerana Sang Pencipta sedang menguji kita, adakah kita sedar kita HANYALAH hambaNYA….

yuhuu...!! yeay...!!

yuhuu...!! yeay...!!

“Takpelah, aku maafkanlah. Daripada pening fikir pasal kau, baik aku berharap dengan janji Tuhan aku”

“Kalau aku sabar, aku dapat pahala. Yeay!!! Kau? Aku dah maafkan. Aku? Bahagia! Yeay!!!”

Advertisements
Published in: on April 9, 2009 at 2:54 am  Comments (28)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2009/04/09/aku-bahagia-kau/trackback/

RSS feed for comments on this post.

28 KomenTinggalkan komen

  1. Alhamdulillah…
    Terbaca artikel yg dapat mengubat kesedihan n kekecewaan di hati…
    Yg sangat mengganggu,kt cuba menjaga hati org tapi org seolah2 xmenjaga hati kita..
    Lebih menyedihkan,kita pula yg dipandang serong oleh org lain..

    TIADA YG LEBIH BENAR KATA2 SELAIN ALLAH DAN RASULNYA
    TIADA YG LEBIH MENEPATI JANJI SELAIN ALLAH

    Sabarlah wahai hati…
    Baiki kekurangan diri yg masih banyak dan ingatlah,pandangan Allah yg paling penting


    —-DR.RADZI says: tenanglah. tenangkan hati anda dengan senyuman. kerana DIA sedang melihat. (^^,)
    p/s: “kita sahaja yang menjaga hati tapi oranglain tak menjaga hati kita.” ayat itu rasanya tidak perlulah untuk kita yang mengharapkan syurga ye? kita tak perlukan balasan dari mereka,kita harapkan dariNYA sahaja sudah memadai. ye? hehe…terimakasih sudi membaca dan memberi komen.=)

  2. lajunye komen atas tuh..hehhe..erm..insyaAllah,saya juga ingin jd insan bahagia~ amiin!

    org yg bersabar itu kuat!

    —-DR.RADZI says: amiiin….orang yg sabar juga dicintai Allah.

  3. sungguh peringtn berguna dan kena harinya..
    Allah gerakkan hati ini utk membelek laman ini hari ni…
    sungguh emosi kalau tak dikawal buruk padahnya…
    kekadang penat menahan emosi hingga tak tertahan dan kita akhirnya lemah dan kita pula yg makan diri..kita pula yang dibelenggu kesedihn..
    Ya jiwa msih lemah ana kira..syukrn mengingtkn

    —-DR.RADZI says: tak sangka tergerak hati ini untuk menulis adalah kerana ramai yang memerlukan. semoga dipermudahkan segala urusan dan diberikan kekuatan ye? Allah Maha Mengetahui,dan janji Allah itu pasti.=)

  4. stuju ngan komen sinar :
    “kekadang penat menahan emosi hingga tak tertahan dan kita akhirnya lemah dan kita pula yg makan diri..kita pula yang dibelenggu kesedihn..”

    kenapa begini? kerana diri ini sangat lemah,lalai… Berjuanglah wahai hati… Ikhlaskan niatmu wahai diri

    trima kasih 4 d article.. sangat membantu

    —-DR.RADZI says: alhamdulillah,semoga dipermudahkan segala urusan dan diberi kekuatan untuk menempuh segala ujian. tenanglah menghadapinya, kerana DIA takkan mengabaikan kita…=)

  5. Ni dialog zaman kanak-kanak ke?:p dialog yg menarik “Aku tak redha siapa ambil pemadam aku. Aku TAK REDHA!!!”
    Benda yang kecik je pun, pemadam, tapi bila nafsu marah tu datang sume benda tak ingat dah. Berita hari ni: pasal bola pun nak marah??? Ini pun sungguh menghairankan.
    Maafkanlah…
    “dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada.Tidakkah kamu ingin bahawa Allah mengampunimu??” 24:22

    Kadang-kadang kita rasa sabar itu sangat susah, tapi hakikatnya besar ganjarannya nanti…Kalau semua nak senang, tak rasa la nikmat hidup… *ingat tu* [monolog dalaman]

    —-DR.RADZI says: a’ah kot,dialog zaman dahulu kala. just nak ajak kita sama-sama berfikir je.=) pasal bola? apa jadi? gaduh ke? terima kasih atas nilai tambah untuk artikel ni. benar sekali ayat SINDIRAN dari Allah surah 24:22 tu.
    bak kata orang kampung teman,”Kome tak ndok ke Allah ampunkan kome?”—-Allah tanye camtu kat kite,tak sedar lagi ke??? tq2…
    [monolog luaran cam cik dudu]

  6. stuju2 <—[monolog dalaman jugak] sambil angguk pale

    —-DR.RADZI says: takla. awak monolog luaran. sume org dengar.=p

  7. jangan marah..jangan marah..jangan marah..
    ya qalbu..sabarlah dikau pada secebis amarahmu
    ya allah..ampuni dikau pada sekeping hatiku
    sabar..sabar..sabar..
    dzikir ya rabb pembasah lidah..
    pengubat jiwa gundah..

    ~teman yang baik adalah yg sering menasihati pada kebaikan~

    terima kasih krana memujuk sy dgn artikel ini..lalala~
    pasni xmo marah-marah da la..
    tp bez jgk marah klu ad org pjuk kan?lalala~
    nway ad seribu pngajaran dlm entry kali ini…smoga ia bermanfaat…time ksh=)

    —-DR.RADZI says: hamboih2, marah sebab nak suruh orang pujuk? ish3…kalau duk dalam gua sorang2 camne? nk suh sape pujuk? kelawar ek? hehe…

  8. marah~
    kadang2..memang marah sampai x termarah.
    cam ne tu?
    akhirnye diri sendiri yang mengalirkan air mata kerana marah yang dipendam..
    huhuhu:)

    p/s:sy da tukr link..
    sakit ati ngan blog yg satu lg tue..
    ngeh3~

    —-DR.RADZI says: airmata memang dicipta untuk dikeluarkan. tapi marah dicipta untuk difikirkan,dan dimaafkan.=)

    p/s: tukar je,anda berhak. haha…

  9. Wado..napa allowed to invited readers only??
    share kan bagus.. he he.

    Hmm, kadang2 bila kita diuji dengan benda yang sama berulang kali, hati terfikir, sampai bila? Apa yang Allah nak untuk kita? Tak cukup sabarkah kita dengan ujian yang lepas?
    Especially hati perempuan yang sangat fragile.
    Tapi, ada hikmahnya.. Allah rindukan kita, Dia mahu kita meminta-minta padaNya, dan sengaja tangguh doa sebab suka dengar suara kita.. n nak tengok seteguh mana kita teguh padaNya. Nak tengok sejauh mana kita YAKIN akan ketentuanNya.
    (ni macam dah lari topik ni?)

    Cuba kita fikir if kita cepat marah pada orang bila orang buat salah,rasa macam nak penyek2 je orang tu.
    Sedangkan kita…lagi banyak kot kesalahan kita…

    Salah pada Allah, selalu ingkar, leka, lalai, selamba je buat dosa eventhough dah tahu salah; cuba kalau Allah tak nak maafkan kita? Kita tak sedih ke nnt? Tak ke rugi? Tak nak ke kita ambil pengajaran, kita yang x ada apa2 ni ada hati nak marah2 pada orang…tapi Allah? Begitu senang memaafkan kesalahan hamba2Nya yang SANGAT BANYAK…!fikirlah……

    Ok.. as usual, syok sendiri macam blog sendiri..hoho. Sori ye=p


    —-DR.RADZI says: serius anda tidak lari topik! saya suka komen anda. bagus cara fikir anda. tulislah mengenai benda ni di blog pulak. mungkin dari perspektif anda kaum Hawa…kan? hehe…chaiyok makcik!!

  10. kpd k.farhana..
    blog akn open readers sebentr je lg..
    msih dlm proses..

    almk, sory ye abg radzi..
    wat cnference plak kat cni..
    🙂


    —-DR.RADZI says: tidak mengapa. dah biasa dah…(sambil menjeling dudu dan makcik.=p)

  11. assalamualaikum..
    pertama kali meninggalkan jejak di sini.
    terkadang tnpa sedar nafsu amarah tu menjelma.
    dan marah pulak sebab bnda yg simple n kecik je.
    begitu mudah syaitan merasuk,memanipulate,sampaikan bisa hilang rasional..huhu
    saat tu rse mcm xleh control pulak..
    tq 4 sharing..
    mau jd insan bahagia juga!
    =)


    —-DR.RADZI says: terima kasih. tinggalkanlah jejak lagi. nanti pandai2 la saya kutip jejak tu buh dalam almari kasut. ngee~~~

    ayuh, mari jadi insan bahagia!

  12. Quote kata2 wado
    “marah~
    kadang2..memang marah sampai x termarah.
    cam ne tu?
    akhirnye diri sendiri yang mengalirkan air mata kerana marah yang dipendam..”

    pernah juga camni…logik je..kekadang kita pendam..pernah juga jadi lepas marah org kita pula yg nangis sbb apa..sbb nyesal termarah org…ok ke camni..rasa cam budak kecik pula..

    mmg kita lemah dan Allah cipta kita lemah utk melihat kebesaranNya dan nilai balik siapa sebenarnya kita

    —-DR.RADZI says: ayuh men’tafakkuri’ kejadian2 Allah ini…=)

  13. saya selalu marah dan sedih sekarang….

    hohoho

    —-DR.RADZI says: cik nadya,terima dengan positif. pandang dengan ‘cara pandang’ the next life,ye? u’ll feel better,insyaAllah…=)

  14. input yg baik dn bermanfaat..teruskan menulis..=)

    —-DR.RADZI says: syukran

  15. dah tulis kot? tp pasal maafkan orang la…bkn psl marah. lebih kurang je pun dgn komen kat cni… hoho.

    p/s: hmm kat kelantan pas perlawanan bola amende ntah, orang merusuh, sampai terbalikkan trak polis pastu bakar? apakah??
    tapi katanya bukan merusuh sebab kalah, tp ‘kejadian yang berlaku di luar stadium’. tak paham-_-‘

    —-DR.RADZI says: orang kelantan memang dari dulu lagi camtu. hik3… jangan mara…=p

  16. marah?? (-_-‘)
    itulah yg sy cube atasi sekrg..perasaan cpt marah…
    mmg susah!!
    tmbh2 bile kdr hormon pd thp kritikal..
    thx 4 sharing dis~
    akn sy tanamkn kesabran dlm diri…sbb sy nk dpt ganjaran di akhirat!

    p/s: maap, sy x brkenan dgn 2nd pic yg anda selitkn dlm post ni..mcm xde gmbr len~

  17. aaaaaaaaaaa~~~ terima kasih terima kasih terima kasih

    manusia suka terlupa dan tergelincir..terlupa Allah dah ciptakan sifat sabar..

  18. to Bella Billa: chaiyyok2! terima kasih,dah tukar dah. (nak jugak goku.) lala~

    to puding caramel: Allah cipta marah, Allah cipta juga sabar….sebab? sebab Allah dah cipta syurga!=)

  19. marah biar kena tempatnya..
    marah kerana sayang..
    marah dgn cara y betol..

  20. (^,^)

  21. tambahan2..
    dgn berpuasa mungkin dpt kurangkan kemarahan..mungkinkah??..
    erm..

  22. salam…=)
    orang yang sabar adalah pahlawan yg menang..
    mungkin di lihat kalah di mata musuh..
    hakikatnya kita menang dalam mengawal amarah..
    jangan biarkan nafsu amarah itu yg menguasai diri..
    kan kan kan

    dulu sy sorang yg cpt melenting..sensitif..
    namun alhamdulillah..walaupun sedikit sbyk sifat itu masih ada..
    semakin hari sy smakin bjaya mengawalnya..
    pd pendpt sy stuju sgt kata2 drrazi

    —-DR.RADZI says: airmata memang dicipta untuk dikeluarkan. tapi marah dicipta untuk difikirkan,dan dimaafkan.=)

    memaafkan..itu yg terbaik.. sabar..kemudian maafkan.. kan indah..
    😉

  23. saya minta izin, boleh sy link ke weblog awak?

  24. to cokelathijau : insyaAllah dengan berpuasa dapat juga melatih diri.amiiin, hehe…

    to ayu : terima kasih atas perkongsiannya. dipersilakan…=)

  25. terima kasih daun keladi, lain kali bace lg entry ni ye.
    🙂 a SMiLE from me!!
    mmg dh slalu sgt bace tp mls nk komen sbb konon2nye la nk majuk.haha ampun3, mls la nk majuk2!
    dh berpuloh2 kali(eh ye ke?bnyk kali la mknenye) bce blog ni tp x boring
    kdg2 rase cam diperli tp x kot..
    tp mcamane if x marah pon tp dikate mrh?mcamne if kat mulut kate ‘sbr je la’ tp hati kate ‘oo siap la kau lps ni!’
    msti semuanye kna brbalik ke brsgka baik dgn Allah yg mnjdkn segala sesuatu.
    subhanallah…
    😉

  26. eh3 lupe nk tambah!alamak dh jd pelupe seperti tuan pnye blog ni! 😛
    nk bersetuju sgt3 dgn kate2 org2 tersebut.
    bile ntah nk marah!
    eh3 xnk kna mrh!
    ape2 pon, terima kasih sbb jd qudwah hasanah(hope x slh gune, ilmu arab x tinggi, malu!!!) kpada diri ini.
    🙂

  27. Salam akhi..tahniah..still dengan tazkirah.teruskan usaha:)

  28. huh, x redho!

    -mcm biasa dgr je ayat ni…owh, zaman skola2 dulu…- 😛


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: