Mulut


“Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.”

“Lajak perahu boleh diundur, lajak kata buruk padahnya.”

“Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.” — Err…pulut boleh menyebabkan santan binasa??? Maaf, kurang tahu. Mungkin kerana kurang ke dapur.=p

 

 

-MULUT-

-MULUT-

 

FIKIR, SEBELUM BERKATA-KATA.

 

Adakah sesiapa mendapat manfaat kalau aku mengeluarkan kata-kata ini?

Tak pasti, tapi macam ni lagi bagus daripada senyap sunyi tanpa kata-kata kan? Bosan nanti….

LEPAS TU NANTI TERCAKAP BENDA YANG TAK BAIK,TERNGUMPAT. BETUL KE “TER”???

 

Adakah topik ini sesuai untuk aku bersembang dengan dia? (bersembang/bergurau/bertanya tentang 18SX dengan berlawanan jenis.)

Alah, dia sporting. Masing-masing dah besar, open la sikit….

ANDA MENGAKU  BERAGAMA, KE MANA MALU ANDA? DIMANA ‘THIQAH’ ANDA???

 

Adakah perlu bahasaku seperti bahasa mereka? Kesat dan kasar, kononnya ‘boleh masuk’ dengan semua orang?

Dam*…. What the*** ….Haha mestilah beb , baru namanya ‘gaul’….

NABI TUKAR AYAT DAN CARA PENDEKATAN, TAPI ADAKAH NABI TUKAR ‘AKHLAK’ APABILA BERTEMU DENGAN MANUSIA TERTENTU?

 

Adakah tiada perkara lain yang aku boleh buat selain bersembang bukan-bukan dengan kawan-kawanku ini?

Sajala nak bersosial, takkan tak boleh…

BERSOSIAL  HANYA DENGAN BERSEMBANG????

 

Adakah perlu aku bergurau ‘sarkastik’ dengan dia?

Alah,dia tau aku ni jenis laser sikit. Aku ni memang cakap lepas. Kalau benda tu betul aku takdenye nak cover-cover…

NABI AJAR MACAM TU???

 

Adakah dia akan berubah dengan kata-kata ‘tajam’ku?

Faham-faham sendiri la…Baru dia sedar sikit. Kalau tak sampai bila pun dia takkan berubah…

RAKAN DAIE SENDIRI TIDAK SELESA, APATAH LAGI OBJEK DAKWAH???

 

Sudah elok-elok diam mengawal bicara, diajak pula berbicara yang tidak sepatutnya. Lelaki perempuan sudah tidak dikira, topik terlintas itu yang ditanya. Bergurau sakan lupa agama, mahu nasihat konon-kononnya, orang sekeliling terluka terasa.

 

MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA.

 

Anda ingin bersembang? Mewujudkan suasana selesa diantara rakan-rakan? Ingin mengajak orang untuk melakukan kebaikan? Ingin mendidik orang lain yang mana yang salah dan yang mana yang betul? Menyedarkan orang bahawa perbuatannya salah? Bagus, tetapi…

Fikir dahulu sebelum BERBICARA. Kerana DIAM itu lebih bermakna!

Setinggi mana ilmu agama di dada, takkan mampu menghalalkan ‘perangai dan sikap’ buruk kita. Apa pun alasan untuk berbicara, kalau ia cenderung kepada sia-sia dan dosa, matlamat TETAP TIDAK menghalalkan cara…

 

“ALANG-ALANG MENYELUK PEKASAM, BIAR SAMPAI KE PANGKAL LENGAN.”

 

Pepatah Melayu yang sering disalahertikan. Jika diaplikasikan kepada perbualan dan berkata-kata,

“Alang-alang bercakap, biar yang berguna.”

Kalau tidak bermanfaat, malah menyakitkan telinga, simpanlah ia sebagai pekasam di dalam hati. Jangan ditukar menjadi,

“Alang-alang bercakap, biar dia terasa.”

“Alang-alang bercakap, biar terasa selesa dan mesra.

Yang kurang baik ditegur dengan bijaksana, jangan malukannya. Dia juga manusia…

Yang bukan mahram dikawal topik perbualannya, jangan ‘konon-konon’ terbuka dan sudah dewasa. Dewasa juga ada dosa dan pahala…

 

 

Pekasam??

Pekasam??

 

Tiada yang menghalang dari berbicara, tetapi biarlah ianya yang memberi makna. Bercakap bila perlu, diam bila tak tentu. Kerana setiap yang diucapkan akan dipertanggungjawabkan. Setiap yang dipertanggungjawabkan akan diberi ganjaran. Baik manfaat dan akibat dari kata-kata tersebut, baik jugalah ganjaran  dan nikmat balasannya. Buruk kesudahan dan akibat dari kata-kata tersebut, buruk jugalah seksaan dan pedih balasannya.

 

Surah Al-Fajr (89:14)

INNA RABBAKA LABIL MIRSOOD

Sesungguhnya, Tuhanmu benar-benar mengawasi.

[Maksudnya DIA mengawasi segala perilaku hambaNya, tidak ada yang tertinggal sedikit pun dan kemudian DIA membalas mereka berdasarkan amalan mereka.]

 

Nasihat buat diri dan para pembaca, Wallahua’lam….

 

P/s: Seruan Amar Maaruf Nahi Mungkar, tegur dengan ‘berhikmah’ bukan bermaksud lembut dan tanpa kekerasan. Ianya harus mengikut sunnah, bijaksana dan ‘berkesan’.

Kepada beberapa orang teman yang disayangi, kealpaan anda amat kami kesali. Teguran umum pun sudah, email peribadi pun sudah. Anda menerima dan mengakui al-quran sunnah, tetapi masih di depan umum tak rasa bersalah. Jagalah hubungan, jangan sampai kami pulaukan.

 

 

Advertisements
Published in: on April 22, 2009 at 7:13 pm  Comments (23)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2009/04/22/mulut/trackback/

RSS feed for comments on this post.

23 KomenTinggalkan komen

  1. tergantung hati pemilik lidah yang memberi kata

    lidah boleh menghiris

    lidah boleh bawa kemusnahan

    lidah boleh beri gembira

    Turutkan rasa binasa, turutkan hati mati.

    terima kasih mengingatkan bila diri terlupa

    • kerana lidah badan binasa. dan binasa bukan biasa-biasa. binasa kerana AZAB NERAKA! sama-sama kita jauhinya. amiiiin…

  2. hi razi…something that every1 shud read; not only those visits ur blog (i wish)…=)

    if u dono h to use ur mouth properly, that will be ur biggest enemy then-my grandma alwayz says this…
    alot of ppl dono wat to talk n wat not to talk; bkn shj waktu bersembang.. even they angry or middle of some event or even to a older person..they jz like to talk crap or bergossip…but wen it comes something valuable they jz cant open their mouth; apa lagi pandangan (eg.religion)…most of the ppl foeget to think b4 they talk..tak terfikir klo terlanjur kata, tidak boleh dikutip balik…
    (sorry pjg sikit commentnya-curahan hati…huhu)

    good reminder…=)harap ramai yg blh manfaatkan dari blog ni…me too..hehehe

    • nice said gramma! hehe…ha,ingat cakap nenek tu,jgn lupe. huhu…ppl always forget. dats y we live in a community. to remind each other. peace.=)

  3. “Fikir dahulu sebelum BERBICARA. Kerana DIAM itu lebih bermakna! ”
    =)
    time kasih kerna mengingatkan..

    —-DR.RADZI says: diam ‘seribu’ bahasa.=)

  4. salam..terima kasih mengingatkan..saya terkesan dgn entry ni..kata2 yg baik tapi pendekatan teguran yg salah pun tak bleh juga..kalu nak berdakwah n tegur kesalahan kawan, perlulah faham kawan tu dulu n pilih pendekatan yg betul..kalu tak, nanti pasti akan ader salah faham..perkongsian dari pengalaman..

    • terima kasih atas masukannya haikal. teruskan perkongsian…=)

  5. salam..
    emm..
    nice entry..thx dr razi…satu peringatan untuk saya (d harap pembaca lain juga)

    dia lebih baik dari kita bercakap dan menyakitkan hati…
    hehe

    ayu

    —–DR.RADZI says: terima kasih ayu,semoga sama2 dapat manfaat. amiiiin…

  6. nice entry…mekasih sbb mengingatkan..memberi kesan mendalam pd dri..huhuhu..thanks dr razi..(^_^)


    —-DR.RADZI says: timekaseh junior…siapa ye agak2agaknya name junior ni sebenar? kalau tahu nama kan bagus kan? huhu….btw,semoga sama2 dapat manfaat.=)

  7. adei,terkene2…tp kdg2 tu mmg borak x igt dunia laa,wuuu~~~

    slalu sy buat cmni je.ckp kias2 kalo nk tegur org.tp kalo dah xreti bhs gak direct je laa tp xdelaa smpi nak malukan org tu.kan xbaik…

    bila ckp psl bnd2 yg agak private(18SX),kdg2 bkn xmalu tp ade certain things yg org tu perlu tau.tp ckp pon scr private laa,xdelaa cam borak2 kat kedai kopi,hohoh~~~

    nk borak ape2 pon bole je rasenye tp kene tau batasnya laa…jgn over sudah…


    —-DR.RADZI says: kalau ada cara yang lebih baik,gunakan cara yang baik. tapi baik tak semestinya dengan biar/lembut semata-mata…=)
    tentang 18SX tu, saya merujuk kepada percakapan umum antara lelaki dan perempuan. saya sangat tidak redha, wallahi….kalau perlu sesama jantina, mungkin boleh dipertimbangkan, tetapi secara umum itu sangatlah tidak sopan.

    • eh,haruslaa sesama jantina.isk3…

      btw,ade masa ke nak ckp sal mende2 ni?exam yob exam…

  8. kalau terasa dengan org yg tulis post ni macam mana?
    huhuhuuuuuu*_*

    —-DR.RADZI says: kenapa terasa???

  9. salam;)
    hmm..cakap psl mulut..
    rs cam nak tegur kwn kite..
    tp bile da susn ayt, kelu xterckp..
    ap yg nak disampaikan, kdg2 tak tersampai..
    bile ckp lepas takut terasa..
    last2..diam je
    sedih~

    —-DR.RADZI says: teruskan usaha cik idsyAleeya, jangan berputus asa dalam berusaha. kerana Allah akan memandang usaha kita. cuma janganlah kita hanya berniat semata-mata. fikirkan cara terbaik,doa dan minta pertolongan daripadaNYA. semoga dipermudahkan urusan,aminnn…=)

  10. salam…new here..lebih baik diam dari bercakap benda2 yg tak de faedah…ok, let say, korang ngan kengkawan ngah borak..jiwa ni memberontak gak nak luahkan apa yg kita rasa…maybe ‘ter’ mengata certain people…tu la benda yg ‘ku’ selalu hadapi…

    —-DR.RADZI says: sebelum berkata-kata, berfikir. kita bukan menghalang untuk memberontak, tetapi memberontak harus ada caranya, harus ada adabnya. betul kan?=)

  11. salam..
    semalam kawan sy mengalami satu krisis dengn seorang kawan lagi.. kawannya memburukkan dirinya di hadapan pensyarah ketika penilaian pensyarah [smasa praktikal]. sedangkan, sudah terang lagikan bersuluh die bersalah..die libatkan sahabat sy yg seorang lg.. tp..atas dasar kawan, xmau gaduh2..sakit hati dan kecewa di pendam..sabar..

    pd saya itu lebih baik..dr mencetuskan pertelingkahan yg besar.. kesabaran bukan kekalahan..tetapi..kemenangan.. berjaya mengawal amarah…itu adalah kemenangan.. kerna…nafsu akan sentiasa mengajak kepada kemungkaran.. musuh utama selain syaitan ialah nafsu…kan kan kan..hehe

    —-DR.RADZI says: Islam tidak mengajar umatnya MENGaniaya orang lain. namun Islam juga tidak membiarkan diri kita DIaniaya orang. ketahuilah hak anda, bijaksanalah dalam menguruskannya. orang Islam adalah orang yang sentiasa bijak dalam membuat keputusan. kerana kita dipandu oleh didikan nabi dan tuhan.=)

  12. lidah 2 lg tajam dr mata pedang..
    sekali terluka pasti ada parutnya..
    terlajak kate x mungkin boleh diundur..
    maaf dipinta tetap ada kesalnya..
    kerana mulut badan binasa..
    ada penawar tp tetap ada racunnya..

    p/s:diam2 ubi berisi..diam2 mulut??ada air liur basi =p


    —-DR.RADZI says: comey molek ayat demo. buleh wak lirik lagu satu nih. pantun gurindam ko….hehe. demo ore pahang ni pahe dok?=p

    • comey cam kome ler..hehe.kome nih ore pahang buleh,perak buleh,sume buleh ai..kalu dok pahe 2 bkan kome ler 2..=p

      p/s:nk cari penyanyi nyanyikan lagu kome..over2..haha


      —-DR.RADZI says: makcik,”kome” tu kamu la….ish3….malu cepat malu2…=p

  13. oit!!jap2..rase2 nye ad satu keanehan muncul disini.mane taw kome ni oghang pahang plak ni..(musykil2..garu2 kepala yg x gatal..)

    —-DR.RADZI says: again,”kome” tu kamu…”mike” pon kamu jugak. kalau nak bahasakan diri sendiri,sama ada “teman” or “keme”,ye? lalala~

    • yeke?malu2…muahahaha.tp kan kirenye perak same la ngn pahang ek?ek?ek?tp rase cam laen cket..ntahla..sy pon x ingat..sbb sy x pnah ckap loghat pahang pon.slalu dgr jerk..hehe.time kasih la ats plajaran baru ari nih..leh jd owg perak da ni*wink*..lalala~

      p/s:sy bkan makcik laa..kan da ad makcik sowg..hahaha

      p/s:oit!!wat gosip kat sini lak yer..kantoi kang baru taw…haha

  14. *peringatan*
    sile delete komen sy di atas…sekian time kasih…*peace* =p

  15. salam Dr. Radzi…
    sekadar ingin bertanya…
    bagaimana pula sahabat yg ingin kt tegur supaya memakai tudung namun kt sendiri takut nak menegurnya sedangkan die begitu baik dgn kite…
    diri ini takut sekiranya membuat sahabat itu rasa bersalah…tidak tahu harus bermula dari mana…
    huhu…

    • maaf lambat membalas dan menjawab soalan anda. terima kasih sudi kesini.=)

      alhamdulillah niat saudara/saudari? baik,teruskanlah niat itu. berusahalah sebaik mungkin,sebijaksana mungkin untuk menyampaikan isi hati anda. anda menegur kerana anda sayang dia sebagai kawan,kan? anda menegur bukan untuk berjauhan,tapi untuk lebih rapat dan kebaikan. ‘tegur’ itu luas. pelbagaikanlah caranya ye? Allah melihat kepada usaha, bukan hasil. kerana hanya DIA yang menentukan hasilnya. wallahualam.=)

      • thanx dr radzi…
        insyaAllah,muga segala kebaikan dipermudahkanNya…amin…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: