Izinkan Ku Mengalirkan Airmata….


Ya Allah, Ya Tuhanku

HambaMu merindukan

Rahmat kasih sayangMu

Dan jua keredhaanMu

Dalam hidupku

———–

Tiada yang lebih mengetahui diriku melainkanMu. Kasihanilah diriku…

Ampunilah daku….

Meskipun ku ulangi dosa noda

Yang menjanjikan azab sengsara

Namun ku sedari

KeampunanMu tidak bertepi

—————

Aku tidak berniat mempermainkan taubatku Ya Allah, aku benar-benar bertaubat…

Tetapi seringkali juga ku ulangi…

Ampunkan aku….. kasihani diriku, wahai tuhanku…. Bimbinglah diriku….

Ku akui diri ini

Hamba yang mungkir pada janji-janji

Jadikanlah taubat ini yang sejati

PadaMu Ilahi

————–

Janganlah Kau murkai diri ini…

Aku akui kesalahanku, namun aku tetap berharap kasih sayangMu….

Bantulah diriku untuk jadikan ini taubat yang terakhir.

Matikanlah aku setelah Kau terima taubatku!

Matikanlah aku dalam keadaan bertaubat kepadaMu! Tuhan Yang Maha Satu…

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku

Ya Allah, redhakanlah kehidupanku

Moga terhapus penghijab kalbu

Antara Kau dan aku

—————-

Airmataku mendahuluiku, sujud ke bumi menyembahMu….

Tuhan,

Ku zalimi diri ini

Andai Kau tak ampuni dan rahmati

Alangkah ruginya diri

——————–

Izinkan aku menangis Ya Allah….

Janganlah Kau marah dengan perangai burukku Ya Allah, aku mohon ampun….

Janganlah Kau berpaling dari memandangku, aku perlukanMu….

Ampunkan aku….

Tuhan,

Jangan Kau palingkan hati ini

Setelah Kau beri hidayah

Sesungguhnya Kau Maha Pengasih

———————-

Tetapkanlah aku dalam kebenaran….

Aku mahu mati dalam redhaMu…..

Terimalah taubatku….

———————————————————————————————

Terima kasih saudara-saudaraku Uzair, Heikal, Zulhazwan, Farhan, Farid dan Azrinaz kerana memperkenalkan lagu ini kepadaku.

Aku tidak pernah menyangka Kumpulan InTeam mempunyai sebuah lagu yang dapat memaksaku menangis seperti ini. Bait-bait kata yang sangat menggetar jiwa. Lirik-lirik yang hanya biasaku dengar dari kumpulan nasyid kegemaranku, Raihan. Terima kasih tuhan, Kau izinkan ku menangis lagi….

Advertisements
Published in: on April 28, 2009 at 12:16 am  Comments (12)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2009/04/28/izinkan-ku-mengalirkan-airmata/trackback/

RSS feed for comments on this post.

12 KomenTinggalkan komen

  1. nasyid ni mmg best..kalau di hayati..iA akan beri kesan mendalam~

    • setuju dengan cik duha!~~~


      —-DR.RADZI says: setuju jugak!=)

  2. salam.
    lame x comment kat sini.ehe.
    jujur, sy slalu dgr lagu ni dr winamp. mula2 dlu tersentuh hati mendengarnya, tp skrg, setiap kali dgr mcm dgr lagu2 lain je. x menghayati dah maksud lagu. huhu.
    jazakallahu khair radzi atas peringatan. sy ikut menangis…

    ~ya Allah, tetapkan hati kami dalam kebenaran ini~

    —–DR.RADZI says: terima kasih sudi lagi datang dan komen di sini.=) semoga Allah tetapkan hati ini. amiiiiin

  3. sememangnya hidup kita sebagai manusia hanya sia-sia jika tidak mendapat keampunan dari Tuhan..:(

    dh x terasa dh..sori, time tu teremosi pulak huhu. xpnah terasa dgn org lama-lama pun… bolehlah nak delete je komen tu…sile delete*_* huhu…

    —-DR.RADZI says: betul2….sia2 tiada guna. ampunkanlah kami wahai tuhan…=(

    p/s: tak mo delete selagi tak bgtau sbb ape terasa. bagitaula, rasa besalah ni. huhu….

  4. an answer to my own dilemmas…i always feel bad about myself.. because after i promised to myself not to repeat the same dosa.. i repeat it again and again.. till i have no confidence in myself.. till i think i am destined to be a bad person.. thanks a lot for sharing this. this is the prayer. this is the answer. will dua this after solah..
    and find the nasyeed too

    thanks a lot,
    mai


    —-DR.RADZI says: mai, don’t ever give up on HIM and His Forgiveness. He’ll always listen to u.=)

  5. what is the title? sori to ask

    —-DR.RADZI says: thanx stopping by. hehe…da song is KEREDHAANMU by Inteam. happy listening

  6. tangisan sayu dalam rindu..
    sujud sembah pohon redha-Mu..
    titip dosa penuh syahdu..
    ampuni daku duhai Tuhanku..
    sematkan cinta dalam qalbu..
    satu cinta hanya pada-Mu..


    —-DR.RADZI says: sungguh indah rintihan itu. syukran…

  7. salam..
    hai doc..sy ayu..guna link new blog sy ni..

    em..
    lagu ni mmg meruntun hati saya..
    Allah mmg teramat baik dengan kita kan…
    cume kite je abaikanNya..
    Redha Allah adalah segalanya..

    -ayu-


    —-DR.RADZI says: terima kasih sudi datang. sekarang dah pakai blogspot ye? bagus2…=) semoga lirik2 ini sentiasa memukul jiwa yang leka.

  8. hihi…
    saje ubah angin baru akan rasa hepi bila blogging..kan kan..hehe..

  9. btmbah sdap bila V.O.U nyanyi.. hehe

    • betol3!! =)

  10. lagu nie mmg menginsafkan..

    p/s=best hri tu VOU bwk lgu nie msa hari keusahawanan KUBI..sambil derma darah mse tu..lju je darah mengalir(ad kaitankah?).huhuh…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: