Mak, senyumla sikit…


“Assalamualaikum…

Pekabo mak? Tengah watpe? Sehat tak?”

“Waalaikumusalam… sehat.”

“Amboi dah nak gi umrah ni bz beno sampe lupe anak kesayangan kat indon ni ye mak? Takde mesej-mesej pon?”

“Hehe… takde la bz beno. Itu le, cadang nak mesej juge, tapi tak sempat nak mesej kamu dah call dah. Tingge nak beli barang2 je le. Mak nak beli beg. Tapi ayah kamu kata amik beg kaklong pegi PULAPOL aritu je, jangan membazir.”

“Abeh tu tak jadi beli le ni?”

“Ayah pakai beg kaklong. Mak beli baru. Hehehe…”

“Hahahaha…”

Hadiah untuk mak, menantu yang comel dan solehah, mak nak?=p

Hadiah untuk mak, menantu yang comel dan solehah, mak nak?=p

Ibuku, sudah ku anggap seperti rakan karib rasanya. Kalau dulu, bukan setakat bersembang mesra, nak duduk dekat pun terasa tidak selesa. Bukan kerana kurang mesra, tetapi kerana takut ada yang tak kena. Kalau duduk dekat, salah sedikit nanti senang sangat nak kena piat telinga! Baik duduk jauh. Hehe…

Tetapi sekarang, tiada lagi piat telinga. Tiada lagi cubit peha. Duduklah serapat mana pun, hanya kata-kata dan gurau senda yang muncul dalam bicara. Terima kasih tuhan, kerana memberi peluang untuk aku hidup dalam suasana begini. Jika salah seorang diantara kami ditakdirkan mati bertemu Ilahi, pasti akan terasa sunyi dan pilu di hati.

“Ya Allah, Tuhan yang Maha Adil, kasihanilah sahabat-sahabatku yang telah kehilangan ibu. Berikanlah mereka kebahagiaan seperti mana kau berikan pada ku. Demi ALLAH, tidak akan aku sia-siakan peluang ini. Kerana tidak seperti sebahagian dari sahabat-sahabatku, Kau menjemput ibu mereka meninggalkan mereka bersendiri. Kasihanilah mereka Ya Allah. Berikanlah kekuatan dan kelebihan pada mereka. Amiiiin….”

Insya Allah mak dan ayah akan bertolak ke tanah suci Mekah untuk menunaikan Umrah buat pertama kali pada 14hb Mei ini. Teruja sekali rasanya. Gembira tidak terkata.

“Mak, mesti seronok dapat melawat kampong nabi kan? Mak, nak ikot! Nak ikot!”

“Mak tak mampu nak bawak semua anak-anak mak, mungkin lain kali ada rezeki kita dapat pegi same-same”, ada nada sedih dapatku baca dalam mesej mak itu.

“Mak ni, orang bergurau dia ambil serius pulak. Hmm…”

“Mommy! Happy Mothers Day! Mmmmuuuahh3x! Walaupun orang punye Hari Ibu tiap-tiap hari, tapi harini special sikit so bagi kat mak flying kiss. Hehehehe…. Semoga sihat selalu mak.=)”

“Mak pun doakan anak-anak mak semoga sihat selalu”

Boleh pulak mak jawab macam tu je????? Hmm….

Tidak tahu apa pucanya. Semakin dekat tarikh untuk mak dan ayah berangkat, semakin tawar mesej-mesej mak padaku. Gurau sendaku tidak diendahkan. Seperti ada sesuatu yang disembunyikan. Mungkin dia takut akan keadaan kesihatannya. Dia takut untuk menyusahkan ayah di kota Mekah nanti. Dia takut untuk merisaukan anak-anaknya sepeninggalannya ke sana nanti. Dia takut tidak sihat sepenuhnya untuk menunaikan ibadah ketika Umrah nanti. Mungkin banyak benda yang ditakuti dan dirisaukannya.

Aku mengerti. Mak risau tentang lututnya. Walaupun kedua-duanya telah dimasukkan besi akibat masalah arthritis, tetapi sakitnya itu sering muncul tanpa diundang.

“Ya Allah, Tuhan yang Maha Tahu, aku menangis memohon kepadamu. Kembalikanlah senyuman di bibir ibuku. Berikanlah dia kesihatan, kekuatan, untuk meneruskan niat sucinya beribadah kepadaMu. Permudahkanlah urusan mak dan ayahku, di sepanjang perjalanan mereka. Kerana Kau lebih tahu, usaha dan kesungguhan mereka mengumpul wang dan rezeki dariMu, hanyalah untukMu…”

Semoga dipermudahkan urusan mereka. Semoga diterima setiap amalanku dan amalan mereka. Amiiin, ya Rabb, Tuhan yang Maha Mendegar doa hamba-hambaNya.

Seronok dapat menghayati kehidupan kampung halaman rasul

Seronok dapat menghayati kehidupan kampung halaman rasul

“Rol, ape ke ghase naek kapal teghobang tu? Idak ke gayat?”

Lagi satu, mak memang takut tinggi, dan ‘gene’ tu turun ke adek.=p

Ayah? Dia maintain cool…. Apa pun terjadi, dia akan tetap tenang dan mampu mencari penyelesaian dengan positif dan berkesan.

And as expected, I got dat ‘gene’. Haha…(Cuma mungkin kadang-kadang agak sedikit ‘gila’, adalah kerana campuran dari ‘gene’ suka bergurau dari mak.)

SAYA SAYANG MEREKA BERDUA! (^^,)

p/s: Soalan lazim dari Non Muslim, “kami dikatakan salah kerana mereka-reka imej Tuhan, menyembah imej Tuhan yang kami cipta dan buat sendiri, tetapi mengapa Orang Islam sendiri menyembah berhala paling besar di dunia? Batu empat segi, berhala paling besar, di Mekah?”

Saya memberi peluang sahabat-sahabat yang pergi ke seminar Comparative Religion di Bandung tempoh hari untuk menjawab soalan ini.=) Penuhkan komen di bawah ye? Hehehe…

Advertisements
Published in: on Mei 11, 2009 at 9:57 pm  Comments (42)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2009/05/11/mak-senyumla-sikit/trackback/

RSS feed for comments on this post.

42 KomenTinggalkan komen

  1. wah, blog ini berwajah baru. selamat hari ibu

  2. semoga dipermudahkan segela urusan mereka, selamat pergi dan selamat kembali.. amiiin. bestnye dpt pegi sana-_-‘

    bagi can org lain jwb soklan COMREL~ hehhe


    —-DR.RADZI says: sudahnye sorang pun tak jawab. takpe,selagi takde yang nak tau jawapan tu kite rahsiakan. malu bertanya sesat jalan. siapa yang tak tahu lagi sila bertanya ek? ada orang akan menjwab di sini insyaAllah. hehe…

    • btul2…biarkan diorang tanye dolu..nak ilmu kena usaha~
      tp kn
      anda pg delete komen yg betul, yg salah tu dibiarnye..
      hoho..
      layaaaaan~
      mintak mak n ayah doakan kami di sini dpt menempuh exam dgn jayanya ye? amiiiiin..=)

      —–DR.RADZI says: ha,dah ada orang tanye tu.=p amiiiiin,mak doakan untuk semua orang kot? hehe…salah delete ye? maaflah ye? nmpk mcm same je…

  3. kasih ibu bawa ke syurga
    kasih ayah tiada batasnya
    kasih anak pembawa bahagia
    kasih allah landasan utama..

    xmo jawab soklan 2 boleh?
    bg can org laen jawab..hehe

    p/s:kemsalam kat mak =p

    —–DR.RADZI says: terima kasih atas nilai tambah di atas. kalau nk kimslm nak cakap apa kat mak nanti ni? pening mak nanti byk sangat perempuan kimslm. kuota ada 4 je. haih~~ erk? saya dah merepek,jgn lyn!

    • byk sangat perempuan?kuota 4 je?wah, dah berkhayal2 dah la tu nak ade 4..ish3!!!

    • naseb bek sedar da merepek…haha
      da2,p stdy p…hehehe

    • gler…da berangan nak psg 4!!!ade hati gak you yer dr…

  4. salam abg aji
    wuu~~
    rindu mama jugak!!
    sobsob
    mama sy xsuker men msg2
    so kne call
    sllu sy miscall jer
    sbb nnt baba cal balek
    ngeh3
    gler kejam!!
    huhu

    memandangkan shbt2 sy ramai ahli BAIK, sy pn xmo jwb la
    lalala~~

    ps: kim slm kat mak abg aji ugak
    abah, adek, kakak
    kim slm juge kat mereka ye??
    *wink*

    —–DR.RADZI says: ish3…naseb baba byk kredit. hehe.. nak kemsalam nk ckp sape kemsalam nih? penyu ek? nnt mak tanye penyu mane yg bole bercakap ni nk jawab ape? haa~~

  5. nikoh tu adiah ke mg..mg yang kebulur,idak ye mok mung..haha.

    Selamat hari mok!!!

    —-DR.RADZI says: ade orang tu jeles die blom ckop umo. hahaha….

  6. Salam

    Can not go ayat aji; “Hadiah untuk mak, menantu yang comel dan solehah, mak nak?”

    Dr Amad, saya sangat bersetuju dengan anda.

    p/s: Berdoa agar Allah menjaga kedua orangtua kita tidak kira masa dan tempatnya mereka berada;)

    —–DR.RADZI says: ada orang tu jeles jugok.=p

    • yg berani ni kata dok cukup umor ke?hehehe

      • yg ni cukup doh,tapi tunggu green lite pakcik askar kot. ngee~~

      • saya dah cukup umur..lalla~

        —-DR.RADZI says: apa yang kamu cukup cik duha oi? kamu tau ke umur tu ape? haha…

      • Cizz kek betul kamu radzi~;P

        —–DR.RADZI says: chocolate cake btol kamu aimi~;P
        p/s: sila tukar nama cake dan nama tertuduh untuk meneruskan komen ini. hahaha….

  7. salam ziarah abg aji..sy azizi shaukani..hm, dlu senior masa kt kisas..sebilik dgn abg akmal kan? dlu sy depan blik..kalu ingt lg la..hehe..

    universiti padjajaran kt jawa ke acheh?

    —-DR.RADZI says: yeke? tak perasan pulak. kalau jumpa kenal kot insyaAllah. hehe…kecewa kamal anda panggil dia akmal.=p
    padjajaran kat bandung sheikh…jauh sgt jawa ngn acheh tu. hehe…

    • owh, tersilap type..abg kamal..hehe..skrg die kt mana? bandung kt jawa eh?

      —-DR.RADZI says: pandai cover,bagus2. dia kat malaysia rasanya. baru habis twining kt uk.

  8. salam…

    waa…blog wajah bru…
    ‘selamat hari ibu’ walaupun incik radzi bukan ibu sy n tarikh udah lambat…
    moga2 mak a.radzi sihat dan selamat menjalani umrah di sana..

    p/s:anak mak betul!!kalah sy tau:)

    —-DR.RADZI says: kalah ke? cik muniri anak sape? anak ayah ek? hehe…saya anak dua2. lalala~

  9. salam..:)
    met hari ibu buat ur mum ..(ucapan yg lambat sikit)
    semoga ur parents selamat menunaikan umrah di mekkah..:)

    i tunggu jawapan la.dah ade byk comment tpi xde yg jawab pula…:(

    p/s:dah ckp umur x sememstinya ckp matang tuk menikah..:p

    —-DR.RADZI says: amiiiin. ada yang jawab dah. hehe. saya dah matang. lalala~

    • baru je lpas i tanye…:)huhu

      physically mungkin, who knws mentally matang ke x?!!huhu

      • saya sokong anda..mentally MUNGKIN atau MEMANG belum matang :p

        —-DR.RADZI says: hamoi3…sesedap rasa je. mana anda tahu? saya matang ok? (wat gaya matang. apakah?=p) lalala~

  10. berwajah bru..mabruk..
    selamat hari ibu juga..

  11. abg aji;)
    saye syg ibu bapa sy jugak!!
    hehe
    laa..xde sp ke nak jwb soklan ke2?
    so..
    bole x sy jwb?
    tp kalo salah ayt, tlg betulkan..

    1.kaabah atau batu empat segi itu bukan lambang imej tuhan tetapi sebagai satu simbol penyatuan umat islam. Kalaulah batu 4 segi(kaabah) di alihkan dan diletakkan di tempat lain,
    maka umat islam tetap akan menyembah Allah
    di tempat yang sama bukan menyembah batu 4 segi tu.
    2.Pada zaman Rasulullah s.a.w, bilal berdiri di atas Kaabah dan azan di situ sebagai tanda masuk waktu solat.Logiknya, jika Kaabah itu yang disembah, mengapa penyembahnya boleh sampai berdiri (memijakkan kaki) di atas benda yang disembah?

    rsnye tu je penerangan yang mampu diberi
    walaupun rs cam x cukup..
    ad sesape nak tambah??

    —–DR.RADZI says: ayuh sayang mereka! haha…syukran2, akhirnya ada jugak yang tolong bg jawapan. sesiapa nak tambah? silakan2…hehe

    • u mean the batu kaabah is inside the thing is it?
      i dgr cerita, yg setiap org akan masuk ke dlm 4 segi tu untuk menymbahnya…betul ke? klo sbg simbol tuk mengumpulkan umat islam 2gtr je, knpe ade kaabah? boleh juga without it kan? i orgnya yg suke believe in ‘everything is happened for reason’? klo kaabah dialihkan, akan sembah allah di tempat yg sama juga means y there must be kaabah in the 1st place?!!!

      (klo ada perkataan yg sy salah gunakan disitu, maaf..xtau gunakan yg btul…wink2*)

      • erm..hari tu ade tulis sanye jwpn die..tetibe tenet prob..patu lupe dah nk bg jwpn die..erm..but ape yg wado cakap tu betulla..

        erm..kaabah is made of batu dan berbentuk 4 segi..dan ditutupi oleh kain hitam berbenang emas..hee~ as far as i’m concern laa..so ia hanyalah satu binaan..bukan bahan sembahan..

        kaabah ni dijadikan sbg satu point atau pusat utk umat islam bertumpu ketika solat..kalau takde pusat tumpuan ni, mungkin akan ada pelbagai kiblat(arah tuju) yang akan dihadap oleh umat islam..tak nampak laa kesatuan tu..

        for additional info, before kaabah actually umat islam solat menghadap ke arah masjidil aqsha (di palestin) but then, dengan perintah Allah umat islam diarahkan untuk menghadap ke arah kaabah sehinggalah sekarang..so, kaabah tu bukan tuhan atau satu entiti yang disembah..tapi dari dulu sampai sekarang hanya Allah yang disembah..

        penerangan pasal ayat wado,”kalaulah kaabah tu dialihkan umat islam akan tetap menyembah Allah ditempat yg sama”.. it means that the reason why we’re facing the kaabah is bcoz Allah told us to..not bcoz of the cube building..it’s just the symbol of unity.. 🙂 andaikata kaabah dipindahkan ke malaysia, the kiblat of the muslim is still going to face mekah (the place where the kaabah is situated rite now)..it will never be changed to malaysia..kalau kaabah tu betul sembahan umat islam..they will face malaysia laa pulak kan? coz their god is now in malaysia..but that’s not what’ll happen..

        erm..for the question “why there’s kaabah in the first place”..rasanye perlulah ada satu landmark kan? ke mana ARAH yang patut kita tuju? kalaulah dulu umat islam hanya mendapat arahan “solatlah menghadap ke mekah” macam mana nak tau exact point nk menghadap ke mana? mekah sgt besar kan..

        utara mekah? selatan mekah? timur makah? atau bahagian barat mekah? tak termasuk tenggara,barat daya etc2..

        so..again..kaabah is just satu binaan where umat islam should face during performing their prayers..

        hope it’ll explain a lil bit more..sorry kalau ade tersalah cakap 😀

      • Hmm… Actually, Kaabah bukan untuk mengumpulkan umat Islam in satu tempat semata-mata, but untuk menyatukan umat Islam dalam beribadah(solat)…

        We use the Kaabah as the ‘compass’ everytime we pray; so that all muslims face one direction only, which is the Kaabah. But we don’t pray to Kaabah, of course we pray only to Allah. the Kaabah merely acts as a ‘compass’…
        makes sense right?

        Batu Kaabah is inside the thing? Sebenarnya Kaabah is inside the Masjidilharam..heee.

        And 1 more thing Muslims come to Mecca to perform the Hajj or umrah because Allah tells us so, not because of the presence of Kaabah…=)

        Regarding your question on why must there be a Kaabah in the first place kan…
        Kaabah hanya sebagai batu penanda…
        So how can we know which direction to pray to if the batu penanda is not there? Logic? I hope so…hehe…:))

        (last2 jawab jugak.hohoho.smoga jawapan saya dapat difahami huhuhu)

      • eh eh duha pun dah jawab dgn jwpn yg lbih kurang sama maksudnya…
        duha, kita mmg sehati sejiwa..lalala~

      • haha..sehati dua jiwa la~ pape pun kita mmg ade instinct..(bile nk blanje mkn?? tetibe) hahha

      • eh aritu bukan duha ke yg kata nk blanje?
        xpe2 kte tunggu tuan pnye blog blanje.
        lalala~
        (best2 borak2 kt blog org jom buat lg jom=P)

      • haha..xde kje laa tuh..jumpe di kuliah jap lg~

        p/s: sy mmg dah lame tggu tuan pnye blog blnje..hurm~ :p

      • hmm…nk tgu tuan punye blog blanje, sampai ke tua la jawabnye…tuan punye blog ni k*****t =p
        dah kluarkan dah makhluk asing td duha?hehhe

      • hmm…tq for the explanation…:)
        skrg i phm…hehe

        (this goes to farhana and duha..
        xtau knape xlbh comment dibawah pula)

    • bagusnya sukarelawan2 yang sudi menjawab ni. tiada pertentangan pendapat nampaknya, sepakat2…hehe.

      thanx also to siv for da question. kalau tak tanya diorang ni malas nak jawab. hehe…=p

      p/s: makcik fana ngan dudu pnah blanje tuan punye blog tak? nnt kite blanje gune sistem barter ok? hak3…

      • dh kate shati 2 jiwa..lalala~
        xpe,kami bg pluang org tua blanje dulu la..
        blanje gune sistem barter? oh lgsg tidak logik cdgn anda.hahha=p


        —–DR.RADZI says: siapa tua? siap? siapa? kamu ek? kak farhana. kak! kak! haha…logikla…

  12. salam..wa..wajah bru..tapi kan,sye cdgkan bykkan glitter2 pink2..sti ceria..lala(ingt blog sndri pe?huhu)..menarik post yg nie..alhamdulillah parent a.aji dpt g umrah..parent sye msih menunggu mse,doakan ye..huhu..smoga jmpe jdoh solehah dan comel..haha..

    —–DR.RADZI says: amiiiiiin….amin untuk yang mana tu ek? hmm.=p cdgn anda tidak diterima. pink tak laku disini,harap maaf ye? lalala~ alhamdulillah,mari kita doakan sama2.=)

    • sue..solehah dan comel?? comel dan solehah..cam pnah dga ayat tu..cume kne ubah sket..hahhaha..

      pink mmg direject! saya sokong abg radzi~

      —–DR.RADZI says: buu sama pink,buu~~ hak3…jangan nanges ye sue? cian die takde geng. hihi…

      • eleh..like i care..ape2 aja korg..nyampah(lalalalaa..one day,i will make my own blog wif pinky2..huh)…sye rmai geng pink..pensel case dudu tu kaler pink gak abg aji..die xnk ngaku..haha

      • go abg radzi! hahah..

        p/s:sue..my pencil box is black n red..i will never admit ade pink kat stu..(even ade kalau pkai kanta pembesar)

        p/s2:daripada pencil box girls yang org rabun dr jauh pun dah nampak pnk die..lalla~ haha

      • jgn buli sue la~
        sian sue. walopun sy pun kurang gmar pink yg mnyakitkan mata.haha.. *erk ni backup sue ke ape?*
        sue, xpe akak sokong awak.dun gv up!~poyo~ =p

      • akak sokong sape kak? cam tak sokong sue je? akak,akak….ish3…hak3…

        dudu,tampal pink di pencil box anda dengan warna hitam cepat,sebelum cik suesue (apakah?=p) mengambil kanta pembesar beliau. haha…

        sue,sabo,sabo…hehe.

  13. salam aji..
    bertukar wajah nampaknye..
    lagi tenang mata memandang wajah baru ni..
    krm slm kat parents y p umrah 2..
    mintak didoakan sekali orang2 kat sni..
    insyaALLAH makbul..
    Amen~

  14. salam…wah da berubah wajah!cantik2!!

    cumil gmbo tu same je ghupe…hihi

    nk wat ucapan la jgak..ehem2
    ~kpd ibu selamat ari ibu n selamat ulang tahun!
    ~kpd ayah x sabo nk balik maw gado2 same ayah..hehe…

    ~ayah & ibu wali keramat…..pd mereka kita beri hormat~

    (^,^)

    —–DR.RADZI says: cumil? sama ek? actually kan, saya anak ayah. perangai, muka semua lebih berat pada ayah. cuma ada sikit2 je campur perangai mak. hehe…

  15. salam dari dublin.
    sbelum komen nak ckp. nice blog. isi bagus.
    just to add, kite boleh solat dalam penunjuk arah tu.
    kalau solat dalam kaabah, mengadap la mana pun. huhu..
    malaysia pun boleh.

    ferdaus

    —-DR.RADZI says: salam dari bandung. terima kasih sudi ke sini. insyaAllah yang baik dikongsi, yang buruk dijauhi.=)
    penunjuk arah? lost kejap. huhu…btw, thanx 4 da additional info


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: