PRE Exam Syndrome pulak??


Post Exam Syndrome????

“Kitorang belum lagi exam, ni baru nak start”

“Tak acila camni, kitorang tak habis exam lagi, tengah exam ni, ade lagi 3 paper….”

“Pre Exam Syndrome camne plak, doc?”, tanye patient-patient ku. (nampak sangat imaginasi, blajo pon tak abih lagi.=p)

By the way,

——————-Tribute to my friends all over the world——————-

PRE EXAM SYNDROME

Definition : Syndrome of people just before the examination or around the time waiting for the result

Classification : -A week before exam

-During the exam

-The night before the result is out

Etiology : Examination!! ( simple etiology).

Epidemiology : -Occur to people so-called “student”.

-More often in young age, between 17-25 years old.

-More often in students who claim as a Muslim.

Sign & Symptom : * will be explain more in this article

Diagnosis : -Simple observation.

-By history taking / anamnesis

-Whenever there are two or more of Sign & Symptom present.

Differential Diagnosis : -Pre Menopause Syndrome (this is still unclear.=p)

-Pre Nikah Syndrome

-Pre Death Syndrome

Pathogenesis & Pathophysiology : * also will be explain later in this article

Treatment : ISTIQAMAH Iman & Taqwa

Management : -Continuously follow up with Him, as-solah 5 times a day

-Life long treatment of prescription “Al-Quran dan Sunnah”

-Increase dosage of “doa” everyday.

Prognosis : VERY VERY Good provided patients with ISTIQAMAH

Ape sign & symptom dia ek? Manela tau ada melekat kat kita rupanya penyakit ni tanpa kita sedari. Sekadar berkongsi cerita dan mengajak sama-sama berfikir je….

Yang selalu dengar radio/muzik : “Ada ceramah kat mana-mana tak? Dah lama tak dengar ceramah…

Yang dekat dengan masjid/surau : “Masjid yang selalu ko pegi tu ramai tak jemaah dia? Lainkali ko nak pegi ajakla aku sekali, ek?

Yang ber’housemate’kan ‘kaki’ masjid : “Man, pegi surau tak ajak aku pon kan? Camnila kau, nak alim sorang-sorang je..

Yang berjawatan dalam Persatuan Agama : “Hmm, apa kata kita buat satu program qiamullail? Ataupun solat hajat bersama-sama nak dekat-dekat exam ni..

Yang duk main game 24 jam 7hari seminggu : “Ish, apa korang buat ni, asyik main PS je, cubala manfaatkan sikit masa tu dengan berguna, dah nak exam dah ni….

Yang berjiwa sukan : “Nanti sebelum azan Maghrib kita berhenti mainla ek? Tak elok plak orang tengah azan kita masih main lagi…

Agak familiar? Hehe… Jangan risau, jangan risau, kalini dia bukan benign mahupun malignant. Bukan acute bukan juga chronic.

“Fuh, nasib baik aku tak termasuk dalam golongan-golongan tu…

“Aku tak mainla hipokrit-hipokrit camtu…

“Aku akan berubah bila sampai seru nanti, bila dapat hidayah dari Allah SWT. Aku bukan hipokrit!!

“Aku takkan berubah semata-mata kerana exam, so exam tak exam, aku akan tetap sama macam dulu!!

Hamboi3, bukan main ‘firm’ lagi jawapn tu kan? Tenang kawan, seperti yang saya katakan tadi, penyakit ini bukanlah malignant mahupun benign. Bukan juga acute atau chronic. Jadi apa? Izinkan saya mengatakan, ianya PENYAKIT yang BAGUS UNTUK KESIHATAN. Hehe…

“Bio beno doktor ni, ngaji medic kat mane die ni?”

Rilex makcik pakcik, penyakit ni tak pernah disebut dalam mana-mana buku pathology, jadi izinkan saya yang menentukan penyakit ni baik atau buruk ye? =)

“Kenapa begitu??? Bukan hipokrit ke??? Nak berubah mestilah kerana Allah, bukan kerana exam!!!”

Ye, saya faham kak, abang…

Hadoi, kenapalah monolog dalaman saya harini ‘emo’ sangat ek?=p Tenang, tenang… Macam ni, dalam surah al-Naml surah ke27 ayat 62, Allah bagitau kat kita : “ Bukankah Dia (Allah) yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepadaNya, dan menghilangkan kesusahan dan menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah (pemimpin) di bumi? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Sedikit sekali (nikmat Allah) yang kamu ingat.”

Jadi, tidak salah kita berdoa memohon kepadaNya, bermanja-manja dengan TUHAN KITA, meminta pertolongan padaNya. Allah kata dalam ayat di atas Allah perkenankan doa orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa padaNya. So,apa lagi? Grab the chance!!!!

Tak percaya cakap Allah? Allah TUHAN yang TAKKAN PERNAH MUNGKIR JANJI. Still tak nak? Sebab tak nak ‘kononnya’ berubah kerana exam? Tak nak nanti orang kata hipokrit? Err, orang yang macam tu sama maksud dengan sombong tak? Tengok ayat ni, Al-mukmin 40:60

Dan tuhanmu berfirman, “ Berdoalah kepadaKU, nescaya akan aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mau menyembahKU akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina”

Allah tahu waktu bila kita hipokrit, waktu bila kita perlukan pertolongannya. So now its time to ask! Ask from Him! Mintalah. Mintalah dengan penuh khusyuk, menangislah. Kalau sebelum ni tak pernah menangis kepadaNya, (macho? malu? Takde airmata? Tak tau camne nak menangis sebab tak pernah menangis?) belajarlah. Hanya kepadaNya sahaja menangis, cubalah. Tak nak menangis seumur hidup pada orang lain tak mengapa tapi kepadaNya, harus! Malu nak nangis depan orang, menangisla dalam sujud. Jika masih tak boleh bangun qiam, solatlah sebelum tidur dikala sunyi sepi manusia lain sedang enak tidur, bercakaplah berdua denganNya minta pertolongan. Kerana doa kepada Allah harus dituruti dengan memenuhi perintahNya dan beriman kepadaNya, maka berubahlah. Tak salah berubah kerana exam.

Al-Baqarah 2: 186

Dan apabila hamba-hambaKU bertanya kepadamu (Muhammad) tentang aku, maka sesungguhnya aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKU. Hendaklah mereka memenuhi (perintah)-KU dan beriman kepadaKU, agar mereka memperoleh kebenaran.

Seperti yang pernah saya tulis dalam article “Post Exam Syndrome”, sedarlah bahawa sesungguhnya PRE EXAM SYNDROME adalah pemangkin terhebat untuk berubah dan istiqamah!!! Tak salah berubah kerana exam. Cuma selepas dari itu, janganlah pula ada “Post Exam Syndrome”, belajarlah malu dengan Allah kerana Dia pencipta dan pelindung kita setiap masa, bukan hanya ketika susah. Malu kan sebahagian dari iman? Apatah lagi malu dengan Allah.=)

p/s : “Berilah contoh yang baik kepada orang lain, Dr.Radzi”, kata monolog dalaman saya kepada saya. Mohon doanya ya? Makasih temen-temen. Hehe…

Advertisements
Published in: on Jun 5, 2009 at 12:00 am  Comments (10)  
Tags:

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2009/06/05/patutnya-tulis-pre-exam-syndrome-dulu-hehe/trackback/

RSS feed for comments on this post.

10 KomenTinggalkan komen

  1. salam…
    huhuhu..menarik penyakit ni..
    penyakit yang sering berlaku dikala berseorangan..
    caiyok bro, selamat berjaya..bittaufiq wannajah..

  2. salam. syukran akh, sudi membaca. dikala berseorangan, hmm…tu sebab bahaya duk sorang2 kan? kadang-kadang kelebihan doktor ni adalah orang akan percaya bile nasihat kita tu berkaitan penyakit, so harap-harap bolela kita ambil iktibar dr ‘penyakit’ ni hendaknya. amiiiin…jazakallah, berusaha!=)

  3. salam,
    pre exam syndrome.topik yg sgt bagus!keep it up bros.pandai jugak menulis.mmg penyakit pre exam syndrome nih kalo diteruskan ms xde exam kn bagus..camne la nk istiqamah?huh.beratnye~

    *fastaqim kama umirta*

  4. salam, time kasih sudi komen. camne nk istiqamah tu yang kita kena struggle, berusaha. hehe.. mcm yang saya kata kat hujung artikel, ‘malu’ dengan Allah sebab “mintak time susah je” tu akn wat kite istiqamah INSYAALLAH. dah lama xdgr ayt tu. hehe…fastaqim kama umirta!=)

  5. tapi x salahkan kita memperbanyakkan amalan time nak exam? niat kan nk mintak pertolongan dari Allah. sesudah berusaha, Allah je la tempat kite nak mintak pertolongan. macam kat umah la, kalo nk mintak sumthing kat parents tu tiba2 je la jadi rajin. hehe~

  6. elmo, betul3~ hehe….
    tak salah pon….memang macam tula lumrah orang yang ‘meminta’….’mengambil hati’ orang yang ‘dipinta’. lama-lama ‘rapatla’ kite dengan ‘si dia’…=)

  7. salam ziarah kembali….dtg lg ya..:)

  8. Fuss,nasib baik tiada sakit ni..haha

  9. Recycle ek? xpe,manusia ni kena ingatkan slalu…

    Bagus2.. Kadang2 bila nak exam ni, dgn tension yang tersangat la kroniknya, jadi semakin leka dgn ‘sign n symptom’ tu semua semata-mata sbb nk hilangkan tension, pdhl nak ilangkan tension dan stress tu semua, snang je treatment dia kn…huhuhu

    Malu tu macam perisai yg sgt berharga…tp kalau tidak dijaga, malu tu boleh hilang dgn snangnya… So jagalah dan peliharalah selalu..moga terus istiqamah.

    Berusaha!

  10. timekasih…
    aja aja! hehe…
    recycle sbb berkaitan…org lain ada yang tak pernah baca…peringtn buat diri dan teman…=)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: