Buat diriku, yang sering lupa..


“Maaf doc, saya akan tuntut markah saya kat akhirat nanti.

“Takde sape amik soca harini. I mean it”

Tanpa saya sedari, banyak yang kaget dan terpaku sendiri. Samada dari jauh memerhati mahupun yang dekat yang mengenali. Status di YM menjadi saksi, kealpaan diri terhadap sang Murabbi, pemilik yang abadi. Membiarkan diri terbuai emosi, lantaran pertama kali mendapat B. Dalam hati, “padan muka ko radzi, banyak dosa lagi.” Alhamdulillah tuhan kifarah dosa ku di sini, daripada aku terseksa menanggung berat dosa di hari perhitungan nanti.

Tiba-tiba,seorang adinda bertanya, “ingat lagi post ADIK TAK DAPAT 9A, SEDIHLA BANG..tu? saya terkesan, mungkin anda patut membacanya supaya menjadi pengubat kepada luka kecewa.”

Ya, mungkin perlu ku ‘post’ semula, sebagai peringatan kepada diriku dan yang membaca. Daku percaya, cuma semalam daku terlupa…

Wallahu’alam…

Dr.radzi -10/06/2009

—————————————————————————————-

“Hmm… Tak taula erol, risau mak tengok adik ko. Sedih beno die tak dapat 9a.”

“Adik ade kat situ mak? Ce bagi kat die jap, bio oghang cakap ngan die”

Handphone bertukar tangan…

“Ha….. Hello….”, adik menjawab dengan suara sedih dan malas. Sepertinya tidak mahu bercakap dengan sesiapa lagi setelah kecewa dengan keputusan PMR yang diambilnya di Sekolah Izuddin Shah pagi tadi.

“Hai, lemah je gaye ni ape he??? Sape meningge???”

Adik tergelak kecil, die faham perangai abangnya yang suke bergurau walaupun nada suaranya seolah-olah tengah berbisik ingin memberitahu yang die tengah bersedih. Tak payah bagitau, abang dah tau. Cuma malas nak layan kesedihan dia tu, pandai-pandaila dia ‘cover’ kesedihan tu..

“Mane ade oghang meningge…adik tak dapat 9a. sedihla bang…”

“Dapat bape?

“6a jer..”

“Ooh, okla tu.. Alhamdulillah.”

“Ghame ke dapat 9a? bape oghang? Kawan-kawan sekelas?”

“Kelas adik takde yang dapat 9, 8 adela. Kelas lain adela yang dapat 9a.”

“Ooo… So, ape cite?”

Terdiam seketika tanpa sebarang suara dari hujung talian sebelah sana. Hanya terdengar bunyi bising talian…

“Adik……….?”

Setelah beberapa ketika baru dia menjawab,

“Nape adik selalu je dapat macam ni….??? Adik selalu je tak dapat apa yang adik nak. Dulu tak dapat 5a, sekarang ni pon tak dapat 9a. Adik dah berusaha bersungguh-sungguh dah. Adik dah buat banyak latihan dah. Macam-macam adik buat untuk dapat 9a PMR ni, tapi kenapela Allah tak bagi jugak. Sedih betula…”

Terdiam sebentar, kaku dengan pernyataan tersebut. Seorang ‘hamba’ mempersoalkan keputusan ‘tuan’nya. Seorang ‘hamba’ mempertikaikan tindakan ‘tuan’nya. Oh, manusia…

“Ya Allah, adik sedar tak ape yang adik cakap ni? Adik sedar tak adik cakap tu refer pada siape? Tahu tak sape yang bagi adik dapat keputusan tu? ALLAH, tahu tak?

“Tahuu…”, adik membalas lemah. Mana mungkin dia tidak tahu, dia sekolah agama.

“ Habis tu..??? Adik, cuba bawak bertenang, sabo… ”

Cuba adik bukak quran surah al-Baqarah ayat 216. Mungkin adik suka sesuatu,tetapi benda tu tak baik, dan mungkin adik tak suka sesuatu tapi benda tu baik bagi adik. Cube pikir elok-elok, Allah lagi tau ape yang akan jadi. DIA tahu ape yang telah, sedang dan akan terjadi, so bersangka baikla dengan Allah…. Adik tahu tak adik cakap camtu tadi adik dah bersangka buruk dengan Allah. Berdosa tahu tak?”

“Tahu…”, kembali menjawab dengan jawapan yang sama, tapi kali ini diiringi perasaan berdosa dan bersalah…

“Dengo abang nak cakap ni, ade dalam satu hadith sahih riwayat Muslim, nabi kata orang mukmin ni beruntung… Sebab ape? Sebab takde ape yang boleh menyedihkan orang mukmin ni kerana mereka ada Allah… Kalau diberi nikmat mereka bersyukur dan kalau ditimba musibah mereka sabar. Mereka tahu walau terkena duri pun itu adalah kifarah dosa. Jadi kalau ade musibah yang lagi besar dari itu, mesti lagi banyak kifarah dosa. Ringan hisab mereka di mahsyar kelak.

“Dah2, jangan nak sedih-sedih lagi. Bersyukur, orang lain lagi la, dapat 2,3a je… Rilex,ok?”

“Ok…………….”

“Dah bagi balik hp kat mak abang nak cakap ngan mak.”

Aku faham kenapa dia sedih, dia telah berubah dari seorang yang pemalas kepada seorang yang rajin setelah mendengar nasihat aku. Jika ingin berjaya seperti abang, buat begini, begini…. Banyakkan buat latihan, begini, begini…. Banyakkan doa, tawakkal, dekat dengan Allah. Begitu banyak nasihatku padanya memandangkan dia agak hormat padaku berbanding kata-kata kedua ibu bapaku. Bukan salahnya juga, anak bongsula katakan…

Dia berazam untuk keluar dari sekolah itu selepas tingkatan 3 sama sepertiku, dan mungkin jika ada rezeki juga berharap dapat ke KISAS. Oleh itu dia bersungguh-sungguh untuk PMR nya, aku faham kekecewaannya….

Namun itu bukan tiket untuk berburuk sangka pada Sang Pencipta. Sesungguhnya, mintalah pada Allah dengan jalan sabar dan solat. Sabar adalah kunci utama. Kunci pembeza antara hamba-hambaNya dikala ujian menimpa. Sedangkan ujian itu sendiri adalah dariNya….

Dua bulan kemudian aku diberitahu dia mendapat tawaran ke MRSM Berseri, Perlis. Terkejut!!! Haha, tapi itulah hakikatnya…

“Oit, camne bole dapat tawaran tu? Seghonokla tu?? Dah tak sabo-sabola nak pindah sekolah tu? Kalau tak dapat kelas sains camne?”

“Takpe, nanti adik tukar cite-cite”

“Haha, hangguk nak tuka cite-cite apenye. Kejap nak jadi doctor kejap nak jadi lain plak. Anyway, tahniah. Adik patut MALU HARITU ADIK BERSANGKA BURUK DENGAN ALLAH. Tengok ape DIA bagi kat adik? 6a pon dapat panggilan pertama MRSM.” Soalan yang tidak diharapkan jawapan. Biarlah dia memikirkannya sendiri. Sempat lagi aku bagi tazkirah dikala semua orang sedang gembira dengan berita tersebut. Aku juga gembira…

p/s: Sekarang adikku form 4, sedang belajar di sekolah barunya, MRSM Berseri, Perlis. Semoga dia berjaya mencapai cita-citanya dan di ‘faqih’kan agamanya. Amiiiiin…..=)

——————————————————————–

P/s: adik dah form5, dalam sibuk-sibuk nak periksa, sempat lagi pergi tournament Rugby Inter MRSM kat johor. Tapi bagus juga, abangnya dapat baju kejohanan. lalala~

Advertisements
Published in: on Jun 10, 2009 at 8:08 pm  Comments (13)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2009/06/10/buat-diriku-yang-sering-lupa/trackback/

RSS feed for comments on this post.

13 KomenTinggalkan komen

  1. I’ve been waiting 4 something new n my hints to read new posts difahami la pule. 😛 Ok that post regarding ur lil bro is really 1 of my favourite posts.I read it every time I feel down. Every time. (Ye, x tipu.now kn dah tersipu2 malu.:P)
    I know u know better;especially when it comes to something like ‘how we should behave towards Him’.
    The bitterness of failure tastes better when it serves with positive mind and istiqamah in studying. (u r da 1 who told me this,I rephrase it.) U r not failed at all,how bout those friends of yours who failed???spare ur thoughts on them.Ooopzs ni pon ur sentence gak ni.Hmmm how taat I am, aren’t I??? 😛 Ok take good things in hand,leave bad things behind.besides,reminders are there 2 b shared.kan. 🙂
    Life is a puzzle;solve it.
    Life is an adventure;risk it.
    Life is beautiful;embrace it.
    U told me all these;indirectly and I really am just rephrasing them.
    Yup,all of us are really pelupa.Sweet reminders are there to remind u so that u can keep reminding others.(Ayat ni mcm berbunga2, menyampah lak nk bace. :P)
    Till then, B for berusaha, berjaya, be prepared 4 any kinda possibilitas n BOSS BAIK!!!!
    ~syoknye dpt buat karangan~ 😛

  2. haha…lol…

    i tought u so many things didn’t i? i myself got ‘nyanyuk’,got it from u maybe,hak3…
    ya,I got my lesson.
    n thanx for da karangan. i give u an A+++. both for karangan english n bahasa melayu coz u campo already.
    B for me, berusaha, berjaya, n not to forget, be better! 🙂

    • ahahaha…nyanyok=tua…ngaaaa~~

      sabar..sabar…sabar…sabar tu kan syurga..nak syurga allah tak?
      sape ntah cakap cmni..(^_~)v

  3. salam,dun worry..
    may be something better is waiting for u in the future…
    and may be Allah wana give u trial to check whether u resist it or not…:)
    tc…

  4. salam..
    hmm..nice post..
    soca hari tu mmg byk menguji keyakinan dri ini terhadap janji Allah…bersyukur dgn ape yg Allah kasi sbab Dia taw ape yg terbaik tok kter n bkn ap yg kter nak..lets gain ALLAH love..peace!

  5. huhuu..razi dpt B pun kecewa? Tak pe, mungkin ni satu cara utk kite berusaha kat tempat lain pulak. Ape kate buat compensatory mechanism kat MDE?=) B4 ni if sooca dah dpt A,mungkin kite tak peduli dah kat MDE. Yg penting overall marks memuaskan hati. I think if we get A in MDE lagi puas hati daripada dpt A dlm SOOCA. because it’s fair kan. takde bias. Jom same2 cube. I also got B sooca aritu. W/pun ramai dpt A, doesn’t mean kite tak bagus kan. Kite sume kat sini pandai, even yang failed pun pandai, kalau tak, tak masuk UNPAD ni. Rezeki masing2. Next year cuba lagi.

    I know it’s hard, kdg2 kalau kite dah frust, org ckp ape2 pun kite xnak dgr kan. Tp bile ada org lain yg dpt lagi rendah dr kite yg frust, kite boleh plak nak nasihat n bg motivasi. hehe.

  6. thank you semua…

    saya ok,saje je post citer ni,hehe.. yup,same2 berusaha, ayuh! :p

    to aku rindu, saya tak tua! matangla…
    to siv, true, u shud not put da words “maybe”. its da truth..
    to miss susi, orang mukmin takkan bersedih, remember?
    to yah, mestila kite semua pandai…ngee~~

    tq again semuanya. peace! 🙂

    • hmmm…the reason i put ‘may be’ ter coz there are alot of possibilities for it to happen thats y…:)

  7. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. adik kamu di MRSM B rupanya.. betapa aku rindukan sekolah itu.. kirim salam buat adikmu dari aku superseniornya.. =)

  8. mat kenal admin, udah tau info yg menguntukan blemun, dan ini menarik juga sebelum kunjungi ke blogku dan maju untuk bersama.mks blognya bagus.

  9. to siv : May ALLAH give us strength,amiiiinn….

    to n.nurani : anda batch ke berapa? pergila melawat ke sekolah,dah macam2 ubah dah…ada bangunan asrama baru. hehe..

    to tika : mks juga kunjungan dan komennya, datang lagi ke sini ya?=)

  10. now I’ll be in touch..

  11. dlu sy pun hadapi stuasi yg sama..
    but now, sy sgt bersyukur!!!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: