Sayang kawan perempuan, tinggal-tinggalkan…


“Sayang, sayang… kenapa kita tak pernah keluar berdua?
Tengok diorang tu, pergi mana-mana pun berdua je, sweet kan? Kenapa kita tak macam tu?
Kawan honey kan, nak pergi mana-mana mesti boyfriend dia temankan. Bukan setakat PAUN, nak pergi ‘potostet’ pun boyfriend dia temankan. Sweet sangat! Romantic couple! Kan? Kan sayang kan? Mesti diorang tak pernah gaduh, sweetnyeee…..
Kenapa sayang tak nak keluar dengan honey,teman honey jalan-jalan, shopping… tak macam boyfriend lain buat kat girlfriend diorang? Sayang malu keluar dengan honey ek? Honey tau la honey tak cantik…. Hmm….”

***** IKLAN *****
Gulp….
(Perhatian kepada wanita mengandung, lelaki yang ada allergy tekak, sila sediakan ubat anti-emetic anda. Jangan biarkan muntah-muntah menghilangkan electrolyte dalam badan. Minumlah, UsuTah! Ubat Susah Muntah. Ngee~)

**** IKLAN ABIS, TAPI SEBAB TAK SANGGUP TENGOK CERITA TERSEBUT, TUKAR CHANNEL ****

“Ustaz, boleh tak sebenarnya lelaki dan perempuan keluar berdua? Tak kisahla diorang couple ataupun tidak. Boleh tak? Keluar sebab ada urusan kerja ke, saja-saja ke, tapi tak buat apa-apa. Means tak sentuh-sentuh, just borak-borak je…”

“Hmm… Drama sebelah tadi pun cerita pasal lelaki perempuan keluar berdua jugak”

**** PENONTON TERCENGANG! ****

“Oklah, oklah, ustaz jawab insyaAllah…
Tapi kamu nak ustaz jawab ikut ilmu ke nafsu ke exclusive?”

“Exclusive hape plak tu ustaz?”

“Ok satu-satu ye? Mula-mula,jawapan ikut nafsu dulu. Kalau ikut nafsu, EH, MESTILA BOLEH! BUKAN BUAT APA-APA PUN KAN??!!!?”

“Astaghfirullah terkejut saya, ustaz ni….”

“Hehe… mestila boleh. Kata kamu tadi diorang tak buat apa-apa pun kan? Takpelah, takkan tak boleh keluar berdua kot, nak pergi makan-makan ke, apa ke, ye dak? Lagi pulak kalau ada kerja, ada urusan, apa salahnya berdua, bukannya cakap benda bukan-bukan pun… kan?”

“Err, ustaz tanya saya ke tu? saya nak jawab apa ni? Blurr kejap, heh….”

“Tapi kalau jawab ikut ilmu, Nabi Muhammad SAW ajar kita untuk ‘berjaga-jaga’ dalm perhubungan antara lelaki perempuan. Didalam pergaulan sehari-hari antara lelaki dan perempuan. Disebut dalam bab muamalat, ikhtilat. Dalam satu hadith sahih,

Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Di dalam riwayat yang lain,

Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang darikalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya.(Hadis Riwayat Ahmad &Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

Di dalam surah An-Nur surah yang ke 24 ayat yang ke 30 Allah bagitau,

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”

Ayat lepas tu Allah nasihat kaum Hawa pula untuk menjaga pandangan….

“Sedangkan Aisyah, yang digelar Ummul Mukminin, ibu orang-orang mukmin, pun menggunakan tabir untuk menyampaikan ilmu pada para sahabat yang lelaki setelah kewafatan nabi. Para sahabat yang mempunyai iman setinggi gunung, pun mengambil langkah ‘berjaga-jaga’ dalam perhubungan antara lelaki perempuan. Bukan menyuruh bertabir, tetapi ‘berjaga-jaga’ dengan mengelakkan dari ‘berdua’. Kerana lelaki di zaman sekarang tidaklah lebih hebat dari para sahabat, perempuan pula tidaklah setanding iman Aisyah.

“Berdua pasti akan ada yang ketiga. Syaitan tidak menghasut playboy sahaja, ulama’ pun tidak terkecuali. Cuba bagi seorang perempuan duduk dengan seorang ulama’. Mampu beliau tahan ’fitrah’nya selama setahun? Sebulan? Seminggu? Sehari pun masih ragu-ragu jika tiada ikatan yang halal.

“Kalau jawab ikut ‘exclusive’, Allah nasihatkan jangan mendekati zina bukan bermaksud jangan berbuat zina. Tetapi Allah bermaksud, jangan ‘pergi ke arahnya’. Sebab? Yang pertama, kamu akan cenderung melakukan zina. Sebab yang kedua,adalah kerana itu akan menimbulkan fitnah. Cakap-cakap orang…
Apa kata orang bila nampak lelaki perempuan berdua?
Apa terdetik di hati orang yang melihat mereka berdua?
Adakah orang akan tahu mereka berbincang tentang apa?
Adakah orang akan sangka mereka cuma berbual sahaja?

“Yang baik akan bersangka baik dengan mereka, ‘mungkin hal persatuan agaknya’…
Tetapi yang tidak baik, apa yang difikirkan mereka?
Inilah yang Allah nak elakkan, ‘peluang-peluang’ untuk orang mengata.’ Peluang-peluang’ untuk orang berdusta. ‘Peluang-peluang’ inilah FITNAH.

“Fitnah ini tidak memberi kesan pada lelaki.
But women? Kita bercakap soal ‘exclusive’. Seorang perempuan, adalah seperti mutiara yang tersimpan kemas. Mahu menikmati ketenangannya, menyentuh emosinya, mendengar kemanjaannya, merasakan kelembutannya, HARUS NIKAH DULU!

“Kenapa ustaz kata lelaki tidak terkesan dengan fitnah ini? Kerana lelaki bebas untuk ‘touch n go’. Sudah jemu? Terpulang untuk tinggalkan, cari sahaja alasan, asalkan dapat yang baru. Yang lama konon-konon masih sayang, tapi di hadapan teman-temannya???
“Perempuan tu ke? Ooh… aku pernah keluar berdua dengan dia dulu. Teman dia pergi shopping.”
“Perempuan tu? Alah, senang je nak ajak dia keluar, aku pernah keluar dengan dia dulu…”
“Perempuan tu ke? Haha… Aku dah pernah rasa dah…”
“Perempuan tu? Alah, dia minat aku dulu.”
“Perempuan tu??? Nampak je baik tu, bekas aku je dulu tu…”

EVEN DIA TIPU DAN REKA CERITA SEKALIPUN KAWAN-KAWANNYA BUKANNYA TAHU!

“Dimana kaum hawa ketika itu untuk membela diri dan martabat????
Dimana maruah, hak exclusive seorang suami terhadap isteri jika sudah begitu nilai diri?
Lelaki…. Didepan sahabat tunjuk hebat, konon dialah lelaki terdahsyat, pernah mencairkan wanita-wanita memikat.
Perempuan… Biar dikerat empat, lelaki tersayang itulah yang paling jujur dan hebat.
Perempuan… Biar dikerat empat, ‘kawan baik’ itulah tempat dia curhat.
Perempuan… Biar dikerat empat, sering terlupa mana mimpi mana hakikat.

Lelaki selagi belum jadi suami tetap ada peluang untuk ‘berpisah’.
Kalau ditakdirkan berpisah, badan mahupun ruh, apa tinggal untuk bakal suami?
‘Sayang’? Dah bagi kat boyfriend.
‘Keluar berdua’? Dah bagi kat kawan study group.
‘Suara bangun tidur’? Dah bagi kat abang angkat.
‘Body’? Malasnya nak tutup-tutup, rimasnya pakai baju longgar-longgar.
‘Muka makeup’? Tiap-tiap kali dinner kot???

***** TERASA PEDAS, TUKAR CHANNEL *****

“Sayang sayang….. sayang sayang sayang?”
“ Of course sayang…..sayang saaaaaaaaaaaaaaaaaaaayang sayang!”

(Erk….???? Apakah?
Gastric juice is over secreted, help!!! )

**** TUKAR CHANNEL BALIK *****

“Amatlah rugi orang yang sudah sampai kebenaran padanya namun dia menolak dengan perasaan bongkak dan benci.
Allah menyebut didalam al-Quran,

35 : 24. Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada suatu umatpun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan.

6: 104. Sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti-bukti yang terang; maka barangsiapa melihat (kebenaran itu), maka (manfaatnya) bagi dirinya sendiri; dan barangsiapa buta (tidak melihat kebenaran itu), maka kemudharatannya kembali kepadanya. Dan aku (Muhammad) sekali-kali bukanlah pemelihara(mu).

“Ustaz, lelaki memang semua macam tu ke?”

“Mungkin tak semua, tapi perempuan kena sentiasa berjaga-jaga. Elakkanlah ‘fitnah’ kepada diri sendiri. Dan lelaki pula, harus hormat martabat dan darjat wanita, jaga dan bimbing mereka ke jalan yang benar….”

***** BLACKOUT, TUTUP TV *****

Advertisements
Published in: on Jun 13, 2009 at 12:50 am  Comments (50)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2009/06/13/sayang-kawan-perempuan-tinggal-tinggalkan/trackback/

RSS feed for comments on this post.

50 KomenTinggalkan komen

  1. perempuan…perempuan..perempuan..
    akal satu nafsu sembilan
    kelembutan jadi hiasan
    kecantikan bukan ukuran
    kemanjaan jadi tarikan
    sifat diri jadi bualan..
    cantik hati jadi panduan
    manis budi jadi teladan
    indah akhlak jadi sandaran
    kau wanita tetapkan IMAN!!!
    jangan goyah bergoncangan!
    jangan lemah berciciran!
    jangan patah bertaburan!

    lelaki…lelaki…lelaki..
    satu nafsu waspada diadili
    sasa mempergaya diri
    segak menambah koleksi
    wanita rakus dibuli
    tegar memperdaya hati..
    jangan kerna namamu lelaki
    lantas kau angkuh berpijak dibumi
    tahukah dikau disebalik lelaki
    ada wanita teguh berdiri?
    merayu meratap jauh sekali
    menjalur semangat tak minta dibalasi?
    guna tanganmu untuk lingkari
    guna hatimu untuk cintai
    guna jiwamu untuk sayangi
    hanya satu wanita disisi
    wanita milikmu yang kekal abadi
    wanita yang kan kaugelar ISTERI..

    LELAKI dan PEREMPUAN sama memerlukan
    jangan nafsu penunjuk jalan
    akal dan nafsu sama dicampurkan
    sama ditambah juga ditolakkan
    sama didarab lalu dibahagikan
    biar hidup jadi tauladan
    zuriat soleh jadi sandaran
    kita hidup atas nama TUHAN
    yang baik kita amalkan
    yang buruk kita tinggalkan
    dunia kita tangankan
    syurga kita kejarkan…=)

    p/s:boleh buat entry bru kat blog sendiri da nih..=p

    • mantap2..
      rs gatei je tgn nak copy paste..
      den tabik hang..

      • jijol…den tgah berbaek hati nih
        nak amik ke tulisan den nih?
        amek la..ltak kat blog ek
        den izinkan…hehehe
        sumbangan untuk log jijol..ahaks=p

      • jijol…den tgah berbaek hati nih
        nak amik ke tulisan den nih?
        amek la..ltak kat blog ek
        den izinkan…hehehe
        sumbangan untuk blog jijol..ahaks=p

  2. uish, siap ade iklan lagi…
    hehe~ =)

    —–DR.RADZI says: pesanan penaja,nak wat camne….

  3. perkara yang mungkin dah lama diperkatakan dan dibincangkan dari dulu tapi masih menjadi isu semasa yang hangat..

    hurm~

    wanita, sayangilah diri anda..
    lelaki, kawal lah nafsu anda..

    banyak lagi perkara lain yg lebih penting perlu kite pikirkan dr bercouple atau berkasih dengan yg bukan muhrim nih..

    tiba masa..kawin laa trus..ye dak?

    memang tak senang mengawal nafsu..jihad yg besar kan..tapi..janganlah dimulakan dan di api2kan nafsu tu..

    wallahu’alam..

    jzkk 4 the post..
    mmg ssuai ngn isu semasa..
    dan isu penting walaupun dah lapuk

    p/s:maybe pasni boleh dishortkan utk dijadikan artikel pendek 😀

    —–DR.RADZI says: panjang ek? salahkan rancangan tv tersebut.=p

    • tak..bukan msksudnye artikel ni pjg..bgus dah..mksud komen tu..maybe lengkali saya dtg sni nk copy artikel ni utk dijadikan bahan wat artikel utk diedarkan..tapi akan dishortkan la..tu maksudnye “pasni boleh dishortkan utk wat artikel pendek” ehhe~

      —-DR.RADZI says: untuk lebih santai sebenarnya… dipendekkan takut terpedas/melukakan hati yang dah sedia keras,langsung takterkesan@tak beri manfaat pada yang membaca,kan ke rugi masa menulis?=p hehe… nk letak cop ‘U’ sebenarnya (means : peringatan ni bukan untuk perempuan2 sekolah agama je,yang ‘hu ha hu ha’ pon kene baca, hakikat dan martabat wanita ni, huhu…)
      tapi btw, pndangan peribadi je, terserah pembaca yang menilai. tafaddhal2…=)

      • Radzi, best baca artikel ni.Mmg mencapai tujuan sungguh. Santai, tapi tepat kene pada sasaran. Bagi aku, kadang-kadang artikel yang strict macam dalam majalah tu, pembaca dia biasanya dikalangan org yang nak mengambil tahu sahaja . Yang hu ha hu ha macam aku ni, biasanya skip je la..tak pun, half way baca, aku dah tutup dah..or aku kene ada highlighter skali bila baca ( sbb kadang2 takde flow yang menarik..)

        Aku suka sungguh ni. Aku nak linkkan post ni kat blog aku ek.Biar orang lain pun dapat manfaatnya.

        budak hu ha hu ha
        Mardhiah

      • sila2,takde halangan untuk itu. kalau rasa bermanfaat untuk dikongsi, sebarkan jelah…tak kesah pada yang sekolah agama ataupon “hu ha hu ha”…its free…
        bolehla jemput datang ke blog ni jugak bagi komen apa2, terima kasih…=)

        p/s: dah popular plak pkataan “hu ha hu ha” tu…hehe

  4. salam..
    trima ksih untuk post ini yg membangunkan kter dri tidur,menyedarkan kter dri kelalaian n memperingtkan kter yg kdg2 dh tahu tapi buat2 `pekak` n `buta`..

    ade org pnah kata,`ktorg mne jln berdua,rmai lagi la org kat sekeliling..`
    pelbagai alasan untk membenarkan sesuatu yg jelas hukumnya..kter kna ingat,even manusia pertama yg diciptakan,Nabi Adam sendri pnah terjatuh dlm godaan syaitan,apatah lagi kter nie yg imannya jauh lebh rendah dpda baginda..
    huh..renung2kan..

    p/s=sape mkn cili terasa pedsnya..(xkn rsa spagheti kot??apekah~)..kalo xrsa pdas lagi,xtaw la…mari kter doakan shabat2 kter sme2 berubah..=)

    —–DR.RADZI says: kita tak nak bagi rasa pedas, kita nak bagi rasa sedih…sebab kita pun manusia juga. huhuh….

  5. sy nak tambah!!
    untuk perempuan..
    kita JANGAN BODOH-BODOH jadi perempuan yang ditipu lelaki..(maaf nampak macam kasar bunyinya tapi ia benar!!)
    be wise,think like de guys thinking..
    kepala diorang senang je nak tukar2 channel..
    sungguh membahayakan kesehatan..hmmmmm

    —–DR.RADZI says: hmm,perempuan kena bijak….jangan terpedaya dengan lelaki2 ni…huhu

    • sebagai lelaki..
      den 100% setuju..

      • uiks???terkojut den..
        ni kire mengaku la nih ea?
        bgus2..kita memang perlukan kejujuran..
        untuk penambah baikkan kaum pompuan jgk..kan3??

        haa..yang hok pompuan2 nih(den pon pompuan jgk=p),hape lg dok nunggu..
        berhati2 di jalan raya sama ade naek ojek atau angkut waima berjalan kaki pon..
        sebab makhluk lelaki ni ade dimane2..(dop penah jupe lg ‘mak’ ojek mahupon ‘mak’ angkut,sumenye ‘pak’)
        ingatlah org tersayang…eheh

  6. Guane kene tinggal bot ni ulas sal bende ni..org dah sampai mexico,mung baru Jeti Klang..hahaha.

    Btw,ppn jgn bodoh ye…manja xpe…ahaks

    • hamuyyy..abe amad..
      manja xpe ek…ish3..
      pmpn..nak manja pon tgok tempatnye ok?

      p/s:jgn termanja dekat dr amad k?hahahah=p

      —–DR.RADZI says: jangan layan amad! dia senior berkopiah paling gatal dalam 3rd year ni selain gapo. hak3….

      • Okeh lepas ni nak kurang pakai kopiah dah…ape2 pun gapo lagi gatai dr aku..haha. Xnk bermanja? eleh,kita pun xnk…kite ada ibu la nk bermanja..wekkk…hik3

        —–DR.RADZI says: ibu popon. hak3…

      • eleh abg amad…
        mcm hawa xde ibu je..huh!
        dah,g balik manje ngn ibu..
        kopiah tu toksah la tanggal..
        kalu tak tanggal pon dah gatai,tak dpt den bayangkan kalu tanggal..hak3=p

        —-DR.RADZI says: setuju2! hak3…

  7. ~syg kwn perempuan tinggal-tinggalkan..

    ~lelaki apabila sudah jemu byk alasan ada nk tinggal.

    ~perempuan ni yg kena effect byk~apa laa laki ni(larii~

    • assalamualaikum kak….

      maksud saya, kalau SAYANGKAN MARUAH DAN MARTABAT KAWAN PEREMPUAN ANDA, JAUHI DIA….bukan isteri, if isteri,pepatah dia jadi camni…

      “sayang girlfriend tinggal2kan,sayang isteri jgn lepaskan!” hahaha….

      oh,bukan setakat kwn perempuan je kene jauhkan,tinggalkan….’BAKAL ISTERI’ pun,kalau sayang, JAUHKAN….biar dia menjaga martabatnya…=)

      • hmm…adakah 9 akal lelaki hanya utk lari dari perempuan yg nk ditinggalkan…

        da mmg fitrah, perempuan ibarat ada 1 akal 9 nafsu dibanding lelaki yg 9 akal 1 nafsu..
        adakah perlu disalahkan perempuan 100% kalo akal yg diberi tak digunakan lelaki sebaik mungkin…sbb perempuan dikatakan terlalu mengikut nafsu dan perasaan(sbb tu tak bleh jadi pemimpin)…kalo lelaki tahu menggunakan akal yg diberi, dia akan menolak permintaan perempuan yg bukan muhrim utk keluar berdua dan menjauhi zina…jadi siapa yg tak menggunakan akal di sini utk menjaga martabat perempuan??
        siapa yg lebih contribute di sini??

        just an honest opinion from me…no offense

      • stuju ngan dhaniah..kelebihan 9 akal perlu digunakan utk kebaikan..bukan utk lari, tapi utk protect..and utk pk cmne kaum laki ni kne jage diri 🙂

      • setuju jugak~
        wahai lelaki, silalah jadi lelaki yang bijak.

        tapi..toksah gaduh le siapa yang lebih siapa yang kurang…yang penting:

        lelaki, gunakan kelebihan akal untuk menjaga diri dan teman2,fahamilah wanita ini lembut hatinya..

        perempuan pulak: gunakan hati yang lebih ‘sensitif’, untuk mengesan fitnah LEBIH AWAL dan menolaknya. Sebab bila dah melarat, tak boleh nak salahkan siapa2 melainkan diri sendiri~

        give and take people:)

        ok, since kita dah tahu apa kata hati lelaki dlm hal ni, yg nak tahu apa kata perempuan tentang lelaki sila ke blog saya.
        haha…

        [adakah ini promote?tidak, sekadar ingin berkongsi ngeh2]
        *peace*

      • yup,setuju2!

        saya geng kaum perempuan kat sini,tu sebab artikel ini wujud. saya tak sokong lelaki! (tapi saya lelaki tulen yang gagah lagi berani. hehe)

        hamboi sempat lagi die promote. takpe2, untuk perkongsian jugak kan?=)

    • nak wat gane..
      laki ade 9 akal utk pk camne nak lari..
      so,whai pomuan..
      gunekanlah 1 akal 2 utk mempertahankan dri anda se”max” mungkin..
      semoga kite semua dilindungi..
      Amin~

  8. semoga diberikan taufik & hidayah untuk diriku dan rakan2ku..
    amin;)

  9. gud job bos. teruskan usaha. haha..
    [ape kes anak buah puji bos ni?ini sudah terbalik=p]

    ekhem. nak tambah satu perkara je:
    gosip=blh mbawa kpd fitnah

    skian terima kasih.*peace* (^_^)Y

    —-DR.RADZI says: bos kene tunjuk contoh yang baik..ye dak?
    p/s: jgnla gosip benda yang masih samar2…hehe

    • ehem2..k.farhana
      btul2 gosip bole membw fitnh;)

  10. Hi I think this is a fantastic blog, keep up the good work…

  11. Perempuan boleh menjadi seBODOH-BODOH makhluk ciptaan Ilahi…

    Perempuan juga bisa menjadi BIDADARI duniawi yang paling indah…

    Terpulang la mana nak pilih…

    Kalau ditanya pada saya,saya xkan pilih ‘LEMBU’…

    Maaf bos,kasar sikit ;-P

    • abe fahmi…
      ape maksud LEMBU tu?
      xpahm..explain please…=)

  12. nice!

  13. idop KBSR!!!!!!

    hahahahahaha

    sekian iklan….. =)

  14. smart2, artikel yang matang..kapan lagi mau terjun ke dunia facebook? ke dah ada?

    —–DR.RADZI says: dah ada la sheikh….

  15. ~seindah mawar berduri~

    penyampaian yg creative! bleh jd tok guru bab penulisan =)

  16. nk nasyid cket..hehe..”wanita hiasan dunia,seindah hiasan adlh wanita solehah,yg akn mmbahagiakn syurga,di dlm rumah tngga..”
    “Kcntikan pd seorg lelaki itu berdiri pd kemuliaan hatinya..”
    p/s:”Berdua lebih baik,lama-lama jd sembelit!”
    hehe=)

  17. em…peringatan untuk sy sndiri supaya lebih menjaga martabat diri…

  18. post awak kali ni bunyinya agak kelakar sikit laaa,hahaha!!!yikes,mmg sedikit terasa laa dgn entri kali ni.yelah kan,saya pun keluar berdua juga dgn lelaki.kdg2 mmg atas sbb ada urusan,kdg2 saje2 keluar makan2 or shopping.

    what ever it is,pd sy kite kene cuba elak drpd keluar berdua dgn lelaki.kwn perempuan ade kan,xde mslh kalo nk keluar ke mana2 pon.kalau nk keluar jgk laa sbb da xtahan sgt,pegi tempat yg ramai org,jgn tempat sunyi sudeh…

    papepon thanks 4 posting this entry.at least dpt igtkn sy ttg kekhilafan yg sy buat selama ni.

    —–DR.RADZI says: kenapa dengan tajuk dia? maaflah ye,tak pandai bermain bahasa. hehe…

  19. thanks

  20. Dr Radzi, terima kasih kerana melawat blog Tangisan Bulan Madu. Saya sedang membuat kunjungan balas.

  21. words as sharp as sword.
    …as true and clear as crystal…

  22. to film izle : terima kasih dan pujian saya panjatkan kepada tuhan…

    to Maizura Mohd Ederis : teruskan usaha anda,semoga memberi manfaat kepada manusia dan mukmin lain, aminnn.=)

    to taufiqah idris : its spoken from heart, trying to reach other’s hearts too, hope it’ll be meaningful,to benefit all of us. amiiin….

  23. terima kasih abg razi kerana mengingatkan:)
    tp kalo kuar ngan kwan lelaki tp bukan pakwe kita xleh gak eh?mean ramai2..

  24. insyaAllah jika ada manfaat ambillah,semoga dapat sama2 mengejar redha Allah..=)

    keluar ramai2 tak masuk tajukla cik muniri…hehe.
    cuma,janganla keluar berpasang2. manusia ni kadang2 memang pakar dalam mencari alasan. saya pun tak boleh decide mana yang betul mana yang salah,tepuk dada tanya iman. sebab nabi cakap, dosa itu adalah apabila kita melakukannya kita rasa tak sedap…

    kita akan tau mana salah mana betul,insyaAllah…=)

  25. assalamu’alaikum akhi..

    saya teringat akan kata-kata Prof Hamka;

    “Perempuan kuat perasaannya. Lelaki kuat fikirannya. Kekukuhan rumahtangga harus ditimbangi oleh fikiran dan perasaan. Siapa lagi yang membimbing perasaan kalau bukan fikiran?”

    kata-kata ni mencerminkan akan perangai di antara lelaki yang perempuan. kawan berlainan jantina tidak perlu sememangnya, cuma pandai2lah mengaplikasikan kata2 Prof Hamka tu. bagaimana agaknya cara lelaki membimbing perempuan? sepertimana fikiran membimbing perasaan??

    jangan salah tafsir ya dengan kata2 saya tu. dan jgn highlightkan perkataan “rumahtangga” dlm kata2 Prof Hamka tu. saya cuma nak tekankan tentang ayat pertama dan ayat ketiga dari kata2 Prof Hamka..

    p/s: pertama kali datang ke sini. nice blog anyway. keep it up 😉

    —-DR.RADZI says: waalaikumussalam….
    kadang2 kita terlupa hakikat kekuatan dan kelemahan kita sebagai manusia. lelaki terlupa tanggungjawabnya, perempuan terlupa nilai harganya. kalau tanggungjawab dan nilai ini diambil berat,nescaya ‘fikiran’ dan ‘perasaan’ itu akan berjaya diimbangkan.=)
    terima kasih sudi melawat…jemputla datang selalu,hehe.

  26. salam ziarah. article yg berguna.
    mohon izin utk copy paste dlm blog sy.
    syukran jazilan..

  27. salam, ada banyak la benarnya artikel ni.
    sebab tu la pompuan ni fitnah terbesar dunia..
    nampak lembut, tp bg impak besar kat dunia..
    sbb tu org kata, nak hancurkan satu bangsa, hancurkan kaum pompuan dia lu…
    erkk, rosakkan..
    moh kaum pompuan, kita perbaiki diri, usah ambik peduli kaum-kaum laki yang ntah pape..

    p/s: mencegah lg baik dr mengubati..

  28. bercinta selepas kahwin…

    sms isteri…
    call isteri…
    pi keluar makan bersama isteri…
    berpimpin tangan dengan isteri…
    memegang bahu isteri…
    bermesra dengan isteri…
    bercumbu-cumbuan dengan isteri…

    isn’t that beautiful…
    malah berpahala lagi tu…

    ***

  29. sangat bagus entry ini. Kenapalah masih ramai rakan rakan yang tak nampak perkara ni semua. Walau pun dah terang terangan pesanan dan peringatan seperti ni tersebar. Moga Allah ampunkan kita dan mereka dan diberi petunjuk satu hari nanti.

  30. Walau pun dah terang terangan pesanan dan peringatan seperti ni tersebar.

  31. best..bergune..mohon share an kwn2 sye…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: