Manusia ‘fitrah’ yang mencari Tuhan


Hang Tuah lawan Hang Jebat. Hang Tuah dah dapat anak dah sekarang..

Hang Tuah lawan Hang Jebat. Hang Tuah dah dapat anak dah sekarang..

“Tu dia, geng Wahabi Intec dah mai dah…”

“Uih, macam mana geng Wahabi tak buat sunnah ni? Pelik ni?”

Kata-kata gurauannya yang membuat kami tertawa bersama-sama. Umat manusia yang tidak tahu hujung pangkal, melabel orang sesuka hati tanpa berfikir dan mengkaji. Dan kami, golongan minoriti di Intec yang mempelajari ilmu-ilmu nabi merasa senang dilabel ‘pengamal sunnah’. Senang dan gembira sekali.

Kami tidak ME’LABEL’orang sana dan sini, kerana itu tidak dicontohkan nabi.

Kami tidak juga MEMUTUSKAN UKHWAH islami, kerana itu dibenci nabi.

Kami tidak jugaMENJAUHKAN DIRI dari golongan majoriti, kerana nabi kami nabi yang ‘friendly’.

Itulah yang diperjuangkan, mahu mencontohi nabi dengan terperinci. Kami cuba dan cuba lagi, menuntut ilmu dan berbagi. Di dalam halaqah Al-Farouq, banyak yang kami pelajari. Saya tidak tahu dari mana datang ilhamnya , tetapi nama mujahid mudanya itu sangat nostalgic. Mengukir senyuman di setiap bibir sahabat ‘al-farouq Intec’ yang mengenali.

Shiraaj Zainul Abiddin, seorang bekas pelajar High School, sahabat yang pintar dan bijaksana, cekap lagi berwibawa. Menjadi bahan bukti kepada manusia dan remaja di luar sana, bahawa tidak semestinya seorang ‘budak sekolah agama’ untuk menjadi penegak dan pengamal agama.

Mulanya dari seorang yang mencari. Belajar merendahkan diri mendengar dari senior dan rakan-rakan yang rajin berkongsi dan berbagi. Kemudian mengkaji.

SURAH FATHIR 35: 37.

Dan mereka berteriak di dalam neraka itu : “Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami niscaya kami akan mengerjakan amal yang saleh berlainan dengan yang telah kami kerjakan.” Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk BERFIKIR bagi orang yang MAHU BERFIKIR, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan? maka rasakanlah (azab Kami) dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolongpun.

Tiada siapa memaksanya berjuang menegakkan sunnah.

Tiada siapa menyuruhnya komited untuk berdakwah ( dakwah: baca sebagai sebarkan kebenaran pada orang lain)

Tiada siapa menahannya dari berpaling dan bertukar arah, kembali kepada keseronokannya sebelum menjadi pendakwah.

Kerana orang yang sudah bertemu kebenaran dengan cara BERFIKIR dan MENGKAJI, takkan mudah untuk berpatah balik kembali kepada sesuatu yang keji. Mereka nampak jalan lurus mereka, mereka jelas apa tujuan mereka, mereka tahu kenapa mereka harus berkata-kata, mereka akan cuba berkongsi dan bercerita, kerana mereka mahu yang lain juga turut merasa, kebahagiaan dan keseronakan yang dirasa. Itulah ‘motivasi’ para nabi, mengejar dan mengajak kepada sesuatu yang pasti tanpa mengira ‘orang jahil dan sombong’ mencaci. Orang yang membutakan hati dari kebenaran, memekakkan telinga dari bukti-bukti Tuhan.

“Hradec Kralove, 25 Jun – Muhammad Hamzah Faruq bin Shiraaj telah selamat dilahirkan di Porodnická a Gynekologická Klinika, Fakultní Nemocnice pada jam 8.34 malam waktu tempatan. Anak Malaysia pertama yang dilahirkan di bumi Hradec Kralove ini telah menjadi buah mulut masyarakat pada masa ini sekaligus menenggelamkan berita mengenai Micheal Jackson atau nama Islamnya, Mikaeel Jackson.”

“BarakAllahu laka filMawhoobi laka, wa shakartal Waahib, wa balaghal Ashooddahu, wa ruziqta birrahu”
(Semoga Allah memberkatimu dengan kurniaanya, dan semoga kamu bersyukur, dan semoga anakmu ini membesar, dan semoga kamu dikurniakan kebaikan)

An-Nawawi, Kitdbul-‘Athkarp. 349, and Sahihul-‘Athkar2/7l3 by Saleem Al-Hilali.

Alhamdulillah, lahir generasi pertama pewaris agama. Setidaknya diantara kami kalangan ‘al-farouq’. Doaku panjatkan kepada Tuhan Yang Maha Bijaksana, semoga zuriatmu itu menjadi jiwa tegar dan berani, segagah HAMZAH di zaman nabi. Menjadi kegerunan para musuh yang tidak mahu menerima kebenaran. Dan menegakkan agama, menjadi “pembeza yang haq dan batil” seperti maksud namanya, FAROUQ. Doaku sentiasa bersamamu, MUHAMMAD HAMZAH FARUQ IBNU SHIRAAJ.

Dari Pamanmu di Indonesia,

Ar-Razi

Muka dia ikut Aini kot sheikh...tapi takpa, semangat dia ikot hang.=)

Muka dia ikut Aini kot sheikh...tapi takpa, semangat dia ikot hang.=)

Muhammad Hamzah Farouq

Muhammad Hamzah Faruq

p/s:  Entry ini untuk bacaan Hamzah Faruq suatu masa nanti. Tegarlah seperti bapamu. Macholah seperti pamanmu. Hak3..

p/ss: Entry ni jugak sedikit lambat kerana sibuk exam dan Program Expedisi Ruhul Jadid selepas exam. Tetaplah mem’bz’kan diri! “Fa Iza Faraghta, FANSOB!” (Surah Al-Insyirah 97: 7. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain)

p/sss: Berita tersebut saya ambil dari salah sebuah blog ternama di Hradec, Republic Czech. (Blog rakan-rakan je sebenarnya. Hehe..)

Published in: on Jun 30, 2009 at 1:44 pm  Comments (8)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2009/06/30/manusia-fitrah-yang-mencari-tuhan/trackback/

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini.

8 KomenTinggalkan komen

  1. nak baby!nak baby!
    semoga baby comey ni menjadi seorang muslim yang berjaya dunia akhirat..

    p/s:ayat x boleh blah…”macho macam pamannya”=p

    —–DR.RADZI says: gi la kawin nak baby sangat. macam la mama bagi. haha…amiiiiiin.
    ayah dia tak cakap pape,ayah die pon setuju paman die macho. hoho~

    • sy dah “ter”tag paman kat blog sy..ngeee~~
      klu nak,gi amik pastu wat entry pasal tu plak ye
      klu tak mo..ya udah deh..ahahaha=p

      ayah dia malas nak cakap pape.malas layan orang tak macho..hak3..dah,sy nk g kawin..lalala~

  2. salam dr.radzi,
    comelnya baby tu…:)…(waiting for my turn..huhu)

    something true, if some1 already find the way to the ‘truth’, wont come back to the materialistic enjoyment…coz for them travelling in that path is more enjoyable!!! kan2??!!!
    well said dr.radzi…

    pe maksud gol minoriti dan gol majoriti di atas?

    p/s:muka bayi yg comel tu gitu menarik sampe mungkin org lupe ape yg disampaikan di atas pula…hehe

    —-DR.RADZI says: eh,jangan ter’distract dengan baby tu. ambil point dulu,hehe…golongan majoriti da one with conservative way of thinking. not to say they are wrong,but the way they see things… golongan yang tidak membuka minda kepada pandangan orang lain dan tak mahu berubah walaupun dah tahu kebenaran.

  3. Salam,

    Khas buat adik Hamzah, semoga catatan ini di suatu hari memberikan kekuatan kepada anda untuk mengharungi susah-payah dalam menggembling tenaga menegakkan agama.

  4. Wsalam fizi,

    InsyaAllah…semoga generasi akan datang lebih teguh dan Islam bangkit dengan megahnya.

    “Al-Islam Ya’lu wala Yu’la ‘Alaih”
    Jangan hanya mimpikan saat itu, namun berusahalah dan motivasikanlah kemenangan itu kepada generasi baru.

    “kamu akan jadi generasi dimana Islam kembali agung, jadi bersedia dari sekarang”
    itu kata-kata yang patut diucapkan setiap pagi oleh ibubapa muslim kepada generasi baru sekarang, kita menanti kemenangan yang dijanji! Tiada Tuhan Yang DISEMBAH,DIIBADATI,DITAATI, Kecuali : HANYA ALLAH!
    dan Muhammad itu,pesuruh Allah.😉

  5. penyakit machoism abg aji da makin serious ni
    kne bwk g jmpe doctor ni
    isk3
    haha

    btw, anda ditag!😀

  6. assalamualaikum..

    bsama2 kongsi kgembiraan aini&shiraaj..

    1st baby of d batch..khalis bile lg? hahaha

    moga dr.radzi pn dikurniakn zuriat2 pewaris agama,

    menjadi penegak islam..

    ameen…

  7. wah,dah ade nephew. saya lambat lagi kot. masih berjuang di kampus. bapak lambat kawen, wuuu~~~


    —–DR.RADZI says: nephew from kawan je pon,huhu…tapi takpe, kita tumpang bahagia pon ok jugak.=)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: