Boleh jadi DIRECTOR?


“Akh, nanti PKPMI dengan KUBI akan buat pertandingan filem pendek. Kalau setuju, kita gabungkanlah tenaga kerja BAIK dengan IMAN buat suatu filem pendek. InsyaAllah yang bermanfaatlah.”

MAISEN'09

MAISEN

MAISEN atau “Malam Inspirasi Seni” yang dianjurkan oleh PKPMI-CB dan Kelab UMNO Bandung (KUBI) akan berlangsung dari bulan Mei hinggalah Oktober 2009. Dengan bertemakan “Emosi, Ekspresi, Seni”, acara ini bakal mengetengahkan bakat-bakat para pelajar Malaysia melalui pertandingan:

1. Pertandingan Filem Pendek

2. Pertandingan Fotografi

3. Pertandingan Reka Cipta Arca

4. Pertandingan Puisi

5. Pertandingan Lirik Lagu

*setiap karya-karya akan diadili oleh juri-juri yang professional…

Suatu cadangan yang baik, menyampaikan kebaikan melalui filem. (perkataan dakwah sensitive bagi ‘budak bukan sekolah agama’, terlalu ‘berat’ mungkin…)

Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

Agama bukan hanya di kitab, bukan hanya di surau, bukan hanya di Biro Agama atau di Persatuan Agama sahaja. Agama itu cara hidup. Kenapa tidak kita berdakwah melalui hiburan?

Saya berminat. Sangat berminat sebenarnya.

“Boleh ke jadi director,radzi?”

InsyaAllah boleh…kot? Hehe… Kalau ada rakan-rakan seangkatan di Izzuddin yang membaca artikel ini pasti memori boleh kembali di zaman form3, pertandingan pentomin di dewan besar sekolah Izzuddin Shah. Setiap batch wajib menghantar satu penyertaan. Dan seperti diketahui umum, batch Form3 lah selalunya yang paling ‘otai’, dengan pelbagai ragam dan ‘style’ terkini… Hip Hop, Black Metal, Punk Skin Head, apa yang tiada di Izzuddin? Pertanyaan yang lebih khusus sepatutnya, ‘geng’ apa yang tiada di dalam batch Form3 Sekolah AGAMA Izzuddin Shah, Ipoh? Semua ada. Kami telah menghantar penyertaan, dan saya salah seorang co-director. Pening ‘mengarah’ dan melayan kerenah manusia yang pelbagai. Masing-masing mahu menunjukkan kehebatan ‘group’ atau ‘geng’ masing-masing. Dan alhamdulillah kerana ‘ukhuwwah’ yang mantap dikalangan ahli batch, pentomin berunsur ‘jiwa remaja’ kami berjaya. Mungkin mudah melafaz kata, mengenang cerita lama. NAMUN….

Filem berunsur ‘mengajak kepada kebaikan’?

Kerja ini bukan mudah…

Banyak cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi. Banyak ‘cakap-cakap orang’ yang perlu ditanggapi.

SULGE CINTE. =p

SULGE CINTE. =p

“Sulge Cinte  adalah sebua flem bejonle romantic comedy dan menlandaskan keagamaan. Memang jonle ini lain daripada yang lain”

“Kepada wanita2 bertudung di luar sana yang balu nak becinta atau mengenali cinta, anda disalankan menonton flem ini”

-Syurga Cinta adalah sebuah filem bergenre romantic komedi dan berlandaskan keagamaan. Memang genre ini lain daripada yang lain.

-Kepada wanita-wanita bertudung di lura sana yang baru hendak bercinta atau mengenali cinta, anda disarankan menonton filem ini….DAVID TEO

Ramai yang telah mencuba, namun masih lagi di tahap berusaha. David Teo pun berusaha (jangan fikirkan apa motifnya), apatah lagi kita? Alhamdulillah, usaha harus diteruskan, muhasabah harus dilakukan.

Dan saya? Idea sudah pun nyata, cuma pelakon tak kunjung tiba! Haha… Doakan sahaja, wallahu’alam.=)

Advertisements
Published in: on Julai 7, 2009 at 10:45 pm  Comments (19)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2009/07/07/boleh-jadi-director/trackback/

RSS feed for comments on this post.

19 KomenTinggalkan komen

  1. promosi filem sulge cinta ke ni?ke promosi filem “cinta dot dot dot”?kikiki..=p
    semoga cepatlah si pelakon yang berkaliber berkunjung tiba..doa2…amiiiin=)

    “jodoh itu telah ditentukan oleh Tuhan.dan saya sebagai hamba-Nya perlulah berusaha dan tawakal agar mendapat jodoh yang disayangi Allah..Insya-Allah”
    (berangan jadi Cikgu Shuhadah kejap)wakakaka=p

    semoga usaha kamu berbaloi..ape2 pun,ingat tujuan asal.
    nak menyampaikan kebaikan melalui hiburan,bukan nak menang anugerah k?hak3..=p

    p/s:betulkah filem ini saranan untuk gadis bertudung memahami cinta?bolehkah?atau kasarnya mampukah?entah…jom tengok dan nilai sendiri k..kikiki

  2. salam..

    tuan director..
    start rakaman after raya la..
    mau gak terlibat sama..
    sedang usahakan video cam nye..
    iA blk sana nanti dah ada..

    • yeay!!alhamdulillah..
      bagus sangatlah dah tu jijol..
      tapi sempat ke lepas raya?
      apa2 pun,usahakan pelakonnya dulu..huhu
      semoga Allah permudahkan kerja kita..amiiin

      (daku sangat berharap atas usaha ini sebenarnya..)

      • eh,kejap..saya rasa tersalah komen ni..
        lupe tuan director ni ada dua filem..
        hahaha..maaf=)

    • assalamualaikum pada pembaca komentar,
      hurm..just nk ckp..
      orang ya da balik malaysia dok diam2 kt sne sudaaa..

      hehe

      • aji cakap duha xyah tahu..
        lalala~ ;p

  3. eh..nak wat filem ape?
    nak tau jugak..
    tapi nk tau jelaa~
    (sebok)

    hehe..

    • duha, tak payah taula citer ape. sebab kemungkinan besar citer ni tak buat masih lagi tinggi. so buat-buat tak tau je ek? if ada rezeki insyaAllah ada,kalau tak,anggaplah tak tahu apa2 ye? hehe…

      to jijol dan aku rindu, terima kasih dan syabas atas semangatnya. teruskan semangat. tapi janganla cakap apa2/bagi hint apa2,takut kalau tak jadi nanti malu. saya tak suka mendapat ke’malu’an,huhu…eh salah2,saya tak nak malu bcakap berapi2 tapi tak jadi apa. dats not my style…

      kalau nak,buat betul-betul. dah buat, baru cakap.
      kalau tak buat lagi,jangan cakap apa-apa. low profile….hehe.

      • baik!!saya mendengar arahan…

        roger n out boss!!huhuhu

      • bukan cakap berapi ke apa boss..
        just minta dilibatkan sama jika jd projeknya..
        saya suka bekerja smbil belajar..

        xcakap apa2 pon..
        hanya menurut perintah..
        yess boss~

  4. salam. sy da cnfuse. ni filem pe pulak? nmpknye sy xdiperlukan. *masuk dlm cangkerang*

    —-DR.RADZI says: jgn kompius2 aiza. takde pape perubahan pon. ok?=)

  5. script hari tu ke?
    moga tercapai niat nk berdakwah dgn movie..
    kdg2 hiburan mampu mberi impak kpd sanubari insan..
    hati manusia itu berbagai, tp bila tiba hidayahNya, kita pun tidak menduga..yg penting sentiasa berusaha, btawakal & yakin dgn ketentuan Allah..
    Syurga matlamatku!!!

  6. salam..
    eh,sape ek nama watak utama pompuan dlm syirga cinta??cm sedap ah name die..haha(jgn jelus ye duha)..haha..
    abg aji,amek ah duha jdi pelakon..hebat wo..kah3x..

  7. salam..
    eh,sape ek nama watak utama pompuan dlm syurga cinta??cm sedap ah name die..haha(jgn jelus ye duha)..haha..
    abg aji,amek ah duha jdi pelakon..hebat wo..kah3x..

  8. nice entry!~

  9. salam
    abg radzi, nk buat filem pendek utk maisen 2 jd ke x ni?
    org dh x sabar2 nk tgk ni!
    heheheeee
    kalu ap2 ckp eh…

    • err…tak taula jadi ke tak cik fara. rasa macam nak buat,tapi…
      entahla,doakan je la ye? hehe…

      to miss susi, suke beno die nama die masuk pilem. nama je pon…(tetiba backing dudu plak.=p haha…)
      duha pndai berlakon???? abehla takde org nak tengok citer tu nanti. hohoho~

  10. Em, tingkatan 3 dulu, pentomin apa yang dibuat? dah lupalah dah, hehe

    —-DR.RADZI says: citer ape ntah, tapi muammar blakon jadi abang. buat hip hop punye dance atas pentas tu siap. pastu riot2 antara punk dgn hiphop la apa ntah dah tak ingat dah. hehe…

  11. Salam(^-^) jadik buatkah?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: