PSB ’09


Program Semaian Bakti '09

Program Semaian Bakti '09

“Masuk TV tak? Masuk paper tak?”

“Entahla…. Harap-harap masukla.”

Bisik Abu dan Amin dalam hati mereka sejurus selesai program perasmian.

Alhamdulillah, segala puji dan kesyukuran dipanjatkan kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana telah mengizinkan suatu program amal bersifat kebajikan. Berbakti dan berkhidmat, memberi manfaat kepada manusia. Selesai sudah Program Semaian Bakti ’09 di Kuala Kedah anjuran Badan Perhubungan Negara Indonesia dan Kelab UMNO Bandung Indonesia. (Maaf kepada yang allergic dengan perkataan ‘UMNO’)

Panjang cerita di sebalik penganjuran program ini. Tapi dengan semangat dan kerjasama yang baik, niat asal berjaya direalisasikan. Program yang bermula tanggal 6hb Ogos ini diisi dengan tiga aktiviti/program besar iaitu Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan. Program Kesihatan yang melibatkan empat buah kampung terdiri daripada pemeriksaan kesihatan percuma, penyuluhan (penjelasan) tentang penyakit-penyakit, pemberian topeng muka untuk pencegahan H1N1 dan program ‘Doctor Kecil’ bersama adik-adik tadika.

Penyuluhan H1N1 dan pemberian barang-barang makanan

Penyuluhan H1N1 dan pemberian barang-barang makanan

Program Kebajikan pula, memberikan barang-barang makanan kepada keluarga-keluarga yang kurang mampu. Juga melibatkan empat buah kampung, diberikan kepada 60 buah keluarga.

Manakala Program Pendidikan, Seminar Motivasi Kecemerlangan diadakan untuk 100 orang pelajar tingkatan empat yang melibatkan 10 buah sekolah sekitar kawasan Kuala Kedah. Seramai 99 orang pelajar mendaftarkan diri dari 7 buah sekolah, Alhamdulillah berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada Team Pendidikan kerana sudi memberikan kerjasama yang baik pada saya. InsyaAllah saya akan memanggil anda semua semula jika kita dijemput melakukan program-program motivasi di tempat lain. – berangan! Hehe. (^^,)

Para fasilitator. cayalah korang!!

Para fasilitator. cayalah korang!!

“Suatu program amal bersifat kebajikan. Berbakti dan berkhidmat, memberi manfaat kepada manusia.”

Sebaik-baik manusia adalah manusia yang bermanfaat untuk orang lain. Namun jika ‘memberi kemudian berbangga’, itu bukanlah sifat kita. Itu bukan contoh dari nabi kita.

Berkenaan penganjuran dan penglibatan dari Badan Perhubungan Negara Indonesia dan Kelab UMNO Bandung Indonesia, mungkin ramai yang meragukannya.

Adakah kerana adanya perkataan UMNO, maka ia tidak dikira sebagai program kebajikan?

Adakah kerana adanya perkataan UMNO, maka ia tidak dikira sebagai program yang ‘memberi manfaat’ kepada orang lain?

Saya yakin ia tidak begitu. Ini adalah platform pelajar-pelajar Bandung dan beberapa pelajar dari luar negara lain ‘memberi manfaat’ kepada manusia lain.

Berpolitik

Politik berkaitan kepimpinan. Kepimpinan akan dipersoalkan. Tidak dinafikan, orang politik harus pandai berkata-kata, memberi ucapan dan mendapat sokongan. Namun, politik bukan medan berhujah. Apatah lagi memburuk-burukkan orang lain, mengeluarkan kata-kata kesat dan menyakiti hati orang lain. Ia adalah medan memimpin dan memberi khidmat. Orang yang memimpin harus ada matlamat, dan matlamatnya harus selari kehendak Allah dan Rasul. Berkhidmat kepada orang lain tidak terletak hanya pada bahu pemimpin, ia adalah saranan kepada semua umat manusia. Tetapi seorang pemimpin lebih berpeluang untuk mencurahkan bakti dan khidmat kepada orang lain berbanding rakyat biasa.

Jadi para pemimpin politik, kenapa hanya pandai berkata-kata???!!

Saya lebih selesa pemimpin yang menang pilihanraya kerana ‘saling berlawan memberi khidmat’ berbanding pemimpin yang menang kerana ‘saling berlawan merendah-rendahkan lawan, kutuk-mengutuk, caci mencaci, hina menghina pihak lawan’.

Berlawan memberi khidmat adalah BERLUMBA UNTUK BERAKHLAK MULIA DAN MENCARI PAHALA.

Berlawan dengan mencaci dan mengumpat adalah TAMAKKAN KUASA DAN NAMA!!!!

PSB '09

PSB '09

Program Semaian Bakti ’09.

Majlis perasmian dan penutupan program kami ini dimeriahkan dengan kehadiran ‘orang-orang kuat’ UMNO. Sebelum merasmikan, tentunya mereka diberi peluang memberi pandangan dan ucapan. Saya amat menghormati dan mengkagumi kesungguhan ‘orang-orang kuat’ ini berbakti dan berkhidmat. Benar, saya juga menyayangi negara, menyayangi bangsa, menyokong Dasar Ekonomi Baru, menyokong Hak Istimewa Melayu dan Raja-Raja Melayu, namun kenapa perlu taasub dan obsess kepada UMNO dan melayu padahal ISLAM lah punca kita bersatu?????

“Inilah semangat UMNO yang kita perlukan…

“Inilah jiwa UMNO yang kita harapkan…

“Kita orang UMNO harus berbuat begitu dan begini…

“Kita orang melayu harus memimpin di bumi sendiri…

Kenapa tidak ditukarkan perkataan UMNO dan melayu itu kepada Islam? Semangat ISLAM, jiwa ISLAM, orang ISLAM. Benar, kebanyakan kata-kata itu tidak salah di sisi agama. Dan saya akan tetap menyokong selagi ianya tidak menyanggahi Allah dan Rasul. Tetapi sangat menyedihkan jika kita lebih taasub kepada parti berbanding taasub kepada agama.

Fanatik dan taasublah kepada dua sumber agama, alquran dan hadith. Nescaya kita akan memerintah di tanah sendiri, seiring tugas kita sejak azali, menjadi khalifah memakmurkan bumi!

p/s : Mingguan Utusan sekarang diisi dengan kolum tulisan dua tokoh besar agama yang tidak taasub parti, Dr Muhamad Asri dan Dr. Ridhuan Tee. Bacalah tulisan-tulisan mereka, luruskan minda teguhkan jiwa. Mereka ikhlas menegur demi agama. Kita pun harus begitu juga.

http://hanzoushinrei.blog.friendster.com/2009/07/nasib-melayu-di-bumi-melayu-nukilan-dr-ridhuan-tee-abdullah-utusan-repost/

http://ridhuantee.blogspot.com/2009/08/bahaya-matlamat-menghalalkan-cara.html

http://drmaza.com/home/?p=685

http://drmaza.com/home/?p=691

-kepada yang tidak mahu membaca tulisan-tulisan mereka kerana merasa Utusan adalah lidah UMNO dan mereka ‘mungkin’ menyebelahi UMNO, berbahagialah anda dengan semangat ‘kutuk-mengutuk parti selain parti kesayangan anda itu’.

Advertisements
Published in: on Ogos 14, 2009 at 1:26 am  Comments (4)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2009/08/14/psb-09/trackback/

RSS feed for comments on this post.

4 KomenTinggalkan komen

  1. wah, program kemasyarakatan amat bermakna.. tahniah!

  2. Pernah tak dengar. kerana nila setitik rosak susu sebelanga?

    pernah tak dengar seekor kerbau bawak lumpur habis semua terpalit ?

    Umno was totaly paralysis….

    itu hukum politik. ada faham?

  3. Alhamdullilah… hope Allah blessed you and team for what you have done..

    anyway, kuala kedah is where my father once worked at…
    nice place, nice people…

    about the UMNO thingy, i do believe that everyone got their goods and bad.. because we are HUMAN and we are not ”MAKSUM”..

    that is why i do believe that being or involved in UMNO doesnt make one bad or good… but one’s deeds will determine which class he belong to…

    the famous quote that majority of the medical students will hear (im not sure whther dr radzi’s lecturers ever mentioned this quote or not^_^) is “eyes do not see what the mind doesn’t know” (this quote is used to tell the doctors wannabe that they might not be able to diagnose patient’s problems if they not have enough knowledge about the disease)…in this case, our mind might not know the good sides of the leader who led us since we being “promoted” with his bad deeds so we couldnt or hardly see the good sides of him…

    or might be bcoz …it is so cliche in our society to emphasized on the dark sides of someone rather to look at the good sides of him…

    whatever it is, the truth is –it’s not easy to be a leader, and it takes a lot of effort to be a good one but it’s not impossible to be a good, respectful leader if you are determined enough and pray to Allah for His guidance to be one…

    Wallahualam…

    p/s:hope you had got a chance to eat laksa there… ^_^

    ::qaireen nathifa::

  4. lama xbaca blog ni, huhu… bz2.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: